
Terjemahan judul filem: PASTI, MUGKIN (pertama kali melihat judul dan kali ini, pentejermah berjaya membayangkannya dengan cantik).
Yes dear readers, I'm a sucker for romantic comedies, nowadays! (watch with my sis, of course!)
Well, the good ones only.
Like this one.
Ryan Reynolds best. Abigail Breslin best!
Ceritanya senang: seorang budak kecil (yang tahu ayah dan ibunya dalam proses penceraian) ingin mengetahui tentang kisah 'cinta' ibu dan ayahnya, selepas meniti hari di sekolah dengan pendidikan seks! Ini bukan filem "U" ya, tolonglah!
Filem tulisan/arahan Adam Brooks ini mengingatkan aku kepada filem-filem James L. Brooks (are they related?), komedi yang romantik, sekaligus melodramatik, berkait dengan hal ehwal semasa, matang dan tidak meninggalkan tradisi Hollywoodnya yang menarik penonton melihat sudut-sudut "cutsie" yang dicipta (seperti anjing dalam As Good As It Gets(1997). Di dalam filem ini, terletak pada "cutsie" dinamisme Ryan dan Abigail sebagai anak perempuannya, dan Abigail memang seronok dan mencuitkan!
Tiga wanita "in question" adalah Elizabeth Banks (cantik), Rachel Weisz (sangat cantik!) dan Isla Fisher (bagi aku tak cantik, tapi lakonannya cantik!). Soalannya, siapakah tiga wanita ini yang menjadi ibu kepada anak Ryan, dan soalan cepu emas (duh!), siapa yang Ryan benar-benar sayang?
Semua 'klasik' Hollywood ditetapkan dalam filem ini, bukan dalam bentuk tradisi seperti yang dibikin dalam The Mirror Has Two Faces(1996) tetapi bolehlah dikatakan 'pasca-moden' bila kita, seakan dibawa dalam satu perspektif ala Rashomon untuk menentukan kebenaran-kepalsuan cerita/dongeng Ryan Reynolds. Kita ialah Abigail dalam filem ini (kita tidka boleh jadi sinis, kalau tidak, magiknya tidak menjadi), mencari satu kepastian (definitive), bukan terhadap siapa ibunya sebenarnya, tetapi siapa yang boleh menjadi ibu seterusnya (persoalan terhadap kemajuan dalam kehidupan), satu singkap yang sekali gus baharu, segar, liberal dan 'sekarang'.
Kehadiran Kevin Kline mengujakan sebagai profesor terkenal kewartawanan (sila lihat babak beliau berucap di depan penonton akan buku terbaharunya) yang menjadi 'kekasih/ayah' Rachel Weisz. Tetapi yang paling menarik ialah, melihat bagaimana Ryan, dalam 120 minit filem ini, dapat "pull it off" dengan perwatakannya yang kebudak-budak kemudian dikhianati dalam cinta kemudian seorang yang matang. Sememangnya filem ini dibuat untuk manusia berwajah Tom Cruise (lelaki yang mempunyai wajah kebudak-budakan), tetapi Ryan memaparkan dia boleh menjadi "cute", "kacak" dan kemudian "matang" dalam satu cerita dengan lancar sekali.
Babak buat aku menangis (ya, aku teruk):
Abigail: Jadi, apakah "happy ending" yang ayah janjikan tu?
Ryan: Engkau ...
(mereka berpeluk ... ahhhhhhh ...)
Abigail: Jadi, apakah "happy ending" yang ayah janjikan tu?
Ryan: Engkau ...
(mereka berpeluk ... ahhhhhhh ...)
Filem ini seronok, bukan sahaja seimbang dalam memberi kupasan yang jitu dan terususn akan hubungan ayah-anak yang cantik di antara Ryan dan Abigail, tetapi bagaimana Ryan 'bercerita' (ini sahaja bahagian yang mungkin tidak masuk akal, tetapi kita terima kerana latar yang dicipta memaparkan Ryan atau ayah Amerika sekarang senang bercerita hal-hal dalam dan seksual kepada anaknya) akan pertemuan-percintaan-putusnya dengan tiga wanita itu (sampai Abigail menyatakan: "What's the word 'slut' for man?"). Ini diikat pula dengan cantik akan kerjaya politik Ryan yang menyokong Bill Clinton sewaktu itu dan apa yang berlaku (kepada Ryan) apabila mencampurkan seks dan politik (walaupun mungkin ia klise buat sekarang).
Sebuah filem yang seronok, sekali gus matang. Antara filem komedi romantik yang terbaik tahun ini.
ps: Selepas itu adik aku menonton Gone, Baby Gone dan dia mengatakan filem itu teruk dan jangan tonton. AKu terkedu, tak tahu kenapa.