21 October 2010

2 Alam (2010): Filem Laknat 2010



Mukadimah
:
- Semalam, kami diberi peluang untuk menonton filem ini sempena pelancaran Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23. Ada satu kemenangan dalam FFM semalam (Anugerah Cipta, anugerah yang sedikit kecil sebelum anugerah Panca Delima untuk kategori-kategori yang lebih besar malam Ahad ini) yang buat aku mahu menonton sebuah filem yang aku terlepas, iaitu My Spy. Aku menyorak puas apabila mendapati Shashi Taran memenangi pelakon harapan lelaki terbaik semalam untuk Estet, dan Daphne Iking untuk Belukar.

- Adakah dengan kehadiran anugerah "filem komedi terbaik" dalam FFM ini akan konsisten, seakan membayangkan FFM kali ini semacam Golden Globe Awards? Adakah hal ini disengajakan untuk memaparkan "dinamisme" FFM yang tampak "mahu gah tapi s.s."?

- Amir Muhammad benar apabila menyatakan, hanya anugerah poster filem terbaik FFM merupakan anugerah yang paling penting, konsisten dan ditunggu-tunggu. Malah pilihan beliau mengena sasaran, Belukar menang poster terbaik (aku memilih V3, walaupun aku pun betul juga, Belukar mesti menang beberapa anugerah, ha ha ha).

- Tetap tersinggung atas nominasi filem kali ini di FFM. Ini bukan sahaja kerana Mualaf langsung tidak tersenarai tetapi cara penyenaraian filem (termasuk mengnominasi si wanita yang berlakon dalam 2 Alam) dilakukan. Tahun ini merupakan tahun terburuk buat FFM, dari segi filem bertanding serta senarai nominasi.

- OK, meh kita bedah filem "gah boleh dapat rm10-40 juta" yang sebenarnya aku tak sanggup nak bedah kerana risau ia benar-benar akan menggoncang reputasi produsernya ...

- Ulasan ini banyak SPOILER, so you've been warned.

Adam Dah Mati (1):
- Pertamanya: Aku tidak pernah semengamuk begini sewaktu keluar dari pawagam, mahu sahaja aku tumbuk si Dr., sang pengarah serta penulis skrip, kelar dan rejam mereka cukup-cukup.

- Inilah reaksi pertama aku sejak keluar lantas SMS kepada kawan-kawan:
"2 Alam is a filthy, disgusting, boring, aimless, puny of a f-i-l-m. A disgrace of the highest order!"

Amy Nak Mampus (1):
- Ini "filem" Dr. Rozmey. Yang lain sudah tidak relevan. Filemnya(?) senang, sang transgender bernama Amy/Adam bunuh diri lantas menunggu untuk dibela Tuhan dan keluarganya (ini filem dakwah, atau paling senang, transformasi teks ruangan Mastika). Soalan yang senang, adakah kita peduli? Inilah soalan terpenting untuk melalui filem ini.

Adam Dah Mati (2):
- Babak dan imej yang ternyata memberi rasa "sinema" atau "wayang" hanya berlaku dalam masa 4.7 saat dalam keseluruhan 86 minit klip panjang ini. Ini sahaja imej atau babak yang "betul", ini sewaktu keranda mayat Adam/Amy diusung masuk ke rumah ibu bapanya. Terdapat sentimen "pilu" dan "debar" yang susah hendak dinyatakan (mengikut imej-imej berbalik dari keranda- ibu bapa- si ustaz). Aku merasakan, "ahhhh ... indah", mereka mendapat gambaran ini bahawa dalam filem tentang "kematian" perlu dipaparkan kehidupan atau kepentingan "hidup". Tetapi hal itu hanya "berakhir" di situ seperti serpihan habuk yang mengikut angin.

Amy Nak Mampus (2):
- Ada perasaan teruja apabila mengetahui filem ini sebuah filem tentang "kematian". Tetapi juga satu "petanda" yang mencurigakan. Begini: Pertama, yang paling penting, filem tentang kematian sebenarnya sebuah filem yang "meraikan hidup". Ini jelas sebagai memahami fungsi "wayang" di mana semua wayang berakhir mengikut fitrahnya. Maka dengan menyatakan "kematian" (memahami pengakhiran sebuah filem), kita mencari sisi-sisi kehidupan yang boleh diraikan atau diinsafkan agar "meninggalkan dunia" itu "worth it" (di sinilah kita mencari semangat untuk berhibur, sedih, takut atau apa-apa perasaan mengikut genre yang ditetapkan). Rujuk mana-mana filem kematian yang bermutu seperti, Nasib si Labu-Labi, Those Who Love Me Can Take The Train, Le grand voyage, The Babarian Invasions (yang ini aku tak berapa suka, tetapi merupakan antara yang diraikan pengkritik antarabangsa) dan Jacob's Ladder. Kesemuanya memahami ekspresi ini. Secara menariknya, kita diberikan "sedikit" cahaya tentang hidup Adam/Amy, tetapi atas sebab kelurusan filem ini menuju ke arah dekaden Adam/Amy, tanpa memberi ruang dan peluang bagi "watak"nya untuk didimensikan dengan riwayatnya dan riwayat keluarga dan teman kampungnya, isi hatinya, sejarah kecilnya, kita diberi satu sisi sahaja ke arah "kehancuran" seakan ini sebuah filem DEKADEN yang dibikin Marquis de Sade yang alim fiqh. Simplisistik merupakan dosa besar filem ini. Tidak ada yang dapat diraikan kerana tidak ada satu "helai" benang hidup pun bagi watak-watak hidup untuk "hidup" walaupun beberapa watak cuba dihidupkan (watak gali kubur, watak isteri ustaz menenangkan ibu Adam, watak ustaz).

- Kedua, filem tentang kematian selalunya dibikin oleh para pengarah veteran yang sudah menuju ke akhir hayatnya (Madadayo, The Dead, Saraband), maka ianya semacam hadiah atau ekspresi terakhir buat dirinya (the last departure), keluarganya dan umat bumi (kerana kematian mengakhirkan semua). Ironi, Dr. Rozmey menandakan kerjaya filemnya dengan memulakannya dengan "kematian". Adakah ini satu sumpahan yang disengajakan?

Adam Dah Mati (3):
- 2 Alam kononnya ingin membawa sejenis "seni" atau "style over substance" atas kerana secara literal "2 alam" (hidup/mati, Amy/Adam, lelaki/wanita, dunia/akhirat, fantasi-wayang/realiti, benar/dusta) di sini dipecahkan kepada 2 "jalan cerita" yang mana penunjukan dalam babak itu terkait literal dengan jalan cerita yang satu lagi. Contoh, babak air disiram atas mayat turun ke lantai tanah, lalu dijukstaposisi dengan pancuran air dan Amy bermain buih. Ini mencari "puitis" mungkin. Tetapi The Masseur yang tahu menyusun iem-imej ini secara simbol berkait (juga filem tentang kematian!!) lebih memahami puitis susunan dalam penceritaan.

- Masalah terbesar, dalam dua jalan cerita yang saling ke depan belakang, kami penonton mencari "cerita". Aku berharap-harap benar ia berlaku pada babak Amy-Juan yang ditangkap di tengah malam, tetapi tidak, ia dijalankan secara amat simplisistik, kita semacam mahu mohon balik duit tiket kita.

Amy Nak Mampus (3):
- Ada satu babak yang benar-benar menimbulkan kemarahan pada tahap paling tinggi buatku. Ini sewaktu eksposisi Amy didedahkan (dengan zalimnya oleh lidah syaitan) adalah seorang lelaki yang dirogol (yeap, kes Saiful-Anwar orang akan tuding). Dalam sebuah babak "Yusof Haslam", dengan "bodoh"nya Juan (lakonan sia-sia Royady Madada) memutuskan perhubungan dengan Amy kerana Amy rupanya lelaki (?! - i kid u not). Kemudian dipaparkan satu babak Amy dan Juan berselisih dan kemudian masuk ke dalam kolam renang. Babak ini sungguh jengkel dan ta** kerana ia tidak pun "seni" dan tidak pun memberi apa-apa peranan. Adakah seluruh yang kita tonton selama ini adalah satu MTV yang panjang atau sebuah filpen eksperimental anak-anak pelajar yang merasakan filpen mereka boleh diperpanjangkan dengan babak-babak sebegini lemah?

Adam Dah Mati (4):
- Aku amat-amat merasakan filem ini sebenarnya berdasarkan persembahan pantomin "Selimut Putih" atau "Sakratulmaut" yang kita selalu tonton masa di sekolah sempena Israk Mikraj, Nuzul Quran atau mana-mana hari keagamaan. Aku percaya Dr. Rozmey mendapat inspirasi daripada itu. Aku "nyaris-nyaris" rasa "bertaubat" untuk menonton sebuah filem Melayu pada masa depan.

Amy Nak Mampus (4):
- Beberapa hal teknikal seperti imej "out of focus", runut bunyi dengan suara yang terlalu memekakkan telinga (aku terpaksa tutup telinga kerana desibel aku mencapai tahap kritikal), babak lewah panjang baca surat khabar, MTV MTV tak perlu melemaskan lagi filem ini, sepertimana Amy dan Juan yang menyelam ke dalam kolam.

Adam Dah Mati (5):
- Adakah filem ini dibikin sengaja untuk memperlihatkan penonton dari kampung tidak cukup cerdik untuk kenal Adam itu Amy dan Amy itu Adam dengan dialog terakhir "Mak, nama saya bukan Adam, saya Amy..?" atau menjerumus lagi ubat dakwah(?) yang sedia difahami secara awal? Maaf, ianya langsung tak berkesan.

Amy Nak Mampus (5):
- Apakah keperluan mendedahkan (secara janggal) hidup hedonistik Amy dengan Juan yang entah apa-apa, dengan cumbu-cumbuan yang "tak kena"? Filem ini semacam sebuah filem dakwah bersulam soft-porn yang tidak bernyawa. Cukuplah dengan Jalang dan Akhirat, kenapa filem ini mahu terjerumus dalam serkap yang sama?

Kesimpulan:
Serius, aku tidak ada masalah dengan para jutawan Malaysia yang berduit dan mahu menabur bakti mengangkat industri filem. Hal itu amat-amat digalakkan tetapi haruslah bertempat. Rujuk erti "adil", iaitu "meletakkan kepada tempat yang betul". Jangan membuat dosa, menzalimi industri dan isi kandungannya.

Ini merupakan muhasabah diri untuk aku, serta para produser agar memikirkan satu hal: ketepikan idea anda "Oh saya ada sebuah idea untuk filem!" tetapi sumbangkanlah duit anda kepada penulis skrip-pengarah yang mampu membawa idea besar, atau rujuk novel-novel yang mampu diadaptasi, atau cari skrip-skrip filem yang baik dan menunggu untuk dibikin, agar saluran "duit" yang betul akan tercapai kepada kumpulan kreatif yang betul dan memang memerlukannya. Aku akan maafkan dosa Dr. Rozmey melaknat industri, filem Malaysia serta penontonnya dengan menyumbangkan duitnya kepada penerbitan seperti Hanyut atau membantu mana-mana rancangan berkobar sang pengarah muda/veteran yang memang boleh buat kerja serta visinya memang mahu mengubah dunia filem kita. Sepatutnya, itulah "bayaran dam" yang perlu dilangsaikan atas mempalitkan kedurjanaan yang melimpah persada filem tempatan.

Bagi anda yang sudah membaca, anda sudah diberi amaran, tepuk dada, tanya jiwa.

ps: cara ulasan sengaja dibikin di atas untuk mengambil "semangat" filem ini yang juga berselang-seli tanpa erti dan rasa.

ps-2: Tak, aku tak menyesal tidak memilih Estet, kerana aku memang sudah berniat untuk keluar duit dan menontonnya di pawagam bila keluar nanti. Insya-Allah, lebih berkat.

58 comments:

Anonymous said...

Sedari awal sudah mengagak filem tuan doktor ini tidak segah mana. Hummm...tak excited pon nak tengok sebab cerita. orang mungkin rasa nak tengok sebab publisiti yang berlebihan... kalau Mush, Mush akan tonton sebab nak tengok "best sgt ke cerita tu???"

Hidupsantai said...

Harap ini dosa terakhir beliau dalam industri filem Malaysia. Dan diharap diambil ikhtibar. Oh ya, diharap juga ulasan2 dan review di media nanti telus mengenai filem ini.. ^^

zulazahari said...

Akhirnya.....ulasan yg aku tunggu2. Thanx bro!

AbduL QaDir said...

Oh la la...trailer nampak cantik, tapi mastika jugak kesudahannya yek! Btw, ko tak masukkan Okuburito(departures) pun dlm senarai rujukan filem tentang kematian itu!

fadz said...

Gaia, The Depatures tidak masuk kerana filem itu berkenaan seorang yang mengerjakan kerja "mengindahkan" jenazah lebih daripada hal "kematian" (decay, buried, death, forgotten, collapse).

saat omar said...

..ketawa dengan perkataan Laknat tu...

hahaha...

Anonymous said...

dari ulasan ini aku fikir tak perlu ubat untuk kuruskan badan. Opss kuruskan akal.

-Penchinta Ruang Gelap.

Bukan Sepet said...

Thanks bro. Dah agak dah. Aku awal awal lagi dah 'bersumpah' takkan pergi tengok citer ni sebab, promonya yg melampau, as if kita rakyat malaysia ni bangang sangat, senang kena provok.

Gua seru, sesapa yg ada rasa nak tengok "sebab nak tau best sgt ke citer ni" BATALKAN aja niat korang. Mmg tu pun yg geng geng tu nak!

Kalau nak juga tengok, tunggu ajalah kat main kat TV. Tu pun kalau TV ada selera nak tayang... haha!

“Rata-rata di antara mereka terkejut dan kagum akan kehebatan karya berkenaan yang mampu mengembalikan kilauan emas filem tanah air.

“Ini terbukti akan kualiti yang dihasilkan dR Movie Production kerana 2 Alam merupakan acuan bangsa Malaysia yang menjanjikan tiada pelakon tangkap muat, tiada aksi serta dialog yang tidak sampai,” ujarnya.

uwekkk!

TheBentPencil said...

Kalau beliau betul2 jutawan yang nak membangunkan film industry negara, apa kata beliau biayai pengarah yang ACTUALLY talented. hire penulis skrip yang ACTUALLY kreatif. dan mekap artis yang ACTUALLY logikal!

Anonymous said...

try manage bikin 1 filem...nak tgok...:)

Anonymous said...

try manage bikin 1 filem...nak tgok...:)

faiz said...

terima kasih wahai shabat atas ulasan yg jujur..


aku dah agak dah filem ni sampah

Taf Teh said...

Fadz kecewa....?

vovin said...

yes, komen tipikal orang Melayu muncul juga.

Anonymous kemudian suruh org yang kritik tu buat benda yang dikritik.

"Hang try main bola tengok! susah ke senang..." bila org nak kritik team bola.

"Kau try niaga tengok," bila org nak kritik bisnes.

Old classic "kalau kau pandai kau arah la filem..."

sigh, mentaliti dunia kelas ketiga yang orang Melayu tak boleh nak tinggal. Orang Melayu kan pantang dikritik.

fadz said...

taf, kecewa lah, saya berharapan tinggi tau..

vovin, yeap..

faiz, trimas!

Poyo, fasla tu saya respek Raja Azmi, seburuk2 mulut dia, dia cari org yg boleh beri sesuatu..

Bukan Sepet, hehe, tepuk dada tanya jiwa.. :)

fadz said...

Ruang Gelap, kurus akal? hahaha, terus eh ulasan saya.. haha

Saat, hahaha, masa tu tgh berstim panas mencari perkataan yg betul..

zul, trimas kerana membaca!

santai dan cendawan, yep!!

ted said...

yeah, aku pun nak tengok kat media arus perdana apa komen diorang.

tak curious langsung pun aku dgn apa yg ada dlm cerita ni, topiknya pada aku sama je mcm countless telemovie malam sabtu sebelum ni, alahai.

in fact actually aku rasa certain telemovies tempatan lebih menarik dari filem.

Anonymous said...

lpas ni giliran karipap2 cinta plak eh...:)

Anonymous said...

sudahlah, buat filem pun tak boleh..

Anonymous said...

hebat sgt ke awak ni? Apa yang Dr. Rozmey buat kat awak?

fadz said...

oh, its starting again... huagghhh (yawning)...

M.F Kencana said...

Ulasan yg menarik.... (^^)

Amy Ikram said...

40 juta atau 40 ringgit?. hehehe. apa2 pun aku kecewa bangat ini filem. filem endhiran lagi best k..sape yg tonton 2 alam akan rasa menyesal k

durian said...

kenapa la korang ni..ini la filem
hebat alaf ni tau....!!!!
dr rozmey pye movie ni....!!!
di ulangi...dr rozmey tau..!!!
bukan prof A.Razak,bkn D.Y Haslam...

ini filem dr rozmey tau....!!!
fenomena ni tau...fenomena...!!!
cuba korang pikir,industri kita dah lama kehausan produk sekualiti begini...

inilah filem yg bakal menjadi titik tolak perubahan kelas industri filem kita untuk ke tahap yang lebih tinggi....

produk yang terbaik hanya muncul dari penerbit yg terbaik...

terbaik utk 2010...FFM dlm genggaman.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
....WTF..!!!uwek...........

Anonymous said...

utk memahami filem 2 Alam oleh Dr. Rozmey yg mencapai kutipan 40 juta ini awak perlu tonton filem Memento terlebih dulu..

baharom said...

at least 2 Alam ni lg best drpd The Joshua Tapes

Anonymous said...

melayu sesama melayu pun nk berdengki.. camne industri nk maju...haih

ted said...

yawn sekali dgn fadz *smirks*
yg ko approve komen camtu, apsal? baik takyah bubuh setting moderation enabled LOL

M-Yusof said...

Ulasan ko buat aku tak sbr nk tgk filem 40 juta ni!

Anonymous said...

tp sekurang-kurangnya dR. Rozmey x sedosa Akmal Abdullah

Anonymous said...

tp sekurang-kurangnya dR. Rozmey x sedosa Akmal Abdullah

fadz said...

Any, yeap!

fadz said...

Yusof, silakan!

ted, saya jenis org demokrasi (walaupun dalam jiwa sgt kepada raja) dna platform ni "bebas utk semua" kecuali ia melibatkan hal peribadi.

Anonymous said...

aisehh,..ada komen kat atas yg suruh sokong jugek filem 2 alam nih sbb pembikin'nya melayu dan utk industri filem negara kita yg tercinta ini....

weh,...filem MLM macam nih,...tak payah sokong la,....buang masa, tenaga dan duit jer!!!! baik tengok 'geng bas sekolah' kat astro ceria,...haha


MLM = melayu lingkupkan melayu

Anonymous said...

aisehh,..ada komen kat atas yg suruh sokong jugek filem 2 alam nih sbb pembikin'nya melayu dan utk industri filem negara kita yg tercinta ini....

weh,...filem MLM macam nih,...tak payah sokong la,....buang masa, tenaga dan duit jer!!!! baik tengok 'geng bas sekolah' kat astro ceria,...haha


MLM = melayu lingkupkan melayu

Anonymous said...

duit aku suke hati aku la nk sokong ke tak! ko sape buat filem pun x reti???

Anonymous said...

tapi yg lingkupkan melayu bukan dr rozmey...


dr rozmey buat filem dia pakai duit dia,...yg lingkupkan melayu kroni-2 ffm!!!

ingat tu wahai melayu bodoh..jgn alpa,....haha

ZARA said...

Ada komen-komen Anonymous yang ketara sangat dangkalnya...

Simpati dari saya utk Anonymous yang saya pasti sangat bahawa dia seorang Melayu yang tak boleh dikritik dan dijentik.Untuk jalan selamat,dia kembali mengatakan Melayu bodoh.

Anonymous said...

tahniah anonymous!!

lu bikin gua inzal dengan komen lu.

kah kah kah!

anonimus sastra

sinaganaga said...

Gua setuju dengan pendapat Vovin!

fadz said...

naga, yeaaaaaaaaappp!!1

zara, thx!

ada org kata, rebiu aku telah membuatkan mereka lagi nak tonton filem ni, ohh, tidak!!

M-Yusof said...

well fadz,aku la yg nak tgk tuh :) kmudian nak review plak dlm blog..hahaha..

Paan Ovrtd said...

Hoi anon. Macam ni ha nak komen, baru orang panggil kamu berscrotum bergonad dan berovari - LETAK LINK PROFILE KAMU, BAHALOL.

Kena tengok Memento baru dapat tangkap 2 Alam? Ini...ini...mindfucked kah ini?

DaNiey said...

senang cakap camnilah..
tak mustahil 40 juta orang akan p tengok filem ni.sebab nak tau cerita.
tapi..
tak mustahil jugak 40 juta yang p tengok ni keluar panggung dengan muka yang menyesal dan berkata "10 hinggit ni wat makan nasi kandaq lagi baguih!"

fadz said...

aku dah agak dah!!!!!!

musti Dr. Rozmey ada sebuah produk baru yg KILLER keluar sama2 dengan tayangan filem ni, macam penjualan strategi MLM ah camtu..

kan kan?

aku tak peduli dgn filem ni tapi nak juga jenguk2 produk apa yg Dr. Rozmey nak jual 18 nov ni..

YUSRI said...

maksudnya orang yang beli produk baru tu dapat tgok filem ni free..walaupn sebenarnya x free..harga barang tu dah caj dengan harga tiket..

Penapenis said...

mungkin idea ini lebih segar, bernas dan berzat untuk diangkat menjadi cerita; cerita tentang seorang usahawan yang dilaknat industri filem dek kedangkalannya yang gemar ber-retorik. lalalala

daddyZilhan said...

bila promosi filem 2 alam ni terlalu gah sgt mmg dh timbul dlm hati.. cerita ni kompom mmg x best! naluri hati ni mmg tepat...

Anonymous said...

yg atas tu cam DDR je yg komen...HAHA

Anonymous said...

bunyi macam berbaur kedengkian aja ni. apa salahnya filem dua alam ni aku pun tak tau..

kepada yang menulis blog ni dgn komen yg sangat keras lagi tajam. bikin lah satu skrip anda sendiri yang anda anggap bagus tu utk dijadikan filem.

kita tengok pula sampai mana skrip anda boleh pergi. saya pasti akan menontonnya walaupun tak sehebat manapun di pawagam nanti.

Boleh? anggaplah ini cabaran dari saya, wahai bloger budiman ~ Haf Dzi Sofi

Anonymous said...

bunyi macam berbaur kedengkian aja ni. apa salahnya filem dua alam ni aku pun tak tau..

kepada yang menulis blog ni dgn komen yg sangat keras lagi tajam. bikin lah satu skrip anda sendiri yang anda anggap bagus tu utk dijadikan filem.

kita tengok pula sampai mana skrip anda boleh pergi. saya pasti akan menontonnya walaupun tak sehebat manapun di pawagam nanti.

Boleh? anggaplah ini cabaran dari saya, wahai bloger budiman ~ Haf Dzi Sofi [dewamegi@hotmail.com] 017 2480025

fadz said...

dengki??????

mmuhahahahahahahahahahahahaha!

TMBF said...

Dude, Mohd Nazim Mohd Shah did not play Juan - Royadi Madada did. Mohd Nazim tu mamat ni. :)

Eddy said...

First, thank for review.. nice one.

Second, pls anonymous, jgn tulis something yang mencacatkan otak korang yang sedang membesar!!

Nie review filem, dan pengreview berhak mengatakan aper yang patut pada filem ini. Sudah2 la dengan alasan ko hebat ko buat la sendiri, dengki la. melayu dengki sesame sendiri la, dan aper lagi yang menunjuk kan kecacatan otak korang itu.

Semua filem ader pengkritik, dan pengkritik ini penting dalam memberi pandangn ketiga, diharap dapat memperbahurui segala kelemahan filem/ hasil seni mereka.

KO taw naper aku mlaas nak tengok filem melayu, sebab kena komen sikit mengelupar satu badan macam kena sawan. Itu yang aku fikir, try to be mature, dan think ahead.

And for blog owner sorry for my rant. never happen again, hate to see those weird-alien-without name commenting here. Nice review, will put in Digg

Eddy said...

sorry dont have blogger id, only have gravatar id : protonian87@yahoo.com

fadz said...

TMBF, urk, thx! royady madada? shoot!

Eddy, thx tapi wa takde hal ngan rant, sesapa pun boleh (dan dari situ juga boleh menilai realiti penontonnya kan?)

Anonymous said...

Hmm tak silap jika ada satu filem yg lebih berjaya gabungkan genre tragedi dan seram
(dan seiras 2 alam, tentang seorg gadis yg akan hadapi akibat kerana terambil salah
haluan dlm hidup)satu contoh yg saya terfikir adalah Twin Peaks: Fire Walk With Me

Anonymous said...

Hmm kalau ada satu filem seiras 2 alam (dari segi tema dan percubaan gabungan genre tragis dan seram)
tetapi lebih efektif, saya boleh terfikirkan filem arahan David Lynch iaitu "Twin Peaks: Fire Walk With Me"