Entri ini buat Zubin,
Aku mengambil masa untuk menulis tentang Wayang kerana maaf, aku takut, kemungkinan, tidak ada apa-apa yang baik yang ingin aku perkatakan tentang filem "korporat UiTM" ini. Malah sampai sekarang, aku masih dalam keadaan berpinar untuk memahami "kebenaran" teks-subteks yang disampaikan oleh Pak Hassan Muthalib tentang Wayang (boleh dibaca dalam Dewan Sastera Januari 2009), adakah garapan Pak Hassan itu satu kebenaran atau sindiran terhadap bikinan sutradara berijazah doktorat ini? Jadi, kemungkinan, aku cari jalan "tengah".
Sebenarnya ada yang cantik tentang Wayang, dan ini berlaku pada saat akhir filem ini (spoiler:), waktu klimaks sewaktu Awang Lah (lakonan sederhana-senyap Eman Manan) tiba-tiba diserang angin ahmar lalu rebah di tengah panggung, meninggal. Awi (lakonan memberangsangkan Zul Huzaimy) dan Melor meratap, malah kesemua anak buah Awang Lah meratap sedih pemergian Awang Lah. Tetapi layar putih tetap menebarkan Rama dan Sita, penonton masih menunggu untuk cerita disimpulkan, tidak "sedar" pun bahawa kecemasan yang berlaku di balik layar. Yang mereka nampak hanya keterangan superfisial "bayang" (wayang) yang disampaikan (untuk mereka), tidak peduli (atau tidak akan diberi tahu) pun tentang apa yang berlaku dibalik tabir. Hatta memaparkan realiti bukan sahaja tentang orang main wayang kulit, tetapi seni apa-apa pun di tanah Melayu atau dunia ini. Dalam dramaturgi, orang hanya akan menelan emosi pelakon di pentas, dan tidak akan dapat merasai pedih getir persediaan pelakon sebelum pementasan. Ini realitinya.
Dalam perkara dunia "berlapis" ini, kebenaran ini mutlak, dan dipaparkan dalam ruang. Tetapi hal inilah yang tidak dikupas dengan baik oleh Hatta. Jika kita sudah sangat diberi intimasi akan Awang Lah serta perjuangannya, kenapa kita diabaikan dengan lapisan dunia yang mahu dihiburkannya? Lapisan dunia yang kadang-kadang menandai dunia kapitalis, dunia masyarakat biasa (pentas itu semacam memaparkan mereka yang membikin wayang adalah golongan "atas" atau "dewa", melaksanakan satu pergerakan-aksi untuk mengalun atau meminta penonton "di bawah" mengikut aturan emosinya) dan dunia "dungu" kepada kreatif/pandai/dominan/cantik pentas/wayang kulit. Ataupun dunia "kacau" balik tabir pada dunia "harmoni" atau terjaga depan penonton. Kenapa perbandingan ini tidak berlaku atau susah mahu dilihat ditandakan dengan baik? Sila rujuk Moulin Rogue!(2001), Ibu Mertuaku(1962) atau Man Laksa(2006) sebagai paparan penanda "kebenaran" antara balik pentas dan depan pentas yang lebih lunak. Ibu Mertuaku paling senang contohnya, Kassim Selamat merintih menyanyi "Jeritan Batinku" tetapi kita tidak dapat melihat EMOSInya kerana beliau berkaca mata hitam (dimatikan emosi benarnya) tetapi suara dan liriknya saja jadi "bukti" seksa itu. Lagu itu sampai pada penonton. Wajah penonton semuanya SENYUM (mereka tidak menangkap "seksa batin" Kassim). Hanya Sarimah sahaja yang "memahami" kerana Sarimah walaupun di tempat duduk penonton, Sarimah pernah "di belakang tabir" Kassim, malah berkongsi dunia Kassim.
Ruang-ruang inilah yang penting untuk dimainkan oleh Hatta dan aku betul-betul mahu mencarinya dan mendefinisikannya dengan konkrit, tetapi ada saja halangannya dalam erti kata membaca sinema.
Bukannya pembahagian atau permainan masa dan ruang ini tidak ada dalam Wayang, ada. Cerita ini sebenarnya berpecah kepada tiga ruang yang diwakili oleh pembawaan watak. Ruang pertama ialah ruang intimasi-eksposisi Awang Lah. Ini berlingkung dalam persekitaran Awang Lah, tempat beradu bersama isterinya. Sebenarnya, kalau dilihat dengan teliti, Awang Lah tidak pernah diberi masa dan ruang untuk "menyendiri" dalam ruangannya. Ada sahaja yang dipenuhi "watak" atau patung wayang kulit. Awang Lah dipaparkan bukan manusia "seorang" tetapi kepunyaan "semua", Awang Lah ialah tokoh kepunyaan masyarakatnya, "a communal man". Kemudian kita lihat dunia Awi yang sangat sendiri tetapi luas. Malah tempat tidurnya di bengkel buat wayang kulit yang tidak ada dinding. Tetapi ruang lingkupnya luas tidak ada sempadan, tetapi Awi "bebas" untuk sendiri dan menyendiri oleh sebab keistimewaannya. Campuran ruang dunia Awi dan Awang Lah inilah yang bertemu di panggung wayang kulit, tempat berlatih (ketua menurunkan adat kepada anak) dan tempat memaparkan persembahan kepada "penonton".
Malah, permulaan Wayang ialah di panggung ini. Di sini, berlaku "seleksi" penggerak pada dunia belakang tabir/intimasi Awang Lah dengan seleksi "wajah" mereka yang akan menggerak Awang Lah. Kita akan lihat wajah adik Awang Lah yang "cemburu". Kita akan jumpa Awi. Tapi hal inilah yang lemah. Pada awal-awal lagi, kita tidak dapat tangkap "cantik" ratib dan khusyuk Awi menyerap dunia wayang kulit Awang Lah. Hanya sewaktu di rumah anak yatim itu sahaja, kita semacam DIPERKENALKAN Awi sedangkan perhubungan ini sepatutnya dipaparkan secara awal lagi. Hal ini tidak sama dengan Melor yang mana penangkapan "obsesi" dengan ruang wayang kulit Awang Lah lebih tampak, walaupun secara psikologi atau emosi dalam bentuk sinema, kita tidak jumpa tanda itu pada Melor saat aksi itu dibuat.
Bandingkan ini saja dengan ruang yang sudah dibahagikan dengan baik dan tepat dalam Perempuan, Isteri dan ...(1993) U-Wei yang sungguh "eminent". Sofia Jane yang "terperangkap" dalam ruang rumah (tempat dia berintimasi) membara atau menarik manusia lain untuk "mengintai"nya, dan kadang-kala bercakap dengannya "di tepi jendela". Sofia Jane "dominan" atau berapi kuasa, menggerakkan gelombang manusia yang mengelilinginya seperti "fireflies" kepada lampu. Adakah hal ini sama dengan Awi dan Melor terhadap Awang Lah? Ya dan tak. Malah perhubungan ruang yang stereotaip adik Awang Lah, Jusoh (lakonan satu lapisan Wan Kenari) yang sememangnya lebih dapat dilihat obsesi voyeur dan "watak" yang di luar ruang intimasi Awang Lah serta perkembangannya.
Ada beberapa perkara lagi yang "menjatuhkan" filem ini. Runut bunyi filem ini antara yang paling menjelekkan, aku tidak dapat menangkap jika filem ini ingin melantaskan sebuah filem "seni yang berat" atau "komersial" atau kedua-duanya. Sinematografinya juga sangat menjengkelkan. Dan apa yang membuat semua ini "rosak" adalah kerana suntingannya yang tidak terjaga dengan baik. Sebenarnya buat Hatta, untuk filem keduanya, hal ini (sinematografi dan suntingan) memang tampak buruk dalam filemnya. Tetapi filem pertamanya, Mat Som boleh dimaafkan kerana itu filem pertamanya dan ada feel realisme separa di dalam filem itu. Tetapi buat Wayang, ia semacam sebuah cerekarama yang bercita-cita hendak masuk panggung (berlainan dengan produksi ingin ke vcd Haru Biru yang sememangnya sebuah "sinema"). Contoh seperti adegan membebel di tepi titi. Kenapa pilihannya di titi, sebab titi itu cantik? Banyak lokasi dalam filem ini semacam "tangkap muat" dan tidak dilihat dan dimurnikan dengan baik. Ini kelemahan sebenar Wayang.
Wayang akhirnya menunjukkan, jika anda mempunyai sekumpulan pelakon berkaliber pun, jika cerita tidak ke mana, dan terlalu banyak yang hendak diperkemaskan, kerja yang sepatutnya menarik dari segi pemahaman dunia seni, dengan mesej penurunan tradisi kepada generasi muda akan jadi sia-sia jika ia tidak disampaikan dengan pemahaman mis-en scene yang benar pada nilai wayang itu sendiri. Semahu aku mahu menyayangi Wayang, keinginan cinta aku kecundang juga sebagai sebuah filem korporat yang mediocre jika dibandingkan dengan Felda-Bilut beberapa tahun yang lalu.
17 comments:
aku suka review ini.
nak lagi ulasan filem lain.
Salam.
Menarik review ini.
Regards,
Silent reader.
fadz, ulasan ini menunjukkan awak seorang saja film critic "that matters".. i want more of ur reviews!
vit, anon, udang, thx..
Thank you Fadz, you have said mostly everything. This needs to be done. Aku dengar ada beberapa kritik lain juga, tapi aku belum baca. When I asked the team they said ada ada kiritik, yang negatif dan yang positif. I think most people still do not understand the function of criticism is to develop them. Nanti aku belanja hang bila balik KL. Tak pergi tengok Wayang kat bachok ke?
sebelum aku baca ni aku ada tengok-tengok sepintas lalu dvd wayang ni.
kemudian baru aku baca pasal sinematografi. oh, man exactly! TV series sekarang pun banyak yang lagi terel. dan soundtrack dia, huh.
Fadz,
Ulasan yang bagus. Saya nikmatinya dengan penuh semangat. Saya teruja dengan bandingan Ibu Mertuaku, ulasan itu seperti pernah saya dengar dalam kelas filem saya ketika berguru dengan Dr Anuar Norarai di UM dulu.
syabas.
Mahdi Abas
haha..
masa preview kat uitm beberapa bulan sebelum lauching dah dapat agak..
Tumpang promote...
jom tengok MIMPI adapatasi dari Shakespeare's Midsummer Nights Dream
tarikh: 3, 4 dan 5 April 2009(8.30 malam)
matinee pada 4 dan 5 April (3 petang)
Tempat: lambang Sari, Istana Budaya
Arahan: Prof Jim Connor
bayaran masuk: RM10 dan percuma buku program
lets do it.
Aku amat setuju Fadz. Aku dah menonton DVDnya.
rewannn!!!!!!!! lho, sudah lama nggak ketemu!
saat,cool!
amer, heh, yeah
mahdi,terimas,, dr, anuar masih di UM?
adib, hehe, ya,samalah kita
zubin, tq.. u open up my eyes too,im in kl now, nak jumpa?
soalan umum: selain UITM, USM, UKM, Univ Multimedia dan UM, ada universiti lain di Malaysia yg mengajar filem atau sekurang2nya meletakkan sbg ilmu bantu dlm pengajaran sains sosial? sila jawab
cuba monash dan sunway.
call me, let's meet up and talk. you should further study in film not penulisan, but continue to write your sci-fi novel. Kita kekurangan kritikus. Jom tengok mimpi dan mahsuri, anak buah namron pun ada show di ASWARA mulai malam ini, Karnival smtg. Aswara ada faculty filem, tapi saya kurang pasti film studies atau film production atau gabungan. Dr.Anuar skrang berada di Aswara, dekan film.
call me, let's meet up and talk. you should further study in film not penulisan, but continue to write your sci-fi novel. Kita kekurangan kritikus. Jom tengok mimpi dan mahsuri, anak buah namron pun ada show di ASWARA mulai malam ini, Karnival smtg. Aswara ada faculty filem, tapi saya kurang pasti film studies atau film production atau gabungan. Dr.Anuar skrang berada di Aswara, dekan film.
zubin, tq for the info.. alamak, terlambat, im back at kb.. u know wat my father said, he said, i wouldnt survive the world if i drop wat im doing now.. and i really want to say no to him, but i x have any place to go..
anon, noted..
Post a Comment