Showing posts with label Filek. Show all posts
Showing posts with label Filek. Show all posts

04 September 2012

Pasca Malaysian Shorts 3 September 2012

Ulasan saja-saja buat kawan-kawan, terima kasih Kelab Seni Filem Malaysia dan Universiti Help.

Via/Tanpa Judul (2012, 27 min, Arahan: Azharr Rudin)
Antara kegemaran aku malam itu. David Lynch boleh dijumpai dalam penemuan jantung dalam sinki, cahaya, bayang-bayang dan layar hitam putih Eraserhead yang indah, senyap, menderum kereta api yang menyakitkan. Kawan aku membisik, "Oh, aku teringatkan Satantango..." Si lelaki yang kemas dengan dua butang atas kemeja melalui koc KTM hitam putih. Tiba-tiba statik, dia membelakangi (baca: kita akan melihat imej ini sekali lagi tapi dalam adegan lain) kita dengan cahaya melanggar kepalanya. Indah. Dia menemui seorang gadis, tidak cantik, tetapi tenang dan menyimpan misteri di balik bibir dan mata sepetnya. Dia bertanya, "Macam mana kau tahu aku ada di sini?" berkali-kali. Si lelaki hanya tersenyum. Kemudian, filpen yang banyak menampilkan wajah lelaki-gadis-kereta api itu meneruskan "perjalanan" durasi dengan dialog (janggal) bahasa Melayu (sedikit Inggeris) di antaranya tentang pelbagai, sambil kadang-kadang melihat tingkap luar. Di sini, sakitnya mengundang. Beginilah mahu buat "filem berdialog" yang biasa dicanangkan Faisal Tehrani, ia jauh daripada terasa seperti "drama radio" (walaupun mungkin menggegar otak penonton dengan durasinya) dan kata-katanya menyentuh jika kita menyedari latar dan penyediaan kedudukan filpen itu (jika kita bandingkan dengan realiti kita). Ia bercakap tentang agama, kehidupan dan sumpahan, tanpa pernah secalit rasisme, kotor politik, ketegangan, dan diskriminasi. Ini adalah utopia "Malaysia" dalam falasi nostalgia (rujuk pemakaian dan fesyen serta percakapan), anggap ruang ini hanya berlaku jika "masa terhenti" hitam putih dan seluruh warga (oh, aku lupa maklum, "etnik" mereka Cina) Malaysia bercakap Melayu Baku tanpa mengenali kepentingan ras lagi (rujuk Indonesia), lantas percakapan tentang "dia keluar agama" dan "fuck you" terasa berdiri atas lapisan lain (aku gerenti jika JAKIM menonton ini, mereka akan mengamuk). Aku sukakan filpen ini kerana ianya antara filem yang benar-benar memahami rasa subtleness dalam menyampaikan ceritanya. Paling penting, suara derungan kereta api seakan degupan jantung, buat si lelaki, misinya untuk menyatakan cintanya (dan mencari cintanya), dan kesemua ini melibatkan "hati" secara literal dan menyakitkan, menyebabkan imejan filpen ini masih terikat dalam minda aku.

Donna Must Die (2011, 12 min, Arahan: Ismail Jamaludin & Dragos Dulea)
Memenangi filpen terbaik malam itu. Kuasa tekniknya paling baik, dengan latar, runut bunyi (walaupun saduran), pencahayaan, syot dan suntingan yang menarik dalam memaparkan noir yang sepatutnya dan semangat ekspresionis dalam gaya formalisme yang kuat. Perasaan yang disampaikan betul dan mencuitkan. Romania semestinya tempat untuk noir dilakukan. Hanya aku tak faham bagaimana daripada cold bitch si wanita tiba-tiba menjadi girang dan melepas nafsu bagai rak?


Leman (2012, 10 min, Arahan: Ahmad Hafiz Rashid)
Filem "kampung" yang sememangnya memahami intelektual/kritikan sosial secara massa (dengan meneliti hal-hal stereotaip dalam kekampungan) tetapi tidak memperlekehkan kebijaksanaannya. Yang ini punya cerita menarik tentang Leman yang belajar sekolah Inggeris tiga bulan yang menyampaikan kisah tentang "letrik" yang baru dimasukkan Kerajaan ke kampung tersebut pasca baru merdeka Malaya di sebuah kampung. Kisah "orang kampung bebal" dimainkan sekali lagi, dan kini dengan relevansi politik "Kita tak mau perubahan!" (baca: dalam sokongan pengundian) yang aku kira, tipikal dalam sastera prosa 80-an kita. Semuanya mencuitkan dan dibawa dengan sebaik komedi tanpa perlu slapstik bodoh. Hanya aku tidak setuju dengan kenyataan "menjagar" Iqra dalam satu babak yang mana kawan aku kata, "Perlu bro, untuk orang ramai."


Bonda (2008, 8 min, Arahan: Alhafiz Burhanuddin)
MTV. Kiasan imej antara ibu dan tanah air sudah lama dibikin dan dijalinkan dalam sastera dan seni, jadi hanya bagaimana persembahan yang dipaparkan itu yang ditungggu-tunggu. Ada satu imej sahaja yang menjadi keindahan dan kefahaman baik, yakni imej klise si ibu dan anak makan bersama dan si ibu makan seorang (baca: Kerajaan bagi kau duit untuk belajar dan membesar). Wajib ditonton untuk mengajar masyarakat untuk mencintai negaranya, membuat bakti kepadanya (dengan terus mengundi untuknya, hahahaha) dan menjaganya. Barisan Nasional tentu suka.


Enough (2012, 10 min, Arahan: Vickneswaran)
MTV. Tak, J. Lo tak berlakon dalam filpen ini. Tetapi seorang mamat yang aku boleh katakan, memenangi anugerah Pelakon Lelaki Paling Kacak nak mampus pada malam itu, kalah Aaron Aziz you. Kisah klisenya berkenaan anak kampung bisu yang sampai ke bandar untuk mencuba nasib, tetapi dijerut dalam dunia materialisme yang menipu dan memperguna orang yang berbakat tetapi lurus sepertinya. Pengakhiran filpen ini indah dan sedih dengan idea tragis si orang seni akan berjuang demi seni sehingga titik darahnya yang terakhir, tetapi gayanya tidak berapa meyakinkan. Runut bunyi kugiran yang lembut mengekspresi naratif cerita dengan betul dan sayu.


Conscience (2012, 5 min, Arahan: Nadia Khan)
Serius aku tak dengar sepatah harap yang diperbualkan oleh para pelakon amatur filpen ini, tetapi kawan aku kata, "Dia tu pelakon filem blue". Wang bukan segala-galanya. Kritis filem (kalau) berkenaan situasi industri perfileman sekarang (dengan paparan kubur) mempertawakan diri filem ini sendiri dan itu sungguh ironi!


Kaizen (2012, 10 min, Arahan: Shanjhey Kumar Perumal)
MTV. What the fuck did I just saw? I mean, seriouslyKoyaanisqatsi meets 127 Hours meets Eat.Love.Pray without the sex? Dan tiba-tiba si wanita melihat wajah-wajah eksotik orang asli, pergi memburu lalu berjaya mendapat "ketenangan atma"? Teknik (tanpa dialog) dan syot yang indah apa-apa pun.


Langat Di Odu (2012, 10 min, Arahan: Bebbra Charles Mailin)
Ah, ini satu pertemuan filpen yang menarik. Monolog membingitkan diselamatkan dengan kekuatan syot luas dan intim, realisme kuat dan si wanita tua yang menjadi subjeknya (walaupun ada satu bahagian, dia diminta merenung jauh, kita boleh lihat rasa tak kuasanya) yang menampilkan kesayuan yang amat terasa berkenaan si nenek yang merindui cucunya.Babak akhir, dengan kenyataan "kemarahan boleh mereda tetapi kerinduan adalah sakit yang sentiasa ada" mencapai klimaks getir dengan syot luas indah dan gerun akan langit yang tidak bergerak tetapi angin bersepoi kuat dan sedih. Menarik.


Lawan (2012, 8 min, Arahan: Azizulhaim Salleh)
Aku rasa aku dah pernah ulas filpen ni. Antara kegemaran aku malam tu.


Nisan Tak Terukir (2012, 12 min, Arahan: Muz Amer)
Aku perlu memberi kepujian tinggi kepada Muz kerana cuba mengadaptasi karya sastera kita kepada bentuk filem dan melihat pada hasilnya ia memang membanggakan, dengan kekuatan garapan kuat, syot dan susunan cerita yang menyakitkan dan tragis (serta didaktik). Nam Ron berlakon di dalamnya dengan baik sekali. Hanya pengakhiran filem ini mempunyai masalah dari segi memberi kita lebih ruang dan mengikat sedikit ruang yang dilewahkan atas nama "melodrama". Tetapi filpen ini masih boleh digunakan sebagai rujukan filem adaptasi yang baik dan menampilkan melodrama dalam filem.


Masked (2012, 7 min, Arahan: Khairil M Bahar)
Filpen ini kiut kerana Khairil bermain dengan hal-hal yang berlaku di sekeliling kita yang relevan dengan masyarakat. Filpen aksi  ini memberi satu imej syot yang menarik apabila si topeng sudah memukul kesemua penjahat lalu memandang (dengan syak) terhadap mangsa (seakan sebuah filem slasher!) lantas menambahkan intrig dan pertimbangan kemungkinan. Tetapi idea menarik ini agak kecundang dengan syot terlalu gelap dan mainan bayang yang tiada dengan babak gerak lambat yang salah perkiraan dan terlalu banyak digunakan tanpa bijak.


The Last Man (2012, 6 min, Arahan: Hanif Faiq)
Pengarah mungkin seorang peminat keras Richard Matheson. Percubaan pascaapokalips yang menarik dan kesungguhan genre seram sai-fai yang baik walaupun amatur, hanya gerakan watak dan perkembangan aksi dalam menggerakkan watak masih terhad dan ekonomikal dan memerlukan lebih banyak kreativiti. Pengakhiran yang buat kita gugup sebagai sebuah anti klimaks yang bagus.










06 March 2010

Festival Filem Frinjan(Pinggiran) KL, Para pengarah, Pengkritik dan Dewa

Seronoklah berfestival. Tahniah dan terima kasih buat Dr. Zul, BinFilem yang punya inisiatif membawa himpunan filem pendek (filek, filpen, yang mana-mana yang menarik anda) ke DBP, bukan senang tu nak menghimpunkan filem-filem pendek daripada pelbagai kalangan anak-anak muda, dan aku begitu kagum bahawa BinFilem boleh melakukannya dalam masa 2 minggu sahaja!

Satu perkara aku tabik BinFilem ialah, dia berjaya menghimpunkan pelbagai filek yang rata-rata semuanya bagus-bagus! Ini satu pengiktirafan. Walaupun memang, aku suka pergi ke sebuah tayangan filem dan mendapat ada beberapa yang aku tak suka dan aku suka (inilah makna festival, kepelbagaian), tetapi kiranya, buat malam pertama, realisasi BinFilem membuka mata aku, pilihan filem-filemnya. Mungkin juga, beliau sudah membuat kajian dan pemilihan yang terancang dengan penontonan dan pembacaan yang teliti untuk masuk dalam Frinjan KL kali ini (kalau aku, aku akan sengaja masukkan satu dua yang "punah" buat orang terkejut katak kejap). Tahniah.

Tahniah juga buat DBP, terutamanya A. Wahab Hamzah kerana memberi tempat buat anak-anak muda ini mengenali kembali pusat budaya yang dahulunya gah disertai oleh anak-anak seni. Sememangnya ramai yang memberi pendapat bahawa Dewan Kuliah itu mempunyai "feel" yang betul untuk tayangan filem, malah dimaklumkan oleh beberapa penonton tegar yang sudah menonton beberapa filem yang disenaraikan terdahulu, merasakan ada "rasa menonton" yang lain, yang lebih bersinema di Dewan Kuliah. Alhamdulillah (tak lah dewan ini jadi gajah putih bukan?) Jadi buat penuang semboyan-semboyan yang melempiaskan "buat apa buat kat situ" rasanya perlulah dipersoal kembali diri sendiri yang sedikit "bawah tempurung" itu.

Aku suka apa yang berlaku, walaupun mungkin kumpulan penontonnya masih belum boleh dibanggakan (sekurang-kurangnya, orang luar, maksudnya orang bukan filem yang datang memang hendak menonton filem sampai habis), tetapi kumpulan itu diberi tempat untuk menyatakan filemnya (walaupun ada yang tidak suka), tempat di mana adanya para pengajar filem (seperti Pak Wahab), adanya pengkritik (seperti Ajami yang turut menjual buku filemnya) dan anak gila filem dapat berkumpula dan berkenalan dan bertukar pengalaman dan cerita. Seperti yang dimaklumkan Razailsyam, sedikit demi sedikit, kumpulan kecil yang bermula pada akhir 90-an, akan mula berkumpul dan terlahir (dahulu, mereka tidak ada peluang ruang untuk menayangkan filem pun, sesuatu yang amat berbeza dengan Indonesia) anak-anak komuniti "suka filem" walau bagaimanapun bentuknya.

Di situ juga, aku tercari-cari mana Dewa. Aku rasalah, Dewa tu antara seorang budak yang sebelah Jhebat yang DIAM aje. Tapi ramai pula yang nyatakan pada aku, Faiq itulah Dewa. LinkIni satu hal yang menarik, dan bolehlah kita para pelayan maya boleh mula mainkan permainan teka-meneka ala Kucing cari Tikus.

Di sini merupakan senarai filem yang ditayangkan pada 5-6 Mac 2010:

Ronamaya (Peng: Amer Zaman)
Sudah aku tonton di FACT. Baru aku sedar air dalam gelas warna biru. Sedih sedikit sebab kualiti suara dan gambar terganggu kerana CD sedikit kotor. Di sini ulasan aku.

Kak Min (Peng: Ajami Hashim)
Aku lupa nak maklumkan kepada Ajami bahawa "filemnya" sedang berlawan untuk filem luar negara terbaik di Academy Awards 2009, taruhan Israel (hahaha). Apa-apa pun, filem ini sudah ditonton, ini ulasannya.

Tiada Judul/Rumah Ares (Peng: Ares Bahar)
Satu kuasa dalam pemahaman momen dan detik. Dimulakan dengan absurd di mana dua pasangan kekasih (pandangan belakang, ahhh, tragedi!) menonton filem HIndi di TV (mereka tidak faham bahasanya, kait filem hindi dengan "happy ending"). Ini bukan filem yang ceria dan bunga matahari, tetapi digerakkan dengan ketelitian humor dan sejati anak muda yang tiada ketentuan atau pegangan kuat (baca: eksistensial). Disusun dengan bibit-bibit yang terus membangun dan membangun dengan satu hentakan klimaks yang tegang tetapi tidak pernah terasa dibuat-buat. Babak pusingan 180 darjah dengan mainan lagu cinta rock yang mendayu amat melazatkan, merumuskan kuasa dan ketidaktentuan dan semangat berkobar (di sini: cinta) wataknya mendepani kegelapan. Kegemaran Sinaganaga malam itu.

Capal (Peng: Azizulhakim Salleh)
"Crowd pleaser" pada malam itu, dan sepatutnya pun. Lancar, tersusun dan mempunyai tenaga humor yang mencuitkan tanpa perlunya imbauan parodi ataupun slapstik, ianya satu tinjauan yang jujur, didaktik tetapi sungguh berkesan. Si remaja hilang capal selepas solat, mengambil capal orang lain, lalu dikutuk kerana capal itu, lalu dikejar juga kerana capal itu. Pemaknaan adab, kekeliruan/prejudis/salah tanggap dan ketelitian tentang pilihan (hal ini sangat lembut sufinya, tahniah Azizulhakim!) menjadi tema yang begitu bulat disampaikan. Seronok dan menghiburkan.

Sinkronis (Peng: Jaja Kadir)
Merupakan filem kegemaran peribadi aku malam itu. Perlahan, teliti, dan bergerak secara puitis. Secara bulat, filem ini berkenaan sinema dalam erti kata primitifnya (suatu medium yang ditonton dan dilepaskan, persoalannya, adakah kita mahu melepaskannya atau kita mahu mengingatinya?). Kaitkan filem ini dengan Cigarette Butt arahan John Carpenter yang juga berkenaan sinema pada keseluruhannya. Ramai yang menolak "jawapan" yang diberikan Jaja berkenaan putusnya Sofii dan Fadzleena, tetapi makluman "foolish" itu berkenaan juga dengan persoalan (seperti yang selalu Woody Allen bawakan dalam filem-filemnya): adakah kita sanggup mati kerana itu, atau ianya hanya sebuah detik dalam hidup (baca: adakah filem itu suatu detik yang kita lupakan atau kita akan terbawa-bawa selepas kita tinggalkan panggung, kaitkan ini dengan kesengajaan Sofii dimatikan [mati: mengakhirkan filem itu). Suka dengan Fadzleena. Adakah kehadiran Fadzleena ini dalam filem bebas tempatan kita seakan kultus Hope Davis terhadap filem bebas Amerika? Suka Sofii Jikan, malah babak-babak tanpa bajunya mengingatkan sengsara Jesus, tetapi secara seksual. Babak Fadzleen menari sambil dilihat Sofii merupakan babak magis yang paling menyengat, mengikuti pemahaman Woody Allen tentang filem (yang dibahaskan dalam Stardust Memories), dan pada babak ini aku menangis kerana ianya terlalu cantik untuk dinyatakan dalam bahasa. Malah selepas menonton beberapa filem yang juga kuat-kuat terpaksa aku tayang kembali DVD filem ini bila aku balik kerana mahu kembali "dihantui" oleh ruang, cahaya, detik dan aksi babak filem itu. Jaja boleh pergi jauh dalam sinema kita (mungkin seangkatan Wong Kar Wai?). Dan pemilihannya menggunakan 16mm kamera sangat-sangat aku kagumi.

These Odd Things (Peng: Halimi Hassan)
Sangat-sangat pelik, tetapi kiut. Penggunaan gaya melampaui isi tetapi dibikin dengan efek khas yang paling menarik pada malam itu, teknik yang berkuasa, efek suara juga. Malah ada beberapa babak mengimbau kuasa homoerotisme antara dua watak antagonis yang bergaduh (Kong dan Vader). Maka persoalan ini menarik: adakah pergaduhan itu satu alternatif dalam bersenggama?

Babi Itu Khinzir (Peng: Faiq Khalifa)
Paling pendek buat malam pertama tapi amat berkesan. Walaupun persoalan yang pengarah mahu bawakan masih boleh dibahaskan, tema dan isinya teratur dengan penggambaran dan pemilihan ruang, tempat dan situasi (di bawah jambatan, seakan kita dibawah pergerakan untuk maju ke hadapan). Malah lakonan yang gah dan menyeronokkan, malah amat selamba dalam tujuan politiknya, ini kekuatan Faiq (sebagai pelakon juga pengarah). Suatu sindiran pedas terhadap golongan kita yang masih "teraba-raba" dan bertegang tengkuk tentang istilah (termasuk mereka yang mempersoalkan penggunaan translerasi Bahasa Inggeris).

Pintu ke Pintu (Peng: Aliff Ihsan)
Sebuah filem yang amat bersemangat tinggi, bergerak organik dan kinetik dalam peninjauannya yang penuh imaginasi. Satu kuasa yang segar buat Aliff. Langsung tiada jejak linear (tetapi fluid), malah strukturnya aku rasa didapati sewaktu filem ini dibikin dan melalui proses pascaproduksi. Surreal yang amat dekat dengan mata Islam (sememangnya ada persoalan moral yang dibangkitkan, tetapi ia juga berkait dengan alam roh yang mana relevan dan sesuai dalam Islam) tetapi ia tidak susah untuk diikuti. Ini satu kekuatan tinggi buat pengarahnya (membikin satu filem berisu berat, dengan gaya yang berat tetapi disampaikan dnegan penuh berkesan dan senang dilalui, seakan air). Aku suka jika kita para penonton, dapat memilih, pintu yang mana yang kita mahu biarkan ia berkembang. Ini pilihan Aliff buat kita.

Sub Rosa (Peng: Nadiah Hamzah)
Ini satu lagi penemuan yang mengejutkan, seorang pelajar filem kita di Amerika, dengan pelakon-pelakon orang Amerika tentang seorang gadis Muslim bertudung keluar "dating" dengan seorang Mat Salleh yang terpesona dengan tudungnya. Persoalan feminisme, agama, dan silang budaya berlaku dalam pengolahan yang amat senang. Semuanya berangkat dalam tema "possibility". Garapan paling profesional, lancar dan tersusun pada malam itu (dibikin sekumpulan krew Amerika berserta teknologi mereka, jadi, jadi..) walaupun mungkin buat Amerika, hal ini sudah dibikin berbelas kali.

Awan Mendung Menanti Pelangi (Peng: Azri Abu Hassan)
Terus-terang, kami amat-amat terhibur dengan filem terakhir ini pada malam itu. Separuh parodi (apabila melibatkan dialog Dasar Ekonomi Baharu secara tiba-tiba dalam dialog) dan separuh penghormatan (tribute) kepada filem-filem "semalam", makna aku, filem-filem 70-80-an yang diperkenalkan oleh Jamil Sulong dan terutamanya Jins Shamsudin. Azri sungguh menyeronokkan sekali gus "geliga" dalam menyusun sebuah "sedutan babak" yang seakan-akan satu "klimaks" terhadap babak-babak mendebar, melodrama yang telah menyusul, seorang ibu yang "menyimpang" (Aminah Rhapor kau! Gila gaban!) telah cuba kembali, meminta ampun daripada suami dan anaknya. Sedu-sedan berlaku. Apa yang bagusnya, Azri tidak pernah sesekali mempermainkan "komedi" (komedi keluar sendiri jika kita dapat menjumpai rujukan yang dibikin, seperti lakonan Jins Shamsudin, Azean Irdawaty, kemunculan Jamal Abdillah, persoalan cinta segi tiga, rujukan Hapuskanlah Air Matamu dan Dia Ibumu) dan membawa isinya ini dengan serius sekali. Ia juga punya semacam semangat "cuba kembali ke nostalgia" yang sememangnya aku rasa, impian Azri. Malah, mengagungkan "yang lepas dan yang dilupakan". Secara mendalam, ia juga menyatakan dengan bersungguh tentang ketuanan Melayu atau identiti "Melayu Lama" yang sudah mula dilupai (kini) atas nama "pembangunan" dan "kemajuan". Tanpa sedar, ini disimboliskan dengan Aminah Rhapor sebagai tunjang utama, transformasi separanya daripada seorang wanita yang terikat dengan budaya patriach Melayu, dihentak dengan pilihannya memilih seorang yang luar agama, budaya, statusnya sekali gus, persoalan feminsime, perkelasan dan prejudis sekali gus dinyatakan (pilihan Aminah dinyatakan sebagai "melanggar" norma masyarakatnya zaman itu). Konflik dan intrig ketidakupayaan Aminah untuk melajak ke "impiannya" (bersama Raju) atau kembali ke keluarganya membuatkan momen yang ditayangkan "worth while". Lebih seronok dan mencengkam buat konteks tempatan daripada Far From Heaven arahan Todd Haynes yang punya tujuan dan tema konsep yang sama.

Tayangan Malam Kedua:

Maaf aku ambil masa sedikit untuk menyambung, atas kerana kesibukan kerja serta aku naik "blur" untuk ingat filem-filem yang keluar pada malam itu (oh oh, ini satu petanda yang sedikit tak elok). Tapi bila BinFilem keluarkan senarai filem yang ditayangkan, baharu satu-satu imej aku teringat, ha ha.

Sebenarnya, seperti Faiq maklumkan kepada aku, malam kedua "lagi best" sebab subjek-subjeknya lebih "keras", lebih "politikal" (dan mendapati filek adikaryanya terpaksa disiarkan pada malam pertama, ha ha). Ada benarnya, dan ada bahayanya. Mungkin, selepas ini, perlulah penganjur serta kurator memaklumkan tentang kesesuaian penontonan (memaklumkan jika ada keganasan, seks, dan isu politik yang tak melampau), atas kerana aku terlihat, ada satu keluarga datang (bawa anak kecil) menonton pada malam kedua, seakan-akan pergi berkelah di tepi pantai. Bukan apa bro, tempat tu, tempat gergasi tua, yang orang komplain kat gergasi, bukan bebudak, dan gergasi takut buat satu keputusan tak bijak, sepertimana yang berlaku terhadap teater Tanda di Aswara atas komplen-komplen orang yang meloncat cepat (alah, macam Vagina Monologue tu lah).

Memang, rata-rata, filek-filek tayangan malam kedua lebih berani. Tetapi, mengikut susunan, entah rasa macam sedikit janggal. Tetapi apa-apa pun, tetap, filek-fileknya ada yang mengejutkan, dan juga punya kekuatan yang aku suka (ingat, filek buat aku tetap aku mahu lihat sebagai filek, dan bukan filem perdana). Tetapi masih, Sinkronis berlegar dalam jiwa aku.

Destinasi (Peng: Tasyrif Tajudin)
Aku sedar sesuatu yang menarik, juga pelik. Sudah beberapa filek Aswara (selain pengarah Bennylita Nasution yang menarik sahaja garapannya) yang aku tonton, dan selalunya ia berlingkar dalam hal moral, obsesi terhadap kematian (Lubang baru ini aku tonton juga begitu), serta agama (baik dalam maya fantasi atau tema) selalu berlingkar dalam ideal pengarah-pengarahnya. Ini bukan satu masalah, hanya persoalan. Destinasi ini satu filek yang cuba menggarap satu "bulatan" tentang "detik-detik terakhir" seorang Datuk (lakonan Adman Salleh yang mencengkam) yang mana, suratannya tidak boleh dipusing balik kembali. Kekuatan menggunakan LRT sebagai "petanda ke satu destinasi" amat menarik. Perasaan "doom"nya ada, walaupun sedikit celaru waktu satu watak demi satu watak "menghantu" ke Datuk. Tasyrif hanya perlukan lebih masa untuk rakaman yang betul-betul tentang lelaki kotor, pemuda muntah duit dan wanita berbayi. Didaktik berstruktur yang menarik.

PERTA.M.A. (Peng: Halimi Hassan)
Haykhhhhh... Hmppphhhh... Ahhhhhh... OK, ini bukan sup aku, aku boleh kata dengan jujur. Ajami Hashim amat-amat menyukainya, dan kalau boleh, mahu pelakon lelaki filek ini berlakon dalam filemnya nanti (ha, budak, cepat contact abang Ajami!) Hayyyyyyyyyyyyyyyy...

Bila Gambus Tak Berlagu (Peng: Maszalida Hamzah)LinkLagu gambus sedap banget. Hanya imejnya cuba membawa satu suara Nasir Jani yang sedikit terasing dan dingin buat aku (buat apa ikat semangat filem ini dengan filem Siam tu?). Cuba membawa persoalan mursyid-murid (dalam penyataan tradisional Melayu, semua pengajaran perlukan guru) tetapi agak kaku, tapi itu pendapat aku.

Mautopia (Peng: Ridhwan Saidi)
Seronok tengok filek ini dimainkan di layar skrin yang jauh lebih besar. Jaga-jaga, ini macam Lost Highway David Lynch, ini ulasan aku.

Fuuuuhhhhhh, selepas tayangan Mautopia, ada rehat kejap (ramai orang macam blur, hehehe), si penonton ayah berserta anak-anaknya bergerak balik ke rumah, mungkin kerana tak tahan menonton banyak sangat filek memaparkan gadis merokok.

Session to the Womb (Peng: Sharifah Soraya)
Just plain weirdness. Kembali juga dengan hal politik (yang korup). Waktu "grafik" iLinktu, aku dan Mukhsen X meloncat-loncat (uh uh uh, Tuhan!), berani sih Sharifah! Ceritanya menarik, sekumpulan sperma yang "berlegar" di pintu ovum, melihat, menunggu, yang mana yang akan mencapai pensenyawaan. Pensatiraan sperma dengan pelbagai XY menarik, dengan watak-watak sehari-harian yang biasa tetapi punya subjek kenapa ia dipaparkan berlegar. Satu pemahaman yang menarik, jika kita kaitkan dengan "sejak azali" berkenaan "the nature of 'real' men". Wah, afsal kebanyakan pengarah muda Aswara ni bersemangat kritis dan dispotik eh?

Sujud (Peng: Muhamad Rahimi)
Dah ulas dah, kat sini.

Language Kebangsaan (Peng: Faiq Khalifa)
Faiq, boleh tak kau tayangkan filem ni kepada PM dan TPM kita, bior mereka sedar sikit. Propaganda yang amat-amat menjadi tentang anti-PPSMI.

The Colour of Ideas (Peng: Low Weiyan)
Filek yang sekali lagi politikal tetapi dibikin dengan amat kiut, menjadi "crowd pleaser" buat malam kedua. Persoalan propaganda dan "lompat parti" atau pengaruh amat kuat dalam filem ini. Janganlah tersentap melihat bayangan BN melawan DAP pada klimaks (opsss, Spoiler!) kerana idea Weiyan lebih daripada itu, malah persoalannya lebih humanis (lihat persamaan dalam diri kita, bukan perbezaan). Sebenarnya ini filem didaktik yang mengajar untuk kita saling memahami dan mencintai (sebagai manusia) tanpa perlu bertekak tentang perbezaan. Mesej terakhir Mahatma Gandhi menyatakan poin ini.

Konsekuensi (Peng: Razaisyam Rashid)
Whoohh.. Aku suka ah! Ini filek pilihan aku pada malam kedua. Walaupun dinyatakan filek ini cuba mengambil idea Run Lola, Run!, semangat muda, main-main dan urbannya mencengkam jiwa. Dan Razaisyam membuatnya dengan tujuan "berhibur" (persoalan akhir tentang filem itu amat menarik, menelanjangkan kenapa kita semua hendak bikin filem). Aku suka dengan babak yang mana Razaisyam "sengaja" mahu kita, penonton, jeda sebentar mendengar deklamasi sajak si antihero, ini momen paling mahal dalam filek ini, bukan sahaja sebagai pemahaman filek ini keseluruhannya (momen ini sahaja yang statik terus tanpa gerakan dan suntingan), tetapi filem keseluruhannya. Ini tujuan Razaisyam buat kita, anak muda, untuk ambil masa (ingat wayang-wayang dulu yang mengisi intermisi?), faham benda-benda yang cantik (di sini, sastera), dan reda serta menyanggupi hidup ini dengan seadanya (hal ini disengajakan bertentangan dengan gerakan, struktur dan qada' qadar filek ini). Momen ini sahaja membuat aku teringat, kenapa kita kadang-kadang datang untuk menonton filem.

Qalam (Peng: Hadi Koh)
Sebuah fabel/cerita teladan moden. Kesan satira pun ada (rujuk babak sami duduk tepi perkarangan surau). Aku agak suka dengan filem ini, yang cukup getir menyatakan pernyataan "keterbukaan" dan "pemahaman" dalam agama, dan berapa jauh kita kenal dengan agama lain. Semuanya berlaku dalam satu hari apabila seorang sami Buddha, apabila bermeditasi telah tiba-tiba "menjumpai" ucapan "Al-Lah" dalam lidahnya. Lalu sami itu mengambil keputusan untuk "mencari" dari mana perkataan itu datang. Ini sebuah filek yang benar-benar memahami prejudis yang berlaku dalam masyarakat. Sangat menyengat.

Begitulah, ia bemula, dan begitulah ia berakhir. Memang, malam kedua tayangan tampak filem-filem membawa "isu-isu berat" atau teknik-teknik persembahan "berat" yang tidak pula semestinya isi kandungan sama berat. Pun begitu, syabas buat semua yang berkecimpung. Kini, suara naka muda sudah bersuara dan mampu bersuara. Harapannya, suara ini tidak tersekat dan boleh terus sahaja beralun melantang kresendonya.

Nota: Laporan Pasca Tukang Tabir Belakang.

21 January 2010

FACT Student Shorts (January 2010)

Kalau korang tak baca betul-betul di atas, korang akan ingat budak-budak anak didik Prof. Hatta ini sedang memperagakan shorts mereka tanpa baju dan seluar di depan orang ramai untuk dilihat, atau mereka sedang ramai-ramai menunjukkan fesyen terbaharu shorts budak-budak FACT atau mereka buat jualan garaj shorts.

Duh, dah tentulah tak! Januari merupakan masa FACT, dengan diketuai oleh En. Norman Yusof (rujuk http://skrinfilem.blogspot.com) memperagakan filem-filem pendek buatan anak didik FACT sebagai satu projek berkumpulan untuk ditayang, ditonton dan diperkatakan.

Aku suka program ini yang digerakkan oleh En. Norman, yang dipanggil Film Screenings, satu himpunan tayangan filem untuk sebulan. Malah brosur yang diberi mengingatkan aku dengan festival filem atau brosur yang selalu aku kutip di pawagam-pawagam art house di luar negara, memang kelas. Malah ada dua filem yang aku tunggu-tunggu untuk tonton (seleksi yang lain bagus juga tapi aku sibuk) iaitu Karaoke(2009) yang aku terlepas dan frust sampai sekarang, dan All About My Mother(1999) yang merupakan antara filem peribadi/terbaik kegemaran aku (aku nak tengok atas big screen walaupun tak mungkin dalam pawagam benar!)

Tapi, Ya Rabbi, nak ke UiTM Puncak Perdana ni memang seksa (lagi-lagi aku tak memandu) bagaikan memikat janda jelita beranak tiga yang mahukan lelaki kaya, lalu aku terpaksalah melacurkan diri untuk memohon keprihatinan daripada orang (kindness of strangers) di tepi jalan untuk mengangkut aku ke sana. Nasib baik orang itu merupakan Dr. Zul dan aweknya Pn. Rozina, dengan entah lahabau mana buat jalan ke Shah Alam macet hari itu termasuk jalan nak masuk Bukit Cahaya. Macam palat, sampai aku terlepas maghrib! (yang buat aku rasa macam tok seh nak ke Puncak Perdana lagi.) Entahlah, aku tak tahu macam mana aku nak ke sana untuk 27 dan 28 Januari nanti (Ajami, jom!)

Fuck u, im not going to learn to drive. Period.

Tetapi, dengan klise, hal ini terubat (terlepas Bantal Lengan, judulnya seksi babi!) dengan tayangan filem dalam dewan Panca Delima. Malah turutan dan pengurusan santai tapi bereaksi, baik daripada penyelia hingga pelajar FACT memang mengancam (Rozina sedikit terguris kerana tidak ada pengarah wanita daripada FACT malam itu, dan agak terganggu dengan beberapa kumpulan penonton pelajar wanita yang sibuk bercot-cet daripada menonton filem, there, I told you to behave!) Malah, aku suka dengan sikap dan telatah anak-anak muda (er, sebaya, hahahaha) yang datang ke hadapan dan tak takut dibelasah (you earn your art kan?) oleh para penonton yang termasuk para pensyarah mereka sendiri. Kalau malam tu aku takde mood, aku sure akan tanya soalan cilakak wartawan/media hiburan yang normal tanya kepada anak-anak ini (dan mungkin aku patut supaya mereka didedahkan dengan kebiasaan media hiburan kita di luar tu) seperti "Saya Azman dari Metro, uh, berapa bajet untuk filem ni, dan awak yakin boleh laku ke filem ni?" atau, kalau mulut tak tahan, "Benz Muaddid, awak ada keturunan separa Yahudi ke atau bapak awak sebuah kereta branded Jerman?"

Aku hanya bertanya kepada Amer Zaman buat Ronamaya kerana tercuit dengan fetish seorang "femme fatale" kepada seorang lelaki samseng yang pendek dan gemuk. Uhhh, sungguh menarik, tapi Amer tak berapa dengar (gelabah ke yang?) lalu ingat aku kata wanita tu "karakter" bukan creator.

English aku mesti dah berkarat sejak BM diberi laluan balik untuk sains dan matematik.

Pun begitu, aku suka, sebab, baik kepada pelajar yang beri komen dan juga yang kepada kesungguhan pembikinnya untuk mempertahankan filemnya (reaksi paling baik merupakan Sujud, menunjukkan bagaimana filem itu amat-amat berjaya melahirkan "seni" atas kerana intepretasi/reaksi yang pelbagai, termasuk negatifnya terhadap filem itu; ini yang sepatutnya berlaku atas sesebuah filem, syabas Rahimi! Bandingkan hal ini dengan Mautopia dan penjelasan Ridhwan yang buat semua lelaki dalam dewan tu mengecil anunya atau si wanita sunat klitorisnya, huhu, amat menyeksakan libido semua orang!)

Baik dengan berahi dan ter"hibur", secara rumusan, aku suka suka suka dengan hasil kerja anak-anak muda kita. Hey, sape kate filem kita ketinggalan. Sekarang, kalaulah bajet filem kita ni lebih tinggi sedikit daripada yang dijanakan ...

The 5 Rules (Peng: Faiz Jayramie)
Ajami silap bila mengatakan hide/seek paling komersial, hide/seek paling accesible, bukan komersial. Filem ini paling komersial, malah Rozina menyatakan ianya "the Gerak Khas that got right". Entah, aku tak berapa suka. Semangat, mood dan janaan cerita dah betul, malah lantaklah pengarah mahu ambil gaya "membuka jawapan" yang klise di akhir cerita (itu kan teknik je! duh!) dan topeng ala-ala Saw (aku suka attitude pengarahnya menyatakan dengan fuck it attitude dia - "So?"), tetapi pengolahan beberapa mis-en-scene tu yang aku tolak, seperti waktu protagonis menyedari kematian anaknya, tiba-tiba diberi syot lembap dengan runut bunyi tipikal sedih (paksa penonton sedih!) dan slo mo slo mo. Sayang, tolonglah, kau dah buat yang terbaik tetiba babak nak manipulasi penonton buat menangis tu buatpe? Kalau takde lagu waktu babak tu, mesti lagi strike a chord (lalu tiba-tiba skrin jadi kelam kan?), barulah orang macam, whoooh, aku nak langgan ah long tapi boleh tak aku tak nak ada anak? Er, dan aku tak berapa pasti camne pak topeng tu boleh "selamatkan" anak tu kalaulah protagonis tu mengikut syarat pak topeng, ye aku tak berapa dengar dialognya. Well, yah, anyway..

Hide/seek (Peng: Benz Muaddid)
Perkara pertama: ada ke patut Dr. Zul kata muka aku sama ngan muka pengarah ni? Ada ke toot??? Aku suka filem ni, fun fun fun! Lantaklah sinopsis atau logik deme nak main nyorok-nyorok, yang kita nak tengok ialah bagaimana anak-anak muda ni menggunakan ruang, babak, potongan, gerakan, cahaya dan lenggok bontot/dada para pemainnya dalam bergerak dalam satu "cat and mouse" yang terancang. Ada hal yang amatur (aku siap teringat beberapa filem porno yang boleh disamakan, dan itu satu pengiktirafan ok!) dan ada juga yang genius (pemilihan abang tinggi dengan adik-adik pendek, putih/biru dan gelap/coklat, pandai Benz bermain dengan seks). Separuh daripada intipati filem ni aku suka kerana ada pertengahan seksual (walaupun ada foreplay, walaupun ada dibuat-buat, seks mana yang tak?) yang perlu ada dalam filem-filem genre slasher (yep!) siap membincangkan tentangnya (kaitkan jeritan dengan mainan benar-benar wanita lelaki di ranjang, get it?) dekat klimaks filem (saja je kan? cayalah!) Satu projek yang menyeronokkan!

Sujud (Peng: Muhd. Rahimi)
Whoooohhh. Suka suka suka. Pergi mampos dengan poin Rozina dan Dr. Zul tentang "art direction" (satu hal, ini filem pelajar) yang kononnya dapat meyakinkan subjek filem ini, peeerah, aku dah suka filem ini sebagai ianya. Neo-realism anyone? Syot panjang power. Senang tapi membangkitkan ruang untuk persoalan, malah aku tak peduli pun dengan poin pengarah tu tentang hadis Rasulullah s.a.w., apa yang filem ini berjaya sampaikan, ia berjaya sampaikan dalam pelbagai lapisan (buat aku, ini yang penting dalam filem dan filem ini berjaya meyakinkan aku dalam hal ini) dalam hanya 6 minit! Pertama, ianya dah tentu bermesej, apabila azan dikumandangkan (ingat, kita bukan barat, ini ritual kita, ini bukan The Exorcist tapi filem kita). Kita dari awal tahu ini tentang bebudak bujang nak bangun subuh. Aku suka "reaksi" yang berlaku bila ada pelajar kata "aku rasa panjang" terhadap filem ini kerana INILAH tujuan sebenar filem ini: adakah solat itu mengambil masa anda, dan jika tidak kenapa anda susah sangat nak solat dalam masa 24 jam yang Allah beri? Ini yang berjaya pengarahnya sampaikan, di sebalik ketidaksedaran watak yang kiut itu melakukan sujudnya (yang membawa satu lagi poin yang dijelaskan dengan yakin oleh pengarah, Ajami dan Pak Hassan Muthalib). Secara pendek, sebuah filem dakwah yang sangat kiut, syabas!

Ronamaya (Peng: Amer Zaman)
Suka-suka-suka dengan sensualnya. Antara produksi malam tu, filem ini merupakan filem berseni pengarahan yang paling sempurna. Suka dengan poin alam maya dan realiti, dan apa itu realiti sebenarnya, dan apa itu fantasi. Apabila sang lelaki mengambil gelas air warna biru, masa tu macam, whoooohh. Surreal yang cantik. Sedikit demi sedikit, dunia "realiti" sang lelaki dikupas dan dikupas (Ajami menyatakan seperti The Others, aku melihat ianya lebih kepada Jacob's Ladder yang mana setiap "ilusi" itu makin membenak protagonis) lalu akhirnya, benteng fantasi-realiti itu sepatutnya dilucutkan. Di sini sahaja kelemahan Amer, bagaimana dia mahu meyakinkan kita dengan "kelucutan" benteng fantasi-realiti itu! Ini adalah kerana, kita perlukan satu kekuatan daripada protagonis lelaki itu. Seksualnya sudah cukup (tikaman keris di katil, Kala Malam Bulan Mengambang eh?), sekarang kita tidak faham dengan absurdinya menembak femme fatale tu di ruang tamu dengan pistol. Lelaki tu nampak mandul. Si lelaki itu perlu lebih JANTAN kerana ia tidaklah memaparkan ia "mahu"kan sangat si perempuan itu sampai ia boleh menembus masuk ke alam perempuan itu. Satu imej tertinggal di sini. Pun begitu, antisipasinya memberahikan.

Mautopia (Peng: Ridhwan Saidi)
Satu hal yang paling penting ialah, aku tidak mahu terpengaruh dengan kerakusan Ridhwan menerangkan hal pantun (pembayang-maksud) yang digerakkan untuk "form" terhadap filem ni. Itu lantak dialah. Yang penting ialah visual, jalan dan gerakan yang diolahinya. Ironi adalah jawapan filem ini, dan ironi ini, "menakutkan" tetapi sekali gus mengujakan, sepertimana judul filem ini. Paling menakutkan (naik bulu roma u!) bila selepas menonton, dalam perjalanan balik dalam kereta, Dr. Zul dan Rozina (aku diam je, deme lagi tua) bercakap tentang filem ini, tentang tayangan filem-filem ini, filem, dan akhirnya tentang hantu secara prasedar! Dan aku akhirnya kata, "Err, korang, boleh tak kita cerita hal lain, benda ni dah rasa canggung" - macam reality imitates art! Damn kau Bin Filem! Persoalan filem ini banyak, dan ini digerakkan dengan surrealis (kecohlah tak ikut jejak David Lynch, awal-awal lagi dengan tanpa lagu dan tiba-tiba boom dengan judul, sangat Lynch ok!), menggunakan ideal ruang dan dimensi sama tetapi di waktu lain dengan doopleganger yang tipikal Lynch (terikat baik kerana hal pantun itu), filem ni taklah sesusah Lost Highway (aha!) Lynch untuk diikuti. Malah babak "imbas kembali" dengan dialog "luar tu yang bergerak" memang mencetus satu sentuhan mengharukan (tengok: hantu + masa lepas + kemalangan + kematian!) Aku suka juga Ridhwan menggunakan Fadzleena (ya, pengarah wanita yang hip itu) sebagai watak. Secara tidak sengaja, Ridhwan sedang "cuba" membunuh seorang "pengarah" (membunuh dia, mendekonstruksi dirinya), menyatakan, hal ditengah-tengah sebelum "filem berakhir" dan "filem bermula" adalah tujuan pencarian diri sebenar pengarah (apakah membuat sesuatu filem itu baik/tidka baik?). Inilah "utopia" yang ingin Ridhwan cari, di sebalik tema "menghentikan". Ya, secara tidak sengaja, kau seperti mahukan cerita-cerita yang kau buat (khususnya Ridhwan) atau tonton untuk tidak berakhir (akhirnya, filem itu realiti? Ini satu polemik). Ridhwan berjaya menyentak dan menembus "seni" ini ke dalam realiti kita, dan ini amat-amat menakutkan, sekaligus indah. Buat suntingan dan efek, filem ini merupakan yang paling terjaga (lihat sahaja bahagian awal filem ini) dan mengujakan, walaupun hanya menggunakan teknik-teknik yang biasa. Serius, aku mencari kemungkinan jawapan parodi Ridhwan terhadap hal yang dikatakan oleh pengkritik/pemerhati filem iaitu "Death of Cinema" era ini tetapi yang aku jumpa ialah penerusan dalam kematian. Ini sebuah soalan trivia buat sesiapa yang dah tonton: Pada awal filem, Ridhwan dah bagi klu, filem tu dari satu poin ke satu poin lain, itu filem, macam kereta. Soalan, adakah yang korang tonton ni satu "filem" bila wataknya yang balik dari FACT tu masih tak sampai ke destinasinya? Wo hoah! Ini soalan subjektf sayang, tak ada betul atau salah.

Ini pula ulasan pengkritik terkenal, seksi lagi tersohor, Ajami.

Untuk memperjuangkan intifada penonton berbudaya aku, sila kunjungi FACT Puncak Perdana untuk tayangan filem-filem secara percuma tetapi amat bermutu dan glamor (Oh la la!). Dan ya, aku masih memerlukan seseorang untuk mengangkut aku ke sana sebelum magrib mendatang.


ps: Buat para pembikin malam tadi, sila hubungi saya jika kalian mahu filem-filem kalian ditayangkan di Surabaya, Indonesia, kerana komuniti filem indie di sana, INFIS akan menganjurkan festival filem pendek buat anak-anak muda, kemungkinan bulan Mei tahun ini. Sila-sila, nanti aku akan berikan butirannya.

04 November 2009

Pasca Maskara Shorties 2009


“Saya datang ke sini untuk menonton, itu aja…”
Fadz

Whoooaaah. Maskara Shorties datang lagi doh! Ya, secara rasminya buat kali ketiga (kali kedua di KL). Alhamdulillah, seperti yang diagak, acara berjalan secara santai. Satu perkara yang paling aku gembira adalah, bagaimana pihak Sindiket Sol-Jah telah memberi laluan untuk beberapa filem yang tidak mengikut garis panduan yang diberi (tidak ada sari kata, melebihi 10 minit) dengan tangan terbuka, kiranya Sol-Jah nak bagi chan jugalah (kalau aku, habislah, aku tolak-tolak apa-apa filem yang tak ikut panduan, aku kan LPF sikit), dan hal ini amat menyukakan hati semua orang (walaupun hati pihak Sol-Jah siapa yang tahu), tahniah buat pihak Sol-Jah yang punya pendirian sendiri untuk “go against one’s system”.

Amir Muhammad juga ada di situ, menjual Malaysian Godsnya dan buku untuk filemnya. Ohh, ada Rafidah 3R, jangan jeles! Dan ya, terima kasih buat Bin Filem dengan blook filemnya. Serta Vitamin, Jaja Kadir yang sanggup menegur. Terima kasih buat Akashdeep (muka tensen je tengok aku) serta Aaron Chung (“Aku tak kenal budak-budak ni, siapa mereka, mereka ni dalam kumpulan filem ke?”) yang turut datang untuk menonton filem mereka serta filem orang lain. Terima kasih juga buat pembikin filem anak-anak muda Bandung, Maddun serta Gilang, dan pembikin filem anak-anak muda Surabaya, Fauzan yang turut membawa groupienya. Kehadiran mereka di atas sesungguhnya merancakkan lagi kepelbagaian Maskara Shorties.

Malam itu juga berlakulah satu kuasa nasib yang amat tidak dipohon, hujan. Bomoh tahan hujan mungkin kelas D kot malam tu. Pihak Sol-Jah terpaksa memohon penonton menonton di dalam ruang Rumah PENA yang tampak terhad. Ya, ia agak tidak selesa kerana menonton dalam keadaan di dalam ketuhar 29 darjah selsius, dan paling menakutkan, orang terus masuk dan masuk dan masuk (bayangkan neraka yang terus dimuatkan walau sudah cukup kapasitinya, mungkin inilah kali pertama ruang PENA dipenuhi manusia)! Maka aku terpaksa mengaku, filem-filem yang ditayangkan di dalam rumah PENA itu tak dapat aku tekuni betul-betul kerana pengacauan cahaya, suara dan orang lalu-lalang. Tetapi secara berkesan, selesai sahaja “segmen pertama”, kami diminta bergerak ke luar selepas hujan mula “reda”, lalu kerusi sudah tersedia buat kami. Hal ketelitian dan sensitiviti pihak Sol-Jah ini memang seharusnya dipuji.

Hal teknikal (suara, sari kata) merupakan satu lagi masalah yang jelas berlaku pada malam itu, benar-benar menjejaskan mood aku. Beberapa filem tidak dapat ditayangkan secara sempurna oleh sebab hal ini. Mungkin selepas ini, Sol-Jah boleh mencirikan bahawa penggunaan sari kata ditekap terus ke skrin serta menyatakan format yang terbaik supaya ia tidak lagi mendatangkan masalah, lagi-lagi jika pihak pengurus kehilangan awek ataupun terlalu sibuk mengedit buku di pejabat. Tetapi yang lebih penting, pembikin filem yang menyumbang filem mereka harus prihatin dan menghantar filem-filem mereka pada masa yang ditetapkan. Mungkin Sol-Jah seeloknya MEMBUKA PELUANG untuk para pembikin menghantar SEKARANG supaya satu pemilihan dan perubahan yang berkesan dibuat, seawal 6-8 bulan sebelum tayangan.

Aduh, cukuplah, aku meleter pula. Yang penting sudah tentu, dengan kredo Maskara Shorties, menonton filem malam itu untuk bersuka-suka, yang sememangnya dicapai dengan ACE oleh pihak Sol-Jah. Aku gembira kerana falsafah Maskara Shorties diteruskan, iaitu memaparkan terus filem-filem pelbagai genre, buatan dan asas, tanpa mengambil pusing jika ia sampai atau tidak sampai kepada anda (janji ko tengok dan berhibur). Ia semacam memaparkan seni kotemporari serta seni grafiti sebelah-menyebelah, yang mana yang anda akan katakan ianya “seni”, tetapi yang lebih penting, yang mana yang akan “menggerakkan” jiwa anda, ia memaparkan, ada orang akan memilih seni catan itu, dan ada pula yang memang menyukai grafiti itu, dan kadang-kadang ada pula yang menyukai kedua-duanya dan ada pula yang suka terhadap kaki lima ruang seni itu dipaparkan.

Hal ini, pengalaman inilah yang ingin dikongsi oleh Sol-Jah, jauh lebih penting daripada menonton filem itu, tetapi melihat REAKSI terhadap penontonan itu (contoh: di ruang mana anda selesa menonton filem, dan kenapa, berapa orang yang suka duduk di tikar depan, berapa orang pula yang berdiri, kenapa berdiri). Hal itu sendiri merupakan kepuasan sendiri buat aku, seperti mana yang berlaku di Kota Bharu dengan reaksi penonton orang Timurnya yang tidak tahan dengan tempat “sembelih babi” dan “anjing kencing” di tepi tokong bersejarah Cina itu (yang secara relevan, berkait dengan semangat Teater Opera Cina – teater yang pertama dipopularkan di Hollywood sebagai pawagam) yang mana penonton yang baru tiba melihat lantainya dengan meluat, rasa ragu-ragu, persoalan “kenapa tukar tempat” mula timbul, tidak akan duduk di lantai atas “tabu” yang sudah dikenakan terhadap tempat itu, atau bagaimana setiap kali filem yang diputar dan selesai, penonton akan berdiri “cari makanan”, yang mana halnya berlainan dengan di Kuala Lumpur di mana penonton akan duduk sehingga MCnya menyatakan tiba waktu rehat, atau bagaimana penonton di Timur cepat jemu dengan filem “art house”, hal inilah yang kita harus teladani dan teliti, kita akan jumpa akan kebenaran, ketelusan dan juga hipokrisi penonton kita.

Di sini, aku akan senaraikan filem-filem YANG AKU SUKA. Iyolah, aku pun ada jiwa, mata dan poin aku sendiri (aku suka aku punya hal lah), jadi benda yang bodoh mungkin bagus untuk korang dan bodoh untuk korang tu bagus buat aku. Jadi, dengan rasminya, aku senaraikan filem-filem PILIHAN FADZ MALAM MASKARA SHORTIES (macam Leonard Maltin’s Top Pick of the Year pulak, huhuhuhu) pada malam Maskara Shorties 2009:

Hangus (stdr: Dean Sham)
Tarantino ala Melayu. Cukup serba-serbi. Referens terhadap filem Melayu dengan mengkritiknya sambil menunggu untuk merompak merupakan “high point” filem ini. Ada twist, dan ini menggunakan Pipiyapong. Nampaknya kehadiran Pipiyapong dalam seluloid sudah menjadi ikutan kultus (digunakan pada awalnya oleh Nazri M. Anuar). Pipiyapong mungkin menjadi bintang pertama indie cult. Ejekan terhadap rencah kapitalisme (dunia serba memerlukan duit) amat terasa. Satu semangat menarik daripada Dean Sham. Oh ya, seronok tengok Tok Rimau jadi YB.

Kak Min (stdr: Ajami)
Filem doku yang amat peribadi dan paling jujur, baik buat aku (yang mengenali arwah), juga setentunya buat arwah (al-Fatihah). Paling mengejutkan, dalam beberapa minit, Ajami berjaya merumuskan untuk apa Yasmin Ahmad buat filem dan kenapa filem kemanusiaan pilihannya. Aku pernah menyatakan kepada arwah bagaimana ibuku menyatakan “Kerja seni, seperti menulis dan membikin filem, tidak boleh kita bawa ke kubur, maka ianya tidak patut diambil secara serius.” Lalu arwah pernah menjawab, “Kalau begitu, sia-sialah yang saya buat selama ini.” Hal itu dirumuskan dengan terbaik dalam filem ini. Ya, Yasmin Ahmad melihat filem boleh juga dijadikan seluloid ibadah atau pengalaman untuk merasai sedikit Kebesaran Tuhan. Sememangnya, falsafahnya jelas menyaluti kita pada malam itu.

My Perfect Ana (stdr: Nazri M. Anuar)
Walaupun apabila mendengar daripada tuan pengarahnya, aku sudah dapat tangkap “twist”nya, yang panting, aku mahu lihat, bagaimana “twist” itu dijalankan dan bagaimana manusianya wataknya menghadapinya. Kiranya aku puas dengan kelolaan Nazri. Nazri tetap melakarkan filemnya semacam satu cerpen. Naratif Nazri kuat. Imbuhan yang terkuat yang berjaya Nazri sentakkan adalah babak si lelaki menyatakan dengan tulus, “Aku mahukan Ana aku! Aku tak nak yang lain!” Nazri berjaya mencapai lawak tinggi dan poignant pada masa yang sama. Genius.

Taman Di Sinkiku (stdr: Azharr Rudin)
Filem didaktik Azharr (atau profil peribadinya). Ada cuitan yang menarik akan filem yang langsung tidak sampai kepada kebanyakan penonton pada malam itu. Dalam satu babak, suara Azharr menyatakan, “Aku bosan dengan struktur..”, tetapi secara ironi, filem yang kita tonton itu mendekonstruk lalu memilih strukturnya sendiri akhirnya! Apa yang dilibas dan terlibas kembali? Apa yang terkena dan dikenakan? Adakah penonton menyanggupi kestatikan hidup atau pergerakan hidup? Seni atau komersial? Filem ini sepatutnya ditayang awal, supaya semua penonton ditampar dengan pendirian “Oh, kami selesa dengan formula dan struktur” mereka. Bahagian terakhir (selepas filem jadi hitam) ada kejutan yang menyelerakan pada sesiapa yang ingin menunggu, yang sebenarnya lebih berbentuk peribadi dan yang benar-benar mahu mengenal Azharr dan filem-filemnya.

Pintu (stdr: Akashdeep Singh)
Pure Yasmin Ahmad. Kiut. Serius, aku ingatkan filem ini ada persoalan besar seperti ketuhanan, kerana pada awal Akash menghantar sinopsisnya, ia terbaca semacam satu hal “besar” yang akan berlaku terhadap dua budak ini. Akhirnya, semuanya atas dasar cinta.

Benting (stdr: Ahmad Hasan Yuniardi)
Filem pendek pilihan aku sewaktu forum tayangan filem-filem pendek Bandung di Yogyakarta pada Festival Filem NETPAC-Asian. Sama seperti Pintu, tetapi dengan lebih banyak watak dan naratif panjang dengan dinamisme reaksi dan aksi antara watak yang terbaik pada malam itu (ada empat watak dalam pelbagai aksi dan psikologi dalam satu masa dan ruang), juga lakonan-lakonan terbaik, melihat kepada keamaturan para pelakonnya (terutama Si Ibu). Pelbagai pengkajian seks boleh dibuat, perhatikan bagaimana tegas dan kuat Si Ibu menghentam anak perempuannya, dan bagaimana nadanya lembut walaupun pedas terhadap anak lelakinya (mainan peranan seks dalam budaya masyarakat). Banyak persoalan timbul, kenapa Si Ibu marah-marah? Adakah dia berbalah dengan suami? Adakah dia merasakan dirinya terperangkap dalam dunia lelaki? Adakah tujuannya untuk “keluar beli barang” adalah “secret affair”nya untuk meninggalkan sebentar beban atau sumpahan yang masyarakat patriaki kenakan terhadapnya? Semuanya jelas terjawab dengan tudingan dan ketawa anak paling kecilnya. Lalu yang tidak tentu jadi tentu, yang terputus jadi satu. Realisme keluarga yang amat baik dari anak-anak Bandung.

Saya Kacak (stdr: Alif Firdaus Aziz)
Aku perlu nyatakan, pelukis komik, ahli silap mata dan penulis humor ini boleh membikin filem! Ada cuitan menyelerakan dalam filem ini, kalau dilihat dalam satu sisi. Secara “mundane”, Si “Kacak” menyatakan dia kacak, membuat silap mata lalu menyanyi satu lagu menyakitkan atas “kebanggaan” kekacakannya. Alif mempunyai poin yang kuat di sini. Secara prasedar, Alif sedang menyatakan tentang “pemasaran/komersialisme” dalam dunia kapitalis, juga secara parodi terhadap keinginan masyarakat terhadap hiburan kosong/senang yang memberi kepuasan (kualiti). Kita, penonton akan menyanggupi saranan Alif bukan kerana ianya menggunakan kaedah genius tetapi Alif menyatakan begitu (seperti iklan). Yang “mundane” menjadi bermakna. Satira yang mengesankan. Tahniah Alif!

Melayu di Jalan Melayu (stdr: Ridhwan Saidi)
Selepas filem selesai, tidak ada sesiapa yang menepuk. Aku percaya, mereka, seperti aku, tergamam untuk seketika. Ya, inilah filem paling “disturbing” pada malam itu, walaupun cara yang dibuat sedikit “pretentious”. “Disturbing”nya masih boleh dirasai selepas balik dari PENA. Hal berkenaan Melayu yang mempergunakan Melayu. Sewaktu Si Pemuda yang membawa Si Buta (faham bukan alegorinya?) dijerut lehernya oleh Salesman/Dermawan, dengan runut tipikal kesukaan Melayu dan Salesman menyeringai ketawa, apa yang kita percaya dan perlecehkan waktu itu merundum. Sangat menakutkan.

Pemburu Buaya Darat (stdr: Tok Rimau)
Nama Tok Rimau nampaknya sudah jadi “household name”, memberi kita kreativiti demi kreativiti atas jenama namanya. Filem fiksyen sains yang pelbagai lapisan walaupun bajet ciput (tak seCGI filem Sinaganaga) tetapi naratif dan ruangnya cukup. Dean Sham sendiri mencuitkan sebagai Pemburu. Jawapan “cinta” dan “seks” terjawab di akhir filem dalam satu mesej distopia yang pertama kali dirasakan seronok (selalunya kelam). Tok Rimau sememangnya pecinta wanita.

Aci Baca Sajak (stdr: Abdullah Jones)
Ini adalah pilihan filem paling “standout” buat aku pada malam itu, benar-benar mengejutkan aku dari kiri dan kanan. Satu rakaman dibuat, dan penjual jalanan dan orang lalu-lalang diminta untuk membaca sebuah “prosa pendek” yang berjiwa lucah. Menggelikan, kerana mereka membacanya dengan penuh tekun dan serius (ini mungkin diminta). Abdullah mengenakan segala yang berkait dengan keselesaan dan konvensi. Persoalan aksi seks itu satu-satu hal yang terbahagi daripada agama Islam, dan bagaimana pula dengan sastera terhadapnya dikupas dalam filem ini, dengan imej-imej yang amat mempesona. Satunya, seorang lelaki membaca tekun tentang kekuatan batin, di belakangnya tersedia sacet dan iklan Kopi Janda. Seorang lelaki berkopiah membaca “nafsu seks” di belakang kubah masjid. Persoalan yang terbuka dan tertutup dalam budaya Melayu dan Islam dijajakan, turut hipokrisi yang berlaku di dalamnya (seorang pak lebai mungkin kenal akan seks yang baik, dan bercerita di warung kopi tentangnya, tetapi menyatakannya di media perdana adalah satu hal yang mungkar dan kononnya membawa maksiat). Sebuah filem yang penting dan pilihan peribadi aku buat malam itu.

Fadz: Filem-filem lain yang tak tersenarai, jangan kecil hati, filem kalian juga bagus, hanya aku tidak pandai mencapai akalnya.