Filem ni sedang menggelegak, ya, dikatakan antara filem terbaik dan terbesar India tahun ini. Aku sudah lama menyukai filem-filem Kamal Hassan (masa aku sekolah menengah, ada minah ni minat kat aku sebab dia cakap muka aku cam Kamal Hassan, punyalah bengkerk aku, tapi selepas tu, aku mula cari filem-filem Kamal Hassan), dan kali ini, Kamal Hassan akan berlakon 10 buah watak dalam sebuah filem berdurasi 166minit! Di BTS Jumaat lepas, penuh kerusi pawagam ni kerana kawan-kawan Tamil kita pergi serbu pawagam (filem Pensil, hasil berjiwa besar anak buah mereka tak dipandang langsung, ironik betul, sapa kata golongan Melayu saja yang tak patriotik), sampai sol-out semua tiket. Beberapa kawan India aku yang nak pegi tengok malam tu ternganga (ingatkan sampai awal) bila dapat tahu tiket dah habis waktu petang lagi. Gila ke tak gila tu? Dan malam ni, aku akan pegi menonton, huhu, bestnya!
pautan: http://en.wikipedia.org/wiki/Kamal_Haasan
pautan: http://en.wikipedia.org/wiki/Kamal_Haasan
9 comments:
Kawan India aku dah pergi tengok Jumaat lalu, katanya tak besh sangat!
Baik lagi Sivaji the boss, katanya.
slm mudin, aku tak caya sangat dgn pendapat penonton india, sebab kadang2 depa sendiri tak boleh memahami estetika mereka (cth: cubalah kau cakap fasal kama sutra depan deme, nak kena pelempang adalah nanti).. cth seperti Hey Ram di mana kebanyakan kawan2 pompuan india aku tak suka, sedangkan filem tu antara filem terbaik buatan India yang terjaga tema 'luar kebiasaan'nya, komersialnya serta estetikanya. Seperti filem ni, masa aku tanya ada tak sari kata Melayu/Inggeris buat filem ni, ni jawapan dia: Ada budak Cina pegi masuk tengok, bila keluar dia kata pada saya, citer ni best sangat.. dan aku baru tanya fasal sari kata! Inilah 'kuasa' filem bila dilihat daripada kaca mata orang lain.
Aku susah nak relate dengan Kamal Haasan punya flick sejak Aalavandhan (serius, stunt kejar-mengejar lompat atas belon tu aku considered paling teruk dalam sejarah even bagi standard K'wood). Tak tau apa hal, dia just seems incapable of playing human beings anymore. Karakter dia sekarang selalunya way larger than life dan too ambitious for his own good. Yeap, aku tahu filem Tamil tend to go that way, tapi we already have Rajini and Vijayakanth for that. Please, bring back the huminity that we loved so much macam yang ditunjuk dalam Nayagan or Thaayillamal Naan Illai gitu.
Aku susah nak relate dengan Kamal Haasan punya flick sejak Aalavandhan gitu (serius, scene kejar-mengejar atas belon tu aku considered stunt paling teruk dalam sejarah even bagi standard K'wood). Tak tau apa hal, dia just seems incapable of playing human beings anymore. Karakter dia sekarang selalunya way larger than life dan too ambitious for his own good. Yeap, aku tahu filem Tamil tend to go that way, tapi we already have Rajini dan Vijayakanth for that. Please, bring back the huminity that you often tunjuk dalam Nayagan or Thaayillamal Naan Illai dulu.
P/S: Aku kurang setuju bila hang cakap depa tak boleh memahami estetika mereka. At least, all-time top grossers diorang kebykan real films yang critically-acclaimed, rather than... I dunno, Sembilu 2 or Lagi-Lagi Senario macam tu.
kau ingat lagi kat aku? aku mintak maaf, aku bohong. muka kau bukan macam kamal hassan.
- minah yang dulu bilang muka kau macam kamal hassan
emm, actually nazim is right in certain ways, thats wat i felt about this new Kamal Hassan flick.. zaman Nayagan (mana aku nak dapat?) bukan tulisan dia tapi Mani Ratnam.. but Hey Ram actually is smtg to me in terms of estethic values and theme, mmg sesuatu yg luar dugaan.. most indians didnt like it becoz of the contrevertial sex scenes.. ini mmg perangai kamal, sebab dia 'liberal aitheist', melawan budaya konservatif India.
berat sarat firasat ttg ni...
Tergelak pulak aku bila baca muka kau mcm Kamal Hassan. Nasib baik bukan Rajinikanth. Deshummmm...(lompat dari tingkat 4 flat DBKL)
coffee, berat eh? minum kopi.. sedap
anon, ya, its very TRUE.. ada minah ni kata cam tu masa aku sek menengah dulu!
Post a Comment