23 November 2012

Lagenda Budak Setan 2 Katerina(2012) Macam Setan

"Kita bukannya dalam zaman filem P. Ramlee, Antara Dua Darjat tu ..." - Katerina


OK, aku ni teruk sikit. Aku ni cepat menangis. Pada bahagian klimaks filem ini (bersangkutan dengan seorang bayi), aku menangis, siot.

Tetapi itu tidak bermakna filem ini berjaya dengan gemilang.

Serius filem ini kucar-kacir. Kucar-kacir (sekuel) yang mencuba.

Kelemahan Sharad untuk mengikat filem ini, dan melihat bahagian mana memerlukan mood dan tempo tertentu mungkin adalah penyebabnya. Tetapi kali ini, mengejutkan, termasuk penulis skripnya, Ahadiat Akashah dan Jujur Prananto. Kaukenal Jujur Prananto? Dialah antara penulis skrip Apa Ada Dengan Cinta? (2002), ya, dia kira "legenda" (ejaan betul DBP) dan tak mungkin melakukan kesalahan.

Tetapi inilah yang berlaku.

Aku serius ingin menyukai filem sambungan Kasyah (Farid Kamil) dengan wanita baharu, Katerina (Maya Karin, filem sebelum dilakonkan oleh Nur Fazura) selepas kematian Ayu (Lisa Surihani). Tetapi, apabila kau sedari filem dengan watak dan perwatakannya yang kebanyakannya satu dimensi ini pelik, kau mula mencurigainya. Filem melodrama ini bukan sahaja mengulangi beberapa tema sama daripada filem awal (kekasih gila suka pukul contohnya, tapi kali ini Bront memberi makna baru berkenaan GILA, dan teramatlah OTTnya dia kali ini, setiap lima saat dia nak terjerit, adakah ini diarahkan?) tetapi menampilkan sifat fatalistik dan pesimistik Ahadiat tentang dunia Kuala Lumpur yang urban: ia dipenuhi dengan manusia yang jika bukan lurus bendul, separuhnya lagi gila wang dan gila-gila (yakni psiko, siap sanggup bermain S&M dengan seorang lelaki lembut!). Inilah habuk-habuk kota, Ahadiat dan Jujur memang tidak mendidaktikan hal ini, malah jauh daripada meromantiskannya, tetapi menyusunnya seperti suatu tragedi yunani (yang hanya berlaku pada 30 minit akhir filem ini, satu per satu secara literal! Serius macam filem Tamil dulu-dulu!). Si hero dikecam dalam dunia serba mencengkam, ujian menimpa pelbagai arah. Ini yang pelik, bukankah si hero sudah merasa hidup dan peristiwa, tidakkah dia tidak sedar (alert), kenapa terlalu jujur begitu melihat dunia? Adakah ini fragmen watka yang biasa dalam mana-mana novel romantik Ahadiat? Seorang perajurit yang lurus menghadapi merana?

Aku inginkan seorang wanita yang kuat. Mengapa filem ini yang menampilkan wanita yang berjaya tetapi kalah dalam cinta, malah bendul dalam perlakuan emosinya? (tanpa usul periksa dia tiba-tiba melenting, mengurung diri) Seakan-akan wanita dalam filem ini tidak berevolusi, masih berfikiran "kekampungan" dalam pakaian modennya. Sesungguhnya hakikat ini yang perlu ditelusuri oleh pengarah/penulis skrip dengan betul-betul untuk membuat penonton percaya dengan watak wanitanya.

OK, ada dua perkara menarik yang cuba diangkat oleh pembikin, yang aku kira boleh dipuji. Pertamanya, jika dilihat filem ini secara luaran, ia menampilkan dua generasi Melayu di tengah-tengah metropolitan. Kasyah mewakili waris Melayu lama. Rumah Kasyah agam, menunjukkan kekayaan yang diwarisi oleh ibu ayah (rujuk UMNO, rujuk perjuangan politik Melayu lama, rujuk romantisme Melayu era kemerdekaan, ini diperkuatkan lagi apabila Kasyah bertutur dengan bahasa Melayu sepanjang filem) tetapi "kosong", abangnya rosak akhlak, dunianya satu keluarga disfungsi (dysfunctional) dan menunggu retak dan belah (rujuk kembali pemahaman simbolisme tadi: perjuangan orang Melayu lama kini menunggu retak belah kerana tiada sesiapa yang meyakininya lagi). 

Katerina, melihat pada namanya sahaja mewakili waris Melayu baharu pasca DEB. Keluarganya mendapat kekayaan (mungkin daripada peluh keringat sendiri?) dan pembelajaran terbaik (tak silap aku, Katerina belajar dari luar negara), dan mewakili "kekuasaan" orang Melayu zaman kini. Dengan sindir, Ahadiat seperti menyatakan, walaupun secara material Katerina dan keluarganya menunjukkan prestasi "bahagia" yang diingini oleh kebanyakan keluarga Melayu, tetapi watak Katerina itu sendiri "terseksa" dengan pelbagai pengalamannya di kota, menampilkan makna "duit tidak dapat membeli kehidupan yang senang".

Ah, maka dua dunia berbeza ini bertemu di sebuah kafe. Ini perkara menarik yang kedua. Dengan jelas, Katerina mencintai Kasyah. Mereka mahu "berkahwin" (menyatukan dua dunia ini). Kasyah ragu-ragu kerana dunia Katerina berbeza. Katerina dengan jelas menyatakan: "Kita tak hidup dalam filem P. Ramlee lagi." Ada dua makna yang menarik berlaku. Pertama, kata-kata itu menampilkan keberanian Sharad dan kru, menyatakan: "Kita kena keluar daripada penyanjungan filem P. Ramlee, kita kena move on, fikir dan buat filem-filem baru." Kedua, adalah hajat tulus Katerina dengan sikap terbukanya bahawa "perkahwinan berbeza latar sosial tak berlaku lagi di sini."

Ah, kemudian berlaku ironi! Double irony! (spoiler!): Katerina "dihalang" kahwin oleh orang tuanya (dengan cara yang amat kejam dan mengejutkan, jauh daripada sisi moral dan siuman insan) lalu menafikan hajat/doa Katerina tersebut. Keduanya, filem ini "tidak berjaya" sepenuhnya "keluar" daripada kehebatan bayang-bayang filem P. Ramlee (yang lebih terkawal dan terikat cantik).

Semuanya kerana beberapa hal. Ada satu babak yang amat panjang, lewah yang berlaku di Bhutan tanpa apa-apa implikasi dramatik mahupun motif dalam plot (amat kecil sebenarnya, walaupun caranya menarik dan seakan-akan fantasi). Kemudian kereta serong yang tiba-tiba muncul, kematian Ning Baizura yang tidak ada polis pun menyiasat, wajah bersolek atas katil hospital walaupun nazak, hal-hal ini sudah tentu tidak akan dibuat oleh P. Ramlee. 3/4 awal filem ini melemaskan, malah mati, temponya terlalu lambat. Bila tiba masa "drama" berlaku, ia berlaku macam tembakan mesingan, tembak tembak tembak tanpa berhenti. Ini sesuatu yang amat canggung walaupun mungkin beginilah yang ditulis oleh Ahadiat dalam novelnya.

Sinematografinya OK dengan tidak terlalu eksperimental. Aku suka runut bunyinya, dan lagu Ning Baizura itu indah. Lakonan para pelakon agak OK, hanya skripnya tidak memberi ruang buat mereka "membesar". Aku benci Bront dalam filem ini, menjerit setiap lima saat, melakonkan watak yang all out psycho yang out of touch. Que Haidar lebih baik daripada Bront dari segi ini. Si awek Azri Iskandar pula entah apa-apa bila "high", dia kena belajar daripada Fasha Sandha dalam Anak Halal. Hanya babak dia nak keluarkan anak yang menjadi. Maya Karin? Hmmph.. Masalahnya, kita sudah menyayangi Nur Fazura. Apabila Maya menggantikannya, aku tidak tahu, walaupun dia mencuba yang terbaik, watak itu sepatutnya dalam tangan Fazura. Farid kali ini lebih terkawal malah baik, dan tahu masa-masa emosinya. Aku benci babak tiba-tiba Lana Nordin mengaku bersalah. Lakonan paling baik adalah bayi yang berlakon sebagai Athirah. SERIUS. Banyak momen bayi itu yang pelakon dewasanya pun kalah.

Pada akhir filem, ia memaparkan "sambungan ketiga" filem ini, WAH, macam Back to the Future pulak! Filem ini berjaya buat aku menangis, tetapi ia tetap membuat aku rasa jengkel. Aku harap itu tidak berlaku pada bahagian ketiganya.

Klasifikasi: 13, Beberapa babak dewasa yang mencadangkan seks dan homoseks yang mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak. 

DITONTON DI GSC Pavilion.

10 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Aku nampak Benci Bront dan terus tak nak tengok cerita ni walaupun aku menunggu lama nak tengok Que Haidar berlakon.

Anonymous said...

terima kasih atas review anda... ya..agak sukar utk menerima perubahan watak.. sepatutnya maya karin harus berlakon dr yg LBS pertama lagi supaya 'mood' tu xlari. tp dr mutu lakonn fazura dlm genre emosi, rasanya dia tidak sebagus maya dlm menyampaikan emosi dan melontarkn dialognya kecuali dalam babak2 ceria dan menggoda ya fazura adalah terbaik. jd masalah di sini bukan kerana diganti fazura, tp kerana maya tidak duduk dlm watak itu dr yg pertama.

Anonymous said...

ramai wanita urban yg bodoh dlm percintaan....xhairanlah ada watak mcm Katerina ni dlm dunia realiti kerana sememangnya wanita urban bnyk mmbuta tuli.

Anonymous said...

yang penting, masyuk. ya dak, aidil kapel?

Anonymous said...

Bro, kalau tak silap pelakon tu Azri Iskandar bukan Azhar Iskandar..

Dan sememangnya Katerina pasti akan tampil berbeza di tangan Fazura. She is perfect for that character sebagaimana yang dilihat dalam LBS1.

suriatengah said...

sama mcm ombak rindu.bnyk kritikan. sana sini xkene dan annoying. tp masih ada yg buatkan org bertaut dan igt filem tu. OR masih fenomena dan diiktiraf di mata penonton walaupun xjauh pergi dalam anugerah-anugerah. org akan tgk filem LBS2 dari banyak sisi. kepada yang fanatik fazura, pasti akan digali sehabis baik apa-apa yg bisa di-kondem. dan kepada fanatik maya karin, pastinya filem ini akan di sukai seadanya. kepada yang menyukai ceritanya, mereka pasti sukakan ceritanya dan cabarannya. filem bergenre berat dan emosi bukan mudah. seperti juga ombak rindu, rasanya gabungan beberapa elemen dalam filem ini boleh mencetuskan fenomena yang sama. ini termasuk gabungan pelakonnya (farid-maya-bront), kuaiti pembikinananya (xsetaraf filem mig), runut bunyi (yg menyentuh perasaan). LBS2 lebih 'dewasa' dan tolonglah jgn dibandingkan dgn LBS1. sekali lagi sama seperti ombak rindu..kedewasaan LBS2 dan ombak rindu buatkan org boleh dan akan sukakannya kerana tiada cintan cintun budak sekolah yg sememangnya annoying. banyak kelemahan tapi itu tidak menjanjikan kutipan yg rendah. kesimpulan dari aku...dengan izin Tuhan, LBS2 dapat pergi sejauh ombak rindu.

fadz said...

Ya, terletaklah atas bahu masing2. Ahadiat ramai peminatnya dan sememangnya eloklah sang peminatnya menyokongnya, saya suka semangat ini kerana inilah yang membuat filem adaptasi novel boleh bergerak, dan suatu hari nanti, mungkin novel2 yg lebih baik akan diambil, seperti Ramlee Awg Mursheed contohnya.

Fasla Azri tu saya dah bah, hahaha, sori!

Tapi ya, kenapa perlu bergerak mcm siri drama bila anda boleh buat "filem"? LBS byk kesalahan tetapi ia kelihatan seperti filem, begitu juga dengan Ombak Rindu (secara peliknya, saya suka yg itu).. kali ini, kita nampak, sepertimana siri Twilight ditulis, melemparkan gaya siri drama dalam layar besar..

Ajami Hashim said...

my rev @ rotikaya.com huhu! sila klik byk kali yer! haha!

http://www.rotikaya.com/filem-minggu-ini-lagenda-budak-setan-2/

Anonymous said...

ade orang kata filem ni masyuk.. hehe.. tapi rasanya tak boleh dapat 10 juta macam ombak rindu.. sharad pulak serius kata filem no 2 ni bakal dapat 20 juta.. in dreamss..

mimpi..mimpi.. mimpi..

Azza said...

Cite nie x best..coz xdpt sambung feeling Fazura as katerina dr 1st LBS bile digantikan ngan Maya. Not touching anymore.. i need Fazura!