Pada tahun 2008, laptop aku dicuri kat umah sewa aku di Berek 12, Kota Bharu.
Semalam (2010), sekali lagi notebook aku dicuri oleh seseorang.
Serius, ngape korang nak sangat laptop/notebook aku hah celaka? Aku ni bukannya artis, malah aku bukannya jenis manusia yang simpan (1) Gambar bogel sendiri (2) video main dengan orang macam Ariel Peter Pan tu yang korang boleh jaja kat mamat jual DVD lanun untuk jual RM10 sekeping.
Pertamanya, aku dipaksa oleh Ajami Hashim (dengan bacul kerana memohon kembar aku, Cik Lynn yang cun), penulis skrip (Ajami, aku salahkan kau juga sebab nama kau yang pertama, bukan Lynn) mini siri ini untuk menulis, semacam, ala-ala pengulas/pengkritik setiap BAHAGIAN mini siri ini.
Untuk itu, aku buat halaman ini, khusus untuk menyampaikan maksud aku bila menonton Bisikan Arwah. Jadi entri ini akan dikemaskini, mohon selalu jenguklah.
Keduanya, aku amat takut nak menulis, sebab aku sayang kembar aku, tapi kembar aku kata, "Just do it, damn it!" ala-ala Sigourney dengan mesingannya, jadi aku tiba-tiba jadi Hicks dalam Aliens (yeap Nazim, aku tetap bergelumang dengan nafsu untuk filem itu), menembak dengan kejadah apa-apa yang aku rasa tak elok dengan sanubari, beng beng beng!
Ketiganya, aku respek ASTRO dalam satu hal. Mereka mulakan kembali mini siri misteri yang selalunya dimulakan oleh RTM (selalunya jenis mini siri whodunit yang janggal dan nipis plotnya). Ini macam menonton balik mini siri-mini siri Stephen Kinglah (yang mana aku tengok semua walaupun sampah), rasa tu, macam grand-lah. Kononnya.
Jadi, dipersilakanlah baca, dengan mata yang berwuduk:
Bingkisan Kata Bhg. 1 Bisikan Arwah:
"Tak Apa Kalau Mau Rip-Off, tapi Koyakkan Baju Anak Dara itu dengan Cermat."
Selepas menonton hasil tulisan Ajami Hashim, Ellyna Ahmad, (idea asal orang lain, aku lupa namanya), dan pengarahnya (nanti korang bagitau eh aku dah lupa, Joved, Jovad, macam nama pensyarah aku pulak), ini adalah mesej SMS aku kepada Lynn:
Hilanglah rindu lara ...Hilanglah rasa seram ...
Macam gaya Datuk Azhari AKA Ustaz Mukadam TV bercakap: Ya Anak-anak, ini merupakan sebuah mini siri melodrama yang dimanipulasi sebagai sebuah mini siri seram-misteri.
Sangat ...
Dunia Bisikan Arwah ini sebenarnya ada potensi, malah ada percubaan untuk memecah beberapa tabu (breakthrough) dalam sejarah filem/drama seram, mungkin juga antarabangsa (tapi tak, aku takkan beri mereka kredit sampai ke tahap itu). Dalam bahagian mini siri ini, ada dua babak yang buat aku dibuat dengan bravuda sekali (sekurang-kurangnya konsepnya), walaupun mungkin kelihatannya ia TIDAK disusun dan diikat dengan baik, nafsu dan cengkamannya agak mengasyik:
Adegan 1: Ini terjadi sewaktu Intan Azura (sebagai bini Wan Raja) bermimpi lemas dalam perigi lama, lantas Intan terbangun tercungap-cungap. Dia terbatuk-batuk. Suara lagu tiba-tiba mengejutkan kita (klise!) Apa yang kita lihat ialah buah dada Intan yang mendada, membuak dan memenuhi 3/4 bingkai layar. Goncangannya tampak seakan ia semacam "ditusuk". Bagi aku, mis-en-scene ini sahaja sudah berani. Tetapi apa maknanya? Kita lihat daun kering bertaburan. Kita tiba-tiba teringat Nightmare on Elm Street (hantu ni boleh masukkan kita dalam mimpi), dan kita sedar perigi itu mungkin mempunyai simbol (wanita= yoni = mengisi), jadi persoallannya, kenapa SIMBOL YONI ini melemaskan Intan, apakah kesalahan Intan?
Walaupun persoalannya masih samar, ianya satu permulaan yang mengujakan, walaupun aku masih mencari dalam bahagian ini untuk JAWAPANNYA.
Adegan 2: Wan Raja di rumah kampungnya, mereka sudah berpindah sementara (Intan bersama ibunya, Zarina Zainuddin yang walaupun disolek tua, masih nampak muda ... hmmpphh) kerana Intan tidak tahan tinggal di rumahnya (bagi aku, persoalan ini masih rapuh, motivasi masih tak kuat untuk buat kita kata "keluar dari rumah tu!"). Wan Raja seorang. Pagi itu, kerana ingatkan isterinya sediakan sarapan, Wan Raja pun duduk dan mula makan. Wan Raja tak nampak, paparan ulat(!) dan cacing(!) dalam lauk (kita faham, mata Wan Raja disengajakan kabur oleh hantu itu). Di sini yang menyeronokkan. Kita diberi "debaran" jika Wan Raja akan sedar dan tidak makan atau suap ulat itu ke dalam mulutnya. Babak ini sememangnya sepatutnya menimbulkan saspens (antitesis terhadap babak makan ulat dalam filem Santau). Ini babak klise yang diperbaharui. Ianya sepatutnya satu genius, kerana kita diberi debaran, lantas Wan Raja SUAP sahaja ulat itu tanpa apa-apa reaksi selepas selesai dengan panggilan telefon. Kita boleh rasa, ughhhhh!
Tapi, bila korang baca dua adegan atas ni, korang mesti macam, whoooh, gila serunya mini siri ni. Dukacitanya, tak.
Imej, tempo dan kecermatan merupakan masalah bahagian ini secara besar-besaran.
Seperti babak perigi itu, jika pengarahnya pergi jauh sedikit, dengan memaparkan imej Intan yang terapung dan kaki tak cecah bumi (dalamnya perigi), mungkin boleh guna kolam pun untuk babak ini, dan seterusnya katil itu "basah" bila Intan terbangun, bayangkan "connection" yang kita boleh buat: perigi-yoni, basah, seksual Intan yang tidak dinafkahkan (rujuk babak mana Wan Raja memeluk bantal dengan erat, bukan isterinya), lantas persoalan, adakah Intan "disentuh" alam ghaib untuk mengandungkannya? (Intan tiba-tiba mengandung). Mula-mula kita tampak seakan satu simbol biologi (daun kering=barren land=mandul) tetapi kita sedar, "alam" yang ingin menyentuh Intan itu satu alam lain yang kita tidka boleh faham (surreal).
Masalahnya, adegan ini terlalu lemah, ia tidak membicara apa-apa, it is just there for the scene, without any form whatsoever. Ini juga berlaku dalam banyak babak mini siri ini, contohnya babak masuk bilik air dengan tiba-tiba berdaun kering. Efeknya amat menjengkelkan, takut atau rasa misteri lantas hilang.
Adegan kedua itu pun, aku rasa, hanya "teks" atau bacaannya sahaja yang menarik, apa yang dipaparkan adalah sebaliknya, langsung kita tidak jumpa tempo yang berdebar. Ini adalah kerana pengarah suka benar "linger" dalam syotnya, mengingatkan filem seram boleh menimbulkan resah dan risau dengan syot panjang (ada yang boleh, tapi perlu beri hentakan yang kagum, rujuk babak jururawat Amy Keating dalam Exorcist 3). Pengarah boleh saja bermain dengan dua sudut, malah fokus kepada bagaimana ulat itu menjalar sudunya pabila Wan Raja bercakap telefon dan kemudian Wan Raja yang "tak peduli" dengan sudunya back to back. Tetapi tidak. Kemalasan melanda projek yang bercita-cita tinggi ini.
Aku benci dengan lagu dalam mini siri ini. Aku juga tidak bersetuju dengan "slow burning" penulis skrip untuk memperkenalkan "apa-kenapa" (kelibat, budak kecil), sekurang-kurangnya berilah satu "pembukaan" rahsia dalam bahagian satu kerana bahagian satu ialah bahagian paling penting, jatuh bangun untuk penonton teruskan menonton tertakluk dengan bahagian pertama. Di sini, hanya yang kita lihat ialah show-show-show-show yang tidak ada apa-apa erti. Ianya semacam NOVEL yang panjang tetapi tiada klimaks. Malah pengakhirannya pun agak kabur. Mini siri The Shinning, walaupun aku benci, sekurang-kurangnya memberikan kita sedikit klu dan "misteri" yang kita mahu rujuk pada bahagian seterusnya (di mana penonton sama-sama mengupas dengan watak). Termasuk juga Kekasihku Seru (lihat bagaimana surat "ibu" Mastura muncul, tiba-tiba Mastura tahu dia anak angkat, dan persoalan hantu yang membunuh). Ini tidak, terlalu banyak tergantungnya. Jika bahagian pertama tidak memberi kita kesungguhan untuk "meneruskan" mini siri itu, bagaimana kita mahu terus menonton mini siri ini?
Aku menepuk tanganku buat Wan Raja yang "ada sesuatu" dan lebih baik daripada Intan Azura (yang kadang-kala kelam-kabut dan absurd), malah pendekatan dan cara lakonannya sangat seksual dan fizikal yang pernah aku tonton. Patutlah dia dapat berlakon dalam filem gay Raja Azmi itu, memang patut pun. Aku suka Zarina Zainuddin walupun kurang kena solekannya. Yang lain-lain tampak babak-babak yang terlalu panjang, dengan hanya satu babak Tale of the Two Sisters yang baik (hantu bawah dapur). Yeap, aku tak rasa cuba merujuk filem seram terdahulu sebagai salah (to hell with originality) tetapi ia perlulah dibuat dengan cermat dan memahami keseluruhan bentuknya (form) dan bukan dibuat hanya kerana memuatkan adegan saja, tanpa kesinambungan dan pemahaman kenapa babak itu ada di situ. Contoh budak hantu bawah dapur adalah yang terbaik, dan Intan yang diri menenggek tengok suaminya adalah yang terburuk dalam bahagian ini. Yeap, aku ketawa berdekah dalam babak itu.
Sebenarnya ada sesuatu dalam mini siri ini. Sesiapa yang mencetuskan ideanya mempunyai fikiran jahat tentang kuasa seks dan bagaimana fizikal dan jantina boleh menggusarkan jika ia cuba menyentuh alam yang tidak kita fahami. Tetapi kuasa yang boleh sahaja didapatkan daripada David Croenberg, Hideo Nakata dan mungkin juga David Lynch perlu memahami dahulu bentuknya dan bagaimana kita boleh bermain dengannya. Bentuk tak pernah dikaitkan dengan bajet (tonton Eraserhead) tetapi bagaimana mendalamnya pengarah dan kru memahami apa yang hendak dibawa.
Bingkisan Kata Bhg. 2 Bisikan Arwah:
"Kenapa ustazah dan Tuk Imam sibuk sangat?"
Kalung ibu. Itulah cerita bahagian kedua mini siri ini.
Kali ini, tampak penulis skrip dan pengarah hendak membuka cerita latar (back story) berkenaan Intan Azura dan ibunya. Itu yang menarik. Ada satu babak yang baik dalam hal ini, kita lihat, banyak kali Zarina Zainuddin mengelamun. Zarina (ibu Intan) sebenarnya digugat nostalgis tentang cerita lama, dahulu. Aku kira, dalam bahagian kedua ini, nampak apa sebenar dan makna "cerita hantu" atau "ghost story" mini siri ini. Mengikut tradisi cerita hantu Barat, kebanyakannya berlatar atau berdasar kepada satu "sejarah hitam" yang panjang (novel Ghost Story oleh Peter Straub merupakan novel seram hantu yang terbaik selepas Taming of the Screw). Ini penting kerana "sejarah" ini yang "menghantui" protaginisnya pada masa "sekarang".
Malah garisan Zarina "mengelamun" ini sebenarnya mengambil simbolisme "dihantui sejarah hitam" baik "dosa" atau "tidak berdosanya beliau" (di sini aku percaya penulis skripnya takkan terlalu formulaik untuk memberi kita resolusi yang teramat senang, tentu ada sesuatu yang mengejutkan pada masa rahsia dibongkar pada episod seterusnya, walaupun kita seakan sudah percaya bahawa Zarina "bukan" ibu Intan dalam episod ini). Ini penting, sebab "rasa bersalah" (guilt) itu yang menggerakkan Zarina "meroyan", dan secara licik, psikologinya, kemungkinan Zarina yang dihantaui "dosa silam" mereka "hantu-hantu" dalam kepalanya, menyusahkan anak dan menantuntya.
Tetapi berhenti, ini tidak berlaku kerana dua perkara: Intan sendiri nampak hantu (tapi jelas, kali ini dia hanya nampak hantu budak, adakah ini masih berkenaan dengan projeksi dia ingin anak?) di kampung dan Tuk Imam SENDIRI nampak hantu yang Intan nampak.
Ini memutar balikkan mini siri ini menjadi "just another Tuk Awang yarn" yang aku rasa memang merupakan motif pengarah dan penulisnya.
Aku tidak ada masalah dalam ini, tetapi aku mula berkira, apa ke "he"nya bila Intan di luar, ada masalah, "tiba-tiba" ade je Tuk Imam tu menjelma (melainkan Tuk Imam ni sendiri hantu/wali dan seluruh kampung ni memang berhantu??), dan hanya Tuk Imam, ustazah, Tuk Imam, ustazah saja yang nampaknya wujud dalam dunia Wan Raja-Intan-Zarina. Apa hal ni? Malah, melihat babak panjang ustazah lepak dengan Zarina (baca Yasin segala), memaparkan ini bahagian yang amat panjang, yang aku sedar, beginilah Stephen King menulis mini siri Golden Years(1991). Malah aku MENYUKAI Golden Years kerana "charm" dalam watak-watak mini siri itu walaupun ia kelihatan panjang dan lewah (sepertimana Twin Peaks, babak-babak atau cerita berklimaks panjang memerlukan watak-watak menarik, eksentrik atau boleh menguja penonton), dalam episod ini, kita masih tak "terpaut" untuk menyukai watak-watak Bisikan Arwah, dan ini agak menjemukan. Kita tahu, sebenarnya "kuasa sebenar" mini siri ini terletak pada detik-detik SERAM yang cuba ia bawa (ini sebenarnya yang cuba membuat kita suka) dalam gerakan dna tempo ceritanya membawa kepada pembukaan demi pembukaan. Tetapi, itulah, dalam bahagian ini pula, hanya satu babak "menarik" sewaktu hantu "madu" Zarina mengejutkan penonton tiba-tiba di bahagian tengah.
Ini ditambah dengan persoalan geografik yang tidak diikat dengan kuat oleh pengarah (ini juga berkenaan dengan tempo). Lihat babak Intan yang berjalan dari rumahnya ke rumah Zarina (laju). Kata kunci di sini: berjalan. Kemudian Wan Raja pula mengambil kereta dan dipaparkan memusing kiri kanan (kita anggap dia lupa mana rumah mertuanya?) dan hanya sampai sewaktu "klimaks bahagian kedua" sedang berlaku di rumah Zarina. How convinient. Persoalan-persoalan yang terus membukit begini yang buat aku tak berapa pasti aku boleh mempercayai dunia Bisikan Arwah ini seterusnya.
Bingkisan Kata Bhg. 3 Bisikan Arwah:
"Errr ..."
OK, tang ni aku mohon dimaafkan sebab aku tak sempat tonton keseluruhan. Anak buah aku dari UK datang jadi malam tu kitaorang gi makan Pizza Hut.
Tapi aku dapat sms daripada penulisnya merasaka kebengangannya terhadap bahagian ini.
Aku pula bukan mainlah promo kat anak buah aku suruh tengok. Dalam 15 minit terakhir tu, tertunggu-tunggu jugalah dia untuk hantu keluar. Tapi tak keluar-keluar.
Tetapi sekurang-kurangnya untuk aku, kali ini, "ceritanya" dah mula engaging, banyak simpang-siur (twist) yang disengajakan dalam naratif, dan watak Zarina dah jadi "deep". Aku macam, holly molly. Babak efektif ini berlaku secara dua syot jusktaposisi, antara Zarina yang menyatakan isi hatinya serta M. Jamil yang menceritakan, kedua-duanya nampak "convincing". Malah kini kita dalam "dilema", kita menghadapi kontradiksi, sesuatu yang sama seperti mencari kebenaran dalam Rashomon. Maka pengarah/penulis memberi (yeap, melodrama yang mula menarik) kita drama tinggi apabila Intan balik ke pangkuan "ibunya" (sekarnag kita tahu Intan bukan anak kandung Zarina, dan siapa hantu budak itu), Zarina lantas memekik lalu kita diberi "penerangan" berkenaan M. Jamil.
Rumah retak ini menunggu belah (walaupun takde hantu).
Judul panjang filem ini sebenarnya: Buddha Collapse Out of Shame.
Filem arahan pengarah Iran ini, dengan dana Kanada dan dibikin di kawasan pergunungan Afghanistan, merupakan antara filem pengarahan Iran yang tidak memuaskan buat aku.
Buat pertama kalinya, inilah filem "arahan" Iran yang aku tak suka.
Sebenarnya, jalur politiknya menyesarkan dan amat menggemparkan. Malah jalur kemanusiaan dalam filem ini juga menyatakan yang terbaik ala neo-realisme filem-filem Iran. Aku hanya tidak suka CARA bagaimana pelakon bukan profesional kanak-kanak dalam filem ini dieksploit demikian rupa untuk menyatakan hal-hal luas dan dewasa, dan melihatnya, ini kelihatan memaksa.
Jauh pergilah kecerdikan pemahaman The Mirror apabila si anak kecil "tidak mahu memainkan peranan"nya seperti yang diminta oleh pengarah. Filem ini tampak, DIPAKSA buat anak-anak ini melahirkan jiwa sedih/seram (buat aku, sepenuh filem ini menyeramkan, ini berkenaan realiti Afghanistan pasca Taliban dan serangan Amerika, malah plot dalam filem ini tampak MEMAKSA), tidak mencapai kekuatan dan keselambaan para pelakon Not One Less (filem Zhang Yimou). Malah, beberapa babak ini menyatakan kekekokan ini dalam sebuah kelas di mana anak kecil itu menggincu seluruh anak murid di dalam kelas.
Ceritanya senang, berkenaan anak kecil yang duduk di pergunungan tempat patung Buddha dimusnahkan puak Taliban, yang ingin belajar, lalu bermulalah kembaranya yang seakan buatnya satu mainan (tapi ya, penonton melihatnya dengan menyakitkan) untuk "belajar" dalam sebuah kelas di Afghanistan.
Filem ini memaparkan "kebenaran" bagaimana wanita dan kanak-kanak perempuan "dimalukan" untuk mendapat hak mereka, lantas mereka tidak bersuara dalam dunia patriaki dan brutal seperti Afghanistan, kemungkinan bukan pun berkenaan sistemnya, tetapi budayanya. Filem ini berani membicara berkenaan hal itu.
Aku memandang filem ini lebih seperti sebuah filem absurd, kerana orang dewasa ditolak memberi logik mendekati anak-anak itu, semacam ini sebuah filem Dunia Ketiga yang mewajarkan pihak Barat merasa KASIHAN dan akan cuba ambil anak kita sebagai anak angkat. Hanya simbolisme, walaupun brutal atau horrifying buat anak-anak ini, antara simbol yang mengindahkan perjalinan absurd yang ingin ditonjolkan. Dan hal ini dilakukan dengan baik, hanya dengan beberapa unsur alam dan kertas.
Filem "percubaan" yang mencuba, hanya memerlukan bimbingan yang lebih daripada pengarah Iran lain yang hebat.
Pandangan berkenaan 2 mata lebam itu merupakan bagaimana ghairahnya sang pengarah menekankan mata bengkak dua watak dalam filem ni, dengan syot yang banyak. Jadi aku ingat snagat dua mata bengkak yang lebam hitam. Mungkin ini dicuri daripada Nightmare on Elm Street. Mungkin.
Kedua: Swamp Thing. Ada benda/jin/hantu yang nampak macam Swamp Thing. Yeap. Serius aku dibawa ke alam seram Hollywood zaman Universal dan American International Pictures. Sekurang-kurangnya tak ada wanita rambut hitam gerbang yang berkeliaran dalam filem ni.
3 benda di atas yang paling aku ingati daripada filem ni.
Sekarang ni, dah mula orang bising (tak tau deme tengok atau tak) filem Malaysia asyik keluarkan filem seram je. Eh, lantaklah, aku suka apa.
OK, aku suka kalau filem seramnya bagus, mungkin masalahnya, tak banyak filem seram yang bagus keluar di Malaysia.
Ini filem seram Azhari Zain kedua (kalau aku tak silap). Premisnya masih berpaksikan ilmu hitam(buatan orang) dan rasukan. Ini tipikal budaya Melayu aku rasa (alah, filem seram Indonesia pun macam tu, dah mula pusing benda sama je). Fine. Yang penting bukan temanya (yang mula klise) tetapi cara ia dibawa.
Bagaimana cara filem ini dibawa?
Kau ada Zul Handy Black. Serius, budak Handy ni, kalau kena pada tempat dan pengarah betul, dia boleh bawa sesuatu. Hasnul Rahmat dalam filem ni kool. Paling penting, keseluruhan pelakon dalam filem ini tidak memparodikan filem ini (kecuali yang jadi Pak Long tu, kadang-kadang sampai tahap menyampah tengok dia, fake nak mati).
Hal CGI pun, ada beberapa yang aku rasa dibikin dengan impresif, khususnya hantu hitam macam dalam Ju-On Hollywood tu. Ada penggunaan efek darah dan solekan yang "gore", membuatkan filem seram yang diberi klasifikasi 18. Ada beberapa bahagian yang seronok. Aku suka babak-babak dua bomoh yang tak ketemu mata tu berentap "kuasa" di antara mereka. Macam tonton Dragon Ball buat kame kame ha tapi tanpa orangnya. Kira, ini kita punya The Believers (filem ini merupakan antara kegemaran aku, kenapalah pembikin filem kita tak boleh buat cerita sebegini?), paling tak kurang pun: Witchcraft.
Ada beberapa babak yang "eerily shocking" dari segi plot. Ini sendiri aku rasa yang buat filem ni dapat klasifikasi 18. Satu babak paling menonjol berkenaan dengan moral (bernafsu terhadap bekas isteri) dan babak ini buat aku babak paling menggelora dan berani, khususnya, disengajakan budak itu melihat ibunya ditarik masuk bilik. "Moral" yang dipaparkan ini benar-benar "menyeramkan". Ini satu babak yang efektif.
Ceritanya? Mana aku nak mula? Serius, aku serius nak suka filem ni. Sebab, aku lihat banyak "possibilities" yang menarik untuk dimainkan oleh sang pengarah, "menipu" dan "mempermainkan" penonton (dalam filem seram, seperti suspens, semua kekuatan sebuah filem seram ialah bagaimana untuk menipu dan mempermain penonton). Malah ada beberapa babak yang bagi aku, kalau punya kesinambungan yang ampuh, kalau dibuat dengan amat-amat teliti, ianya akan menjadi satu "adikarya".
Awal-awal lagi kita sudah dikelirukan (babak laju syot potong, suara seseorang memberi arahan, mayat ditarik). Aku boleh maafkan babak ini sebab mungkin pengarah mahu kita "terkeliru" untuk awalnya, sepertimana watak utamanya "terkeliru" dengan pilihannya (kenapa dengan ilmu hitam?) Kenapa ibu mertua Handy benci sangat kat dia, kenapa Pak Long tu kecoh sangat nak Handy kena "frame". Semua ni masih samar-samar.
Serius. Filem ini dibuat dengan serius sebenarnya, atau maksud aku, ada "jalur" ceritanya yang ingin membuak emosi yang serius. Macam The Exorcist. Tetapi hal itu TIDAK dipilih oleh Azhari. Contoh, dalam satu babak, di saat Handy Black dalam keadaan persimpangan, antara ingin mengambil "ilmu hitam" atau tidak (maknanya berpegang pada Iman), dia dimaklumkan akan satu berita yang akan "menghancurkan" emosinya ke buluh hatinya. Handy menjerit pedih, kita lihat wajahnya yang pilu di luar pintu penjara, lalu kemudian dinding bertulis ayat Qur'an. Serius, Azhari memerlukan pengarah fotografi yang baik ataupun dia sendiri perlu punya "mata" filem. Babak ini boleh sahaja "paronama" atau tunjang kepada pilihan Handy yang amat kritikal waktu itu. Bayangkan jika tiba-tiba kita diberi syot wajah Handy yang perih, lalu kita dipaparkan keseluruhan ayat Qur'an itu yang mengelilingi pintu itu. Situ sahaja, kita faham "ujian" yang Handy lalui, antara "kebaikan" dan "kejahatan" serta bagaimana qada' dan qadar menentukan pilihan kita. Tapi tak, Azhari hanya mengambil wajah Handy, kemudian kamera dihala sedikit sahaja kepada ayat Qur'an (malah seakan memaparkan tidak ada erti babak ini). Yang besar dan luas, jadi kecil, mikro. Azhari lebih suka mengambil "drama manusia", kesan efek, kejut-kejut dan aksi daripada hal-hal yang lebih besar yang boleh diterokai. Ini disakiti lagi dengan terlalu banyak hal yang "bergantung", banyak sangat "possibilities" yang tidak diberi peluang.
Malah, banyak adegan dan babak semacam kita tak tahu mana kepala dan mana ekor. Pencahayaan disalahkan di sini, serta konti. Aku terpaksa merungkai sendiri "ok, bab ini lepas ni, lepas tu lepas ni". Tak, ini bukan David Lynch tapi kerja malas yang tampak. Rujuk babak gelap si bini nak ke bilik air dan babak siang anaknya main basikal. Aku tak faham lagi dengan "waktu" filem ni. Caca merba. Twilight Zone pun kalah.
Ada dua babak yang aku terus "cringe" dan menyumpah filem ini. Dan hal ini diberikan sewaktu filem ni nak berakhir pula tu. Satu bila Pak Long menahan Handy dengan memaparkan Hollier Than Thounya tanpa motivasi dan makna, MUNCUL secara tiba-tiba. aku benci kemalasan sebegini! Kedua, lebih teruk, Bob Lokman menyatakan kepada Handy "aku tahu isteri kau dibuat orang untuk menganiaya kau". WTF!? Eh, Melayu bodoh, kalau kau dah tahu dari awal, afasal kau tak tahan si bomoh tu buat hal, sampai kita terpaksa membuang masa melihat seorang budak mentah belajar ilmu hitam (untuk apa pun kita tak tahu kenapa dia mahu mengambil ilmu ini sebenarnya) hanya kerana nak balas dendam.
Saat itulah (ini pertama kali aku tonton filem seram tak tutup mata ataupun telinga, itu tahap seram aku untuk filem ni) aku sedar, bukan sahaja efek seramnya aku tertipu, tetapi CERITAnya pun aku rasa tertipu. Semacam terlalu banyak plot for the sake of convinience.
Dengan itu, segala yang aku percaya tentang filem ni, merundum.
Beberapa minggu lalu, aku lepak dalam sebuah forum intelektual di DBP berkenaan penggunaan bahasa dalam filem tempatan. Dr. Google (Prof. Madya Hasbullah) adalah pengerusinya, berserta ahli panel Dr. Mahadi J Murat, dan dua akademik pejuang bahasa. Aku respek jugaklah kat prof. ni sebab ilmu retoriknya (pengucapan) ligat dan macam buku. Beliau patut menulis novel (atau skrip filem). Walaupun, aku, sepertimana Dr. Mahadi, tidak begitu menyetujui kepentingan dialog (kata bual) melampaui bahasa filem (imej, dan segala yang berkaitan membentuk sesebuah filem), mereka punya pandangan yang kuat, termasuk dua pejuang bahasa berkenaan kerosakan bahasa serta hilangnya identiti diri pembikin filem Melayu sendiri membikin filem (Dr. Google menyatakan, 80 peratus judul filem kita, contohnya menggunakan bahasa rojak atau bahasa Inggeris).
Kasihan Dr. Mahadi kerana beliau pula yang perlu menjawab persoalan itu, kerana buat aku, Dr. Mahadi tahu kepentingan "bahasa pertuturan dalam filem" tetapi BUKANNYA masalahnya untuk tegur, baik Afdlin jika keluarkan judul seperti Los & Faun, atau anak Sop Selam, Evolusi KL Drift, atau Chunk dengan Kapoow: Atoi the Ajaib Boy (sorry dude, the title is so lame, I just can't make myself to drag myself to go watch it, so so sorry). Masalah itu sememangnya datang dari diri pembikin itu sendiri.
Aku rasa, SAMPAI KIAMAT pun kalau orang akademik dan pejuang bahasa nak melalak tentang penggunaan bahasa dalam filem (aku teringat Muallaf yang sengaja dibikin sepenuhnnya dialog Inggeris, atau The Red Kebaya, hahaha), jika:
1. DBP atau mana-mana badan (LPF contohnya) tidak diberi mandat kuat kuasa menjaga bahasa.
2. Masih ada sekolah jenis kebangsaan. Hello, kita memang bukan bangsa homogenus, dan kita pun bukan jenis bangsa Siam atau Indonesia yang siang-siang menyatukan bangsa mereka dengan satu bahasa.
Jadi, tak usahlah bising-bising. Prof. Teoh sendiri menyatakan, kita perlu ubah SIKAP. Tapi, siapa nak "kawal" atau mencakna sikap? Pendedahan kita kepada filem (pembikin atau penonton) bukannya macam di Iran, Tibet, China atau Vietnam (mereka SARING atau buang filem luar), atau beralih bahasa macam di Jerman dan Peranchis. Melainkan bapak-bapak atas takhta parlimen itu yang SERIUS melakukan sesuatu.
Tapi ada kita dengar?
Tak kan?
Sudah lah ....
Yang lebih penting daripada itu (yang mana, aku sedar, tak ramai audiens pagi itu yang sedar pun) adalah makluman daripada Dr. Mahadi: Jika anda mahu UBAH sikap pembikin filem kita, anda mesti MASUK dan MENYELAM dalam filem-filem kita sekarang.
Dr. Mahadi ada poin yang kuat. Masalah filem kita sekarang, yang kepoh bagai nak mati, kecoh fasal bahasa, kualiti dan entah apa-apa lagi tu, (1) mereka jenis hanya menonton filem di TV (waktu raya, kawan aku ramai jenis macam ni, kalau aku jadi diktaktor, dah lama aku kumpul dan sembelih), (2) mereka menonton filem lain, khususnya Hollywood, dan paling bagak, (3) mereka beli DVD haram filem Melayu.
Dr. Mahadi menyatakan yang sebenarnya, realiti sekarang, majoriti penonton yang menonton filem Melayu adalah, dan masih, golongan kelas rendah ke menengah, khusus muda, khusus budak IPT. Jadi buat golongan ini, filem jenis apa yang mereka suka, bahasa apa yang mereka guna, trend apa yang mereka ikut? Pembikin TERPAKSA mengikut "arus kapitalisme" ini atas kerana "survival". Bagaimana dengan filem arwah Yasmin yang bagus, atau filem kita yang masuk festival antarabangsa, atau tak pun, aku jenguk, filem Rahim Razali macam Tsu Feh Sofiah, Pemburu dan Abang. Atau dekad dulu, Layar Lara. BERAPA KERAT YANG TONTON? Mana para intelektual yang canang mahu melihat "perubahan", adakah mereka sendiri menonton filem-filem bagus. Percayalah pada aku, TAK. Malah sekarang dalam kumpulan MELAYU pun, sudah ada kumpulan penonton yang SNOBBISH, hanya menonton filem bahasa Inggeris, malah tak tahu pun berbual atau bercakap dalam bahasa Melayu.
Inilah kitaran dajal yang melanda dunia filem kita, dari 80-an sampai sekarang.
Kenapa filem Korea tiba-tiba boleh BOOM? Macam mana dengan Jepun? Aku tak perlu pergi jauh, aku jenguk Indonesia sahaja (ingat, ini juga berbalik kepada bahasa). Dean Sham pernah beritahu aku, macam mana semangat orang Korea atau Jepun, lain macam semangat orang Melayu. Mereka, walaupun apa pun, mereka akan utamakan produk mereka dahulu, produk mereka the best (secara satira, rujuk sebuah filem Jepun yang cerdas, dan masih jadi kegemaran peribadi aku, Welcome Back Mr. McDonald). Yeap, mereka akan keluarkan juga CRAP, tapi CRAP pun mereka akan tonton, dan kata bagus. Lama-kelamaan, atas sebab PERCAYA, benda tak bagus pun jadi BAGUS (contoh: dulu mana ada orang nak beli barang atau kereta Jepun, sampailah sekarang orang pandang tinggi!) Inilah semangat orang Jepun dan Korea. Fasal tu lah mereka boleh masuk Piala Dunia!
Kita bagaimana? Kita bukan sahaja mengkritik, tetapi kita TAK GUNA atau TAK TONTON pun produk/filem tu, tapi kita tetap kritik. Itulah kita. Yah, aku tahu, aku pun bila mengulas, aku berbisa gak, tapi AKU TONTON kemudian baru aku kritik (contoh macam kenapa aku tak tonton Kapoww, itu pendapat akulah, tapi aku tak kutuk filem tu bagus ke tak, hanya aku tak tonton je atas bersebab). Ni, masalahnya, termasuk cendiakawan kita, belum apa-apa, dah GENERALISASI. Contohnya, tak ramai yang tahu bahawa sebenarnya P. Ramlee antara penyebab tradisi budaya penggunaan dialog rojak, hah! Pergilah kaji betul-betul, korang akan sedar, malah pembauran dialek pelbagai arah (sebab ini di Singapura, tempat rempah ratus Melayu Nusantara waktu tu) berlaku dalam filemnya (kita tak sedar sebab kita ingat orang bercakap macam tu zaman dulu, kalau rujuk filem Cathay Keris, barulah kita dapat dengar bahasa yang betul).
Inilah masalahnya.
Serius, aku syorkan, kepada pemikir dan orang berduit, pergi, pergi tonton filem Melayu. Lihat apa masalahnya dan NYATAKAN dalam apa-apa bentuk media atau saluran. Beri penyedaran. Bila berlaku "arus baharu penonton" (hal ini dimulakan dengan Puteri Gunung Ledang suatu masa dahulu, dan kemudian Sepet, yang sampai sekarang kami masih tunggu untuk ia berlaku lagi, golongan ini jugalah yang terlepas menonton Gol & Gincu, The Red Kebaya, Budak Kelantan dan filem-filem Indie yang bagus), baharulah ada suara "kedua" yang boleh bercantum dengan golongan rendah ke menengah anak-anak muda itu. Contohnya, bila tiba-tiba, satu "arus" penonton yang menyokong, menonton serta memperkatakan tentang Kala Malam Bulan Mengambang sekerasnya, tentulah masyarakat yang tidak tahu aku bertanya, "Apa benda semua hal ni?" dan mula "melihat". Ini dinamakan "pengaruh" serta "creating awareness". Aku kira, apa yang berlaku dengan Apa Ada Dengan Cinta, begitulah (tetapi, sebenarnya, filem ini taklah meletup besar di pawagam kita, tetapi "awareness"nya amat tinggi dalam kalangan penonton Malaysia, termasuk golongan menengah atas). Dengan memilih, tentu terbina satu "pasaran baharu" (hal inilah yang kita tunggu-tunggu berlaku sewaktu beberapa tayangan filem yang baik berlaku). Dengan "pembukaan mata", sudah tentu, kumpulan produser sekarang (yang tak ada haluan dan keberanian dan hanya mengikut satu hala kapitalisme, contohnya, memperbanyakkan filem komedi serta seram, tapi err, aku suka filem seram) akan melihat, "Oh, buat ni ada potensi rupanya."
Inilah benda yang aku mahu lihat, terjadi. Aku harap, dengan kehadiran Hanyut oleh U-Wei, kumpulan kedua ini akan berbuat sesuatu, dan bukan lagi melakukan dosa besar terhadap dunia filem kita apabila tidak mahu menjenguk filem U-Wei, sepertimana yang berlaku dengan Kaki Bakar, Jogho dan Buai Laju-laju sewaktu ia ditayangkan di pawagam. Kerana itulah, buat aku, mungkin kalau seorang pengarah melakukan dosa paling besar iaitu membunuh diri, mungkin barulah orang kita nak sedar. Sepertimana P. Ramlee yang tiba-tiba meninggalkan Malaysia yang tidak peduli akan geniusnya.
ps: Mamat ni satu contoh "kumpulan kedua" yang aku respek, beliau merupakan anak bukan Melayu yang memaksa dirinya menonton filem Melayu, dan dengan jujur menyatakan "masalah" dalam filem-filem yang beliau tonton. Aku respek kat dia sebab dia benar-benar menunjukkan dia sayang filem Melayu sebab dia paksa diri dia beli tiket walaupun dia "tahu" ini bukan filemnya atau bukan filem yang mungkin dia tak suka (dia juga mencari rohnya). Serius, orang sebegini yang perlu pembikin filem sedari, sebab dia merupakan "suara" yang mahu melihat filem Melayu "berubah".
Oh ya, dia tembak habis Kapoww. Mungkin itu jawapan aku kepada Ajami Hashim jika dia tanya kenapa aku tak tonton filem tu sampai sekarang.
Hari itu, aku ajak kawan-kawan di Facebook untuk ikut aku tonton filem Hindustan atau Tamil di TGV CapSquare. Takde sape nak layan. Aku rasa kawan-kawan aku hanya layan filem Melayu (ini bagus) atau filem Hollywood (ini tak berapa bagus) sahaja.
Aku nak tonton filem "politik" hindustan itu (dibantai oleh pengkritik barat sebagai filem saduran The Godfather, tetapi disukai penonton India, Raajki ke apa ntah) tapi takde sape nak layan.
Jadi aku pergi tonton seorang, semalam.
Aku tonton filem Raavan(2010), filem gandingan suami isteri Bachan (yang jantan aku dah lupa namanya, yang wanita, ehem, Aishawara Rai pascakahwin, agak, berisi juga dia, tapi makin lama makin kurus pada akhir filem, agak pelakon kaedah [method actor] juga dia ni). Arahan Mani Ratnam (nama besar tu!) dan lagu A. Rahman.
Filemnya suam-suam kuku, tak ada apa yang baharu (kecuali sinematografi serta penggayaan yang ampuh, ini filem style over substance), malah memusing legenda Rama-Sita-Ravana sekali lagi (ini kelaziman filem Hindustan, mainan Ramayana ataupun Mahabrata). Mengejutkan kerana selalunya filem-filem Mani Ratnam mempunyai "jiwa" yang kritis dan terdasar dalam persoalan yang enak. Memang filemnya masih mempunyai provokatif politik (ideal sang penjahat sebagai penyelamat kampung dan insani sebenar) serta mempersoalkan polisi penguatkuasa (di sini, polis India), tetapi sulaman romantis pasangan suami isteri ini terlalu mengambil masa filem ini, malah imbauan lepas yang kita mahu (kenapa Raavan bertindak mencolek Aishawara) hanya berlaku selepas intermisi filem, sewaktu kita sudah agak "leka" dengan mesin bintang pasangan Bachan itu (baca: bosan).
Apa-apa pun, lagu A. Rahman tetap ada kelas, malah lakonan Aishawara dan suaminya memang terbaik (mereka kan BINTANG).
Yang aku nak nyatakan di sini ialah. CapSquare tempat terbaik untuk anda pergi tonton filem Tamil dan Hindustan yang terkini, walaupun sekarang, terdapat beberapa panggung lama dan baharu, seperti di Mid Valley, KLCC, Federal Chow Kit, Odeon, Colliseum Jalan TAR, sebuah pawagam di Sentul (dekat rumah Azwan) yang aku dah lama tak jejak (sebab asyik kena tipu, tak ada sari kata), kira CapSquare paling terbaharu, dan senang nak pegi sebab tak ramai orang. Itu yang lebih terbaek (kalau korang nak tonton filem blokbuster yang ramai tonton sampai penuh, datanglah ke pawagam ni).
Aku masih beromantis untuk filem Melayu/Malaysia mempunyai pawagamnya yang tersendiri dan dapat menayangkan filem-filem lama Melayu (walaupun hal ini sedang berlaku di Colliseum KL, dalam format yang amat buruk: VHS/DVD/VCD).
Soalan: Patutkah aku tonton Kapoww? Adakah aku akan terasa tertipu selepas menontonnya?
Aku rasa agak tersentuh jugalah apabila kebanyakan penonton dunia agak tersinggung dengan babak (spoiler) Samantha menjamu kondom ke muka pak Arab-pak Arab dengan bangga dan bengang, walaupun, aku tak tahu kenapa, melihat kebiadaban Samantha itu sudah diduga, malah, seakan satu kelazatan yang pelik.
Yeap. Aku tak tonton filem yang pertama sebab aku tak berapa setuju dengan tujuan filem ini dibuat (nak buat duit sempena pengikut yang ramai, tak, ini lain dengan Star Trek sebab drama televisyen tu kena padam pada pertengahan jalan), malah apa lagi yang kau boleh dapat melainkan sebuah sambungan episod drama dalam bentuk beberapa episod dalam dua jam tentang Mr. Big dan Carrie (aku betul pun, bila tengok no. 2, deme dah kahwin).
Tapi yang no. 2 aku tengok gak. SATC dulu, sebelum Glee (yang aku tak tonton, dan masih rasa geli nak tengok) dan BSG (ni segolongan je kenal kat Malaysia) atau Heroes, kira macam satu fenomenalah, macam zaman BH 90210, sape tak tengok (macam aku) kira loserlah (aku layan The X-Files dan Life Goes On zaman tu). OK, kau memang perlukan "siapa ni siapa tu" untuk tahu apa ke benda plot yang bergerak dalam filem ni (SATC menganggap korang dah pun menjadi penonton drama 4 wanita 30-an bernafsu tinggi ini). Semuanya nampak OK, dengan perkahwinan Gay yang kalah mana-mana putera Sultan (ingat, ni filem). Lalu, tiba-tiba, babak Liza Minelli menyanyi bagai anak dara (err, andartu, maaf). Waktu tu, aku macam, oh oh, ini dah masuk bab surreal ni. Yeap, babak itu tersangatlah melampau dan tersangatlah "fantastikal", aku merasakan seakan aku tidak berada di Kansas waktu itu.
Lantas, dua babak Samantha bersama jantan di ranjang dipotong (OK, aku rasa korang dah faham watak mana yang paling aku suka). Ya da ya da yada, tiba-tiba Samantha ajak Carrie, Miranda dan Charlotte untuk ke Abu Dhabi (Abu Dhabi Do!) Saat itu, kau tahu, Liza Minelli itu tadi sebuah logamaya, kini kau betul-betul masuk ke dalam ribut pasir.
Tapi, ya, apa yang membuatkan filem ni menarik pada aku, perempuan-perempuan ni tetap bersikap "lantak kitaoranglah nak ke mana!" dan peduli hape dengan apa-apa yang mereka jumpa di hadapan, walaupun plot berlubang atau perwatakan yang kurang meyakinkan, logik dicampak ke tepi, paling penting ialah sketsa dan karikatur 4 wanita ini terhadap apa-apa yang membahayakan dan juga mengghairahkan mereka. Dan aku boleh telan semua itu, hahahaha!
Lantas, dan paling penting, SATC tidak menipu apabila mereka, walau betapa materialistik, kecoh dan bling blingnya jiwa mereka (seperti bagaimana mementingkan dirinya Carrie di dalam hubungan perkahwinannya dengan Mr. Big), mereka tetap menyatakan emantipasi kewanitaan mereka serta dalam kelemahan mereka, mereka dapat menyelesaikan masalah dalam cara mereka yang tersendiri (inilah pun hakikat episod ini dikitar dalam plot yang serupa). Sukatan penerimaan itu terletak kepada kesanggupan penonton menerima reaksi dan pilihan wanita-wanita ini (contoh seperti Charlotte merengek apabila baju vintajnya dikotorkan oleh anak kecilnya) walau bagaimana absurd dan dangkal dari segi pemahaman kemanusiaannya. Sekurang-kurangnya, bahasa filemnya "betul", lebih-lebih lagi penggunaan "kaki seksi" terhadap rujukan filem lama, It Happened One Night terhadap latar Abu Dhabi. Pemahaman seks yang ditekan amat menarik, melihat filem ini seakan "seorang budak kecil balik", mungkin begitulah keinginan Micheal apabila membawa 4 wanita ini ke Abu Dhabi dan ditemukan dengan realiti (yang sebenarnya fantasi) yang membuat mereka berkeinginan seperti "kanak-kanak". Lolipop ini tentu masih terlalu manis untuk beberapa orang. Tetapi kerana keberanian Micheal memperlihatkan "kebodohan Amerika" pada zaman pasca9/11, lebih-lebih lagi pasca Mava Marmara amat berani dalam langkahnya, walaupun ya, ada sebuah parit luas menunggu si pejalan.
Toy Story 3(2010)
Inilah dia filem musim panas untuk aku. Aku mengesyorkan filem ini ditonton oleh sesiapa yang ingin kesemua rencah kebiasaan Musim Panas dihidang dalam sebatian yang rata, serta beberapa campuran yang membuatnya makanan yang lazat daripada biasa.
Trilogi ini juga merupakan, untuk pertama kali, trilogi yang bukan sahaja yang paling berjaya, tetapi berjaya daripada segi filem animasi bertrilogi. Kini semacam satu kitaran yang penuh, tetapi filem-filemnya tetap boleh ditonton dengan sendirinya. Ini kekuatan francais filem ini.
Walaupun mainan plotnya masih berlingkar berkenaan pencarian dan "mencari kembali sang tuan", seperti mana yang wujud dalam filem pertama dan kedua, filem ketiga memberi pemahaman dari sisi lain. Melihat ketiga-tiga filem ini secara makro, aku menyedari sang penulis skrip serta pengarah telah bermain dengan matlamat dan falsafah di sebalik pengembaraan Odisi (Odisius, laksamana tentera yang terlibat dalam Perang Trojan, lantas cerita ini menceritakan kembara bahaya dan mistik Odisius sebelum sampai kembali ke kotanya). Malah di dalam filem ini jelas dengan watak anak patung bayi bermata satu (Cyclops) , Lotso (Calypso) yang menipu dan membuat para mainan itu tinggal di kawasan yang akan memerangkap mereka, pusaran api (Charybdis) yang membawa hero-hero kita ke arah kematian mereka. Di sini, kita menyedari, seperti mana bahagian pertama dan kedua, tema "ingat", "memori" dan "lupa" merupakan kekuatan yang paling terkesankan di dalam filem ini, malah, dalam filem ini, tampak "jelas" apabila, Andy, sekali lagi diuji, dan kali ini, ujiannya yang paling kuat, ujian kedewasaan (seperti mana pengembaraan Odisi mendewasakan) dan belajar untuk mempercayai jaminan orang lain terhadap benda yang akan kita tinggalkan (rujuk "kematian" dan rujuk hal ini dengan adegan Odisius ke alam kematian). Sememangnya, ianya sebuah pengembaraan yang mewah dan penuh emosi, memberi kita nilai yang semampunya mencerahkan dan berperasaan. Ini sebuah filem kemenangan, antara yang terbaik tahun ini, serta aku percaya akan memenangi Oskar untuk tahun depan.
Anak Bapak(1968)
Aku tengok filem ni arituh kat Astro Prima. Selalunya, orang tak berapa suka dengan filem P. Ramlee pascaJalan Ampas. Filem ini mungkin tidak se"friendly" (contoh: beberapa babak panjang dengan selingan lagu yang buat aku kali pertamanya terlalu diselit sebagai sellingan, dan babak selingan ini amat mendatar, walaupun ada satu babak kita memahami adalah simbol "pujuk rayu" P. Ramlee dengan Roseyatimah, bahasa kasarnya, deme "mainlah", duhhh) filem zaman keemasan Seniman Agung ini, tetapi tahap intelektual dan "cubitan" P. Ramlee, bagi aku dalam filem-filem seterusnya agak matang (dewasa) dan bernafas seksual, dan mungkin hal ini yang tidak berapa disukai oleh penonton (kerana keberanian P. Ramlee untuk melangkau daripada tempat kebiasaannya).
Filem ini ditulis oleh AR Tompel, yang buat aku, menjadi kekuatan tunggak filem ini selain P. Ramlee. Ya, ada beberapa babak awal yang disengajakan melodramatik (dengan runut bunyi emosional), menyatakan PRINSIP P. Ramlee yang tidak akan menggunakan duit syarikatnya atas sebab peribadi (OK, bahagian ini sedikit didaktik), menyebabkan, kita melihat watak sumbing (sumbing: dia minum arak, joli dan bagusnya jujur dengan hal itu, serta main banyak perempuan) P. Ramlee dalam filem ini sebagai "fallen hero", ya, P. Ramlee tetap "romantik" (babak ini menyebabkan keseluruhan filem ini tidak berimbang baik).
Filem ini mendapat sparklenya (Haha, SATC pulak tetiba) dengan jalinan dan perhubungan P. Ramlee dan AR Tompel yang menarik. AR Tompel boleh memanggil anaknya "anak abah" atau "anak hantu", melihat kepada situasi dan tindakan anaknya. Inilah yang dimainkan dan dipermainkan. Secara umum, filem ini mengambil intipati filem-filem hikayat yang mana, sang putera bermain muslihat dengan ayahnya, untuk mendapatkan sesuatu daripada ayahnya (di sini, jururawat ayahnya yang dilakonkan oleh Roseyetimah).
Filem ini betul-betul bergerak dengan lelucon yang sofistikated dan ber"lapis" dua apabila babak "malam" AR Tompel bermalam di rumahnya di Kuala Lumpur. Malah, di sini kita sudah faham apabila AR Tompel dengan berani memohon Ruminah Sidek (penyanyi kelab malam yang syok kat P. Ramlee) "tidur" bersamanya! Di sini, berlaku mainan "changing partner" yang amat comel sekali, tanpa menyatakan babak ini sebenarnya babak "seks"! Inilah sofistikatednya filem ini.
Satu babak yang aku tidak dapat bayangkan lawaknya ialah sewaktu AR Tompel yang suka mengintip bilik tidur anaknya! Ya, jika difikirkan, berapa "miangnya" si ayah ini (kita faham, ia mahu melihat jika anaknya ingin bergomol dengan isterinya, satu pemahaman voyeurisme yang amat marabahaya dalam sebuah filem Melayu! Lebih bahaya daripada babak mengintip dalam Senario The Movie) yang setiap kali mengintip, kita menyedari satu lapisan psikoseksual yang menarik, bapa borek anak rintik "mungkin" tidak boleh dicapai di sini secara pemahaman yang senang, tetapi bapa dan anak berborek dan merintik(!), satu lapisan nipis tentang sumbang mahram pelik yang tidka boleh dinyatakan dalam perkataan (klu: P. Ramlee minat dekat jururawat ayahnya, ayahnya minat kat bekas awek anaknya).
Dan ketidaktentuan ini, di"betulkan" dengan, kononnya, undang-undang, apabila si ayah membawa "mahkamah" ke rumahnya sendiri (menyatakan poin kecelaruan perlu diselesaikan dengan keadilan). Yang mana, tahap ini, kita sudah faham dengan "keinginan seksual tinggi" si ayah untuk "mendapatkan" Ruminah Sidek. Kenapa perlu mahkamah dan kenapa perlu dipertontonkan kepada awam? Absurd atau farsa yang disengajakan? Di sini, kita sudah tahu "megalomaniak" watak AR Tompel, tetapi, kita juga sedar, dengan cara "mahkamah" (legal: benda yang sah) sahaja AR Tompel dapat memiliki Ruminah Sidek (sesuatu yang tidak sah: wnaita kabaret), dengan "paparan secara adil" sahaja AR Tompel yang duduk nun tinggi atas gunung dapat menyapa si wanita kotor (Ruminah Sidek, yang sememangnya femme fatale dalam filem ini) yang diidamkan.
Bolehkah kompleksiti dan sofistikasi sebegini berlaku dalam filem komedi kita?
nota fadz: Oh ya, jangan terlepas menonton Age of Glory 2 di NTV7 10 mlm, suatu kerja tempatan yang amat membanggakan!
Sebenarnya pemahaman aku kepada filem ini dan kenapa aku meletaknya dalam entri kali ini bukanlah menyatakan filem bikinan pengarah hebat dari Sepanyol ini, Amenabar (pengarah The Sea Inside), cukup bagus. Walaupun filem ini punya Rachel Weisz yang cukup berkarismatik dan intelektual, kemudian Max Minghella, anak mendiang pengarah Anthony Minghella(!) yang masih muda, memberi suara seksi, mendalam dan kuasa terhadap lakonannya, seni latar yang mengkagumkan (sebenarnya setaraf mini siri Rome), sinematografi yang rancak dan cerita yang penting (khususnya mereka yang ingin mengetahui sejarah kemunculan agama Kristian di Empayar Rum, di dalam filem ini, di Iskandariah, Mesir zaman praIslam), ianya sebuah filem yang sederhana bikinan dan semangatnya. Apa yang lebih penting daripada fokus filem ini, iaitu kemunculan agama Kristian dan bagaimana gerakan agama ini atas penganut fanatiknya (zaman itu) menentang golongan pemuja berhala (di sini, para pagan Mesir yang berwarganegara Rum), ialah penampilan (dalam plot, secara tiba-tiba) kemunculan kuasa Yahudi dalam kalangan pihak berpengaruh dunia Maharaja Rum yang beragama Kristian, khususnya di Iskandariah seperti yang digambarkan dalam filem ini.
Hal ini, bolehlah kita kaitkan tiga peristiwa besar bersejarah berkenaan orang Yahudi pascaEmpayar Judea dan sekarang. Pertamanya ialah diaspora Yahudi ke tempat-tempat luar negara Palestin seperti Eropah dan Timur Tengah. Keduanya, peristiwa Perang Khaybar di mana kita membaca pengkhianatan Yahudi terhadap Rasulullah s.a.w. di Madinah. Ketiga, insiden kapal keamanan ke Gaza yang diserang hendap oleh tentera Israel baru-baru ini.
Di dalam filem ini, dipaparkan, masyarakat Yahudi "tiba-tiba" melata di sekian tanah Iskandariah, selepas sahaja "kuasa lama" orang Iskandariah yang pagan diminta "turun takhta" oleh pihak pelampau Kristian (dipanggil askar Kristian dalam filem ini) dan meninggalkan Perpustakaan Agung Iskandariah (orang berhala dipaparkan amat baik, rasional dan murni dalam filem ini). Perpustakaan itu menjadi "mangsa" pihak Kristian kerana "menuduh" watikah dan surat yang tersimpan cermat dalam perpustakaan itu sebagai "syirik" dan "sesat" (di sini, dimainkan simbol "kemunduran ilmu kerana agama", faktor Zaman Gelap di Eropah). Malah patung-patung dewa mengelilingi kuil dekat perpustakaan itu ditumbangkan.
Dalam satu babak, dipaparkan, beberapa pelampau agama Kristian menyeludup masuk ke dalam stadium (dahulunya tempat masyarakat menonton teater) di mana penonton Yahudi sedang menyanyi dan "berdoa"(?) dengan menepuk tangan, lalu orang Kristian itu melontar batu ke arah pihak Yahudi.
Adegan seterusnya, sekumpulan orang dewasa Yahudi meminta keadilan di bawah Ketua Keselamatan Rum (seorang anak Iskandariah yang menganut Kristian). Pihak Kristian yang diwakili oleh seorang bishop turut hadir. Majoriti penduduk waktu itu sudah menganut Kristian (atas dasar ketakutan), maka Ketua Kristian telah bersikap berpihak sebelah lalu menggelarkan kerja "anak nakal Kristian" itu sebagai main-mainan. Pergaduhan berlaku, pihak Kristian dan Yahudi mencela sesama sendiri.
Pihak Kristian lupa, orang Yahudi kuat berdendam, dan mereka mengambil pembalasan dendam mereka dengan serius. Terlalu Serius.
Malam itu, tiba-tiba kedengaran orang melaung "Api!" di gereja, menyebabkan kumpulan pengawal/tentera Kristian berpusu mengambil air lalu masuk ke dalam gereja. Apabila mereka berkumpul, tiba-tiba pintu gereja dikunci. Orang Yahudi lantas memerangkap mereka, membaling mereka dengan batu. Kebanyakan orang Kristian mati. Beberapa yang tinggal menjadi saksi kunci kepada pembunuhan balas dan penghalaun orang Yahudi dari Iskandariah.
Melihat pada rentetan adegan filem ini, jika benarlah dikatakan oleh filem ini "menyerupai" kronologi naik jatuhnya Iskandariah di tangan penguasa Kristian, betapa jelasnya ia menggambarkan sisi gelap orang Yahudi secara "umum" (ianya bukan kerja individu tetapi satu komuniti!) Di sini, walaupun memang kemungkinan pihak pelampau Kristian yang mendapat kuasa pengaruh luas di Eropah dan dunia Rum yang merangkak ke arah kehancurannya, menuduh orang Yahudi "pembunuh tuhan" mereka, ini takkan mungkin menjadi faktor satu-satunya orang Yahudi yang tinggal di Judea, bandar-bandar Rum "dihalau" secara satu komuniti. Filem ini menampakkan "kegilaan" orang Yahudi "membalas" sesuatu mengikut kepentingan mereka. Mereka dibaling batu, dipermain-mainkan oleh tentera Kristian di stadium. Balasannya, orang Kristian itu "direjam" batu sampai mati! Betapa "adil"nya undang-undang jalanan Yahudi ini. Bila kita kaitkan dengan laporan yang didapati dari pihak Israel berkenaan "pihak pendamai bersenjata" dan "mengganas", kita amat susah untuk menyetujuinya. Buat Israel, memasuki lautan antarabangsa lalu menahan dengan senjata terhadap pihak antarabangsa yang tidak bersalah itu "adil". Kesabaran masyarakat dunia sedang diuji.
Maka ditunjukkan dalam filem ini, oleh sebab angkara "mendapatkan keadilan" Yahudi, orang Yahudi dalam filem ini diburu tentera Kristian dan dibunuh dengan kejam sekali (sekali lagi, kritikan terhadap pelampau agama), wanita Yahudi dirogol dan anak mereka dibunuh. Atas dasar "kesombongan" yang ditunjukkan oleh bangsa ini, mereka dikecam dan dihalau. Di sini, bermula semangat anti-semitik yang pertama.
Maka, semangat anti-semitik itu, walaupun dipaparkan "pincang" atas keganasan yang melampau terhadap bangsa ini, ia sememangnya "berlaku" kerana ketidakmahuan bangsa Yahudi mengikut satu-satu rentak negara itu, satu sikap yang terlalu membanggakan diri mereka lantas melihat segala yang asing itu "salah". Komplot dan menghasut, seperti yang dipaparkan dalam filem ini merupakan cara orang Yahudi hendak memecahbelahkan masyarakat. Bayangkan, hal ini berlaku beratus tahun lamanya. Secara harfiah, tak mungkin pihak Kristian begitu kasar terhadap Yahudi jika Yahudi tidak membuat sesuatu yang amat menyinggung. Dan filem ini memaparkannya. Jika kita teliti pula persitiwa geseran Yahudi dengan umat Rasulullah s.a.w., kita akan melihat hal yang sama, tetapi kemanusiaan Rasulullah s.a.w. ditunjukkan lebih tinggi daripada orang Kristian Rum, kerana hanya "menghalau" orang Yahudi daripada tanah mereka dan bukan "membunuh" orang yang tak bersalah, wanita dan kanak-kanak.
Maka sesuatu yang berlaku di tengah pantai Mediterenean kini dipersoalkan oleh antarabangsa. Kita faham benar, fakta dan tindakan akan diselewengkan oleh sekutu Israel, mungkin termasuk Arab Saudi sendiri. Ia terpampang di benak, bahawa kesalahan itu sudah nyata, tetapi tetap mahu diselewengkan, seperti beratus tahun dulu. Memelikkan lagi, walaupun filem yang dikatakan ini sebuah filem "free thinker", ianya dengan jelas memaparkan keburukan orang Yahudi. Filem ini banyak menerima anugerah di festival antarabangsa, menjadi filem pecah panggung di Sepanyol, tetapi pernahkah anda mendengar tentang filem ini ditayangkan di Amerika, UK atau negara Eropah lain? Pernahkah anda dengar tentang filem ini? Masyarakat dunia sedang mengkaji kekebalan Israel yang berdalih-dalih. Penonton juga perlu meneliti dan memilih/menonton filem-filem dengan rasional dan celik yang tinggi. Bila memilih/menonton, secara menarik, kita boleh lihat trend yang sedang disuapkan oleh Hollywood kepada penonton Amerika dan dunia.