14 January 2008

Sebelum itu


Ada dua buah filem yang aku baru tonton, Kala(2007) dan American Gangsters(2007). Kedua-duanya filem yang baik tetapi aku malas sikit nak tulis, nantilah aku tulis. Kali ni aku nak bagitahu 2 perkara yang aku sempat ingat, satu, pada hari Ahad pagi, Selamat Pagi Malaysia ada menyelit program bersama pembikin filem atau pelakon buat filem-filem baharu. Agak baik dan seronok. Seperti Ahad lepas, ada dua pelakon Cina yang berlakon drama tempatan di mana para pelakon Cinanya berlakon dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Lelaki Cina itu siap menerangkan "Gunalah bahasa Melayu untuk membudayakan bahasa Malaysia". Ternaik kening aku. Tapi dah tentulah, aku pun respek kat dia lepas dia kata bahasa ibunda juga janganlah dilupakan.

Keduanya, Mamat Khalid dan pelakonnya datang mempromosi Kala Malam Bulan Mengambang. Seronok tengok perangai orang tua tu, heheh.. Oh ya, aku teringat satu perkara yang Mamat Khalid bagitahu The Malay Mail baru-baru ni. Dia memberi pendapat bahawa beberapa pengkritik (aku lah kot?) tersilap bila menyelar hantu zombinya naik atap rumah. Alasannya: manalah dia tahu zombi boleh naik atap dan salah ke, sebab semuanya filem.. semuanya melihat kekreativiti sang pengarah melakukan keajaiban.

Tapi ini jawapan aku: atas kerana kreativitilah juga kita kena kreatif memikirkan satu perkara yang tidak menjerat penonton mengutuk kita. Ada dua masalah besar dalam adegan zombi naik atap (walaupun secara simbolisme kita faham akan adegan itu). Pertama ialah, jika zombi boleh naik atas atap, kita, para penonton memerlukan 'initial shot' yang menunjukkan betapa jauh si zombi ini boleh melepasi 'kehebatan' sebegitu. Mungkin Mamat Khalid pada awal frame boleh memaparkan penduduk kampung suka naik atas atap (betulkan antena TV) atau panjat pokok kelapa, maka 'intial shot' ini dah establish apa yang perlu kita 'anticipate'. Kerana memang, zombi NAIK atas atap ialah satu 'kehebatan' yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pengarah zombi lain. Dead Alive, Resident Evil atau 28 Days Later pun walaupun zombinya antara zombi terganas pernah ditayangkan di filem, tidak memaparkan zombi boleh naik atas atap. Ada yang memanjat, tetapi logik seperti zombi dalam Resident Evil 3: Apocolypse, di mana zombi yang terjadi, secara logik memaparkan ada manusia yang bermutasi seperti raksasa dan boleh melakukan pelbagai adikuasa, maka kita boleh 'anticipate' zombi yang memanjat antena dalam satu babak.

Contoh lagi, bila Neo dalam Matrix Reloaded boleh mematikan bugs begitu sahaja dengan kuasa telekenetik, perkara itu sudah kita jangkau kerana Neo sudah 'naik' satu tahap apabila duduk dalam matrix. Perkara-perkara inilah yang penting untuk diketahui oleh sang pengarah bila memberi sesuatu yang 'out of this world' kepada penonton. Contoh, kalau Romero mengarahkan filem Zombi Kampung Pisang, Romero akan memaparkan dua bentuk babak sekurang-kurangnya, pertama babak bagaimana zombi itu bersatu dan membikin satu piramid untuk naik ke atas atap. Kedua, dua jenis babak berlainan di mana ada dua buah rumah yang zombinya naik atas atap, lalu satu, rumah rukun tetangga itu dapat dibedal oleh manusia, dan kedua, sebuah rumah (tuk penghulu atai surau) berjaya dimasuki zombi. Ini memaparkan bahawa zombi dalam filem ini memang ganas dan membunuh (they meant business) dan bukan saja-saja meneropong atap rumah orang.

There, ive stated my case mr. Mamat Khalid.


ps: btw, do u guys realized dat my tontonfilem.blog-city.com dah takde? huhu, dah jadi lagenda dah tu...

4 comments:

Nazim Masnawi said...

"manalah dia tahu zombi boleh naik atap dan salah ke, sebab semuanya filem.."

Wow, sebabkan itu sesebuah filem tak memerlukan sebarang principles or code of conduct? I have to disagree with you there, Mr. Khalid. And spot on, Fadz... spot on.

Nazim Masnawi said...

Cerita ni (American Gangster) ada problems dia sendiri spt once Lucas dgn Roberts team up, kita sudah pun sampai ke denouementnya. Dan kisah hidup Roberts, kontrari kepada Lucas, gila bosan!

However, aku suka gila babi endingnya: Kita tengok Lucas berjalan keluar dari penjara pada awal 90-an dengan lagu Public Enemy "Can't Truss It" berkumandang dalam kereta yang lalu depan dia. Benda ni meletakkan kehidupan gengster dalam proper context. A hail of bullets is sexy; being released back into the wild after naming names is, in a way, the worst punishment imaginable. Lucas tolong melahirkan kultur ni, tapi, dua dekad kemudian, he has no place in it. Dengan famili dia dah hancur and kekayaan dia dah habis, Lucas jadi just another sucker, a counterfeit entrepreneur whose venal drive poisoned his community in ways that still resonate. Like Charles Keating, Ivan Boesky or Ken Lay, he's a villain, a gangster. And he's pathetic.*

*Benda ni boleh juga ditujukan kepada sebilangan politikus Malaysia.

fadz said...

huhu, thx nazim...dan bila budak filem marah kat aku, depa kata dgn defensive: "kau buatlah filem kalau pandai sangat.."
nak muntah aku dgr..

Anonymous said...

Terima kasih sebab ingat kau lagi ingat lagi nama aku. Siap mention aku gi jakarta. hahaha. Kala memang superb tapi aku setuju dengan kau pasal ending tuh. Overall memang sebuah filem penting. Lari dari cliche filem cintan cintun dari seberang.