Wow! ada babak ciuman lesbian! I tergoda you!

Aku bukan apa, aku pernah cuba-cuba menulis berkenaan sebuah keluarga yang hancur, yang mana si ibu membesarkan si anak perempuan yang tiada ayah dengan agama dan kasih-sayang, tetapi sewaktu remaja anaknya selalunya memberontak (semangat remaja). Tiba waktu dewasa dia berkahwin dan meninggalkan ibunya.. Lantas kembali ke pangkuan ibu apabila perkahwinannya musnah. Pada waktu yang sama si anak mengikuti sebuah kumpulan ajaran sesat di tengah desa tertutup (seperti kem Al-Maunah). Waktu itu, si anak yang selalunya liar sudah sangat berubah dan 180 darjah terlalu fanatik keagamaan. Ibunya akur dengan perubahan anaknya tetapi risau dengan "kelampauan" yang dia tunjukkan dalam agama, khusus dalam hal mistik. Pada suatu masa, kumpulan itu mengkhabarkan akan "saat keluarnya Dajal" lantas kumpulan ajaran itu berkumpul di markas hutan mereka "menunggu keluarnya Imam Mahadi". Berita mereka menjadi hal nasional, lebih-lebih lagi kedengaran khabar angin bekas-bekas polis dan askar yang mengikut kumpulan itu berkumpul dengan senjata. Si ibu cuba mencari kawan-kawan si anak untuk mencari jalan untuk membantunya mendapatkan anaknya kembali, sebelum terlambat diserang hendap oleh pasukan keselamatan...
jeng jeng jeng!
Tapi tu cerita akulah (tak tahu bila lah nak buat) .. jadi aku nampak filem ni ada potensi (malah kalau dekat dengan filem aku, aku tak nak buat dah) .. tapi bila sampai ke akhir gezet bila judul filem ni muncul, terpacul:
The Ultimate Lost Sense of Direction
Aku ketawa terbahak-bahak. Serius wahai pembikin filem, sila ubahlah tagline filem anda. Nanti ia akan dimomokkan kerana "pun" yang mungkin akan dikaitkan dengan "pengarahan" filem ini.. Itulah, kena dapatkan nasihat ITNM atau Persatuan Penterjermah terlebih dahulu...
Apa-apa pun, aku tunggu filem Abuya yang nampak menarik ini!
Zai: Aku tak "sekufu" dengan kau (ala-ala dengan tudung jambu maraknya yang sama dengan warna gincu bibirnya, sambil menjeling manja)
5 comments:
Faizal Hussin macam rappers plak, hihi
walawehhhhhhhhh
faizal hussein jadi abuya
cayalah
So siapa jadi lesbian 2 org tu?
:p
Kevin Smith's Red State....
dah jadi director mamat ni? atau aku yang ketinggalan lokomotif?
Penchinta Ruang Gelap
Post a Comment