Yeap, kau pun tahukan aku suka genre apokalips. Dan Khairulnajmi Fikri (Ya Allah, panjangnya nak sebut, patutlah kau dipanggil Jiman eh?), pelajar ASWARA belajar filem telah menghasilkan sesuatu. Whooaah!
Dia letak di komen dan mohon aku ulas. OK, aku ulaslah.
Ada suatu imej yang indah (yang sepatutnya diberi skop syot yang lebih luas) berlaku sewaktu si Nasrani dan si Islam, berdiri sebelah-menyebelah sedang membaca doa untuk arwah yang sudah tertanam. Imej itu mengingatkan aku dengan imej kubur Nasrani, Islam dan agama lain yang aku tulis (dan dipotong rasanya) dalam novel pascaapokalips aku, Saga Horizon, huhu. Jadi dejavu pula seketika (kalaulah novel itu difilemkan, hahaha).
Hasil amatur ini amat menarik dalam pemilihan lokasi dan secara keseluruhan, seni pengarahannya baik. Kostum menarik, rasa bangunan usang dengan batu kerikil kena dengan syot luas awan menggeruh, indah. Rasa "perang" itu timbul dengan pengenalan bacaan berita di awal filpen. Ada dua kesalahan yang bagi aku tidak patut dilakukan, dan ini berkenaan dengan keyakinan (believability) babak itu. Apabila tiga orang musuh yang jelas-jelas ada tengah padang memasuki tempat musuh, tak mungkin mereka boleh berdiri sahaja tanpa merasa "bahaya" (tak mungkin mereka tidak merasai ada perangkap yang menunggu). Rujuk The Raid bagaimana hal ini dibikin, atau mana-mana filem perang pun, termasuk The English Patient! Mereka bertiga amat-amat "sitting duck" kepada musuh, boleh berdiri dengan lama sambil bercakap-cakap (rujuk filem perang, selalunya askar bila mahu menyerbu atau bercakap, mereka bercakap "di sebalik" dinding atau tempat tidak terlihat musuh, menghendap, curi tengok dan baru bergerak, filem Warhorse pun menggunakan kaedah ini) maka sebenarnya si sinper dan kawannya itu boleh terus "habiskan" tiga orang itu sekali gus (dengan siap boleh merancang menembak tiga sasaran berlainan kerana ruang bangunan itu milik mereka) lalu filem boleh selesai awal. Inilah mainan ruang dan keberkesanannya dalam menjaga logiknya dalam mis en scene.
Kedua, adalah stand off si Islam dan Kristian dengan satu syot statik (yang kononnya ingin menampilkan berdiri sama adil dan betul), mendepani dan bertentang bersama-sama. Banyak syot diperlukan sebenarnya dan dialog sebelumnya amat melemahkan, malah melanggar logika "seteru" yang ditampilkan. We don't talk in front of our enemies at war. Itu fakta mana-mana peperangan.
Sebagai kesatuan idea, pengarah ini memberi sesuatu yang menarik, tetapi perlu perancangan aksi dan kareografi serta syot yang lebih terkawal, membina dan "menembak". Aku baru menonton V/H/S yang dilakukan oleh budak-budak amatur dan filem tipikal "terjumpa fotaj video" itu sendiri memahami logik ruang dan syot terhadap sebab-akibat dan gerakan watak untuk menggerakkan cerita, khusus filpen yang pertama (awek dari neraka itu). Lihat bagaimana ia tersusun dan memberi "kepercayaan" kepada penonton.
Semangat manusiawi (walaupun laju) amat menarik dalam filem ini (dan sekali lagi aku teringat novel aku). Ada satu babak, si lelaki kata dia akhirnya menemui seseorang sambil memegang budak tu. Serius aku ingatkan budak tu anak ikan dia (hahaha, aku melawak je), tetapi percubaan ini, dalam semangat peperangan (menyoal peperangan dengan semangat manusiawi) itu bolehlah dipuji.
Suatu percubaan yang menarik dan melanggar genre biasa filpen pelajar. Habislah Mamat Khalid ada seteru (atau teman, mungkin).
8 comments:
cuba lihat ini https://www.youtube.com/watch?v=dJx75XHl4V4
Tidak disangkal mereka punya inisiatif dan mencuba walau pun agak ambitious. Cuba lihat ini pula...
https://www.youtube.com/watch?v=dJx75XHl4V4
si pengarah masih lagi mengikat dirinya dengan 'nilai-nilai murni' yang dipelajari disekolahnya. tidak pasti sama ada perkara ini disedari atau dibawah sedar si pembikin.
mari kita bandingkan dengan yang ini.. http://www.youtube.com/watch?v=GeF-tDhGtvI
Penchinta Ruang Gelap.
first!
Salam semua, saya Jiman Najmi, pengarah filpen ni.
Terima kasih kat fadz kerana sudi review (dengan tidak memberi 'markah' yang begitu teruk, haha), at least dapat exposure sikit.
Mengenai dua kesalahan yang difikirkan fadz sbg x patut dilakukan tu sebenarnya dah byk kali dibincangkan sebelum ni di bhgian komen youtube.
Pertama, askar Islam MEMANG kena berada di tengah2 padang utk cari sudut yg tepat utk dptkan tanda X mcm dlm kunci peta. Kapten Taufiq mula2 lagi dah diberitahu oleh 'Kolonel'nya (yg sebenarnya ialah Kapten Charles in disguise) yg tempat tu selamat dan musuh masih lagi jauh (walaupun mendekati). So they let their guard down.
Kedua, utk babak shot statik yg panjang tu memang kami ada amik byk angle, tapi sengaja kami buat long take untuk beri ruang 'berehat' (yg sebelumnya asyik fast cut). Feedback byk kata bosan (haha!), so InsyaAllah dalam director's cut nanti saya akan masukkan balik shot2 yg lain tu.
Dan saya rasa tak ada masalah mereka berbincang secara bersemuka, sebab mereka tahu askar lain semuanya dah terkorban, so there's no more imminent danger. Tambahan pula 'mercy' yg ditunjukkan Kapten Charles (kerana x tembak Kapten Taufiq eventhough he had the chance) memang membawa curiousity dlm diri Kapten Taufiq seterusnya membawa kpd confrontation.
Macam2manapun review fadz membuka mata saya kepada pandangan baru, and I really appreciate it for that.
Hari tu ada lepak minum dengan En Hassan Muthalib, ktorg ada gak ckp pasal fadz. :)
Kpd AdaRasa, saya pun minat filpen Connected tu! salah satu reference awal utk Tanah Mati!
Kpd Pechinta Ruang Gelap, memang saya pegang pada 'nilai-nilai murni' utk lihat semua umat manusia bersatu. It may be innocent and naive, but with all that's going on with this world today, I think we could use a little 'innocence'. :)
Salahudin pun ada bersemuka dengan Macha Richard kot.
Anon,
baca riwayat Saladin. Saladin bertemu Richard pun dgn "berlakon"/menyamar sebelum mereka betul2 menjadi "kawan" selepas itu dalam peperangan.
Post a Comment