30 September 2007

Lust, Caution(2007) - Vertigo(1958)

Dua hari yang lepas, aku menonton Lust, Caution, filem arahan Ang Lee yang memenangi Golden Lion dan penggambaran terbaik di Venice Film Festival (Di mana Puteri Gunung Ledang pernah dibawa) baru-baru ini. Filem ini juga terkenal sebagai filem yang menggunakan Malaysia sebagai lanskap Hong Kong dalam filem ini, juga babak seks (Ang memang terkenal dengan cetusan intimasi seks di dalam filemnya, tetapi tidak segrafik filem ini, dilaporkan) yang paling berani dalam sejarah perfileman Taiwan-China. Perkara kedua ini anda perlu lupakan kerana LPFN kita dengan selamba sudah memotongnya.

Pagi tadi, aku juga menonton Vertigo, filem klasik Alfred Hitchcock yang tidak meletup sewaktu ia ditayangkan pada 1958 tetapi diiktiraf beberapa tahun selepas itu sebagai filem terbaik, paling peribadi dan 'masterpiece' terpenting Alfred Hitchcock oleh penggemar filem dan pengkritik.

Aku mendapati seakan-akan kedua-dua filem ini mempunyai satu garisan persamaan yang sangat halus. Walaupun plot dan perwatakannya tidak sama, tetapi beberapa tema, teknik cerita dan 'keinginan' filem itu memaparkan satu persamaan yang agak memeranjatkan.



Walaupun aku tidak patut membuat perbandingan melulu, tetapi aku merasakan bahawa Vertigo mempunyai kuasa yang lebih 'sinematik' daripada Lust, Caution, walaupun mungkin tahun ini, filem terbaru Ang Lee akan memasuki Academy Awards, sekurang-kurangnya dalam kategori filem terbaik luar negara.



Kedua-dua filem ini menceritakan tentang obsesi, cinta yang silap dan salah, penciptaan fantasi dan seterusnya kesamaran dengan realiti apabila fantasi itu diambil terlalu berat dan pengkhianatan cinta. Di dalam Lust, kita melihat keinginan, obsesi yang tidak tertahan beberapa kumpulan dalam mencapaikan keinginan mereka itu. Terdapat dua bentuk yang lazim- kumpulan patriotik yang diketuai Wong Lee Hom dan 'pelakon' utamanya Wei Tang (sebagai penggoda yang perlu mengumpan Tony Leung untuk masuk ke dalam perangkap mereka) yang mempunyai cita-cita bagi menjatuhkan para pengkhianat orang Cina seperti Tony Leung; dan keduanya ialah watak Tony Leung (mewakili orang yang disasarkan), yang mempunyai segala-galanya, tetapi keinginan sebenarnya ialah memenuhi nafsu tingginya (seorang yang sadis dalam perbuatan seks terhadap wanita) dan seterusnya yang kita faham, nafsu cintanya.

Dalam lapisan 'patriotik', 'cat and mouse' dan 'sex and passion' itu, tersimpan keinginan kedua yang mungkin ramai penonton yang tidak nampak, iaitu keinginan Wei Tang (lakonan yang memberangsangkan tetapi tidak sehebat atau seikon Zhang Zi Yi) sebagai seorang pelajar biasa yang dibukakan dengan pelbagai fantasi ini (dia suka menonton wayang Hollywood) di mana dia diberi peluang untuk MEREALISASIKAN fantasi itu ke dalam realiti (ingat, di dalam filem ini, dia bukan sahaja seorang yang mempunyai dendam untuk berjaya sebagai pelakon, tetapi mahu 'merealisasikan' sebagai seorang pelakon yang 'terbaik' yang pernah dilihat oleh mata dunia- ikatkan lakonan pelakon dengan 'deception' lakonan para perisik, yang dimainkan baik oleh Wei Tang) di depan matanya (dua fantasi: pintu masuk ke dalam dunia lakonan yang 'glamour', dan pintu masuk ke dalam dunia orang kaya yang penuh sofistikasi) dan ianya di dalam tangannya untuk menentukan apa yang dia mahu di dalam hidupnya (ada suatu lapisan eskapis lwn. realiti di dalam filem ini, di mana, kita faham di tengah-tengah filem ini, Wei Tang 'terperangkap' dalam ilusi yang dia sendiri cipta).

Babak-babak ini boleh diperlihatkan dalam waktu Wei Tang yang taksub melihat para pelakon Hollywood di dalam teater wayang (malah geram apabila 'footage' berita Jepun "Asia untuk orang Asia" memotong filem Hollywood yang sedang ditontoninya, lalu dia keluar dari pawagam), waktu dia melihat diri dia di dalam cermin (ada tiga babak yang perlu dilihat, satu sewaktu dia mula 'mengubah diri' menjadi Mai Tai Tai, kedua sewaktu dia duduk di kawasan setinggan di Shang Hai di mana dia kelihatan tidak bermaya, dan ketiga sewaktu dia di hotel lumayan di Shanghai sebagai Mai Tai Tai sekali lagi), dan sewaktu dia melihat dirinya sekali lagi di cermin kedai di mana 'fur', 'barang kemas' dan 'fesyen couture' dipaparkan di depan kedai.

Di dalam Vertigo pula, obsesi ini lebih kompleks dan berbentuk tiga perwakilan, pertama daripada Midge, seorang wanita yang begitu menyukai watak James Steward (obsesi yang normal bagi konsensus masyarakat), kedua ialah James Steward sendiri yang berobsesi dalam me'reenact' fantasi atau 'ilusi' yang dia ada tentang Kim Novack, insan yang dia jatuh cinta dalam filem ini (perlu diketahui, perwatakan James Steward ini yang paling kompleks kerana beliau mempunyai perwatakan yang fobia dengan ketinggian, dan kedua ialah idea dia seorang penyiasata yang perlu menjadi seorang 'voyeur' kepada yang disiasat, di mana kita faham, menjadi seorang penyiasat, seseorang itu sendiri menjadi 'obses' dengan objek yang disiasat, dan lebih susah untuk James kerana dia 'jatuh cinta' dengan objek itu- sama seperti Jack Nicholson dalam Chinatown, maka 'voyeur' yang saintifik, teknikal dan struktural telah bertukar menjadi 'passionate', 'romantik', malah 'heroic'), dan ketiga ialah Kim Novack sendiri (lakonan yang sangat memberangsangkan oleh Kim Novack) yang obses dalam mengenakan James dan sekali gus menyintai James. Kekelabuan perwatakan 'penipu' dan obsesi Kim Novack ini sama dengan perwatakan yang dibawa oleh Wei Tang yang juga 'tersilap jatuh cinta' dengan objek yang ingin dikenakannya.

Di sinilah kelemahan yang dipertontonkan oleh Ang Lee dan kehebatan yang dipertayangkan oleh 'master' Alfred Hitchcock. Di dalam Lust, kita tidak faham, kenapa Tony begitu 'beringin' sangat dengan Wei Tang (kita selalu diperingat akan Wei Tang "tidak menipu" dan "punya mata yang boleh dipercayai"). Ada sebuah babak memaparkan Wei Tang menyanyikan lagu tradisi Cina di dalam tempat pelacuran Geisha. Adakah ketulenan, keperadaban, dan kecintaan Wei Tang terhadap tradisi Cina menyebabkan Tony yang menjadi pengkhianat bangsa (bekerja untuk Jepun) untuk merasa 'dekat' dengan Wei Tang? Kita mahu mempercayai ini, tetapi kita tidak menjumpainya. Lebih-lebih lagi, pada waktu akhir bila Tony Leung sedar dia sudah ditipu (cinta buta), dikhianati cintanya, dia melihat 'kosong' dengan mata yang penuh rasa dikhianat ke ruang bilik Wei Tang. Perasaan 'ditumpas oleh cinta' ini langsung tidak tampak, malah 'ambigious' kepada 'standard' aku. Apa yang aku nampak ialah 'kekosongan yang tidak terisi' (walaupun di'intercut' dengan Wie Tang yang akan dihukum bunuh tersenyum puas kerana berjaya 'keluar' dari fantasi yang diciptanya dan keduanya, puas kerana berjaya 'menumpaskan' Tony di dalam khianat cintanya) dan tidak terikat cantik.

Lain pula dengan apa yang diikat cantik oleh Alfred, dalam menjaga psikologi di antara James dan Kim (Kim Novack berlakon dalam dua watak, seorang sebagai 'the first women', Madeline, dan kedua sebagai 'the second women', Jane yang dijumpai oleh James Steward, memberi James pengharapan dan 'peluang kedua'), serta tahu, babak mana yang perlu datang dahulu dan babak mana yang perlu datang kemudian. Dua babak utama yang 'terus' menyebabkan kita benci-suka dengan perhubungan 'gila' James dan Kim ialah sewaktu Kim, yang memaparkan 'the second women' pada mata James di mana James mengikutnya balik ke hotel lalu mendepani 'the second women' dengan mesej "kau seperti mendiang kekasihku" (Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat anyone?), lalu apabila Kim ditinggalkan, kita dipaparkan dengan 'flashback' kemerah-merahan (merah dalam filem ini memaparkan kebenaran, sedang hijau memaparkan pengkhianatan. Merah juga bahaya dan hijau semangat cinta. Sila teliti permainan warna ini dalam filem ini. Anda juga akan tersedar bahawa permainan warna ini telah banyak ditiru oleh pembikin filem dan drama David Lynch (Twin Peaks), seperti Jean-Pierre Jeunet (Amelie), dan Adrian Lyne (Unfaithful)) dan banyak lagi yang memaparkan pengkhianatan Kim Novack dalam rancangan pembunuhan. Babak kedua ialah sewaktu James mendepani 'hantu' Kim Novack yang di'cipta kembali' dari 'the second women' dengan membentuk Kin dengan sanggul rambut blonde yang sama, baju yang sama, dan Kim disirami dengan warna hijau suram. Kita tangkap bahawa pengilusian James sangat menakutkan, ngeri tetapi sekali gus melankoli dan asyik, lalu apabila James memeluk dan mencium 'Madeline- the first women that was reeincarnated', James seakan memasuki 'dunia' zaman silam di mana James bukan lagi bersama Kim Novack 'the first women', tetapi Kim Novack si Carlotta "the source".

Apa yang bagus tentang Vertigo ialah, bahagian pertamanya memaparkan seakan satu dunia 'mistik' dan hantu. Tahap 'eerie', 'noirish' dan kecelaruannya bertambah setelah kita masuk dan masuk dalam ceritanya. Kita akan teringat akan Rebecca (juga arahan Alfren Hitchcock), malah bahagian pertama filem ini semacam sebuah cerita Gothic lama yang dimodenkan yang berbau fantastique (kita terperangkap sama ada dalam realiti atau fantasi mata James Steward). Tetapi bahagian kedualah kita terasa 'tertipu' dengan 'twist' yang diberi oleh Hitchcock, mengingati kita dengan novel Wilkie Collins (Moonstone) malah kagum dengan susunan saintifik dan metodologi Alfred Hitchcock yang sangat teliti, dan paling menakutkan- 'calculative'.

Ang Lee tidak ada benda ini. Ang Lee tidak pernah 'culculative'. Beliau lebih pandai mencernakan kebenaran dalam kemanusiaan watak-wataknya. Kerana itu, kita tidak rasa 'thrill' pada awal filem Lust (malah agak mengelirukan) apabila Tony yang tiba-tiba masuk ke dalam hotel yang menunjukkan mimik 'suspicious' terhadap Wei Tang di meja mahjong. Di sini sahaja kita sudah sesat. Malah babak kemudiannya, babak 'flashback' yang panjang di mana kita faham kenapa Wei Tang dan kawan-kawannya berkomplot mahu membunuh Tony Leung, di situ sahaja kita dapat 'merasa' semangat nasional tinggi mereka untuk menghentam watak Tony Leung. Tetapi kesalahan besar Ang Lee ialah, bukan seperti Hitchcock, Ang terlalu 'memberi' dan tidak menggunapakai rahsia sinema terunggul iaitu "less is more". Dalam Vertigo, adegan-adegan 'kunci' dipaparkan dengan campuran imej dan suara yang seimbang dan jelas, malah 'suara' diperlahankan (kadangkala kuasa imej mendahului suara), dialog dikurangkan dan hanya berlaku untuk menaikkan 'kengerian'. Di dalam Lust, dialognya 'terlalu', sehingga meng'exhaust' filem ini (seperti yang berlaku dengan banyak filem Melayu), ia seakan-akan menonton sebuah drama radio. Babak-babak Mahjong contohnya (walaupun signifikan) atau babak-babak perancangan anak-anak muda itu. 'The real fun' atau 'the real thrust' hanya berlaku sewaktu mainan 'tarik tali' Tony dan Wei Tang serta apa kesudahan yang akan berlaku terhadap dua insan ini (yang lain-lain seakan tampak tidak relevan, dan kadangkala rasa seakan tempelan, paling sedih ialah lakonan Joan Chen yang langsung tidak diberi 'fungsi' kuat oleh Ang Lee dalam filem ini). Ada suatu 'satira' dan 'keperlian' (ini kebiasaan Ang Lee dalam filem-filem Mandarinnya) yang ingin Ang Lee paparkan terhadap politik dan dunia recam ornag Cina sekarang dalam filem ini, tetapi gaya yang dibikin oleh Ang Lee, walaupun ada beberapa perkara yang boleh dibanggakan (memaparkan satu dunia Cina yang 'fluid', global dan kosmopolitan di mana orang Cina agak angkuh dalam mempertahankan budaya mereka terhadap simpang-siur campuran bangsa di negaranya) agak terlalu peribadi, dan kadang kala, terlalu sentimental. Malah, seakan Hitchcock yang 'memperli' sesiapa yang cuba mengguna pakai tema 'love and deceitnya' ini memberi satu amaran 'prophecy' di dalam kata-kata James Steward kepada Kim Novack dalam klimaks filem ini: "You shouldn't have been that sentimental"- satu kesilapan yang diambil oleh Ang Lee dalam melaksanakan subjek di dalam Lust, Caution.

Lust, Caution mempunyai rasa dan lanskap yang hidup. 'Reenactment' Shanghai dan Hong Kong tampak hidup, sibuk dan bernyawa. Kita nampak perbezaan dua dunia- manusia yang memerintah (golongan bangsawan) dan manusia yang diperintah (rakyat biasa), dan bagaimana transisi 'perubahan' ini akan berlaku. Paling menarik ialah himpunan pelbagai bangsa dalam filem ini, seakan Ang Lee memberi penghormatan terhadap kesemua bangsa pembikin filem besar di dunia dalam sejarah (ada India, Amerika Syarikat dan Jepun).

Tetapi 'kudos' yang tinggi perlu diberi kepada Vertigo yang berjaya menangkap bandaraya San Fransisco menjadi satu lanskap yang ikonik (kita tidak akan lupa dengan Golden Gate, Taman Negara Yosemite, Restoran Ernie, Palce of Fine Arts, gereja lama, dan Istana Legion of Honour, San Fran menjadi senarai tempat yang mesti saya lawati sebelum mati dan melihat tempat-tempat yang rakam oleh Hitchcock untuk filem ini!) dan 'cultish', akan diingati bila-bila sebagai satu lanskap yang sekali gus 'dreamy' dan sofistikated. Betullah bila mendiang Alfrend Hitchcock mengatakan, San Fransisco ialah Paris untuk Amerika. Keromantikan bandarnya hidup.

Pergilah tonton Lust, Caution untuk melihat hasil baharu Ang Lee, dan jelas bahawa kadang kala apa yang diundi oleh festival filem besar antarabngsa juga boleh membuat kesilapan, tetapi wajib tontoni Vertigo, untuk melihat bagaimana penonton dunia juga pernah membuat kesilapan apabila 'terlepas' satu 'masterpice' agung yang pernah manusia bikin dalam sejarah filem, malah sebuah filem terpenting dalam sejarah perfileman dunia.

27 September 2007

KAMI siri drama baru menarik


Sudah lama tak menonton TV. Sekarang ini aku begitu sibuk sehinggakan cerita yang aku tonton di TV hanyalah koleksi Battlestar Galactica yang abang aku perkenalkan (dan dipaksa oleh Vovin membelinya) serta Rome Season 2. Aku tidak ada masa dengan pelbagai drama TV lain yang sibuk beberapa kawan aku kata, "Kau tak tengok?"


Semalam Vovin goda aku untuk tonton KAMI di 8TV, 10pm (aku tak pegi terawih). Verdict? Menarik. Ada beberapa kekurangan tetapi keseluruhannya menarik. Semacam gaya sebuah drama siri urban anak muda baharu, ada 'rawness', ada semangat, ada wit dan paling aku suka, drama ini dibuat oleh anak-anak muda! Ya, orang-orang baru dalam industri ini!


Cerita-ceritanya senang. Cerita budak-budak sekolah menengah (dengan pelbagai masalah dan isu) yang cun dan lawa, yang suka pergi gig, pergi kedai buku, lepak kat umah buat kerja sendiri, masuk internet layan chat, dengar ipod dan pelbagai lagi perkara 'mundane' (tetapi tidak terlalu terjerumus kepada sentimentaliti seperti beberapa drama Inggeris 90-an yang agak 'blue' dan lembap dan 'slow pace' dan boring) yang dibuat oleh remaja sekarang. Warnanya pun 'biasa', tiada warna-warni Gol & Gincu (tetapi cantik). Pacingnya pun (walaupun ada yang agak lembap) laju.


Tema utama cerita ialah 'kawan' dan rasa 'berharga' bersama 'sesama sendiri', baik keluarga hingga ke kawan, hingga bila seorang. Dialog-dialognya 'real' malah lakonannya sangat bagus kerana para pelakon muda ini tidak 'overdo' ekspresi mereka. Rasa macam tengok Reality Bites tetapi 'less drama' dan 'less plastic'.


Ada beberapa babak yang memerlukan pelakon utamanya menggunakan HP Nokia baru dengan pelbagai adegan (kadangkala ini menjengkelkan). Tetapi pengarah dan penulis skrip drama ini pandai dalam menyalutinya dengan FUNGSI. Fungsi untuk cerita, serta fungsi untuk mengembangkan 'falsafah' drama ini. Malah aku tertarik dengan idea fungsi falsafah 'handphone' dalam drama ini yang lebih berjaya menyampaikan mesej 'teknologi dengan budaya remaja' dari filem PULSE. Ini yang mungkin 'real' sebenarnya menyedihkan (kalau dilihat secara keseluruhan) dan menakutkan apa yang berlaku terhadap para remaja sekarang. Dependency mereka terhadap bahan teknologi (di sini PC dan HP) sangat tinggi, sampai kita merasakan tanpa teknologi, anak muda sekarang lesu dan jadi 'vegetable'. Semua perkara- emosi, komunikasi, ekspresi, suara, semua ini sudah ditakrifkan oleh teknologi. Maka kerana itu, bila kita lihat pelakon utamanya duduk di atas atap, secara 'subtle', kita faham bahawa itu adalah ruang paling AMAN untuk remaja itu sekarang (deattach from the real environment). Tetapi paling baik, semua perkara 'subtle' ini dibiarkan berlalu seperti air lalu, atau seperti eddvedder kata- "Selamba". Ini menyebabkan drama ini mencapai 'high point', malah memalukan beberapa drama bersiri korea, Amerika dan Indonesia yang sangat 'plastik' (semalam aku tengok Heroes Season 2 ep. 1. Lihat babak dialog adik-beradik latino tu. Bukan saja Heroes satu soap opera untuk peminat komik, tetapi kita faham 'homage' yang dilakukan Tim Kring dengan soap opera Latin- dialog adik-beradik itu SUNGGUH SUPERFICIAL. Kalau aku terjemahkan ke bahasa Melayu, dialog itu semacam : "Jangan takut adikku, abang akan membantumu setiap masa, Oh...". Nasib baik plotnya hebat dan ada Claire, bapak dia dan Hiro...).


Kudos untuk drama terbaru ini. Siapa kata drama kita tak best? Ini adalah sebuah drama yang aku akan sentiasa tontoni.


"Malu-malu, tak maju!"

23 September 2007

The Brave One - A Good One


fadz: I have to say, it's nice to go wathing movies on puasa time coz most Malays are very good Muslims. They dont go to cinemas on Ramadhan time, unlike some people. So the q's are shorter (at least in KLCC). Even the non-Malays felt there's something wrong when the Malays are not around. This is what I heard from a Chinese girl in Kino when Kino is so deserted (read: not lot of Malays): "My god, this is so unhappening..!"



Aku tonton filem ini dengan Kekure. Sedang adik aku menonton Skin Walker. Aku beritahu adik aku filem ni best. Adik aku kata Skin Walker oklah.

Aku seorang pembela wanita. Jadi engkau akan faham kenapa aku suka sangat dengan filem ini. Filem ini 'tampak' tidak masuk akal (bagaimana seorang perempuan sanggup menjadi pemburu malam ala Batman di kota New York?) tetapi ketidak masuk akal ini penting, untuk meromankan realiti masyarakat New York pada waktu itu yang serik dan terik dengan pengganas. Filem ini sebenarnya satu kajian tentang keganasan, dan apa yang akan berlaku jika keganasan itu dibalas dengan keadilan ala Robin Hood.

Setengah dari 'feel' filem ini tampak seperti sebuah Batman wanita. Aku berkata begini kerana aku 'setuju' dengan moral yang dipilih oleh Jodie Foster (mangsa yang jadi pemangsa dalam filem ini), setuju dengan semangat 'death wish' yang dia mahu lunaikan kepada orang-orang jahat di New York. Setengah dari filem ini tampak seperti satu neo-noir yang setaraf Taxi Driver dan French Connection apabila Jodie Foster melalui lorong-lorong gelap Big Apple, dengan matanya dan telinganya terbuka dengan godaan dan kebencian malam. Perasaan 'gelap' dan kelam itu melalui bandar yang paling banyak jenayah itu sangat mengujakan.

Neil Jordan (The Crying Game, Mona Lisa) sudah kembali setelah beberapa filem dalam 90-annya tidak jadi. Filem ini sangat penting kerana Jordan berjaya memaparkan kosmopolitan dan rencam New York yang sebenar (melawan warna-warni penuh glamour dan romantik Sex and the City) dengan pelbagai kaum dan bangsa datang ke metropolitan New York. Kita bukan lagi mahu mengenali sejarah New York di setiap lorong dan sudutnya, tetapi hati gelap New York yang penuh dengan penjenayah di setiap lorong dan sudutnya. Walaupun babak penemuan Jodie dengan beberapa penjenayah tampak sangat 'circumstantial' dan tidak logik, ia memenuhi idea bahawa perjalanan yang perlu Jodie lalui ini untuk memahami hati gelap bandarnya dan mengapa ia mengambil orang yang dia paling sayangi.

Ada beberapa tangkapan yang berjaya dibuat Neil Jordan. Pada beberapa babak awal, kita dapat lihat Jodie Foster di luar pintu dari dalam apartment. Kita tahu bahawa Jodie 'selamat' dengan persekitarannya. Kemudian itu, yang tidak sepatutnya berlaku, maka kita dapat lihat, kemudiannya bagaimana Jodie agak susah mahu keluar, melalui pintu itu yang pertama-tama kali kita menontonnya. Kemudian kita dipaparkan dengan Jodie mula MENDAPAT perspektif baharu tentang malam dan kota New York. Kita dapat rasa keinginan Jodie mencari. Malah kita turut hiba dan bersedih bahawa Jodie merasakan tempat paling selamat baginya (selain biliknya) ialah di tepi kubur mendiang bakal suaminya, di bawah langit New York yang biru kelam dan tren yang laju. Puitis. Filem ini memaparkan apa yang Crash tidak paparkan, keinginan manusia yang sudah mengalami keganasan untuk kembali kepada 'state' yang mereka kenali itu dan mereka tahu mereka tidak dapat. The Brave One adalah jawapan New York kepada Crash Los Angeles.

Kekuatan filem ini terletak pada Jodie Foster. Setiap gerak-gerinya, emosinya, ekspresinya adalah cukup untuk kita menonton filem ini. Filem ini sememangnya sebuah 'character driven film' yang disanggul dengan genre thriller dan penyiasatan. Tanpa Jodie, filem ini ranap, kerana dia membuatkan filem ini sedap ditontoni. Malah, ada beberapa babak yang kita faham dan tahu ianya 'homage' terhadap The Accused (babak menyelamatkan pelacur), Silence of the Lambs (babak Jodie mencari pembunuh mendiangnya. Perhati dia memegang pistol, kita akan teringat akan Clarice Starling) dan Taxi Driver (kali ini, Jodie bukan mangsa tetapi mangsa yang berubah menjadi pemangsa - filem yang juga memaparkan jenayah diselesaikan oleh orang biasa). Terence Howard juga bagus, dengan sentimentaliti dan simpanan kesedihannya. Kita akan terkejut dengan permintaan kahirnya pada akhir filem yang memang aku mahu-mahu sangat ia berlaku.

AKhir sekali kita selesai melihat New York, baik di sisi cahaya dan kelamnya (dalam dan luar), maka baharu kita, dengan anjing kita boleh berjalan pada waktu malam dan tahu akan apa sebenarnya New York kepada kita. Sebuah kesedihan yang tidak mahu pergi tetapi perlu diteruskan.

Lagu "The Answer" Sarah Maclachlan, tulang belakang filem ini akan menjadi cult pada suatu hari nanti.

Zodiac- Thriller of the highest Order


Aku membeli vcd filem ini semalam di Video Ezy. Baik, ia tidak ada potongan. Sebuah filem yang patut ditonton, lebih-lebih lagi sesiapa yang menyukai Silence of the Lambs, SeVen dan filem-filem thriller sebegitu. Ini sebuah filem thriller 'of the highest order', bukan kerana bagaimana pengarah filem ini, David Fincher melakukan sebuah lagi 'Seven' (jauh daripada itu) tetapi kerana membuka pelbagai lautan spekulasi yang beraliran dan berarus, yang jika anda tidak sabar, anda juga akan mengatakan filem ini 'convulted' dan lembap. Tetapi jika anda pernah menonton JFK Oliver Stone, filem ini setaraf dengan filem itu dalam mencari 'kebenaran' tetapi ia lebih 'tone down' dan senang diikuti. malah unik untuk sebuah filem penyiasatan yang benar.


Malah, filem ini ada 'edge' All The President's Men (yang juga sebuah filem kewartawanan mencari kebenaran- jangan samakan pencarian kebenaran ini dengan Raja Petra Kamarudin kerana beliau lebih Drama Queen, yang memang sesuai dengan musim khatulistiwa kita. Dua wartawan All The President's Men adalah manusia yang berani mencengkam kebenaran, seperti mana Robert Graysmith di dalam filem ini) di mana kita dipaparkan dengan pelbagai teori, dan pelabagi 'trace of evidence' yang ditinggalkan. Dan ianya dalm kuasa si wartawan untuk mengutip setiap bukti yang ditinggalkan untuk disambung dan dipaparkan dalam sebuah garisan yang lurus.


Tetapi seperti biasa, semua kebenaran bukan satu garisan yang lurus dan tepat. Filem ini berjaya memaparkan itu, tanpa sensasi, tanpa teori yang provokatif, hanya bagaimana orang biasa seperti polis, wartawan dan orang ramai ingin menyelesaikan satu masalah dengan cara 'mundane' mereka. Sedekat sifat manusia yang anda dapat jumpa.


Sebenarnya, David Fincher juga tidak menghilangkan rasa debar, rasa ngeri setiap kali 'kita' (para penonton) merasakan si pembunuh itu ada. Walaupun babak-babak si Zodiac itu membunuh tanpa lagu yang menakutkan atau editing yang laju atau kelam (walaupun kita tahu Fincher menggunakan elemen slasher ini pencambahan babak-babak), kita merasa sangat takut. Ini adalah kerana Fincher menggunakan idea 'apa yang kita tidak lihat lebih menakutkan'. Lihat sahaja babak awal di kereta, babak tasik, babak perempuan di tengah jalan raya (ini babak kegemaran aku, babak yang sangat menakutkan - dengan biasa si perempuan tanya "apakah awak biasa menolong orang begini", kemudian pembunuh itu dengan selamba mengatakan "saya akan buang anak awak luar tingkap dulu dan kemudiannya awak saya bunuh"), babak teksi dan babak Robert pergi ke sebuah rumah kawan seorang suspek. Fincher memang, boleh dikatakan seorang 'master' dalam memberi fright, malah dalam tempat-tempat yang betul pula.


Filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat. Penghormatan perlu diberikan kepada Robert Downey Jr. sebagai seorang wartawan yang pandai, angkuh, berani dan mencari sensasi, Mark Ruffalo yang penuh integriti dan emosi, dan beberapa pelakon kecil lain yang turut membawa filem dua jam empat puluh minit ini tidak tampak membosankan.


Apa yang menyebabkan filem ini patut ditonton ialah, bagaimana Fincher, walaupun membawa satu konklusi bahawa Robert Graysmith (dilakonkan dengan baik oleh Jake Gyllenhall), si penyiasat amatur sudah bergitu positif bahawa seorang suspek bernama "Lee" ini pembunuh Zodiac, filem ini membuka satu hamparan spekulatif bahawa sesiapa masih boleh jadi pembunuh bersiri itu (bukti yang paling kukuh, surat tulisan Zodiac dan suspek utama tidak sama)- memaparkan dunia di luar ini sangat menakutkan, sesiapa, jiran kamu, kawan kamu, saudara kamu punya minda yang menakutkan kerana tidak semua yang disiasat boleh dijumpai. Ini benar dengan apa yang berlaku kepada Malaysia baru-baru ini, di mana kita tidak perlulah menunding orang asing itu atau orang banduan ini sebagai suspek - kitalah pembunuh Nurin. Kita lalai. Sepertimana filem ini memaparkannya.

Wajah & Pergerakan

Dalam memaparkan kemanusiaan, apakah yang paling penting untuk dipaparkan? Wajah dan pergerakan. Kerana wajah dan pergerakan tidak pernah menipu.

Ini lebih penting jika kita menangkap lalu ingin memaparkan 'sifat' manusia ini kepada manusia. Lebih-lebih lagi dalam gambar, atau filem.

Kerana itulah, kebanyakan filem Melayu yang aku tonton, tidak memperjelaskan 'kemanusiaannya', atau secara senang, ceritanya dengan benar. Kita menyukai filem-filem Jalan Ampas lama, dan Hollywood lama, walaupun kita dapat rasa, pelakon-pelakon dalam filem itu 'berlakon', 'berbangsawan', dan kadangkala agak 'berbohong'- mereka adalah PELAKON di depan pentas, tetapi, semahu-mahunya, mereka menunjukkan sifat, mereka menunjukkan perasaan, dan kamera tidak malu memaparkannya.

AKu menonton PALOH semalam, sedang aku cuba menulis (menghabiskan projek novel aku), dan aku tersiksa dengan mis-en-scenenya. Celaru. Lihat babak pegawai tinggi Jepun itu hendak merogol Janet Khoo. Segalanya: sunting-gerak kamera- sampai yang paling penting - wajah - MENIPU, runsing dan bercelaru. Pengarah fotografi dan pengarah filem sangat pemalas. Sekurang-kurangnya 'key actors' dalam babak itu perlu kita 'tangkap' wajah mereka (walaupun kita faham, tujuan penggambaran 'hand held camera' adalah memaparkan realisme babak, tetapi maaf, Bicycle Theif yang selalu 'stagnant' lebih 'real' dari PALOH yang tampak 'staged' yang amatur dan dibuat-buat dalam babak ini). Ini tidak, kita tidak tahu menahu apa yang sedang berlaku. Hanya Adlin Aman Ramlee yang MENCUBA sangat-sangat untuk jujur dalam wajahnya (tetapi dia bukan 'key actor'). Filem Melayu atau asia, ia sangat penting untuk dipaparkan wajah pelakon, lebih-lebihlagi kerana pelakon Asia Tenggara, Cina dan Asia Utara, mata mereka sepet. Tetapi dengan pergerakan dan pemaparan yang intimasi dengan pelakon, dan menangkap ekspresi yang sebenar membuat filem itu 'hidup'. Kita boleh ingat wajah Jason yang lurus bendul dan jujur dalam Sepet, dan bagaimana hibanya dia dalam pangkuan ibunya, dengan hanya wajah dan pergerakan (dan dalam tambahan, pergerakan dan reaksi wajah pelakon lain dalam sesebuah babak itu). Kita tampak kuasa 'simpan' dua pelakon tua dalam Tokyo Story kerana tangkapan wajah dan pergerakan yang benar. Bandingkan ini dengan babak Allahyarham M. Amin yang melalut tak tentu fasal tentang pengkhianat dan memberi restu kepada Elli Suriyati bekerja dengan Jepun. Babak yang sangat tampak 'staged', menipu dan tiada konklusi dengan filem yang sudah memang celaru. Sekurang-kurangnya dalam Embun Erma Fatimah, para pelakonnya adalah 'staged', tetapi ekspresi mereka di depan kamera, dan tangkapan kepada ekspresi mereka adalah BENAR.

Tanpa wajah, tanpa pergerakan yang ditangkap betul, filem itu menipu dan tidak tahu apa yang ia mahu paparkan sebenarnya.

05 September 2007

Da Huang Pictures Press Realease September

DA HUANG PICTURES
Press Release
4th September 2007


FLOWER IN THE POCKET Competes in Pusan
Liew Seng Tat's first feature film, FLOWER IN THE POCKET would be the thirdMalaysian Film competes for Pusan NEW CURRENTS AWARD. The film cast Indiefilmmaker James Lee, as father of two boys. The story about two boys grew up motherless, neglected by their father, a workaholic who spends the bulk ofhis time mending broken mannequins in his workshop. While the father shutshimself out from the world, the two brothers roam the streets, get into fights and other troubles in school but for all they want is just love andto be loved.

The Jury of New Currents is headed by Iranian master cineaste, DariushMEHRJUI, Cristian MUNGIU, winner of Palme d'Or of Cannes 2007, the members - Nan YU (China, Actress), Goran PASKALJEVIC (Serbia, Director), and LEEChang-dong (Korea, Director). The jury will select three films out of NewCurrents section to award 30,000 USD each.

FLOWER IN THE POCKET is produced by Da Huang Pictures, with Michelle Lo as producer and Charlotte Lim was the assistant director cum productionmanager. They are in Beijing and Shanghai respectively in preparation ofHollywood Production "The Mummy 3".

FLOWER IN THE POCKET cost USD50,000 and mainly funded by Tan Chui Mui, with the USD 30,000 prize money won from Pusan International Film Festivallast year. The film would have world premiere in Pusan International Film Festivalon 5th October, and then its North American Premiere in Vancouver Film Festival on 7th October. The film is also invited to International FilmFestival Rotterdam. The release in GSC E-Cinemas is expected on January2008.For trailer and more information on the film please visit : http://www.hana.dahuangpictures.com/


Flower in the Pocket
Language:Mandarin and Malay
Directed by: Liew Seng Tat
Duration: 90 mins2007
Synopsis:Li Ahh and Li Ohm grow up motherless. They are neglected by their father Sui, a workaholic who spends the bulk of his time mending broken mannequinsin his workshop. While he shuts himself out from the world, the two brothersroam the streets, get into fights and other troubles in school but for all they want is just love and to be loved.
Director/ Writer/ Editor : Liew Seng Tat
Cinematographer : Albert Hue See Leong
Producer : Yen San Michelle Lo
Executive Producer : Tan Chui Mui
Production Manager/ Assistant Director : Charlotte Lim Lay Kuen
Production Designer / Key Art : Gan Siong King
Cast
Wong Zi Jiang : Ma Li Ohm
Lim Ming Wei : Ma Li Ahh
Amira Nasuha Binti Shahiran : Atan/ Ayu
James Lee : Ah Sui
Azman Bin Md. Hasan : Mamat

Liew Seng Tat
Liew Seng Tat was born on 20th September 1979, in a rather notorious areacalled Jinjang. He is known for making dark comedy - hilarious, ridiculous, absurd and yet touching.

He get a lot of attention with his first short film "Bread Skin withStrawberry Jam". The film won Best Short Film in the 8th MVA, and in thefollowing year, he win almost all the top prizes for short films categories, with his "Not Cool" and "Flower". Now he is in the post-production of hisfirst feature length, FLOWER IN THE POCKET.

Liew on Liew

BORN in 1979, the third of five siblings, Liew Seng Tat grew up amidst plenty of love, lots of laughter, and frequent life-threatening family feudsinvolving kitchen knives.

He hardly said a word in the first year of his life. His mother, halfsuspecting that he was mute and mentally-retarded, was very relieved when he finally spoke at length on his first birthday.

"At least he's only mentally retarded," Mrs Liew recalled with a smile.

Much later, Liew graduated from the Multimedia University in Cyberjaya, majoring in 3D animation."Doesn't say much about the university," said his mother, raising her eyebrows.

After earning a living from it for three years in a local studio, Liew'sinterest in animation waned, and he turned to film. His first live action film, Bread Skin with Strawberry Jam, won the Best Short Film award at theMalaysian Video Awards in 2003. His second film, Not Cool, again won the highest accolade the following year.

FILMOGRAPHY:
IN WHAT CITY DOES IT LIVE (In script development)
FLOWER IN THE POCKET

JAMES LEE Completes Love Trilogy
James Lee's closes his Love Trilogy with WAITING FOR LOVE. The film would have world premiere in Pusan International Film Festival in October thisyear. The film with three scenes shows three couples at their turning pointof life, talking about marriage, or breaking-up. Pete Teo, Bernice Chauly, Loh Bok Lai, Amy Len, Lim Kien Lee and Amelia Chen casts the film.

The Love Trilogy started with BEFORE WE FALL IN LOVE AGAIN and followedby THINGS WE DO WHEN WE FALL IN LOVE. BEFORE WE FALL IN LOVE AGAIN had gained James Lee his second BEST ASEAN FEATURE FILM in Bangkok InternationalFilm Festival This year. The trophy would be awarded to James Lee by TourismAuthority of Thailand during the press conference.

James Lee is known for his prolific filmmaking, not only he had completed the trilogy in two years, he had also directed theatre play in KLPAC, and heis now shooting a Malay-language horror film called "Hysteria". He would also be performing in Marion D'Cruz's Bunga Manggar Bunga Raya in early September.

Waiting For Love
Language: Mandarin and Cantonese
Directed by: James Lee
Duration: 70 mins
2007
Synopsis:
Three scenes about three couples with each portraying maybe the turningpoint of their relationship.First scene, Lim and Amelia are a couple who had been together for almostfive years. While he works as a salesman and trying to save up for marriage,the girl are not sure if he's the one she wants to marry. One day he confronts her about a letter from her admirer.

Second scene, Pete & Bernice are a couple who had been together almost tenyears. They're not married because he doesn¡¦t believe in marriage. While she tags along, one day she might realizes this may not be the man she wants to end up with.

Third scene, we see Amy and Lai are a pair of secret lovers. This maybetheir last meeting or maybe not. They may had loved each other in the pastthey may not now in this scene.This is the third and final part of James Lee's Love Trilogy which takes offers a glimpse of the life of three lovers.

Story by: James Lee
Producer: James Lee
DOP: Jimmy Ishmael
Editor: James Lee
Assistant Director: Kenny Gan
Gaffer & Audio: Chong Seng Wah
Cast: Amy Len, Bernice Chauly, Pete Teo, Loh Bok Lai, Amelia Chen and Lim Kien Lee

James Lee
James Lee, a film director from Malaysia. He was born Lee Thim Heng on 13thDecember 1973 in the city of Ipoh in Perak.

He is one of the pioneers of the Malaysian New Wave, or more known as Malaysian Independent Film movement. He had produced early films of otherMalaysian filmakers like Amir Muhammad and Ho Yuhang, under his productionhouse, Doghouse73 Pictures. In 2004, he set-up Da Huang Pictures with Amir Muhammad, Tan Chui Mui and Liew Seng Tat.

James was actively involved in theatre before he make films. He startedas a theatre actor and director. His first film acting role was in AmirMuhammad's LIPS TO LIPS. He had recently acted in Liew Seng Tat's debut feature film, FLOWER IN THE POCKET.

He had directed a few stage play. In 2007, he directed a Harold Pinter'splay, "Betrayal".

In April 2007, the 9th Deauville Asian Film Festival had a focus on him,"A glance at the work of James Lee". They honour his young career as adirector with a personal vision.

FILMOGRAPHY:
Snipers (2001)
Ah Beng Returns (2001)
Room to Let (2002)
The Beautiful Washing Machine (2004)
Before We Fall in Love Again (2006)
Things We Do When We Fall in Love (2007)

MALAYSIAN GODS
Amir Muhammad had finished shooting MALAYSIAN GODS, previously titled "Do You Remember the 20th Day of September".

The film was launched in March and shot in June. It is a documentary with form of "city tour", about several things that happened in Kuala Lumpur in 1998.. The film is now in the post-production stage, where Amir is writing the final script of narration.

The film is shot in one continuous take of 59 minutes. The shooting took three days. Out of the three days of shoot, Amir selected the second day shoot, which was raining the whole time, and the rain reached its peak when the tour reached final location. Shooting with him was Albert Hue, the cinematographer he worked together in two of his previous films, "The Last Communist" and "Village People Radio Show".

Since both his previous film had been banned, there is much speculation on the censorship of new "Malaysian Gods", which the topic is also controversial and much more recent. However, Amir Muhammad is being quite optimistic about the film.

More info on: http://www.malaysiangods.dahuangpictures.com/

Malaysian Gods
2007
Language: Malay
Directed by: Amir Muhammad
Duration: 61 mins
Synopsis:
On 20 September 1998 Anwar Ibrahim, recently sacked as Deputy Prime Ministerof Malaysia, headed a public rally of thousands of people that marchedthrough Kuala Lumpur while demanding the resignation of the Prime Minister, his former mentor. The demonstrators ranged from 20,000 to 80,000 dependingon who was doing the counting. A few hours later Anwar would be arrested.

Director Statement:
I want to talk about a very recent event in Malaysian history, a time ofcontentious political divide but also a moment of camaraderie because forthe first time in recent memory, various disparate opposition and civil-society forces could galvanise into a positive force. The fact that itwas a short-lived movement is also interesting to examine. By taking theform of a "city tour" this documentary essay ironically invites us to view history as if it were a single unbroken journey; the voice-over will providea kind of counterpoint, as it will muse on both visible and invisiblemarkers.

As with my previous works I am certainly not interested in interviewing politicians or professional pundits. Much like "Russian Ark" itwill be shot in one take, a procedure that will take a few rehearsals. Butunlike it, it will take place outdoors, where the sun and breeze and sights act as indicators of a certain freedom and mobility. The jazz music thatwill accompany it will add a fun, improvisational flavour.

Director: Amir Muhammad
DOP: Albert Hue
Photographer: Danny Lim

Amir Muhammad
Amir Muhammad is possibly one of the funniest filmmaker in the world --- Or at least, the funniest Muslim filmmaker in the world.

Amir was born on December 5, 1972 in Kuala Lumpur. He has a Law degreebut does not use it. He has been writing for Malaysian print media since theage of 14. "that says more about the standard of newspapers here than itdoes about my own writing!", Amir said.

In 2000, he wrote and directed Malaysia's first DV feature, LIPS TO LIPS. He then make 6HORTS, a compilation of 6 essay film, BIG DURIAN, which was inSundance, TOKYO MAGIC HOUR, THE YEARS OF LIVING VICARIOUSLY, THE LASTCOMMUNIST, and VILLAGE PEOPLE RADIO SHOW. Both his THE LAST COMMUNIST and VILLAGE PEOPLE RADIO SHOW were banned in Malaysia. Not that all his previousfilms were pass, in fact he had never send them for censorship. Hence, none of Amir Muhammad's films had been theatrically released in Malaysia.

He is now working on " Malaysian Gods". On that day, Anwar Ibrahim, who had just been sacked as the deputy primeminister, was leading a thousands-strong rally that called for then primeminister Dr Mahathir Mohamad's resignation. Anwar was arrested a few hours after. Queen Elizabeth was also in town for the Commonwealth Games. "The film would be a one-shot walking tour through Dataran Mederka, it would showthe landmark architectures of Kuala Lumpur and it would boost the tourism of Malaysia." Amir said.

FILMOGRAPHY:
* Lips to Lips (2000)*
The Big Durian (2003) - Special citation, Dragons and Tigers Award in 2004 Vancouver International Film Festival; Special mention, New Asian Currents in 2003 Yamagata International Documentary Film Festival
* The Year of Living Vicariously (2005)*
Tokyo Magic Hour (2005)
* The Last Communist (Lelaki komunis terakhir) (2006)*
Village People Radio Show (2007)
* Susuk (2007)*
"Do You Remember The 20th Day Of September?

fadz: Tersedar akan sesuatu. Kalau golongan penerbit filem perdana dan komersial ingin menghantar 'press release', mereka menghantar GAMBAR dan LAGU ke emel aku. Jarang-jarang mahu menghantar benda yang AKU BOLEH BACA macam di atas. Kalau pembikin filem indie, mereka akan sentiasa hantar GAMBAR mereka dengan TEKS tentang filem dan pengarahnya. Wahai pembikin filem perdana, kalau festival luar tak layan filem korang, jangan marah lah, sebab korang memang tak bersedia langsung.
Sangat-sangat menunggu pengakhiran trilogi 'khianat' James Lee dan kegilaan Amir Muhammad membikin sebuah Russian Ark ala Malaysia, menjadi (FINAS, sila ambil perhatian) filem satu shot terpanjang di Malaysia. Walaupun di'ban' nanti, sekurang-kurangnya masuk Malaysian Books of Records. Ya Amir, hang memang gila 'attenshen' no..

04 September 2007

Perca-Perca Filem September 2007

Nagabonar Jadi 2 (2007)


lihat: www.imdb.com/title/tt1046961/

Pada pagi hari Merdeka, aku sangat bersemangat kebangsaan dan patriotik lalu aku pasang DVD filem ini yang aku dapat dari adik aku di Surabaya, sekuel kepada Nagabonar, filem komedi kebangsaan yang telah membawa fenomena besar pada pertengahan 80-an di Indonesia.



Filem pertama itu tentang seorang 'pencopet' Batak yang menjadi seorang jeneral pada waktu tentera Jepun sedang keluar dari tanah Sumatera dan askar Belanda kembali ingin menjajah kembali kepulauan Indonesia. Filem itu dikatakan antara filem komedi terbaik Indonesia, malah masih diingati orang Indonesia sampai sekarang. Malah pelakonnya, Deddy Mizwar sudah menjadi sebuah nama 'lagenda' di sana, sebesar Rano Karno, Lydia Kandou dan lain-lain. Deddy Mizwar juga antara pelakon yang berjaya melangkau dari pelakon menjadi penulis skrip, lalu menulis dan mengarah filem-filem komersial yang kuat (walaupun bajet tampak kurang menyerlah dalam produksi filem) seperti Kiamat Sudah Dekat dan Ketika.



Filem ini juga suatu kemenangan kembali buat Deddy Mizwar. Walaupun aku belum menonton filem yang pertama (yang kini menjadi antara filem yang perlu ditonton), filem ini sudah begitu bulat untuk memberi para penonton sejarah watak Nagabonar, kepelikannya dan semangat kebangsaan tingginya untuk negara tercinta. Di dalam filem ini, Deddy Mizwar kurang bermain dengan imej (walaupun ada), tetapi percakapan (dialog - di dalam filem komedi, kekuatan ini diutamakan). Tetapi aku begitu kagum bahawa filem ini dapat mengambil hati aku dengan dialog-dialognya yang bersahaja, witty tetapi begitu mantap dan begitu berlapis sekali (seperti yang Deddy Mizwar lakukan dalam Kiamat Sudah Dekat dan Ketika).



Dialog "Jeneral, turunkan tanganmu!" sudah semestinya menjadi 'cult', malah antara hightlight dan roh filem ini. Di sini, kita dibawa ke dalam mesej moral filem ini, membawa generasi muda Indonesia agar sedar akan nilai kemerdekaan dan perjuangan tuk nenek moyang mereka pada zaman lepas Perang Dunia Kedua untuk membebaskan Indonesia dari mana-mana ancaman penjajah.



Memang ada beberapa babak dalam filem ini semacam 'glossy', mengikut gaya Arisan!, tetapi kebagusan Deddy Mizwar ialah beliau tahu menjaga plot cerita dan penjalinan (kecuali beberapa babak Todo Sudiro bersama kawan-kawannya yang hilang konti, antara babak terlemah filem ini), supaya setiap babak ada ikatan cantik serta motivasi yang menggerakkan cerita tanpa bosan. Beberapa isu modenisasi, globalisasi yang berkonflik dengan jati diri kebangsaan (mengikut teori Huntington) dibuat dengan kemas dan cantik sekali dengan mengambil pakai idea kubur sebagai situasinya! Menonton filem ini sudah cukup, dengan lakonan para pelakonnya yang mengesankan, membuat aku menjerit dan menyanyi "Negaraku" selepas tamat filem ini.





Black Sheep (2006)

lihat: www.imdb.com/title/tt0779982/

judul dalam Melayu: Zombi Biri-biri!

Aku ajak Kekure menonton filem ini bersama Habri, dan aku sudah memberi amaran awal-awal bahawa filem ini 'crappy'. Ada dua perkara kenapa aku menontonnya; pertama aku peminat besar Peter Jackson selepas menonton Dead Alive. Maka aku tahu signifikan (dan kadang kala, rasa terlalu) New Zeland Comission Film (penerbit dan pemberi wang pada filem Dead Alive) cuba mengeluarkan filem ini. Kedua ialah, WETA Workshop, para pakar yang mencipta zombi dan raksaksa buat Peter Jackson dari Meet the Freebies, Dead Alive sehinggalah King Kong, adalah mereka yang bertanggung jawab mencipta zombi biri-biri dalam filem ini.


Filem ini memang mengarut. Bayangkan filem kita (dan bukan Zombi Kampung Pisang) difokuskan kepada sebuah kampung yang menternak ayam untuk bekalan daging KFC, lalu ayam yang bermutasi itu telah mencipta havoc, lalu seluruh kampung menjadi beserk. Terus-terang, filem ini tidaklah setahap imaginasi atau segila Dead Alive, dan ceritanya walaupun LEBIH LUAS lanskapnya, ternampak KECIL kalau dibandingkan dengan catan warna Dead Alive yang epikal. Tetapi filem ini menyeronokkan dalam kebodohannya (semacam Zombi Kampung Pisang?). Pasangan kumpulan benci makan daging cuba membunuh kambing, atau memakan daging arnab, tuan ladang kambing menjadi kambing lalu pelirnya dimakan oleh kambing (uggghhh! Betul, tak potong!) dan berbaldi-baldi darah (walaupun ada yang dipotong) sudah membuat aku terbuai-buai dan berdekah ketawa, walaupun beberapa babak yang terlalu 'silly' dalam filem ini menggoncang keintelektuan aku.


Sebuah babak yang tidak boleh dilupai, dalam keseraman, si perempuan 'enviromentalist - spiritualist - vege eater' tampak takut akan sesuatu dalam sebuah rumah kampung, lalu dengan saspens mengeluarkan dialog ini, "Feng shui rumah ni teruk!"

The Invasion (2007)
Kadang-kadang, bila kita menonton banyak filem Nicole Kidman, kita akn sedar Nicole semacam ada hala tuju semacam yang tampak sama. Ini boleh dipecahkan kepada Nicole pra Tom Cruise dan pasca Tom Cruise. Aku dapati, Nicole SELEPAS Tom Cruise banyak membicarakan watak seorang wanita yang boleh berdiri (dan cuba berdiri) tidak dibayangi oleh sang suami, atau lelakinya tidak boleh diharap (sebagai bekas Cruise) dan paling penting, "See, I move on!"

The Hours memaparkan Nicole yang sedikit 'eccentric' dan sudah menetapkan takdir hidupnya walau sebaik manapun suaminya. Dalam Bewitched, Nicole mahu memaparkan seorang perempuan yang boleh kembali kuat walaupun sang suami 'pelakon'nya sudah tidak meminatinya (satira pada perkahwinannya yang Hollywood Sweethearts?). Dalam Stepford Wives, Nicole yang self-obsessed + perfectionist terpaksa memberi muka terhadap permintaan suaminya, walaupun dia lebih rasional dari suaminya.

Dan kali ini, dalam filem ini Nicole yang 'diceraikan' (oh oh, ada pelakon lebih muda yang jadi isteri muda pada bekas suaminya!) oleh suaminya cuba melawan segala DOMINASI kelakian abad 21 yang suaminya buat supaya dia dan anaknya dapat hidup aman dan damai.

Apakah Nicole sudah jadi klise? Filem ini membentuk beberapa agenda FS yang hebat, malah aku suka. N. Cartwright yang menjadi survivor terakhir dalam filem kedua franchais filem ini (the best version so far) ada dalam filem ini sebagai pesakit yang sedar ada sesuatu yang tak kena dengan suaminya (berkait dengan watak anti-hero dalam filem pertama yang ada buat cameo dalam filem kedua bila dilanggar oleh Cartwright).

Ada beberapa babak ngeri yang humanis yang dibuat dengan baik sekali dalam filem ini. Ini berlaku pada awal dan pertengahan filem. Paling baik, seorang wanita tua mendapati suaminya baru balik. Dan suaminya yang sudah hilang emosinya bertanya, sanggupkah dia bersama dengannya. Isterinya dengan penuh emosional memeluk suaminya dan mengatakan dia tidak akan dipisahkan oleh suaminya, lalu suaminya memanggil 'geng' untuk masuk ke dalam rumah. Aduh, cantik betul.

Kesemua ni cantik, sehinggalah pengarah filem ini membawa kita ke sebuah pengkahiran yang bagi aku terlalu dibuat-buat dan 'abrupt' untuk menghantar mesej anti perangnya (mesej yang sangat-sangat tak kena, malah segalanya yang perlu dikaitkan sudah jadi salah). Mesej "apakah tidak akan berubah manusiawi ini dari berperang sesama sendiri?" punya mesej yang kuat dan penuh kesan, tetapi TIDAK KENA dengan filem ini. Ia lebih semacam parodi, daripada menjadi filem yang betul-betul boleh membuka persoalan itu (bagi aku, babak seks lwn. perang dalam The People vs. Larry Flynt lebih kuat dan kena). Maaf Nicole, Cruise dah kahwin. Boleh tak anda, "move one?"


Knocked Up(2007)
Aku suka filem ini. Aku suka suka suka filem ni. Aku suka filem ni sebab filem ni jujur dalam memperkatakan tentang apa kata lelaki dan apa kata perempuan tentang cinta, seks dan perkahwinan (dan tambahan: anak, keluarga). Sebuah filem yang patut dijadikan 'companion' kepada When Harry Met Sally. Ada beberapa babak dalam filem ini yang 'sure' akan jadi klasik. Aku dha begitu takut kalau-kalau ini sebuah lagi klon "farelli's brother". Tapi tak, ia pandai, matang dan oh best, PAUL RUDD pun ada. Sebuah filem yang aku takkan bosan menonton dengan cewek lagi sekali dan lagi sekali. The defintive date movie of this year.