03 December 2007

Enchanted (2007)

Ada orang kata, filem ni gila gabeng bagus.
Bila aku tonton, hmmm...
Selamat datang ke dunia Disney. Kalau di Malaysia, kita kenal akan dunia Bolehland Malaysia di mana kita boleh capai apa-apa kalau kita punya niat dan kemahuan yang betul (atau tidak betul, mengikut niat kiasu kita). Kalau di Amerika Syarikat, kita akan kenal dengan dunia Disneyland, di mana kita lihat semua para lelaki heronya tidak berjanggut dan misai dan para heroinnya memakai baju gerbang-gerbang yang cantik disulam dengan senyuman yang sentiasa dan beradab sopan selalu dan sentiasa berniat baik dengan semua orang (kecuali orang jahatnya), lalu semua orang akan mencapai pengkahiran yang baik seperti filem hindustan yang bagus, seperti mana filem-filem Melayu lama iaitu 'kahwin' dan mereka semua akan hidup bahagia selama-lamanya.
Jadi, bagaimana dunia/impian Disney ini, betul-betul terbuka dan masuk ke dalam dunia realiti pasca 9-11 Amerika yang menjerit "Ini realiti, boleh tak hidup dengannya?" Kalau di Malaysia, puak Hindraf akan berkawat meminta yang bukan-bukan kepada pengasuh Brisith mereka dahulu (yang mereka dapat bahasa ibunda Inggeris dengan baik dan menjadi kebanggaan rakyat India) kerana dua buah kuil mereka diranapkan. Kalau di Amerika, mereka punya pelbagai masalah luar dan dalam yang mereka kini tidak ada masa untuk memikirkan 'boleh berbahagia selama-lamanya'. Bang, datang si cantik manis ke alam ini, berserta tunangnya dan bakal ibu mertuanya, dari dunia Andalusia, dunia ala-ala Disney (all in one) Snow White, Cinderella dan Little Mermaid (siap ada reference mengutuk Shrek balik), masuk ke dalam dunia BENAR manusia New York di mana semua orangnya garang, kasar, pesimis dan kerja-kerja-kerja.
Aku tidak ada masalah dengan filem ni. Filem ni sebenarnya ditulis oleh penulis skrip Blast From The Past yang aku suka. Tetapi itu yang membuatkan aku yang menonton filem ini, merasakan filem ini seakan satu 'kitar semula formulaik' yang sudah dibikin di dalam Blast From The Past dengan amat persis sekali. Bukan lah perkara tu ada masalah. Awal cerita ini menarik. Membawa sebuah stereotaip separa dekonstruksi Disney, lalu mencampakkan idea ini ke dalam realiti hidup manusia. Apa akan jadi? Jadilah sebuah 'feel good' sepertimana filem-filem feel good yang pernah aku tonton tetapi dengan lumrah garis plot dan pencapaian akhir yang menjerit "kausudah tahu pun apa yang akan berlaku!"
Ada satu sahaja idea menarik, mencantumkan idealisme Disney ini ke dalam hidup terumbang-ambing kejar material orang New York. Ini adalah sewaktu si gadis Disney mendepani realiti 'penceraian' pasangan New York di pejabat peguam si lelaki. Yang lain-lain, Tuhan, cerita ini, cerita ini sangat senang, baik, play safe. Tidak ada apa-apa yang memberi keterujaan, tidak ada apa-apa yang baru. Malah, maaf cakap, Shrek yang mendekonstruksikan Disney (walaupun akut ak suka bahagian pertamanya) habis-habisan lebih berjaya dalam memaparkan alam realiti menyiksa di balik warna pelangi Disney. Malah, ada sebuah babak lagu-lagu menjerit "HINDUSTAN" di Central Park, di mana aku rasa pembikin filem hindustan lebih hebat kalau mereka buat babak lagu itu (kerana mereka tak ada industri animasi).
Maaf Reza, aku rasa amat rugi menonton filem ni. Buat aku, fantasi berani Stardust lebih menarik, lebih matang dan menghiburkan. Enchanted terlalu berstruktur, terlalu mengikut keinginan penonton, terlalu baik, tak ada edge. Filem ini, seperti My Big Fat Greek Wedding adalah filem-filem 'feel good' yang bolehlah dilupakan berlaku dalam realiti hidup aku.

11 comments:

Anonymous said...

eh jgn ketengahkan aku jer
ramai jer suka..but oh well thats ur opinion, dont mind..tapi killer sungguh kata rugi tgk film nih kat wayang..again...oh well, me like cerita2 cute sekali sekala..dan nih mmg cute

Anonymous said...

AKu sedar sedari awal puteri Disney yg ini semcam "pop"...skit...tak begitu halus dan berbudaya mcm animasi putera puteri dedulu...

Btw, puteri Disney ini telah mengalami "transformasi" lepas dicampak ke Manhattan....tak pernah berlaku dlm sejarah dimana puteri animasi Disney berlaku "curang" tapi yang ini akhirnya memecah rekod tersebut....

maberik said...

erk?rugi tengok?

tapi...tapi...ada Amy Adams yg sangat, sangat cute.

Siberkop said...

Reza mmg takde taste. Itu mesti tak nak ngaku dia clap2 hands masa adegan naga tu.

Amyz! said...

Kalau untuk tontonan budak-budak, Oke la kot? :)

Anonymous said...

bang, anak halal takde ke?

Ajami Hashim said...

ANAK HALAL:

16/12 ahad 4pm

tempat tukau >> gsc.pavilion

*tiket ditaja tapi BUKAN rasuah okeh!

Anonymous said...

reza, huhu, ok.. aku ni mungkin susah dipuaskan. Amy Adams steals the show for sure.

GAIA, yeap, bayangkan pra Who Framed Roger Rabbit, Cool World dan termasuklah K-Pax, I Dreamed of Jeannie, Splash dan Borat. Pendek kata, ideanya ialah supaya melihat Amerika dari kaca mata orang asing, tetapi di sini, dari kaca mata watak Disney. Mungkin Patrick Dempsey punya sedikit masalah membuat aku 'percaya' dia berjaya utuskan Adams tentang 'realiti hidup' New York. Mungkin kita perlukan Woody Allen di sini.

maberick, hehe, tak salah kalau kau suka..

siberkop, err, takkan lah sampai begitu..

amyz, well Shrek bagi aku lagi kurang ajar lah, dan Toy Story 2pun (ambil satu watak alam 'terjaga' dan paksa melihat realiti luar dunia)

anak halal? depa tak panggil pun aku ari tuh..

Anonymous said...

awat lagu tu? depa takut dengan hang kot? ketinggian intigriti anda mungkin sudah menjadi lagenda.

Anonymous said...

anon, huhu, dak aih.. depa tak kenal saya lah, saya siapa..

Rebecca Ilham said...

Nak ngaku tanak ngaku? Haha.
I saw it twice =P

And I've seen Stardust twice too. Seri, eh?

Tak tau kenapa, but I think you would like Stardust the book better, because the solution is less cliche. There are too much over-sensationalized action scenes in the movie that do not even exist in the book. But, yeah, I do understand the commercial side of film industry. Because in the end, that's the selling factor, aye?