27 December 2007

Kala Malam Bulan Mengambang (2007) Berahi dan Bagus


"Kalau ada filem Melayu yang lain daripada kebiasaan, inilah dia..."
Mamat Khalid sebelum tayangan filem KMBM.


Untuk tika ini selepas menonton filem ini, aku kiranya sudah boleh 'tahan' dan tangkap dengan penggayaan Mamat Khalid. Mamat Khalid ialah seperti Jerry Zucker dan Jim Abrahams, dan memang kadang-kadang ternampak Fellinisquenya. Sebuah filemnya boleh saja dicampur-campur dengan pelbagai unsur, dari kiri kanan atas bawah lalu menyusun dan menyampaikannya dalam sebuah filem bergaris lurus. Kepandaiannya dia 'menjaga' unsur-unsur itu yang penting, kerana setiap unsur-unsur yang dipilih itu patut menggerakkan cerita, mengambil perhatian penonton dan membawa fungsi kepada keseluruhan mis-en-scene termasuk keseluruhan cerita itu. Mamat Khalid pernah melakukan (buat aku) banyak kesalahan di dalam Zombi Kampung Pisangnya, agak sederhana dengan Rock dan sangat berjaya dengan Man Laksa. Paling penting ialah, jika 'genre' yang Mamat Khalid pinjam dan guna pakai di dalam filemnya, atau sesebuah 'detik babak dari filem lain' yang dipinjam di dalam filemnya, dia seharusnya menjaga dan menghormatinya baik-baik, walaupun mempersendakan 'genre' atau detik filem itu.

Di dalam Kala Malam Bulan Mengambang, idea yang terutama yang diguna pakai oleh Mamat ialah noir, atau neo-noir. Sebenarnya buat aku, tolak saja pengolahan 'big words' Mamat Khalid itu, kerana 'noirish'nya filem ini sebenarnya hanya 'means to ways'- kepada apa yang Mamat mahu sampaikan. Seperti Zombi Kampung Pisang Mamat, subgenre zombi ialah 'alat' untuk Mamat menyampaikan ceritanya. Di dalam Zombi Kg. Pisang, aku agak 'tersinggung' dengan main-mainan Mamat. Di dalam Kala Malam Bulan Mengambang, 'main-main' Mamat, gaya dekonstruksi Mamat pada unsur noirnya lebih terjaga, dan mengeluarkan keseronokan.

Kuasa sebenar Mamat, seperti yang aku terangkan dahulu terletak pada dialognya. Mamat seorang yang tahu bermain dengan kata-kata untuk membuak semangat naratif, juga tidak lupa pada kesan emosi (di sini terletak tahap teruja atau tidak teruja, terhibur atau tidak terhiburnya anda. Maggot dan Ted contohnya tidak menyukai beberapa 'garapan' babak, dialog, shot dan perletakan susun cerita dalam satu babak, mencipta 'staleness' lalu 'flow' jadi kurang menarik untuk mereka). Dalam Lang Buananya, kuasa 'wit' dialognya memainkan peranan utama daripada cerita. Mamat Khalid sangat lemah dalam pengendalian babak aksi (kuasa babak aksi ialah banyak bermain kareograf kreatif, susun atur shot berantisipasi untuk detik keterujaan dan stunt melebihi kebiasaan. Tokoh seperti Charlie Chaplin, Akira Kurosawa, Jacques Tati, Steven Spielberg, Peter Jackson, Sam Raimi, Alfred Hitchcock dan P. Ramlee sendiri ialah 'masters of action sequence'. Setiap babak kecil yang 'bergerak' mereka antara satu babak ke babak seterusnya dijaga dan membawa 'pergerakan antisipasi', dan fungsi dan kekuasaan watak di dalam babak itu sangat penting untuk diikat kuat, seakan sebuah 'okestra' lengkap yang cantik). Kelemahan ini kita dapat lihat dalam babak perang dalam Lang Buana, babak berperang/zombi serang dalam Zombi Kampung Pisang, termasuk beberapa babak 'stale' di dalam filem ini di akhir cerita dan beberapa babak tengah, yang cuba membawa keterujaan kepada kita tetapi hanya mencapai tahap yang rendah. Antisipasinya tak menjadi. Tetapi nasib baik Mamat, dengan 'mimicikry' dan 'gila-gila' skripnya kali ini, dia menyelitkan dialog-dialog dan kata-kata yang sangat mengujakan untuk 'menutup' babak-babak aksi lemah ini, menampilkan satu keseronokan dan hiburan yang sesetengahnya membuat kita tidak kering gusi, dan sesetengah yang lagi berpusing dalam fikiran kita kerana 'witty' dialog yang dimainkannya.

Kuasa kedua filem ini juga terletak pada para pelakonnya. Apa yang membuat Zombi Kampung Pisang tak menjadi ialah, Awie dan geng seboleh-bolehnya mahu kita RASA TAKUT akan zombi di dalam filem itu, tetapi dengan lakonan mereka yang lemah, yang tidak ada hala tuju (kecuali pelakon yang berlakon sebagai cikgu lembut itu yang sungguh konsisten) telah mencaca merbakan kepercayaan pelakon terhadap mereka (walaupun mereka sedaya upaya ingin menyampaikan mesej bahawa ia hanya sebuah filem). Di dalam filem ini, semua pelakonnya melakukan yang terbaik. Kesemua pelakon di pekan 'berhantu' itu serius (tak buat-buat) bahawa ada sesuatu yang mencengkam pekan itu, dan rahsia ini tidak boleh terlepas (Twin Peaks anyone?). Rosyam Nor sebagai Salleh (untuk rujukan kepada Salleh Gani abang Mamat?) adalah fallen-hero yang mahu jadi hero yang 'melawan' arkataip keseriusan watak-watak ganjil di dalam filem ini. Kadang-kadang Rosyam mengeluarkan isi hatinya betapa peliknya orang-orang yang mengelilinginya di dalam pekan itu, kadang-kadang Rosyam bermonolog. Sebenarnya kuasa filem ini memang terletak di atas bahu Rosyam. Rosyam perlu membuat kita percaya akan dunia 'hitam putih' dan 'misteri' pekan itu sangat penting, walau kadang-kadang Rosyam mengambil enteng dan main pukul (contoh, dua tiga kali dia tetap datang balik ke pekan itu walaupun dibuang keluar) terhadap 'keseriusan' situasi pekan (memaparkan idea Mamat yang tidak pernah lapuk dari awal lagi iaitu, apa yang kita sedang tonton ini ialah sebuah FILEM yang tidak perlu diambil serius. Gaya ini sebenarnya biasa dalam zaman bangsawan kita, termasuk wayang Tamil dan termasuk filem-filem Fellini). Malah, aksi Rosyam yang 'tersimpan' dan kadang-kadang dengan sambil lalu melakukan aksi 'di luar dugaan' gaya Jalan Ampasnya (larian tekan anginnya sebuah klasik!) adalah satu mutiara yang menggilap. Memang betul kata Pak Hassan Muthalib, kita tidak akan tengok kegeniusan Rosyam begini lagi. Malah monolog-monolog mencuit tapi selamba Rosyam dengan wajahnya yang serius adalah teraju utama filem ini. Di sinilah 'roh' sebenar mainan Mamat kepada genre noir ini dipermainkan dengan baiknya. Nada sinikal Rosyam terbawa kepada kuasa 'hillarious'. Dan pengolahan ini dibikin dengan tempo yang amat terjaga sekali.

Jadi akhirnya, Mamat sebenarnya mencebik para penonton yang 'serius', para pengkritik yang mengambil filem-filemnya dengan serius. Lantaklah anda nak kata filem ni komedi ke, hantu ke, detektif ke, apa ke, yang penting anda terhibur bukan? Itulah sebenarnya yang Mamat mahu sampaikan. Dan aku terpaksa akur, kali ini, walaupun dengan beraninya Mamat menaruh dan menaruh pelbagai inti dan caca merba, kali ini secara pelik, ia menjadi, aku terhibur, seakan sebuah filem yang dibikin oleh David Lynch dengan semangat lucu dan main-main. Biarlah gaya murahan pada akhir cerita ini memaparkan 'cult'nya filem ini, biarlah beberapa adegan aksi filem ini tidak berjaya memberi impak, yang penting ia membulat untuk kita sesuatu untuk kita rasa terhibur dan dapat sesuatu.

Apa yang aku dapat daripada filem ini sebenarnya ialah, filem ini penuh dengan semangat seks. Dan ini dilakukan dengan gaya yang sangat berkias dan kadang-kala mengejek, aku tidak boleh tahan, aku menepuk lantai kerana kenakalan Mamat Khalid 'menipu' penontonnya (atau aku?).

Mungkin idea ini timbul apabila ramai penonton antarabangsa apabila menonton Puteri Gunung Ledang(2004), filem tulisan Mamat Khalid itu, ramai yang terasa keris taming sari Tuah ialah simbol phallus 'jantan' untuk memikat Tiara Jacquelina.

Idea bulan mengambang juga boleh dikaitkan dengan 'datang bulan' wanita (lelaki tidak patut menyentuh para wanitanya waktu itu, jika tidak teruklah padahnya). Maka itulah idea 'bulan penuh' filem ini melebihi idea 'lunacy' yang biasa dalam filem Hollywood. Para lelaki yang tidak dapat tidur dengan wanita mereka (kerana datang haid?) mencari 'tempat' lain untuk mengisi keinginan mereka (David Teo mengungkapkan pada dua tempat, tempat urut dan kabaret), lalu mereka terjumpa simbol seksual yang tertinggi dalam Umie Aida (the perfect vagina), lalu chaos. Lelaki-lelaki ini 'hilang' seperti mana Salleh mencari kehilangan 'kelakian'nya dengan mencari jawapan terhadap kehilangan lelaki-lelaki ini.

Di dalam filem ini, Salleh yang 'tiada hala tuju' sebenarnya mencari kelakiannya yang hilang. Dia baharu hilang kerja (tiada kerja untuk orang lelaki zaman dahulu sama seperti tidak ada pelir, tak berguna. Sekarang, cuba kaitkan idea itu dengan filem Seniman Bujang Lapuk). Di tengah jalan dia menjumpai keris yang tercacak ke atas (selain sebuah cerita untuk membuatnya dapat diterima sebagai wartawan sepenuh masa sekali lagi). Keris itu pula, bila watak Umie Aida muncul, akan bergetar, menyakitkan Salleh. Vibrating dildo anyone? Kemudian, Salleh 'dirogol' oleh seorang perempuan tukang urut, lalu terunanya hilang (kerisnya sudah dipakai, atau kini dia sepatutnya tahu apa fungsi keris). Dan sewaktu itulah, dengan pelbagai 'red herring' (termasuk simbol non-seksual atau sexually absurd Tangan Merah) yang melanda dia, dia realize tujuan sebenarnya KENAPA dia lepak lama-lama kat pekan tu, untuk menyunting 'bunga' Umie Aida dengan keris tujuh incinya (opppsss!!). Di sinilah mana Mamat Khalid permain-mainkan gaya noir Hollywood betul-betul. Filem ini menjadi sebuah perjalanan seorang budak yang baru kenal dunia (dunianya yang selalu gelap, yang selalu menolak harapan, yang selalu pesimis) untuk menjadi lelaki sejati (learning to be a man). Salleh bernasib baik kerana di dalam tangan Mamat Khalid, Salleh diberikan peluang hidup tanpa penyiksaan batin yang kuat dan tidak didera cukup-cukup untuk menjadi lelaki. Apa yang Salleh mahu capai, Salleh dapat capai setelah 'kelakiaannya' dijumpai, seperti mana Kyle Maclahclan di dalam Blue Velvet(1986) atau Guy Pearce dalam L.A. Confidential(1997), dua buah filem noir yang juga tentang seorang lelaki teruna yang belajar menjadi lelaki sejati. Tetapi ini kemungkinan kerana buat Mamat, Salleh itu tahu apakah ia erti menjadi lelaki sejati, hanya dia perlu 'mengambil perjalanan' itu untuk mencapainya. Maka sexual fulfillment Salleh tercapai akhirnya apabila 'pintu terakhir' yang dipaparkan pada awal cerita terbuka akhirnya, seperti mana pada 'moment' pintu (simbol pembukaan vagina) gua dibuka untuk Salleh apabila Salleh sedar akan 'aktiviti tanpa hala tuju sekumpulan lelaki di bawah tanah' (sounds quite gay isn't it?). Itulah sebenarnya tujuan Mamat Khalid, memaparkan bagaimana lelaki boleh mengenali kelakiannya dan mencapainya pada waktu akhir. Lalu tujuan seksualnya akan sempurna. Dan segala ini dibuat sewaktu Kala Malam Bulan Mengambang.

20 comments:

Anonymous said...

shot gempaq... sapa DOP nie? power!!... harap2 apa yg hang cakap nie betul... dah lama aku rasa mamat khalid nie ada sumthin.. tapi tak berapa pernah keluar... yg ini memang betul nampak kemas harap2 nie seketulah jadinya

Anonymous said...

"harap-harap hanya ada sebuah rumah saja di situ... kerana di zaman hitam putih ini sukar untuk aku nampak warna kuning.."
- Salleh on locating rumah mamat

"bukannya susah beno.... terbalikkan aje"
- Tukang brainwash kumpulan lelaki Tangan Merah

Satu aku lupa semalam. Fuad tu apa pulak dalam seksualiti filem ini? Gagahnya mereka yg minum minuman tenaga... ada di mana saja dan tak mati pulak tu? Or just a cheap publicity shot untuk penaja LOL.

fadz said...

apakanama, well its not perfect, but it has that certain 'uh la la' u know..

ted, there, uve said it (power root) ... btw, remember dlm sex, there r ppl who do it and there r ppl who watch? Fuad ialah itu, the 'vouyeur' symbol tu.

Anonymous said...

kumpulan lelaki tanah merah ? kumpulan org yg macam askar nazi dlm trailer tu ke?

tangan merah --> KMBM
Selendang Merah/Red Ribbon --> Dragon Ball

Ada reference ke kat situ?

Aku tengok Rosyam berlari-lari dlm trailer pun mcm Goku masa kecik-kecik

Ajami Hashim said...

fuad = metafora as 'mamat khalid' sendirilah.. tunggu youtube aku ;-)

btw, rebiu gempakkk!!!

fadz said...

gaia, apa2 lah.. ko mmg gila kan?

ajami, bukan ke semua pengarah mmg 'voyeur', like duh?

Siberkop said...

10 Januari amat lambat!

Anonymous said...

wooo ini jadi satu filem melayu mesti tonton ni hmmm. Aku baru nak rasa muak dengan rosyam noor, harap tak keciwa dengan KMBM ni.

Azwan Ismail said...

Aku mungkin akhirnya akan menjadi pengarah filem. Sebab aku voyeur yang hebat! And not bad as an exhibitionist too...Hehehe...

Nazri said...

Aku suka dengan ini filim.

Mungkin kalau nak dikatakan filem terbaik tahun ini, masih boleh didebatkan, tapi ia masih jatuh dalam kategori yang best.

hoho

Edd Vedder said...

seriously, aku dapat aura twin peaks just by watching the trailer. I don't know why..

Dan tulisan kau menguatkan lagi aura tu. Sayang aku x bleh join korang aritu.. Aku tonton filem ini kemudian.

Anonymous said...

siber, saja le lah... (kena belajar 'menahan' ni...huhuhuhuh)

azwan, yeap yeap yeap..! Kak Min pernah kata, seorang pengarah baik ialah seperti seorang pelukis yg peka..

nazri, yeap yeap

edd, hehe, twin peaks darker lah, tapi felem ni ada sikit corny super fun dia macam Rocky Horror Picture Show atau Eaten Alive

sultanmuzaffar said...

good one !

kalau aku cakap pasal wartawan plak camner ?

Siberkop said...

Baru tgk.

First thing first, lawak ok!

Tapi dari sudut geografi, ia agak mengarut, camne kat situ bleh terkeluar tengkorak tertanam kerisnya?

Tapi lawak ok!

fadz said...

SM, wartawan? hoho, do tell..btw, mmg filem mamat kali ni banyak lapisan... satu lagi yg mmg tampak (tapi aku malas nak cakap) ialah pemaparan 'birth of malaya from the british'.. do u relaize dat?

siberkop, heheh, gua pun tak tahu..tapi lawak gila kan? best tak scene tunjuk jari tengah tu?

Amyz! said...

Skrip bagus. unsur penyindiran tidak pernah tidak ada.
series. aku suka filem ini.

Tok Rimau said...

Aku dah ulas KMBM. Sudi-sudilah bandingkan dgn ulasan kamu.

REBIU TOK RIMAU

Anonymous said...

wartawan mstar hari ni tulis:
Tidak kurang juga ada yang menggelarkan Mamat ibarat Jerry Zucker dan Jim Abrahams dan memang kadangkala ternampak 'Fellinisque'nya.

http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_81a2166b-c0a85062-1a4eb560-482f6e49

fadz said...

amyz, cool..! huhu

tok, tima kacih

khys, sapakah itu dua perempuan sampai sampai hati tak masukkan nama teman!

adib said...

sial... macam haram cerita ni.. tak larat aku gelak dalam panggung... aduhhh.. patutnya kelakar.. tapi part hantu habih menjerit2 budak2 pompuan..

"haa cuba tengok payung2 ni ha.. tidor tidor.. apa liat benor kamu ni"