25 November 2007
Mintak Pizza Masa Rusuhan
23 November 2007
10 Tahun Sebelum Merdeka - Inilah Baru Filem Sejarah!

19 November 2007
Perca-perca Filem November 2007
08 November 2007
9 September- Romantik Gagal

07 November 2007
Bunga Di Dalam Poket Cantik Menawan

yang pernah ditayangkan. Mereka, Liew Seng Tat, Amir Muhammad (dikatakan Bapa Pencetus Filem Bebas yang bermula dengan Lips To Lips), Tan Chui Mui, dan James Lee saling berlakon/menerbit dan memainkan peranan belakang tabir filem masing-masing, termasuklah 'meminjam-minjam' pengarah fotografi, pencipta muzik, penyunting, kru, penyunting suara sampailah ke pelakon-pelakon. Mereka juga saling pinjam meminjam pula pelakon, pengarah fotografi, kru, pencipta muzik, dan lain-lain 'pe' pengarah filem bebas lain seperti Zan Azlee, Yasmin Ahmad, Osman Ali, Deepak Kumaran Menon, Ho Yuhang, Azhar Rudin dan lain-lain. Seperti filem ini, Mak Inom, ibu kepada Yasmin Ahmad(!) berlakon di dalam filem ini sebagai Nenek Ayu, Amira Nasuha (amboi, budak ni memang boleh jadi bintang!) dari Mukhsin dan James Lee berlakon sebagai ayah kandung Li Ohm (Lee Hom, hahah!) dan Li Ahh. Keberkesanan dan saling berinteraksi antara para pengarah/penerbit ini semacam membina suatu alam muhibah yang diingin-inginkan sangat dilihat dalam persada dunia sosial dan politik tempatan. Dan interaksi dan usahasama inilah yang mencipta keajaiban, hasil-hasil yang bermutu dalam filem-filem pengarah/penerbit ini (kerana kesemua pembikinan filem ialah sebuah projek berkumpulan).
turut terus menangis, memahami betapa keinginan yang dalam (tanpa perlu disebut) oleh Li Ohm untuk sekilas kasih-sayang dan bimbingan. Ataupun beriya-iya Li Ohm dan Li Aah menyedut sos tomato KFC semacam gula-gula paling sedap di dunia. Babak-babak kecil inilah, yang diputar dan berterusan, memunggah hati aku.
sekolah mereka di depan-depan penduduk KL (sebenarnya rakaman ini nampak seakan di PJ). 
05 November 2007
Tiga Filem untuk Halloween

Filem ini juga, dengan mengejutkan, memberi watak-watak mangsa yang kita suka dan bersimpati dengan. Watak mereka memang tidak penting (tidak penting kerana mereka akan mati juga pada akhirnya), malah semacam tidak mengisi motif plot. Tetapi Zombie mengisi mereka dengan watak 'manusia', dan manusia, apabila dibunuh, yang menyebabkan manusia tersentak. Zombie memang pandai mencipta watak-watak 'that matters', walaupun sekecil mana peranan mereka di dalam filem ini. Dan di dalam filem ini belambak. Mungkin juga kerana teknik pembunuhan yang berlaku, mangsa itu memang dikacau dan digoyah dengan teruk. Mereka bukan dalam filem, tetapi di alam nyata. 'Takut' mereka 'real'. Dan ini yang mengujakan.
Halloween juga mencapai strata-strate teknikal yang tinggi selain dari lakonan dan pengarahan. Lagu latarnya kena dan menakutkan, fotografinya yang mengambil semangat filem lama lalu memberinya nafas 'wide screen' baru memberi 'epic feel' terhadap filem ini. Latar seninya juga adalah antara yang terbaik keluar dalam sebuah filem seram tahun ini. Setiap ketelitian latar tempat dijaga dengan baik.
Akhir sekali, Rob Zombie bukan saja berjaya memberi filem ini sebuah nafas baharu, tetapi suatu 'tragedi dan sumpahan' baharu yang bukan lagi berbau mistikal (walaupun masih occultish), tetapi 'real' seperti yang dibawanya dalam The Devil's Reject (Zombie percaya bahawa kemandirian manusia biasa melakukan sesuatu dengan mendepani pilihan yang dibuat membuat mereka sebagai legenda. Devil's Reject memaparkan manusia biasa yang luar biasa yang mencipta legenda, walaupun pilihan yang dibuat itu ialah keganasan di luar kemampuan kemanusiaan. Perkara ini agak menarik jika kita kaitkan legenda Dracula yang datang dari Vlad the Impaler atau Countess Erzsébet Báthory), manusia yang hanya tidak faham akan emosi dan kejahatan dalam diri mereka tetapi mahu memberi peluang untuk mengenalinya. Di dalam filem ini, jalan ke arah kejahatan itu jelas. Seperti yang dikatakan oleh Dr. Loomis- "Matanya bukan lagi manusia". Tetapi di situlah jawapannya bercelaru. Budak itu mungkin satu ciptaan Tuhan atau alam yang 'rosak', diturunkan sebagai sumpahan (seperti yang dibayangkan dalam filem original), tetapi secara didaktik, keluarga dan rumah yang rosak, membentuk anak-anak yang rosak. Filem ini menyelusuri isu ini dengan sentuhan menyentuh perasaan (walaupun dengan kejam, ini adalah suatu yang hebat tentang Rob Zombie, melakarkan kecantikan dan poignant manusia dalam kekejaman dan pemahaman kekejaman itu). Malah, kerana 'realiti' yang ditangguni oleh keluarga (bukan sahaja kerana mungkin berketurunan gila, tetapi memberi peluang persekitaran mengubah dan mengeluarkan kegilaan itu) yang mencipta legenda itu. Legenda yang menakutkan bagi orang yang tidak faham, tetapi yang memahaminya, sedar akan tragedi dan kisah sedih yang terlibat di belakang ceritanya.

lihat: http://www.imdb.com/title/tt0453533/
Ini ialah sebuah filem bebas yang biasa. Biasa sebenarnya. Malah, efek (hantu keluar) yang tidak ditunjuk (kerana tidak ada bajet) memberi efek baik dan kadang-kala tidak baik terhadap keseluruhan filem (dari segi memberi saspens dan proses penemuan bukti, kebiasaan buat filem-filem berbentuk separa penyiasatan dalam mana-mana filem seram). Lakonan Corri English sebagai penuntut doktor (mengingatkan kita kepada Anatomy, sebuah filem slasher dari Jerman) yang dikacau oleh hantu mangsa hantu Maya baik, ditolong oleh beberapa pelakon yang Ok juga. Tetapi kadang-kala dialog dan skrip cerita meleret filem ini kepada sebuah formula yang pernah dibikin dan simptom 'bila lagi korang nak sedar sehingga terlambat?'. Aku tidak berapa suka filem ini. Mungkin 'highlight' sebenar filem ini terletak kepada dua bentuk. Pertama, mayat-mayat yang digunakan kononnya di dalam filem ini ialah mayat betul, yang di mana (itu mungkin gimik saja) itu tidak penting, tetapi bagaimana telitinya filem ini memaparkan bagaimana badan manusia itu dipotong, itu priceless. Kedua ialah latar lagu filem ini sehebat lagu Omen ciptaan Jerry Goldsmith. Malah bagi aku, lagu filem ini ialah bintang sebenar filem ini. Lain-lain perkara, filem ini bolehlah diabaikan.
Saw 4 (2007)

31 October 2007
Bakal Menggegar Sejarah Perfileman Malaysia
Stardust- Filem Fantasi Mempesona
Saya suka pengarah seni dalam filem ini berserta pengarah fotografinya yang tidak segan-segan membesarkan 'lensa' dan dunia filem ini (ada beberapa babak mengikut gaya LOTR Peter Jackson iaitu melompat ke sebuah wilayah ke sebuah wilayah di atas angin dengan laju). Wajah filem ini kadang-kadang 'grand' dengan pengambilan lanskap yang luas (gaya ini penting dalam filem fantasi) tetapi tidak melupakan 'detail' sesebuah budaya 'gila-gila fusion' penduduk alam fantasinya. Pencipta muzik Ilan Eshkeri, walaupun kedengaran seperti campuran lagu-lagu Alan Silvestri dan Danny Elfman, telah berjaya mengimbangkan dan memberi suara tanah, angin serta rasa perasaan watak-wataknya.30 October 2007
Kuntilanak 2- Ekses Gore Impak Kurang

Saya suka akan lagu latar filem ini. Tidak salah saya, satu babak 'showdown' terakhir, ada sebuah lagu kori yang bertutur "Syaitan Maha Besar" atau sesuatu yang begitu. Menggerunkan! Saya juga suka akan latar filem ini yang 'tip-top' dan berjaya membawa elemen gelap dan suram dari Kuntilanak pertama, serta beberapa 'warna' terhadap sekt Mongkojiwo itu. Kalau diperdengar, suara kilat sabung-menyabung itu disengajakan untuk mengambil semangat gaya filem lama Hollywood yang fantastikal. Memang, filem ini sedikit fantastikal.27 October 2007
1957: Hati Malaya - Sebuah Tempat Untuk Kamarulzaman

Saya suka benar dengan kerjasama besar dalam pembikinan filem ini. RM3.5 juta kononnya diperolehi daripada usaha sama ini. Ini satu petanda baik tetapi perlu dipertingkatkan dan diikuti dalam produksi filem-filem yang seterusnya. Dengan cara ini sahaja sebuah filem boleh mencapai 'kehendak' yang mahu dicapai. Walaupun menonton filem ini, kita sedar ke'epik'an filemnya 'samar-samar' (Suhaimi Baba kata, kekurangan bajet untuk mencapai tahap Gandhi), semangat usaha sama inilah yang sebenarnya kita mahu, yang semahu-mahunya kita lihat, dana yang lebih tinggi disuntik supaya pengarah dan penerbit dapat merealisasikan sebuah filem yang benar-benar tampak mencapai kehendaknya.
Malah, jika dilihat dalam beberapa babak, lagu latar Sharon merosakkan filem ini dengan nadanya yang terlalu membingitkan. Malah latar lagu Siti Nurhaliza yang sedap jadi merunsingkan dengan sebuah babak ala MTV yang disengajakan untuk budak-budak kampung yang nak tengok wayang (percayalah, orang kampung pun dah sofistikated dan tidak perlu dengan montaj tidak berguna seperti ini lagi). Malah, ditambah lagi dengan gaya pecahan imej frame yang bukan-bukan kadang-kadang, termasuk 'fast shot' ala Matrix yang langsung tidak memberi makna. Kesemua ini menggagalkan keinginan Suhaimi supaya filem ini mendapat pengiktirafan yang sebenarnya.