23 February 2009

Mewawancara Pak Hassan Muthalib


Minggu lepas, saya dapat duduk bersama dengan peneliti filem tempatan terkemuka serta "pengulas filem tempatan" tersohor, Pak Hassan Muthalib. Memang mengujakan dengan segala ilmu dan pengalaman yang beliau ada. Oleh sebab itu, saya meminta beliau untuk "mencemar duli" dengan ditemu ramah di dalam blog ini. Inilah bibit perbualan saya dengan beliau tentang filem tempatan dan isu-isu yang berbangkit tentangnya.


fadz: Pada mulanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana tuan sudi ditemu ramah.


HM: Terima kasih juga.


fadz: Bagaimana En. Hassan mula menulis ulasan/artikel kajian filem. Bagaimana En. Hassan terpilih untuk menulis?

HM: Artikel saya yang pertama adalah untuk FORUM FILEM KUALA LUMPUR (FFKL) di mana saya menjadi fasilitator FFKL untuk bercakap mengenai filem tempatan dan antarabangsa. FFKL diasaskan oleh Dr. Anuar Nor Arai pada tahun 2000. Pada 2001, Presiden Kelab Seni Filem Malaysia, Wong Tuck Cheong meminta saya menulis tentang Sinema Malaysia. Artikel ini keluar dalam buku terbitan Cinemaya, India bertajuk Being & Becoming: The Cinemas of Asia (MacMillan India 2002).


fadz: Apakah ulasan filem yang terbaik pernah En. Hassan pernah hasilkan, dan mengapa.

HM: Jika artikel mendatangkan kesan kepada khalayak, saya rasa ianya baik. Contohnya, artikel saya, Komedi & Parodi dalam Man Laksa arahan Mamat Khalid dalam Mingguan Malaysia. Ia ditulis sebagai reaksi kepada ulasan Wahab Hamzah yang memperkecilkan Man Laksa sebagai komedi tahun 1970-an. Sebenarnya ia satu parodi. Ramai yang mengatakan lepas membaca artikel saya baru mereka faham Man Laksa. Mamat Khalid (yang saya belum kenal secara peribadi) telefon saya dan ucapkan terima kasih lalu mengiyakan apa yang saya cakap dalam artikel itu. Jika artikel saya membawa kepada fahaman dan mendidik mereka yang belum tahu sesuatu, maka saya anggap itu yang terbaik.

fadz: Saya tertarik dengan artikel makluman En. Hassan bahawa Academy Awards adalah sebuah majlis pengiktirafan yang kecil. Boleh En. Hassan jelaskan? Juga, apakah fesitval filem atau majlis pengiktirafan yang lebih agung dan global mengikut pemerhatian En. Hassan?

HM: Academy Awards adalah festival kecil di Hollywood. Ia bukan pun festival di peringkat nasional Amerika. Orang-orang Hollywood berikan anugerah kepada orang-orang mereka sendiri. Kebelakangan ini baru dimasukkan kategori Best Foreign Film. Oleh kerana publisiti (dan filem-filem itu ditunjukkan di seluruh dunia), maka ia dinanti-nantikan (fadz: pemberian anugerah filem luar terbaik oleh Academy Awards dimulakan pada 1947 di luar majlis, lalu pada 1956 ia dibuat secara rasmi sehingga sekarang). Ini peranan media Amerika untuk mengangkat produk Amerika. Malangnya, media Malaysia turut ikut tanpa menyedari ia sebenarnya mengangkat imej industri filem Amerika dan akan menjejaskan kutipan filem-filem tempatan bila bersaing di pawagam.

Banyak festival yang berprestij seperti Amsterdam, Berlin, Venice (fadz: festival filem tertua di dunia), Cinemaya, Tokyo, Hawaii, Cannes, Sundance, Bangkok, Indonesia dan Singapore International Film Festival. Malalngnya filem-filem di sini yang lebih hebat daripada di Hollywood tidak ditayang di pawagam kerana bersifat alternatif. Orang ramai lebih suka filem arus perdana yang datangnya dari Hollywood. Filem alternatif membawa pemikiran dan falsafah tentang sesuatu bangsa dan negara. Namun penonton hanya suka filem yang menghiburkan mereka.

fadz: Buat En. Hassan, apakah FINAS sudah menjalankan tugas yang sepatutnya buat industri filem Malaysia? Sila komen.

HM: Setakat ini FINAS hanya menyediakan perkara-perkara yang bersifat material (studio, peralatan dan kewangan). Antara kekurangan yang terdapat dalam badan ini ialah:


1. Belum nampak usaha untuk menghasilkan sinema nasional.

2. Kita belum pun ada industri filem! Belum ada pun satu sistem berkerja yang sepatutnya ada seperti yang terdapat di Singapura pada tahun 1950-an melalui sistem studio.


3. Selepas 22 tahun diwujudkan, tak nampak kemantapan pengetahuan & kemahiran di kalangan anggota FINAS. Mereka berfikir dan berkerja seperti pegawai Kerajaan (fadz: opss, saya terasa OK, haha, ehem!). Tidak seorang pun dari mereka turun padang tanpa diarah. Maka mereka tidak tahu tentang aktiviti atau perubahan yang berlaku dalam industri, terutama dalam kebangkitan generasi baru pembikin filem yang digelar indies. Indies telah banyak mengharumkan Malaysia di luar negara – susuatu yang gagal dilakukan oleh FINAS dengan filem arus perdana walaupun begitu banyak wang dibelanjakan. Sebaliknya filem-filem yang dangkal dibawa untuk ditunjuk di festival-festival di luar negara (kerana ingin akur pada kehendak Persatuan Pengeluar Filem Malaysia).

4. Glossari filem Malaysia yang diusahakan dengan sangat baik oleh bekas Ketua Pengarah FINAS, Dato' Shariff Ahmad, pada tahun 1990-an tidak dikemaskini sehingga kini. Senarai filem dan karyawannya sangat penting untuk rujukan terutama dengan begitu banyak institusi sekarang yang mengajar bidang filem.

5. Tidak ada arkib filem Melayu berbentuk 35mm yang lengkap sebagai rujukan. Kebanyakkan filem tak dapat dikesan, termasuk yang dibuat pada tahun 1990-an. Semua ini adalah warisan negara yang kini sudah hilang.

6. Program membudayakan filem dengan hanya tayangan di Coliseum membazirkan wang. Tidak ada apa hasil pun. Sama dengan apa yang dikatakan oleh Allahyarham Hamzah Husin: "Penonton filem Melayu pada tahun 1950-an macam pergi pesta. Selepas menonton dengan ibu mertua, isteri dan anak, makan satay di tepi jalan dan kemudian balik ke rumah. Tak ada apa-apa faedah yang diperolehi."

Sepatutnya FINAS adakan sesi untuk membincang filem yang ditayangkan supaya dapat dilihat makna yang tersurat dan tersirat supaya dapat melahirkan penonton yang film literate. Maka dengan itu, industri filem akan berkembang kerana penonton lebih kritis dan secara langsung, pembikin filem juga akan melahirkan filem-filem yang lebih bermutu. Kualiti filem Melayu dalam 10 tahun kebelakangan ini begitu merosot dan merosakkan imej budaya dan orang Melayu dengan tampilan watak fantasi dan hodoh.

7. FINAS sepatutnya tidak diterajui oleh ahli politik atau pun mereka yang ada kaitan dengan parti politik. Biarkan orang filem atau ahli akademi yang tahu tentang filem menerajuinya supaya ada visi yang misi yang berpandangan jauh untuk memajukan industri. Bukan untuk imej atau menjadi sebahagian strategi parti politik. Gabungan kerajaan Korea dan industri melahirkan industri world-class dalam hanya 10 tahun (fadz: saya setuju sangat dengan pemerhatian ini!). Kejayaan itu akibat kerajaan Korea membenarkan industri mencari tapaknya sendiri tanpa pengaruh politik. Hadith Nabi SAW, sudah jelas: "Pendita tidak sepatutnya ketuk pintu raja-raja."

8. Pelbagai slogan diwujud FINAS. Antara yang gagal adalah "Filem Kita Wajah Kita". Kita masih belum bertemu dengan wajah filem Malaysia yang sebenar. Yang dapat dilihat adalah wajah fantasi, hantu, komedi dan romantik yang remeh temeh yang kononnya dibuat untuk memberikan 'apa yang dikehendaki audiens.'

Filem adalah bidang seni dan tidak perlu dikawal terlalu banyak kerana pembikin filem yang mengetahui hukum hakam agamanya (seperti di Iran). Tahu di mana garis sempadan. Karyawan filem juga termasuk dalam golongan mereka 'yang memanggil kepada kebaikan.' Bukankah kita semua khalifah di muka bumi?

9. Majalah Sinema Malaysia yang diterbitkan FINAS terlalu menonjol imej Pengerusinya yang sebenarnya ahli politik. Begitu juga dengan terlalu banyak penampilan aktiviti sosial anggota FINAS. Lebih malang lagi, jika ada artikel oleh orang-orang dalam industri, apa-apa kritikan terhadap FINAS atau pun penerbit dipotong oleh Ketua Pengarah FINAS. Maka jelaslah FINAS hanya sebuah badan kerajaan yang hanya mahu menonjolkan imej baik bagi kerajaan dan bukan menyampaikan perkara sebenar. Sepatutnya apa saja perkara tentang industri didedah dan dibincangkan untuk penyelesaian.

10. Masih belum ada usaha untuk gubal semula Akta FINAS 1981 untuk mengiktirafkan filem yang dibuat dalam bahasa Tamil dan Cina juga sebagai filem Malaysia. Zaman sudah berubah tetapi FINAS masih gunakan Akta lapuk.

11. FINAS tidak menggunakan khidmat konsultan atau pun penerbit eksekutif apabila mengeluarkan dana untuk membuat filem. Ini perlu untuk mengelak dana disalahguna dan memastikan hasil itu berkualiti. Kegagalan filem Embun dan Paloh adalah kerana sebab-sebab ini.

fadz: Wow, sungguh membuka mata! Sekarang biar saya pergi ke barisan bloggers pula dan melihat pandangan En. Hassan. Di dalam dunia blog filem baru-baru ini, berlaku isu blogger yang mengulas filem juga sepatutnya membikin filem (cakap serupa bikin). Apa komen En. Hassan tentang perkara ini?

HM: Di luar negara, ada pengajian di universiti yang hanya tertumpu pada kritikan filem di peringkat sarjana. Mereka ini tak tahu buat filem tetapi khidmat pengkritik filem diguna oleh akhbar dan majalah malah mereka adalah golongan yang berilmu dan dihormati. Sebuah pandangan mereka adalah eklektrik, merangkumi pelbagai disiplin seperti psikologi, budaya, sosial, seni, musik, sastera dan falsafah. Tapi itu semua sandaran. Yang dipentingkan ialah medium filem dan filem dilihat dari sudut sinematiknya – bukan literary (hanya cerita dan watak). Perkara ini tidak difahami di Malaysia.

Kita belum ada pengkritik filem, hanya pengulas (yang sebenarnya boleh digelar pengkritik filem ialah Dr. Anuar Nor Arai dan Dato' Johan Jaafar). Kritikan filem bersandarkan ilmu yang mendalam tentang naratif filem, iaitu, idea, tema, premis, treatment dan struktur lakon layar. Dan paling penting: bagaimanakah naratif disampaikan melalui medium filem, iaitu, sinematografi, suntingan, bunyian, pengarahan seni dan lakonan. Peranan pengkritik ialah untuk memberi panduan kepada penonton bagaimana untuk memahami sesebuah filem. Melihat bukan saja yang tersurat tetapi juga yang tersirat.

Mereka yang ajak pengkritik untuk membuat filem adalah orang-orang yang ketinggalan zaman dan tak ada ilmu untuk memahami perkara ini semua. Andre Bazin di Peranchis adalah ahli teori dan pengkritik filem yang tak pernah membuat filem tapi kata-katanya dipakai sampai ke hari ini.

fadz: Terima kasih En. Hassan. Satu lagi polemik: Pengritik filem atau pengulas filem? Apa perbezaannya?

HM: Pengulas hanya tonjolkan beberapa aspek filem seperti siapa pelakonnya, jalan cerita dan kemudian bagi rating. Dan kadang kala ada yang sesat jalan dengan membuat kritikan peribadi, mencari silap dan sebagainya. Lebih buruk, ada yang berikan cadangan bagaimana sesuatu jalan cerita patut dibuat. Orang-orang macam ni lah kita kena suruh buat filem macam mana yang ia suka.

Pengkritik filem seperti di (5).

fadz: hahaha, suka betul jawapan En. Hassan. Tapi saya sendiri mengaku saya masih seorang pengulas filem sahaja :) OK, apakah pendapat En. Hassan dengan filem-filem Razak Mohaiden? Adakah kita patut melihat filem-filem pengarah berstatus "profesor madya" itu sebagai adil? Bolehkah kita jumpa tanda dan penanda dalam filem-filemnya? Atau adakah Razak Mohaiden itu "Yusof Haslam" baru? Saya tertarik bertanya soalan ini kerana pengarah tersohor, Aziz M. Osman memandang tinggi kepada Yusof Haslam (sebelum "kejatuhan" Yusof Haslam selepas Sembilu 2005) dan oleh sebab itu menjalankan usahasama bersamanya pada akhir 90-an dan awal 2000.

HM: Sinema Malaysia amat malang kerana dihadiri pembikin filem seperti Razak. Beliau adalah seorang kapitalis yang sanggup melakukan apa saja untuk pastikan filemnya berjaya tanpa memikirkan kesan ke atas minda audiensnya. Satu adegan dalam Tangkai Jering menunjukkan imej seorang Melayu tua dengan amat negatif sekali tapi bagaimana Penapis boleh lepaskan.

Sebenarnya gelaran 'prof madya' diletakkan di layar sesuatu yang amat memalukan UiTM. Filem terbarunya Sifu & Tongga digelar 'filem jamban' oleh seorang blogger! (fadz: Ajami Hashim) Seorang lagi blogger menceritakan kepada saya, beberapa wartawan keluar panggung selepas 5 minit dan hanya masuk balik untuk sidang akhbar. Sebagai sarjana dalam bidang filem, sepatutnya dia tunjuk contoh yang baik dan menerbitkan filem yang tidak merendahkan pemikiran audiens. Kesemua filemnya seakan drama radio (fadz: ahem, Faisal Tehrani, sila rujuk kembali ciptaan skrip alternatif saudara untuk Gubra). Segala-gala dalam filemnya jelas melalui dialog, maka apa perlu menontonnya? Langsung tidak menggunakan bahasa filem, iaitu, bahasa visual (yang menggunakan tanda dan petanda). Kelulusannya hanya dalam bidang produksi filem dan video maka dia tidak tahu langsung tentang teori dan estetika filem.

Lebih malang lagi, sebagai seorang pensyarah, ia menyesatkan pelajar-pelajarnya tentang ideologi songsang fasal filem – iaitu, filem mesti buat duit, bahawa filem pecah panggung (box-office) adalah filem yang baik! Namun filem-filem Yusof tidak begitu. Saya katakana filem Yusof lebih baik dibanding Razak walaupun tidak ada pengajian filem.

Yusof adalah ahli perniagaan. Setiap satu dibuatnya ada perkiraan. Walaupun watak-wataknya adalah klise dan stereotaip tetapi mereka mantap dari segi pembangunan watak. Dia tidak terburu-buru nak siapkan filem. Lihat berapa banyak filem dibuat Razak dalam satu tahun. Sekiranya 1 atau 2 gagal, kejayaan filem-filem lain akan offset kerugian. Dan pada musim perayaan, kesemua filem ini dijual secara borong kepada stesen TV (yang amat bersedia untuk menerimanya dengan harga yang rendah). Malang lagi bagi Sinema Malaysia, kini Grand Brilliance pula berusahasama dengan syarikat Razak, Line Clear, untuk terus menerbitkan filem dengan menggunakan acuan yang sama. Maka tersambunglah segala keburukan yang sudah dibuat sebelum ini di bawah syarikat Metrowealth.

fadz: Dengan pandangan itu, saya berharap penonton kita berubah sikap, walaupun kemungkinan pandangan tepat En. Hassan dibaca sekali lalu sahaja oleh audiens. Apakah pandangan En. Hassan terhadap industri filem Indonesia sekarang?

HM: Mereka jauh lebih maju dari sudut naratif dan penyampaian pada sekitar tahun 1970-an hingga 1990-an dengan kehadiran pengarah tersohor seperti Wim Umboh, Asrul Sani, Teguh Karya, Has Manan, Ghaleb Husin dan Ariffin C. Noer. Banyak filem mereka menaikkan semangat orang-orang Indonesia dengan menunjukkan pemberontakan terhadap Belanda (yang disalah isitilahkan di Malaysia sebagai 'filem patriotik' dan 'filem nationalistik').

Sekarang senarionya berubah. Kerana ketandusan pengarah filem pelapis di Indonesia yang sehebat mereka yang tersebut di atas, maka filem arus perdana Indonesia juga mengalami kemerosotan dari sudut naratif. Namun satu renaissance berlaku dengan kehadiran beberapa pengarah seperti Garin Nugroho, Riri Riza, Mira Lesmana, Shanty Harmayn, Nia Dinata dan Nan Achnas yang aktif menghidupkan filem Indonesia. Pada tahun 2007, 70 filem cereka dikeluarkan dan pada tahun 2008, lebih daripada 100. Tidak seperti kebanyakan filem Malaysia, filem mereka ini menampakkan wajah sebenar orang-orang Indonesia.

fadz: Amir Muhammad mengatakan buat Asia Tenggara, filem-filem Filipina sedang bergerak maju meninggalkan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Apa pendapat En. Hassan berhubung dengan hal ini.

HM: Memang betul. Pembikin filem pinoy hebat tahun 1980-an & 1990-an seperti Ismael Bernal, Lino Brocka, Nick DeoCampo dan Mike de Leon masih aktif. Tradisi protes mereka di sambung oleh yang baru seperti Hvann de la Cruz, Ron Morales, Mike Sandejas, Raymond Red dan Ato Bautista. Karyawan Filipina amat politkal dari dulu. Ini kerana mereke bebas mengkritik kerajaan dibanding di negara ASEAN yang lain. Banyak filem mereka memenangi anugerah di festival berprestij seperti Cannes dan Berlin. Besar kemungkinana sifat protes mereka bangkit daripada keadaan sosial dan ekonomik mereka di Filipina di mana jurang di antara mereka yang miskin dan yang berada begitu ketara.

fadz: Terima kasih En. Hassan. Hal itu amat membuka mata saya kerana buat setakat ini, hanya filem-filem popular sahaja yang menghampiri kedai video di tanah tempatan kita. OK, soalan terakhir (walaupun saya tahu En. Hassan begitu bersemangat tapi saya yang sudah semput, ha ha!), apakah filem moden terbaik Melayu buat En. Hassan (selepas merdeka dan tidak tertakluk kepada filem-filem Jalan Ampas). Dan mengapa.

HM: Era Jalan Ampas hanya ada 2 pengarah Melayu yang hebat – P Ramlee dan Hussain Haniff yang begitu kritis tentang kondisi sosial & ekonomik orang-orang Melayu. Saya pilih Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Ibu Mertua-ku, Antara 2 Darjat, Semerah Padi, Sumpah Orang Minyak, Hang Jebat dan Dang Anom. Juga 2 filem M Amin: Chuchu Dato' Merah dan Dosa Wanita.

Era moden hanya beberapa orang seperti Rahim Razali (Abang), Shuhaimi Baba (Layar Lara), U-Wei Haji Saari (Isteri, Perempuan & ...., Kaki Bakar), Yasmin Ahmad (Sepet, Mukhsin, Mualaff dan Talentime), Mamat Khalid (Bila Kala Bulan Mengambang), Wan Azli Wan Jusoh (Budak Kelantan), Amir Muhammad (Susuk), Ho Yuhang (Sanctuary), James Lee (Before We Fall in Love Again - fadz: ya, buat saya juga) dan Tan Chui Mui (Love Conquers All).

Yang saya pilih: Johnny Bikin Filem oleh Dr. Anuar Nor Arai yang menepati apa yang disebutkan sebagai 'filem' dalam erti kata yang sebenar, iaitu, dari sudut naratif dan aspek sinematik, teks dan subteks. Segala teknik yang digunakan berfungsi dalam penceritaan. Dan subjeknya ialah tentang nasib orang Melayu dulu, terutama orang-orang filem, yang tidak berubah sehingga hari ini.

fadz: Mengakhiri sesi wawancara ini, saya mengambil sedutan kata Andre Bazin sebagai pelengkap terhadap "pencerahan" yang diberi oleh En. Hassan Muthalib buat kita dan filem kita:

I have no hesitation in stating that cinema has rarely gone such a long way toward making us aware of what it is to be a man. (And also, for that matter, of what it is to be a dog.)” - Andre Bazin, 1952

59 comments:

saat omar said...

:) nice post...

Ajami Hashim said...

"Oww! terkamjat kawan-kawan kau!" (Boy ~ Kami The Movie)

Anonymous said...

Saya bangga dengan Pak Hassan ni. Lihat sajalah anak didiknya Wan Azli Wan Jusoh yang berjaya. Like Guru, like Murid.

Anonymous said...

soalan pada semua.

Kenapa real time VC UiTM hadir dalam reel time Wayang?

Kenapa tiada yang 'berani' u8ntuk mempersoalkan dan menjawab?

penchinta ruang gelap.

Anonymous said...

En hassan ni patut diletakkan di finas. Atau diberi budget dan sepenuh kuasa utk buat filem seperti apa yg dia cakapkan tu.... tentu menarik.

Nazim Masnawi said...

One of the most approachable guys I've ever met. Selalu jumpa but he always failed to recognise me. Goddemnit!

Anonymous said...

prof razak pun ajar wan azli.. camne kira ni?

Aidi Rahimi Ibrahim said...

I like your blog, ada prove (interview). Bagus. Lepas ni bleh interview Tuan En. Prof. Madya Razak. Tajuknya "Kenapa ada Pendapat kata filem Prof Bodoh?"

salam... tumpang lalu jer. :-)

Maya said...

Syabas Fadz, i like it. Malaysia sudah sepatutnya ada satu badan pengkritik yang professional spt BFCA yang menjadi pemangkin industri perfileman. Maya rasa pembaca blog matang menilai tulisan blogger pengulas filem yang menyesatkan.Secara peribadi Maya sedih kerana tiada lagi filem Malaysia yang mampu menjadi pendidik apalagi sebagai 'propagandis'.

Nazim Masnawi said...

"Secara peribadi Maya sedih kerana tiada lagi filem Malaysia yang mampu menjadi pendidik..."

I don't geddit, is film an adult form of Sesama Street?

Anonymous said...

maya, FIPRESCI lagi best tau. prof razak pun sifoo wan azli? kira cincai jelah. janji mashuk.

adib said...

alamak ada nota tambahan pasal anugerah foreign language film yang dikatakan baru hahaha..

apapun satu wawancara yang signifikan..

Maya said...

lebih dari itu Nazim, pembikinan filem Malaysia wajar lebih serius dalam mengangkat tema yang lebih membina minda terutama menyentuh pemikiran Melayu masakini kerana kekuatan filem tersebut bukan sahaja dapat membentuk penonton tempatan malah berupaya menjadi propaganda peringkat antarabangsa.Lihat sahajalah bagaimana kita dididik tentang galaksi dan DNA dalam garapan George Lucas menerusi filem Star Wars dan Jurassic Park oleh Steven Spielberg atau kita diajak dan dipupuk supaya mengasihi komunis dan yahudi menerusi filem Reds dan Schindler's List..lalu dimanakah filem Malaysia yang mendidik dan mencabar minda lokal sekaligus bertindak sebagai propaganda?

fadz said...

Salam, En. Hassan sememangnya seorang mutiara akademik filem di kalangan kita dan kita beruntung kerana kehadirannya. Semoga pandangannya ini diambil sebagai iktibar dengan terbuka dan bukan meloncat tak tentu hala. Ini buat bengkel kampung kecil kita yang perlu ditukang ke arah "industri" pun, maka, fikirkanlah.

fadz said...

saat, thx, ajami, tak faham mika cakap apa..

anon, ahhh, i see. wan azli anak didik Pak Hassan.

anon2, saya nanti susul dgn ulasan Wayang, tapi tunggu, kepala masih serabut.

kamal, haha, macam Pak Hassan nak..

Nazim, ditto.

anon3, tak semua dari prof razak tu tak betul..

aidi, saya akan cuba berhubung dgn prof razak.

maya, t.k. dan setuju dgn kamu

anon4, ya, itu pun bagus..

adib, ya, hal academy awards itu sgt membuka mata..

Anonymous said...

Maya, Sebenarnya, filem tidak boleh mendidik, dan bukan sifat filem mendidik (secara langsung) (dalam konteks “fiksi” dan bukan dokumentari). Maksudnya, filem masih kekal fiksi (sebuah rekaan visual sinematik pengarah/penulis skrip). Sebagai contoh, kita tidak boleh mengatakan seperti “oh itu lah rupa sebenar bintang, sebab aku tonton dalam Star Wars”. Atau, kita kata “begitulah rupa sebenar cara Titanic tenggelam” misalnya. Ini bahaya sebenarnya. (pernah dengar cerita seorang budak yang obses dengan kewujudan ET?). Sifat filem sebetulnya sebagai medium pemupuk, maksudnya kita tonton sesebuah filem yang baik, lalu ia berjaya memupuk (betul seperti yang Maya katakan), membuka mata kita untuk mencari fakta sebenar melalui rujukan ilmiah lain seperti buku dan sebagainya. Jadi tugas filem lebih memupuk, mencetuskan rasa ingin tahu dan itu sebenarnya kunci sebuah filem yang baik.
Kalau kita katakan mendidik, well agak salah, kerana sudah tentu seorang sutradara itu bukan tugasnya sebagai pendidik (there, prof razak adalah seorang pendidik, dan dia tidak pula mendidik).

- Otai

Anonymous said...

Kpd Otai,

"(there, prof razak adalah seorang pendidik, dan dia tidak pula mendidik)."

Minta maap, tapi prof razak 'adalah' seorang pendidik... Jgn ckp sebarang ckp, jgn tulis sebrang tulis...

-Otakhang

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Anonymous said...
"Maya, Sebenarnya, filem tidak boleh mendidik, dan bukan sifat filem mendidik.."

maaf, tumpang tanya en/cik anon,
so Mempengaruhi minda? tul? MEMPENGARUHI?? mempengaruhi mentaliti?

tanya jer sbb ilmu pilem kurang, tumpang lalu lagi..:-)

Anonymous said...

Mula-mula, let establish ni:

1. Semua orang suka berhibur, cara saja berbeza. Aku berhibur dalam filem yang ada pari-pari, Fadz terhibur dengan filem ada orang kena tetak dengan kapak (hehe), ada orang terhibur bila David Lynch mindfuck dia, tak kesahlah tu, janji, terhibur.

2. Tak ada manusia yang suka buat benda yang dia tak suka.

Tujuan tengok filem ikut keutamaan:

1. Menghiburkan diri sendiri.

2. Mencari sesuatu di dalam filem itu untuk didekatkan kepada dirinya

3. Mencari kepuasan

4. Mendidik


Aku bet semua orang beginilah priority mereka bila menonton filem.

Mula-mula mesti cari filem yang membuatkan mereka terhibur, in their own way. Aku tak kata "hiburan" itu hanya Mawi dan Prof Razak.

Even untuk penggemar filem-filem luar konteks pop-corn pun, tetap benda utama dalam filem yang mereka cari ialah - terhibur, lagi sekali, in their own way.

Dan satu,

Semua yang tengok filem sebenarnya mencari hiburan. Aku fahamlah rata-rata blogger tulis pasal filem bercerita soal itu ini, falsafah, teori dan macam-macam.

Itulah yang menghiburkan mereka.

Even psikopath or some blogger who claim mereka ini freak of nature juga mencari hiburan, in their own way.

Itu satu,

Lagi satu soal jawapan "mendidik",

Semua medium di dunia ini bersifat "mendidik", one way or another, kita saja malas nak tengok betul-betul.

Ekekekeke

Maya said...

Filem adalah warisan peradaban suatu bangsa yang mencerminkan budaya masyarakat dipaparkan menerusi bentuk seni visual menjadi sumber hiburan selain merupakan metod yang berkesan utk mendidik atau ‘men-doktrin’ rakyat dimana sebuah filem yang baik menyeimbangi antara unsur hiburan dan mesej yang membina. Sedar atau tidak, elemen visual di skrin sinema memberi didikan dari pelbagai sudut antaranya politik dan sejarah di masa lampau (The Graduate (1967), Bonnie and Clyde (1967), The Wild Bunch (1969) dan Easy Rider (1969) begitu juga dengan Five Easy Pieces (1970) ,Taxi Driver (1976, Gettysburgh 1993 dan Platoon 1986) memaparkan kesan politik /perang dan ekonomi yang berlaku keatas masyarakat ketika itu manakala pada abad ini menyaksikan filem arahan Michael Moore (Fahrenheit 9/11) diangkat sebagai filem mendidik sekaligus menjadi propaganda politik. Banyak filem yang mempunyai nilai tinggi untuk dikaji selain dijadikan rujukan dalam pendidikan antaranya di bidang kesusateraan (The Outsiders,The Scarlet Letter,Pride & Prejudis), Sejarah (13days,Gettysburg,All Quiet on the Western Front), Sains (The Fly,Jurassic Park) dan lain-lain disiplin ilmu. Filem Rain Man dan Walk To Remember antara filem yang memberikan pendidikan secara langsung disamping pencerahan, pemahaman dan pendekatan bagaimana menangani penyakit Autisma dan Alzheimer. Begitu juga dengan filem Philadelphia, Wit, Terms of Endearment ,Leaving Las Vegas dan Beautiful Mind bukan sahaja berjaya mendidik malah menjadi rujukan pelajar perubatan dan digunaka pakai oleh organisasi bagi tujuan kempen/propaganda menentang HIV/Aids. Objektif mendidik tidak digalas oleh yang digelar pendidik sahaja malah pengiat seni juga mendidik masyarakat dengan cara sendiri sesuai objektifnya. Wajar fungsi filem tidak disempitkan dengan hanya melihatnya sebagai wadah hiburan semata, ada banyak filem 'berisi'bernilai ‘pendidikan’ terpulang pada selera, keterbukaan dan kematangan individu untuk memilih mana yang sesuai untuk ditonton.

(1)Rose CS. "Biology in the Movies: Using the Double-Edged Sword of Popular Culture to Enhance Public Understanding of Science." Evol Biol 34(1-2):49-54 (2007).
(2)Reel Writing: Using Movies to Teach the Creative Writing Process [Cambria Press, 2006]
(3)“What's Wrong with This Picture? Educating via analyses of science in movies and TV” [Science News, Vol. 166, No. 16, Oct. 16, 2004, p. 250 ], author Sid Perkins

Tkasih Fadz kerana sudi menyiarkan komen Maya di ruang ini.

omgpetch said...

saya suka blog ni! byk ilmu ;)

mahhass said...

Well said, Maya ;)

Nazim Masnawi said...

"Sedar atau tidak, elemen visual di skrin sinema memberi didikan dari pelbagai sudut antaranya politik dan sejarah di masa lampau (The Graduate (1967)..."

You're talking about NOW. So apa fungsi The Graduate masa dia mula2 keluar dulu, as a product of its time?

I dunno Maya, rasanya lagi tepat kalau sebut filem sebagai medium utk "mengkaji isu." Istilah "pendidikan" is WAY too broad.

I mean, apa "pendidikan" yang kita akan dapat kalau tgk filem tentang serial killer (Psycho), sociopath (Taxi Driver) dan suicide bomber (Paradise Now)?

Aku tak rasa filem-filem tu buatkan org nak bukak buku pasal benda tu pun, tapi at least, ya know, ia buatkan kita empati dgn golongan ni; buatkan kita faham what makes 'em thick and all.

PS: "Hiburan" bermakna kita engage otak kita in a fun way; bukannya shut down otak kita terus. That's why menonton filem bodoh atas alasan "hiburan" is totally fucking wrong.

ryann said...

menarik entri ini dan juga komen-komennya

Anonymous said...

wow,great post!

Anonymous said...

mendidik dan mengajar tuu jauh maknanya.... cuba baca zaitochi mungkin boleh jumpa :)

Pyanhabib said...

bagus!

Anonymous said...

so bila kita tgk pelem-2 hitchcock, kite spatutnya 'blajar' cara-2 bunuh org tanpa motif atau tanpa diketahui org la ye?

lawas balik istilah 'pendidikan' tu Maya, bahya syg!

Anonymous said...

Aaa, saya ingin membalas,

Maaf ya, bukanlah niat untuk menyerang, tapi setelah melihat contoh dan rujukan saudari Maya, buat saya terfikir;

Nah, bukankah kalau begitu, filem-filem "bodoh" Prof juga menyumbang satu atau dua bentuk "pendidikan"?

Lihat sahaja bagaimana dia "bercerita" dan menaikkan budaya orang Melayu anak Mami, sebagai contoh? Mungkin soal accuracy boleh ditolak tepi sedikit kerana filem-filem "mendidik" luar negara yang diberi contoh juga masih didebatkan point of view si pembikin.

Malah Pak Hassan sendiri sudah beri contoh begitu banyak.

Nak tak nak, kita tidak boleh nafikan peranan Prof Razak dalam menarik orang Melayu khususnya ke panggung wayang.

Jadinya, filem-filem tempatan banyak yang "mendidik" juga, tapi iyalah, bukan dari kacamata kita kot dan filem-filem melayu tidak dijadikan bahan tulisan ilmiah penulis-penulis buku.

Jika diperhalusi, filem-filem tempatan juga banyak dibikin untuk mereka yang "membaca" filem.

Mungkin kerana kita semua sendiri selalu "bias" dengan filem-filem tempatan.

Ahhh, maafkan saya kalau komen ini mencetuskan rasa kurang senang. Saya tidak pandai kot "membaca" filem, apa yang terpapar di depan skrin, itulah yang saya telan.

:P

Anonymous said...

bagus wawancara ni

-motib

Nazim Masnawi said...

"Ahhh, maafkan saya..."

Mamat ni pos komen ke berlakon teater?

Anonymous said...

Hanya orang bodoh saja yang memperbodohkan audiens mereka.

Anonymous said...

sebab finas tu ngok..Pak Hassan pun blah dari finas tu..dia pernah kerja di finas dulu..

Anonymous said...

rugi la temuramah pendek sgt..
masa teman kualiah dgn HM mata bulat je..
bayangkan tanpa gelar prof atau dr, HM bijak membaca filem..

Ajami Hashim said...

pehhhhhhhhhh!!!

bagi aku senang jer..

filem utk hiburan
filem utk mengajar
filem utk buat duit
filem utk glamour
filem utk cari rezeki yg halal
filem utk menang festival local/global
filem utk dikritik oleh fadz.. err! dan ajami dan nazim dan vovin dan maya dan binfilem dan faisaltehrani dan sapa2lah yg rajin bukak blog
filem utk ceria
filem utk sedih
filem utk takut
filem utk melancap
filem utk gay, lesbian & straight
filem utk kanak-kanak
filem utk teguran global warming
filem utk dewasa
filem utk propaganda
filem utk fuck! fuck! fuck!

(sila tambah..)

p/s: gua rasa The Reader LEBIH layak menang Oscar best film coz mengujakan spt 'utk' yg terakhir di atas! ahahaha!

Anonymous said...

"Hanya orang bodoh saja yang memperbodohkan audiens mereka"

well, kartun u memperbodohkan i sbg wanita...

Anonymous said...

filem untuk melancap, apalah didik mendidik ni..

Anonymous said...

i pun rasa bodoh bila audiens suka tgk sifu n tongga

fadz said...

Salam, pada semua orang yg ingin memahami 'mentaliti/tujuan' filem, sila tonton Cigarette Burns arahan John Carpenter di bawah siri Masters of Horrors musim 1, jawapan 'mendidik' dan 'hiboran' anda ada dalam filem tu. tk.

fadz said...

Ini untuk lovely Maya, saya suka semangat awak:

Grace: Cowboy heroes,
cops and robbers,
glamour and strife,
bigger than life!
Sitting in the darkness,
what a world to see!
Let's go to the movies,
Annie, wait and see.

Betty Davis is probably lying,
and Greta Garbo is probably crying,
while Robert Taylor
is locked in her dying embrace.
Chico and Groucho
and Chaplin and Lloyd
are all super.
Sweet Mickey Mouse,
Shirley Temple,
and dear Jackie Cooper.

Annie: Let's go to the movies..

Both: Let's go see the stars

Grace: Fred and Ginger
spinning madly....
(instrumental break)
Anything you
can imagine...
Songs and romance.
Life is the dance.
Sitting in the darkness,
popcorn on your knee!
Give the maid the night off!

Warbucks: Turn the kitchen light off!

Grace and Warbucks: Let's go to the movies,
Annie, you and me!

Ushers: Welcome to the movies!
Welcome to the stars!
Welcome to this
grand illusion.
All of it's yours
right through these doors!
Every plot's a dilly,
this we guarantee!
Welcome to the movies
wait and see.

Female chorus: Let's go to the movies (see the movies)
Let's go see the stars.
Red lights holler
deep Depression
What do we care?
Movies are there!
Only happy endings (boy gets girl, yes)
that's our recipe!
Welcome to a lovely
M-O-V-I-E!

Male chorus: Let's go to the movies

Female chorus (same time as guys): We love to go
to RKO
Columbia
Universal

Male chorus: Let's go see the stars

Female chorus (simultaneously): Jack Warner and
Fred Goldwyn and
MGM and Paramount

Both: Dreams of glory,
cast of thousands,
bigger than life.
Bigger than life!
Only happy endings
that's our recipe
So, welcome
to the movies
wait...
and...
see!

lihat: http://www.youtube.com/watch?v=wftKf04N5r0

Maya said...

“ tengku osman said... so bila kita tgk pelem-2 hitchcock, kite spatutnya 'blajar' cara-2 bunuh org tanpa motif atau tanpa diketahui org la ye? lawas balik istilah 'pendidikan' tu Maya, bahya syg! “

"I'm more interested in the technique of story telling by means of film rather than in what the film contains." ~ Ian Cameron

Menonton karya klasik Hitchcock bagi Maya bukan sekadar menikmati jalan ceritanya malah lebih dari itu, Maya melihat bagaimana teknik sinematik estetik serta pekembangan karektor yang dibangunkan oleh Hitchcock memberikan impak besar dalam garapan Hitchcock sekaligus mempengaruhi ‘pop-culture’ hingga menjadi inspirasi pada pembikin filem selepasnya. Sewajarnya penonton yg menonton filem Hitchcock dapat melihat teknik sinematik yang dipeloporinya terutama teknik kamera ‘dolly out, zoom in’ yang diperkenalkannya pertama kali menerusi filem Vertigo (1958) yang kemudiannya ditiru dalam filem Jaws dan Evil Dead II. Begitu juga teknik visual dan audio efek serta tema ‘serangan alam’ yang diketengahkannya melalui filem The Birds (1963) yang menjadi inspirasi pembikin filem kemudiannya dimana kita menyaksikan munculnya filem ber-tema-kan binatang antaranya The Empire of the Ants (1977), The Night of the Lepus (1972) dan The Bees (1979). Maya paling teruja dgn penerapan ‘Mc Guffin’ dalam setiap filem Hitchcock dan paling ketara dalam filem Psycho (1960), Maya juga melihat bagaimana Psycho mempengaruhi filem selepasnya dimana babak bilik mandi dalam filem ini adalah yg pertama difilemkan dan kemudiannya kita dapat melihatnya dalam filem Scream 2 dan Looney Tunes: Back in Action yang kedua2nya difilemkan 20tahun selepas filem Psycho diriliskan. Teknik sinematik dengan hasil kerja kamera mencipta style yang membuatkan penonton terpaku dan ingin menonton sehingga akhir menjadikan penonton kontemporori merasa filemnya relevan dengan masakini dan menjadi inspirasi pada jaguh direktur ‘pop culture’ seperti Steven Speilberg dan Francis Ford Coppola melahirkan filem yang dipengaruhi oleh teknik sinematik Hitchcock.

Secara peribadi Maya melihat pendidikan merujuk pada satu kondisi yang mampu memberikan ruang kesedaran untuk mengembangkan jatidiri melalui sebuah proses yang menyenangkan, terbuka, tidak terbelenggu dan dikekang, tidak kaku dan menegang. Pendidikan tidak terbatas soal benar atau salah malah lebih dari itu meliputi hasrat ingin tahu, eksploratif dan berfikiran kreatif bukan sekadar dibatasi dengan metod satu campur satu menghasilkan dua malah harus boleh melihat kaedah perhitungan yang lain dimana dua darab satu juga membuahkan hasil yang sama. Dalam konteks menikmati filem ‘berisi’ nilai pendidikan dilihat, diterima dan dinikmati secara berbeza bergantung pada kemampuan analitikal kreatif diri individu itu sendiri melihat dimana letaknya nilai tersebut dan menerimanya. Sejujurnya tidak perlu ada ijazah perfileman untuk melihat sesebuah filem cukup dengan melihatnya secara kritis dan terbuka tapi sekiranya penonton mempunyai penilaian seperti yg di utarakan oleh tengku osman maka itulah pandangannya terhadap filem Hitchcock ( yang hanya mengajar cara membunuh) dan seharusnya pandangan peribadi beliau dihormati kerana hanya cara membunuh sahaja yang didapatinya hasil dari tontonan.

Maya said...

Nazim said : "Sedar atau tidak, elemen visual di skrin sinema memberi didikan dari pelbagai sudut antaranya politik dan sejarah di masa lampau (The Graduate (1967)..." You're talking about NOW. So apa fungsi The Graduate masa dia mula2 keluar dulu, as a product of its time? I mean, apa "pendidikan" yang kita akan dapat kalau tgk filem tentang serial killer (Psycho), sociopath (Taxi Driver) dan suicide bomber (Paradise Now)?


The Graduate (1967) is one of the key, ground-breaking films of the late 1960s, and helped to set in motion a new era of film-making.

Ada banyak filem berkenaan serial killer, tak pasti yang mana satu anda maksudkan manakala bagi filem Taxi Driver (1976) boleh dilihat dari sudut sejarahnya sedekad selepas perang Vietnam, krisis Watergate dan perletakan jawatan Presiden Nixon. Maya memberikan contoh filem Taxi Driver kerana karektor setiap watak amat menarik untuk diteliti terutama De Niro dan Foster dari sudut psikologikalnya juga tidak ketinggalan sudut sinematografi. Filem ini menarik untuk diteliti bagaimana kesan peperangan keatas psikologi veteran tentera sama menarik seperti filem garapan John Ford's The Searchers (1956). Bagi pecinta muzik seperti Maya, filem ini merupakan antara filem yang mempunyai kesan muzik yang menyentuh perasaan sama seperti filem Vertigo (1958), North by Northwest (1959), and Psycho (1960), Citizen Kane (1941) dan The Magnificent Ambersons (1942). Filem ini mempengaruhi direktur masakini dan dapat dilihat pengaruhnya dalam filem garapan Quentin Tarantino (Reservoir Dogs (1992)), dan David Fincher (Se7en (1995)). Manakala bagi contoh filem yang anda sertakan iaitu filem Paradise Now (2005) sangat menguji pemikiran kerana kebanyakan dari kita terikat dengan stigma ‘suicide bomber’ dan mula membuat pelbagai andaian yang prejudis serta bersifat peribadi sebelum menontonnya. Sewajarnya tema yang diangkat dari sudut agama, patriotisme dan psikologikal yang seterusnya menjurus penonton berfikir apakah judisfikasi tindakan berani mati hingga mencari kebenaran dengan fatwa yang dikeluarkan bagi pencerahan tindakan berani mati ini. Maya melihat kebijaksanaan lakonlayar Paradise Now merupakan kekuatannya dalam merealisasikan konflik Palestin dan Israel dan ini membantu bagi yang sedang mempelajari ‘language art’ mahupun penulisan skrip. Biarpun sebelum menontonnya dibayangi pelbagai andaian namun Paradise Now berjaya meletakkan dirinya sebagai potret sinematik tentang seorang lelaki berhati waja yang sanggup mati kerana tanahair tercinta dan yang pasti filem ini jauh dari apa yang kita lihat dalam berita dan menyentuh secara mendalami dari sudut psikologi

Kesemua filem yang Maya sebutkan merupakan penilaian dari kacamata Maya yang serba kekurangan dan jahil ilmu perfileman. Maafkan Maya andai ada kesilapan semasa menulis hingga menyinggung mana-mana individu. Kesemua filem yang Maya nyatakan merupakan antara filem-filem yang dijadikan Lesson-Plan oleh ibu dan ayah Maya dalam mendidik maya menerusi kaedah pembelajaran Homeschooling dengan itu pasti cara kita melihat kedalam sesebuah filem tersebut berbeza.

Terimakasih Fadz atas vid yang ditujukan buat Maya. Tkasih semua teman2 blogger.

1.Paul Schrader: Collected Screenplays Volume 1: Taxi Driver, American Gigolo, Light Sleeper
2.Screenwriter: Taxi Driver’s Paul Schrader – Film Comment – March/April 1976
3.Jane Sloan's massive 'Alfred Hitchcock: a filmography and bibliography' (1995, pb).
Andrew Sarris, "The Director's Game", 'Film Culture', Summer 1961, p.76
4.Eric Rohmer and Claude Chabrol, 'Hitchcock', Paris 1957, pp.78, 110-112

Aidi Rahimi Ibrahim said...

hmmm...banyak yg sy blajar menerusi komen komen komen komen komen komen komen komen ni... tq

tumpang lalu lagi, fadz...:-)

kekure said...

apa ni kecoh2..hahaha
next time interview Yusuf Haslam la pulak..dia pun da slow da sekarang ni..

saat omar said...

Hi Maya.....u ni single lagi ke? :D

Anonymous said...

kor nih dah sah ketinggalan ketapi arr kekure..maner ada kecoh kat sini..tu cik maya melawaskan sembelit pak engku dgn nazim!! ..perr pun adik maya, abg yg sentiasa membaca komen adik dapat banyak ilmu..betoi apa yg kor ckp pasal pendidikan tu...kat sini cikgu main transfer jer ilmu tu sebab komen2 jadik gini..kor toksah amik pot..keep sharing kor punya ilmu okay.terimakasih adik maya ..tq fadz.

Anonymous said...

sbg audience,kita tak blajar bidang film studies or whatever they call it...Pendidikan yg u write pjg2 with bibliografi kat atas tu sesuai utk student filem or mak datin yg takde kerja aje...To me as 'penonton biasa',filem bukan hanya utk mendidik,in fact,what is pendidikan actually? Didaktik? If soal medium mengajar & belajar,heck i can learn by reading Mingguan Malaysia or watching Tomok in OIAM.Org yg ada akal 'learn',homeschooling or not,lesson-plan or not...even babies 'learn' by nature.The term 'pendidikan' is too giler general le...

"Secara peribadi Maya sedih kerana tiada lagi filem Malaysia yang mampu menjadi pendidik apalagi sebagai 'propagandis'."

Tiada lagi? Tiada lagi? Tiada lagi? Again u ni kelakar la dik.My God Maya,U dah brape lama stay kat luar negara ni? U tgk filem Malaysia ke tak ni? I learn a lot dari filem-2 Malaysia,big time...U ada internetkan? Try search '10 Tahun Sebelum Merdeka' kat Youtube... Byk lg filem2 M'sia yg bersubtekskan elemen propaganda, tp takut u tak boleh catchup plak, sbb statement u kan:

"Secara peribadi Maya sedih kerana tiada lagi filem Malaysia yang mampu menjadi pendidik apalagi sebagai 'propagandis'."

one more time,

"Secara peribadi Maya sedih kerana tiada lagi filem Malaysia yang mampu menjadi pendidik apalagi sebagai 'propagandis'."

cheers!

Anonymous said...

bila ipt tempatan nak buat satu kursus baru "ijazah kritikan filem"
aku nak jadik kumpulan pertama"!

fadz said...

deen, aku pun aku pun!!

Maya, in a way, i like ur suggestions on Taxi Driver et al.

kekure, ko kenal ke?

aidi, saya pun, saya pun!

fadz said...

Maya, i love u:
"..seharusnya pandangan peribadi beliau dihormati kerana hanya cara membunuh sahaja yang didapatinya hasil dari tontonan."

Anonymous said...

salam alaik.
saudara,
bagaimana ya untuk mendapatkan
contact number En Hassan Abd Muthalib ini ya? saya amat memerlukannya. andai saudara tahu bagaimana untuk berhubung dengan beliau, silalah emelkan kepada saya di: tempoyak_duriankampung@yahoo.com
tq :)

anuar sugarcanetebu said...

to Nazri M.Anuar

yah, agak benar filem-filem prof madya razak mohaideen (sy lbh gemar guna -en razak mohaideen) menarik org malaysia ke pawagam, namun yg menariknya- filem yg macam mana? semua jenis filemkah?atau filem yg ringan dan tiada subtext even text pon...sama2lah kita lihat akan perkara ini...

Anonymous said...

Ini merupakan sumber yang berguna indah yang anda menyediakan dan Anda memberikan gratis tidak ada biaya. Saya suka melihat situs web yang memahami nilai dari sumber yang berguna memberikan kualitas secara gratis. Ini? S yang lama apa yang terjadi di sekitar datang sekitar program.

Anonymous said...

Saya biasanya tidak posting dalam Blog tapi blog Anda memaksa saya untuk, bekerja luar biasa .. indah ...

fadz said...

Anon, terima kasih, siapakah anda???

hans said...

owh
ini rupa - rupanya Pak Hassan Mutalib...
saya baca dari awal sampai habis...
menantikan entry sebegini lagi daripada saudara sebab penuh informasi dan bersifat nusantara...
terima kasih

fadz said...

haha, ingatkan takde dah org yang layan tulisan ni..

Anonymous said...

Great posting. Tidak sabar untuk membaca yang berikutnya:)

Anonymous said...

teeheee you guys ni kena masuk fakulti filem teater dan animasi kot. blaja macam mana nak "baca" film dari lebih banyak sudut lagi. baca komen2 pon dah boleh buat literature review sasanya. hahahaha

bekas pelajar HM ;)

BTW hai en Aidi Rahimi, en saat nak ngorat pulak. haihhh. hahaha :p