23 June 2008

Pensil(2008)- Sedih Ya Amat

Ya, aku nak buat tapi aku terlalu sibuk nak menulis, tapi dah ada orang herdik aku, aku kena tulis jugalah..

Apa-apapun, sesiapa yang tidak buat apa-apa silalah ke KLPac sabtu ni (28 Jun) kerana ada beberapa filem bebas Malaysia ditayangkan di sana. Aku mungkin tak sempat jika aku perlu jenguk anak buah aku yang masih ditahan oleh keluarga bekas suami adik aku yang zalim. Jadi kalian yang tengok, sila beritahu aku dan buat aku dengki kemaruk, terutamanya Indie Rock Darling, Kurus dan Ciplak (yang lain akud ah tengok, tapi masih berbaloi besar kau tau).

lihat: http://www.urbanscapes.com.my/prog_05.html

Pensil(2008) - Ada empat orang je dalam pawagam dan semua Melayu. Poodah lah penonton India Malaysia yang langsung tak reti nak tolong sedara sendiri. Aku tabik spring sebab M. Subash, pengarah, penulis skrip dan pelakon filem ni berjaya membawa nostalgia filem sakit hati yang biasanya tidak berjaya diangkat oleh Rashid Sibir. Ya, filem-filem melodrama 'noir' yang pernah dibawa oleh Jins Shamsuddin dan Jamil Sulong pada akhir 70-an dan menjadi 'trend' zaman itu (sebenarnya mengambil pakai gaya cerita bangsawan-masyarakat yang dititip menjadi beberapa filem pada era Ampas) telah diberi nafas baru (kadang-kala senafas filem separa realisme Kami lakonan Sudirman itu), mungkin boleh dipanggil neo-weepies (Ayat-ayat Cinta terlingkung di dalamnya). Masalahnya, aku sebenarnya tak suka filem sedih-sedih macam ni (ya, aku mengaku aku menangis teruk tengok filem ni, celaka punya Subash) sebab memang aku cepat menangis. Dan ini yang diperah dan diperah oleh Subash (kelainan Pensil dengan Cheeman Chalai ialah Pensil mengambil gaya manipulasi "weepy" ke dalam ceritanya sedang Cheeman Chalai lebih 'realisme' dan lebih senang dengan aku) yang mana, kadang-kala kita terasa manipulasi tangisan ini terlalu (sememangnya gaya biasa dalam filem sebegini, lihat Love Story, uwek!), lebih-lebih pada akhir cerita ini (walaupun buat aku, klimaks filem ini adalah antara klimaks yang terjaga dan betul).

Satu perkara yang aku suka ialah penggunaan lagu synthesizer yang tidak memekakkan telinga, walaupun ia mempunyai elemen "hah, bahagian ni kau kena menangis". Paling memeranjatkan jika kita melihat filem ini dari kaca mata pascakolonial dan pengidentitian Malaysiana, ada subjektif subversif yang ingin dihantar oleh Subash secara tidak sedar, juga sebenarnya subjektivitinya masih terbuka buat analisa. Kita lihat bagaimana satu sosok India yang di kelilingi Melayu sekali gus 'mengkritik' terhadap tekanan yang dihadapi minoriti (Hindraf) terhadap hegemoni Melayu, tetapi ini dibias baik dengan subjek-subjek yang dibawa Subash, memberitahu "masalah Melayu ialah masalah universal" yang kita cakup di akhir cerita, malah aku terkejut, Subash amat menyintai keMelayuan dan menjadi 'defender' terhadap budaya dan identitinya. Malah, paling mengejutkan, Subash berjaya membawa 'idea' cinta halus yang menyatakan "cinta sebenar tidak akan dilihat oleh manusia yang buta hati"- satu topik biasa dalam sufisme. Kalau kita lihat secara sosiologi, kita mungkin agak 'terasa' dengan sikap Subash memberi 'jalan tiada esok' buat Badrul (lakonan Subash sendiri yang agak mengujakan dan kadang-kala disengajakan manipulasi kesedihannya) di akhir cerita (membuka satu pekung pesimistik terhadap 'perangai busuk' orang Melayu, satu deklamasi perkauman lanjut), tetapi jika kita lihat secara holistik, idea sebenar Subash terletak kepada penerimaan kita terhadap Badrul (di sini terletak penerimaan orang Melayu terhadap bangsa lain untuk di'Malaysia'kan, satu idea plural yang universal, iaitu 'sesaudara semanusia' yang mungkin di salah ertikan oleh rakyat Malaysia yang berjiwa perkauman), keadaan seadanya Badrul dan keinginan Badrul- secara sufi, Badrul itu sebenar-benarnya seorang 'wali', tertakluk kepada mereka yang mengelilinginya untuk menerimanya (Badrul hanya dibawa Tuhan, mengikut ketentuanNya, lalu Badrul pergi sepertimana Dia mahu ia pergi). Menolak Badrul di dalam filem ini semacam menolak rezeki - menolak cinta Tuhan, menolak Tuhan. Itu sebenarnya idea Badrul menghendaki 'pensil' lebih daripada wang di dalam dunia ini (yang pada awalnya aku ingatkan ada konteks seksual, haha).

Ada dua bahagian yang khusus menarik. Satunya ialah pada awalnya, kita lihat Badrul mandi dan memakai baju. Kamera mengikut setiap (atas bawah) gerakan Badrul, semacam 'melakar' Badrul dengan pensil. Kemudian baharu ceritanya dimulakan. Aku suka bahagian pada awal-awal ini kerana Subash benar-benar melakarkan Badrul sebagai manusia yang tabah dan 'keluar' dari kemelaratan yang dihadapinya (tidak peduli akan kecacatannya). Malah yang 'rosak' adalah manusia yang melihatnya 'janggal'. Dan di sinilah bermula 'cerita Badrul'.

Bahagian kedua ialah sewaktu Ruminah Sidek (lakonan yang sangat berkesan, kurang betul kalau FFM tidak memenangkannya untuk tahun ini dengan lakonannya dalam filem ini) mengajar Badrul menulis jawi dengan mengeja "Pensil". Di sinilah kita dapat tangkap (ya, aku menangis pada bahagaian ni sebab sebak sangat, antara babak paling efektif dalam filem ni) rahsia 'hati' dan cinta Badrul terletak dalam rahsia 'pensil' (kaitkan dengan babak terakhir bila Badrul meraung serta babak Badrul mengorek 'harta'nya). Ia bukan saja simbolisme ilmu (dengan pensil adanya ilmu) tetapi simbolisme saat itu saja Badrul 'dekat dengan Tuhan' (Badrul berzikir dengan melakarkan kecantikan dan keindahan ciptaan Tuhan, seperti mana cantiknya larat khat itu membentuk ejaan pensil), betapa pentingnya pensil itu terhadap Badrul sebenarnya.

Pensil sebuah filem yang kecil, kadang-kala impak menangisnya terlalu (lebih-lebih lagi pada bahagaian akhirnya), tetapi ceritanya antara yang terbaik dan sempurna dibuat tahun ini, juga mempunyai cerita 'jiwa' yang tidak selalu kita dapat tonton dalam filem Melayu. Mereka yang teringat akan Tiada Esok Bagimu seeloknya menonton filem ini.

13 comments:

Anonymous said...

hi fadz,
Thanks for constuctive feedback for Pensil.
Don't know what to say actually, but I do agreed ur comment and i'm proud to have someone like u in the industries.
Cuma yang sedihnya,filem ini hanya di tonton seramai 9orang masa aku pegi tgk hari tu.huhu...mcm mane industri nak maju?
keep on blogging!-well done.

Anonymous said...

fadz.thx for reviewing pensil.. wish it could be sooner..hhehee..**demanding**
went to see PENSIL last monday with a friend at KL pavillion at 7.30pm after reading the film review in STAR paper Friday (Rizal Johan kasi 4/5 stars)

Only 2 of us in the theatre..**scary**
The movie is better than many local movies being produced nowadays..
The acting is excellent from almost everyone..and the malay kampung is depicted quite accurately!!
Syabas to M Subash!!

Anonymous said...

fadz.thx for reviewing pensil.. wish it could be sooner..hhehee..**demanding**
went to see PENSIL last monday with a friend at KL pavillion at 7.30pm after reading the film review in STAR paper Friday (Rizal Johan kasi 4/5 stars)

Only 2 of us in the theatre..**scary**
The movie is better than many local movies being produced nowadays..
The acting is excellent from almost everyone..and the malay kampung is depicted quite accurately!!
Syabas to M Subash!!

Anonymous said...

Cantik judulnya... mak aih lamanya aku tak tonton filem melayu... oh btw, fadz aku dah 'terang'kan balik skrin aku yg bergelapan setahun lebih haha

Anonymous said...

fadz, awak ada gak orang lain dalam panggung tu, saya cuma saya seorang sahaja, gerun pun ada, beberapa kali rasa nak keluar sebab filem ni pada awalnya seperti filem horror.

Ya, sedih keterlaluan. Saya suka cerita ni, nampak hidup ni kejam.

affanazami said...

Bahagian kedua ialah sewaktu Ruminah Sidek (lakonan yang sangat berkesan, kurang betul kalau FFM tidak memenangkannya untuk tahun ini dengan lakonannya dalam filem ini) mengajar Badrul menulis jawi dengan mengeja "Pensil". Di sinilah kita dapat tangkap (ya, aku menangis pada bahagaian ni sebab sebak sangat, antara babak paling efektif dalam filem ni) rahsia 'hati' dan cinta Badrul terletak dalam rahsia 'pensil' (kaitkan dengan babak terakhir bila Badrul meraung serta babak Badrul mengorek 'harta'nya). Ia bukan saja simbolisme ilmu (dengan pensil adanya ilmu) tetapi simbolisme saat itu saja Badrul 'dekat dengan Tuhan' (Badrul berzikir dengan melakarkan kecantikan dan keindahan ciptaan Tuhan, seperti mana cantiknya larat khat itu membentuk ejaan pensil), betapa pentingnya pensil itu terhadap Badrul sebenarnya.

**SETUJU

p/s- samalah, ade 4 org je dlm panggung mase saye g tgk n worst, TGV siap CUT tayangan awal pagi for HULK. ridikeles betul.
p/s/s- harap sgt mak mah menang kali ni. babak tu pun buat saye sebak semcm je.

fadz said...

anon, i love u too, tq

spiral, pensel mmg best

amirah, pensel mmg kejam sebab ia tajam tak tumpul. aduh, sakit bontot aku.

affan, Horeh for Mak Mah, Mak Mah seksi dan meletup!

Anonymous said...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.

hoelisheet said...

Pada tahun 2007, saya masih bersekolah, tingkatan5. Pada masa ini, M. Subash masih mengajar di pusat tusyen sebagai guru jemputan, dan saya salah satu anak muridnya. Dia pernah cakap pada anak muridnya tentang kecintaannya pada seni lakon layar, dan sedang mengusahakan sesuatu. akhir, 2008, Pensil keluar. Cerita ni betul-betul terkesan. Masa tu saya tau, dia akan berjaya, :)

Anonymous said...

i need to watch the movie or the script..sbb kteorg kne bat pementasan theater for uitm..i heard this movie was excellent...mne nak dapat ye??

Unknown said...

Pensil gila best! My son aged 12 n daughter aged 19 cried tgk Pensil

Unknown said...

semalam dkt astro ade citer nih . saya dan suami terkesan sgt2 dengan jalan cerita filem pensil . dan pagi ni pg keje dengan mata bengkak . hahaha

Unknown said...

mmg terkesan sgt2 tengok filem nih . menagis sampai tersedu2 semalam .