19 September 2009

2 Hari Sebelum Raya

Tropical Malady(2004)

Pagi tadi aku bangun tonton Sud pralad, atau Tropical Malady(2004), filem seni yang amat disukai Vovin. Hebat jugalah Vovin sebab aku dah tiga empat kali tonton filem ni tapi setiap kali aku tonton aku mesti tertidur. Dan Vovin boleh benci Mullholland Drive yang lagi senang daripada filem ni? Apa-apapun, mungkin sebab berpuasa, aku berjaya jugaklah mencapai klimaks filem itu (kalau diteliti, ada satu babak akhir yang tidak dimasukkan oleh pengarahnya, ada berkenaan watak si Keng itu yang mengusap si harimau, jeng jeng jeng). OK, serius aku tak suka filem ni. Ya, filem ni "besar", filem ni punya satu lirikal warna dan suara yang bersungguh., malah banyak mainan tanda-tanda (kena pandai hubung-kaitkan dua "cerita" yang terpecah itu, alah macam menonton filpen SMS Ajami itu.

Kuasa "hutan" menenggelamkan watak askar tu, si Keng: ya babak segmen cerita ini memang berkuasa (Keng terpaksa "menjadi hutan" untuk mendekati tempat pemburuannya). Ya, filem ini ada kuasa itu. Filem ini terpecah kepada dua, di mana dua watak (kita panggil Keng dan Tong) ini bertemu dalam semangat yang lain. Yang pertama adalah semangat keinginan, nafsu dan kemungkinan cinta Keng terhadap Tong, ya, cinta bilazim. Yang kedua adalah semangat keinginan mencari/memburu/menjejak sesuatu lembaga/hantu yang "agung" (kaitkan hal ini dengan yang pertama tu, ya, Apichatpong berseloroh, cinta gay memang agung) dalam satu dunia yang amat luas tetapi menakutkan buat Keng/kita (cerita yang pertama, dunia kota/kampung itu sesuai dan "in peace" dengan Keng), ini menyebabkan, walaupun Keng mahu mencari "hantu agung" ini, dia sebenarnya takut/gerun: soalan cepu emas - adakah dia takut dengan cinta?

Tema yang dipusing dan dipusing dalam filem ini adalah semangat kebebasan (freedom), satu hal melawan kebiasaan tatacara ketimuran. Keng baring atas paha Tong dengan manja lalu seorang perempuan kuil datang dengan senyuman seakan-akan tidak ada apa-apa, atau bagaimana ibu Tong yang terjumpa nota Keng yang minat nak mati anak lelakinya boleh buat lawak lagi dengan anaknya. Ya, ini sebuah realiti palsu (filem ini diwujudkan daripada beberapa legenda dan mitos Thai). Sebenarnya Apichatpong memberi kita satu "realiti alternatif", seorang mak cik jual ganja dengan bebas di kedainya siap bangga yang itulah membiaya anaknya, orang bergim di sebuah kota kecil. Hal-hal ini perlu untuk mengaitkan "mistikal" hantu agung; harimau jadian yang dikejar oleh Keng dalam cerita kedua - semua ini datang dari mimpi, satu mimpi yang indah sekali gus menakutkan (rujuk babak kunang-kunang bergerak ke pokok yang menyinar cantik waktu malam).

Untuk apa semua ni? Ha, fasal tu lah aku tak berapa suka filem ni sebab memang jelas-jelas, Apichatpong mendabik dadanya, "Pandai tak aku?" Aku tak berapa suka pengarah yang bongkak (pretentious) macam ni. Ya, filem ini punya kuasa mengalun emosi dan unsur sinematik, malah Ketua Juri Cannes, Quentin Tarantino sendiri mengaku, bahawa filem ini "terbahagi dua" atas yang menyukainya dan membencinya (para juri) tetapi atas sebab semangat pembikinnya (passion), filem ini diberi Anugerah Khas Juri atas percubaannya.

Ini semua berbalik dengan cara Apichatpong menghasilkan karyanya. Lihat babak sewaktu Keng melihat foto Tong (waktu itu kita sudah sedar, perhubungan mereka semacam satu spiral yang tidak berakhir, "going on circles", Keng perlu mencari dan mencari untuk memuaskannya - ini menjawab persoalan Keng pada segmen kedua cerita yang membuatnya berusaha untuk menangkap harimau jadian itu walaupun dia tahu dia akan mati) di akhir segmen cerita pertama. Tiba-tiba semacam pita filemnya disentak lalu "ditukar", hitam tiba-tiba memakan cahaya di skrin lalu layar jadi hitam. Lalu segmen cerita kedua bermula. Ramai pengkritik, termasuk Paolo Bertolin menyukai babak ini yang beliau nampak sebagai "genius". Bagi aku, Apichatpong ingin menjadi Tuhan terhadap ciptaannya dengan "terlalu". Menyentak filem itu semacam menyentak jiwa aku, memaksa aku untuk mengikut apa yang dia mahu bawa. Bagi orang, ini hal genius, bagi aku, ini memang sombong. Tetapi itulah, itu perasaan aku bila menontonnya dan aku tahu, itupun sebenarnya yang pengarahnya mahu kita "maklum" (kepelbagaian respons itu satu rahmat buatnya). Lepas ni, aku bolehlah bagi DVD ni kat Maskara Shorties kat sesapa yang nak dengan percuma.



Gamer(2009)
Sebenarnya rebiu filem ni patutnya macam ni: "Somebody wants to use u, somebody wants to use by u" - bish, tebush, tu tut tuttutu, boom, klaboom, tebobo, bfhhh, gggtdc, drtzz, boom, tut tut tut, hh h, tebush..

Aku sebenarnya nak tengok Oruvan, filem lakonan terbaru Kamal Hassan, dan lepas tu tulis kat entri ni: "Selamat Ari Raya Kepada Semua Muslim India Sahaja", tetapi penjual tiket bagitau filem Kamal Hassan kali ni tak ada subtitle. It's a Kamal Hassan movie for God sake, awat deme pinggirkan kita orang bukan India, ni tak leh jadi ni!

Jadi aku pilih tonton filem ni (nak tgk District 9 tapi filem tu dah dok dalam dewan 7 TGV Klcc yang kecil itu). Eh, sapa kata filem ni tak best? Oklah, boleh layan. Siap ada mamat Dexter/Dune/6 Feet Under tu. Majalah Klue tembak kaw-kaw filem ni (alah, filem ni evolusi daripada Running Man 80-an tu), mengatakan ini salinan Death Race. Memanglah, babak dekat tengah dan nak akhir dah mula mengarut hindustan (macam dah takde bajet dan idea sikit), tapi idea utama tentang permainan Society dan Slayers, dan bagaimana manusia macam budak remaja Simon menentukan hidup/mati (dan menang/kalah) Gerard Butler., dan bagaimana di sebalik semua ini, ada kuasa Konglemerat yang menyelenggara dan mengawal semuanya. Ada semangat punk tu. Babak-babak masa dalam permainan Society sangat-sangat menarik, dengan warna gila-gila dan syot kamera tak ingat dunia. Dunia "hiper" realitinya terasa, malah aku rasakan pengarah berjaya menampilkan keinginan "hiper realiti" ini (dan oleh sebab itu, kalau wayang itu sendiri jadi HIPER REALITI, filem ini akan jadi lebih menarik), kira macam babak hiper realiti yang baiklah setakat ni. Babak-babak itu aja adalah feast for the eyes yang worth it.

Oh ya, ada Menara KLCC dalam beberapa tempat dalam filem ni (kononnya mainan ala avatar ni global katanya, kalah AF), rasa bangga lak tetiba, haha.

rujuk: http://www.imdb.com/title/tt1034032/

OK, ini yang aku tunggu-tunggu waktu Halloween (sangat R-rated):




No comments: