Showing posts with label Mel Gibson. Show all posts
Showing posts with label Mel Gibson. Show all posts

09 May 2007

3 Buah filem untuk Rabu

Children of Men (2006)

Selepas letupan yang sangat kuat dalam sebuah bangunan di mana Theo dan Kee sedang melarikan diri.
Theo: "Hows the baby?"
Kee: "Annoyed..."

Memang aku silap tak tonton filem ni. Ini adalah kerana aku menunggu buat berapa lama entah supaya filem ini keluar ke panggung wayang. Aku akan berterus-terang, filem ini kalau ditayang di panggung, aku sanggup tengok 5-10 kali. Malah aku sangat-sangat marah dengan AMPAS kerana menidakkan kekuatan filem ini dengan tidak memberinya pengiktirafan "nominasi filem terbaik", kerana bagi aku, filem ini menandingi Babel(2006) sebagai filem terbaik 2006 Hollywood, dan seharusnya tidak dipandang enteng.
Aku juga sangat marah terhadap media UK dan para penontonnya waktu itu, di mana, sewaktu aku di UK tahun lepas, filem ini sedang ditayangkan, tetapi ia tidak mendapat publisiti meluas daripada The Queen dan World Trade Centre, malah filem ini tidak mencapai pecah panggung dan rata-rata 'rebiu' yang aku baca tidak memberi markah penuh bagi filem ni. Adakah mereka
buta?? Ingatkan aku supaya tidak lagi membaca rebiu-rebiu media. Tampaknya aku kena ikut
kata hati aku untuk menonton filem baru.

Ini sebuah filem yang sangat-sangat aku suka. Sebuah 'sleeper gem' yang aku terlepas, sama seperti waktu Shawshank Redemption keluar pada 1994. Serius! Beginilah seharusnya orang buat filem!

Pengarah filem ini, Alfonso Cuaron telah mencipta sebuah magnum opus yang berjaya dari semua sudut, implikasi manusiawinya, emosi filemnya, sehinggalah apa yang membuat sebuah filem itu 'tick' (dialog 'snappy' yang ditulis oleh 4 orang, INGAT TU BADE dan pengarah2 tempatan syok sendiri!, ikatan logik yang susah untuk orang cari lubangnya, setiap imej punya seni serta kuasa 'subtility' yang berlapis-lapis tetapi tidak memudaratkan kebiolan penonton yang biol, reference kuat dari filem-filem lain tetapi tidak terlalu tampak, elemen komedi dalam latar seram, elemen poignant dalam komedi, efek 'boom' yang menggerakkan cerita sehingga kita langsung tidak rasa bosan, langsung!). Aku memang sudah menyukai Alfonso dari filem kecil tetapi CANTIKnya, A Little Princess (1995) masa aku kecik lagi (filem ini bagi aku, menandingi Pan's Labyrinth yang korang suka sangat tu, setaraf filem The Neverending Story yang aku suka betul) kerana ikatan puitis Alfonso. Dan kemudian Y Tu Mama Tambiennya (aku tak suka sangat A Great Expectation yang keluar selari dengan Cinema Paradiso tahun itu). Harry Potternya sendiri bagi aku siri yang terbaik dalam francais filem itu.

Dan filem ini... AKu cium tangan Alfonso kerana kehebatan filem ini. Kesemuanya tentang filem ini adalah kuat. Paling aku suka, tiap imejnya membuka warna-warna baharu, bukanlah ia 'berwarna', tetapi seakan kita melalui 'perjalanan' dunia baharu futuristik yang kita boleh 'rasa' realitinya, malah melangkau 'plastik' Minority Report Spielberg. Imej "Ark of Art" adalah yang paling menarik (ingat filem-filem Stanley Kubrick- dan ingat line ini: "I just don't think about it"- cantik!). Satu lagi, dengan tidak sengaja, Kee yang menutup buah dadanya dikelilingi lembu-lembu. Paling baik, filem ini laju walaupun ia tampak doku.

Malah ada beberapa babak 'hand-held' camera yang salah dibuat Spielberg (filem ini sebenarnya mengambil gaya War of the Worlds Spielberg, tetapi dalam skala yang lebih kecil dan lebih mantap ceritanya. Kedua-dua filem tentang perjalanan seorang watak yang anti-hero dan perjalanan 'mainan mata' kita terhadap sesuatu dalam literal perjalanan itu, serta emosi yang dimainkan sewaktu kita masuk dalam perjalanan itu) dalam War of the Worlds telah dilakukan dengan betul dalam filem ini. Dua shot tanpa suntingan membuktikannya, iaitu sewaktu kereta yang membawa Kee ke Chantenbury dengan pusingan kamera 360 darjah sewaktu mereka diserang hendap (ingat jeritan sial Dakota Fanning dalam WOTW?) serta sewaktu Theo membawa Kee tetapi diserang oleh kumpulan Fishes (ingat Schindler's List? Ingat Marikah dalam kot merahnya membawa Kee dan Theo. Ingat Saving Private Ryan? Ingat babak tembakan di dalam bangunan, walaupun bagi aku, The Pinaist Roman Polanski juga sangat menyeramkan dan kuat).

Perkara yang paling aku suka ialah, filem ini sebuah filem fiksyen sains 'near future' yang sangat relevan dengan dunia kita sekarang. Mungkin kerana itu, para juri tidak sanggup memberi peluang filem ini naik, kerana ia sejujur-jujurnya menolak peperangan yang didalang oleh Amerika dan Britain.

Filem ini aku dah tonton dua kali. Dan dua-dua kali aku menangis waktu babak Kee yang memegang bayinya turun dari tangga dan askar Britain memberi penghormatannya. Imej ini adalah imej terkuat (walapun mendakwah) filem ini, satu mesej anti-perang paling berkesan, dicampur dengan idea bom selepas itu (manusia tidak akan berubah). Harapan - ketiadaan harapan adalah lumrah manusiawi. Seperti akhir filem ini. Kita yang berharap, melihat bot "Tommorow" sebagai satu harapan. Tetapi sebagai pesimis yang sudah melihat segala keseraman realiti satu jam setengah, "Tommorow" ini mungkin sebuah lagi dajal yang akan menyiksa Kee (kerana realitinya, tidak ada definisi sebenar 'sanctuary' bagi umat manusia, termasuklah Jerusalem yang bergaduh dan Mekkah yang bersesak-sesak sekarang, manusia memang tiada harapan sebenar tetapi untuk dirinya atau kumpulannya mencari identifikasi dan keselesaan). Dengan itu, Children of Men ialah sebuah filem penting yang sudah lama tidak dibikin orang. Ia, sebuah filem yang mesti ditonton.



Hills Have Eyes 2 (2007)

Semalam aku sepatutnya ke prebiu filem Cinta Pertama dengan undangan Ajami. Tetapi aku sudah silap premis. Oleh kerana itu, aku pergi menonton filem ini sebelum ia lenyap kerana populariti Spiderman 3 (aku tak mahu rebiu filem soapy Labahman, Sang Pasir dan 2 Orang Minyak ni kerana Vovin dari http://www.dunia-vovin.com/ sudah menjelaskan apa yang aku nak jelaskan). Aku suka filem ini, menghiburkan. Walaupun filem ini punya lubang yang sangat besar (kenapa kerajaan masih memberi peluang bagi 'hillbillies' bawah lombong untuk hidup?), pengarah filem ini sekurang-kurangnya menjawab (dengan samar-samar) pada akhir filem ini.

Filem ini juga filem anti-perang, atau filem-filem pasca 11/9. Filem ini menyuntik idea keganasan Amerika serta kelemahan polisi dalaman Amerika menjaga keganasan negaranya sendiri (ingat pembunuhan Columbia dan baru-baru ini Virginia?). Keganasan dalam filem ini menyeronokkan, juga punya 'flare' dan sinikalnya dalam beberapa tempat, walaupun ada klise seram di sana-sini (jangan tinggalkan kumpulan, budak paling cantik/over akan dibunuh, hero paling rugged kena mati, ketua hantu perlu hidup sekali lagi). Beberapa babak kejam-ganas (yeah pada LPFN, saya sayang awak!) seperti bayi raksaksa keluar dari P*** perempuan, badan tinggal separuh, kepala dipecah dan anu dicacak sangat menyeronokkan. Filem ini memang tidak perlu berfikir banyak, tetapi yang penting, imej seramnya seronok.


Apocolypto (2007)

Tiba-tiba Mel Gibson seorang pemuja berhala selepas Passion?

Satu sahaja. Superb!

Sebuah filem lagi yang tidak dilayan oleh AMPAS. Babak cantik-seram sewaktu Leopard Paw sampai ke perkarangan tempat penyembelihan orang Maya adalah antara 'highlight' yang tidak patut dijauhi oleh penonton.

Gaya filem ini juga membawa gaya perjalanan (tapi dalam ini, dengan kaki) di mana watak dibawa ke suatu tempat dan pengolahan dan perkembangan watak serta emosi penonton terhadap setiap imej berlaku.

Filem ini juga mempunyai idea bahawa segala takdir-nasib manusia sebenarnya terikat dan bersatu dalam satu kitaran, maka sejarah manusia sebenarnya sama dan berkitar dengan sebab-akibat yang sama. Maka filem ini juga memaparkan kebobrokan sesebuah sistem yang menindas (ingat Amerka sekali lagi? Ini ialah mesej subtle Gibson terhadap kejahatan Amerika sekarang) manusia lain, yang akan menyebabkan sistem itu jatuh.

Setiap mis-en-scene dalam filem ini sangat cantik. Pedulilah kalau korang susah sedikit kerana melihat watak-watak berupa Melayu bercawat bercakap bukan dalam bahasa Inggeris, kerana Gibson berjaya membawa universal imej emosi wayang dalam filem ini dengan setiap langkah wataknya dan setiap mimik muka, membawa imej filem (ia bukan kebenaran, ia fantasi yang dicipta, seperti Gladiator atau 300) yang mengharukan serta menggerakkan penonton.

Satu eksprimen baik Gibson dalam menyambung dakwahnya tentang mencari manusiawi dalam keganasan manusia.