19 March 2007

Perca-perca Filem Mac 2007


Pan's Labyrinth (2006)
Kalau filem ini masih ditayangkan di pawagam, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton filem ini, kerana LPFN tidak memotong sebarang 'gore' yang terdapat dalam filem ini.

Ini sebuah filem syaitan yang setaraf Harry Potter, di mana semua keajaiban dunia Jin diberi seri warna indah yang memaparkan bagaimana manusia adalah medium berkuasa untuk alam lain ini bersatu dan menukar sejarah manusia. Secara amnya, filem ini bolehlah di samakan sebagai sebuah Alice in Wonderland versi dewasa atau sebenarnya sebuah 1001 Malam orang Sepanyol.

Filem ini tetap ada watak hitam/putih yang menjadi kebiasaan filem-filem fantasi (siapa kata filem ini lebih hebat daripada LOTR, nak kena sekeh? Kenal ke diorang apa tu genre fantasi?), paling penting, dan kalau diperlihat dengan seteliti yang mungkin, dunia paralel yang disengajakan ada dalam filem ini (untuk memaparkan bahawa kanak-kanak, baik dari dunia Peter Pan sehingga BFG, punya kebenaran mutlak dan kesucian tinggi sebagai manusia, maka fantasi yang mereka cipta adalah satu kebenaran) duduk bersenyawa dengan dunia manusia. Pendek kata, seperti Princess Manonoke atau The Neverending Story, ia memberi kesan terhadap dunia manusia dan manusia memberi kesan terhadap dunianya, satu penyataan yang lazim dalam dunia spiritual Alam Melayu (bunian-manusia).

Simbiosis ini boleh diperhatikan dengan gaya suntingan filem ini, juga penjalinan plot, juga jiwa, jika diperlihat dengan betul. Lihat sahaja 3 bentuk tugas yang diberi oleh Fawn kepada anak kecil. Tugas meletak batu geliga dalam perut katak, bersamaan dengan rancangan si kapten merancang untuk mencari dan menghapuskan para pembelot dalam perut hutan, dan kesalahan si puteri memakan anggur sama dengan kesilapan para pembelot memberi 'bukti' kepada kapten bahawa ada pengkhianat, serta bagaimana akhirnya si puteri perlu membunuh seorang yang tidak bersalah, bersamaan dengan pembunuhan si kapten yang memang bersalah. Semua ini diikat cantik dengan plot yang turut memberi kesan terhadap kedua-dua dunia fantasi serta realiti filem ini.

Watak yang digambarkan juga sangat cantik, lebih-lebih si kapten yang walaupun antagonis, mempunyai puitisnya yang tersendiri. Kalau diperlihat betul-betul, filem ini, sepertimana-mana filem fantasi, ingin memaparkan kuasa pemilihan manusia dan bagaimana pilihan manusia itu menulis sejarah (di dalam alam fantasi, buku-buku fiksyen ini sendiri semacam satu hikayat lama yang 'baru' atau teks sejarah tersendiri). Ini berlaku terhadap apa-apa pilihan yang dibuat oleh si puteri mewakili alam fantasi dan si kapten mewakili alam dunia. Si puteri sebenarnya 'mencipta' sejarahnya tersendiri, seperti mana si kapten mahu mencipta sejarahnya. Seperti yang kita tahu akhirnya, kedua-duanya mempunyai pensejarahan yang 'blurish' walaupun kita tahu si puteri yang menang akhirnya. Maka persoalan tentang sejarah, sebenarnya, adakah ia benar-benar satu kebenaran apabila ia di'cerita'kan oleh seseorang yang lain daripada diceritakan oleh orang yang mengalaminya sendiri? Filem ini memaparkan persoalan-persoalan itu.

Ini sebuah filem yang tidak patut ditinggalkan, malah aku yang menontonnya di DVD sanggup membuang duit aku menonton di layar perak kerana kecantikan gambarnya di mana Del Toro berani membawa setiap emosi manusia itu, takut, sayang, benci, seram, sedih, kelakar dalam sebuah filem yang amat memikat.

Ya, mungkin filem ini tidak dapat menandingi LOTR atau sebagai cerita pari-pari, Peter Pan, tetapi filem ini adalah antara filem fantasi yang tebraik dibuat tahun lepas.


The Queen (2006)
Jangan tidak nonton filem ini. Sebuah filem yang sangat baik. Malah, filem ini sepatutnya memenangi lebih banyak anugerah dan diiktiraf oleh mana-mana festival kerana aku mengaku, filem ini 'ratu' yang tersendiri (aku akur filem ini kalah dengan The Departed, tetapi memang tahun ini, banyak filem-filem baik yang keluar).

Lihatlah lakonan Hellen Mirren untuk mempercayai apa yang aku kata, satu lakonan yang mengikat anda di tempat duduk anda sehingga ke akhir filem ini. Filem ini membawa persoalan, apa suidah hilangkah kekuasaan daulat raja itu pada negara apabila segala kemodenan sudah langsung meninggalkan tradisi lapuk mereka? Filem ini terus 'menyinar' setiap kali Hellen Mirren memberi pendapat dan kuasa katanya terhadap Blair dan lain-lain. AKu suka bab ini: "Waktu ini, mereka (media) akan melambung awak setinggi-tingginya, hanya awak tunggu mereka akan kutuk awak sebawah-bawahnya." Dialog ini sudah merumuskan kuasa 'monarki' terhadap apa-apa kemodenan dan demokrasi yang mengelilingi mereka, dan kebodohan masyarakat yang sudah mula hilang penghormatan mereka terhadap kedaulatan raja.

Filem ini agak peribadi bagi aku untuk beberapa perkara (berkenaan dengan kerabat), maka aku agak prejudis apabila filem ini adalah antara filem kegemaran peribadi aku tahun ini.


Detik Terakhir (2006)
Aku tidak suka filem ini. Walaupun ya, aku mengaku, sutradara Indonesia sudah berani mengeluarkan filem lesbian. Satu perkara penting, aku suka tentang filem ini kerana ia sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah buku (tidak salah aku). Walaupun filem ini punya unsur humanis (denagn sedikit didaktik ala Gia lakonan Angelina Jolie yang hebat itu), cara ia menggambarkan grafik seksnya, amat memualkan. Contoh terbesar adalah waktu si perempuan ini dirogol oleh tauke disko itu, ya rabbi, aku rasa babak rogol Embun lagi efektif lagi. Ada beberapa babak yang sangat menarik, iaitu riwayat awal pengnarator filem ini, serta babak waktu dia berhalunisasi kerana mengambil heroin. Yang lain-lain, sutradaranya sepatutnya lebih berani, kasar dan mengambil masa untuk membikin filem ini sebaik mungkin.


300 (2007)
Kalau anda suka tengok lelaki (dan perempuan) separuh bogel menunjukkan aurat mereka yang cantik dan mengiurkan, ini adalah filem untuk anda. Hanya satu perkara, filem ini sangat-sangat menghiburkan (itu pun sebenarnya tujuan filem ini, tidak lebih daripada itu). Kalau anda mahu mencari satu 'subtlety' macam Gladiator, bolehlah dikatakan ia ada setengah. Adakah filem ini satu propoganda yang membuat orang Amerika merasakan mereka wajib memerangi Iran (kerana Iran itu Parsi zaman dahulunya?)? Persoalan itu aku rasa jengkel kalau mahu salahkan Zack Snyder mengeluarkan filem ini sekarang. Yang aku dapat lihat ialah, apa yang perlu dibenci kerana di dalam filem ini, sudah terang bahawa pihak Parsi (the aggressor) yang melakukan serangan, sepertimana Amerika membuatnya terhadap Iraq dan waktu ini Iran. Maka idea 'peperangan' yang sarwajagat ini bagi aku sudah terang, mereka yang sering kali mendobrak diri mereka 'super powers' akan tersedar satu hari bahawa mereka bukanlah 'immortals' bila sesebuah negara itu bersatu hati memerangi mereka, itu sahaja 'point' filem ini, satu 'self mockery' terhadap Amerika kalau mereka angkuh dna salah langkah (maka orang Amerika sekarang bukan seperti nenek-moyang mereka si Spartan tetapi musuh mereka, Xerxes si Parsi).

Aku suka soundtrack filem ini. Seru!

Terowong Casablanca (2007)
Sebuah filem yang sangat bodoh-bodoh-bodoh walaupun para pelakonnya sangat cantik dilihat. Setaraf filem-filem keluaran David Teo's Mistik, Potret Mistik dan aku pasti, filem ini ada pengaruh daripada David Teo. Filem ini satu lagi contoh, JANGAN paparkan efek keseraman dengan sekaligus (hanya jika awak pro seperti Peter Jackson, Sam Raimi atau Clive Barker, di mana, kalau mereka mahu paparkan horror, mereka akan simpan sehingga 20 minit akhir filem itu, lalu kalau nak buat 'all hell loose' buatlah masa itu) tetapi perlu dibuat dengan satu "perkembangan yang sihat"!


C.R.A.Z.Y. (2005)
Sebuah 'cult classic'. Sebuah filem 'coming of age', separuh muzikal, separuh The Simpson, sekaligus memberi kuasa mikro untuk melihat sebuah keluarga biasa dalam sejarah di Quebec, pada 1960-an sehingga awal 80-an. Seorang lagi sutradara yang tahu bagaimana untuk mengikat cantik babak filem, watak dan lagu latar terhadap kewujudan keseluruhan filem.

Lihat sahaja tontonan watak utama memasuki dunia fantasinya di dalam gereja, atau bagaimana dia berimajinasi menjadi David Bowie dan bagaimana setiap kali ayahnya menyanyikan lagi peranchis itu, kita faham signifikannya dan rohnya terhadap keseluruhan filem ini.

Ia sendiri adalah sebuah filem yang bercerita tentang setiap keluarga yang kita kenal, sedang melalui fasa sejarah, dan paling penting, filem ini memaparkan kesatuan keluarga yang di mana, ia tidak perlu bermoral dengan pengajaran, tetapi sudah cukup membuat kita terasa akan kepentingan bersatu dalam keluarga. Sebuah filem terbaik bagi aku tahun lepas.

Jangan lupa untuk menyanyi bersama dengan dendangan lagu dari filem ini.

13 comments:

maberik said...

300 tu kalau takde dialog langsung, confirm aku bagi rebiu positif!

Edd Vedder said...

off-topic : aku baru perasan, link kt sebelah tu, nama aku Edd Vedar.

It sounded like Darth Vader..hehe. Anyway, it's Edd Vedder, Fadz. Sorry, aku mmg nitpicker sket. Clinically proven, aku ada sedikit OCD.. tapi x la kronik mcm Monk.

P/S: Aku suka layout background putih ni. Tapi banner biru tu ceriakan la sikit. E-mel aku source code template kau.. lethalbeez@gmail.com

Peace.

Nazim Masnawi said...

Apa yang kelakarnya ialah 300 terkadang tak mampu mengawal metaforanya sendiri disebabkan kekelabuan situasi di Iraq. Adakah Leonidas mewakili Bush? Ataupun Xerxes tu yang Bush? Lagipun, macam kau cakaplah, dialah si penceroboh; datang bersama gabungan negara lain dengan tenaga yang lebih kuat dan teknologi lebih gedang daripada orang Sparta. Geng Parsi datang dari budaya korup yang penuh dengan zina dan kekejian, sementara Sparta pula sepenuhnya tentang kekentalan moral. Dan disebabkan tenaga tak banyak, orang Sparta terpaksa melakukan taktik ganas yang geng Parsi rasa berada di luar garis undang-undang peperangan. Berlainan dengan kau, aku rasa penaklukan ke atas Iraq ada juga persamaannya dengan apa yang Leonidas dan segala burung kakak tuanya buat, tapi lagi susah sebenarnya rakyat Amerika nak sedar persamaan tu – maksud aku, tolonglah, ada ke di antara diorang yang berani nak mati demi kepercayaan diorang?

fadz said...

ha nazim, lu jgn cakap byk, cepat hantar bab seterusnya woi..dah terlalu lama ni.. hisyk tersiksa aku tau! the funny things is, zack snyder dan j miller tak terlintas pun nak satirakan filem ni sebagai satu realiti amerika dan sekutunya menyerang middle east, kenapa org ramai terloncat2? tu yg lawaknya...duh..btw aku respek je apa2 yg korang cakap, though i felt 300 is a self mockery to history (ada ke xerxes seorang giant diva dan pansexual? ada ke jenis manusia macam leonidas yg tak pernah penat2?), and everything ppl ave been talking about true valour or vice versa. man, to sum it up, its just a damn movie..huhuhu

fadz said...

edd, ok..huhuhuhu..maberick, huhu ya lah..

fadz said...

alah vedder, kecoh la lu..ni kan blog filem..vederina jelah, huhuhu

hantamsajalah said...

bestnyer.. aku ingat aku sorang je yg suke citer C.R.A.Z.Y tuh ropenyer ader gak meknosia yg menat. yup mmg citer dia pasal famili value (err.. walapon bukan contoh yg islamic tapi its about agama samawi jugak..)dan friendship. aku dah 4 kali ulang tengok sebelom member aku pinjam buat harta.. aku suke sema lagu2 dia... esp. hier encore (yesterday when i was young -english version) dan emmenez moi nyanyian charles aznavour. even tak gheti kecek peghanchis tapi aku dah bulih miming lagu2 tuh... tak di lupa title song Crazy oleh patsy Cline. mmg verantoo lagu tuh... dan adengan berangan melayang macam dlm mukhsin dalam church tuh pun aku dah suker lagu tuh...lagu Rolling Stones, Sympathy For The Devil... aku suka part 'koo koo...'
masa zaman zach kecik2 memang bez..
lagi bez darik mukhsin!

rewan ishak said...

Pan's Labyrinth memang hebat. The Queen aku blom tgk. Detik Terakhir tuh filem indon kan? Aku ingat filem Sarimah, Detik 12 malam. Kau tak review Berbagi Suami ke? Mantap giler citer tuh.

Anonymous said...

Fadz, Detik terakhir based on the novel Jangan Beri Aku Narkoba by Alberthiene Endah.

Zack said...

Wah! Sori Fadz, aku tak perasan kau dah berpindah ke blogspot! Pan's Labyrinth ialah filem terkini aku reviu (haha, sekarang mojo agak kurang la nak nonton, asyik ngan muzik jek :P)

EnChe hantamsajalah:
Aku pun suka filem tu. Dah direviu lama dah di blog aku. Marc Andre Grodin umpanma Gael Garcia Bernal yang baru!

Unknown said...

hmmm... pan's labyrinth is simpler than that la, fadz. the centre of the story is the rose that can give you eternal bliss but is surrounded by thorns. mankind wants the rose, but does not want to go through the thorns. get it?

fadz said...

salam kak min, yeap, i get that.. (kalau diperhatikan pun, kebanyakan cerita fantasi punya pergerakan begitu, kesemuanya, termasuk Narnia, Oz, Neverending Story dan sudah tentu the Hobbit) but i want to see more than that, i want to see from other perspective. Lagipun, ini mmg genre yg saya suka. takde masalah lah.

fadz said...

hentam sajalah, huhu, CRAZY mmg best..!

rewan, dah lama tka dgr cerita

zack, maaf..!