Kenyataan Khir Rahman pada awal pembukan filem dokumentari (dinyatakan, para pembikin tidak membuat-buat rakaman yang dilakukan, tiada lakonan, mereka mengaku, semuanya dirakam dan diselidik ala gerila dan rasmi, tanpa skrip, kecuali monolog awal Khir itu dan beberapa tulisan atas layar) ini merumuskan segala-galanya. Mungkin secara tidak sedar, ini suatu lagi hentakan kepada Dr. M yang amat melecehkan filem seram, walaupun memang, dalam keadaan Khir dan Sein menyusun fotaj yang diambil, sudah tentu Khir dan Sein juga mempunyai keinginan untuk filem ini "untung" (kerana itu subjek ini diambil), dan sebagai seorang peminat filem seram, bagi aku projek kecil mereka ini berbaloi.
Dokumentari ini mengambil tradisi siasatan dan rakaman tempat yang dimaksudkan, yang sudah menjalar lama pada era rancangan dokumentari TV pemburu hantu (ghost hunter) sedari 1970-an, dan kemudian amat popular di Britain kini dengan rancangan sofistikated (dan mengada-ngada), Most Haunted, yang mana dalam beberapa rakaman Malaysia, kita ada beberapa rakan penerbit Cina (anak gadis dipakaikan baju seksi ya amat dan dicampak di tengah rumah hantu dalam gelap), Uncle Seekers dan beberapa pemburu hantu bebas melakukannya. Dalam dunia filem tempatan, hal ini bermula dengan Penunggu Istana (2011) dan kemudian beberapa lagi.
Filem ini "berbeza" kerana pembikinannya tidak disengajakan. Para produksi sebenarnya hendak membikin sebuah filem genre berbeza, "Garang", yang entah bagaimana, dalam penyelidikan tentang lokasi penggambaran, mereka mendapat kelulusan untuk menjenguk misteri terhadap sebuah bangunan ini di pinggir(?) ibu kota (bentuk rekaannya Islamis, aku syak bangunan ini berkenaan pejabat agama atau pusat latihan).
Bagusnya Khir dan Sein dalam perjalanan penggambaran ini, mereka melakukan kerja ini sehadapan mungkin (secara literal, Sein melakukan ini dalam suatu perbincangan di pejabat), sejujur mungkin, sampai tidak terasa hal ini dibuat-buat atau dilakonkan (amat berbeza jika kita bandingkan dengan filem sebegini dengan Paranormal Activity, contohnya). Mereka menemui "pakar" yang juga kawan, Yusran yang tinggal di Bukit Damansara (rasanya Jalan Setiajasa? Haha, alah rumah teman dekat Damansara gak). Berlaku satu dialog antara Khir dengan Yusran, "Nak bawak pulut ke?" Yusran selamba jawab, "Bawak pulut aku makanlah." Keadaan ini amat "normal" malah terdapat kelucuan.
Tetapi subjek yang hendak diteliti dan dirakam memang tidak melucukan. Aku susah hendak menyampaikan dalam kata-kata (aku percaya, mereka mungkin telah menemui lintasan, persimpangan, atau jalan masuk kota makhluk ghaib). Memang, apa yang diambil itu hanya "merakamkan" dan manusia yang merakam hanya bertindak balas. Jika inilah pembikinan "filem" permburu hantu yang sebenar, filem ini melangkaui beberapa filem dengan tujuan yang sama. Hal ini diiuji lagi dengan satu keputusan Sein bahawa "rakaman tidak boleh diteruskan" atas nasihat Yusran. Jika "karya" ini jatuh dalam tangan orang Barat, aku gerenti, atas nama "seni" dan "mencari kebenaran", sang pembikin akan meneruskan, walaupun membahayakan nyawa mereka, seperti yang ditunjukkan oleh adik-beradik Vicious secara fiksyen dalam Grave Encounters. Hal ini menambahkan lagi sikap bahaya dan tres dangereux pembikinan ini.
Peliknya, filem ini terpecah kepada dua bahagian, segmen keduanya pula, seperti Villa Nabila, suatu lakonan semula sebuah kes yang mereka dapat (daripada beberapa wawancara yang mereka buat) tentang seorang wanita bisu di dalam rumah seorang diri. Walaupun ya, filpen itu agak seram, dengan penggayaan menarik dalam penggunaan bunyi, suntingan, dan bayang-bayang untuk menaikkan keseraman, segmen ini langsung tidak ada kena mengena dengan segmen dokumentari awal. Walaupun ya, segmen ini menghiburkan (kalaulah Khir dan Sein menggunakan lagi imaginasi susunan bunyi dalam kefahaman subjek yang bisu dan hanya dapat mendengar) tetapi semacam melonggarkan keseluruhan filem, menyebabkan 80 minit awal yang kita tonton itu mula kita persoalkan "kebenaran"nya.
Namun dalam senarai filem seram tempatan, filem ini menarik untuk ditonton kerana memberikan suatu pengalaman yang mungkin tidak akan kita rasai lagi selepas ini.
Klasifikasi Bangunan: P13, terdapat babak ganas, tahyul dan seram yang tidak sesuai disampaikan kepada kanak-kanak.
DITONTON DI GSC, NU Sentral.
41 comments:
terujaa
Macam familiar sgt 'bangunan' tu...tak silap area puchong....bila tgk filem ni dgn sedikit bantuan pakcik google, klu2nya menjurus sgt 'bangunan' yg dimaksudkan..mmg tepat..namun jika disebarkan, alamatnya 'pengusaha'nya terpaksa pindah tempat.....huhuhu..mungkin bekas tapak 'bangunan'itu yg keras...apa2pun 5 bintang! Mmg tul2 real seakan membawa kita turut sama dlm projek ni...
ha??kt puchong??puchong area mne???
Pulau meranti, puchong.
Dekat pulau meranti puchong.. sebuah sekolah memandu yg terdapat di hujung jalan.. jalan meranti 2. Boleh google kat map jalan meranti 2 pulau meranti puchong.. terdapat sebuah sekolah memandu kat situ.. dah tahu name sekolah ape.. boleh search kat image name sekolah tu.. dan lihat sama tak bangunan tu dgn yg dalam filem.. hehehe
Tempat menimba ilmu.. Tak sangka pula.. Sebab waktu siang nampak normal sahaja.. Papepun, review yang bagus..
ape name tempat tu
ape name tmpt tu
metro driving academy pulau meranti nie .
bagus betul ulasan filem ni. patut dibagi anugerah yang selayaknya untuk tulisan sebaik ini. teruskan menulis wahai orang muda.
Betul lah kat metro driving pulau meranti puchong... aku blaja kreta dulu kat situ woi.. memang agak seram sbab kawasan dia agak trpencil kalau waktu malam tp aku pi sana pagi so tak rasa seramsangat..
Tipu lah budak yg kena rasuk naik diding 2.. ada hook n tali dekat belakang dia.. cuba tgk btul n slowo
Da buat. x nampak pun. cuba la snap sikit gambar yg kata nampak hook n tali tu..
betul la...
Cerita ni btol2 atau tipu?tp serious seram part prempuan tu nk kluar n meja kerusi trbang ke pintu tuh
Metro driving school
Klu cite melayu, ramai melayu bantah, menipu la. Mcm la ko tu pernah keje sebagai kemereman, or atis, sume ko nak ckp tipu.. tu la malayu, melayu nak jtuh kan melayu cm tu la.. klu cite seram barat, ko percaya plak? Sokong 100%, padahal org kafir.. ntah betul ker xbetul cite org barat dgn baca mentera dorg.. kite melayu sokong melayu, bukan jatuh kan bangse sdri..puuihh..
Aku pun tertipu daaa.. bukan cerita betol.. sape2 ade cerita ni tgk balek dkt part cctv kes 1 waktu 1:20:15 dengan cctv kes 2 waktu 12:32:04.. semua kedudukan same jer,dari kerusinye,buku, kotak. Langsung x berubah. Xkan lar langsung tak terusik sedangkan hari berlainan.
Produksi terlupa ke part ni.
Aku pun tertipu daa.. bukan cerita betul pun.. sape2 ade cerita ni tgk balek part cctv kes 1 waktu 1:20:15 dengan cctv kes 2 waktu 12:32:04.. semua kedudukan same jer. Dari kerusinye, buku, kotak. Langsung x berubah. Tak kan lar x trusik lgsung sedangkan hari berlainan. Produksi terlupa ke part ni.
Melayu dh memang ramai sgt yg bodoh, nk wat mcm mana. Sikit skit menipu sne sni tpi diri sendiri tk sedar. Ak juga rse ceta ni menipu tpi what the hell, sekurgnye meka buat keje gk. Nk harap melayu lain tepi jln tu? Ha, jgn mimpi! Mnegutuk sahaja la meka tau!
pd waktu brape nmpk hook tu....cba bgtau sket...
Buka nak cakap la..kpg pulau meranti ni memang keras...
aku pada mula percaya gak. tp seumur hidup aku y bnyk pengalaman tgk org kene rasuk x pernah pulak terbang depan mata. so aku amik inisiatif kaji bab panjat dinding tu. mmg nampak real sbb movie ni dah claim "kisah benar" so minda kita dah set utk percaya. (melayu mmg mudah sgt percaya, including myself) cuba tgk balik part yg mamat 2 org tu sambut yg kene rasuk tu. yg baju merah tu cover belakang mamat yg jatuh tu and tangan dia mcm nak cabut something kat belakang mamat yg kene rasuk n jatuh tu. mmg obvious
Satu2nya cerita seram yang boleh nak claim 'realistik'... tahniah! Citer yang last tu terpaksa tokok tambah je sebab nak cukupkan masa 90min.. footage tak cukup almaklumlah banyak dugaan... anyway, well done! Rasa nak tengok pulak macam mana reaksi 'pencari2 hantu' barat kalau diaorg discover tempat ni hahaha... patutlah takde pak guard kat tempat tu.. heran gak ada pulak bangunan yg banyak fasiliti pun terbiar malam2 rupa2nya memang ada 'penunggu' on duty.. huhuhu... walaupun pada mata kasar saya filem seram ini berjaya tetapi saya tumpang bersedih atas nasib mangsa yg 'hilang' tu.. semoga keluarga mereka tabah...
Tak kisah la siapa nk percaya atau tak.. kalau tak percaya tu buatlah teori macam2. saya percaya cerita ni ada benarnya sebab 1. hantu tak nampak dengan mata kasar.. 2. Jin adalah makhluk Allah. kewujudannya dah tertulis dlm Quran.. 3. org yang kena rasuk bukanlah dirinya sendiri.. so keupayaan dan kekuatan dia memang luar biasa.. jgnlah kita persoalkan mcm mana dia blh buat stunt pulak.. bab dia panjat dinding tu tak mustahil rasanya.. selalu je kita dengar org 'hilang' ni dijumpai atas pokok yg bkn calang2 nk panjat.. mungkin berasas le kot.. 4. diaorg berani claim kes 2 org yg hilang tu kes polis.. Tak kisah la sesiapa nk kutuk pendapat saya ni.. yg saya tahu jin tu wujud dan mereka pun makhluk Allah..
Yup... Sama kedudukan..
Rukun Iman - 6 Perkara
1. Beriman Kepada Allah
Dengan Iman kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati hanya semata-mata kerana Allah. Secara positif kita menuju tauhid yang semurninya dan secara negatif menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.
2. Beriman Kepada Malaikat
Dengan iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya menurut perintah Allah. Secara positif kita mempercayai kepada alam ghaib yang diberitakan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan oleh Allah.
3. Beriman Kepada Kitab
Dengan beriman kepada kita suci kita mempercayai adanya kitab-kitab yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusanNya masing-masing bagi memimpin manusia ke jalan yang selamat dan kitab suci ini diakhiri dengan kitab suci al-Quran.
4. Beriman Kepada Nabi Dan Rasul
Dengan beriman kepada Nabi dan Rasul kita mempercayai adanya manusia polihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberikan petunjuk yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.
5. Beriman Kepada Hari Kiamat
Dengan iman kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.
6. Beriman Kepada Qada Dan Qadar
Dengan beriman kepada Qada dan Qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya.
Rukun Iman - 6 Perkara
1. Beriman Kepada Allah
Dengan Iman kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati hanya semata-mata kerana Allah. Secara positif kita menuju tauhid yang semurninya dan secara negatif menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.
2. Beriman Kepada Malaikat
Dengan iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya menurut perintah Allah. Secara positif kita mempercayai kepada alam ghaib yang diberitakan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan oleh Allah.
3. Beriman Kepada Kitab
Dengan beriman kepada kita suci kita mempercayai adanya kitab-kitab yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusanNya masing-masing bagi memimpin manusia ke jalan yang selamat dan kitab suci ini diakhiri dengan kitab suci al-Quran.
4. Beriman Kepada Nabi Dan Rasul
Dengan beriman kepada Nabi dan Rasul kita mempercayai adanya manusia polihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberikan petunjuk yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.
5. Beriman Kepada Hari Kiamat
Dengan iman kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.
6. Beriman Kepada Qada Dan Qadar
Dengan beriman kepada Qada dan Qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya.
Assalamualaikum? Allah berfirman: tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. Jin memang wujud. Dengan izin Allah kita boleh melihat mereka. Duraj jin pun ada. Memang bila makhluk seperti jin masuk dlm tubuh manusia sesorang yang dirasuk itu boleh melakukan sesuatu yang luar biasa. Wallahualam.
Aku hampir dirasuk sbb tengok citer ni sorang2.. Is not fake ok!..Byk2 citer hantu aku tgk, citer ni first time aku hampir dirasuk.. Nasib cepat2 aku baca ayat Kursi & 3 Qul.
HIHI HUHUHU HAHAHA..di sebabkan cerita ni semua nk bergaduh..bawa bincang elok2...jgn duk kata melayu ni bodoh lah, cepat percaya lah...bangsa lain sempurna sgt ke..duk kutuk bangsa sendiri..tak salah nk bgi pdapat apa2 pun..cuma jaga lah bahasa tu..bahasa mcerminkan peribadi anda..sama juga dlm family kite..ade ke yg semua sepdapat dgn kite? dah tu kalu mak ayah n adik beradik tak setuju dgn kite, that mean diorg diorg BODOH lah erk?..ke camne..sebelum berckp fikir dulu...guna akal jgn guna hawa nafsu..bawa bincang, ckp elok2..lama2 org boleh terima lah pdapat kite...
setelah tgk citer bangunan ni kat astro aku rase cite ni betul sbb hanya individu yg merasai sendiri yg tahu citer disebaliknya.klu tk percaya boleh pergi sendiri kt sekolah memandu tersebut test tengok btl ke idok?
Ya betul
Kisah benar..sape2 yg mndalami ilmu kerohanian bleh scan setiap scence cite nih..mmg 'mereka' ade..
Bagi aku fake docufilm docufilm:-
**gaya film hantu yg sedia ada dgn menggunakan cctv
**guna teknik paranormal activity yg selalu orang putih guna waktu awal2 paranormal activity ni meletup.
**yg last sekali aku nampak no best, sebab depa guna teknik macam rancangan tv indonesia "dua dunia" ..
Tu ja aku nampak, nak bagi point.. tak larat nak bg.
Tp aku respect film ni sebab depa mampu mindset kan penonton dari awal hingga akhir.
ALLAH SWT BERFIRMAN...TIDAK AKU JADIKAN JIN N MANUSIA MELAINKAN SEMUANYA MENYEMBAHKU....jd nk dipelik2 kn watpe...benda halus tu mmg wujud...pengalaman akulh...rumah kosong..ke kubur islam ke kubur india ke cina n kristian...semua pernh aku tido....tp xpulak nmpk @ jmpa benda2 yg menyeramkan....bila tgk cerita ni rs terpanggil pulak nk volunteer....ni ada sy sertakn no phone sy...0143222083.
Ade hook wak luu...lu xpnh kne lagi kn..jadi manusia kje nak kindem jer cmni ler
Setuju
Siap dh Lesen E aku kt sini
Betul. Kedudukan sama. Buku,meja, kerusi
Aku dah puas tengok kes pelik2.. sakit pelik2.. cuma mula2 mcm skeptikal.. tapi dah tengok depan mata.. memang mula2 mcm x boleh tido malam.. lama2 mcm immune tengok.. berengang2 kat udara pun ada kalau bernasib baik.. selalu yg dapat tengok yang jènis menjerit2 je histeria dan perempuan kecik boleh kuat macam hulk horgan meronta2.. well, kau kena percaya benda2 ni wujud.. tentang cerita2 tersebar ni.. wallahualam..
Post a Comment