15 March 2009

Geng.. Pengembaraan Bermula(2009) Segar Dalam Kekurangannya


Pada satu babak yang cemas, Upin, Ipin dan Rajoo di atas pelepah kelapa(?) berada di tebing curam yang tinggi, mereka sudah sejengkal mahu terjunam ke bawah. Upin (atau Ipin, aku tak berapa pasti) bersemangat mahu jatuh, Ipin (atau Upin) pula di tengah-tengah sedang Rajoo, arkataip India-Malaysia dalam animasi ini memegang hujung rumput tebing supaya tidak jatuh, sambil memujuk Ipin: "Ingatlah masa depan awak!" Apa yang Ipin lakukan? Upin juga memujuk: "Cepatlah Ipin!" Lalu Ipin pun meloncat ke depan, lalu pepepah kelapa pun menjunam ke bawah!


Itulah semangat yang sememangnya tinggi dalam aspirasi, idea serta hiburan yang telah menyebabkan filem pembukaan Malaysia 2009 ini sebuah filem animasi yang sememangnya "tonton untuk percaya" keajaibannya. Malah, pada hari itu (bulan lepas waktu balik ke KL semata-mata mengejar tontonan filem ini) aku membawa adik dari Indoensia aku yang tidak gemar akan filem Melayu (kerana setakat itu, kesemua filem Melayu gagal buatnya) menontonnya. Beliau yang menyesal "mengikut" aku telah terhibur malah bergembira, menyatakan, "filem Indonesia pun belum boleh buat animasi sebaik ini".


Menolak segala patriotisme aku terhadap filem nasional, Geng ... Pengembaraan Bermula sememangnya berbaloi, baik dalam perwatakan, idea dan inovasi animasi Malaysia. Ceritanya mungkin lurus bendul (pencarian Hantu Durian di kebun durian atuk Badrol, lalu Upin dan Ipin berserta kakaknya bersama Rajoo dan Lim ikut serta dalam keseronokan bertemu makhluk ganjil bernama Opet) tetapi ciri idea dan idealismenya mutiara.


Seperti adegan cemas di atas, kita, para penonton akan terbahagi dua, separuhnya akan mengiyakan "kebenaran" Rajoo (simbolisme selamat dan cermat dalam rakyat Malaysia, atau dibayangkan dalam filem ini sebagai terlalu cermat dan melihat 'ke belakang'), separuhnya pula terhadap kegilaan dan "no holds barred" Upin dan Ipin (simbolisme semuanya serba mungkin dan berani 'melihat ke depan'), dan bila pilihan aksi Upin dan Ipin "berjaya", malah kita "melalui"nya, kita merasakan bukan sahaja seronok tetapi puas. Kita melihat kenakalan Upin dan Ipin sebagai "kecil-kecil cili padi". Kita kagum. Itulah semangat yang kental dibawa oleh filem ini. Kita tolak "tidak logik" dalam kepaka kita. Kita sedar ini sebuah "kartun". Kita memaafkan Upin dan Ipin. Kita meneruskan kecenderungan dua watak ini (kerana Upin dan Ipin yang benar-benar menggerakkan filem ini).


Semangat "menuju pelbagai sempadan" inilah yang rata-rata "tidak berani" dibikin oleh pembikin filem tempatan biasa, malah termasuk beberapa animasi tempatan yang kita tonton (ada, tetapi tidak bersemangat tinggi yang di luar kotak tetapi cukup mencuitkan dan terpelihara dalam jalan cerita seperti filem ini). Ya, ada beberapa idealisme yang aku tidak setuju, seperti muzik TV lagu blues rakyat minang yang meleret panjang, atau dua raksasa yang tidak masuk akal atau penonjolan "Sally" atau Salim sebagai penjenayah. Walaupun ini "licik" atau menggelikan hati, meletakkan sesuatu yang "camp" dalam situasi yang bilazim, tetapi sememangnya penanda ini "degrading" - melempiaskan golongan lembut/mak nyah/homoseksual sebagai "jahat", suatu kebiasaan Hollywood era 60-an (golongan lembut adalah penjijik paling jahat dalam dunia sinema aksi zaman itu).


Tetapi hal-hal kecil itu tidak begitu mengganggu, malah plot filem yang bergerak semacam satu pengembaraan Secret Five berserta Alice in Wonderland tidak menghampakan. Malah penanda dua raksasa berlawan itu pun (walaupun kedengaran Ultraman) menandakan filem ini cuba mengikat subliminasi dunia "luar" yang dekat dengan tanah ini, iaitu dunia fantastik yang sentiasa dibayangkan dalam hikayat-hikayat lama tempatan (Garoda, Jentayu, Duyung, Barongan, Gergasi, Gedembai) yang memberi pengaruh terhadap manusia zaman itu (walaupun kekuatannya terhadap plot lebih bersifat E.T. kembali ke dunianya daripada kaitan dunia Princess Manonoke). Paling mengejutkan, walaupun pada awalnya sedikit celaru, tetapi membawa sekumpulan watak yang banyak (ensemble cast), skrip dan pengarah sekurang-kurangnya mengimbangkan watak dan perwatakan antara semua watak utama, walaupun mereka berkumpulan, masing-masing mempunyai fungsi dan emosinya, dan ini satu pencapaian.


Filem animasi ini sangat baik untuk keluarga. Kemungkinan ada anak-anak yang tidak begitu menggemari beberapa babak seram dalam gua (kita akan teringat akan LOTR: Two Towers, malah ada dua adegan yang dibikin sebagai tribute terhadap LOTR) yang menakutkan (ramai kanak-kanak menangis dalam pawagam, menunjukkan babak-babak ini efektif dalam membina "nightmare" buat kanak-kanak - menarik akan hal ini, filem sebegini akan ditanda PG di barat, tetapi di Malaysia, filem sebegini diberi klasifikasi U), tetapi perkara yang lain, filem ini menyeronokkan.

3 comments:

Anonymous said...

Geng tidak ada referensinya, jauh sekali merenung formaliti. Geng berjiwa bebas, tidak ada akar yang bertaut, Geng adalah karya duplikasi batin. Geng tidak boleh disentuh oleh sentuhan formaliti dan teori. Geng adalah aktiviti aktiviti ganas roh muda yang lembut gemalainya bermain cahaya lalu dikamarkan pada ruang sinema. Itulah implikasinya Geng, sebuah catatan perjalanan keranda duka seorang perakam gambar. Sesekali Geng ini membawa aku pada sketsa sketsa nostalgia yang tidak keterlaluan yang sedikit sebanyak menceriterakan tentang pelukis muda yang pernah berada di alam mimpi, seorang seni. Terimakasih, Jaja, Hatta Azam, Soffi, Norfazlina dan yang terlibat. Tahniah. Geng adalah noir seni dan seni itu adalah bebas dalam Geng ini. Tahniah, Geng bebas dari ugutan formaliti kerana mempunyai tunjang maya.

fadz said...

denying the obvious borrowed scene would be pure pretentious.. yes, it doesnt matter hell wat the creator creates, its the fun that matters in this small film, but u can never refuse references. It's typical cinema and theres nothing wrong with it.

i'm shin... i'm inesen said...

shin rasa.. kalo adegan nyanyi ramai ramai tu kalo xde pun xpe.. lagu nya kurang sedap.. huhuhu

pastu.. naper awal kemunculan Kak Ros nampak macam 'gedik' ( masa nak jual kuih ).. tp selepas tu.. dia garang x bersebab.. kalo garang ngan adik adik dia leh la di terima.. ni ngan orang lain.. nampak mcm kurang ada sopan sebagai pompuan kampong..

ending cite tu lak.. orang jahat x kena tangkap pon..huhuhu

apapon shin sgt suka cite ni.. suka suka suka