Komentar ini berlangsung atas reaksiku terhadap penulisan Pak Hassan Muthalib baru-baru ini dalam Utusan Mingguan. Sentuhan yang dibuat oleh Pak Hassan adalah berkenaan filem Life of Pi (2012), yang bagi beliau merupakan sebuah filem "reaktor" atau sindiran terhadap kefahaman isi komersialisme pembikin Hollywood terdahulu (disentuh, filem Spielberg dan Cameron, serta ketamakan kapitalis simbolisme penyiasat dari Jepun dan aspirasi penerbit Hollywood simbolisme sang penulis fiksyen).
Ingin aku nyatakan di sini, aku tidak mahu mengulas filem itu, bukan sahaja kerana aku sudah mengulasnya bagi majalah Dewan Budaya, tetapi atas sebab-sebab tertentu. Aku menikmati filem itu kerana secara wayang/sinema, filem itu menyampaikan satu pengalaman wayang yang begitu enak untuk ditonton, sesuai ditonton dengan 3D/Imax jika mampu (antara yang menyerlahkan penggunaan teknolog wayang ini). Ia sebuah cerita dan pengisahan yang lengkap, cukup serba-serbi dan membawa penonton "melalui" suatu perjalanan yang sepatutnya dilakukan oleh sesebuah filem. Hanya aku tidak menyetujui untuk "mendakwahkan" kecenderungan pluralisme agama yang jelas didakwahkan secara lembut oleh filem itu (secara dialog, paparan cerita dan imejan tiga bangunan ibadat dalam satu imejan latar), walaupun aku tahu para penonton kita matang untuk memilih antara intan dengan kaca.
Pak Hassan ada menyentuh hal ini secara lalu dengan menyatakan pengisian "agama" filem itu menyentuh "ketuhanan" (divine). Inilah yang aku sedari, perlu diteliti dengan benar-benar teliti, kerana jelas, Pi dalam filem ini boleh disimpulkan sebagai penyaksi "ketuhanan" dalam pelbagai perspektif agama, seakan-akan menampilkan suatu "nabi" baharu bagi pluralisme (jika kita tafsirkan sebegitu).
Menolak hal itu, aku tertarik dengan intepretasi semiotik yang dilakukan Pak Hassan. Walaupun secara amnya aku bersetuju dengan pendirian Pak Hassan berkenaan kuasa "melampaui komersial" yang ada dalam Life of Pi, aku tidak menyetujui gaya "pigeon hole" yang dilakukannya, dengan mengutip secara selektif dalam beberapa episod babak, awal, tengah atau mana-mana dalam filem itu untuk menunjukkan kesedaran filem itu menyindir "filem-filem komersial Hollywood". Benar ia menyindir, tetapi tak mungkin secara prasedar timbul berantakan seperti sebuah klitch di sana sini.
Terdapat tiga lapisan filem itu sebagai pemahaman wayang dan bilamana kita boleh memahami sentuhan "wayang" filem tersebut terhadap kefahaman kita. Pertama, dengan paparan awal zoo, kita sedang meneliti "keindahan alam" (estetika filem) yang sedang dipaparkan, yakni keindahan wayang. Kita, dan Pi, bersama-sama menjadi penonton "keindahan ciptaan Tuhan" ("Tuhan" di sini juga adalah penggerak cerita dan pemilih imejan cerita yakni pembikinnya serta pengarahnya). Keindahan yang "misterius" ini akan didoktrinkan dengan "ajaran", lalu berlakukah penurunan "mesej" yang mana Pi (serta penonton) disuapkan dengan kefahaman untuk "menikmati" keindahan tersebut, dengan tunjaknya berlaku terhadap harimau, Richard Parker (epitom estetika wayang tersebut) Kedua, segala keindahan dan pemahaman ini akan diuji, di"alami" dengan Pi dibawa di tengah-tengah lautan dengan estetika paling disanjunginya untuk menelusuri "kebenaran alam". Di sinilah "miracle cinema" berlaku pada mereka yang mahu mencarinya. Persembahan yang canggih bersalut dengan kefahaman tinggi (di sini aku bersetuju dengan Pak Hassan), menyampaikan "kebenaran" kepada Pi, membuatnya "rasa". Wayang akhirnya menyampaikan "rasa" dan bukan imejan kosong dengan efek tinggi. Ketiga, adalah kefahaman keyakinan "kita" terhadap wayang itu, pengalaman wayang itu yang kita lalui. Di sinilah adaptasi filem melepaskan ikatannya dengan novel Yann Martel. Di sini, kita bertanya, adakah kita memilih untuk melihat filem semata-mata filem, atau melihat kecenderungan filem melampaui hanya sebuah filem (yakni, menghiburkan). Di sini terletak dalam tangan "tuhan" Ang Lee jika dia berjaya membuat penonton mempercayai "estetika" yang diperkenalkannya, ataupun gagal.
Aku tertarik dengan hal ini kerana mendapati, amat susah dalam pembikinan filem Malaysia untuk mencapai sesuatu yang sebegini. Sepertimana yang dikatakan Pak Hassan, untuk tahun ini sahaja, Bunohan yang berjaya melakukannya, menyampaikan suatu yang begitu kuat dalam teknik pembikinan dan cerita sehingga menyampaikan suatu yang melampaui filem sebagai penyampai cerita sahaja, meyakinkan kita dengan kuasa wayang sebenarnya.
Di mana silapnya filem kita sekarang, apabila kelam ditelan buas dengan kerakusan kapitalisme yang tiada makna. Hal inilah, jika dibandingkan dengan filem Hollywood, sekurang-kurangnya, terdetik suatu susunan, suatu kelaziman, standard (formula), bahasa, yang kita kenal sebagai suatu penakrifan "wayang". Ya, filem Hollywood juga melalui fasa kebosanan (lihat sahaja apa yang berlaku terhadap The Hobbit atas nama komersialisme) tetapi filem kita lebih teruk lagi kerana kitaran celaka yang masih menahan kita keluar daripada kelaziman.
Tahun ini sahaja, aku telah cuba menonton kesemua filem Malaysia (benar, semua DVD tulen aku telah dapatkan, termasuk filem bukan bahasa Melayu). Aku sedari hal penyalinan, bisem (bikin semula) dan penambahbaikan merupakan formula yang dipilih majoriti pembikin kita. Aku tonton kesemua filem seram-komedi MiG sampai entah apa-apa lagi nama syarikat, KESEMUAnya cuba MENGIKUTI populariti Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan cara yang amat memalukan, mudah, cetek inti, tanpa ada pengisian wayang (kebanyakannya seakan dibuat untuk filem VCD) dan dibikin atas "mencari keuntungan" semata-mata.
Dalam satu seminar (aku jadi seorang panel) yang membincangkan Hantu Kak Limah di sebuah universiti tempatan, ada seorang penerbit filem membantai filem tersebut sebagai suatu hasil karya "bodoh dan kosong". Aku menggeleng kepala. Tidak. Aku melihat The Rocky Horror Picture Show dan mengapa ia dibikin (rujuk studio Hammer yang dipilih sebagai lokasi penggambaran apabila Hammer sendiri dalam ambang untuk ranap). Aku memahamkan filem bikinan John Waters. Filem-filem tersebut dipanggil "trash" (sampah), filem yang "tidak patut diambil serius" dengan mainan spoof dan rujukan filem terdahulu untuk dipermain-mainkan formula dan, kenangan filem itu, meraikan dengan gaya paling mudah dan semacam riadah. Kak Limah ialah sebuah "trash" yang disengajakan pengarah sebagai mempermain-mainkan segala "entah apa-apa" Hantu Botol dalam Kicap Nongkrong dan Jangan Pandang yang menghantui wayang kita masa itu, "Trash" itu dengan sindiran pedas "mentertawakan" penontonnya. Tetapi penonton "terus ketawa" dan mengikut alunan "kebodohan" pelakunya (watak), penonton jadi geli hati, mengikut lalu terpesona. Inilah kepedasan Mamat yang tiada belas kasihan.
Tetapi apakah yang berlaku, setelah filem yang "kosong" tetapi "berisi" itu ditayangkan? Ia laku keras, memecah panggung. Di sinilah kelicikan Mamat. Beliau, seperti John Waters mahupun Guy Maddin menyampaikan suatu "apa yang penonton dahagakan" dengan makna-makna wayang/sinema yang tertentu, menghiburkan sekali gus memerolok-olokkan mereka. Dan mereka menerimanya (they bought it). Yang memeningkan aku bukan penonton, tetapi PARA PEMBIKIN selepas itu, atas nama (kita kena ikut formula ini) telah MENYALIN, MEMBISEM dan kononnya MENAMBAHBAIK filem yang seakan-akan Hantu Kak Limah, dan hal inilah yang disesalkan, bukan satu, atau dua, tetapi 20! Hal ini seakan-akan pembikin kita "tidak tahu" hendak membina sendiri cerita-cerita asli yang berkesan, harus hendak mengikut suatu struktur yang sebenarnya punya agenda sendiri, maka hanya "surface" yang dicapai, bukan dasarnya.
Lihat sahaja apabila Syamsul Yusof berjaya dengan KL Gangsternya, berapa salinan yang menurut selepas itu, tanpa keaslian, tanpa keterujaan, sesuatu yang lain dan menarik. Sehingga pelbagai genre dimuat masuk, komedi-aksi-drama dalam satu-satu filem untuk menandingi filem Syamsul tersebut. Hal inilah yang membimbangkan dan disesali.
Kita bukannya tidak ada cerita. Sudah penat sasterawan dan penulis kita menulis, malah banyak juga yang baik dan jauh meninggalkan klise dan plot dungu sesetengah filem Melayu. Apakah para pembikin tidak membaca? Adakah mereka takut? Sudahlah salinan yang dilakukan tampak celup-celam, ingin menjadi sedikit semacam Hong Kong, Thailand dan entah apa-apa negara lagi tanpa melihat jati diri sendiri, salinan itu juga amat memalukan dan malu untuk dipaparkan di tengah layar dunia.
Sudah tiba masanya para pembikin berhenti sejenak, berfikir, adakah berbaloi mengulang kisah yang sama, formula yang sama dengan kisah yang boleh dijaja di televisyen (dan bukan di pawagam, bagaimana orang mahu menonton Kahwin 5, contohnya, bukankah ini semacam mengeji Madu Tiga, bukan lagi merujuk, tetapi semacam mengejek), dengan tiada kesatuan cerita yang kuat, dengan tiada kepakaran teknik yang tinggi, dengan penanda yang dibuat-buat dan main-main tanpa maksud (wayang memerlukan penanda-penanda yang kuat untuk dinikmati sebagai "wayang"). Hal ini perlu diselidiki, perlu direnungi sebelum wayang Malaysia menimbuskan dirinya sendiri, enam kaki di dalam tanah. Ditanam oleh para pembikinnya sendiri.
Di bawah merupakan CONTOH perbandingan pembikin kita yang membikin filem tanpa pengisian wayang dengan pengisian wayang bermaksud dalam filem-filem seram bikinan pembikin Barat yang baik:
Sambungan di Youtube.com

2 comments:
Ada tonton drama Kampung Mangkuk Sengkuang di TV3 malam minggu yg lalu, totally rip-off Hantu Kak Limah Balik Rumah. One of MIG products jugak.
aku tonton dan aku menyumpah-nyumpah...
Post a Comment