Tak, alasan sebenarnya ialah aku malas dan tak ada abiliti nak menulis skrip filem, ya aku mengaku aku bodoh menulis skrip melainkan ianya filem separa lucah, hoho:
Sumber: Filemkita Yahoogroups (aku pun plagiat gak dari emel grup itu, hehehe)
Surat 1 oleh Alexander Ibrahim:
Hello kawan-kawan di Filem Kita,
> > Baru-baru ini saya telah terbaca bahawa Yasmin Ahmad telah 'menyindir' David Teo berkenaan dengan cadangan filem baru syarikat Metrowealth yang dikatakan wujud persamaan idea dengan filem Muallaf. Walaupun David Teo menafikannya, kita harus melihat beberapa perkara.
> > Persoalannya sekarang, adakah segala apa yang ingin dibincangkan di bawah ini secara kebetulan atau David Teo dan orang kuatnya Pierre Andre serta Ahmad Idham memang pernah melakukan plagiat sama ada secara langsung atau tidak langsung atau menciplak idea orang?
> > > Jika kita teliti, sebelum ini juga wujud secara kebetulan mungkin? cerita atau konsep yang sama antara filem Mukhsin dan Tentang Bulan. Malah ketika ura-ura Shamsul Yusof hendak menerbitkan filem Drift, anak buah David Teo iaitu Ahmad Idham dengan pantas telah menerbit dan mengarahkan Impak Maksima. Dari segi idea, sebenarnya Shamsul Yusof telah mengembar-gemburkan idea tersebut terlebih dahulu dan barulah diikuti Ahmad Idham. Namun kepantasan bekerja menyebabkan Evolusi KL Drift seolah-olah mengambil idea Impak Maksima (Kedua-duanya pun bukan original). Malah dikatakan skrip Brainscan21 juga diangkat dan diubahsuai dari sebuah filem animasi hollywood lain.
> > Baru-baru ini juga kita dikejutkan bahawa Pierre Andre muncul dengan filem seram baru Jangan Tegur di mana beliau mengakui bahawa ia merupakan skrip filem seramnya yang kedua selepas Jangan Pandang Belakang. Akhirnya terbukti skrip tersebut juga merupakan skrip orang lain.
> > Malah saya pernah mendengar ini bukan kali pertama Pierre Andre melakukannya. Saya pernah mendapat tahu ada pihak mendakwa idea dan konsep asal skrip jangan pandang belakang juga telah diambil daripada sebuah skrip yang pernah dihantar oleh seorang pelajar kepada Metrowealth. Kecekapan Ahmad Idham, Pierre dan David Teo mengubah skrip tersebut menyebabkan tindakan undang-undang tidak dapat dilakukan oleh penulis skrip terbabit.
> > Sekali lagi, adakah semua ini secara kebetulan? Adakah ini perkembangan yang sihat dalam industri filem? Bagaimana nasib penulis skrip di Malaysia. Segala penat lelah telah dirampas oleh lanun besar industri. Persatuan penulis skrip Malaysia harus mengambilberat hal ini.
> > Minta pandangan kawan-kawan di filem kita berkaitan dengan isu plagiat ini. Terima kasih
> > Alex
Surat 2 oleh http://zainikosnin.blogspot.com:
Hi & Salam
Isu plagiat ini adalah satu isu yang tidak pernah selesai... Orang yang suka memplagiat ini adalah orang yang tidak bijak. Ini kerana mereka tidak dianugerahkan oleh Tuhan otak yang bijak. Oleh kerana kelembapan otak mereka berada di tahap maksimum, ini telah menyebabkan mereka tidak boleh berfikiran kreatif untuk menghasilkan karya yang baik.
Oleh yang demikian, NAFSU mereka menginginkan mereka menjadi seperti orang yang genius macam tuan-tuan semua, ini telah menjadikan mereka bertindak melakukan satu jenayah iaitu MENCURI karya orang lain...
Mereka rasa mereka bijak, tetapi sebijak mana mereka semuanya? Apa yang mereka boleh buat? Berbangga dan bermegah dengan hasil pemikiran orang lain dengan mengaku karya itu mereka punya? Jika itu yang mereka lakukan, sebenarnya mereka itu memang manusia yang TIDAK TAHU MALU...
Pandai di dalam bidang melakukan KEJAHATAN itu bukanlah orang yang bijak... tetapi sebenarnya mereka adalah orang yang tidak tahu menggunakan OTAK. Buat malu saja... Malulah dengan diri sendiri, dengan TUHAN, dengan masyarakat, dengan isteri dan anak-anak... BERDOSANYA mereka ini memberi isteri dan anak-anak mereka dari sumber rezeki yang HARAM...
Di dalam buku Syd Field yang bertajuk Screenplay (kalau tak silap saya) ada cara bagaimana kita boleh melindungi hak penulisan kita. Saya pernah berbincang dengan seorang Peguam berkenaan dengan kaedah tersebut, dan beliau menasihati saya supaya melakukan perkara-perkara tersebut.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut.
Selesai mencetak hasil karya kita, buat satu surat akuan yang menyatakan bahawa karya tersebut adalah karya kita. Buat dua salinan surat. Perlu ingat bahawa surat akuan tersebut haruslah menyediakan ruang di bahagian bawah untuk ditandatangani oleh PESURUHJAYA SUMPAH.
Kemudian bawa karya/skrip dan surat akuan tersebut berjumpa dengan PESURUHJAYA SUMPAH. Minta PESURUHJAYA SUMPAH menandatangani dan cop kedua-dua surat akuan tersebut, dan juga di atas muka depan skrip tersebut. JANGAN LUPA TULIS TARIKH PENGAKUAN DAN PENGESAHAN PESURUHJAYA SUMPAH.
Kemudian masukkan skrip tersebut ke dalam sampul surat bersama dengan SALAH SATU surat akuan tersebut. Satu lagi surat akuan kita simpan. Tulis NAMA & ALAMAT SENDIRI di atas sampul surat tersebut.
Langkah berikutnya adalah pergi ke pejabat pos dan kemudian ambil borang POS LAJU dan pos skrip tersebut kepada diri kita sendiri dengan menggunakan POS LAJU. Simpan resit penghantaran pos itu. Apa yang kita mahukan ialah bukti pengeposan pada resit pos tersebut seperti TARIKH & MASA.
Apabila skrip itu sampai kepada kita melalui pos, JANGAN BUKA SAMPUL tersebut. Simpan ia di dalam keadaan tidak terbuka dan jagalah baik-baik...
Jangan sesekali cuba-cuba buka sampul surat itu. Selepas semua ini selesai, barulah kita berurusan dengan produser dan pengarah atau sesiapa saja.
Inilah langkah-langkah yang saya gunakan untuk melindungi karya saya walau sekecil mana pun karya itu. Jangan bagi orang lain curi fikiran kita... Semoga kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t... Amin... Salam

Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
Surat 3 oleh Zairul Anuar:
Merujuk kepada akhbar Sinar Harian dan persoalan yang dikemukakan. Antara hujah Pierre Andre :
Saya tak nak cakap yang perkara ini kebetulan, tetapi mungkin ‘miracle’. Soal tajuk yang sama itu, saya dah dapatkan penjelasan dari peguam saya yang perkataan ‘Jangan Tegur’ itu adalah milik masyarakat dan sesiapa sahaja berhak menggunakannya. Kalaulah ceritanya sama barulah orang boleh ambil tindakan. Pada saya, cerita ini memang tak sama dan ada kelainannya. Saya dah baca sinopsis skrip yang ditulis Fairuz dalam internet, apa yang saya tahu ceritanya lebih pada hantu dan pocong, tetapi saya pula bermain dengan iblis dan syaitan. Isu plagiat dan mendakwa secara terus terang bahawa seseorang yang terkenal seperti Pierre Andre (P.A) dan Ahmad Idham dan David Teo melakukan plagiat adalah sesuatu yang serius. Keberanian Fairuz untuk terus mempertahankan haknya harus dipuji. Saya akui keberanian saya agak lambat tapi biar ia dikongsi bersama.
Saya telah mengalami nasib yang sama seperti Fairuz, apabila saya mendapati treatment skrip lengkap dengan scene yang pernah saya hantar kepada David Teo mempunyai beberapa persamaan dengan filem Jangan Pandang Belakang. Malah saya telah membincangkan masalah ini dalam filem kita sebelum filem tersebut ditayangkan di pawagam. Sebagai penulis skrip, apabila saya terbaca dalam akhbar rancangan David Teo ingin menerbitkan filem seram dan terbaca sinopsisnya, gerak hati saya dengan kuat menyatakan bahawa ia mempunyai sedikit persamaan dengan treatment yang saya hantar. Sama seperti Fairuz, nama watak utama Darma dan Seri memang digunakan dalam skrip saya. Mungkin satu kebetulan dua nama dalam JBP sama dengan watak dalam skrip saya. Mungkin betul kata PA bahawa ia 'Miracle'. Tapi kalau sudah berlaku kerap kali ia bukan satu miracle lagi. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Bagi menguatkan hati saya, saya terus mencari trailer JPB (ketika itu JBP belum ditayangkan lagi). Sekali lagi, setelah menonton trailer di pawagam, gerak hati saya memberitahu bahawa watak Mak Mah dan PA dalam JPB mempunyai persamaan dengan watak ciptaan saya. Ternyata ia benar. Setelah menonton filem tersebut di pawagam, saya mendapati watak Mak Mah mempunyai persamaan dengan watak ciptaan saya. Jika dalam JPB Mak Mah merupakan nenek yang nyanyuk dan dapat melihat cucunya P.A datang (pulang ke kampung) bersama dengan hantu atau saka. Dalam skrip saya watak Mak Mah sama dengan Usin Gila. Di mana ketika hero (Hisham) pulang ke kampung, Usin Gila menyedari bahawa ada sesuatu yang mendampingi Hisham. Malah Hisham menjadi semakin tidak keruan hari demi hari setelah kematian Datuknya. Dalam JBP, Darma semakin tidak keruan selepas kematian tunangnya. Bagi saya 2 bukti ini sudah cukup untuk menguatkan bahawa sekurang-kurangnya skrip saya telah dibaca dan idea atau konsepnya telahdiambil oleh Metrowealth. (Untuk pengetahuan Darma dalam skrip saya adalah bapa kepada hero (Hisham) Manakala Seri pula ialah heroin kepada hero)Saya juga mendapati terdapat beberapa persamaan scene. Antaranya dalam satu scene selepas menziarahi rumah tunangnya yang telah mati iaitu ketika Darma menghampiri kenderaan, tiba-tiba dia tertinggal kunci kenderaannya dan kembali semula ke rumah. Dalam skrip saya, Hisham yang ingin memasuki kenderaan tiba-tiba teringatkan begnya yang tertinggal di bilik. Ketika mendapatkan begnya di bilik tiba-tiba ada sesuatu yang menganggunya. Dan beberapa scene lagi yang saya rasa telah diubahsuai daripada scene-scene saya. Dalam skrip saya Hisham telah kembali ke kampung selepas kematian Datuknya dalam JBP Hero (darma) juga kembali ke kampung setelah kematian tunangnya.
Saya telah berjumpa dengan rakan peguam saya, beliau menyatakan sukar di ambil tindakan kerana tiada bukti saya pernah menghantar skrip saya kepada David Teo. Saya menghantar skrip tersebut atas dasar kepercayaan bahawa orang yang mempunyai nama besar tidak akan melakukan perbuatan seumpama itu.Satu lagi perubahan-perubahan yang dilakukan dalam JBP mungkin menyukarkan usaha tersebut. paling ketara skrip saya berlatarbelakangkan zaman 50-an, JBP moden. Malah saya percaya jika saya membawa kes ini ke mahkamah, ia akan berpanjangan dan mungkin saya akan disaman semula sedangkan saya tidak ada bukti pernah menghantar skrip tersebut. Satu lagi saya saya juga tidak mencari rezeki dengan penulisan skrip. Cuma saya kesal bagaimana agaknya jika berlaku kepada penulis lain seprti Fairuz.
Kesimpulannya untuk menyenangkan hati sendiri, saya menyatakan pada diri saya ia hanyalah kebetulan dan memang ia satu miracle! dan Pierre Andre memang seorang yang mempunyai kebolehan atau miracle tersebut!
Zairul Anuar
Surat 4 oleh Ajami Hashim:
mmm.. panasss!!!
fyi, saya tgh usahakan 'scriptwriter group' kpd siapa nak join di blog>> http://bicaraskrip.blogspot.com/ <http://bicaraskrip.blogspot.com/>itu saya ambik inisiatif sendiri..
jadi, siapa nak join especially mana2student atau individu yg baru nak mula, kita boleh tolong-menolongbesarkan 'networking'..
pasal isu plagiat, ciplak, ceduk, copy-paste etc tu pd pendapat saya'sukar' utk diselesaikan kalau TAK CUKUP bukti.. so, dpd kitatuduh-menuduh, baik kita pandang ke depan apa yg boleh kita buat utkelakkan dpd terjadi kat batang hidung sendiri..ni cadangan paling senang & murah
>> buat POS BERDAFTAR kpd ALAMAT dirisendiri setiap kali spec-script korang siap dan JANGAN DIBUKA sampaibila2 kecuali ada kes.. lepas tu barulah nak hantar treatment/sinopsisetc kpd mana2 produksi.. cuma!!!.. pesanan saya, sila dekati produksi ygbetul2 korang KENAL siapa mereka?.. siapa yg terima?.. apa jawatandia?.. produser eksekutif ke?.. kerani pejabat ke?.. minta name-card..kalau ada camera-phone lagi bagus snap curik2 ajer pic muka dia! (tu utkdah tahap extreme [:D] )..
sejujurnya, yg paling penting (selain skrip yg bagus giler) ialahNETWORKING!!!.. percayalah cakap aku!p/s: jangan lupa bahawasanya kat mana2 negara pun ada terma 'inspiredby..' lu pikir laa sundri! [:D]
SELAMAT MENULIS SEMUA!!!
Surat 5 oleh Meor Shariman:
salam,
Plagiat. satu isu yang cukup panas. Sebagai penulis skrip Tentang Bulan, apa yang boleh saya katakan ialah projek tersebut tak ada kena mengena dengan Mukhsin kerana ia mempunyai hjalan cerita dan latar belakang yang amat berbeza. Tetapi konsep Tentang Bulan lebih kurang sama dengan filem seperti Children of Heaven atau My Girl.
Secara terangan, apa yang boleh saya katakan ialah TIDAK ADA konsep filem yang original waktu ini. Hampir kesemua filem yang dibuat oleh Hollywood, Bollywood, Korea dan juga di Malaysia menggunakan konsep yang pernah digunapakai. Cuma, jalan cerita dan persembahannya berbeza.
Contoh paling baru ialah filem Made of Honor yang mempunyai konsep sama seperti My Best Friend's Wedding. Kung Fu Panda, sebuah animasi tetapi konsepnya hampir sama dengan filem Karate Kid satu ketika dulu.
Filem Congkak, menggunakan konsep haunted house sebagaimana filem Rahsia, Amytiville Horror dll. Impak maksima/KL drfit, menggunakan konsep serupa seperti 2 fast 2 furious yang meminjam konsep animasi jepun.
Apabila konsep yang sama digunapakai, tidak mustahil akan mempunyai persamaan dalam beberapa babak kerana penulis skrin tentunya secara tidak langsung mahu penonton 'teringat' atau bermain teka teki, tentang sesuatu babak.
Sebagai contoh, filem Apa Kata Hati, ada beberapa shot KLCC yang serupa dgn shot Empire State building dalam Sleepless in Seattle, babak makanan tercampak ada similarity dgn babak Pretty Woman manakala scene nyanyi ramai-ramai mengingatkan kita kepada scene My Best Friend's Wedding.
Pada saya, tidak salah untuk 'meminjam' scene2 tersebut asalkan ia dipersembahkan dengan idea yang berbeza.
Saya amat teruja bila membaca sebuah buku tentang P. Ramlee di mana minda saya terbuka apabila diberitahu, banyak filem2 P.Ramlee meminjam konsep filem2 popular Hollywood dan Bollywood zaman tersebut. Babak2 dalam filem2 P.Ramlee juga ada yang dipinjam dari filem2 luar zaman beliau.
Nasihat saya kepada penulis skrip baru, jika anda menghantar sinopsis atau proposal, sila simpan 'beberapa elemen' penting cerita anda. Hantar proposal secara general saja. Ini kerana, jikapun idea anda diciplak, tetapi yang bakal membezakan keberkesanan dan kekuatan skrip anda adalah 'elemen penting' yang anda simpan itu.
wasalam
meor shariman.

6 comments:
fadz..jangan la marah pnonton india tak menonton filem PENSIL ni
penonton melayu pun ramai tak menonton filem arahan malay directors sendiri gak...
hehehe heee
maybe org india tak rasa curious langsung pasal filem ni
its poorly marketed... last2 minute baru nak announced
but overall its a well executed movie..quite straightforward
and i hope the movie will win a few acting nods dalam festival filem malaysia nanti
faris
Isu hakcipta ini saya fikir tidak akan selesai selagi penulis sendiri tidak punya kesedaran dalam pengetahuan undang2 ... Agak sukar untuk ambil tindakan terhadap syarikat2 besar ni kecuali ada bukti yang kukuh, kalau tidak nanti hakim akan kata takda prima facie kes.
"Saya dah baca sinopsis skrip yang ditulis Fairuz dalam internet, apa yang saya tahu ceritanya lebih pada hantu dan pocong, tetapi saya pula bermain dengan iblis dan syaitan."
Aku suka betul bila diorang ni buat perbandingan secara harfiah. Someone should go forward like, "Tapi nama hero cerita saya Abu Bakar Atan, nama hero dia Kamaruddin Mape."
i will sue you coz ceduk my comment from filemkita!!!.. bulih cegitu?.. kekekekek..
bro, dolu2 kan ada skrip pilem ko yg separa porno terpampau tuh?.. alahhhh! boleh di-komersial-kan!..kan? kan? kan?
p/s: jom laa aku bg 'keahlian istimewa' pd kau dlm Scriptwriter Group yg aku buat tuh!.. mau?
faris, aku tetap marah, kalau tgk pun,a ku yg tak thau filem tu muncul boleh sanggup buang masa dan duit aku utk tengok, mengapa mereka juga tak boleh?
fssf, ya betul!
nazim, hahah..
ajami, u want to sue me? aghhh, takuts.. group ni buat apa je?
Uhh terpanggil saya untuk memberi comment dalam issue ni. Sebagai seorang yang pernah berkerja di syarikat yang dikatakan suka 'menciplak' tu, apa yang boleh saya katakan jika hari ini press conference dibuat & org besarnya mengumumkan akan membuat filem itu dan ini, sebenarnya script filem itu dan ini pun belum ditulis, jadi balaci penulis skrip akan menjadi mereka2 yang tidak tidur malam untuk membuat skrip filem itu dan ini dalam tempoh yang singkat. Mind to tell you all yang script ditulis tiada draft kedua dan ketiga, hanya satu draft saja dan terus on sebab 'mengejar masa' katanya.
Rakan penulis saya disana pernah diajar oleh bos besar disana untuk memperbanyakkan menonton filem2 korea & taiwan supaya senang idea2 dari situ diceduk dan disadurkan menjadi filem2 melayu. Jika diperhatikan, filem2 cinta mereka banyak diceduk bulat2 dari filem2 korea dan taiwan. mengenai hasil karya yang diciplak daripada penulis2 luar, apa yang boleh saya katakan, saya tidak terperanjat. Sepanjang saya berkerja disana, bos besar ada menawarkan seorang pelajar praktikal untuk menulis skrip filem untuk mereka, sebuah filem yang lain daripada yang lain. tetapi apabila pelajar ini tidak boleh diperbodohkan oleh mereka,terus saja perancangan untuk menerbitkan filem dari skrip pelajar itu dibatalkan TETAPI secara dia mereka mengambil idea pelajar itu dan diubah watak & plot cerita tersebut.
Sebagai bekas pekerja disitu, apa yang boleh saya katakan, saya amat malu dengan etika mereka dalam pembikinan filem. Apabila menyentuh hasil karya Pierre Andre, mungkin ceritanya tercetus daripada idea yang beliau baca dari sesuatu, untuk mengatakan dia memplagiat skrip penulis lain amat sukar untuk saya katakan, tetapi apa yang boleh saya katakan, hasil2 karyanya banyak diceduk dari filem2 luar yang hanya diubah sedikit.
Bagi pendapat saya, penulis2 kita ramai yang tidak tahu hak2 mereka. Dan disebabkan itu, kebanyakkan mereka tewas ditangan seorang mogul yang boleh melakukan apa sahaja dengan pantas dan licik hanya kerana beliau mempunyai kuasa & kedudukan. Nasihat saya kepada penulis2 diluar sana, berhati2 lah apabila berurusan dengan syarikat penerbitan ini.
Post a Comment