Baru-baru ini kita kedengaran dengan isu kehadiran gerombolan pembikin anak muda dikecam oleh beberapa pengarah lama. Aku memang tidak berapa setuju dengan beberapa poin yang dikemukakan. Paling merbahaya, pengarah tersebut menilai "kesempurnaan" sesebuah filem tempatan melalui jumlah jualan kutipan tiket (bermakna, jika filem itu tidak laku, filem itu buruk atas tidak mengikut selera masyarakat "umum"). Hal ini amat merbahaya kerana kebagusan sesebuah filem tidak boleh dinilai atas dasar "komersial", "art-house", atau "pujaan ramai". Filem itu "bagus" atau "tidak bagus", itu sahaja, sama ada mengikuti penakrifan bahasa filem tahun-bertahun (seperti Azharul Azmir nyatakan, "80 tahun Sinema Malaysia-Melayu!") atau "melawan" takrif lazim bahasa filem tersebut. Terpulang, dan hal ini pun menarik untuk dikupas/nilai/ulas/kritik.
Namun begitu, aku juga terjengkel sementara apabila ada sesebuah filem sebegini datang ke pawagam kita.
Serius, jiwa aku, tidur dan hidup, ingin melihat wayang tempatan kita berjaya. Aku "langgar" semua jenis filem kita, (OK, aku tak seteruna dahulu, aku memilih sekarang), aku bayar tiket semahu-mahunya "membantu" filem kita sekurang-kurangnya dapat RM5 daripada sumbangan aku. Apa aku dapat, serius, apa aku dapat?
Serius, para pembikin, tolong, tolonglah hormati penonton kalian. Dua hal yang aku selalu bingit dengar. Kalau masalah masa, tolonglah para penerbit, berikan para pembikin MASA untuk membikin dan membaiki kraf mereka. Serius, give them time! Jangan gatal nak kejar masa saja sampai mutu terabai! Serius cukup-cukuplah dengan idealisme "tangkat muat" - janji cepat siap nanti tunggu tayangan. Kejadah? Tu Mi Maggi je boleh bagi. Kau ingat orang macam Asrulhisyam Ahmad tu kelip-kelip dalam 30 hari boleh jadi macam Robert Rodriguez mengarah El Maricahi?
Kedua, tolong-tolonglah tambah perbelanjaan, WALAUPUN KAU TAHU FILEM KAU akan lingkup di pasaran. Aku tonton Pee Mak dari Thailand, dan serius aku serius malulah dengan kelompok filem kotemporari kita tahun ini. Dah lah dengan tidak pernah berlakunya usahasama kuat (rujuk mana-mana filem Hindustan, Korea Selatan dan Thailand, berapa gerabak syarikat penerbit yang bikin satu-satu filem), persatuan bergerak entah apa-apa, isu royalti sampai kiamat tak selesai, persatuan takde sepakat. Serius, kalau aku dah serik dan cakap "Pergi mampuslah filem Malaysia" dan mogok tonton filem luar je, siaplah, serius siaplah.
Aku tonton filem ni (dengan pujukan manja dan rayu) dengan dua kawan sastera aku. Mereka sanggup tonton ini pun kerana ada ulasan "baik" dalam Internet dan ini buku adaptasi Fixi. Serius teruja. Kami tergamam apabila dalam pawagam, hanya ada enam orang. Serius sedih.
Apabila tayangan bermula, perkara pertama yang kami sedar, suara audio filemnya macam dinaikkan tahap maksimum! Aha! Adakah ini hanya berlaku di pawagam KLCC kami tonton atau di pawagam lain? Serius, sepanjang filem berlangsung, aku terpaksa tutup sikit cuping aku nak tahan arus desibel yang memekak ke telinga aku. Eh, Pecah, ni filem ke disko/konsert? Awal-awal lagi, hal teknikal ini, aku percaya telah "merogol" telinga para penonton untuk menonton dengan "selesa". Malah aku percaya, ada dua penonton yang keluar tengah-tengah tayangan, mungkin tidak tahan dengan suara yang memekak ke gegendang mereka.
Dah lah suara galak bukan main, runut bunyinya, ya Allah, dari Plutokah?? Imejnya papar lain, lagunya entah ikut gaya filem Aziz M. Osman lama yang sekurang-kurangnya menangkap emosi (walaupun aku benci). Serius menyakitkan jiwa! Emosi penonton jadi tunggang-langgang!
Filem ini ditangani tiga orang, pengarahnya (serius Asyrul, kau tak usahlah pakai lagi nama-nama pena macam Black entah apa, cukup nama aje, bina nama kau dengan kuat, tak usah berhitam bagai!) Azril Hamzah, dan Sha Hanim Ramli adatasi novel Khairulnizam Bakeri. OK, percubaan angkat semangat rompakan (heist) itu ada. APA yang filem ini perlukan ialah GAYA (style).
Kebanyakan pengarah kita tak ada gaya. Serius tak ada gaya. Buat cukup muat, satu syot, satu take, dah, cukup, wrap-up, jom adegan lain. Filem ini merupakan citra dosa itu. Bentuknya macam menonton drama TV 80-an dengan cetusan parodi Gerak-gerak Khas sikit di sini sana. Apa poin pecah-pecah kotak imejan itu kalau kau tak dapat jaga tempo, teruja, dan takjub? Aku bayangkan, Jins Shamsuddin yang aku menyampah tu sekurang-kurangnya dapat bikin babak heist bank (dekat Ampang Park) yang nampak bergerak dalam Esok Masih Ada, dan ini 80-an wei, 80-an! Takkanlah kau tak nak upkan gayanya Asyrul oi. Kata tonton Ocean 11! Lepas tu, pemilihan pelakon dan cara syot dibikin. Entah mengapa janggal demi kejanggalan yang berlaku di layar. Siapa yang main doktor tu, serius budak dari longkang mana korang dapat? Paling jengkel, si Don ala-ala buat suara Achapan kepit lakonan Buzen Hashim, nominasi aku untuk Raspberry Malaysia kalau ada, dari awal sampai akhir, rimas nak mati! Aku faham pemilih pelakon memilihnya atas dasar "dia ni memang akan mencelakan kau", tapi serius pilihan cara lakonnya yang berjaya mencelakakan susun gerak dan feel dramatik filem ini.
Dan, Fizz Fairuz? Apa perlu kau jerit-jerit semangat ala polis dari Itali bagai ambik semangat Gerak Khas? Lame babi!
Dua sahaja pelakon yang "cuba" tapi bagi aku amat mencuba, Soffi Jikan dan Tony Eusoff, yang amat tidak dibantu oleh para pelakon yang mengelilingi mereka dan pengarahan yang terlalu lemah.
Tengok, aku tak sentuh pun lagi "cerita" filem ni. Aku baru sentuh teknik pembikinan aje ni!
Cerita. Hah! OK, "cerita" dah ada, yang tidak berapa nak adanya ialah pembangunan watak. Apa hal tiba-tiba Tony Eusoff menjerit depan cermin? Apa? Masuk-masuk tiba-tiba tibai bini, "Aku ceraikan kau!" lepas tu bagi tumbuk yang kartun dekat audiens? Walaupun (aku agak) aku tahu penzina bersama bininya ialah Ako Mustafa, mana story arc mereka? Apa ni? Apa kaitan tiba-tiba Izreen Azmida gesek-gesek bahu ala feeling-feeling dengan Tony Eusoff tiba-tiba? Serius hal ini menghampakan. Banyak lagi tapi aku dah malas nak sebut. Serius secara holistik, kau dah dapat tangkap semangat kritis sosialis, semangat kaya mintak tolong marhaen (Soffi dan kawan-kawan, dan lebih cantik bukan kalau adegan ini diperkembangkan dan bukan main muat naik satu MTV panjang bercakap dalam stor?) untuk membantai si kaya. Mainan kuasa dalam wit sepatutnya berlaku, ini kritikan politik yang sepatutnya kuat (kita, masyarakat dipermainkan oleh orang berduit dan berkuasa), namun caca merba entah apa-apa. Ada dialog macam, "Dia dah takde Dr?" bila kau seorang jururawat dan dah lama jaga orang tua. Semua ni menyakitkan, sangat menyakitkan. Bikin filem masih di kotak sifar.
Serius, para pembikin kita perlu muhasabah diri kembali. Korang buat filem untuk duit kan? Demi dapat pulangan balik kan? Boleh tak korang jangan membontot penonton yang nak bayar untuk tengok cerita korang dengan sikap dan cara pembikinan ala-ala setengah masak korang? Serius. Hal khayalan yang pengarah tua cakap tu tiba-tiba jadi kebenaran, ya, pengarah muda macam Syafiq Yusof tahu susunan montaj dan gerakan mis-en-scene, Shamsul Yusof tahu susun imej dan sudut syot untuk gerakkan teruja emosi. Belajarlah daripada mereka kalau tak boleh belajar daripada Rodriguez. Ini amaran terakhir, sebelum aku betul-betul tutup mata untuk tonton sebuah lagi filem kita.
Klasifikasi Pecah: PG-13, Ada babak kasar, bayangan seks, dan aksi ganas yang mungkin tidak sesuai bagi penonton bawah umur 13.
DITONTON DI TGV, KLCC.
