Tonton filem ni dengan Kekure.
Ada dua buah filem raya yang ditayangkan. Satunya Jin Notti (yang awal-awal lagi aku takkan tonton oleh sebab aku sudah faham dengan mentalisme KRU) yang diarahkan oleh pengarah baharu. Kedua ialah Momok The Movie arahan pengarah veteran M. Jamil, anak kepada Seniwati Sarimah. Antara terbitan KRU dan filem terbitan keluarga Sarimah itu, sudah tentu filem Sarimah itu "paling kurang publisiti" yang mana aku mengambil inisiatif kerana (1) M. Jamil sudah lama berkecimpung dalam bidang pengarahan (sekurang-kurangnya beliau pernah mencuba beberapa filem biasa), (2) M. Jamil merupakan anak seorang bintang yang aku puja (malah antara pelakon yang benar-benar patut digelar bintang), (3) dah tentu aku pilih filem seram berbanding komedi dengan CGI buruk, (4) filem umumkan ada sari kata Inggeris dan DTS surround, (5) ada Sarimah dalam filem ini serta tak ada kawan aku yang ajak ke rumah /wayang terbuka mereka lagi. Antara (1) - (5), hanya no. (5) sahaja yang menjadi poin terkukuh selepas menonton filem ini. Ya, M. Jamil sebagai seorang pengarah sudah memberikan sesuatu yang boleh diabaikan di pawagam.
Sebenarnya, idea filem ini menarik, ingin memberi penonton (jenis sebuah keluarga) satu "cerita-cerita fundamental" tentang cerita-cerita rakyat hantu/tahyul yang biasa (dan selalu diulang-ulang dalam pelbagai versi) kita dengar daripada nenek atau atuk kita sewaktu di kampung: hantu tumpang kereta orang, kucing hitam langkah mayat (cerita yang orang gaji Indonesia aku cerita sebenarnya lagi menakutkan), dirasuk (hantu Mat Rempit?!), hantu pochong, kampung bunian, dll. Pengolahannya yang Ya Rabbi, aku menyumpah-nyumpah setiap kali M. Jamil melakukan kesalahan kepada penonton: ya, jaga-jaga, penonton sekarang sudah lebih sofistikated daripada dulu.
Ini adalah dosa M. Jamil kepada kita:
- Memberi kita satu syot pembukaan kredit yang maha panjang, dengan pembukaan "establish shot" nenek cerita pada kumpulan anak-anak yang tidak perlu lalu selepas itu merakam setiap kubur, gunung dan gua yang kononnya berpuaka tapi langsung tidak memberi impak seram apa-apa lantas dengan runut bunyi oleh Tok Wannya yang sangatlah olskool organnya membuat aku menyumpah-nyumpah sambil makan bertih jagung.
- Memberi kita efek khas yang lapuk nak mampus dengan efek tiba-tiba Faizal AF yang melihat orang mengusung mayat (yang sekarang ini orang dah tak takut dah malah hebat bersihir adalah lagi, tak takut nerakalah katakan) lalu penumpang dan drebar dalam teksi tiba-tiba tukar wajah dengan solekan yang entah apa-apa dengan tepung gomak.
- Jelas filem ini langsung bukan dibikin buat sinema tetapi VCD.
- Mengambil anak-anak kau sendiri berlakon tidak menjanjikan ia akan lakonan yang memberangsangkan.
- Jangan slapstikkan hantu pada masa yang salah (sewaktu kita mengantisipasi satu kejutan atau ketidaktentuan): M. Jamil seakan tak tahu bagaimana nak akhirkan cerita, jelas dalam segmen Pochong itu: sila ulangkaji skrip banyak-banyak sebelum gatal bikin filem.
- Aku dah cukup muak dengan moralis "mat rempit itu perosak negara" dan seangkatannya. Orang semua sudah sedia faham dan hal ini tidak akan dapat diubah dengan sebuah filem. Percayalah, malah mat rempit yang menonton filem ini akan tersinggung (kononnya filem ini memberi konotasi bahawa mat rempit merempit sebab 'masuk hantu'),
Ianya memang amat menyedihkan kerana dalam filem ini juga, kita dapat keselambaan dan kehebatan M. Jamil sebagai drebar lori yang bermulut becok, lakonan M. Jamil amat terjaga dan sekali gus menghiburkan, melawan tipikal drebar yang akan dimangsakan oleh hantu. Aziz Sattar juga memberikan satu nuansa kasihan yang menarik di akhir cerita yang menampilkan pelakon veteran ini punya kuasa untuk berlakon dalam pelbagai lapisan dan dimensi.
Malah ada satu babak yang sangat efektif dalam memberi keseramannya, sewaktu klimaks filem, Faizal menjenguk ke dalam rumah Pak Azis dan melihat sekelibat figura yang nampak seperti bentuk arwah isteri Pak Azis. Tetapi inilah ketidakmampuan M. Jamil apabila sudah memberikan kita satu "imej mengganggu", M. Jamil terus memaparkan "hantu" itu dalam figura "manusia"nya terpampang di luar tingkap, menghilangkan rasa gerun yang kita dapat pada awalnya.
Inilah yang menyebabkan filem ini rundum serundum rundumnya. Aku terpaksa mengaku, selepas ini, aku terpaksa memilih filem Melayu (yang sebelum ini aku menonton atas dasar ingin menolong filem Melayu mendapat untung) aku dan aku tidak mahu lagi memilih menonton filem Melayu yang aku masih was-was mutu dan pengolahannya. Aku sudah naik muak untuk menonton sebuah filem dan rasa tertipu atas kerana filem itu tidak menampilkan apa yang ia patut mengikut genrenya. Selepas ini aku akan bersikap kapitalis dan memilih apa yang aku mahu tonton sahaja dan mengabaikan filem-filem separa siap tangkap muat seperti yang ini. Ini buat mengajar pembikin filem kita agar berbuat sesuatu yang terbaik. Jika anda memang bodoh dari segi cerita (ya, pembikin filem kita memang bodoh sampai sekarang, sila lihat berapa kerat filem yang diadaptasi daripada novel (baca): pembikin filem kita komuniti pemalas dan tidak membaca), carilah sebuah buku yang bagus dan adaptasikannya, ataupun kalau memang tiada kekuatan menjalin cerita seperti arwah Yasmin, berilah suatu teknik yang sekurang-kurangnya gah dan bukan lapuk.
Mungkin kali ini, aku berkiblat sahaja kepada pembikin filem muda kita kerana sekurang-kurangnya mereka (seperti Jomlah C.I.U.M) punya sesuatu yang segar yang hendak diperkatakan.