05 May 2007

Dua Cerpen Aku dalam G-Files Edisi 1



Memperkenalkan G-Files, majalah seram/fakta luar dugaan/separa x-files menanti anda, dan ya, Mensh, kau kena beli juga majalah berharga 3.90 ni supaya taukeh majalah ni gemuk lagi.

Cerpen 1: "Ibu, satu dah bangun ..." (siri Jangan Tutup Lampu)

Cerpen 2: Tangan Berulat (this one's my favourite, huhu, ini aku khaskan pada Spiral, siri Angker)

I know its shitty, well i'm no Uthaya, Zehann (my Fantastique idol now), Saharil Sanin, Nizam, Nisah Tudung or Faisal Tehran, but i feel this magazine is awfully a good read, dibelakangi oleh editor yang tahu apa sepatutnya diberikan kepada peminat-peminat seram, "amazing facts ala Ripley" dan fantastique (istilah Melayu/Indonesia: Fantastik, mengikut sarjana Apsanti Djokosujatno) macam aku.

Kalaulah ia setaraf lagi dengan majalah-majalah geren sci-fi/seram di Amerika (Kalau kalian mahu tahu, seperti yang Stephen King dan Richard Matheson sudah mengkaji, Fantasi dan Cereka Sains adalah anak kepada genre Fantasi, dan kadangkala berpaut dengan genre Fantastique [no nisah and zakir, its not the same with fantasy, genre khas ini banyak dicipta dan dikaji oleh Peranchis, tetapi kami orang Malaysia sebenarnya sudah banyak genre ini, hanya kita saja tak tahu mengaprisiasinya], yang kemudiannya dipanggil "Speculative Fiction"), it would've been better.

Tetapi, hell, diorang dah buat salah dengan majalah Creative, Fantasi (pertama-tama, ingatkan majalah tu majalah sci-fi/ fantasi/ seram tetapi tiba-tiba berubah jadi berat dengan isu-isu kotemporari sastera dan budaya) maka ketibaan majalah ini tersangatlah berbaloinya.

Kepada peminat seram, kalian mahu suatu pembaharuan daripada kebiasaan Tamar Jalis (Oh, tapi ni mahaguru fiksyen Fantastik tempatan!), Tok Awang Ngah dan didaktisme Mastika-Pesona (i love the Variasi-Variapop pulp mag dedulu), carilah dalam majalah segar ini.

10 comments:

Anonymous said...

tadi aku dah nyaris-nyaris nak beli majalah ni, tapi tak jadi. berdasarkan rekemen kamu, okeh, sekejap lagi aku akan beli.

Kahuna said...

aku rase Tamar Jalis kot, bukan Tamir.. aku penah beli buku2 die mase kecik dulu, memang seram + banyak adegan seks hehe

Azuan Zameer said...

tamir jalis (ke tamar jalis?), hero aku dalam penulisan tentang kemisterian nih...

kononnya filem waris jari hantu ada sedikit sentuhan penulis tersohor cum lagenda ini. itu pendapat akulah kan..

ok gak majalah ini, tapi bukan ke sekarang heboh isu nak haramkan segala yang dianggap "karut-tahyul-seram"?. takut nanti ada keluarannya yang tak lepas censorship board.

errr... nak belilah majalah tu, boleh mintak autograph kau tak?

fadz said...

ohh, aku tak tahu yang si jalis ni buah kurma..okies, thx..

rash, u better buy it! and JIAN too (hahaha)..

kamarul, kau juga, wajib!

Nizam said...

Kaedahnya, mana aku nak beli majalah ni?

fadz said...

allah, belambak kat your nearest mamak store..kalau tak pun, kat kinokuniya tu pun banyak.

Anonymous said...

dah baca 2 cerpen tu best gak..tangan berulat tu ada twist skit..mungkin kena baca 2x bru paham..anyway congrat fadz..klu dpt tulis utk g-files lagi, buat yg lebih seram,suspen & ganas..hehe

fadz said...

oh, anon terima kasih..tapi saya masih rasa tak puas..suspens mungkin, tapi ganas, kena tgk kesanggupan editorlah..Boleh je buat macam filem Cannibal tu, tapi kan....

myownmind said...

yg seram2 seksi tue bukan kerja Tamar Jalis laa.. it might be any other name dr lambakan buku2 Variapop zaman tue.. make it rahmady B.A,, Adi Isma.. cukup dua tue..

myownmind said...

yg seram2 seksi tu bukan kerja Tamar Jalis laa.. it might be some other names dari banyak2 buku berlambak genre tue yg diterbitkan Variapop Group..make it Rahmady B.a or.. Adi Isma.. cukup dua tue..