
29 July 2009
Jomlah CIUM (Cari Identiti Untuk Malaysia) (2009)

27 July 2009
Kawan, Kakak dan Bonda - Al-Fatihah
Arwah juga dengan senang hati telah memberi ruang untuk datang ke Festival Filem Mini yang saya adakan di alma matter saya (berserta Pak Hassan Muthalib dan Afdlin Shauki). Arwah menegur saya, "Kenapa tak pakai baju Melayu? I suka kalau u pakai baju Melayu, baru grand."
20 July 2009
GADOH pada 8.8.09

16 July 2009
Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2009

Malaysian Gods oleh Amir Muhammad.
Insya-Allah, aku juga akan ke sana.
rujuk:
http://www.jaff-filmfest.com/2009/
15 July 2009
Setem(2009) Terjahan Bertih Jagung & Pantas

Baik, aku sudah membuat tanggungjawab aku untuk Tayangan Unggul sebagai jasa baik mereka menjemput aku (terima kasih Ira Fazir dan Ajami Hashim). Kali ini untuk ulasan yang sebenar (berserta spoiler):
-"Oh you don't understand Osgood, I'm a man!"
+"Well, nobody's perfect"
6th Annual Southeast Asian Cinemas Conference, Vietnam 1-4 July 2010
6th Annual Southeast Asian Cinemas Conference: Circuits of Exchange (with)in Southeast Asian Cinemas
Ho Chi Minh City, VietnamJULY 1 – 4, 2010
In recent years, independent filmmakers from Southeast Asia, in particular from The Philippines, Malaysia, Thailand and Indonesia have received some support from film festivals by way of monetary awards and grants. Simultaneously there have been co-productions (Singapore's Raintree Productions and MediaCorp for example) with film production companies outside the country, within the region, and with Hong Kong. Diasporic filmmakers also continue to return to make films in Southeast Asia.
At other levels, individual filmmakers work across several countries within Southeast Asia or in Asia. While film practitioners have been more active on such circuits of exchange, the same cannot be said for film theoreticians in the region. Film theory in Southeast Asia seems haphazard and is applied on an ad hoc basis since its foundations in other bodies of knowledge (continental philosophy, for example) may sometimes provide inadequate ways of framing and theorizing films from Southeast Asia.
This conference therefore sets out to explore the different ways in which filmmakers and film theorists have worked and can work within and beyond the limits of the region: as a product of colonialism and the Cold War, as nodes on a global network linked to economic, cultural, media and socio-cultural structures and flows, as equal and unequal partners in forging an identity that is both universal and particular.
We invite panels on Circuits of Exchange (with)in Southeast Asian Cinemas particularly questions concerning:
Film Theory or Film Aesthetics in the Southeast Asian Context: Modified Possibilities, Indigenous Alternatives:
What theoretical frameworks can we deploy when discussing SEA cinema? Are existing ones, mostly developed from places other than SEA, sufficient for discussing the work produced in SEA? Is there a need to develop new theories? If so, what are the challenges that arise in developing a theory specific to discussing SEA cinema? What is its place in film theory and what place does film theory have in SEA today?
The Politics of Representation and Naming / Southeast Asian Cinema:
Despite Southeast Asia as a region being a product of colonialism and the Cold War, the term continues to perpetuate certain colonial and imperial logics and power relations. Would it make more sense to think of individual SEAsian connections to other Asian countries and cultures (such as China, India, Japan or even the Middle East)? Why or why not? When we talk about "indigenous SEA" film theories, will
that homogenize the field of SEA cinema?
Theorizing SEAsia Through Transnational Discourses:
Globalization theory, film festival circuits, actor-network theory,
co-productions and diasporic filmmaking in Southeast Asia.
Historical Connections:
Examples include Filipino and Indian directors working in the studio system in Malaya during the 1950s and 1960s; the role of Indian/Chinese film producers in the early cinema histories of Indonesia, Malaysia/Singapore, Thailand, Burma, etc.; the impact of Indonesian films in Malaysia during the 1970s, etc.
Religion and Censorship:
In recent years, films that are deemed to be disrespectful of the religion of specific countries have either been censored or banned: in Thailand, Apichatpong Weeresethakul's Syndromes and a Century (for portraying monks playing with airplanes), Yasmin Ahmad's Muallaf
(2008) in Malaysia, and in Indonesia, Muslim clerics had a role to play in the withdrawal of films such as Kiss Me Quick (Buruan Cium Gue 2004). What are the repercussions and effects of such censorship regimes on civil society and filmmaking communities?
How are films and film production reflective of social and political transformations (for example desecularisation) in these countries?
Complicating Genres:
Asian horror, film noir, melodrama, action, the teen flick,
subgenres, Islamic film, `importance of education' subgenre of children's films, historical/costume drama, cult status films, political documentary, etc.
New Media and its Impact on SEAsian Film:
Blogosphere (film bloggers), Youtube, the Internet in general.
Additional Panel Topics: Intertextuality, Folklore, Gender & Sexuality
We also welcome submissions for the open call.
Abstract Submission Deadline: October 30th, 2009
Please send an abstract (max. 500 words) to : Gaikcheng.khoo@anu.edu.au; Sophfeline@earthlink.net; cvanheeren@gmail.com.
27 June 2009
2 Filem Bilazim untuk Konsiderasi
terbaik dalam kerjaya lakonannya.
sejarah) tetapi kepada detik-detik sinematik yang berjaya diimbaukan dalam filem ini. Filem ini berjaya menangkap semangat ngeri dan seram yang dicipta Silence of the Lambs. Lakonannya buruk, tangkapan kameranya amatur tetapi dialognya serangup filem-filem noir zaman 40-an. 07 June 2009
Perca-Perca Filem Jun 2009
"Don't butt me! I hate when people "but" me!"
Lim Teik-long(?)
Kekure berakhir di situ sahaja, serta bagaimana pengarah muda tersohor Azharr Rudin yang mengajak aku menonton filem ini (selepas selesai Bek-Woh Masakara dan sebelum Induksi Umum aku yang memenatkan untuk 18 hari di Sg. Congkak) memaklumkan kepada aku sesuatu yang membuatkan aku takut dan tidak mahu lagi mengulas tentang filem (aku tak nak tulis di sini, sebab kalau aku tulis, nampak sangat aku cakap besar dan SS karang, dan ya, ada juga kena-mengena dengan Pak Hassan Muthalib, A Wahab Hamzah serta Jhebat! - Azharr, nantilah ya, aku masih tergamam lagi, hahaha) tetapi filem ini "landmark" kerana penayangannya yang sangat kena pada saat sinema Malaysia sedang benar-benar melalui satu pencerahan (baik buat filem-filem bebas atau filem-filem perdana). Keseluruhan filem ini menyatakan sejujur-jujurnya tentang sofistikasi. Pusatnya satira. Kutukan/pujaannya kita orang Malaysia (tak mungkin masyarakat yang lain).Aku suka lakonan Jerrica Lai. Tapi aku lagi suka Kee Thuan-chye dan Lim Teik-long(?). Dua tuan besar yang mengironikan segala yang kita tidak mahu mengaku tentang hidup. Lakonan mereka adalah "highlight" filem ini buat aku. Orang mengatakan filem ini mengutuk penggayaan "lembap" filem-filem "art house" yang keluar daripada pembikin filem-filem bebas Malaysia atau filem-filem 80-an yang perlu "menunjukkan semua", jauh daripada itu, filem ini cukup tersunting baik, cukup acuannya, cukup sebab kepada akibat, serta cukup mengangkat "seni" di balik "art house".
Filem ini meletakkan filem-filem James Lee, Ho Yuhang, Yasmin Ahmad dan Tan Chui Mui pada tempatnya. Pengkahirannya adalah pengakhiran paling sempurna tentang "apa yang kita mahu kecapi dalam filem". Ia menyakitkan untuk menyalin estetika dunia, lebih menyakitkan bila kita membiarkan diri kita tidak sedar akan proses itu. Inilah Sell Out!
Paling membimbangkan, aku agak terganggu malah banyak kali merasa kusam dan murung setiap kali filem ini bergerak ke arah klimaksnya. Orang melihat pada arah politik atau idealismenya. Aku melihat pada kebenarannya. Dan aku amat-amat terganggu. Yeo Joo Han benar dalam hal itu. Kita tidak dibenarkan berubah. Sell Out! ialah kupasan jujur tentang itu setakat ini, sebuah filem distopia yang sudah pun berlaku.
Talentime(2009)
"Tunjukkan saya caranya (untuk memutuskan cinta) kerana saya tidak tahu."
Mahesh (dalam bahasa isyarat)
Kiranya aku memungkiri janji aku untuk tidak mengulas filem ini (walaupun sedikit) oleh sebab hadiah yang diberikan oleh Kak Min kepadaku akan tayangan pra filem ini. Tetapi aku nak buat
juga (dengan pendek) oleh sebab aku tidak perlu lagi mengatakan sayonara kepada Kuala Lumpur. Ya, aku akan kembali kepada natif aku.Aku ingat lagi, pada hari tayangan pra filem ini, Kekure menyatakan kepadaku bahawa filem ini adalah filem "terlalu" Kak Min "she's overdoing it". Ada kebenarannya di situ, tetapi kita kena lihat kenapa- kali ini ceritanya (atau fokus ceritanya) terletak pada cerita Mahesh (lakonan baik anak muda ini yang tidak perlu mengucapkan dialog. Gerak-gerinya sudah begitu mampu menggerakkan. Aku tontoni lakonan beliau dalam Cerekarama TV3 Abom dan beliau agak teruk bila bertutur), lalu kita sedar filem ini filem "kecil" Hindustan Kak Min (ada drama, komedi, tragis dan paling penting, nyanyian ad lib(!) dan tarian, yang mungkin tak mengikut turutan yang ditulis).
Penggayaan Hindustan (atau Kollywood? Tunggu filem Estet oleh Mamat Khalid) selalunya melebihi realiti tangkapan dunia (macam minyaknya Salaam Bombay! kepada airnya Kuch Kuch Hota Hai) dan digerakkan dengan "berlebihan" (semangat orang India memang sebegitu, mereka ekspresif diri dengan lebih, maka warna, gerakan dan cakapan juga penuh "arusnya"). Oleh sebab itu, ramai yang tampak filem ini filem paling "mainstream" oleh Kak Min dan paling senang diikuti (kesemua cerita yang dihidangkan diselesaikan dengan gaya biasa). Yang mengganggu orang ramai ialah tempo filem ini.
Oleh sebab ramai yang sudah ternampakkan gaya "popular" yang ingin dibawa (walaupun bukan) oleh filem ini, kita disampaikan dengan babak-babak tanpa suntingan seperti shot pak cik Mahesh yang dimandikan sebelum hari perkahwinannya. Ini merimaskan penonton umum yang sudah menangkap gerakan yang mengikut perspektif biasa. Hal inilah yang menarik untuk diperkatakan, kerana apa yang kita mahu/lihat/jangka tidak memberi kita jawapannya. Hal ini dibuka pada awal filem apabila kita melihat satu babak "dewan peperiksaan" dibuka.
Perspektif orang Malaysia "senang" apabila melihat hal ini: satu saingan sedang berlaku - ini dibawa pula kepada pertandingan "Talentime" untuk mengasah bakat-bakat para pelajar sekolah yang baru habis periksa itu. Adakah hidup ini ada untuk bertanding, kita bertanya. Nampaknya seperti soalan-soalan enteng tetapi soalan-soalan sebegitulah yang ditanya oleh seorang pelajar, konteks filem ini sebenarnya - generasi muda. Akhirnya, di akhir filem, kita sedar (tanpa banyak perlu berfikir) bahawa generasi muda kita OK dalam perlumbaan mereka untuk belajar tentang dunia. Malah Kak Min memberi jawapan idealismenya tentang masa depan Malaysia (budak-budak ini lebih memahami hal-hal yang selalu dibuat kompleks oleh orang tua, katanya). Malah peperiksaan itu (atau Talentime itu) hanya rencah pada hidup yang sebenar - untuk bersama-sama dengan manusia lain. Tidak ada kalah dan menang sebenarnya. Hanya interaksi. Hal inilah yang membuat ramai orang menuduh Kak Min berdakwah dan tidak membiarkan cerita bergerak sebagai cerita. Buat aku, hal ini subjektif, sepertimana Gubra (buat aku, Mualaf lebih kental sifat dakwahnya). Ia boleh dibuka dengan pelbagai inisiatif- wawasan, mimpi, utopia, eskapis.
Paling menarik ialah reaksi. Ada reaksi penonton Malaysia yang menangkapnya sebagai "realiti", ada yang mengatakan ianya "dakwah", ada pula yang melihatnya secara "surreal". Pelbagai pengalaman inilah yang menimbulkan persoalan menarik, bagaimana setiap individu ini "melihat" kepada perkembangan masyarakat kita. Paling mengejutkan, ramai penonton muda melihatnya sebagai "realiti" (jika ditinjau blog-blog serata maya), dan ini tentu satu perkembangan sihat bukan?
Talentime mungkin ada cacat-celanya (lakonan kurang baik Howard Hon Kahoe sebagai contoh), tetapi sebagai piawai filem yang baik, ia antara filem terbaik Malaysia buat 2009 sepertimana Sell Out!
Taksi(1990)
di KB Mall beberapa bulan lepas, sambil diberi jelingan nakal oleh gadis promoter yang tidak sedar pun VCD ini dijual di kedainya, sampai kawan aku yang menonton bersama bertanya, "zaman ni kan orang Indon suka buat filem lucah?" - serius aku tak tahu!) bersama ayah aku di sini (Kota Bharu).Filem ini sangat baik sehingga ia membuat aku terus tergerak untuk mengulasnya. Filem ini menjadi pilihan aku juga apabila kekasih Azwan mengatakan inilah filem terbaik Indonesia buatnya. Aku terpaksa akur, walaupun kemungkinan secara teknikalnya filem ini wujud lima tahun ke belakang terhadap sofistikasi pembikinan zamannya, filem ini jauh sepuluh tahun dari segi cerita, dialog dan jiwanya. Sememangnya filem ini filem urban yang melampau zaman.
Jika Arifin Noer masih hidup dan melakukan tugasnya sebaik ini untuk filem-filem seterusnya (Bibir Mer mempunyai pergerakan dan semangat yang sama), beliau tentu jauh ke hadapan daripada Pedro Almadovar dalam penggarapan filem wanita atau pasca melodrama, malah Almadovar tentu mengkagumi mendiang pengarah tersohor Indonesia ini. Malah kalau dibuat persamaan (kecuali Noer tidak pernah memilih genre misteri Hitchcock), cetus emantisipasi Meriam Belina dalam filem ini sama semangatnya dengan Carmen Maura dalam Mujeres al borde de un ataque de nervios(1988): hati retak ditipu lelaki, perlu mencari tempat berdiri, mendepani kebenaran dan melepaskan kemarahan. Rano Karno sebagai Giyon memaparkan kematangan yang mengejutkan, seorang graduan falsafah yang memandu teksi. Setiap dialognya mencuitkan, penuh wit serta berkesan ("Adakah wanita gemuk itu malaikat rahmat buatku, atau seharusnya malaikat itu gemuk?") lalu bertemu Meriam Belina yang tertinggalkan anaknya di dalam teksinya untuk satu pertemuan yang terlalu penting (kerana terdesak).
Awal filem ini disumur dengan komedi dan semangat kelakar yang kuat, lalu apabila Rano bertemu Meriam, "plot" mula tercipta dan pertalian antara dua individu ini yang kita mahu lihat dinamisnya. Apa yang menarik tentang filem ini ialah, rencah kemanusiaan, kemasyarakatan, politikal (walaupun tidak perlu ditekankan seperti filem-filem Teguh Karya) membumbu plot utama filem, yang penuh psikologi dan drama yang betul kepada sebuah melodrama yang sempurna.
Segala konflik dan peleraian sehebat mana-mana melodrama Almadovar, dan ini diperkuatkan dengan dialog yang tanpa satu ayat pun aku mahu ubah kerana menganggapnya skrip (atau skenario dalam bahasa Indonesia) filem ini paling baik pernah aku BACA dalam filem Indonesia. Para pembikin filem Malaysia harus BELAJAR daripada pembikinan cerita dan dialog filem ini (yang juga diadaptasi daripada siri novel dalam KOMPAS, ya ADAPTASI!). Ianya semangat moden orang Indonesia tentang hal semasanya, sofistikated tanpa gaya warna dan gloss dangkal yang kini biasa dalam filem-filem Indoneisa.
04 June 2009
Masa sedang berubah, begitu juga dengan aku
13 May 2009
Zeera Punya Hal Lah Ni ha ha ha ha

Tak tahu macam mana nak simpan bentuk digitalnya. Tapi, haha, memang gugup sih!
Terima kasih buat Radio 24 kerana memberi peluang memberi pandangan, dan terima kasih Zeera kerana membuat aku sakit perut satu hari, hahaha.
Web Radio 24: http://www.radio24.com.my/