23 May 2007

Lelaki Melayu bermasalah?


Pada ketika Wawasan 2020 hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini.
Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai. Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.
Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.
Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang.
Pernah suatu ketika saya berada di Bangsar, saya nampak seorang lelaki berpakaian selekeh dengan rokok di tepi bibirnya mengganggu dua orang pelancong wanita berbangsa Inggeris yang hendak ke restoran mamak di situ. Dua pelancong wanita itu kelihatan takut, lalu beredar dari situ dengan segera. Barangkali niat mereka untuk mencuba makanan mamak, terbatal.
Saya berpendapat, sikap lelaki Melayu tidak berubah walau betapa maju pun negara kita. Mereka masih beranggapan wanita perlukan mereka dan mereka tidak peduli untuk memalukan diri sendiri dengan berperangai seperti itu.
Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.
Diganggu
Saya menetap di luar negara selama dua tahun ketika belajar di sana dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia selama dua bulan ini, sudah ada tiga lelaki Melayu yang berperangai seperti sampah, bersiul dan mengganggu saya yang berjalan di pesiaran kaki di ibu kota. Setelah pulang dari luar negara, saya berpendapat lelaki-lelaki Inggeris lebih bersopan santun daripada lelaki Melayu, sekalipun kita selalu berpendapat mereka itu tidak bermoral. Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris.
Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu.
Golongan wanita tidak kira daripada bangsa apa pun, lebih selamat berada di kalangan lelaki Inggeris daripada bersama lelaki Melayu. Sekumpulan lelaki Inggeris pun tidak pernah menimbulkan sebarang gangguan. Tetapi kalau lelaki Melayu, seorang pun cukuplah untuk menimbulkan masalah.
Saya tidak faham mengapa lelaki Melayu mesti berkelakuan begitu buruk sekali. Fikirkanlah. Lelaki Melayu di Kuala Lumpur pun berperangai seperti ini, bagaimana di kampung-kampung? Budak-budak sekolah semuda 16 tahun sudah pandai mengusik anak gadis orang, bagaimana sikap mereka apabila dewasa kelak?
Janganlah harap mereka akan berubah sendiri apabila dewasa kerana lelaki seperti mereka inilah yang akan mengabaikan keluarga mereka kelak. Seorang ilmuwan pernah berkata; “Jika hendak tahu keadaan masyarakat pada zaman hadapan, lihatlah anak-anak muda hari ini.”
Jika perempuan boleh dilatih sejak kecil untuk menguruskan rumah tangga, kenapa tidak lelaki juga dilatih bertanggungjawab? Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda, “Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin?” Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, “Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?”
Saya hendak berterus-terang; saya sudah bosan dengan sikap lelaki Melayu yang terus-terusan menimbulkan masalah dan sentiasa juga enggan mengaku itu ialah masalah mereka. Malah, mereka tidak pun berasa malu mempertanggungjawabkan orang lain atas masalah mereka.
Atas tujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk wanita supaya mereka bebas keluar masuk rumah mereka, saya mencadangkan agar lelaki-lelaki yang bersantai di tepi jalan yang mengusik anak-anak gadis didakwa atas kesalahan melakukan gangguan sosial.
Mereka ini perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.
Barangkali saya bersikap terlalu cauvinis wanita. Tetapi saya percaya cauvinis wanita tidak akan wujud jika puncanya tidak ada. Fikirkanlah. Lelaki Melayu sudah semakin terpinggir. Masihkah kita mahu berpeluk tubuh?
– AKMAL FAIRUZ,
Victoria University of Wellington,
New Zealand.

fadz: Adakah saya bukan Melayu lagi? Oh ya, jangan lupa ke rumah PENA 2 Jun ini. Ada temasya hedonistik sopan di sana. Maklumat lanjut, sila ke http://fadliakiti.blogspot.com

16 May 2007

3 Buah filem untuk Rabu

Feast (2006)
Segalanya yang aku mahu dalam sebuah filem 'monster', ada dalam filem ini, malah filem ini juga mengecam, memparodikan dan menaikkan beberapa 'par' filem-filem 'monster'. Mungkin ZKP perlu belajar daripada filem ini bila mengimbangi sesebuah genre filem seram dengan elemen menakutkan, gore dan ganas yang baik dengan humor terhadap babak kengerian yang dialami.


Peminat filem seram akan dapat 'cam' beberapa filem-filem seram cult dan agung yang ditiru (hantu makan dari bawah lantai, muntah, menutup tingkap dengan papan), dikutuk (perempuan yang kita sangka baik dan akan mati kerana korbannya rupa-rupanya pentingkan diri sendiri), dipermainkan serta dinaikkan 'satu par' (anak kecil mati tanpa belas kasihan lagi). Bagi yang masih budak-budak kepada filem seram, sila tonton Assault on Precint 13, Night of the Living Dead, Tremors, Alien, The Thing, Gremlins, Duel, Evil Dead dan The Exorcist untuk mengetahui apa yang aku cakapkan ini. Malah ini memang seakan sebuah filem yang 'hip' dibuat oleh Tarantino. Awal-awal lagi kita sudah diberitahu bahawa 'objek yang menakutkan' itu datang membalas dendam. Pedulilah di mana ia dicipta (selalunya dalam filem seram, "less is more" dalam epitemologi ciptaan benda-benda jahat), yang penting ia membunuh.


Feast kadang-kala cuba tidak memperolokkan sesiapa. Ia juga satu santapan seram yang menghiburkan. Tetapi efektifnya dalam memberi rasa cemas dan gerun terhadap keseraman itu, walaupun laju dan pop (kini, filem seram Hollywood sangat laju), ia tetap menghiburkan.

28 Weeks Later (2007)

Jangan lupa tonton filem ini, antara filem sci-fi/seram yang terkuat dalam francais seram-zombi abad ini (oh ya, Resident Evil: Extinction akan ke pawagam tak lama lagi). Filem ini akan membawa pelbagai perbincangan, serta sakit hati. Aku sudah lama tidak menonton sebuah filem seram se'harrowing' ini, sebuah filem seram yang bukan sahaja membuat engkau rasa mengigau malam tetapi sedih dan termangu. Ini hanya berlaku kepada aku sewaktu aku tonton Invasion of the Body Snatchers (versi 80-an) dan Company of the Wolves. Dan untuk sekian sekali, rasa tidak tenteram itu datang lagi dalam bentuk filem ini.


Kita takkan jumpa Cillian Murphy atau tulisan Alex Garland dalam filem ini, tetapi bagi aku filem ini berjaya mengimbangi idea filem pertama serta apa yang membuat filem pertama itu 'tick'. Sebenarnya filem kedua ini lebih besar skopnya, lebih 'epikal'. Ini dikuatkan dengan penulisan skrip oleh empat orang untuk menjaga dengan jitu idea filem ini.


Ada beberapa babak juga akan mengingatkan kita terhadap beberapa filem Romero, terutamanya babak helikopter (rujuk Dawn of the Dead). Malah filem ini sebenarnya bukan tentang zombi, tetapi keseraman kuasa manusia mencipta sistem 'pengkerahan' yang boleh membawa kepada kerosakan. Di sinilah sebenarnya kritikal filem ini berseri- kelemahan Amerika dan istilah 'polis dunia' yang disematkan pada diri mereka terhadap ketidaktentuan alam dan manusia (the unseen, normalcy forces of nature and men). Malah, askar Amerika ialah 'the bad guy' baru dalam filem industri, askar Nazi terbaru.


Filem ini mengutuk kesemuanya yang telah dilakukan oleh Amerika selepas 11/9. Malah, bila kita menonton filem ini, kita seakan 'membaca' bahawa zombi adalah 'means' alam (nature) untuk menyerang balik perosaknya (manusia). Musuh sebenarnya yang membuak kebencian kita ialah pihak Amerika dan cara mereka mengawal keadaan mana-mana negara dilanda 'peperangan'. Di dalam filem ini juga tidak terkecuali. Ada sebuah babak yang sangat efektif apabila para manusia disuruh untuk tinggal di bawah tanah tanpa penjagaan askar Amerika, sedang zombi mula membunuh dan mencapai bilik bawah tanah itu. Kegagalan Amerika itu ditampakkan sebagai kegagalan Amerika dalam menampung keganasan yang berlaku di negara yang dijajah mereka baru-baru ini. Mereka tidak akan faham bagaimana untuk mengawalnya.


Filem ini berakhir dengan satu nota yang sangat pesimis. Bagaimana dunia lama sudah lama mati dan dunia baharu, cara baharu dan tata baharu (new order) diperlukan untuk menampung ketidaktentuan alam dan manusianya. Tetapi manusia tidak akan mencapainya kerana manusia lemah. Dengan itu, mereka harus mati dan menemui kiamat mereka sendiri.



Sumo-Lah (2007)

Vovin mengatakan filem ini antara filem genre sukan buatan Malaysia yang terbaik pernah dibikin di Malaysia. Aku tidak menyangkalnya.


Tetapi untuk mengatakan filem ini filem terbaik Afdlin, aku perlu menilik-nilik dahulu.


Sumo-lah ialah sebuah filem silangan budaya yang sangat baik, yang membahaskan budaya Malaysia-Melayu dengan Jepun, serta apa yang boleh disamakan dan dibandingkan di antara dua budaya ini. Malah Afdlin berjaya menunjukkan bagaimana 'rencah'nya dunia Malaysia dengan pelbagai identiti masyarakatnya. Malaysia sememangnya satu kosmopolitan pelbagai bangsa berhimpun.


Suatu yang harus dibanggakan dengan filem ini ialah dialognya. Filem ini mempunyai skrip (atau lebih kepada dialog watak-watak) yang paling baik tahun ini. Afdlin mempunyai 'wit', beliau mempunyai 'sense of humor'. Walaupun dialog seperti "Pokemon anak Dragonball" pun boleh menyebabkan kita ketawa besar (konotasi terhadap carut orang Melayu). Dan dengan geniusnya, apabila disarikatakan, ia tidak hilang 'lawak'nya. Dialog-dialog ini yang banyak dipaparkan dalam filem ini, di mana, sebagai seorang anak tempatan, atau seorang orang asia, kita akan dapat tangkap 'lawaknya'. Inilah sarwajagatnya filem ini. Suatu perkara penting, lihatlah, bagaimana filem ini ditulis oleh empat orang. Begitulah kalau mahu buat filem yang baik.


Malah idea membawa 'Sumo' ke Malaysia amat bernas, tetapi tetap juga menyindir (orang Malaysia memang begitu, mereka senang mengambil budaya orang luar daripada menjaga budaya mereka sendiri, ini sememangnya kebiasaan orang Melayu. Kalau tidak percaya, tanyalah berapa ramai yang memiliki bola takraw di dalam rumah mereka). Yang penting ialah semangat kesukanan yang dibawa dalam perspektif filem ini. Idea 'motivasi' ini kebiasaan dalam genre sukan, seperti Get Carter atau Karate Kid. Dan ada juga unsur manusiawi terhadap dunia kesukanan itu. Sumo-Lah berjaya mengimbangi kedua-dua elemen ini dengan baik. Kita bukan saja 'merasa' sukan ini, tetapi merasa juga watak-watak yang bermain dengan sukan ini. Malah, apa awalnya kita merasakan jengkel tentang sumo, boleh berubah rasa hormat dan tabik terhadap sukan yang hidup selama 400 tahun ini.


Lagu latar filem ini ialah antara yang paling menyeronokkan juga, serta suara filem ini. Paling terbaik pernah dibuat di Malaysia.


Kelemahan filem ini ada beberapa. Yang pertamanya ialah tonjolan iklan yang terlalu. Bukan, aku tak kata waktu ramai-ramai menayang slogan Celcom dan Ogawa itu (kita dapat hint bahawa ini kebiasaan dalam pertandingan ini, maka ia di'tempatan'kan), tetapi percakapan telefon antara Awie dengan aweknya di Malaysia dengan telefon Motorola. Kelemahan yang paling tampak ialah sinematografinya. Walaupun ia terfokus, ia tidak benar-benar menangkap. Contohnya waktu Afdlin terlanggar topi keledarnya dengan topi Siti. Kita tidak dapat merasa 'feel' babak ini. Ini termasuk waktu perlawanan pada akhir filem. Contohnya sewaktu Andi dipukul di rusuknya. Kita mahu melihat perkara ini berlaku (lihat Million Dollar Baby atau Raging Bull) tetapi kita hanya mendengar "Buk"nya.


Tetapi kesemua kelemahan ini ditutup kerana kekuatan dan kelincahan para pelakonnya yang berjaya membawa 'make believe world' ini suatu yang 'real' dan berdarah. Tidak ada satu pelakon yang tampak kekok. Hanya mungkin anak kecil si Kodok, tetapi itu pun dimaafkan kerana 'charm' yang dibawa olehnya.


Walaupun filem ini agak terlalu bercakap tentang motivasi diri, di mana filem tidak memerlukan 'kata-kata' yang terlalu banyak (contoh, lihat filem Field of Dreams) untuk menyampaikan intipatinya, ia bolehlah diberikan satu penghormatan, kerana berjaya membawa satu nafas baharu dalam filem tempatan dan kejayaan Afdlin mengikat satu ikatan antarabangsa yang jarang-jarang sekali boleh berlaku dalam filem Melayu dengan begitu baik sekali seperti filem ini.


09 May 2007

3 Buah filem untuk Rabu

Children of Men (2006)

Selepas letupan yang sangat kuat dalam sebuah bangunan di mana Theo dan Kee sedang melarikan diri.
Theo: "Hows the baby?"
Kee: "Annoyed..."

Memang aku silap tak tonton filem ni. Ini adalah kerana aku menunggu buat berapa lama entah supaya filem ini keluar ke panggung wayang. Aku akan berterus-terang, filem ini kalau ditayang di panggung, aku sanggup tengok 5-10 kali. Malah aku sangat-sangat marah dengan AMPAS kerana menidakkan kekuatan filem ini dengan tidak memberinya pengiktirafan "nominasi filem terbaik", kerana bagi aku, filem ini menandingi Babel(2006) sebagai filem terbaik 2006 Hollywood, dan seharusnya tidak dipandang enteng.
Aku juga sangat marah terhadap media UK dan para penontonnya waktu itu, di mana, sewaktu aku di UK tahun lepas, filem ini sedang ditayangkan, tetapi ia tidak mendapat publisiti meluas daripada The Queen dan World Trade Centre, malah filem ini tidak mencapai pecah panggung dan rata-rata 'rebiu' yang aku baca tidak memberi markah penuh bagi filem ni. Adakah mereka
buta?? Ingatkan aku supaya tidak lagi membaca rebiu-rebiu media. Tampaknya aku kena ikut
kata hati aku untuk menonton filem baru.

Ini sebuah filem yang sangat-sangat aku suka. Sebuah 'sleeper gem' yang aku terlepas, sama seperti waktu Shawshank Redemption keluar pada 1994. Serius! Beginilah seharusnya orang buat filem!

Pengarah filem ini, Alfonso Cuaron telah mencipta sebuah magnum opus yang berjaya dari semua sudut, implikasi manusiawinya, emosi filemnya, sehinggalah apa yang membuat sebuah filem itu 'tick' (dialog 'snappy' yang ditulis oleh 4 orang, INGAT TU BADE dan pengarah2 tempatan syok sendiri!, ikatan logik yang susah untuk orang cari lubangnya, setiap imej punya seni serta kuasa 'subtility' yang berlapis-lapis tetapi tidak memudaratkan kebiolan penonton yang biol, reference kuat dari filem-filem lain tetapi tidak terlalu tampak, elemen komedi dalam latar seram, elemen poignant dalam komedi, efek 'boom' yang menggerakkan cerita sehingga kita langsung tidak rasa bosan, langsung!). Aku memang sudah menyukai Alfonso dari filem kecil tetapi CANTIKnya, A Little Princess (1995) masa aku kecik lagi (filem ini bagi aku, menandingi Pan's Labyrinth yang korang suka sangat tu, setaraf filem The Neverending Story yang aku suka betul) kerana ikatan puitis Alfonso. Dan kemudian Y Tu Mama Tambiennya (aku tak suka sangat A Great Expectation yang keluar selari dengan Cinema Paradiso tahun itu). Harry Potternya sendiri bagi aku siri yang terbaik dalam francais filem itu.

Dan filem ini... AKu cium tangan Alfonso kerana kehebatan filem ini. Kesemuanya tentang filem ini adalah kuat. Paling aku suka, tiap imejnya membuka warna-warna baharu, bukanlah ia 'berwarna', tetapi seakan kita melalui 'perjalanan' dunia baharu futuristik yang kita boleh 'rasa' realitinya, malah melangkau 'plastik' Minority Report Spielberg. Imej "Ark of Art" adalah yang paling menarik (ingat filem-filem Stanley Kubrick- dan ingat line ini: "I just don't think about it"- cantik!). Satu lagi, dengan tidak sengaja, Kee yang menutup buah dadanya dikelilingi lembu-lembu. Paling baik, filem ini laju walaupun ia tampak doku.

Malah ada beberapa babak 'hand-held' camera yang salah dibuat Spielberg (filem ini sebenarnya mengambil gaya War of the Worlds Spielberg, tetapi dalam skala yang lebih kecil dan lebih mantap ceritanya. Kedua-dua filem tentang perjalanan seorang watak yang anti-hero dan perjalanan 'mainan mata' kita terhadap sesuatu dalam literal perjalanan itu, serta emosi yang dimainkan sewaktu kita masuk dalam perjalanan itu) dalam War of the Worlds telah dilakukan dengan betul dalam filem ini. Dua shot tanpa suntingan membuktikannya, iaitu sewaktu kereta yang membawa Kee ke Chantenbury dengan pusingan kamera 360 darjah sewaktu mereka diserang hendap (ingat jeritan sial Dakota Fanning dalam WOTW?) serta sewaktu Theo membawa Kee tetapi diserang oleh kumpulan Fishes (ingat Schindler's List? Ingat Marikah dalam kot merahnya membawa Kee dan Theo. Ingat Saving Private Ryan? Ingat babak tembakan di dalam bangunan, walaupun bagi aku, The Pinaist Roman Polanski juga sangat menyeramkan dan kuat).

Perkara yang paling aku suka ialah, filem ini sebuah filem fiksyen sains 'near future' yang sangat relevan dengan dunia kita sekarang. Mungkin kerana itu, para juri tidak sanggup memberi peluang filem ini naik, kerana ia sejujur-jujurnya menolak peperangan yang didalang oleh Amerika dan Britain.

Filem ini aku dah tonton dua kali. Dan dua-dua kali aku menangis waktu babak Kee yang memegang bayinya turun dari tangga dan askar Britain memberi penghormatannya. Imej ini adalah imej terkuat (walapun mendakwah) filem ini, satu mesej anti-perang paling berkesan, dicampur dengan idea bom selepas itu (manusia tidak akan berubah). Harapan - ketiadaan harapan adalah lumrah manusiawi. Seperti akhir filem ini. Kita yang berharap, melihat bot "Tommorow" sebagai satu harapan. Tetapi sebagai pesimis yang sudah melihat segala keseraman realiti satu jam setengah, "Tommorow" ini mungkin sebuah lagi dajal yang akan menyiksa Kee (kerana realitinya, tidak ada definisi sebenar 'sanctuary' bagi umat manusia, termasuklah Jerusalem yang bergaduh dan Mekkah yang bersesak-sesak sekarang, manusia memang tiada harapan sebenar tetapi untuk dirinya atau kumpulannya mencari identifikasi dan keselesaan). Dengan itu, Children of Men ialah sebuah filem penting yang sudah lama tidak dibikin orang. Ia, sebuah filem yang mesti ditonton.



Hills Have Eyes 2 (2007)

Semalam aku sepatutnya ke prebiu filem Cinta Pertama dengan undangan Ajami. Tetapi aku sudah silap premis. Oleh kerana itu, aku pergi menonton filem ini sebelum ia lenyap kerana populariti Spiderman 3 (aku tak mahu rebiu filem soapy Labahman, Sang Pasir dan 2 Orang Minyak ni kerana Vovin dari http://www.dunia-vovin.com/ sudah menjelaskan apa yang aku nak jelaskan). Aku suka filem ini, menghiburkan. Walaupun filem ini punya lubang yang sangat besar (kenapa kerajaan masih memberi peluang bagi 'hillbillies' bawah lombong untuk hidup?), pengarah filem ini sekurang-kurangnya menjawab (dengan samar-samar) pada akhir filem ini.

Filem ini juga filem anti-perang, atau filem-filem pasca 11/9. Filem ini menyuntik idea keganasan Amerika serta kelemahan polisi dalaman Amerika menjaga keganasan negaranya sendiri (ingat pembunuhan Columbia dan baru-baru ini Virginia?). Keganasan dalam filem ini menyeronokkan, juga punya 'flare' dan sinikalnya dalam beberapa tempat, walaupun ada klise seram di sana-sini (jangan tinggalkan kumpulan, budak paling cantik/over akan dibunuh, hero paling rugged kena mati, ketua hantu perlu hidup sekali lagi). Beberapa babak kejam-ganas (yeah pada LPFN, saya sayang awak!) seperti bayi raksaksa keluar dari P*** perempuan, badan tinggal separuh, kepala dipecah dan anu dicacak sangat menyeronokkan. Filem ini memang tidak perlu berfikir banyak, tetapi yang penting, imej seramnya seronok.


Apocolypto (2007)

Tiba-tiba Mel Gibson seorang pemuja berhala selepas Passion?

Satu sahaja. Superb!

Sebuah filem lagi yang tidak dilayan oleh AMPAS. Babak cantik-seram sewaktu Leopard Paw sampai ke perkarangan tempat penyembelihan orang Maya adalah antara 'highlight' yang tidak patut dijauhi oleh penonton.

Gaya filem ini juga membawa gaya perjalanan (tapi dalam ini, dengan kaki) di mana watak dibawa ke suatu tempat dan pengolahan dan perkembangan watak serta emosi penonton terhadap setiap imej berlaku.

Filem ini juga mempunyai idea bahawa segala takdir-nasib manusia sebenarnya terikat dan bersatu dalam satu kitaran, maka sejarah manusia sebenarnya sama dan berkitar dengan sebab-akibat yang sama. Maka filem ini juga memaparkan kebobrokan sesebuah sistem yang menindas (ingat Amerka sekali lagi? Ini ialah mesej subtle Gibson terhadap kejahatan Amerika sekarang) manusia lain, yang akan menyebabkan sistem itu jatuh.

Setiap mis-en-scene dalam filem ini sangat cantik. Pedulilah kalau korang susah sedikit kerana melihat watak-watak berupa Melayu bercawat bercakap bukan dalam bahasa Inggeris, kerana Gibson berjaya membawa universal imej emosi wayang dalam filem ini dengan setiap langkah wataknya dan setiap mimik muka, membawa imej filem (ia bukan kebenaran, ia fantasi yang dicipta, seperti Gladiator atau 300) yang mengharukan serta menggerakkan penonton.

Satu eksprimen baik Gibson dalam menyambung dakwahnya tentang mencari manusiawi dalam keganasan manusia.

08 May 2007

Bintang Bukan Saja Di Langit



Hamzah Hussin sudah meninggalkan kita dan bertemu Penciptanya. Al-Fatihah.
Di atas adalah novel terkakhir beliau yang saya jumpa di Pesta Buku hari itu.


Nostalgia: Hamzah Hussin bagaikan 'perpustakaan filem'Melayu
Oleh Zainuri Misfar, BERITA HARIAN 4 Mei 2007
Dunia tanah air kehilangan pakar rujuk yg mahir dlmsejarah serta dunia hiburan era 40-an-2007.
BAGI wartawan hiburan, penuntut di institusi pengajiantinggi & peminat serta pengkaji filem, Hamzah Hussinketika hayatnya, sering menjadi rujukan mengenaiperkembangan filem Melayu sejak tahun 40-an lagi. Pada suatu ketika, Hamzah yg lebih mesra dgn panggilanPak Hamzah digelar sebagai ‘perpustakaan bergerak’kerana pengetahuannya mengenai dunia perfileman tanahair. Maklumat mengenai sejarah filem Melayuseolah-olah berada dlm tangannya. Jawatannya sbgPegawai Perhubungan di Cathay Keris membuatkan beliaumelihat & terbabit secara langsung dlm hal pentadbiran& pembikinan filem keluaran Cathay Keris.
Pak Hamzah menulis skrip & l/layar bagi filem Mahsuripada tahun 1958, Tun Fatimah (1962), Rumah ItuDunia-ku (1964), Patung Chendana (1965), Ikan Emas(1965), Gurindam Jiwa (1965), Anak Dara (1966) & 2x5Lima (1966). Filem lain berdasarkan skripnya adalahPlayboy (1967), Dosa Wanita (1967), Pop Muda (1968),Srikandi, Nafsu Belia, Keris Mas, Sial Wanita &Keranda Wanita semuanya pada tahun 1969, selain Puaka(1970) & Semusim Di Neraka (1971).
Kerjaya awal Pak Hamzah ialah sbg penulis dlm pelbagaimajalah seperti Filem Malaya, Puteri Melayu, BulanMelayu, Utusan Melayu, Utusan Zaman & Mustika. Beliau menjadi pengarang majalah Mingguan Hiburan,Mutiara, Belia, Fashion, Arena Filem, Hiburan Filem &Hiburan Cerita, selain akhbar Melayu Raya & MingguanRaya. Antara tahun 1950-1960, Pak Hamzah aktif menulisnovel.
Antara novel karyanya ialah Tarikh BerlariLiar, Di Mana Terbitnya Matahari, Rumah Itu Dunia-ku,Pemburu Kembali Ke Rumah, Samseng & Rumah Kosong. Beliau menjadi salah seorang pengasas ASAS50, AngkatanPenulis Melayu Baru & pernah menjadi wakil kedua-duapersatuan itu dlm Kongres Persuratan Melayu. Padatahun 1954, Pak Hamzah menyertai Cathay Keris &memegang jawatan Pegawai Penerangan, Penulis Skrip &Pengeluar Bersekutu. Pada 1958, Cathay Kerismenerbitkan filem Mahsuri. Skripnya ditulis oleh TunkuAbdul Rahman Putra & dibeli oleh Cathay Keris dgnharga RM10,000. Pak Hamzah menjadi penulis l/layarfilem itu. Katanya, Tunku sangat teliti dlm pembikinanfilem Mahsuri. Katanya lagi, dlm lawatan ke Singapura,Tunku menggesekkan biola memainkan lagu Bunga Tanjung& Ala Canggung. Lagu yg sudah dirakamkan itudiserahkan kpd Zubir Said untuk disusun sbg lagu filemyg dimestikan mengisi filem Mahsuri.
Pada awal tahun60-an, Pak Hamzah bersama L Krishnan menyembunyikandiri utk menulis skrip filem Orang Minyak. Ini keranapada waktu itu Shaw Brothers juga merancangmenghasilkan filem Sumpah Orang Minyak arahan PRamlee. Katanya lagi, P Ramlee tidak suka dgn filem itu tetapiterpaksa juga buat atas arahan majikannya. Filem OrangMinyak terbitan Cathay Keris ketika dlm prosespenggambaran menggunakan judul Lena. Ini adalah utkstrategi pemasaran. Itulah antara pengalaman ygdimuatkan dlm buku Memoir Hamzah Hussin - Dari KerisFilm ke Studio Merdeka terbitan UKM. Pak Hamzah jugadikenali sbg penulis & novelis.
Beliau juga orang kuat di Harmy Press & Royal Press - 2 penerbit aktif di Singapura pada waktu itu.Selepas meninggalkan ASAS50 yg diasaskan bersama-samaKeris Mas, Jimy Asmara, Asraf, beliau menubuhkanPersatuan Angkatan Persuratan Melayu baru ygberlandaskan ‘seni untuk seni’.
Pak Hamzah kemudian terjun ke dunia perfileman sbgperunding pembikinan filem selain menjadi penulisberpuluh skrip. Beliau juga memegang jawatan PegawaiPenerangan Cathay Keris selama 17 tahun. Beliaumenggerakkan era wayang gambar hitam putih daribelakang tabir sebagai Pegawai Penerangan CathayKeris. Menerusi pengalamannya yg luas itu, Pak Hamzahsering diun&g menjadi juri atau memberi syarahan diIPTA & membentangkan kertas kerja di festival filemantarabangsa.Pada tahun 1980, beliau diundang menjadi juri diFestival Filem Asia Pasifik di KL.
RTM pernah memilihnya sebanyak lapan kali sbg juri Anugerah SriAngkasa, manakala TV3 pula mengundangnya sebanyak 4xmenjadi juri Anugerah Skrin.Pada tahun 1989, PakHamzah menjadi Pensyarah di Akademi Filem Malaysia.Jawatan terakhirnya di Finas ialah sbgaKetua PerundingSkrip. Beliau meninggal dunia pada 21 April 2007 padausia 80 tahun kerana sakit tua di rumahnya di FrenchRoad, Singapura.
Nama Sebenar: Hamzah Abdul Majid Hussin
Lahir: 27 Julai 1927
Meninggal Dunia: 21 April 2007

05 May 2007

Dua Cerpen Aku dalam G-Files Edisi 1



Memperkenalkan G-Files, majalah seram/fakta luar dugaan/separa x-files menanti anda, dan ya, Mensh, kau kena beli juga majalah berharga 3.90 ni supaya taukeh majalah ni gemuk lagi.

Cerpen 1: "Ibu, satu dah bangun ..." (siri Jangan Tutup Lampu)

Cerpen 2: Tangan Berulat (this one's my favourite, huhu, ini aku khaskan pada Spiral, siri Angker)

I know its shitty, well i'm no Uthaya, Zehann (my Fantastique idol now), Saharil Sanin, Nizam, Nisah Tudung or Faisal Tehran, but i feel this magazine is awfully a good read, dibelakangi oleh editor yang tahu apa sepatutnya diberikan kepada peminat-peminat seram, "amazing facts ala Ripley" dan fantastique (istilah Melayu/Indonesia: Fantastik, mengikut sarjana Apsanti Djokosujatno) macam aku.

Kalaulah ia setaraf lagi dengan majalah-majalah geren sci-fi/seram di Amerika (Kalau kalian mahu tahu, seperti yang Stephen King dan Richard Matheson sudah mengkaji, Fantasi dan Cereka Sains adalah anak kepada genre Fantasi, dan kadangkala berpaut dengan genre Fantastique [no nisah and zakir, its not the same with fantasy, genre khas ini banyak dicipta dan dikaji oleh Peranchis, tetapi kami orang Malaysia sebenarnya sudah banyak genre ini, hanya kita saja tak tahu mengaprisiasinya], yang kemudiannya dipanggil "Speculative Fiction"), it would've been better.

Tetapi, hell, diorang dah buat salah dengan majalah Creative, Fantasi (pertama-tama, ingatkan majalah tu majalah sci-fi/ fantasi/ seram tetapi tiba-tiba berubah jadi berat dengan isu-isu kotemporari sastera dan budaya) maka ketibaan majalah ini tersangatlah berbaloinya.

Kepada peminat seram, kalian mahu suatu pembaharuan daripada kebiasaan Tamar Jalis (Oh, tapi ni mahaguru fiksyen Fantastik tempatan!), Tok Awang Ngah dan didaktisme Mastika-Pesona (i love the Variasi-Variapop pulp mag dedulu), carilah dalam majalah segar ini.

01 May 2007

Artikel Aku dalam Dewan Sastera

Satu distopik- sesuatu yang Mensh harap tidak berlaku sudah berlaku. Artikel aku tiba-tiba 'perlu dibayar' untuk membacanya. Sila beli Dewan Sastera Mei 07. Artikel aku ada dalamnya. Juga lihat bagaimana Nisah Hj. Haron koyak-koyakkan novel 'bayi' aku, JIAN dengan mengutuk kulitnya, isinya (kurang sains atau langsung tidak memaparkan fiksyen sains) selepas Berita Harian memberi liputan 'ringkasan' tentangnya dengan judul 'Sains Fiksyen Malaysia', dua kali minggu lepas. Sila dapatkan di Pesta Buku KL di PWTC (dan ada orang tanya aku soalan bodoh seperti: "Saya ingat KL Book Fair dua hari saja?") kalau susah mahu cari di kedai buku berhampiran anda. Kalau susah sangat, siksa mamak jaga kedai dekat rumah supaya dia jual Dewan Sastera (mungkin ini sudah terlalu...). Oh ya, cerpen Saharil yang 'suci' juga ada di dalamnya, juga cerpen fantasi idola aku, Ahmad Patria Abdullah, dan sebuah cerpen 'skiffy' bodoh daripada Arifin Siri. Wah, fiksyen sains di'masyarakatkan'? You wish... Kalaulah sahaja karya FS Nizam Zakaria ada di dalamnya sebagai perasa cukup rasa...