16 June 2008

Minyak! Minyak! Minyak!



Kepada kau orang yang memandu kereta, ya aku bersimpati pade engkorang (tak, sebenarnya padan muka, bawak lagi kereta laju-laju penuhkan jalan). Mari kita sama-sama merusuh ke rumah banglo separa mahligai para menteri/ahli DUN/politikus-bisnesman/pelobi kerajaan dan bakar rumah mereka dengan gesolin jika mereka tak tahu nak berjimat. Ya, semua orang tengah naik minyak sekarang. Rakyat marhaen menderita, orang kaya Melayu-Cina-India-Entah tersengih-sengih tengok korang dari bawah di atas tingkap kondominium mereka sambil minum shempeng dan peluk bini/awek/balak dia yang baru saja lepas menghabis duit di Dubai. Isi dunia sedang berdosa dan kita sesama manusia sedang mengimbau zaman-zaman semasa duit yang kurang di poket masih boleh membuat kita tersenyum.


Di sini aku akan tampilkan 10 felem minyak! (ini aku punya, kau rasa kau lagi bagus, kau buatlah) yang penting dalam zaman harga minyak melambung tinggi, agar perasaan nostalgia, ghairah, berahi, hina, benci, muak, sakit hati, seram dan nak muntah kita tentang minyak dapat kita dokumentasikan supaya anak cucu kita sedar kita memang makhluk yang suka menghisap dan menghisap isi dunia. Di sini juga aku tampilkan perasaan ambiguiti dan semangat ekspresionis minyak terhadap kita. Kita dan minyak memang tidak boleh dipisahkan. Kita dahagan minyak. Minyak dahagan kita terdegredasi. Kita sebenarnya satu, bermula dari dalam tanah. Dan tanahlah kita akan berakhir.

10 - Dune(1984)
Walaupun filem ini bukan fasal minyak, filem ini mempunyai banyak metafora tentang minyak dan politik keminyakan. Rempah-malange tu minyak dalam dunia Dune, dijaga oleh segolongan manusia elitis (Eropah-Amerika?), dipermainkan dalam alam niaga oleh para Guild (yahudi?), lalu akan dimiliki kembali oleh manusia yang sememangnya golongan yang 'benar' yang menjaga tanah minyak (hibrid Eropah-Arab?). Minyak juga boleh disedut lalu mencipta satu dadah yang membuka 'rahsia alam' buat manusianya. Patutlah orang yang candu dadah seperti anak orang kaya dok Ara Damansara yang fail di Help University mesti satu hari cuba menghisap dadah gaya menghisap ekzos kereta Wira sendiri. Barulah high betul dan boleh bina altar sembah besar-besar. Ya, perkara ini benar-benar terjadi. Minyak melalaikan syahwat dan membuka daya imaginasi kita menemui dimensi-dimensi yang lain. Kita ialah Mu'adib zaman bila sedar rempah melange (minyak) ialah kita sendiri. David Lynch dan Idral dah buat. Kamu bila lagi?

9 - Sumpah Orang Minyak(1956)
Minyak juga seksual. Deskripsi fizikal manusia, iaitu dalam fragmentasi orang disaluti minyak dalam warna mono hitam putih tidak pernah seseksi ini. Sumpah. Sila perhatikan betul-betul filem klasik P. Ramlee ini tentang vouyerisme dalam dunia Melayu. Dengan dadanya yang penuh berkilat hitam, dan mata putih, tangan berkental-kental, paha membengkak, separa cawat yang menampakkan kejantanannya, perempuan (juga lelaki?) mana yang bila menontonnya tak terasa terusik dan tersipu-sipu malu sedang adrenalin naik kerana fotografi Abu Bakar Ali yang intim-erotis (sentiasa masuk keluar dan laju perlahan, seperti melakukan adegan ranjang) serta runut bunyi menggetar minda? Filem yang menjadi simpanan peribadi setiap tauke stesen minyak di Malaysia. Dan anda turut menikmati erotismanya setiap kali anda angkat nozel itu lalu masukkan ke dalam lubang minyak kereta anda.

8 - Segmen filem "The Raft" daripada Creepshow 2(1987)
My personal favourite tentang minyak yang dibayangkan sebagai hantu laknat. Ada sebuah babak yang menyimpulkan segalanya: Pagi selepas 2 daripada kawan-kawan sekumpulan remaja terbunuh dek sesuatu dalam air paya. Si pemuda dalam keadaan mamai, terlihat si gadis di sebelahnya yang memakai bikini, tangannya mula meraba. Lagu rock getar berkumandang (pada pertengahan zaman 80-an, kebanyakan filem lucah Amerika berlatarkan lagu rock. Rock dan dadah adalah budaya dewa-dewi zaman itu tau Idral), bikini dibuka. Buah dada yang ranum putih dimakan dengan lahap oleh si pemuda. Pemuda naik tegang. Kita juga (kalau tak, korang gay). Si gadis 'mengiyakan' aktiviti pemuda dengan suara helainya. Si pemuda naik nafsunya lalu bergerak untuk mencium si gadis. Bila sampai pada muka si gadis, separa mata dan dahinya sudah dimamah oleh selaput minyak yang menghisapnya. Lalu si gadis menjerit dan menjerit. Adegan cucuk pompuan dalam jamban dalam Psycho pun kalah!

7 - Wages of Fear(1953)
Tidak pernah dalam mana-mana filem pun, dipersembahkan bagaimana manusia, bertekad dan bertungkus lumus dengan darah dan sepenuh nyawa mereka untuk menyelamatkan MINYAK seperti yang tertera di dalam filem ini. Semangat, kesungguhan, titik peluh, semuanya sangat berharga, sangat penting untuk sesuap duit (buat kebebasan) anak-anak penjenayah di dalam filem ini, untuk menjaga komoditi sang kaya supaya tidak rugi. Satu cerita moral yang seharusnya ditonton oleh kita semua. Penuh dengan darah, peluh dan adrenalin. Sampai kuasa minyak, sebesar dan seagung mana pun kalah dengan kekuatan manusia ini. Tetapi (secara sindiran) semuanya sia-sia di akhir cerita hanya kerana ketelanjuran manusia juga. Antara filem terbaik tentang minyak.

6 - Giant(1956)
Aku meletakkan filem ini lebih tinggi sikit daripada filem Peranchis di atas kerana filem inilah yang memperkenalkan JR kepada kita (ya, legenda taikon Dallas itu, walaupun ia tidak berkaitan). Di sini ia dimainkan oleh James Dean sebagai Jett Rink, filem terakhirnya. Antara babak yang mengasyikkan ialah sewaktu James Dean meriak keriangan bila air minyak jatuh ke wajahnya, lalu dia dengan lumuran minyak yang tampak bodoh tapi angkuh berlumba ke tanah si tauke lembu (Rock Hudson sebelum dia dapat HIV+) memaparkan kecantikan wajahnya yang disirami minyak (Orang Minyak hampir kalah dari segi erotisme di sini), mendabik bahawa dia kini ialah tuhan. Memang ramalannya betul apabila kita ditayangkan pula berderet-deret menara pam minyak yang mengelilingi tanah tauke lembu itu. Sebuah filem epikal yang melandaskan kuasa dan pengkhianatan wang dan cinta sebaik cerita-cerita dalam Bible, disaluti tentang kedatangan era baru dengan simbolisme minyak (minyak ialah simbol kedatangan modenisasi abad ke-20). Pak Arab tauke minyak tentu suka filem ni. Well, if there is still oil to be suck out from the ground lah.

5 - Jurassic Park(1993)
Filem ini menampilkan satu idea 'mat jenin' yang fantastik. Apa kata kita buahkan kembali dinasour hidup dalam dunia ini, lalu kita pupuskan mereka semua secara holokos, kemudian kita bina satu sistem yang memproses mereka menjadi minyak asli. Wal-la! Terciptalah regenerasi minyak sedunia!

4 - There Will Be Blood(2007)
Filem ini lebih baik daripada Giant kerana ia mengangkat beberapa isu yang disebut dalam Giant lalu dibawa ke lapisan-lapisan baru. Kuasa agama dan politik sangat memikat dalam filem ni (yang semuanya secara sinikal dijaga oleh kuasa minyak). Buat anda yang kemaruk minyak, melihat babak demi babak bagaimana Daniel Day-Lewis mencedok dan mengepam minyak keluar dari lubang yang gelap sudah cukup memaparkan keagungan, kecantikan dan keerotikan hasil alam ini keluar dari perut bumi yang dirakus-rakus sangat oleh kita. Serius, kesemua babak-babaknya cantik, malah tercantik yang pernah dibikin tentang minyak keluar dari perut bumi. Pembakaran pam minyak pun dibuat dengan sangat alegorik dan impresionis sekali, kita boleh ternganga kerana tahap dewa babaknya.

3 - Duel(1971)
Semua fuelem di atas kebanyakannya tentang minyak per se, kini kita ambil komponen minyak dan kehidupan seharian manusia, dengan ini filem itu lebih manusiawi dan dekat dengan kita (lalu kita faham makna minyak pada kita). Filem berlumba-lumba sudah tentu menjadi filem paling relevan tentang fungsi minyak (adakah para pelumba litar F1 sekarang patut berhenti membuang duit syarikat minyak dengan kerja tanpa faedah mereka?), aku boleh letak beberapa yang baik, dan tentu korang akan letak beberapa, tetapi ibu kepada segala filem lumba-lumba ini perlu diletakkan di bahu Duel kerana filem ini benar dalam menyiarkan nyawa minyak buat pemandu dalam garapan seprimal mungkin. Babak akhir sewaktu minyak hero mahu habis menjawab segala getir sakit kita tentang pemanduan dan keinginan untuk hidup dalam dunia serba menyeksa dan memakan ini.

2 - Maximum Overdrive(1986)
Jika Spielberg berjaya buat kita termangu sebentar tentang nyawa dan minyak dalam dunia moden, Stephen King dalam filem sulungnya (yang paling bodoh dalam kebanyakan senarai para pengkritik) ini berjaya menghantar sebuah idea ekstrem yang mencampur tema Lord of the Flies versi lori dahaga minyak. Bayangkan si manusia terpaksa masukkan diesel ke dalam lori yang hidup sendiri kerana dipaksa oleh lori itu. Sekarang bayangkan semua kereta kita yang dahagakan minyak memaksa kita memasukkan minyak petrol ke dalam tangki mereka dan kalau tak, korang akan dikejar dan dilanggar dek kereta sendiri. Aku menunggu masanya sang marhaen yang memandu van macam nak mampus tiba-tiba dikejar oleh vannya sendiri kerana dahagakan darah tuannya. Untuk efek fantasi dalam diri anda yang mahu membakar semua stesen minyak dalam dunia ini, filem ini boleh menunjukkan caranya. Antara shot tercantik tentang stesen minyak terbakar.

1 - Mad Max 2(1981)
Walaupun aku suka Mad Max 1 dan 3, filem ini menjadi kegemaran alfa aku. Lantas menjadi filem post apocalypse terbaik buat aku. Juga menjadi filem terbaik tentang minyak - proses merampas minyak (sebagai bahan paling berharga dalam dunia waktu itu, dan kini?) secara paling haiwan yang pernah kau tengok boleh berlaku di antara manusia. Ya, mereka menjerit, mencakar, memaki, melanggar, menembak, memarang, meletup, semata-mata kerana rebutkan minyak (dan akhirnya nyawa). Dunia sudah kiamat kawan, dan kau baru nak terbangun? Untuk mengimpakkan alegori anti-minyak filem ini, hero (Mel Gibson) di akhir filem berjalan keseorangan di balik gurun yang datar, bernyawa, hidup, bergerak tekun ke masa hadapan.

Selain 10 senarai mengetop di atas, di bawah ini tertera juga beberapa filem tentang minyak yang relevan buat aku disenaraikan tetapi tidak masuk carta 10:

- Farenheit 9/11(2004): Saddam Hussein, George Bush dan Iraq. Minyak-minyak-minyak! Sama impaknya dengan Three Kings.
- An Inconvenient Truth(2006): Dunia sedang berakhir, dan kita sedang berperang kerana minyak.
- The Last Winter(2006): Sekumpulan korporat minyak menjumpai hantu bawah tanah. Filem psikologi seram. Filem eskapis buat mereka yang bengangkan Esso, Shell dan sealirannya.
- Amityville Horror(1979): Filem ni kalah dalam memaparkan hantu laknat minyak (dikalahkan oleh Creepshow 2 dan Orang Minyak) kerana walaupun menakutkan bila kita tengok hero disaluti minyak dan jadi 'hantu', tiba-tiba dia tak jadi membunuh lalu keluar dari rumah cepat-cepat. Apa-apa pun efek rumah minyak yang meletup bawah tanah cool untuk zaman itu.
- Children of Men(2006): Filem ni takde kena mengena dengan minyak, tetapi ramai watak macam disaluti abu dan minyak. Minyak itu aksesori cantik buat kulit. Filem kiamat mesti tonton.
- Minority Report(2002): Aku rasa zaman ini saja aku akan memandu.
- Five Easy Pieces(1970): Sebuah babak yang cantik tanpa perlu banyak kuasa teknik. Jack Nicolson terduduk letih merenung 'masa depan' sedang tukul-tukul besi sedang mencucuk bumi menyedut minyak. Antara gambaran kebenaran keterasingan manusia moden dalam dunia serba mengasingkan dan mesin.
- Armageddon(1998): Senang, Bruce Wills, Ben Affleck dan pelombong minyak lain seksi. Tapi mereka kalah dengan Orang Minyak.
- Conquerors of The Sea(1959): Antara dokumentari tercantik yang pernah dibikin dalam merakamkan cari gali minyak di tengah lautan luas. Ego lelaki akan naik bila menonton filem ini.
- Fire at the Oil Gusher in Bibi-Heybat(1898): Filem pertama tentang minyak, err, tentang kemalangan sewaktu mengepam minyak. Ngeri kau!
- Dan terakhir, walaupun langsung tidak masuk tema, filem ini ialah antara filem kemanusiaan paling berkuasa pernah aku tonton, malah aku percaya mendiang Lorenzo yang arwah itu ialah seorang wali, tontonilah Lorenzo's Oil(1992) untuk melihat kuasa harapan manusia menandingi segala keperitan untuk secebis harapan Tuhan. Sedikit berita tentang Lorenzo:

Subject of film 'Lorenzo's Oil' dies at 30May. 30, 2008 11:27 PM ET (AP)
The man whose parents' battle to save him from a nerve disease was depicted in the movie "Lorenzo's Oil" died Friday at his home in Virginia, having lived more than 20 years longer than doctors had predicted.
Lorenzo Odone, who doctors had predicted would die in childhood, died one day after his 30th birthday, said his father, Augusto Odone.
Lorenzo Odone had come down with aspiration pneumonia recently after getting food stuck in his lungs, his father said. He began bleeding heavily, and before an ambulance reached their home his son was dead, Odone said.
"He could not see or communicate, but he was still with us," Odone said Friday. "He did not suffer. ... That's the important thing."
Odone was found at age 6 to have adrenoleukodystrophy, or ALD. His doctors told his parents the disease _ caused by a genetic mutation that causes the neurological system to break down _ would lead to death in two years.
The disease leads to the accumulation of substances called very long chain fatty acids in cells, which damages the material that coats nerve fibers in the brain.
Susan Sarandon and Nick Nolte starred as Michaela and Augusto Odone in 1992's "Lorenzo's Oil," which recounted their efforts to formulate the oil they said helped their son fight the neurological disease, despite lacking scientific backgrounds.
Sarandon earned an Academy Award nomination for her performance.
A study published in 2005, based on research with 84 boys, showed that a treatment made from olive and rapeseed oils _ patented by Augusto Odone _ can prevent onset of the disease's symptoms for most boys who receive an ALD diagnosis.
Odone plans to take his son's ashes to New York to mix them with those of his wife, who died in 2000. Then, Odone said, he will sell his home in Fairfax, Va., and move back to his native Italy.
Odone also plans to write a book memorializing his son, "to tell the story of Lorenzo as a way to make him live on."

ps: Aku tengah gila cup cakes. Untuk cup cakes yang sangat lazat, aku dah cuba ada di Bakin' Boys di KLCC dengan harga rm4 seketul. Sedap habis! Mengingatkan aku pada rasa kek masa aku kecik kat Amerika. Ya, Wondermilk pun kalah (oh, tapi sanwic2 Wondermilk sedap).

11 June 2008

Sepi(2008) Sesuatu Yang Indah

Sepi ialah filem ketiga Kabir, skrip oleh ARA dan Mira Mustapha, para penulis dan pembikin filem yang membawakan kita Cinta. Walaupun Kabir mengatakan Sepi sebagai sesuatu yang lain dengan Cinta, semangat dan kebiasaan yang Kabir bawakan dalam Cinta secara formulaik ada dalam Sepi. Ini bukan bermakna ia sesuatu yang buruk, Sepi ialah sebuah filem yang baik sebaik Cinta.

Antara kebiasaan Kabir ialah mengadun lagu-lagu komersial dalam runut bunyi latar filem, bercampur-campur, yang mana menjadi bingit kepada sesiapa yang mendengarnya pada awalnya (malah, pada awal filem ini memang membingitkan). Tetapi buat peminat filem Kabir, mereka sudah 'lali' dengan kebiasaan Kabir ini lalu 'get used' dengan alunan lagu ini pada pertengahan filem. Kebiasaan kedua Kabir ialah memaparkan satu shot melankolia dengan adunan bunyi mendayu (kita perlu menangis, itu permintaan teknikalnya), selalunya berlaku pada pertengahan cerita di mana kita sudah 'sangat kenal' akan watak-wataknya, lalu diberi satu keputusan 'melencong', kebiasaan dalam filem-filem romantik sebegini.

Tetapi apa yang mengujakan aku ialah bagaimana Kabir boleh membawa sedikit jauh tema cinta dan pertalian kali ini. Cerita-cerita Kabir kali ini lebih 'gelap' dan lebih membuak persoalan-persoalan yang lebih matang. Semahu-mahunya, tiga cerita yang diikat menjadi satu dalam Sepi (digerakkan dengan peniruan gaya Gangster Bade Hj. Azmi atau Amerros Perros Innaritu), hanya 'bersatu' dalam bentuk sebuah babak 'initial', satu pelanggaran di tengah jalan (kita faham, antara permainan mengubah nasib atau remenisasi takdir akan berlaku di sini oleh sebab pelanggaran itu), diwakili oleh Adam (Afdlin Shauki), Sufi (Tony Yusof) dan Imaan (Baizura kahar).

Dengan kekuatan emosi hindustannya (hindustan di sini bermakna, memaparkan ekspresi emosi itu dengan seadanya, dan kalau boleh dilipat gandakan dengan gerakan, suara dan cahaya untuk memaparkan 'mood', dan kadang-kala 'mood' yang dicipta ini artificial terhadap latar realiti cerita), Kabir cuba mengangkat sebuah cerita yang mempersoal dan melihat kembali ketentuan, takdir serta pemilihan peluang kedua dalam ketentuan dan takdir. Kali ini, Kabir benar-benar menyeksa para pemain wataknya untuk sesak dalam dunia kebiasaan yang penuh pancaroba terhadap nurani (sudah tentu berkait dengan cinta dan pertalian) dan diri. Sebuah watak yang kelakar dan cool seperti Afdlin pun boleh diseksa secukup-cukupnya. Tetapi, seperti tiga watak yang dipersoalkan diri dan nafsu mereka, Kabir sebenarnya memberi implikasi bahawa, walaupun adanya ketentuan qada' yang diberi Tuhan, ada qadarnya yang boleh diubah oleh sesetengah manusia jika ia mahu menukarnya (sebuah dialog kuasi agama berlaku di tengah cerita apabila Sufi melafazkan: perubahan tidak terjadi jika seseorang itu tidak mahu mengubah diri sendiri), kadang-kala keputusan penukaran itu perlu diusahakan sendiri (seperti buat watak Adam dan Sufi) dan kadang-kala memerlukan seorang (seperti Sufi dan Imaan). Idea ini adalah suatu idea 'sufi' yang sangat halus, memaparkan, dalam dunia ini, setiap manusia mempunyai ujian dan perjalanan yang berbeza-beza dengan orang lain dalam memahami Tuhannya, dan kesemua jalan-jalan itu benar buat manusia yang menjalaninya.

Antara ketiga-tiga segmen dalam filem ini, segmen Adam ialah segmen paling menghiburkan malah paling sempurna. Ini ditolong dengan kekuatan lakonan Afdlin Shauki, Vaneeda Imran serta Nasha Aziz (ya, Nasha Aziz sangat mengejutkan) serta para pelakon pembantu yang lain, tetapi terutamanya Afdlin yang membawa lakonan kelakar-kecewanya yang sangat tetap dengan masa (timely) dan kesinambungannya. Malah, chemistry Afdlin dengan Vaneeda adalah suatu perjalinan yang 'miracle'. Dalam babak-babak bergaduh dalam dapur, kita dapat jumpa sexual chemistry (by of course, Islam Hadhari style) kedua-dua wataknya (Afdlin dan Vaneeda, sila lihat gerak-geri Afdlin yang 'mahukan' Vaneeda) yang jarang-jarang kita jumpa dalam filem Melayu. Malah, Afdlin melakarkan sebuah watak yang sebulatnya lelaki, kuat, kelakar, tetapi boleh retak. Malah budaya peranakan (Adam datang keluarga campuran Cina) yang diangkat sesuai dengan pragmatisme dan keterbukaan watak Afdlin.

Segmen Sufi lakonan Tony Yusof dengan Eja ialah segmen terlemah dalam filem ini disebabkan kurangnya kekuatan Tony Yusof (aku tidak percaya Tony betul-betul menyukai Eja, terjumpa 'fakeness' dalam jatuh cinta Tony) dalam melamar Eja. Tetapi segmen ini perlu kerana 'roh' peluang kedua serta keputusan yang dibuat oleh Sufi seakan-akan melampaui harapan Adam dan Imaan secara spiritual. Sarwajagat dunia Sepi seakan-akan berkata, Jika Sufi tidak melakukan 'keputusannya' (malah, oleh sebab pemanduan kereta Sufi, Adam dan Imaan memikir akan peluang kedua), watak-watak lain dalam dunia ini TIDAK AKAN memilih apa yang mereka pilih (bukan daripada segi realiti masa filem, tetapi daripada segi susunan cerita dalam filem, kita sedar akan ini apabila filem ini seakan mencadangkan di akhir cerita bahawa oleh sebab pengorbanan Sufi, secara spiritual Adam dan Imaan mencapai kebahagiaan dalam peluang kedua mereka di 'dunia'). Malah permintaan Sufi yang 'melampau' terhadap Eja sebenarnya adalah kekuatan 'pemecahan' daripada seksa ketentuan takdir itu. Sebenarnya, antara ketiga-tiga segmen, Sufi yang paling romantis, melangkau kekuatan impian seorang manusia pun dengan keputusan-keputusan yang dibuat olehnya. Di sini terletak roh 'pemilihan untuk berubah' terhadap Adam dan Imaan. Segmen ini juga dipersoalkan kerana dipaparkan Eja tinggal di dalam sebuah rumah yang cantik, sedangkan suaminya hanya bekerja pemandu lori dan bagaimana Sufi mendapat tahu tentang suami Eja (walaupun tidak perlu diberitahu, kita anggap Eja sudah memberitahu Sufi). Lakonan si budak kecil sebagai anak Tony mengingatkan aku kepada Elliot dalam E.T., sangat cute.

Segmen Imaan ialah segmen paling mengejutkan serta banyak mainan 'subtle' (malah, pertarungan spiritual/delusi Imaan menyebabkan Sufi memasuki qada' cerita ini) yang berjaya dibayangkan oleh Kabir. Ini ditolong oleh lakonan bersahaja tetapi kuat oleh Baizura Kahar serta lakonan sederhana Syed Hussain. Memang Syed Hussain tidak begitu menonjol, tetapi ada kejujuran dan kekuatan dalam beberapa babak yang berjaya dibawa olehnya. Malah keputusan yang dibawa olehnya pada 'jawapan' akhir cerita memaparkan ketulusan Syed yang sebenar (sanggup mengejar Imaan walaupun dia seorang buaya), dan ini dipaparkan dengan begitu pesona sekali oleh dua bintang baru ini.

Sepi ialah suatu filem yang indah, suatu filem yang boleh mengisi emosi dan semangat kita yang memerlukan sesuatu dalam hidup (secara subtle, Sepi ingin kita cari Tuhan dalam dunia yang terlalu menyeksakan ini dengan melakukan muhasabah diri). Sepi mungkin tidak akan menang filem terbaik (jika tidak ada lagi yang baik) buat FFM kali ini oleh sebab penurutan tema cinta yang diangkat Kabir, tetapi Sepi ialah contoh sebuah filem yang senang diintip dan dirasa tetapi mempunyai pelbagai lapisan yang indah di bawah aksi dan suara wataknya. Antara filem komersial terbaik Malaysia tahun ini.

pautan: http://sepithemovie.com/

10 June 2008

Once(2007) Permata Lagu Hati


Bagi anda yang pernah duduk bermain piano, gitar atau violin atau apa-apa, atau bernyanyi di sebelah yang tersayang bila memetik atau menghentak kunci piano, anda akan dapat sesuatu dari Once.

Ada sebuah babak lagu "Falling Slowly" di mana Irglova bermain piano dan Hansard bermain gitar lalu mereka bernyanyi. Memang, babak sebegitu sudah banyak yang berlaku dalam mana-mana klip MTV, atau mana-mana video khas seorang bintang membuat rekod, tetapi babak itu, paling persis menangkap segala pertemuan mata, kesatuan suara dan muzik serta perhubungan yang kita tahu akan berlaku antara Glen Hansard dan Marketa Irglova. Seperti mana sewaktu aku kecil, menyanyi di tepi piano sedang adik perempuan aku mengetuk kunci piano, lalu mata kita ketemu dan suara teradun, menggema suasana, hal itu sangat membuak satu penyatuan, dan penyatuan itu berlaku dengan sangat intimasi, sangat peribadi dalam Once.

Once ialah sebuah filem peribadi buat aku. Filemnya soothing, ia tidaklah mementingkan sangat ceritanya (walaupun pembikinan dan pengolahan ceritanya sendiri bagus, terjaga dan bertempat), tetapi ia mementingkan bagaimana aku mengikatkan diri aku kepada dua watak 'tersesat di tengah kota untuk cinta dan pengiktirafan', isi hati mereka (dan ketetapan keputusan mereka) serta bagaimana manusia diikat dengan alam yang di kelilinginya. Once ialah filem yang membuak perasaan dengan menenangkan halwa telinga. Once juga menangkan mata dengan alunan kebiasaan dengan kamera murah tetapi membuak suara benar tentang kota Dublin dengan sejuk musim luruhnya, di mana pada satu bahagian, halwa mata kita akan terusik tenang bila Hansard dan Irglova memandang kejauhan lampar laut Irish di atas bukit yang hijau. Dan di situ, baharu Irglova boleh mengucap sejujur-jujurnya apa yang dia rasa akan Hansard.

Memang, penceritaan filem ini senang kalau dilihat dari sudut penstrukturan. Filem ini hanya terpecah kepada dua bahagaian, bagaimana sekumpulan pemuzik bersatu dan masuk rekod studio lalu merekod lagu (pembuahan harapan anak muda Irish), dan keduanya kisah perhubungan yang baru mahu intim antara dua watak utamanya. Kalau pengkaji filem teliti, mereka hanya akan mencari sebab-akibat yang boleh dikaitkan dengan dua buah struktur tema yang sudah dipilih ini lalu sudah tahu 'konsekuensi'nya (hanya ada dua jalan sahaja). Tetapi itu tidak penting. Yang penting di dalam filem ini ialah bagaimana lagu yang ditatakan di dalam filem membuak 'cerita'nya tersendiri terhadap imej dan terhadap penerimaan penonton (apa jenis perasaan dan keintiman yang ia berjaya cetus buat penerima) - ini adalah satu daripada tujuan estetika dalam filem muzikal, lalu di dalam filem ini, ada banyak 'cetusan-cetusan' ini yang berjaya disampaikan, malah boleh dikatakan, filem sebesar muzikal Dreamgirls pun nampak lewah dengan kebiasaan babak-babak muzik dalam Once.

Setiap nafas dan lirik mata manusia dalam Once ini penting, kerana ia membuak kemanusiaan sebenar dan pembawa cerita sebenar. Dalam diam-diam bahasa pergerakan badan, ia sebenarnya lebih kuat daripada lagu-lagu yang diutarakan (walaupun aku tidak menyangkal kekuatan lagu Hansard, malah menyebabkan aku masih tercari-cari runut bunyinya sehingga sekarang), kerana lagu-lagu itu adalah pembuakan suara hati kepada harapan/desakan/keceriaan/rintihan, sedang yang realiti ialah suara mata dan gerak badan serta hela nafas yang tidak selalu diungkapkan. John Carney berjaya menangkap gerak-geri ini dengan seteliti mungkin, mengharuskan satu perjalinan kebenaran sifat manusia yang utuh.

Seperti yang berlaku pada babak 'gelap' sewaktu ketidaktentuan kita akan Irglova dan Hansard, walaupun 'kita tahu' makna Irglova yang diam dan hanya boleh menangis di bahu Hansard, intimasi yang diam yang berjaya dipaparkan lebih kuat daripada segala lagu dan bunyi yang berlaku dalam seluruh 85 minit filem ini. Kalau kita teliti, di sinilah sahaja babak 'sunyi' yang disengajakan selepas luah lagu dan kata-kata yang keluar daripada watak-wataknya, sebelum dan selepas. Di sini, pembuakan 'lagu' dari isi hati kita benar-benar membuat perjalinan dengan filem ini, waktu di sini, suara hati kita bernyanyi untuk sesuatu yang berlaku. Pembuakan hati kita bukan lagi kerana apa yang akan terjadi terhadap dua watak itu tetapi apa akan terjadi dengan kita dan hidup kita. Di sini, tempat sunyi filem ini ialah titik cerekawala Once. Di sini aku menangis tiba-tiba.

Once sebuah filem yang sangat peribadi buat aku, dan antara filem yang terlepas pandang oleh aku selama setahun lepas. Filem ini banyak membuak perasaan dan sentimentalsiti yang sudah lama aku tidak dapat fikirkan aku ada. Aku percaya selepas Once, orang-orang murung seperti aku memang ditakdirkan untuk zuhud dan seorang, kerana harapan aku (dan seni aku) adalah buat aku dan aku seorang walaupun ia boleh dikongsi, tetapi ia hanya menyentuh orang di luar sana, sekala-sekali.

07 June 2008

HILANG HANDPHONE

Saya baru saja hilang HP.



Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk masa pendek ini untuk tidak memiliki telefon bimbit. Macam orang lama. Jadi sesiapa yang mahu menghubungi saya terpaksa menelefon saya balik di pejabat atau di rumah atau e-mel saya sahaja. Jadi sesiapa tak tahu, well, maaf lah.

03 June 2008

Apa Kata Hati (2008) Ada Cerita Baik


Filem perdana kedua Saw Teong Hin. Memang filem romantik-komedi Saw kali ini, atau lebih dekat kepada sebuah 'chic-flick' ini ada dan kena kepada penjurusan filem-filem segenre ini. Malah, hasil idea Meor Shariman ini bolehlah dibanggakan kerana mempunyai struktur awal-pertengahan-pengakhir yang konsisten, bulat dan mengikut tradisi mana-mana penceritaan filem romantik komedi. Idea wanita urban, dicampur dengan kepelbagaian dan kemakmuran tradisi lwn. moden, serta apa-apa masalah dan isu yang berkenaan wanita Melayu/Malaysia moden disampaikan dengan baik oleh peneraju filem, mewakili (kononnya) segolongan besar masyarakat urban Melayu di bandar (yang terletak pada watak Raja Farah, Dynaz, Awie(!) dan Kartina Aziz).

Ada beberapa perkara subjektif yang 'berani' dan liberal yang dibawa, membuka mata dan sangat memberangsangkan (sekurang-kurangnya buat sebuah filem Melayu). Ini terletak kepada perwatakan Awie yang berkeinginan wanita, Raja Farah yang feminis telus dan jujur terhadap dunia di sekelilingnya (kadang kala disengajakan naif), Dynaz yang melakukan segala-galanya tanpa sempadan tetapi masih 'mempunyai hati', dan akhirnya Kartina Aziz, seorang andartu kekampungan yang berbaur dengan arus kemodenan, mencipta satu suara kampung-urban yang baharu dan terwujud cantik.

Empat watak ini pula diadun baik dengan perjalanan cerita yang 'mencari kata hati' iaitu cinta, satu harapan yang memang menjadi cita-cita klise wanita Melayu/Malaysia dari zaman dahulu hingga sekarang.

Semangat dan percubaan baharu ini yang menyebabkan Apa Kati Hati segar. Lebih-lebih lagi, penghasilan perwatakan yang bulat dan punya psikologi yang terjaga, walaupun kadang-kadang watak-wataknya (termasuk watak sampingan) bergaya sketsa (terdapat sekurang-kurangnya lima watak sampingan tambahan yang mempunyai tindakan-pengaruh tersendiri terhadap empat watak teraju tadi), ini boleh dimaafkan kerana keadaan chic-flic filem ini yang membenarkannya.

Ceritanya senang, campuran What Women Want yang pernah dilakonkan oleh Mel Gibson serta filem Freaky Friday (dalam 'sentuhan magis', adanya kelebihan, adanya sumpahan) di mana Ely lakonan Raja Farah yang tulus, naif dan berhati baik diberi kuasa oleh 'bomoh sakai' lakonan Ac Mizal untuk mendengar kata hati lelaki. Lalu kelebihan, efek humor dan bencana melanda Raja Farah. Di sini, kita melihat bagaimana Raja Farah bertindak pada awalnya terhadap 'kata hati lelaki', lebih memahami sikap lelaki, dan akhirnya memilih jalannya mengikut semangant individual kewanitaan yang dia pegang dan percaya.

Tiada sebarang kejutan yang terlalu, semuanya disusun baik oleh Meor Shariman dan Saw Teong Hin. Malah, beberapa subplot yang kita kira tidak perlu pun dikawal dengan susunan baik agar penceritaannya memberi 'makna' kepada watak Raja Farah. Pun begitu, aku sedikit mempunyai masalah dengan subplot ibu bapa Raja Farah (Harun Salim Bachik dan Ogy, ya Ogy!) yang mana terdapat beberapa persoalan besar yang mungkin boleh dibaiki.

Ketulusan seks dan ghairah wanita yang dibanding oleh watak Dynaz serta Raja Farah merupakan kekuatan sebenar filem ini. Dynaz dan Raja Farah semacam Yin dan Yang, mereka sangat berlainan. Watak Raja Farah jenis percaya terhadap seks selepas kahwin, walaupun kita tidak diberitahu akan ini, sedang Dynaz tidak, dan Dynaz melakukan yang mana boleh terhadap lelaki, maka sebab itu, dia kononnya lebih pakar memahami lelaki luar dan 'dalam', sedangkan Raja Farah mempunyai hati tulus dalam mempercayai ketaatan teman lelakinya (lakonan Farid Kamil yang sedikit miscast). Apa yang menarik, walaupun ketidakupaya mereka berdua mempunyai kesamaan (Dynaz tidak percaya dengan teman lelaki Raja Farah) mereka tidak menggunakan isu ini sebagai konflik, seperti mana yang biasa akan dibuat dalam filem-filem Melayu. Ini boleh dilihat dalam sahutan 'bitchy' antara dua watak ini setiap kali Dynaz atau Raja Farah balik dari dating.

Ada sesuatu dalam runut bunyi Apa Kata Hati, ada beberapa bahagian latar moodnya berjaya mengangkat adegan filem ini, kadang-kala pula ia sedikit kekok (buat aku secara peribadi), mungkin kerana 'suara baharu' yang digemblengkan dalam pembikinan runut bunyi filem ini. Ini terletak dalam beberapa lagu kumpulan Rock filem ini. Lagu "Apa Kata Hati" Jaclyn Victor terkecuali. Masalah ini sebenarnya terletak di atas bahu pengadun bunyi yang buat aku gagal menyelaraskan lagu dan suara dalam filem ini dengan baik. Kadang-kadang kita terasa filemnya terlalu 'diam' dengan dialog, kadang-kadang terlalu muak dengan bunyi-bunyi slapstik. Bunyi-bunyi awal slapstik yang wujud pada awal filem sangat menggoyah pemerhatian, lebih-lebih lagi kerana idea filem ini menyangkal kebiasaan slapstik Razak Mohaideen. Filem ini wujud kerana wit dialognya serta aksi wajah dan bahasa badan pelakonnya, maka efek-efek bunyi terlalu itu tidak perlu.

Masalah kedua yang paling tampak ialah penjagaan 'fluidity' yang mengejutkan, tidak ada masalahnya langsung dalam Puteri Gunung Ledang tetapi membuak banyak dalam filem Saw kali ini. Penggambarannya malas (seakan tidak ada bajet dan dibuat dengan sungguh murah) dan suntingannya tidak ada daya. Kadang-kadang satu adegan itu mengambil masa yang sangat panjang untuk habis, dan penyambungan antara satu shot dengan shot tidak seimbang dna langsung rasa terpotong-potong tanpa konti. Kita boleh lihat kelemahan ini dalam babak nyanyian "Sekadar di Pinggiran" yang sebenarnya mempunyai potensi pembuakan idea harapan fantasi-realiti-muzikal yang mencuitkan, tetapi tidak disampaikan dengan baik. Ini termasuk dengan babak luahan hati Farid Kamil yang telah menyebabkan Raja Farah marah. Ia dibuat dengan sangat lemah, idea 'salah faham' itu tidak sampai kepada penonton.

Raja Farah memeranjatkan aku. Aku maafkan dia kerana kerosakannya dalam Salon, dan kemudian dia hebat dalam Anak Halal. Di dalam filem ini menunjukkan, Raja Farah ialah seorang pelakon wanita yang perlu diperhatikan. Dynaz juga baik, malah antara yang terbaik dalam filem ini. Dynaz mengada-ngada tetapi mengada-ngadanya perlu. Awie buruk, dia tidak boleh langsung berlakon sebagai mat lembut, lakonannya sangat satu sisi. Tiada dimensi langsung. Harun dan Ogy OK walaupun Ogy agak keterlaluan dalam beberapa babak. Yang lain semuanya sederhana.

Apa Kata Hati ada sesuatu. Ia memang tidak sempurna, malah masalah ia memberi tarikan kepada penonton untuk menunggu sehingga ke akhir cerita itu ada, hanya terdapat banyak kecacatan yang menyebabkan aku sedikit terasa hambar. Pun begitu, para pelakonnya cuba sedaya upaya untuk menaikkan keinginan kita menontonnya sehingga habis.

Pra-Tonton: Sepi

Daripada pengarah filem CINTA...



GSC, One Utama, 10 Jun 2008 ...
Yeeeeaay, ada awek misteri mahu menumpang sekaki :)

27 May 2008

Beberapa Buah Filem Secara Pendek Dalam Satu Nafas

Ya, seakan candu, aku tak boleh berhenti menulis, walaupun aku malas mahu menulis ...

Breatheless ialah sebuah filem yang salah jika kau kata ianya untuk lelaki malah filem ini berani memaparkan perempuan dan lelaki itu spesies yang sama sekali berlainan yang benci tetapi sayang antara satu sama lain di mana zaman ini milik wanita yang kecundangkan para lelakinya untuk mencapai kegemilangan.

Battlestar Gallactica: Razor ialah sebuah filem video tanpa banyak paparan Starbucks tetapi memberi konfesi 'terbesar' tentang Starbucks dan kita juga akhirnya tahu bagaimana rupanya Tuhan para Cylon.

Indiana Jones and the Crystal Skull ialah sebuah filem Spielberg yang main-main dan sudah kurang idea di mana segala mumbo jumbo The Mummy akan kita kenal dan kenang kembali lalu Raiders of the Lost Ark menjadi filem aksi-kinetik Speilberg paling baik kerana filem ini menyucuk thrill ride demi thrill ride yang terlalu yang aku rasa Temple of Doom lebih berimpak dalam rollercoasternya namun begitu Harrison Ford masih menarik dan dialognya mengancam.
Narnia: Prince Caspian ialah sebuah filem yang bagus dan seronok dan menghiburkan dan walaupun orang tak suka bahagian pertamanya tetapi aku tetap suka dan aku berfantasi bahawa aku ialah Edmond dalam filem agama ni.

Beranak Dalam Kubur ialah sebuah filem yang tersangatlah bodohnya yang dikeluarkan oleh penerbit filem Ayat-Ayat Cinta di mana kita sekarang sudah ada sekolah filem seram Indonesia yang biasa iaitu "alam angker bunuh satu demi satu" para remaja yang bodoh pergi kacau tempat hantu lalu mereka mati macam klise filem-filem slasher Hollywood terima kasih.

Ironman berjaya kerana Robert Downey Jr. dan skrip yang cantas dan pedas menjadi filem terbaik Summer ini.

09 May 2008

Tercungap Napasku(1961) di Pavilion 3pm Ahad




Aku akan ke Pavilion untuk menonton ini filem, Breathless (A BOUT DE SOUFFLE, tah hape pun maknanya ...), oleh sebab Nazim Masnawi p**** sangat sebab tak nak pinjamkan DVDnya, malah mendapat nasihat Saat supaya lebih baik layan felem ni di pawagam yang lebih puas menontonnya... (aku pernah tonton felem versi Hollywoodnya, lakonan Richard Gere yang sangat erotis sewaktu kecik yang aku tak faham seinci pun, tapi ada satu babak Richard Gere dan aweknya terkekeh-kekeh baca komik sambil paparkan gambar warna komik sungguh vibrant dan keremajaan).


Moh ikut aku, moh!

08 May 2008

Apresisasi Filem Haru Biru di Finas

fadz: aku tak boleh memandu jadi aku tak boleh pergi.

TAYANGAN, APRESIASI DAN DISKUSI FILEM TEMPATAN.
FILEM: HARU BIRU
TARIKH: sabtu 10 MEI 2008
MASA: 3.00PETANG
TEMPAT: PAWAGAM MINI P.RAMLEE FINAS, KOMPLEKS STUDIO MERDEKA, HULU KELANG SELANGOR.

MODERATOR: UWEI BIN HAJISAARI

HADIR BERSAMA: SHADAN HASHIM (PENGARAH FILEM HARU BIRU)

PANEL LAIN:
1. ZARINA ABDULLAH (PENGARAH FILEM CHERMIN),
2. PROF DATIN DR ROZIE OMAR (PENGARAH ASIA EUROPE INSTITUT UNIVERSITY MALAYA)
3. BUDI HASMI (PENGKRITIK SENI)

SINOPSIS FILEM"HARU BIRU" (HAYWIRE)

Kid (QUE HAIDAR) seorang eksekutif muda, Ariyana (DYNAZ) seorang model, dan Dani (IJOY AZHARI) seorang fotografer bebas, adalah tiga remaja yang bersahabat. Hubungan ini kemudiannya dibebani oleh perasaan cinta yang tersembunyi, lantas menimbulkan konflik yang meruntuhkan persahabatan mereka. Dalam diam Kid menjalinkan hubungan cinta dengan Ariyana dan membelakangi Dani.Kepura-puraan ini terbongkar apabila Suzi (BETTY BANAFE), perempuan simpanan Big Daddy, yang juga bekas kekasih Kid muncul kembali menagih harapan dari Kid. Suzi menghalang perhubungan Kid dan Ariyana kerana dia juga mahu Kid membantunya melarikan diri dari Big Daddy. Ariyana kecewa dengan tindak-tanduk Kid, lantas memutuskan perhubungan mereka berdua. Kini Dani pula menghilangkan diri setelah rasa dikhianati dan diperbodohkan oleh Kid, malah Ariyana sendiri.Atas tekanan dan godaan Suzi, Kid terpaksa juga membantu Suzi melarikan diri. Namun tidak semudah itu. Abang Kecik (EMAN MANAN), orang paling kanan Big Daddy mula menjejaki mereka. Keadaan semakin genting apabila tindakan-tindakan mereka menjadi haru biru dan di luar kawalan.

INFORMASI FILEM.

QUE HAIDAR, DYNAZ, EMAN MANAN, BETTY BANAFE, IJOY AZHARI, TAHUN: 2007 DURASI: 90 MINIT FORMAT: FILEM 35MM TERBITAN: PENGEDARAN J.A.S SDN BHD PENERBIT EKSEKUTIF: RAJA AZMI JALANI PENERBIT: AMIR YUSOFF/ADLIN AMAN RAMLIE PENGARAH: SHADAN HASHIM PENULIS SKRIP: ADLIN AMAN RAMLIE PENGARAH FOTOGRAFI: AZMAN RAZALI EDITOR: SHADAN HASHIM PENGARAH SENI: TED ADZELAN PEREKA BUNYI: JOHAN JOHN MUZIK: ROSLAN AZIZ

05 May 2008

Apa Filem Yang Ku Patut Beli?

Aku tengah kemaruk beli DVD dari Amazon.com. Adalah beberapa DVD yang impresif yang aku dapat:

War & Peace (versi Rusia)
Return to Oz
The Kenneth Anger Films vol. 2 (ada Scorpio Rising)
The English Patient
The Day The Earth Stood Still

Errr, pada pendapat koranglah, apa lagi DVD yang aku patut tonton (yang susah dan memang tak ada di Malaysia tapi ada dalam Amazon).