Showing posts with label KAMI. Show all posts
Showing posts with label KAMI. Show all posts

15 August 2008

Pratonton: K-A-M-I



Grand Brilliance and Redfilms Sdn Bhd
dengan sukacitanya menjemput

Teman-teman Bloggers
…………………………………………………………………………
ke Majlis Pra Tonton & Sidang Media “KAMI”
pada
26 Ogos 20008
2.00pm di Cathay Cineplex, Level 2 & 2M, Cineleisure Damansara

27 September 2007

KAMI siri drama baru menarik


Sudah lama tak menonton TV. Sekarang ini aku begitu sibuk sehinggakan cerita yang aku tonton di TV hanyalah koleksi Battlestar Galactica yang abang aku perkenalkan (dan dipaksa oleh Vovin membelinya) serta Rome Season 2. Aku tidak ada masa dengan pelbagai drama TV lain yang sibuk beberapa kawan aku kata, "Kau tak tengok?"


Semalam Vovin goda aku untuk tonton KAMI di 8TV, 10pm (aku tak pegi terawih). Verdict? Menarik. Ada beberapa kekurangan tetapi keseluruhannya menarik. Semacam gaya sebuah drama siri urban anak muda baharu, ada 'rawness', ada semangat, ada wit dan paling aku suka, drama ini dibuat oleh anak-anak muda! Ya, orang-orang baru dalam industri ini!


Cerita-ceritanya senang. Cerita budak-budak sekolah menengah (dengan pelbagai masalah dan isu) yang cun dan lawa, yang suka pergi gig, pergi kedai buku, lepak kat umah buat kerja sendiri, masuk internet layan chat, dengar ipod dan pelbagai lagi perkara 'mundane' (tetapi tidak terlalu terjerumus kepada sentimentaliti seperti beberapa drama Inggeris 90-an yang agak 'blue' dan lembap dan 'slow pace' dan boring) yang dibuat oleh remaja sekarang. Warnanya pun 'biasa', tiada warna-warni Gol & Gincu (tetapi cantik). Pacingnya pun (walaupun ada yang agak lembap) laju.


Tema utama cerita ialah 'kawan' dan rasa 'berharga' bersama 'sesama sendiri', baik keluarga hingga ke kawan, hingga bila seorang. Dialog-dialognya 'real' malah lakonannya sangat bagus kerana para pelakon muda ini tidak 'overdo' ekspresi mereka. Rasa macam tengok Reality Bites tetapi 'less drama' dan 'less plastic'.


Ada beberapa babak yang memerlukan pelakon utamanya menggunakan HP Nokia baru dengan pelbagai adegan (kadangkala ini menjengkelkan). Tetapi pengarah dan penulis skrip drama ini pandai dalam menyalutinya dengan FUNGSI. Fungsi untuk cerita, serta fungsi untuk mengembangkan 'falsafah' drama ini. Malah aku tertarik dengan idea fungsi falsafah 'handphone' dalam drama ini yang lebih berjaya menyampaikan mesej 'teknologi dengan budaya remaja' dari filem PULSE. Ini yang mungkin 'real' sebenarnya menyedihkan (kalau dilihat secara keseluruhan) dan menakutkan apa yang berlaku terhadap para remaja sekarang. Dependency mereka terhadap bahan teknologi (di sini PC dan HP) sangat tinggi, sampai kita merasakan tanpa teknologi, anak muda sekarang lesu dan jadi 'vegetable'. Semua perkara- emosi, komunikasi, ekspresi, suara, semua ini sudah ditakrifkan oleh teknologi. Maka kerana itu, bila kita lihat pelakon utamanya duduk di atas atap, secara 'subtle', kita faham bahawa itu adalah ruang paling AMAN untuk remaja itu sekarang (deattach from the real environment). Tetapi paling baik, semua perkara 'subtle' ini dibiarkan berlalu seperti air lalu, atau seperti eddvedder kata- "Selamba". Ini menyebabkan drama ini mencapai 'high point', malah memalukan beberapa drama bersiri korea, Amerika dan Indonesia yang sangat 'plastik' (semalam aku tengok Heroes Season 2 ep. 1. Lihat babak dialog adik-beradik latino tu. Bukan saja Heroes satu soap opera untuk peminat komik, tetapi kita faham 'homage' yang dilakukan Tim Kring dengan soap opera Latin- dialog adik-beradik itu SUNGGUH SUPERFICIAL. Kalau aku terjemahkan ke bahasa Melayu, dialog itu semacam : "Jangan takut adikku, abang akan membantumu setiap masa, Oh...". Nasib baik plotnya hebat dan ada Claire, bapak dia dan Hiro...).


Kudos untuk drama terbaru ini. Siapa kata drama kita tak best? Ini adalah sebuah drama yang aku akan sentiasa tontoni.


"Malu-malu, tak maju!"