Semalam, aku tonton filem ini selepas terawih, diminta oleh seorang kawan lama, Cairel untuk menontonnya. "Ambil mood puasa," kata kawan aku. Aku pun mahu, sebab ini antara filem yang aku terlepas sewaktu aku di Kelantan.
Selepas selesai menontonnya, imej yang paling mengujakan (arresting) dalam filem ini merupakan imej seorang tua berkopiah yang tiba-tiba menjadi sebutir cahaya lalu menyinar terang lalu lesap di balik udara. Itulah sahaja imej yang benar-benar membuka mata dan mata hati aku daripada segala caca merba dan meraban tak tentu yang tersulam dalam filem berimaginasi bertatah didaktisme Islam ini.
Mohon maklum ya tuan-tuan dan puan-puan, ya, filem ini sebuah filem yang tiada hala tuju dan dibikin dengan sifar kepintaran oleh seorang pengarah yang bernama besar seperti Bade.
Sebenarnya, ia sangat menyakitkan hati aku untuk meneruskan pengulasan tentang filem ayam belanda (turkey) togel (bagi filem Bade ini, kita tambah "togel"nya kerana cita-cita besarnya) ni, tapi, hmph, aku terpaksa, bagi menyelesaikan nafsu amarah aku pada hari pertama puasa, nauzubillah. Maut atau (Malaikat Maut sebelum dicincang LPFN) merupaka 3 cerita yang polos ala cerita-cerita "kan ustaz dah cakap" majalah Mastika yang menjadi alat "yang sepatutnya" menggoncang jiwa sekular/moden/muda/meghenyam anda untuk bertaubat - tetapi akhirnya telah menyebabkan anda merasa loya nak muntah sehingga anda taubat tak nak tengok apa-apa filem Bade lagi.
Di antara yang tiga (Syaaban-Ramadan-Syawal), cerita terakhir (Syawal) yang diterajui Que Haidar sebagai mamat Black Metal yang mempunyai beberapa lakonan, nilai dan cerita yang sedikit menarik, walaupun sebenarnya tidak dapat menolong mengangkat filem ini walaupun daripada lakonan baik Haidar atau cerita yang "tersarat bermesej moral".
Ya, inilah sebuah contoh filem "didactism gone wrong", ia mahu memberi pengajaran (berdakwah) secara lembut/terang, tetapi penggayaan Takashi Miike (graphic exegeration)nya terkeluar carta. Sekurang-kurang Miike melakukan dan menjalankan gaya filemnya khas untuk itu (grafik-grafik-grafik) dalam memahami semangat gelap yang misterius dalam manusia. Filem ini, entah. Kalau dah nak grafik sangat, tunjuk je lah adegan cium dan senggama bulat-bulat, sekurang-kurangnya filem separa dakwah dengan agenda sesat ini dapatlah dinikmati oleh para voyeur untuk keaslian lucahnya.
Cerita pertama (Syaaban) berkenaan seorang gadis, Liyana Jasmay (Jasmay yang hebat pun, dibawah arahan Bade ini semacam menjadi seorang watak ambil barbiturat 24 jam, kesian Jasmay) yang mendapat "sentuhan" dari alam lain, membantu satu halangan dengan usaha bantuan yang ikhlas: paparan dalam hidup di dunia ini, dalam erti menjadi manusia, semuanya terletak dalam komunikasi atau interaksi, dan juga qada' dan qadar Tuhan itu tidak boleh diubah, hanya kita sebagai hambanya "mengikut" programnya, walaupun selepas "meninggal".
Cerita kedua (Ramadan) berkenaan seorang pramugari yang bertaubat: paparan dalam hidup di dunia ini, kita senantiasa diberi peluang kedua atas Rahman dan Rahim Allah.
Cerita ketiga (Syawal) berkenaan Que Haidar, seorang pemuda keliru yang mencari jalan sebenar tetapi ditutup atas sebab pembawaannya semasa kecil: paparan salah asuh anak dan akibatnya.
Sebenarnya, ketiga-tiga cerita filem ini (yang menampilkan orang-ornag kecil, manusia-manusia biasa) mempunyai alasan yang baik untuk disanjungi jika Bade tahu bagaimana mahu mengalirnya dan menggerakkan ceritanya pada jalur-jalur tertentu. Sebaliknya, ceritanya melewah-lewah, terapung tanpa tujuan, pensiratan atau motivasi, malah keseronokan sekali pun.
Malah, seperti yang aku maklum tadi, Bade seakan mahu mengambil semangat Miike dengan pemikiran, "Bagaimana jika aku cabar penonton dengan imej-imej buatan manusia yang mengganggu?" di mana kita akan dipaparkan, cerita demi cerita yang mana "kelakuan melampau batasnya" sepatutnya melampau lalu makin melampaui perspektif "sihat wal hadhari" kita (ini dipanggil, mind torture yang kini dipanggil porn torture sebab memandangkan ada juga jenis manusia yang mengambil nikmat melihat pelampauan batas yang dibuat/terbuat dek sesama manusia). Ya, Bade sebenarnya mahu mencabar penonton Malaysianya untuk menonton bagaimana sewelnya manusia Melayu Islam boleh jadi dalam membelakangi Tuhan (seperti menum arak, menari dengan rentak buruk bagi cerita kedua, berzina, tatu, black metal,(!) derhaka mak dan paling tak malu, marah orang tua tepi jalan yang tak bersalah(!)
Semua ini digeraakan tanpa mood, semangat atau penanda yang menarik perhatian. Contoh seperti satu babak "bosan" yang "terapung-apung" tanpa makna dengan syot TV "berita" kemudian wajah Raja Farah (yang sedia ada cun) kemudian Liyana yang terganggun dengan "sedutan berita" kemudian TV kembali - errr, ok? Apa tu? Ia sememangnya tidak memberi apa-apa, malah sedikit semangat "tersentuh" terhadap imej tangkapan pun (walaupun ditangkap jelas, rata dan cantik). Ada beberapa babak dengan bunyi efek "tring tring" lebih merimaskan.
Inilah filem Bade yang paling bercita-cita tinggi tetapi paling ranap sekali. Depiksi Pokok Kehidupan di Arasy (di dalam tradisi Islam, pokok ini dengan bilangan daunnya mewakili nyawa hayat manusia yang hidup di bumi. Aapabila 30-40 hari manusia itu sudah tertulis ajalnya, daun yang mewakili ornag itu akan gugur ke bumi lalu Malaikatul Maut akan membaca nama siapa di daun itu untuk mengambil rohnya) dan satu babak "kononnya menakutkan" pengalaman di neraka tidak bercampur gaul dengan elok terhadap latar besar cerita. Sesuatu tentangnya macam sangat salah.
Selesai menontonnya, dengan rasa jujur, aku tak rasa nak ke sejadah dan berkonversi pun dengan Tuhan. Jika anda mahu menonton satu filem dengan pendekatan kemanusiaan yang lebih mengancam dan kreatif tentang retorik kuasa, keseraman, kecantikan dan misteri maut - tontonilah filem pendek Afiqsays, "4 Peringkat Ajal(2009)", sebuah filem yang 100 kali lebih baik daripada ayam belanda togel ini.

14 comments:
Aku tau bulan Ramadan memang banyak dugaan, tapi to watch this shit pada malam pertama is just asking for it; it's like a self-fulfilling prophecy utk terima dugaan tu.Bwahahaha!
ulasan yang baik untuk film yang rapuh..best!
aku ingatkan resepi buka puasa ayam belanda??? muahmuahmuah!
Buat pertama kalinya, I agree dengan setiap words yang you tulis. You ingat lagi tak lepas I tengok MAUT dekat cineplax KLCC & i terus call you meluahkan rasa kecewa yang amat sangat? Now baru you faham apa yang I maksudkan, kan? :)
cter tuh dah lame tayang..tapi, apa yg fadz cakap tu, mmg same macam ape yg saya fkirkan...pada awal promosi filem ni mmg nampak 'macam gah'. sampai saya sendiri pergi wayang tgk cerita ni, keluar panggung, what the hell...takde rase insaf pon dalam hati. baik tgk drama rashid sibir lagi timbul keinsafan diri. membazir wang dan membazir waktu.
Oh, review filem Maut, mula2 ingatkan review untuk dua buah filem, Maut dan Ayam Belanda, huhu!!!
Nazim, i know what im getting into, but i didnt know it was dat bad! it's Bade for god sake.
Jeph, thx!
jami, ayam belanda rebus!
bratt, hihi. now i know1
jupazy, wah, naik jugak nama rashid sibir..
zul, haha.. aku boleh teruskan kritikan "membina" aku tapi cukuplah setakat tu..
paling menarik, ada org sakit hati ngan 4 Peringkat Ajal ke apa ntah, sampai dulu4 bintang turun jadi dua. hehe
Fadz,
Jasmay tu ayah dia la.
Satu ulasan yang maut untuk filem Maut ni! hehehe
knp hampir semua pengarah(xperlu disebut di sini, anda boleh agak siapa~) di Malaysia buat filem atas dasar untuk menyedarkan rakyat betapa buruknya dan dahsyatnya jika tidak berada atas landasan yg betul sedangkan apa yg dipaparkan adalah keseronokannya sahaja~
saya seorang guru dan saya tahu apa yang menjadi tajuk perbualan pelajar~ 'malam tadi syok gile rempit~'
jika seseorang itu hendak menegur perlakuan yg kurang baik, cara terbaik adalah dengan cara yg positif~
jika ingin menegur di library, 'tolong senyap' adalah lebih baik daripada 'jangan bising'~ kerana minda remaja dan kanak2 lebih tergerak menerima sesuatu yg negatif~
Shah, bila saya menulis, kadnag2 terikut gaya mat salleh, saya tak letak nama pertama, tapi yang kedua. Macam org panggil Julia Roberts jadi Roberts sahaja. Apa2pun saya cuba ubah perangai ni..
DIM, terima kasih, its well deserved pun.
missa- saya setuju. Ini pendapat guru saya juga sewaktu di sekolah menengah. Kalau lagi ditegah, lagi dibuat, melainkan mmg mak ayah di rumah jenis betul2 jangan disiplin anak2 seperti zaman kami kecil yg tak berani nak meninggi suara kalau guru di depan.
saya seorg remaja yg berumur 18 tahun, tp ape yg amat mengecewakan saya tentang filem2 di malaysia ialah , mereka mempamerkan artis2 yg kehidupan nye teramatlah ( nauzulbillah) melakonkan watak seolah2 mereka sgt sopan baik dan insaf dgn lakonan yg mereka bawa. sedangkan dalam kehidupan realiti mereka ? contoh nye melakonkan watak bertudung dan alim spt dalam sebuah cerita yg sdg hangat di televisyen (tdk perlu di nyatakan) sedangkan dalam sebuah iklan lain pula , dia hanya mengenakan pakaian wanita yg amat sendat dan seksi serta terdedah sana sini , melompat2 sehingga menampak kan perut. amat memalukan wanita islam.

Cik Wan, itulah lakonan namanya, sesuatu yg susah hendak ditelan bagi orang biasa (apatah lagi mereka yg tidak kenal dunia seni), tapi begitulah, fasal itu orang bangsawan dahulu dicela (takut anak mereka jadi org panggung, atau kahwin dgn org panggung), sebab lepas berlakon sok-sok muslim, selepas habis pementasan, pegi menari, joli, minum arak dan main perempuan/lelaki. Tipikal tapi itu lumrahnya.
Post a Comment