"He already is in the Neverending Story"Saje je nak letak gambo minah yang aku minat
masa kecik-kecik.
Saje je nak promo, aku (ya, aku) telah diundang oleh pihak PENA untuk menjadi panel dalam sebuah diskusi tentang SASTERA di rumah keramat iaitu RUMAH PENA di Jalan Dewan Bahasa itu.. huhuhu..Aku tak tahu deme dah gila ke sasul ke apa, tapi itulah kiranya. Aku tak tahulah sama ada aku patut cerita tentang filem Zombi Kampung Pisang atau bebaru ni aku putus cinta lagi, hmmmph...? Oh, tak de kena mengena fasal sastera? Tapi itu kan 'dokumentasi hidup' secara oral (huhuhu)? OKlah:
Aktiviti: Lihat Fadz secara langsung (tapi maaf, takde bukak-bukak baju, dan Luna Maya tak bersama aku)
Tempat: Rumah keramat PENA
Tarikh: 28/4/07 (Sabtu)
Masa: 10 pagi (harap-harap dah gosok gigi)