"And you wanna know what's wrong with me? Yeah, I'd rather die... so bring it on!"
-Dave Lizewski/Kick-Ass
Fuh! Tak pernah aku tonton sebuah filem sewaktu di pawagam, aku ketawa, tepuk tangan bersemangat bersama-sama penonton dan berseronok dengan adegan-adegan ganas seorang budak perempuan (rujuk Kill Bill Vol.1) kecil membunuh. OK, orang akan kata aku gila, tapi, begitulah eskapismenya bila menonton filem ini.
Daripada amatan aku pada penulisan pengkritik filem Barat, kebanyakan mereka tidak suka dengan Kick-Ass, lebih-lebih lagi dalam hal logik (segalanya tertumpu kepada Hit Girl) serta isu moral yang diketengahkan. Aku kata, screw it, kerana itulah hal yang jelas yang hendak dinyatakan dalam keseluruhan filem. Kita boleh rujuk babak-babaknya secara terperinci:
- Kita diperlihatkan manusia New York yang tidak prihatin, memandang ke lain (macam orang KL juga) apabila seseorang diragut/dipukul pada babak-babak awal.
- Kita diperlihatkan bagaimana (di sini, sisi gelap filem bermula) pemilihan protagonis, Dave berdepan dengan penjahat walaupun tahu betapa ganasnya atau akibatnya. Kita dibayangkan Dave seorang hero apabila mendepani penjahat, lalu Dave "berjaya" memukul mereka, sehingga si penjahat keluarkan pisau, menikam Dave. Apa yang menggelikan hati, menjadi aksi seram tiba-tiba.
Ada beberapa poin atau isu moral yang dipertengahkan, mungkin "simplisistik" buat penonton berfikir, tetapi tetap menarik untuk diperkatakan. Tetapi, jika kita rujuk, kerana kepincangan masyarakat yang tidak "peduli" dengan orang lain, manusia-manusia seperti Dave, seperti Hit Girl "perlu" tampil. Hal Dave juga menarik untuk dilihat jika kemunculannya benar-benar "hitam putih" atas "melawan jenayah" atau inginkan publisiti (dalam dunia serba laju ini). Di sini, Hit Girl (lakonan sensasi Chloe Moretz), menariknya seorang anak bawah umur yang jauh lebih "determind" daripada Dave. Hal ini yang menggusarkan pengkritik (kritikan pengarahnya jelas, jika orang dewasa tak ada telur nak betulkan masyarakat yang korup, mungkin anak bawah umur perlu buat sesuatu). Pelik, sebab dengan jelas, Matthew Vaughn, pengarahnya, Jane Goldman (serta pengarah) sebagai penulis skrip dan pencipta komik ini, Mark Millar sudah menyatakan "tujuan" komik ini: keganasan dan kejahatan di luar sana BENAR dan kadang-kadang mendepaninya mengambil usaha yang tidak kecil.
Kita juga diberi beberapa babak yang menyatakan hal gelap dalam filem ini secara jelas (maknanya, awal-awal lagi kita sudah diberi amaran), pertama, Marcus, kawan Damon (lakonan Nicholas Cage yang amat spot-on) yang menyoal Damon kenapa melibatkan anaknya dalam pembalasan dendam psiko itu, dan Damon menyatakan, dalam sistem kejahatan, jangan bunuh simptomnya, tetapi penyebabnya (hal ini isu yang sama dengan Batman) dengan dialog, "Jangan salahkan aku, salahkan D'Amico!"
Kemudian, pada awal-awal lagi kita diberi satu babak yang kelakar tetapi sebenarnya amat gelap. Seorang lelaki memakai kostum adiwira, dengan berani, terjun dari bangunan lalu junam mati di tanah. Ya, ia amat lucu, tapi ia mempunyai konteks keganasan yang "real": keganasan dan jenayah itu benar-benar wujud. Apa yang membuat pengkritik barat tidak cukup kerusi ialah, pengarah memberi kita, betul-betul pemahaman bahawa tidak semestinya imaginasi itu boleh direalisasikan, tidak semestinya jenayah (yang sudah menjadi hal natural masyarakat) boleh dibendung. Dan filem ini memaparkan bagaimana "real" jika tanggapan ini ditunggang terbalikkan.
Secara serius, aku suka filem ni. Filem ini satu filem mainan pascamoden, jika hebatnya Zombieland dan Shawn of the Dead lakukan terhadap filem zombi, menunggang terbalikkan genre itu, bermain dengan klisenya dan memberi pelbagai rujukan dan memperlekeh atau menghormati rujukan, itu filem ini melakukannya terhadap filem komik.
Aku menyukai benda-benda kecil yang dibawa oleh Vaughn, seperti membuat Chloe Moretz mempunyai rias muka seperti Drew Barrymore. Drew dahulu pelakon kanak-kanak yang terlalu cepat membesar, sama seperti watak Hit Girl, dipaksakan demi tugas, menyebabkan dia menagih dadah. Ironi di sini, Chloe "menentang" dadah bersama bapanya (yang menyebabkan ibunya mati). Ada rujukan filem Batman dan Spiderman, serta "mengutuk" Superman yang menyeronokkan. Ya, filem ini, separuhnya secara peribadi mengisi keinginan seorang "geek" seperti aku (ya, beberapa babak secara peribadi amat mengisi fantasi mimpi basah aku!), tetapi ia berjaya juga pergi lebih dari itu buat hiburan dan kepuasan penonton.
Aku rasa paparan ganas dalam filem ini tidak akan dibuat isu oleh penonton Asia, berikutan sejarah tontonan kita yang penuh ganas (kecik-kecik dah tengok Rambo, Terminator dan Brando). Malah, kita mungkin bengang dengan cara LPF potong babak kata lucah filem ini (yang keluar dari mulur Chloe). Tetapi aku percaya, filem ini, seperti aku menonton filem ini, akan disorak dan dihaburkan dengan kepujian kerana walaupun ia mengambil isu keganasan dan jenayah dengan serius, ia tetap memaparkan (dengan bodoh) tentang seseorang yang ingin merealisasikan fantasi walaupun ia tahu ia tak mampu melawannya. Hal itu sahaja sudah memenangkan filem ini. Ini adalah antara filem hiburan terbaik tahun ini!
The Evil Dead Masih Berkuasa!
"It's the woods themselves!"
-Shelly
Semalam, aku bukan sahaja tonton filem di atas, tetapi membeli dua DVD (aku hanya beli DVD tulen jika ia betul-betul untuk penyimpanan) lalu aku beli Bodyguard and the Assassin serta filem ini di Speedy Video Pavilion.
Aku terkejut bukan kepalang, walaupun DAH TAHU plot filem ini secara keseluruhan, aku masih tetap tutup muka, MENJERIT dan rasa GERUN! OK! INI membuat filem The Evil Dead MASIH filem seram terbaik abad ini, masih merupakan antara filem seram terbaik, masih sebuah "masterpiece" walaupun entah berapa filem seram yang menggerunkan sudah wujud.
Memang filem ini tidak mementingkan cerita, filem ini juga tampak sudah ketinggalan efek khasnya. Tetapi beberapa kekuatan yang masih merangkum kuat, menjadi rujukan pembikin filem seram sehingga sekarang. Pertamanya, suntingan, kedua, sinematografi dengan tangkapan sudut bawah, aras tanah, kemdian fokus wajah yang amat-amat menyesakkan (ini dibuat dengan bajet yang amat rendah), suara yang mengujakan (yang banyak dicuri oleh pembikin filem sekarang dengan tanpa kreativiti seperti hebatnya Raimi lakukan), dan akhirnya, runut bunyi yang menyeramkan oleh Joseph DoLuca. Kita diberi kuasa "violin" (violin, sepertimana kuasa Psycho memaparkan filem seram amat memerlukan violin!), mengembalikan seakan satu semangat gothik dunia Roger Corman dengan filem-filem lama Edgar Allan Poe. Kuasa alunannya menyengat dan memberi kita "sense of doom". Lihat sahaja kegeniusan "cue" yang dimainkan pada akhir babak sewaktu Bruce Campbell keluar dari kabin melihat matahari dinihari, kresendo lagunya meninggi kemudian "menjunam" pelik, kita tahu ada sesuatu yang belum selesai lagi. Sememangnya, menuruti filem ini adalah untuk pengalaman dan gaya seramnya, bukan untuk mengenal pelakonnya atau ceritanya. Dan filem ini merupakan satu simfoni seram yang grandeur!
Memang, jika kita lihat, dialog dalam filem ini sudah menjadi hal yang melawakkan, serta beberapa babak. Ini kita tahu, bukan sahaja "to poke fun on its genre" yang senyatanya Raimi (rujuk babak filem projektor yang bergerak sendiri, hal gerun berubah slapstik ini kemudiannya diteruskan dan diperkembangkan dalam sekuel kedua dan ketiganya) tetapi menyatakan "ini filem eskapis" yang dibuat untuk berhibur. Raimi berhibur dengan seram. Jelas, hal yang dipaparkan janganlah diambil serius. Ini tujuannya. Pun begitu, Raimi berjaya juga menaikkan tempo "poignant" dengan paparan Campbell tidak selesa untuk memotong aweknya (memotong atau membuang sesuatu yang kau cintai). Pemasalahan "jiwa" ini diperkembangkan dengan sempurna lagi dalam The Evil Dead II.
Memang, kita juga akan terjumpa bahawa Bruce Campbell menjadi "anti hero" seram paling terkenal antara semua filem seram (buat aku hanya Sigourney Weaver dan Linda Blair boleh menandingi Campbell), lalu legenda Evil Dead berterusan. Tetapi jauh dari semua itu ialah keberkesanan Sam Raimi memahami "dunia seram".. Di dalam The Evil Dead, segalanya berkemungkinan (ini yang paling penting) daripada segala slapstik dan surreal yang akan datang kemudian (dna diteruskan dalam sekuel-sekuelnya). Inilah kekuatan paling tinggi Raimi yang mana tidak ramai pengarah filem seram belajar.
Lihat sahaja satu babak panjang "rogol di hutan oleh hutan" dengan watak Shelly. Kita tahu sekarang bahawa "rumah kabin" dalam hutan "kononnya" selamat (mengikut teori Maslow). maka semua ruang dinding tertutup itu "selamat". Kemudian Raimi memberi sesuatu: tingak terbuka di luar HITAM, angin berderu dan Shelly di dalam kabin sedang melukis jam dinding. Jam tiba-tiba berhenti, seakan unsur "luar" itu berkomplot dengan jam. Lalu, secara prasedar, Shelly "melukis" Book of the Dead.
Kini kita tahu, antara kesemua watak itu, Shelly paling lemah. Dan di babak ini sudah dikemukakan, BILA watak seorang, ia akan senang diganggu.
Shelly melakukan yang paling berani dan BODOH apabila dia keluar dari kabin (kerana terdengar suara!) Kini, segala yang tidak nampak serba berkemungkinan. Dan sememangnya pun. Lihat cara Raimi gerakkan aksi dalam babak ini, secara bertahap dan tersusun kelihatannya, tetapi bukan untuk penonton yang menontonnya (Raimi mendahului penonton). Mula-mula kita diberi penjelasan bahawa ada "seseorang melihat" Shelly. Kemudian semacam mengejar Shelly. Kemudian, tidak terduga, ranting dan jalar hutan melilit Shelly. Kita kemdian dipaparkan Shelly "dirogol". Shelly kemudian lepas, tetapi ada "sesuatu" yang mengejar. Shelly berlari dan terjelupuk. Tiba-tiba, sebuah pokok tumbang. Lalu Shelly lari dan lari.
Dengan adegan di atas, kita sudah tahu "ke arah mana" filem ini akan membawa kita. Ianya, "seram dan hantu" ini bukan seperti hantu biasa, yang menakutkan bila ia perlu (convinient) sepertimana kebanyakan filem seram, dengan "cheap thrills". Di sini, filem ini membuka "pelbagai kemungkinan". Saat itu, kita tidak tahu apa yang akan berlaku, siapa yang akan terbunuh, siapa yang akan dicekup oleh hantu (ia sudah memaparkan dengan jelas, hantu ini tidak berwajah, dan akan berwajah bila ia merasuk dalam manusia). Kita hanya mahukan watak-watak itu "hidup" sehingga pagi.
Jadi sebab itulah, babak sewaktu di kabin. Kita menjadi menggerutu apabila ada watak yang dekat dengan tingkap yang mana di luarnya hanya HITAM. Kita jadi gelabah bila lihat watak yang masuk ke bilik melihat tingkap yang terbuka. Kita merasakan, tiba-tiba sahaja, hantu tanpa bentuk ini (yang kita dapat lihat semacam kabus dalam satu babak sewaktu Campbell tinggal seorang) boleh menusuk mana-mana tingkap atau atap jika ia mahu, ia hanya menunggu masa sahaja. Hal ini kerana Raimi dengan genius sudah memakarkan segala kemungkinan ini dengan teratur, maka elemen-elemen seterusnya akan kita ikuti dan kita lihat memerangkap watak dalam kabin, sedikit demi sedikit "menutup ruang selesa" watak sehingga TIDAK ADA YANG TERTINGGAL. Ini dilakukan oleh Raimi dalam babak di mana, bukan sahaja Campbell sudah diganggu atas, bawah dan luar, kini "fikirannya" secara ekspresionis (merujuk banyak filem seram Itali dalam hal ini, juga mencapai kekuasaan Lewton dan fantasi Jean Cocteau). Elemen-elemen di kelilingnya semacam HIDUP, mengejeknya. Segala mengacau mindanya. Di sini baharu kita sedar, kenapa hingga saat itu, Campbell masih tidak berubah jadi hantu dan kenapa Campbell "still survives", walaupun dia jauh lebih berani dan heroik daripada kawannya (yang sengaja berwajah dan fesyen rambut Han Solo).
Filem ini masih mempunyai relevannya dalam omnimbus filem seram dunia. Aku silap bahawa aku menafikan filem ini bila menonton entah berapa banyak filem, hanya kerana filem ini menjadi terlalu popular suatu masa dahulu. Bila aku menontonnya sekali lagi, aku sedar, filem ini masih berkuasa menyeramkan, dan itu amat-amat jarang jika dibandingkan dengan filem seram sekarang.
9 comments:
reaksi saya juge serupa dengan sedare bile tengok KICK ASS di wayang tempoh hari! gelak tak ingat dunia tapi gerun melampau dengan awal babak pertama. terkejut okie.
penat saya promote filem ni dengan rakan rakan, tapi depa tak paham jalan cerita ni..depa tak tau mana scne nak gelak, mana scene nak rasa gerun...
thumbs up pada this fun-violent-gruesome-serious movie ini!
evil dead tetap nombor satu!
waktu zaman VHS dulu. aku masih ingat... aku terjumpa tape tanpa tajuk, tanpa casing di ruang tamu.. kerana ingin tahu, aku mainkan di VHS player. ( ya! sama macam filem the ring!! tengah kemaskan pita2 itu... sendirian di rumah... tiba2 terjuma pita tanpa casing, tanpa tajuk. entah siapa punya. wujud tiba2 hahahahha )pada waktu itu aku hairan. cara dan vibe filem itu sangat pelik tapi menguja sampaikan aku berdiri semasa menonton. aku ketakutan sampaikan tak sedar air mata menitis sebab dah tak tahan. tapi aku paksakan diri menonton sampai habis. hahahahahhaha sampai sekarang aku tak berani menonton evil dead malam2.
aku suka kesemua filem itu. walaupun ada yang kata part-3 nya adalah komedi seram merepek. bagi aku tidak sama skali. sudut seram yang di mainkan oleh raimi untuk filem ketiga sangat berbeza. macam... macam... kau ketawa... tapi bila kau ulang dan fahami sebesar mana kuasa jahat si hantu itu. kau akan tau. kau tak akan ada peluang untuk selamat.
tutup mulut.. yeahh, sama, hehe, mmg deme pun pening sebab unsur filem ni "baru" utk mereka.. tapi mereka yg kenal komik, yg kenal filem barat, yg ada semangat remaja, tentu boleh "relate", hehe..
sulfuric, yeah, mmg, poin ko tu kena sebijik sebijik!
Bro!!! hang dah tgk citer the road belum?? yang dia dgn anak dia try to survive daripada Bad Guys yang makan orang sebab tak de makanan dah?? gila sick laa citer tu...aku nak muntah and you know what, seriously ia menganggu kehidupan aku...dah brp hari aku tak leh lupakan citer tu...macam case batman black knight pulak...macam joker...gila laa..
"Aku silap bahawa aku menafikan filem ini bila menonton entah berapa banyak filem, hanya kerana filem ini menjadi terlalu popular suatu masa dahulu."
If you said the movie is overrated, I respectfully disagree. Actually it's underrated kalau nak kira betapa ia diovershadow oleh Evil Dead II. When people talk about Evil Dead in general, they just remember the campy silliness of its sequels; lupa terus dengan originalnya yang crude, meaner dan exploitive.
Kalau kau berpeluang, check out Hausu (1977). Rumour has it that Raimi tertonton filem ni dan decide nak buat Evil Dead II dengan elemen-elemen filem ni. Yeah, it is as crazy as hell.
ayman, belum lagi.. mmg nak tgk..
nazim, ko silap konteks sebab kau berdasarkan penonton dunia dan khususnya barat. Hal ni aku kata "terlalu" sebab kesemua peminat seram tempatan yg aku tanya, mereka akan kata "Evil Dead is the best horror ever" yg mana susah utk aku jumpa 1 atau 2 yg kata, contohnya Session9, atau Ringu atau Dawn of Dead (ini fav peribadi spiral).. waktu tu, aku cuba tak dekati Evil Dead sebab semua org ngaku filem tu filem seram terbaik (buat org di Malaysia)..
thx on the Hausu info... ni mesti torrent ni... cis.. kempunan aku..
"Hal ni aku kata "terlalu" sebab kesemua peminat seram tempatan yg aku tanya..."
Tapi kau kata "suatu masa dulu" dalam entri kau, plus kalau filem setakat popular dalam komuniti peminat filem seram je (ie, geng-geng kita), bapak overreactnya kau!
PS: DVD tulen tu cikai gila, kan? Aku beli dekat Speedy jugak; fuck, menu pun tak ada, subtitles apatah lagi.
"Suatu masa dulu" merujuk kepada 90-an dan awal 2000, zaman Spiral ada (waktu tu, ramai peminat filem seram lepak blog aku, dna kita banyak bertanya fasal filem seram.
Ya, hanya "peminat filem seram" sahaja yg aku tanya waktu tu.
lantaklah kalau aku over react (masih tak faham kenapa).
DVD tulen aku takde subtitle, tapi tak potong, jadi itu yg penting..
yes ini adakah filem seram terbaik yang pernah aku tonton!..mood nya benar-benar menjadi..keseramanya tiada belas kasihan..dan tiada waktu rehat..stress!
film ini ditonton sewaktu aku masih kanak2..sampai skarang pun ditonton masih terasa tapi x seseram ditonton masa kecik2 dulu..tiada film seram seumpama ini sekarang..tiada
Post a Comment