15 January 2008

2 felem seronok

Kala (2007)


OK, filem ni memang buat aku dengki besar kat Rewan sebab dia secara invitation dapat gi Jakarta untuk menonton filem neo-noir Joko Anwar yang terbaru ini. Lagi satu, filem ni dah tentu jadi antara filem paling modcod (rujuk entri Anak Halal(2007) aku pasa pos lepas) benci kerana 'sheer extend on style rather than message' atau 'sheer gay agenda'.

Serius, filem ni ada sesuatu. Filem ni ada semangat neo-noir yang jarang-jarang kita nonton. Tapi kalau aku bandingkan Kala Mamat Khalid dengan Kala Joko Anwar, aku terpaksa mengaku, aku lagi prefer Kala Mamat Khalid, sebab Mamat Khalid tak menipu aku (dia bagitahu awal-awal yang apa yang kita tonton itu hanya sebuah filem dan jangan ambil serius walau bagaimana seriusnya persekitarannya, atau bagaimana pun seriusnya pengkahiran filem itu) dan Mamat Khalid tahu macam mana nak cuit hati orang. Kala bagus, jangan kau tak tahu, lebih-lebih lagi segi teknikalnya, tip-top. Aku suka feel filem ni, aku suka suaranya (macam tengok beberapa babak dalam filem David Lynch, cth. Lost Highway), aku suka budaya dan reka bangunannya (noir feel filem Joko Anwar terletak dalam penggayaan menggunakan kos rendah dalam mengambil bangunan-bangunan lama serata Indonesia, malah aku sedar beberapa babak dalam filem ni dekat kepada 'murahan' tetapi kerana gaya tangkapan yang penuh stylish, ia menjadi sangat mahal) dan orang-orang esentrik yang tinggal di dalamnya. Apa yang aku tak suka ialah, cara 'penipuan' pada pengakhiran Kala, semacam mahu mempersenda THE ONE dalam THE MATRIX tetapi sebaliknya mempersendakan diri sendiri.

Pengkahiran filem ini mungkin tak terlalu terlajak dalam satu sudut. Tetapi kesalahan besar Joko ialah, bila kita sudah diberi satu pengharapan yang 'serius' dari awal filem ini hingga ke akhir (lebih kita masuk ke dalam dunia Kala, lebih kita sedar ia sebuah satira terhadap sejarah dan perjalanan politik Indonesia), tetapi apabila Si Wanita Dengan Pedang (ingat simbol wanita berpelir aku dulu?) muncul, lalu tiba-tiba berperang ala-ala Kill Bill dengan penggunaan efek CGI yang sungguh murah, segala pengharapan kita pada saat itu hancur. Kalaulah saja Joko 'menjaga' filemnya tanpa membawa masuk unsur 'comical' ini dengan memaparkan kewarasan imej dalam bentuk 'stark horror' dalam pembunuhan lelaki di bukit itu, mungkin segala yang kita tonton waktu itu masih boleh dimaafkan. Tetapi tak, perjalanan yang dibawa setakat itu dipesongkan (mengikut agenda 'pesongan' Joko terhadap apa-apa yang 'lurus', and I mean that in a very literal way) dengan satu 'lawak' yang sendirinya memakan antisipasi kita. Ini saja kelainan Kala Joko dan Kala Mamat Khalid.


American Gangster (2007)

Aku tak tahu lah korang, tapi buat aku filem ini adalah antara filem terbaik buat tahun lepas, malah aku iyakan bila ia termasuk dalam nominasi filem terbaik Golden Globe.

Mungkin ramai yang tak suka filem ini sebab filem ini tidak men'glorify' mafia/samseng seperti yang mana dilakukan dalam The Godfather, Goodfellas dan Scarface. Itu bukan 'point' Brian Grazer, Steve Zallian dan Ridley Scott. Filem ini lebih dekat dengan formulaik dan kebiasaan filem polis, seperti yang terbaru, The Departed, L.A. Confidential atau yang dahulu, French Connection (antara filem kegemaran aku). Bentuk cerita ini terbahagi kepada dua, si Richie yang polis dan si Frank yang samseng. Idea filem ini ialah, walau bagaimana kelabunya manusia tu (kajian terhadap dua watak ini), satu nilai yang dipegang dan diperjuangkan ialah amanah dan integriti dalam manusia menjaga amanah itu.

Mungkin ini yang menyebabkan pengkritik agak tidak suka kerana memang, idea ini sangat moralis (malah, sangat nilai baik dapat menandingi nilai jahat yang tidak terbiasa dalam filem separa hitam samseng. Contohnya filem ini berdakwah: sewaktu Frank bersama meraikan krismas dengan keluarganya, kita dipertunjukkan adanya manusia marhaen yang ambil dadah lalu merana dan merosakkan keluarganya). Tetapi, kita perlu ingat sesuatu, Ridley mahu menunjuk, menjadi tak kalau si Frank (lakonan meletup Denzel Washington) seorang samseng diberikan lebih banyak humanisme melebihi gaya 'wise guy' atau stylish genre gangster terdahulu. Sebenarnya, kalau diperlihat, penggayaan ini lebih 'kontreversi' kerana kita memberi 'wajah manusia' buat seorang penjenayah besar. Kalau kita tonton The Last King of Scotland, filem ini memaparkan efek 'seram' sedikit demi sedikit terhadap wajah kemanusiaan Idi Amin. Dan perkara itu 'konsensus' terhadap tanggapan penonton. Tapi bayangkan seorang lelaki seperti Frank, seorang lelaki biasa yang 'dinaikkan', dan atas cita-cita Impian Amerikananya (dia sendiri menyahut: "Aku mahu jadi sekaya Donald Trump, jadi aku buatlah!") mengambil segala risikonya untuk naik ke atas puncak. Dan itulah yang dipertontonkan, tanpa penjelasan gaya yang berjela-jela, hanya cerita dan harapan Frank (dia terpaksa bersamseng untuk kaya). Dan gaya itu sungguh 'real' walaupun Frank diperlihatkan moralnya 'terseleweng' atas kehendaknya.

Maka kerana itu aku suka pengakhiran filem ini. Ia membuka satu 'persoalan' (sepertimana Ray Liotta 'menyesal' dalam Goodfellas di akhir cerita) bila pintu jel terbuka. Persoalannya, jika kehendak kita melawan segala moral yang diikuti oleh komuniti, adakah kita akan mengambil peluang itu jika kita diberi peluang? Frank sudah melakukannya dan sudah melaluinya. Anda bagaimana?

9 comments:

Anonymous said...

Eh, review Kala kau dah menyepoil plot filem tu. Maybe Joko Anwar needed to tone down his ambition since clearly he didn't have the budget to pull the ending off. Kalau ada duit lebih aku rasa mungkin babak tu boleh nampak lebih 'cool'. Aku tak rasa tone dia off sebab memang filem ni genre-bending ala Brotherhood of the Wolf kan. Ada elemen2 noir campur aduk dengan horror thriller ala Se7en dengan cerita hantu asia.

Anonymous said...

Betul tu, setelah bermula dengan penuh stylish sekali, akhir filem ni memang ada yang tak kena. Macam yang kau cakap tu lah, efek cgi dia nampak murah, melemahkan gaya yang ada sebelum ni. Satu lagi yang kelakar masa pelakon2nya sebut harta presiden pertama, tetapi terjemahan kat bawah keluar, harta presiden Sukarno. Ya, ampun kenapa tidak tulis saja presiden pertama? Seakan ia bukan satira lagi.

Anonymous said...

Yes...teknikal dia memang tip top...seram dan thrill nya menjadi, dengan hantu ala Ju On versi lelaki tu kawan aku cakap "akan cabut keluar kalo dia tengok filem tu sengsorang"...tapi memang betulla ending dia merepek skit...aku suka quote yg menyebut makluk halus tak boleh membunuh manusia tetapi tiada penjelasan kenapa perempuan tu sifatnya macam bukan manusia biasa...

BTW, aku tertipu dengan laman web cinemaonline yg membutirkan filem ini dah released sejak 20 Dec lepas dan hari aku terbaca info filem ni ialah hari terakhir filem ni ditayangkan di Klang Valley dan hanya tinggal di MBO Ampang sahaja...sebab taknak miss tgk citer ni kat wayang maka tengokla kat MBO hall yg so so tu...kemudiannya mendapati Kala ditayang di KLCC dan Cineleisure pada lusanya...

fadz said...

anon, macam le tak faham lagi cara aku, hahahahahaha..

mensh, hell yeah

gaia, eik, entahle

Anonymous said...

wah fadz ko tak approve komen aku. Dah lama aku jadi silent reader blog ko nih. Jangan lupa tonton quickie express written by Joko. Aku pon blum tgk lagi.

Anonymous said...

salam anon, aku tak aprrove ke? masalah ssistem tu, aku selalunya approve je sebab biar nampak byk, hahahahaha

Anonymous said...

Haha... nih aku lah rewan. siap ko letak nama aku lagi kat review kala.

fadz said...

ohhh, itu lu kaaa? hahahaha, rewan!! lama tak dengar cerita no..!

mmg aku jeles sial..! sampai sekarang, tu yg aku ingat sampai sekarang sebagai 'filem yg buat aku rasa jeles kat rewan', muahahah.

fadz said...

ohhh, itu lu kaaa? hahahaha, rewan!! lama tak dengar cerita no..!

mmg aku jeles sial..! sampai sekarang, tu yg aku ingat sampai sekarang sebagai 'filem yg buat aku rasa jeles kat rewan', muahahah.