15 December 2008

Selamat Tinggal Micheal Crichton


Micheal Crichton buatku ialah perujuk utama dalam filem, dan sudah tentu dalam dunia fiksyen sains. Antara kebanyakan pengarah filem yang aku sayangi, Micheal Crichton terletak antara yang aku letak dalam bulatan yang aku sentiasa rujuk. Kedatangan Crichton terhadap perubahan dunia Hollywood memang relevan, waktu wujudnya filem "blockbuster" atau filem "musim panas" dan filem-filem yang memberi tempat supaya cerita-cerita baru berefek memasuki pembikinan filem. Crichton lain daripada Spielberg. Kalau Spielberg membawa tandatangan "common man", surburbia yang hidup (realiti dalam sebuah rumah, tanpa perlu menaikkan tekanan dramanya), dan kemanusiaan/kehidupan dalam efek khasnya (E.T., Close Encounters, Jaws), Crichton membawa atau meneruskan polemiknya dan bencinya terhadap teknologi maju, teknologi sejuk, tiada kemanusiaan dan superfisial (Andromeda Strain, Westworld).


Manusia dipaksa berlari mengejar waktu kerana teknologi, kerana teknologi mengejarnya, membunuhnya (Andromeda Strain, Westworld, Runaway, Looker, The Terminal Man, Jurassic Park, Sphere). Coma merupakan filem ngeri yang terbaik pada 70-an, tidak ramai yang tahu, diarah oleh Crichton diadaptasi daripada novel perubatan-ngeri Robin Cook. Semuanya merupakan/menyampaikan elemen tinggi Crichton: pelarian, teknologi yang mengurangkan jiwa kemanusiaan, kegelapan teknologi atas sebab manusia jua serta pelarian di antara koridor, satu elemen neo-tekno yang akan diikuti sehingga sekarang (termasuk Minority Report). Malah, beberapa filem kejar-mengejar dan penyiasatan menemui teknologi jahanam (techno terror) ini merujuk Coma. Baik Disturbing Behaviour, The Island , Virtuosity atau Minority Report. Tetapi Crichton sudah melakukannya dengan baik sekali. Semua orang akan teringat bagaimana tali-tali halus yang menggantung manusia (kebergantungan manusia kepada teknologi) itu bergerak sewaktu protagonis melarikan diri daripada penjahat, sebegitu perasaan "di benang halus" yang berjaya Crichton sampaikan - risiko menyetujui teknologi seperti membawa manusia melalui jurang luas yang perlu kita seimbang di atas seutas benang halus.


Dunia Crichton sudah banyak mengubah aku, baik tempo dan gaya lajunya dalam filem-filem anti sainsnya. Juga novel-nolvenya yang banyak memaparkan fakta kebenaran di atas muka kemanusiaan. Crichton juga banyak memberi pencerahan akan idea-idea sains terkini, ideanya diperlukan buat polemik memastikan sains dijaga dengan suburnya (cth: arwah menolak idea makhluk asing). Malah Crichton menyayangi Malaysia, dua kali arwah pernah menulisnya, satu dalam buku pengembaraannya, Travels, dan kedua di dalam novel ngeri-ekologi, State of Fear.


Ini adalah salam takziah buat seorang penulis/pengarah filem yang memberi kita sesuatu untuk diingati.


15 comments:

Nazim Masnawi said...

To quote Jim Bond: I thought one less global warming denier and bad writer in the world would be a good thing.

Anonymous said...

Aku tidak pernah membaca karyanya. Perlukah aku memulakan?

???

Anonymous said...

Aku tidak pernah membaca karyanya. Perlukah aku memulakan?

???

fadz said...

Nazim, :p

mudin, cuba novel The Andromeda Strain untuk melihat kehebatannya.

Anonymous said...

Fadz, terima kasih atas saranan. Nanti aku cari.

Anonymous said...

fadz, sorry off topic aku komen ni.

ada buku free utk dibagik.
sila terjah blog.
buku hantu. tak tau le kalau mu dah adooo

zulazahari said...

Aku tak pernah tonton filem Coma, aku akan cuba cari, thanx bro.

Amer Yusof said...

bro!

sy ada wat list 16 filem melayu/nusantara hebat 2008..kot2 ada nak kutuk, meh ler masuk blog saya..

lagi stu bro, jgn peduli apa org nk kata ttg komentar u, aku baca okay je...diorang jaki le tu..teruskan bro!

Edd Vedder said...

aku tak pasti samada astro sedang membuat tribute utk Crichton atau tidak.. tapi selama aku MC hari Isnin dan Selasa, channel movie Astro sedang tayangkan Rising Sun, Disclosure & Timeline pada waktu petang.

Crichton menyayangi Malaysia, dua kali arwah pernah menulisnya, ..

- juga dlm Disclosure.

Anonymous said...

Deen, i got it, btw, thx :)

zul, cool!

Amer, okies! thx!

Edd, thx, aku tak pernah tahu ttg Disclosure! :)

Anonymous said...

Pose gambar michael crichton dengan gambar profil ko lebih kurang sama. pandai ko pilih (atau mungkin ko dah perasan haha). Ironinya dia mati, dan ko pulak laptop kena curi.

fadz said...

spiral, tq.. it's fate...

ArchiTecTurA said...

Aku masih tunggu State of Fear untuk difilemkan. Ada babak2 yang berlaku di Malaysia. Rasanya novel tu saje yang tak difilemkan lagi kot kalau tak silap aku. Michael Crichton adalah legacy.

Maizura Mohd Ederis said...

Dulu, masa muda-muda dulu, baru-baru nak mula menulis novel dan skrip, Michael Crichton memang salah seorang sumber inspirasi dan motivasi buat saya. Namun, bila usia semakin meningkat, saya mula memandang kepada sumber inspirasi yang lain. Namun, apabila Astro channel 412 menayangkan Disclossure baru-baru ini, saya kembali teringat pada Michael Crichton. Dan saya mula search internet utk mengetahui tentang tokoh yang pernah saya pandang suatu ketika dahulu. Dan saya menemui blog sdr Fadz.

fadz said...

sketchinta, same here, teruja utk lihat Malaysia dalam peta Hollywood.

Maizura, ya, Crichton idola yg hilang...