28 April 2008

Filem Yang Betul-Betul Aku Tunggu!

Em, Aliya, errr, ingat saya ya :P


Ayat-Ayat Cinta(2008) Formulaik Berimpak



Nota-nota kecil:

1. Terima kasih kepada Encik Shamsul daripada TNS kerana sudi menjemput saya menonton filem ini. Terima kasih kepada Maihida kerana sanggup memandu.

2. Selepas menonton filem ini, saya mula membuka novel ini yang sudah lama terperap di rak buku. Maaf Faisal, novel anda terpaksa tunggu giliran lagi kerana saya sudah kena PENANGAN filem ini.

3. Saya jatuh cinta dengan watak Rianti Cartwright sebagai Aisha dalam filem ini. Ya, saya mahu mencari isteri seperti Aisha. Aisha ialah sebaik-baik wanita Islam yang pernah ditayangkan di skrin. Tokoh-tokoh wanita Yasmin Ahmad pun kalah walaupun realitinya lebih persis. Aisha ialah idola wanita buat saya, walaupun berbentuk karikatur.

4. Ya, filem ini akan meledak di pawagam. Filem ini sekuat Titanic.


Hanya satu quote yang boleh merumuskan filem Hanung Bramantyo ini:
"Filem Ayat-ayat Cinta ialah sebuah Titanic buat Indonesia."

Ya, saya menyukai filem ini. Pertama kali dalam hidup saya, saya mengaku, ada sebuah filem yang 'mengajar'. Ayat-ayat Cinta ialah sebuah contoh yang baik, yang saya kira ia tidak boleh berlaku, dan ia sudahpun berlaku. Apa yang ia ajar? Maria (lakonan baik Carissa Puteri) menyimpulkan dalam sebuah dialog: "Menyintai dan memiliki itu adalah dua perkara yang sangat berbeza." Ya, filem ini berjaya membuatkan saya menangis hebat tiga kali.


Seperti mana komersial dan senangnya manipulasi emotif yang dilakukan oleh Titanic(1997), sebegitulah yang berlaku terhadap emosi saya dalam filem ini.Pada mulanya saya memang pesimis akan novel serta filem ini. Adik saya yang menguja saya, mengatakan filemnya mungkin bukan filem yang 100% baik tetapi memang wajib ditonton, lebih-lebih lagi buat anak-anak kota yang dahaga seks luar nikah dan sudah tidak kenal akan adab dan tingkah laku baik. Saya mengejek adik saya, mengatakan, "Mana ada dalam dunia ni sebuah filem yang mengajar ..." Baik, mungkin filem ini tidak mungkin dapat merubah tingkah laku penontonnya, tetapi sekurang-kurangnya 'adab' yang dipaparkan benar-benar membuka mata sesiapa yang menontonnya, kerana ia disampaikan dengan sangat halus. Beginilah kalau mahu membikin sebuah filem agama/dakwah dan beginilah kalau mahu menulis novel agama/dakwah.
Ada dua perkara yang saya tidak suka akan filem ini:
1. Meletakkan cogan "Daripada novel bestseller ..." adalah promosi murahan (mungkin kena dengan kekampungan penonton Indonesia dan Malaysia, tetapi bukan orang luar), dan sedikit sebanyak satu paparan angkuh. Malah, saya begitu pesimis dan 'menyampah' kerana paparan cogan ini pada awal kredit filem. Semacam ia terlalu mengaku, benar, filem ini begitu bagus, kami meletakkan cogan ini.

2. Saya benci dengan runut bunyi filem ini. Sangat synthesizer, sangat organ. Sintetik dan kadang-kadang keterlaluan. Memang patut ada orang yang melabel filem ini semacam sebuah filem hindustan. Antara kelemahan filem ini.
Sebenarnya, kekuatan filem ini terletak pada dua perkara: novel Habib Shirazy dan adaptasi kukuh Ginatri S. Noer, Salman Aristo dan Hanung sendiri. Filem-filem adaptasi perlu mempunyai satu misi: bagaimana mengambil intipati atau roh sebuah novel dan melancarkannya di dalam bentuk imej dan suara, lalu dengan imej dan suara itu dapat menarik para penonton untuk membaca novel yang difilemkan itu. Misi ini dicapai oleh Hanung Bramantyo.

Sebenarnya, secara pengarahan, filem ini senang mengambil jalan 'Hallmark/Walt Disney' dalam menggerakkan cerita dan kadang-kala, lebih-lebih lagi pada awal filem ini, ia sedikit kelam-kabut dalam melakukan 'establishing characters' (atau pembinaan wataknya tidak 'real' dan tampak satu sisi. Sebenarnya jika kita tonton Titanic atau Pearl Habour, penggayaan ini sama). Malah saya merasai ada formulaik Yusof Haslam sedikit pada awal filem (dengan dialog satu-satu dan pelukisan watak yang sangat satu sisi. Cara Hanung memperkenalkan empat watak wanita yang akan 'menyentuh' watak pelajar Al-Azhar, Fahri itu sangat dangkal dan kelihatan satu sisi). Malah, bicara Indonesia bercampur Arab Mesir sedikit susah untuk diterima pada awalnya (seorang Arab tiba-tiba boleh bertutur Indonesia). Ada beberapa 'perkara senang' yang diambil oleh Hanung, seperti sekejap benar Maria 'baik dari sakit dipresi' (sangat hindustan)serta kerusi roda dan jururawat yang tiba-tiba 'ada' sewaktu di laman hospital. Tetapi, setelah kita masuk ke pertengahan cerita (sewaktu Fahri berkahwin), filem ini mula bergerak laju, dengan impak dan seru yang mengikat penonton, dan baharulah ceritanya mula tampak 'interesting'.

Filem ini terpecah kepada tiga bahagian "turning point" sebenarnya, perkenalan Fahri dan 4 wanita, Fahri di mahkamah dan akhirnya pemilihan 'ikhlas' Fahri. Dalam tiga bahagian ini, bahagian kedua ialah kekuatan sebenar filem ini dan yang benar-benar menggerakkan cerita ini untuk diikuti watak-wataknya oleh penonton. Malah 'mesej' yang ingin disampaikan, disampaikan dengan baik pada bahagian kedua. Malah filem ini menjadi sebuah filem "that matters" pada bahagian kedua filem ini. Ini adalah kerana, waktu itulah Hanung mula 'menyiksa' watak-wataknya. Walaupun dikira tampak 'hindustan', penyampai wataknya menampakkan kesungguhan, kita 'menerima' kesungguhan watak-watak itu. Pembinaan 'seksa' yang dibuat oleh Hanung bergerak perlahan (mula-mulanya tentang cinta) dan kemudian bergerak dengan impak-impak yang mengejutkan, sangat besar isunya, baik dari segi agama, budaya, dan undang-undang Mesir. Sebenarnya, pergelutan 'isu' ini yang berjaya disampaikan dengan baik adalah kerana kehebatan penulis novel ini 'menyusun cerita' seakan-akan sebuah novel saspens yang setaraf Jeffery Archer. Maka, setiap 'gelut' dan seksa, terutamanya Fahri dan Aisha, sangat dirasakan. Tetapi apa yang mengejutkan, Hanung (atau Habiburahman) tidak menghentikan seksanya di situ sahaja, Hanung membuka sebuah lagi "turning point". Di bahagian ketiga inilah, membuatkan segalanya yang ada dalam Ayat-ayat Cinta ini 'matters', malah, penggayaan Hollywood-Hindustan yang dimulakan pada awal dua bahagian ini di'cantas' dengan baik pada bahagian ketiga, menjadikan filem ini sebuah filem berestetika (walaupun estetik ini lebih kepada struktur penceritaan dan bukan bentuk layarnya, warnanya dan rasanya), ber'roh' dan berjaya menyampaikan mesej dakwah tasawufnya tentang cinta sebenar.

Selalunya dalam sebuah filem, saya benci benar dengan babak 'seks' yang diselindung. Contoh terbaik ialah filem Panas lakonan Eizlan Yusof. Saya selalu percaya bahawa jika filem itu tentang seks, ia perlu dipaparkan kejujuran aksi seks itu, kerana ianya berfungsi pada cerita (sepertimana kekuatan erotis Last Tango in Paris). Di dalam Ayat-ayat Cinta, terdapat sebuah babak sewaktu Fahri berkahwin dan pada malam pertama akan menyentuh isterinya. Perasaan 'tidak menentu' dan 'menunggu' yang diselindung berjaya dipaparkan, malah babak 'selindung' dan 'malu' itu 'appropriate', walaupun ia kelihatan agak berani buat tontonan orang Iran. Inilah pertama kalinya saya menonton babak-babak 'selindung seks' yang kena pada cerita dan keseluruhan layar filemnya.
Kenapa saya katakan ia berjaya? Kerana Hanung tidak memulakan 'penutupan beradab' itu pada bahagian itu sahaja. Hanung memulakan dengan memperkenalkan watak Aisha yang berjilbab, maka matanya yang menyengat adalah misterius yang ingin dibuka oleh Fahri (juga penonton). Ada sebuah babak yang sangat baik mendefinasikan perkara ini.Pada mulanya, sewaktu Fahri akan diperkenalkan dengan Aisha sebagai isteri, Aisha akan membuka wajahnya sebagai 'simbol' kepemilikan buat Fahri. Pada babak ini, Hanung dengan 'witty' telah melindungi penonton daripada melihat wajah Aisha bila jilbabnya dibuka. Hanya Fahri sahaja yang terbungkam dan terpesona (kita ditahan daripada merasai apa yang Fahri merasai, maka kita membuak perasaan antisipasi). Perasaan 'terpesona' inilah yang ditunggu-tunggu dengan berdebar oleh penonton, lebih-lebih lagi Fahri mengutarakan kepada kawannya bahawa dia telah 'bertemu' dengan pasangannya. Pada malam pertama itulah, Fahri (dan penonton) diberi peluang melihat wajah Aisha sepenuhnya. Di sinilah kekuatan Hanung yang kedua. Hanung menggambarkan bahawa Aisha, walaupun cantik, adalah 'biasa'. Hanung juga meminimalkan perwatakan Aisha. Aisha masih 'misterius' kepada kita, masih samar-samar seperti wajah tutupnya, malah kadang-kala sebuah watak yang 'one note'. Hanya apabila Aisha dan Fahri terpaksa melibatkan dalam mahkamah (bahagian kedua), kita mula mengenali sedikit demi sedikit perwatakan Aisha. Di sinilah kepandaian Hanung dan penulis skrip berlaku. Peguam Fahri menyoal Aisha: "Adakah anda benar-benar kenal akan suamimu?" Aisha sememangnya tidak. Sebenarnya Aisha ditutup dari mengenali BAHAGIAN PERTAMA filem ini tentang Fahri sepertimana kita ditutup dengan budi sebenar Aisha yang akan berlaku pada BAHAGIAN KEDUA. Penonton mula simpati dengan Aisha, mula mengenali Aisha dalam perjalanan Aisha mengenal suaminya. Waktu ini, pembukaan wajah Aisha di balik jilbab, yang pada mulanya 'biasa' buat kita, membina kepada satu perasaan 'cinta' yang tiada selindung lagi terhadap Aisha. Inilah kecantikan Ayat-ayat Cinta.
Selepas itu, miracle demi berlaku dalam Ayat-ayat Cinta. Malah, kata-kata 'monyet' Maria yang kita tidak berapa 'berantisipasi' pada mulanya bila Maria memanggil Fahri 'Mesir'nya mula melanjutkan satu kekuatan. Ini berlaku sewaktu Maria, dalam kalbu merahnya memerhati piramid dari jauh di tingkap hospital. Di sini sahaja, kunci yang kita faham, cinta agung 'Fahri' yang ingin dimilikinya terlalu agung, ia tidak tercapai olehnya.

Rata-ratanya, lakonan dalam filem ini baik dan ada yang tidak begitu baik. Tetapi kedatangan wajah baru seperti Riantri Cartwright dan Carissa Puteri mengujakan. Lebih-lebih lagi Riantri. Watak Aisha sangat susah untuk dilakonkan kerana kita banyak mengenali Aisha di balik lirikan matanya. Tetapi Riantri memaparkan betapa manusianya Aisha di balik selindungnya itu. Malah, ada sebuah babak, sewaktu Aisha sedang solat, kita dapat lihat Aisha 'menggeletar' kerana berserah kepada tuhannya dengan amat sangat. Isi hati Aisha digambarkan dengan sangat baik oleh Riantri dalma babak-babak akhir ini. Carissa juga sebuah 'miracle' dalam Ayat-Ayat Cinta. Watak Maria yang dilakonkannya sangat hidup. Kejenggelan dan keinginan 'sangat' Maria pada awalnya telah berjaya dileburkannya. Sememangnya Carissa ialah seorang pelakon yang boleh bergerak daripada sebuah seorang watak teraju filem chic lit kepada sebuah drama yang berat. Fedi Nurul juga baik, walaupun saya tidak mampu melupakan perangai 'rock star'nya dalam beberapa filem sebelum ini. Mungkin Habiburrahman melakarkan Fahri yang lebih tenang dan menurut. Fedi melakarnya dengan sedikit 'lurus' dan kadang-kala jengkel kerana perwatakan 'blur'nya. Tetapi Fedi berjaya membawa kelurusannya ke tahap seorang 'manusia' dan bukan sebenar-benarnya seorang murid Al-Azhar, yang banyak menolong penonton 'terikat' dengan masalahnya daripada melakarkan watak manusia agama yang selalunya 'cold' seperti yang dilakukan dalam Syukur 21 dan beberapa filem Iran yang lain.


Ayat-ayat Cinta sebuah filem yang memang patut ditonton walaupun sekali. Isu-isu menarik seperti poligini, adab sesama manusia, dan adab perkahwinan (saya suka dengan idea seorang miskin yang boleh mengahwini seorang kaya tanpa memberi hantaran yang tinggi. Ini ialah satu tamparan buat budaya Melayu kita yang mengada-ngada bila melihat taraf pendidikan dan status [saya ada banyak contoh], yang sering berlaku terhadap kami kaum lelaki yang terpaksa keluarkan hantaran yang terlalu tinggi kepada para wanitanya. Nampaknya, saya perlu ke Mesir untuk cari seorang isteri, atau Patani) sangat membuka minda. Juga beberapa budaya 'multi kultur' yang disuntik dalam filem ini secara senyap (dengar apa yang dijawab oleh Fahri bila diberi salam oleh seorang bukan Islam). Sebuah filem komerisial yang boleh sahaja menyengat para penonton yang terbiasa menonton filem berat.

PERHATIAN: Memohon Bantuan Tempat Persinggahan

Saya dalam proses menghasilkan novel fiksyen sains yang seterusnya. Saya mempunyai satu masalah besar, iaitu, saya tidak ada pengetahuan sejarah/latar/sosio budaya Kampung Kota dan Beruas (kawasan yang dipanggil Belukar Sambang). Dengan itu, saya harap ada yang dapat menolong saya dalam:

1. Memberi saya tempat tinggal untuk beberapa hari di Kampung Kota dan Beruas.

2. Memberi saya kemudahan pengangkutan kerana saya tidak boleh memandu.
Di harap ada yang sudi menolong. Buat duit biayaan, kita boleh rundingkan. Emelkan kepada: fadliakiti@gmail.com

21 April 2008

Congkak(2008) Bongak


Beberapa perkara menarik tentang Congkak dahulu:


1. Congkak ada Nanu Baharudin. Aku suka Nanu. Nanu adalah antara pelakon hebat Malaysia yang ramai produser bodoh tak nak guna sebagai pelakon utama. Ya, Nanu pernah memang anugerah pelakon harapan(?) di FFM. Jadi aku suka Congkak sebab ambik Nanu.

2. Di dalam Congkak, ada beberapa perkara fotografi yang dibikin Indera Che Muda memaparkan kematangan. Beberapa tangkapan awal, beberapa tangkapan 'feel' dalam rumah, babak-babak suspens, kesemuanya menaikkan semangat "wooohhh.."

3. Ada beberapa babak yang memang sengaja dimanipulasi Pierre Andre dan Ahmad Idham supaya "shock"nya melampaui Jangan Pandang Belakang, dan memang pun, ia berjaya. Yang biasa adalah sewaktu Nanu sedar 'bunyi' mainan congkak lalu dia menegur seseorang di ruang tamu. Satu lagi sewaktu Erynne Erynna melihat jendela di luar (ingat Amytaville Horror yang lama, bukan baru). Babak SERAM paling kuat berlaku sewaktu Nanu pengsan lalu Riezman turun ke bawah kerana terdengar bunyi pelik di bawah. Lalu Erynne Erynna (lakonan baik budak ni) pun turun kerana 'dipanggil' opah. Kejadian selepas itu adalah 'highlight' kuasa seram dalam Congkak.

4. Dalam filem ni, aku dan adik aku tak habis-habis ketawa bila watak Nur'Arina bernama Ely disahut. Ya, itu nama timangan aku. Dan Nur'Arina sangat menjengkelkan. Dia patut belajar banyak dari Erynne. Tapi, ya, lakonan dia kena rasuk sangat REAL! Orang pernah kena rasuk tak elok tengok filem ni.

Jadi, Congkak berbaloi?


Tak. Congkak lemah. Serius. Tak ada benda baru dalam Congkak selain perkara-perkara di atas. Sedih, sebab Pierre sebenarnya boleh membawa lagi jauh cerita filem ini kerana premis dan plotnya menonjolkan ada sesuatu yang menarik akan berlaku. Aku suka dengan pembukaan dewa kayangan yang meminta akan permainan ini dibuat (tak tahu jika mitos ini betul atau tidak), dan konsekuen mainan ini terhadap manusia. Tetapi perkara ini tidak dihuraikan lagi dan mati di situ sahaja (siapa Mak Mah dalam filem ni?).

Satu lagi, watak perempuan yang dijumpai sedang menunggu anaknya di perhentian bas. Kita faham simbolisme syaitan menyesatkan, tetapi apakah fungsinya terhadap cerita? Kalau Pierre mengaitkan lagi dengan cerita dan kisah rumah itu (barulah gothik) dan bukan memberi kita 'false hope' dengan terlalu banyak manipulasi pembawaan cerita (penonton tertanya-tanya tapi rasa ditipu pada akhir filem), lantas memberi satu pengakhiran yang TERLALU SENANG (dalam Jangan Pandang Belakang, ada beberapa orang yang menolong mengeluarkan hantu dalam Pierre), filem ini terus melingkup dalam satu mumbo jumbo yang tidak masuk akal, kering dan entah apa-apa. Kita yang dahulunya rasa 'keseriusan' menonton filem ini, menunggu untuk sesuatu, rasa dipermain-mainkan di akhir cerita. Ya, filem seram sebenarnya 'main-main', bermain-main dengan emosi takut kita dan terhadap apa yang kita tidak nampak. Itulah manipulasi seram dalam filem-filem seram. Tetapi filem ini hanya cuba membuak perasaan seram itu, melupakan judul dan semangat congkak, lalu membuang logik, jadilah filem sebegini. Gaya ini sama seperti I Still Know What You Did Last Summer, bila produsernya sudah kaya, lalu mahu buat duit lagi, buat sebuah filem yang senang yang penuh dengan kejutan tapi sifar dalam kepandaian.

Memang filem ini cuba 'mengajar' sesuatu. Lebih-lebih lagi tentang keluarga, dan kerapuhan figura bapa dalam menyatukan keluarga. Tetapi tema ini pun tidak dihuraikan dan digunakan dengan betul-betul, membuat filem ini begitu rapuh.

Congkak mungkin boleh mengaut keuntungan buat penonton yang mahu 'cheap thrills', tetapi langsung tidak berjaya menarik keinginan penonton untuk masuk lebih dalam ke dalam kemisteriusannya.

18 April 2008

When I Am Laid In Earth

Hujan kat luar.

Baru abis kerja.

Dalam mood 'down' aku.

Lagu paling sedap didengar untuk 2-3 hari ni:

Dido's Lament-
When I am laid, am laid in earth, may my wrongs create
No trouble, no trouble in, in thy breast.
When I am laid, am laid in earth, may my wrongs create
No trouble, no trouble in, in thy breast.

Remember me, remember me, but ah!
Forget my fate.
Remember me, but ah!
Forget my fate.
Remember me, remember me, but ah!
Forget my fate.
Remember me, but ah!
Forget my fate.


Tak, aku belum rasa putus asa nak mati (tu untuk orang bodoh yang tak ingat tuhan je), hanya aku rasa 'gloomy'. Malam ni nak tonton Congkak ngan adik aku, nak rasa takut, nak naikkan nafsu.

Filem Pendek KIRI

Kiri sebuah filem pendek arahan DeanSham dan tulisan Tok Rimau. Kiri 'murah', amatur dan ganas, mengambil tempat dalam genre 'balas dendam' yang biasa kita tonton dalam filem Hollywood 70-an tapi bukan filem Melayu. Kill Bill mungkin menolong melahirkan Kiri. Tetapi Kiri adalah kiri dan Kill Bill adalah kanan, tak boleh dibandingkan sangat.
Satu babak yang paling aku suka dalam Kiri:

Sewaktu awek berpelir (Ya, Tok Rimau betul tentang ini, dan ya, kirim salam kat dia, dia memang HOT) menghala pistol kepada pembunuh ayahnya lalu menembak, lalu darah menompok di wajahnya, lalu bila awek tu jalan, si lelaki (anak pembunuh ayah awek) yang menunggang lalu melihat dengan 'asyik' terhadap 'kecantikan' awek itu. dalam pendek: puitis. Ironis: Si lelaki yang 'mencari' awek itu kemudian (semacam drama purbakala lama pula) mencari awek itu untuk menyelesaikan 'hutang darah' yang kita seharusnya tangkap, punya 'ikatan asyik' untuk bertemu awek itu sekali lagi (point dia ialah, dia cari fasal nak jumpa awek tu fasal dia sebenarnya syok kat awek tu!). Perkara ini suatu ikatan-kupasan subtle yang cantik berlaku dalam Kiri. Malangnya, para pemegang watak, kebanyakannya dalam filem ini melakonkan watak-watak yang satu sisi sahaja, tidak benar-benar memahami konteks 'dalam' yang dinukilkan oleh Tok Rimau.

Ada banyak lagi babak-babak yang aku suka. Satu yang paling tampak (dan tidak perlu orang pandai untuk menafsirnya) ialah penggunaan idea-imej Kiri dalam dialog sampai aksi. Ideanya sendiri 'samar' terhadap perjuangan samar awek ayah dan kawan yang membunuhnya, samalah seperti 'samar'nya walaupun terfokus tujuan awek membunuh. Kesamaran ini penting kerana Tok Rimau dan DeanSham cuba merombak pemikiran dan norma masyarakat Malaysia terutamanya Melayu terhadap apa itu kebenaran yang sebenar dalam satu keyakikan/kepercayaan, sampai mempersoal: adakah perjuangan menentang kebiasaan, baik individual atau kumpulan itu salah, kalau salah, buat pihak mana?

Persoalan ini berjaya diangkat dalam Kiri. Secara biasa saja, kita dapat tangkap bagaimana rasional dan semangat jiwa (passion) turun terhadap satu-satu manusia bila satu-satu peristiwa memaksa seseorang 'memilih'. Kalau kita sedar, awek itu sejak 'menangkap' adegan tembak serta kemahuan pembunuh itu membunuhnya telah membuat 'pilihan' secara tersirat. Walaupun ia 'duduk diam' di dalam awek itu, kita sedar ia menunggu untuk meledak. Kita lihat pula bagaimana (secara mengejut, aku tak tahu kalau ada orang sedar) awek itu terjatuh sejadah(?) dan kitab agamanya di tanah. Bila dia sudah besar, waktu itu baharu Subuh, dan ibu awek masuk, sedar awek sudah tidak ada, lalu 'jatuh' terduduk atas lantai. Kita sedar, agama dan suara rasional (ibunya) tidak dapat lagi menahan keinginan 'yang satu' awek itu, secara tersirat suara yang digambarkan di sini bersifat 'kiri' sendiri (manusia menentang halal dan haram ketentuan Allah), dan ini membuat aku angkat topi terhadap Tok Rimau.

Beberapa perkara dalam Kiri yang melemahkan Kiri. Pertama yang paling tampak (aku tidak peduli akan suara kerana kebiasaan suara dalam filem ini biasa buat filem bebas buatan amatur) ialah penggunaan 'layar hitam' yang berkelip terlalu banyak, ia menjejaskan tempo perjalanan antisipasi penonton (walaupun kita seakan mahu rasa ia seakan sebuah 'novel' yang dibelek halamannya, teknik yang sama digunakan dalam filem Sphere, yang juga menciptakan kejenggelan. Gaya ini sangat sesuai dalam beberapa filem, seperti The Thing).

Walaupun begitu, Kiri ialah sebuah filem yang segar, jauh menandingi kebiasaan filem-filem bergerak lembap yang aku kira sudah bosan ditonton oleh masyarakat dalam siaran NTV7 hari Ahad. Walaupun cepat, ada 'seni' dalam Kiri, ada puisi yang berjaya dicetuskan walaupun ianya disampaikan secara amatur. Kiri seharusnya tidak berhenti di sini, ia seharusnya diperluaskan latarnya, gerak ruangnya dan masanya, supaya ia boleh dikongsi sebagai sebuah filem perdana yang benar-benar dapat mengubah segala Impak Maksima dan Castello yang ditayangkan di pawagam sekarang.

ps: Aku takde gambar sebab aku tak pandai tangkap gambar dari video ke web. Aku tuli IT, ya, dan Tok Rimau dan DeaSham tak bagi aku press kit.

17 April 2008

LOVE(2008) Adaptasi Cinta Kabir Bathia

Love(2008) mengingatkan kita akan Cinta. Tak tahu? Alah, filem beranugerah yang berselang-seli tentang empat cerita berlainan yang merangkul kepada satu tu. Love ialah usaha sama Malaysia-Indonesia yang kita tunggu-tunggu. Love, sebuah produksi, baik dalam dan luar yang berjaya.

Tetapi itu produksinya, bagaimana dengan rohnya?

Kali ini, Love membariskan lima cerita. Ya, ia lebih mencabar dan lebih kompleks (sepatutnya). Kali ini, Titien Wattimean menjadi teraju penulis mengadaptasi konsep Kabir Bathia, Mila dan ARA. Setentunya anda akan kata, dengan pelakon Indonesia yang lebih mantap, dan dialog Indonesia yang lebih mendalam dan menyesak serta sumbangan teknik baris produksi Indonesia yang lebih jitu daripada para kru di Malaysia. Ya dan tak.

Ada beberapa perkara yang aku suka tentang Love. Pertama, adaptasi 'kitar semula' yang dibuat oleh Titien, terutamanya mengambil babak orang tua nyanyuk (dalam Cinta diteraju oleh Rahim Razali dan Love dilakonan oleh Sophan Sopihaan) serta babak pemuda kota tinggal di tepi rel keretapi (dalam Cinta diteraju oleh Pierre Andre dan Love dilakonkan oleh Fauzi Baadila) lebih 'sempurna', lebih mencengkam dengan beberapa campuran dialog, struktur yang logik, paparan babak dan runut bunyi yang mengesankan. Aku suka dengan banyak babak-babak Fauzi dan Acha. Malah bahagian mereka adalah antara yang terbaik dan paling matang dalam lima cerita dalam Love. Babak pertemuan di tengah rel keretapi adalah usaha melankolia-tangis mata-romantik yang mencapai 'ketinggian' dalam kesemua lonjak-lonjak penyeleraian dalam Love. Malah babak itu (serta babak awal dan akhir filem ini) menyimpulkan kebenaran bentuk Love yang separa 'fairy tale' serta sentimental-melankolik bila dibandingkan dengan separa romantik novel cinta-sentimental-komedinya Cinta.

Tetapi ini yang membuat Love terlalu 'dreary'. Ia terlalu mencuba 'menyatukan' satu emosi yang pelbagai membentuk satu 'perasaan', tetapi apa yang ia dapat hanyalah lima buah cerita yang terlalu melonjak emosionalnya, penonton yang sinikal boleh jadi 'numb' akan percubaan memerah emosinya.

Aku tak tahu kenapa, tapi aku perlu jujur, aku lebih suka akan Cinta daripada Love. Cinta tidak memaksa. Love terlalu dan bersusah-payah untuk 'cuba' menyesak kita. Masalah terbesar Love adalah dua perkara. Pertamanya, kita tahu, Malaysia dan Indonesia punya banyak perbezaan sastera, perbincangan kritikal dan penyemburan retorik (itu menunjukkan orang Indonesia lebih pandai bercakap dan lebih banyak bercakap daripada orang Malaysia). Orang Indonesia seperti orang Inggeris, jalan bahasa mereka penuh wit, berisi dan berlapis (oleh sebab itu Tora Sudiro boleh membikin sebuah rancangan komedi Extravaganza yang seelegan komedi di BBC sedang kita masih tidak dapat menangkap percubaan Harith Iskandar dan Afdlin Shauki dalam komedi mereka yang bermain dengan bahasa, [cth. ramai orang rasa Afdlin tak kelakar sebagai pengacara AIM sedangkan kata-katanya tajam dan sangat 'bermain']).

Pergerakan filem Indonesia kuat dalam memberi dialog-dialog yang impak. Apa yang membuat kita khayal mendengar lagu-lagu Indonesia bukan sahaja kerana melodinya tetapi 'sentuhan' liriknya. Di dalam Love, percubaan kata-kata penguat bicara ini disampaikan, tetapi masalahnya, ia disampaikan dengan terlalu. Sepenuhnya perjalanan filem ini semacam satu filem 'talky', ia menjerumus ke drama radio. Ya, hampir sepenuhnya filem ini, aku dengar orang bercakap dan bercakap. Sampaikan ada beberapa babak, wataknya 'states the obvious'. Aku tak suka perkara sebegitu dalam filem. Bila kau memang bodoh, dengan perwatakan dan aksi dan emosi yang kau tunjukkan, kau tak perlulah beritahu, "Aku bodoh" melainkan ia perlu. Dan ini ialah kelemahan dalam dialog Love. Malah, keseluruhan filem ini dirasakan seakan sebuah sinetron yang difilemkan.

Di dalam Cinta, apa yang membuatkan filem itu 'click' ialah mainan 'subtle' imej objek yang dipaparkan (melangkau fungsi terhadap filem dengan memberi makna-makna tersirat). Di dalam Cinta, pergerakan cerita tidak hanya berdasarkan dialog, tetapi emosi gerak pelakon, suntingan, aksi, objek yang diambil dalam filem dan ruang yang dimainkan. Perkara seperti 'paku' dan tersiratnya makna plastik dan keretapi membuatkan Cinta sebuah filem yang enak buat peminat filem. Di dalam Love, oleh kerana pembuahan cerita dalam filem terlalu bergerak dengan dialog, kesemua imej objek menjadi 'organik', dipakai sehabis-habisnya dalam fungsi pergerakan filem. Bunga, jam tangan, ikan lumba, keretapi menjadi 'sebahagian' para watak. Tidak ada satu pun yang tertinggal. Orang boleh agak, dan seperti pengkakhiran cerita ini, buat para sinikal, mereka akan menyinga (ada kena mengena dengan gelang).

Keduanya, runut bunyi Erin Gutawa. Ya, aku suka lagu-lagu okestra, malah filem Indonesia lebih seru daripada filem Malaysia kerana mereka selalu menggunakan okestra untuk menyerikan latar filem. Gubahan okestra sebenarnya mempunyai impak yang lebih kuat dibandingkan dengan organ synthesizer yang selalu digunakan oleh pengarah muzik kita di dalam filem (lihat Biola Tanpa Berdawai, Ruang, AADC, Puteri Gunung Ledang, Kala yang menggunakan impak okestra semaksimanya). Tetapi buat Love, dengan gaya bunyi 'syurgawi' Erin dalam setiap tukaran shot, hentian dialog dan aksi watak, bukan sahaja filem ini terus menjadi sebuah lagi filem saduran hindustan, emosi-emosi yang cuba hendak dicernakan menjadi 'palsu'. Malah aku hampir rasa pekak kerana 'sibuk'nya Erin nak mencelah dengan 'intepretasinya' terhadap imej filem itu.

Satu perkara lagi, aku tidak tahu kenapa, tetapi walaupun cerita dalam Cinta orang boleh katakan 'dibuat-buat', tetapi penjalinan teknikal 'buat-buat' yang diikat, diikat dengan kemas, sehinggakan terasa satu 'trenscend' bahawa watak-watak ini memang 'terperangkap' dalam sebuah metropolitan laju dan dingin. Mereka, watak-watak itu yang 'mewarnakan' lanskap laju dan dingin itu, membuat Kuala Lumpur 'berhenti sejenak' (babak di kubur), lalu berlakulah muhasabah retrospektif diri. Satu 'miracle' dalam filem Cinta. Mungkin buat Love, Kabir mahukan kelainan kerana perkara ini tidak berlaku. Lima cerita yang berpecah memang lima cerita yang berpecah. Walaupun kadang-kala ia bersilang, ia tidak akan bersatu seperti satu dunia sarwa yang utuh atau sebuah makhluk lengkap. Ia lebih kepada satu himpunan cerita yang terpecah-pecah, yang mengikat mereka hanya sebuah penjelasan bahawa cinta boleh menyerap dalam mana-mana watak, dan boleh mencernakan pelbagai emosi dan refleksi bila kita mengalaminya.

Lakonan keseluruhan pelakon dalam filem ini boleh dipuji. Aku tetap nak pukul kepala kawan aku yang mengatakan pelakon Indonesia dalam Love lebih hebat daripada Malaysia dalam Cinta. Kau BODOH, ya Meor, engkau! Lakonan Rahim Razali dalam Cinta masih jauh lebih kuat daripada Sophan Sophiaan. Malah, lakonan para pelakon Malaysia mempunyai 'elegentness'nya tersendiri, ada kelasnya tersendiri jika dibandingkan dengan pelakon Indonesia. Pelakon Malaysia susah mengekspresi emosi, banyak yang diluahkan berlaku di dalam. Tetapi pelakon Indonesia (serta orang Indonesia, dan ya, orang jawa ramai yang macam ni, suka meluah tak tentu fasal, aku dah banyak orang gaji, aku tahu) senang meluahkan ekspresinya. Oleh sebab itu, kadang-kala kita akan nampak pelakon dalam Love agak 'keterlaluan' berekspresi, tidak se'selamba' pelakon Cinta.

Surya Saputra bagus (aku suka babak-babak dia di katil), walaupun babak beliau adalah babak paling lemah dalam filem ini (kitar semula babak Rashidi Ishak yang diberi sentuhan baharu). Sebuah lagi babak yang lemah adalah di antara Luna Maya dan Darius Sinathrya (kitar semula babak Eizlan Yusof tapi kali ini tentang hidup sang penulis), tetapi, apa aku nak kata, aku memang gilakan Luna Maya (sejak Bangsal 13, kemudian Ruang) jadi walaupun orang bising, aku bias, dia memang hebat dalam filem ni, dan lunak. Irwan juga OK sebagai sang romantis yang tidak tahu mahu mengalah. Tetapi kebanyakan babaknya (juga beberapa babak lain dalam filem ini) terlalu 'convenient', sebuah lagi kelemahan yang tampak dalam filem ini. Aku suka watak Fauzi Baadila dan Acha yang 'matang' daripada babak Pierre dan Armani (walaupun kedua-duanya mempunyai perbezaan yang unik). Widyawati terlalu 'teaterikal' tetapi punya semangat pada akhir-akhir cerita. Laudya Bella juga bagus.

Love sebuah filem cubaan fairy tale buat Indonesia. Ideanya adalah untuk melakukan tunggang-terbalik terhadap 'happy ever after' yang kita kenal dalam kisah pari-pari. Warna dan ruang filem ini berjaya menangkap gambaran 'fairy tale' dalam kota itu, diyakinkan lagi dengan sentuhan sinematografi serta arahan seni yang jitu, memilih warna, latar serta ruang yang mengimbau perasaan 'asyik dalam mimpi-mimpi' di sebalik sejuk, miskin, debu kota Jakarta. Love mungkin tidak dapat mengalahkan Cinta buat aku, tetapi sebagai sebuah filem drama romantik, ia mempunyai bumbu yang masih boleh mencuit hati aku.

ps: Aku tonton filem ini bersama Jimadie Shah. Terkejut bahawa dia tak keluar separuh jalan filem ni.

15 April 2008

Esok, LOVE(2008) Cathay Cineleisure




"The sun'll come out Tomorrow
So ya gotta hang on 'Til tomorrow
Come what may
Tomorrow! Tomorrow! I love ya Tomorrow!
You're always A day A way!"
Annie

14 April 2008

Death Sentence(2007)



nota fadz: korang realize tak yang aku sekarang sedikit penat nak menulis secara mendalam? Ini adalah kerana aku penat (ya, korang tau afasal), dan kedua, aku penat.

Death Sentence ialah sebuah filem yang seronok dan boleh menaikkan emosi anda yang down. Aku serius.

Dalam hidup sesiapa, ada beberapa filem (sepatutnya kita, ahem bermunajat atau berzikir, tapi ehem, iyelah, kita kan anak-anak generasi kiamat) yang boleh menaikkan emo anda yang terlalu luntur, kita panggil filem begini sebagai filem-filem motivasi, atau bahasa senangnya, filem naikkan stim.

Aku sendiri ada beberapa filem naik stim dan turun stim aku. Kalau aku 'sane' dan nak rasa mushy dan 'drained', aku tonton The English Patient. Sure tangkap berair karpet. Kalau aku nak naik stim, aku tonton filem-filem seram, terutamanya ALIENS arahan James Cameron. Setiap kali Ripley meneriak, "Get away from her you bitch!", aku akan melaung "Yaaaggghh M*** F***!" sambil menumbuk udara. Ya, aku sedikit hindustan bila menonton filem-filem naik stim ni.

Begitulah terjadinya bila aku tonton Death Sentence. Aku banyak teriak: "Haa, rasa kau, ugghhh, padan muka, haaa, sedap, haaaa, bagus!" dan yang sekitarnya.

Sebenarnya adik perempuan aku yang gila-gila rekomen filem ni (Yes Nazim, she still hates Gone Baby Gone) sebab dia dah tengok dua kali. Ya, dia tengah down, jadi filem ni best. Aku dan Kekure (Kekure tak down, dan aku tahu dia tak suka filem ni! Ngaku jelah!) pun ikut sama menontonnya. Aku siap bagitau adik aku: "Tengok The Brave One, you'll like get stimulated to kick some butt!"

Ini adalah filem James Wan, pencipta Saw(2004) dan Dead Silence(2007), kedua-duanya filem seram yang baik buat aku, malah James Wan adalah pengarah seram generasi baru yang kita tunggu untuk melakukan satu potensi yang hebat (macam Peter Jacksonlah, korang masa tu mana kenal Dead Alive atau Heavenly Creatures macam aku kenal, dan ya, Dead Alive masih menjadi filem zombi aku yang paling aku gemari, dan ya, ianya antara filem naik stim tahap tinggi).

Death Sentence bukan filem seram (walaupun ada unsur kejam yang seram tapi dipotong oleh LPFN) tetapi filem aksi. Malah, ianya sebenarnya menyambung filem-filem 'membalas dendam' yang biasa kita tengok dalam filem hindustan zaman 80-an (patutlah James Wan nak buat filem ni!) dan setentunya francasi Charles Brosnan, Death Wish yang bapak aku suka sangat tengok masa 80-an dulu. Satu lagi, James Wan berdepan dengan penonton MTV, James Wan nak buat duit, tapi masih bagi sesuatu kat penonton. Kerana itu, filem seperti Saw, walaupun ramai pengkritik kutuk, kita, para GenerasiY (X ke Y ke Z ke, lantaklah!) memang menyukainya terutamanya aku, mind fuck yang dia berikan, tampak segar, sekali gus seronok, sekali gus mengujakan!

Jadi Death Sentence juga begitu. Korang ingat James Wan nak buat satu lagi Virgin Suicide ke? Buat apa? Tengok apa yang Wes Craven buat dengan The Last House on The Left. Filem seperti Death Sentence, kalau aku dengar ada orang mahu memperkatakan tentang 'tiada punggahan minda', 'tidak intelek' dan all those crap, pergi mampuslah! Memang the sole drive of Death Sentence is to move people, emotionally to different levels at different point of turn in the movie. Itu sahaja. Bayangkan kita tengok komedi slapstik (jangan bandingkan dengan filem Charlie Chaplin) dan 'pembawaan' yang ia bawa setiap kali satu 'aksi' yang berlaku di skrin, dan reaksi 'emosi' kita yang telanjang sewaktu itu. Inilah manipulasi Death Sentence.

Memang ada beberapa perkara tidak logik (paling utama: Kalau Kevin Bacon sane, filem ini tidak akan bergerak seperti yang dimahukan, sampai masuk ke alam sureal seram pada akhir-akhirnya) malah sangat hindustan, tapi emosi yang digerakkan itu jujur. Pergerakannya jujur. Ini ditolong lagi dengan kekuatan lakonan kesemua pelakon (minus the "I'm the one who suppose to die!" Ordinary People crap, which is too cliche and too weak, sebenarnya OK, tapi ada sesuatu yang kurang dan tidak dimasukkan menyebabkan perwatakan adik mangsa tak syok. Aku berani kata, kalau adik mangsa 'join' sekali kegilaan ayah dia, aku akan meloncat suka!). Lebih-lebih lagi Kevin Bacon. Kevin memang hebat dalam filem ni. Dia buat semacam dia tak tahu bahawa filem ni filem aksi. Dia ingat filem ni filem drama. Jadi 'vunerablility' dia 'real', seperti mana Harrison Ford dalam The Fugitive. Ya, Kevin pun boleh kuat, malah wataknya menunjukkan dia boleh, tapi apa tindakannya itu yang menarik, bagaimana seorang yang biasa berhadapan dengan sesuatu di luar kebiasaan yang menarik. Transformasi pada pengakhiran filem ini yang sedikit 'merumit'kan emosi penonton. Kerana kita, manusia biasa, tidak dapat terima 'natural' Kevin berubah sehingga ke tahap itu (dalam masa beberapa hari). Tapi apa yang Kevin jalankan, itu yang 'menggerakkan' kita.

Sebenarnya Kevin ialah kita, 'penggerak penonton' (kalau kau tak mahu digerak emosi semacam membaca novel cinta, jangan tonton filem ni, senang je). Kevin ialah prasedar untuk kita 'berhibur' dalam alam gelap ini, memberi kita keterujaan, membawa kita kepada deria merangsang setiap kali Kevin berinteraksi dengan situasi (baik yang perlahan dan sedih seperti dengan isterinya atau yang laju dan menyeramkan seperti di tempat letak kereta). Dan dalam gelap ini kita selalu bertanya, berapa jauh kita berani untuk masuk ke dalam. Dan ini mungkin susah sedikit untuk diterima penonton, walaupun orang macam aku dan adik aku boleh terima terus dengan tangan terbuka.

Death Sentence juga mempunyai satu pengakhiran yang cantik (buat aku, dan ya, beberapa penonton di belakang kami yang bertepuk tangan) dengan dialog separa bosan detektif itu tentang anaknya. Di situ, secara tersirat, kita dapat lihat mainan 'pergerakan' James lagi, adakah aksi yang dipilih selama ini berbaloi? Sudah tentu! Itu yang menggerakkan kita dan Kevin untuk tersenyum pada akhir filem. Ya, kita bersongkol dengan keinginannya (membawa erti sosial: mungkin jawapan pada masalah jenayah sekarang, ia perlu dibalas dengan tangan sendiri daripada memberi kehendak sistem, dan di situ point yang ingin James sampaikan bila Kevin membotakkan kepalanya), kita temui harapannya.
Beberapa perkara: Suara filem ni bagus, lagunya OK, kadang-kadang mengarut. John Goodman menyeronokkan (ada ke Egbert kata dia menakutkan?). Sinematografi filem ini penuh gaya, kadang-kadang terlalu bergaya tetapi beberapa babak di tempat letak kereta, juga di rumah menunjukkan kekuatan ruang dan masa yang begitu efektif dalam sebuah filem aksi-suspens. Beberapa dialog filem ini sedap, pendek, natural, dan bijak walaupun komersial, tetapi faham mainan 'mengacau' penonton dengan 'one liners'nya.

To Face Or Not To Face?

2 orang dah paksa aku:
Penyair Behomia Azwan dan Ted Mahsun dah minta aku 'facebook'. Lebih-lebih lagi Azwan. Tapi aku dah senang dengan shelfari.com.
Aku dah beritahu Azwan, "Nope, I'm not gonna do it. Aku tak nak macam dulu di Myspace, jumpa pelbagai jenis umat yang tanya soalan yang pelik-pelik (cth: Awak cute tak?). Bukan, aku bukan angkuh atau ingat hebat atau sombong babi (well, sometimes I could be) atau sewel (well ...) tapi aku macam dah fobia jumpa manusia WYCIXWYG, serius, macam bila soalan :'can I **** your ****?' ditanya, ughhhh, terlalu Shortbus. Aku nak Fanny & Alexander, atau paling kurang pun Annie Hall (yes Nazim, Breathless will do too).
Jadi perlu ke aku masuk Facebook?

Apa hebatnya Facebook? Boleh tak aku tetap bersama nerd-nerd dan rockstar wayang saja yang boleh kongsi citarasa dan memoribilia dan trivia, atau penyair-penyair dan sasterawan dan budak-budak baik tahu malaikat ada di sebelah kanan dan kirinya lalu tahu bila nak cakap TAK pada seks dan orang yang SANE bila aku tak, boleh ke aku dapat semua tu dalam Facebook???

08 April 2008

Definitely, Maybe (2008)



Terjemahan judul filem: PASTI, MUGKIN (pertama kali melihat judul dan kali ini, pentejermah berjaya membayangkannya dengan cantik).

Yes dear readers, I'm a sucker for romantic comedies, nowadays! (watch with my sis, of course!)
Well, the good ones only.
Like this one.

Ryan Reynolds best. Abigail Breslin best!
Ceritanya senang: seorang budak kecil (yang tahu ayah dan ibunya dalam proses penceraian) ingin mengetahui tentang kisah 'cinta' ibu dan ayahnya, selepas meniti hari di sekolah dengan pendidikan seks! Ini bukan filem "U" ya, tolonglah!
Filem tulisan/arahan Adam Brooks ini mengingatkan aku kepada filem-filem James L. Brooks (are they related?), komedi yang romantik, sekaligus melodramatik, berkait dengan hal ehwal semasa, matang dan tidak meninggalkan tradisi Hollywoodnya yang menarik penonton melihat sudut-sudut "cutsie" yang dicipta (seperti anjing dalam As Good As It Gets(1997). Di dalam filem ini, terletak pada "cutsie" dinamisme Ryan dan Abigail sebagai anak perempuannya, dan Abigail memang seronok dan mencuitkan!
Tiga wanita "in question" adalah Elizabeth Banks (cantik), Rachel Weisz (sangat cantik!) dan Isla Fisher (bagi aku tak cantik, tapi lakonannya cantik!). Soalannya, siapakah tiga wanita ini yang menjadi ibu kepada anak Ryan, dan soalan cepu emas (duh!), siapa yang Ryan benar-benar sayang?
Semua 'klasik' Hollywood ditetapkan dalam filem ini, bukan dalam bentuk tradisi seperti yang dibikin dalam The Mirror Has Two Faces(1996) tetapi bolehlah dikatakan 'pasca-moden' bila kita, seakan dibawa dalam satu perspektif ala Rashomon untuk menentukan kebenaran-kepalsuan cerita/dongeng Ryan Reynolds. Kita ialah Abigail dalam filem ini (kita tidka boleh jadi sinis, kalau tidak, magiknya tidak menjadi), mencari satu kepastian (definitive), bukan terhadap siapa ibunya sebenarnya, tetapi siapa yang boleh menjadi ibu seterusnya (persoalan terhadap kemajuan dalam kehidupan), satu singkap yang sekali gus baharu, segar, liberal dan 'sekarang'.
Kehadiran Kevin Kline mengujakan sebagai profesor terkenal kewartawanan (sila lihat babak beliau berucap di depan penonton akan buku terbaharunya) yang menjadi 'kekasih/ayah' Rachel Weisz. Tetapi yang paling menarik ialah, melihat bagaimana Ryan, dalam 120 minit filem ini, dapat "pull it off" dengan perwatakannya yang kebudak-budak kemudian dikhianati dalam cinta kemudian seorang yang matang. Sememangnya filem ini dibuat untuk manusia berwajah Tom Cruise (lelaki yang mempunyai wajah kebudak-budakan), tetapi Ryan memaparkan dia boleh menjadi "cute", "kacak" dan kemudian "matang" dalam satu cerita dengan lancar sekali.
Babak buat aku menangis (ya, aku teruk):
Abigail: Jadi, apakah "happy ending" yang ayah janjikan tu?
Ryan: Engkau ...
(mereka berpeluk ... ahhhhhhh ...)
Filem ini seronok, bukan sahaja seimbang dalam memberi kupasan yang jitu dan terususn akan hubungan ayah-anak yang cantik di antara Ryan dan Abigail, tetapi bagaimana Ryan 'bercerita' (ini sahaja bahagian yang mungkin tidak masuk akal, tetapi kita terima kerana latar yang dicipta memaparkan Ryan atau ayah Amerika sekarang senang bercerita hal-hal dalam dan seksual kepada anaknya) akan pertemuan-percintaan-putusnya dengan tiga wanita itu (sampai Abigail menyatakan: "What's the word 'slut' for man?"). Ini diikat pula dengan cantik akan kerjaya politik Ryan yang menyokong Bill Clinton sewaktu itu dan apa yang berlaku (kepada Ryan) apabila mencampurkan seks dan politik (walaupun mungkin ia klise buat sekarang).
Sebuah filem yang seronok, sekali gus matang. Antara filem komedi romantik yang terbaik tahun ini.
ps: Selepas itu adik aku menonton Gone, Baby Gone dan dia mengatakan filem itu teruk dan jangan tonton. AKu terkedu, tak tahu kenapa.

07 April 2008

Pesta Buku KL & Saga Horizon

Wow, macam-macam berlaku Jumaat-Ahad lepas sewaktu aku bertugas di gerai aku di PWTC, TR3. Pertama, yang paling mengujakan, dengan tidak semena-mena, sasterawan terkemuka Tuanku Faisal Tehrani telah datang menemui aku di gerai. Aku tergamam, habis! Menggeletar, terlopong, macam-macam! Untuk menambah lagi 'suprise' hari itu, Faisal, dengan baik hati (dia ikhlas tau!) telah menghadiahkan buku panduan menulisnya yang terbaharu dari Ameen Publications (gerai sebelah Dawama), "Karya Nan Indah", siap beritahu, "Kutuk-kutuklah".. Hahahahaha- sinisnya!

Aku juga bertemu dengan beberapa sasterawan hebat sepanjang duduk di PWTC, memang mengancam!:

Maharani Nisah Haron (bukun fantasiya dijual di gerai Ameen di TR3)
Mahajara Saharil (buku terbaharunya, Malaysian Essay ada dijual di gerai Gerak Budaya di TR4)
Tuan Tertinggi Ted Mahsun (terjumpa di Koperasi Buku Malaysia di TR3, menjaga SUARA KATA, bukan calang-calang penulis ni, aku pun tak tercapai dengan ulasan-ulasan bukunya)
Putera Tertinggi Nazri/Vovin (di TR2, PTS, ya, sangat popular sekarang dengan novel Opera Angkasanya serta gaya rambut yang terkini dan hadhari, awww!)
Putera Kangar Zaki Zainol (merata, dia tak jaga gerai, tapi terserempak di tengah jalan, juga sudah keluarkan novel yang setaraf Lord of The Rings di PTS)
Putera Utara Nimoiz TY (ya, penyair terkenal itu dari e-sastera, juga terjumpa sewaktu berlegar-legar!)
Putera Azhan Kamal (ya, penulis baharu dengan Alaf21, kawan aku ni!)
Putera Azwan Ismail (emmm, penyair selalu ubah tema ni sebenarnya aku berjalan BERSAMA DIA, dan dia memang best punya kawan, siap belikan aku novel-novel dan majalah, macam manalah aku tak sayang dia!)
King/Raja Binjai (ya, beliau pun ada menengok-nengok, meninjau-ninjau macam menteri, harap banyak juga yang dibeli)
Putera Tok Mudin (seorang kenalan baharu lah kot, penulis blog mampan, nasib baik saya dah berkhatan)

Aku pulak, tengah berjalan-jalan nak mencari novel terbaharu kawan, Azhan Kamal, "Sebening Rindu" di gerai Alaf21, lalu tiba-tiba ketemu NOVEL AKU yang kedua..! SAGA HORIZON, ini adalah perasaan aku sewaktu menemuinya:

AGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

Ya, kengkawan semua, novel aku yang terbaharu sudah ada di pasaran, malah diberitahu oleh editor Alaf aku, "Hot from the oven", baru keluar kilang Jumaat lepas, terus diletak di rak Alaf21 di PWTC!! Awwwwww! Jadi kalian, yang sukakan Fiksyen Sains, sukakan TontonFilem, sukakan aku (well, i don't know this), atau secara pendek: "just love a heck of a good read", silalah cari dan beli SAGA HORIZON, hanya RM15!


Secara pendek, novel ini ada tema post apocalypse gaya Mad Max, Terminator, sedikit A.I., sedikit Bicentinnel Man, wanita bertudung tapi pegang parang (I wonder where I got this idea from ...) dan darah, asid dan pil.

OK, dengan rendah diri dan perasaan harapan tinggi, berharap sangat, my friends, Romans and Countrymen dapatlah bertemu saya ni (pacar yang hina, huhuhu) pada 13 APRIL 2008 di gerai Alaf21 aras tanah, PWTC untuk sessi tanda tangan dan saja-saja bercakap sambil berjoget. Ya, saya akan berada di sana, ingat tu:
Sessi bersama Fadz
Alaf21, Aras tanah, PWTC
Ahad, 13 April 2008
10 pagi - 9 mlm
:)

03 April 2008

Tangan di Awangan

Maafkan aku, untuk hari-hari kesekian kali ini aku dalam diam sedang murung. Mungkin kerana Rabiul awal mula meninggal, mungkin kerana musim, mungkin kerana aku. Lagu Radiohead dengan melodi dan liriknya "I want you to know, I'm not, coming back ..." asyik berputar dalam kepala (ingatkan aku, aku kena cari album mereka kalau ada yang terbaharu). Aku juga sedang sedih kerana adik aku. Aku harap, esok aku boleh tersenyum melihat awan walaupun kelabu, dan tidak merenung tangan aku, menunggunya terbang.

Di dalam tanganku
seekor anak pipit
rebah
melihat awan
bermimpi terbang

Aku melepaskannya
hanya untuk merakam

bulu luruh
ulna fraktur
lurut semut

sedang sang pipit
tetap melihat awan
bermimpi terbang

temu kayangan.