18 June 2007

3 Rancangan TV Astro

ok, semalam aku demam teruk.

Selain daripada tak dapat menonton wayang, aku terpaksa duduk berkurung dalam rumah dan makan ubat.

Sepatutnya, kalau dah sakit begitu, perlu ingatkan Tuhan bukan? Isyk, teruk betul aku ni, waktu tu, aku ambil alasan untuk duduk depan TV dan baring, hanya waktu masa solat saja aku cari sejadah. Apa2pun, semalam, aku dapat menonton 3 buah program menarik dalam waktu 6 jam (isyk, teruk betul aku ni) selepas aku kemah sedikit di Astro Ananda Krishnan.

On The Lot (saluran 42 Astro Ananda)

Siri pertandingan realiti yang diusahakan oleh Steven Spielberg dna Mark Bannet, di mana en. Garry Marshall (kwn. baik Spielberg dahulu yang banyak menolong Spielberg merealisasikan filem-filemnya waktu kuasa studio zaman 80-an) dan Carrie Fisher (oh, my i just love her!! Juri paling best dalam sejarah juri realiti TV, bagi aku lah..program semalam, dia tak berapa suka dengan filem Luby yang eksperimental, tetapi dengan berkias, dia mengatakan dengan jujur bahawa wajah cute Luby boleh digunakan untuk 'memeluk' mana-mana 'Adrianna' dalam industri filem Hollywood- semacam mahu mengatakan, "Filem kau macma sial, tapi kau cute, kau boleh tidur dengan aku, kau boleh buat filem tu!").

Aku suka dengan konsep realiti TV ini. Tentang anak-anak muda yang diberi peluang membikin wayang, filem-filem pendek, maka, seperti Spielberg nanti, mereka diberi peluang untuk membikin sebuah filem yang besar. Filem-filem pendek semalam pun, walaupun banyak yang 'hit' dan 'misses'nya, membuka mata ramai orang tentang ilmu-ilmu perfileman dan reaksi penonton (sebenarnya agak superfisial bila penonton ketawa dan 'ahhhhh', kerana kita tahu ia dibuat-buat), dan yang penting lagi, mendengar pendapat juri yang mengkritik secara telus dan kadang-kala kejam. Pengambilan mereka sebagai juri, walaupun Carrie Fisher dan Garry Marshall sebenarnya lebih senang dikategorikan kuat di dalam filem-filem genre komedi, tetapi seharusnya orang filem tahu bahawa, filem komedi adalah filem yang paling susah untuk dibikin (Spielberg sendiri melakukan kesalahan dalam filem 1941).

Setakat ini, ada beberapa nama peserta yang aku minat: Zach Lipozsky, Jason Epperson, Shira-lee Shalit, Shalina Katayya, Sam Friedlander, Adam Stein dan Andrew Hunt. Mereka semua, malah yang lain punya kekuatan mereka yang tersendiri. Marty Martin mempunyai cita-cita paling besar dan punya strategi paling tinggi dan berisiko. Dia membikin filem-filem pendeknya semacam 'tapestry' pada sebuah filem Hollywood yang besar. Maka para penonton Amerika mungkin tidak akan membuangnya jika mereka mahu melihat keseluruhan filem 'besar' yang dirancangnya. Kenny Luby pula mengeluarkan filem-filem eksperimental paling pelik dan unik, walaupun bukan dalam mangkuk kesukaan aku, dia mungkin dapat bertahan, selagi orang boleh tahan dengan gaya MTVnya.

Kesemuanya, paling aku gemari ialah Shira-lee Shalit (kekuasaannya pada wanita, watak, komedi seks dan penjagaan kuasa pelakon-pelakonnya), Shalina Katayya (gaya, suntingan dan penceritaan paling matang antara semua peserta setakat ini) dan Sam Friedlander (aku suka cerita-cerita peserta ini. Kepalanya memang seorang pengarah, kerana setiap filemnya ada motivasi dan konflik yang kuat, baik daripada imej atau pengolahan). Apa-apapun, paling penting, filem-filem mereka menghiburkan, dan aku hanya mahu menonton filem-filem mereka dan apa yang orang muda Hollywood boleh buat. Rasanya, pembikin filem muda kita di ASWARA pun tentu setahap dengan mereka.

Expose: Mistik (Saluran 8 Astro Ananda)

Wah, semalam ada show yang best. Tengok 'exorcism' dan pembomohan di kaca TV daripada sebuah program doku semacam Edisi Siasat NTV7. Tajuknya, BOMOH. Menarik juga cara mereka mengupasnya, malah babak bomoh Gombak itu mengeluarkan hantu dalam badan seorang budak gemuk (tu lah, sekarang ni, jangan keluar malam sebarangan!) sangat mengerikan, bulu roma aku naik tegak! Ada lima segmen, bomoh Melayu (perlu juga ke letak latar lagu seram bila bomoh Islam Melayu guna Quran?), orang Asli, Jawa (paling pelik, mereka guna Jin?), doktor Aura (sangat menarik, aku teringat akan kuasa 'Chi' yang diamal oleh orang Cina dan amalan kuasa aura mereka, Reiki, di mana dikatakan, orang Islam juga sudah kenal akan amalan penguatan aura ini sewaktu dengan bangsa Cina) dan Buddha. Yang paling lawak, aku terfikir, bagaimana bomoh-bomoh ini melihat dengan gelihati terhadap pengacaranya yang berambut pacak semacam jin bertocang bertanya macam mana nak tangkap hantu.

Modan Insan (Saluran 8 Astro Ananda)

Hmm, betullah orang kata, cerita mak nyah boleh dijual. Selepas program Expose, aku menonton pentas bicara ini yang diacarai oleh Rosyam Nor, tentang mak nyah. Suatu yang sangat segar kerana mereka tidak mempersendakan mak nyah-mak nyah ini (kita tahu, ia melanggari agama), tetapi lebih mengupas daripada perspektif hidup, pengalaman dan jati diri mak nyah itu sendiri- menarik dan sangat berani. Kesemua mak nyah-mak nyah itu memberi perspektif yang berlainan dan menarik (seorang daripada mereka berani berseksi di hadapan kaca TV, seorang lagi sudah mempunyai dua anak di mana dia menjumpainya terbiar di tengah jalan). Paling menyeronokkan ialah Kak Zam, seorang mak nyah berumur 40 yang banyak berbincang tentang pengalaman dan nukilan rasa hatinya dengan berseloroh dan baik, malah memberi sepatah dua kata kepada mak nyah-mak nyah yang 'terlalu'. Dan Rosyam Nor, berberbicara dan berbicara tanpa berhenti, walaupun aku tidak suka akan beberpaa soalan-soalannya yang seakan cuba memulas puting lembu untuk susu- menghentak peserta supaya beremosi dan memberi luahan yang tidak terkawal. Sebuah program yang aku firasatkan, akan menimbulkan banyak perbincangan (harap-harapnya sihat) di kalangan masyarakat kita.

2 comments:

Anonymous said...

aku suka gila the lot,ia buat aku cam terfikir what if...kalau lah ada peluang...tapi aku pengecut so tak mungkin...
aku taktau lah kor tapi aku suka gila Getta Rhoom and Lucky Penny..though i am actually rooting for Adam...ko?

Ajami Hashim said...

yeahhhh! abg fadz tolong promotkan astro!