Korang tau tak ada filpen (filem pendek) Malaysia masuk Festival Filem Antarabangsa Venice tahun ni?
Korang mesti kenal Venice, kalau korang ingatlah apabila filem Puteri Gunung Ledang (2004) berjaya diundang untuk tayangan khas di sana. Akhir-akhir ini FINAS hanya buat-buat sibuk dengan Oscar saje sedangkan ada tiga festival filem antarabangsa yang terbesar menjadi pusat tumpuan pengkritik, pengedar, penggemar dan pembikin filem - Berlin, Cannes dan Venice. Venice merupakan festival filem antarabangsa yang tertua dan masih berprestij. Dan untuk Lagi Senang Jaga Sekandang Lembu, sebuah filem (dalam hal ini filpen) Malaysia untuk masuk serta, itu kira satu kebanggaan juga.
Lagi-lagi apabila ini kali pertama sebuah filpen Malaysia yang terpilih (antara beratus yang nak masuk) untuk menyertainya, dicalonkan dalam seksyen Orizzonti (Horzion) di bawah pencalonan untuk Anugerah Filpen Terbaik. Menarik lagi apabila inilah filpen pertama Malaysia yang ditunjangi oleh kru pembikin yang 95 peratusnya adalah wanita! Clever Girl mak ai! Malah, ketiga-tiga teraju utamanya ialah wanita; pengarah dan penulis lakon layar, Amanda Nell Eu, penerbit, Gan Hui Yee dan para pelakon Sharifah Aryana (Yep, pelakon Mukhsin itu!) dan Sofia Sabri.
Filem terbitan Astro Shaw berdurasi 17 minit lebih ini menceritakan persahabatan "pelik" antara seorang gadis kampung (Sharifah Aryana) dengan seorang pontianak (Sofia Sabri). Ini kira dah berbunyi-bunyi macam Let the Right One In (2008) versi all girls di ceruk sebuah kampung Melayu, walaupun mungkin pontianak itu bukan vampiro namun mungkin suka makan nasi lemak, selain darah anak-anak yang balik dari mengaji.
Filpen Lagi Senang Jaga Sekandang Lembu juga merupakan hasil karya skrip yang terpilih daripada bengkel Shortcuts Short Film untuk menerima bantuan produksi RM40 ribu. Hanya tiga skrip terbaik daripada bengkel tersebut yang berpeluang menerima ganjaran ini. Filpen ini akan ditayang dan bertanding pada 30 Ogos - 9 September 2017 nanti di Venice. Semoga filem ini selamat bertandang dan disukai oleh para penonton antarabangsa, serta selamat memasuki pelukan benua pusat Euro Horror dengan Argento dan Bava serta kumpulan peminat filem seram dan cenderung fantastikalnya, kita doa-doakan yang terbaik buatnya!
1 comment:
bravo bravo....premis pun dh unik, bila agak2 dpt tgk tah
Post a Comment