Ulasan perca:
Man of Steel(2013): Dengan skrip David Goyer dan bantuan Nolan, Snyder yang kita kenal suka sangat mendedahkan dada pelakon jantannya di sini memberi satu intepretasi epik yang ada momen-momen klasik, serius, namun bercelaru pada bahagian akhir. OK, aku tak suka versi Bryan Singer, namun versi ni, sebagai peminat besar versi Christopher Reeve tidaklah menghampakan, lebih-lebih lagi dengan sifat Jeneral Zed yang "bukan jahat" dalam buku moralnya, serta terdapat banyak unsur Nietzsche dalam pemaknaan "patriotik" Amerikana sebagai "kuasa dunia", oh di situlah makna "Ubermensch" tercipta kan? Kau peduli apa kan? Apa-apa pun aku suka dengan mitos kepada makna "Dewa turun dari kayangan" filem ini, walaupun, hey, afasal macam Hancock dan Chronicles lagi boleh ingat?"
Aku tonton filem ini kali kedua, hanya kerana aku nak tonton Diane Lane sekali lagi. Oh ya, aku ni peminat besar Diane Lane.
Jangan terkejut kalau aku kata, walaupun Star Trek: Into The Darkness bagus, aku menguap dan tertidur di tengah-tengah pada tontonan kedua (nak merasa Imaxnya).
Aku tonton filem Superman versi baharu ini (versi 2D, sebelumnya versi biasa) dan aku, aku sebenarnya teruja.
Aku baru sedar apa yang aku terlepas.
Memang, masa awal-awal aku tonton (rujuk ulasan perca di atas), aku tak berapa layan dan malah terasa cold terhadap gaya aksi pukul-pukul Battlestar Galaticca bahagian kedua filem ni. Itu yang aku terbayang, "Eh Transformers ketemu Hancock dan Chronicles?" Aku gerenti, ramai skeptik pun akan mengatakan mereka terasa "banyaknya aksi, tumpat sangat".
Apabila menonton kali kedua, barulah aku dapat susun (OK, ya, aku lambat pick up gaya-gaya baharu ni! Cikai betul!) emosi dan aksi yang berlaku dan terasa dengan "Bibicle impact" yang ingin disampaikan. Walaupun Superman tak buat dua perkara, tiup angin biar api padam (sebab dia baru belajar kan?) dan tolong masyarakat "Help me Superman!" secara ramai ala-ala terbang dan bawak mereka ke tempat selamat. Dan ya, kali ni Superman mengerang dan meraung, alahai, yang itu aku tak boleh tahan (Ye lah, yelah, dah lama simpan sexual repression tu kot, janji dapat cium Lois Lane tu pun dah berahi kan? Aku rasa janggal juga babak Superman tiba-tiba batuk, serius iklan Strepsils terpampang dalam khayalan aku).
Aku suka Superman ni sebab kita seakan-akan sama-sama "membesar" melihat dia membangun diri, mempelajari cara dia mengawal kuasanya secara hakiki dan rohani (Waaaaaahhh), malah dia pun kadnag-kadang tersasul dan tersalah kira, dia nampak lebih "manusia" walaupun dia kurang charming daripada Christopher Reeves. Aku tarik balik kutuk Henry Cavill kayu sangat. Henry boleh tahan bagus. Come on. Dia macam Rusell Crowe cakap, "Dia akan jadi Tuhan untuk mereka." Dewa turun dari kayangan yang ingin menggunakan kuasanya, ingin melakukan yang baik-baik, ditahan, dan bila diberi ruang, belajar sedikit demi sedikit untuk menggunakannya untuk kebaikan. Dan seperti seorang outsider geek, dapat kepercayaan seorang Lois Lane pun dah cukup baik. Kejanggalan yang aku rasa Superman bercium dengan Lois jadi tak janggal kali keduanya.
Aku teringat singkapan Nazim Masnawi dalam Peripeteia Tragedi Yunani tentang Endhiran (aku masih larger than life, eskapis realiti yang diperlukan sekali-sekala. Aku menyedari itu kerana apabila kita menonton Man Of Steel, filem ini bukan sahaja cuba melihat gerak falsafah dan psikologi Superman dekad ini dengan pelbagai sinikal dan analisa, melihat falsafah Nietzsche, pragmatik Amerikana, pancaroba pengganas, dan "mendewakan" (ini paparan paling menarik untuk David S. Goyer bangunkan selepas ini) Superman dengan meletakkan Superman sebelah motif Jesus Christ, Superman melepas tangan ala-ala salib, dan Superman apabila membantu seorang askar dari jatuh, runut bunyi nyanyian koir gereja melambung (baca: saviour) dan seorang Kristian dari Kansas akan menyedari, "Oh anak tuhan sudah datang! Amen!"
tak suka filem tu), tentang semangat filem-filem
Filem ini juga digerakkan secara operatik. Emosi dalam filem ini amat menayangkan semangat opera (ya, yang nyanyi-nyanyi panjang tu), segalanya tersusun seperti sebuah opera (angkasa) yang agung. Emosi disingkapkan dengan setiap detik besar yang berlaku, setiap tragedi, setiap pilihan yang dilakukan. Dialognya susunan kata "besar-besar". Laungan jadi balada panjang menghibakan, menyampaikan suara hati terdalam tentang takdir dan qada qadar, tema-tema biasa dalam opera. Kerana itu Superman melaung akhirnya di dalam muzium (bayangkan, kalau sang soprano di situ), "menyanyikan" sugul dia untuk memahamkan bangsanya tentang keindahan kemanusiaan dan pilihan dia memilih kemanusiaan, dan ini juga disampaikan dengan kefahaman filem larger than life Kollywood di atas. Dan ini bagi aku, menjadi.
Memanglah hal begini merupakan citarasa masing-masing (a matter of taste). Tetapi bagi aku, David, Nolan dan Snyder sudah faham sangat dengan konsep dan sebab akibat. Seperti yang Umyra Awani nyatakan, ya benar, filem ini memang amat padat, setiap satu imejannya tidak ada yang terlewah. Kerana itu dalam babak-babak dramanya, kita memahaminya cepat, dan dalam babak-babak aksinya, "logika" yang ditanamkan begitu cukup, kita boleh terlepas jika kita leka tanpa memberi tumpuan.
Kali ini juga, aku rasa penghormatan benar-benar diberikan pada sayap Superman. Sayapnya membawa makna yang amat kukuh (rujuk apa yang berlaku dengan sayap Jeneral Zod pada akhirnya) tentang pendirian dan maruah, yang juga merujuk gaya pemakaian pegawai tinggi dunia Rom. Kita bercakap fasal dewa-dewa Yunani yang turun dari kayangan berperang di bumi, yang juga wujud dalam hikayat lama kita. Rujuk teater bangsawan kita bagaimana dewa-dewa dibayangkan. Ini sebelum kedatangan filem lagi. Kau akan terkejut.
Kali kedua menontonnya, aku juga jatuh cinta dengan lagu Hans Zimmernya. Ingatkan aku cari CDnya nanti.
Ini jawapan terkini Amerika melawan "kejahatan dunia" yang nampaknya boleh dikongsi oleh masyarakat dunia, walaupun dia tak sunat, tinggal di Kansas, dan bercakap bahasa Inggeris.