25 January 2009

Aku Seorang Peminat Twin Peaks(1990-91) Besar

"My daughter's dead..."
Leland Palmer, hiba.



Babak di atas merumuskan sepenuhnya dunia fizikal Twin Peaks, antara babak awal drama siri itu (yang dimulakan dengan sebuah telefilem di Amerika Syarikat, sebuah siri tajaan Dunhill di Malaysia waktu itu). Ia meyanggupi melodrama yang disertakan dengan emosi benar (dialog dan aksi tidak terancang), ia kelihatan "kecil" (di dalam sebuah pekan) maka sebutan orang-orangnya semememangnya orang pekan kecil (mengambil rujukan filem/siri televisyen Amerika 50-an) yang sungguh sopan dan penuh intimasi. Kita sedar, semua orang kenal semua orang (Sheriff Truman sampai, lalu Leland [serta isterinya] sedar sesuatu yang tidak elok) dan tentu masing-masing mengenal anak orang lain. Di dalam babak ini, Leland sedar apabila Sheriff menghampirinya, lalu dia menangis (Laura tak pernah hilang dari rumah). Isterinya turut menangis, malah meracau dan hesterikal. Leland memeluk erat Truman sedang tuannya, Benjamin Horne mencari Leland. Di akhir corong telefon (zaman 70-an), isteri Leland, Sarah Palmer menjerit dan menjerit.

Warna, persekitaran luar dan dalam, serta cahaya Twin Peaks semacam berwarna kilat, sejuk, tenang dan terlalu supersifial sempurna (sekali lagi, merujuk filem Amerika 50-an). Semua ini "dirosakkan" dengan berita Homecoming Queen mereka (simbol kesempurnaan Twin Peaks) dibunuh. Lalu yang melaung paling kuat adalah si ibu ratu, Sarah Palmer. Sarah Palmer tidak sahaja menjerit, dia menjerit satu jeritan menyesal, satu jeritan neurotik, dia membenci dirinya, dia membunuh dirinya sendiri. Kita dapat lihat hal ini dengan luahannya. Dia tahu anaknya akan dibunuh tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa maka dia hanya boleh menjerit. Ini prasedar yang kita sedar berlaku (ingat catan The Scream oleh Edvard Munch) terhadap Sarah Palmer. Maka jeritan ini membuka pada suatu lagi pintu prasedar - apa yang Sarah Palmer tahu sebenarnya. Ini membuka dunia gelap Twin Peaks, membuka misteri Twin Peaks.
Siri drama TV ini satu fenomena pada suatu masa dahulu (sekurang-kurangnya buat aku). Malah, aku antara eksentrik yang benar-benar mengikuti episod ini keseluruhannya kecuali episod terakhirnya (aku dipaksa buat kerja pada waktu itu, sangat sadis). Seorang rakan aku membencinya kerana "langsung mengelirukan pengakhirannya, anti klimaks!" Siri ini yang mula membuka perjalanan aku mengenali Lynch (walaupun sebelum itu aku sudah menonton The Elephant Man dan DUNE), malah siri inilah yang menyebabkan aku menelaah genre seram dengan serius (di mana aku mengenali sebuah lagi genre, surrealis).

Maka kembali pada pekan Twin Peaks sangat intim buat aku. Seperti warna dan imej poskad pekannya, ia membawa "nostalgia prasedar" kepada aku. Twin Peaks sememangnya dilupai. Pertama, siri ini yang utamanya mengubah lanskap dan ekonomi pembikinan siri televisyen, membawa keparakan produksi bikinan filem ke sebuah siri tv (siri ini sememangnya sebuah tele filem, yang menjadi hangat lalu diminta disambung) lebih-lebih lagi dalam ketelitian penggambarannya. Kedua, siri tv ini berani membawa gaya "aneh" atau eksentrik menjadi hal yang perdana (zaman ini juga adalah arus keemasan pembikin filem eksentrik seperti Tim Burton dan David Croenberg), malah sebelum kedatangan X-Files (yang dipengaruhi dengan penggunaan produksi filem dalam siri tv seperti siri drama ini), siri ini sudah dahulunya menampilkan seorang agen FBI dengan sedekat mungkin, menyambung siri-siri yang menggunapakai watak agen kerajaan dengan intimasi (CSI, 24, X-Files, dll.). Paling menarik, dunia sureal Lynch (dan Frost) diterima ramai waktu itu.
Dunia ini juga boleh dikatakan sebuah dunia "khayalan" atau hiper fantasi Lynch terhadap Amerika. Ini ditandai oleh beberapa watak, James Hurley yang mencari kebaikan (dia sedar pada akhirnya, tidak ada dunia pari-pari atau manusia yang sejatinya baik) dalam Amerika (simbol lama hero Amerika - romantis), Donna kawan baik Laura yang terheret antara kebaikan dan keburukan (sebenarnya simbol penonton, seperti Dale Cooper) dan Audrey Horne yang kenal dengan keburukan dunia tetapi cuba berbuat sesuatu (yang kadang-kadang gagal ditahannya). Mereka ialah "suara generasi muda" Amerika, memberontak, mula mengenal kesamaran etika dan moral serta berharapan tinggi untuk hidup sempurna (rujukan Rebel Without A Cause). Watak-watak orang tua mereka semuanya "berahsia". "Semua orang bersalah di Twin Peaks" kata cogannya. Apabila bekas cowok Laura, Bobby Briggs menyatakan di majlis kebumi Laura, "Kau semua yang bunuh Laura!", Bobby mungkin benar. Dunia yang kita kenal ini sebenarnya sebuah neo-noir. Semua kecelakaan/kesempurnaan fantasi Amerika ini disalut dengan spiritual Red Indians (White/Black Lodge), menyatakan bahawa mitos Amerika berkait dengan kewujudan dunia di bawah tangan pribuminya. Sebenarnya Lodge (tempat hentian) ini adalah imej pantulan kecantikan/keburukan Twin Peaks/Amerika. Malah Frost dan Lynch banyak menggunakan idea surreal Lodge ini untuk menggerakkan plot episod, semacam satu oracle dan kod-kod rahsia sekali gus (hal ini menjadi trademark Lynch untuk filem-filem seterusnya).
Idea Lynch ialah, setiap baik-jahat itu tersimpan dalam jiwa manusia (di sini Lynch mencipta puisi, dalam kejahatan tampak sensualnya dan berahinya, dalam cantik nampak kelesuannya - ini adalah idealisme seni buat Lynch). Setiap pokok yang hijau mempunyai bayang gelapnya. Setiap lampu hijau ada merahnya (kondisi dualisme manusia yang mana manusia kadang-kadang tidak ada kuasa untuk menahan dirinya mengikut). Setiap yang manis ada yang busuk masam, yang ranum, ada yang mereput bangkai, membusuk. Idea ini bersambung daripada gaya cool Lynch dalam Blue Velvet(1986) (setiap pekan yang kecil mempunyai rahsia yang besar - siri tv Desperate Housewives mengikut plot ini). Dengan kesanggupan Mark Frost, Lynch dan Frost telah mencipta sebuah dunia di mana ia bergerak dan "dibuka/bedah" apabila seseorang mati di pekan itu. Frost dan Lynch sebenarnya sudah memaklumkan, kematian Laura Palmer sebenarnya satu McGuffin (satu peristiwa yang membawa pembaca/penonton ke arah naratif yang palsu), kerana idea sebenar Twin Peaks ialah cerita-cerita "rahsia" penduduk pekannya yang sebenarnya perlu dikupas oleh Agen FBI Dale Cooper, dan bukan pembunuh Laura Palmer (dikatakan, ini penyebab utama siri tv ini tidak diminati selepas pengetahuan pembunuh Laura Palmer). Ya, drama tv ini juga mempunyai kelemahan-kelemahan yang tampak, lebih-lebih lagi pada musim kedua (walaupun buat aku, ini disenangi). Tetapi sub-plot yang berputar pada Bobby Briggs dan aweknya, Leo Johnson, Benjamin Horne, Josie Packard merupakan dunia-dunia gelap yang sebenar yang ingin dikupas oleh pembikinnya. Ini kerana kesemua desakan "gelap" penduduk ini yang entah bagaimana, menyebabkan Laura terbunuh (ini diikat dengan klu dadah, seks dan sistem keluarga yang sempurna).

Kesemua lakonan di dalam siri ini adalah yang terbaik, daripada Makcik Log hingga ke suami Norma Jennings. Aku menyukai dua watak dalam siri ini, Grace Zabriskie sebagai ibu Laura (dia tidak perlu banyak bersuara, hanya wajahnya sudah banyak membantu menyampaikan emosinya) serta Sheryll Fenn sebagai Audrey Horne (sebab aku suka dia, haha!). Runut bunyi Angelo Baldamenti adalah sebuah klasik dan akan diingati sampai bilai-bila. Selepas menonton siri tv ini, anda akan kecandu seperti aku, meminati donut dengan celup kopi (lebih awal dari Simpsons) dan mencari pai ceri yang tersedap di dunia.

6 comments:

hegira said...

aku suka ost nya. jazzy sedikit mellow. dan sedikit fantasi-surreal.

Edd Vedder said...

2 words.
Sherrilyn Fenn.

.. aku tonton Gilmore Girls di 8TV hari tu. Tiba2 Fenn muncul dlm watak sebagai seorang ibu.. *pengsan*.

Dia masih cantik.. :)

AbduL QaDir said...

hey...guano mu leh ingat citer ni dgn segar? Aku dah lupa banyak...ingat sesikit Sherif Truman, Audrey Horne berambut pendek dan Donna Hayward ke apa nama perempuan tu...ada lelaki yg naik kapalterbang entah apa namanya...dan tentulah Agent Cooper serta makcik log yg penuh misterius sering bicara dengan batang kayunya....

Aku pun pernah menjadi eccentric fanatic siri ni dulu...sanggup jadi hamba depan tv 2 mlm seminggu...sampai kena masuk skolah asrama aku pasrah...mujur sekali sempat tgk ending anti climax tu, yg mana aku ingatkan memang tergantung sebab masalah teknikal...itulah yg aku fikir selama bertahun2 sampai ko cakap itu endingnya...

Anonymous said...

hebat ingatan kor...yg aku ingat lagu intro dia...fbi tuh nyer awek yg separa jahat tuh (jugs hebat)...dan laura palmer jerit cam celaka masa kat dlm red room tuh, menakutkan.

fadz said...

hegira, yeah yeah cool kan? aku siap beli ost filemnya.

edd, wah, ko tgk gilmore girls???

gaia, aku fanatik gila twin peaks dulu ok, aku dah beli secret diary laura palmer dan tape recordings for diane by dale cooper tapi dha hilang, aghh geram. Fasal Twin Peaks, aku suka makan donut kat Dunkin Donut di Pusat Bdr Damansara dulu.

reza, yeah, dan aku suka bagaimana leland palmer "tak dipersalahkan" walaupun dia yg "bunuh". Typical Lynch. cool gila!

"It will happen again.."- The Giant

AbduL QaDir said...

ah yeah...aku pun ingat dengan intro dia yg tunjuk hutan-hutan and kilang apa tah....then Donut tu pun aku ingat....itulah kali pertama aku lihat donut yg amat berbeza dari apa yg aku tahu dan amat melazatkan...n beberapa tahun kemudian bila aku mula mengenali Dunkin Donut, apa yg terlintas di fikiran adalah kesamaannya dengan donut dlm Twin Peak.