25 June 2008

Alasan Kukuh Kenapa Aku Tak Nak Menulis Skrip Melainkan Diberi Pelantikan

Tak, alasan sebenarnya ialah aku malas dan tak ada abiliti nak menulis skrip filem, ya aku mengaku aku bodoh menulis skrip melainkan ianya filem separa lucah, hoho:

Sumber: Filemkita Yahoogroups (aku pun plagiat gak dari emel grup itu, hehehe)

Surat 1 oleh Alexander Ibrahim:
Hello kawan-kawan di Filem Kita,

> > Baru-baru ini saya telah terbaca bahawa Yasmin Ahmad telah 'menyindir' David Teo berkenaan dengan cadangan filem baru syarikat Metrowealth yang dikatakan wujud persamaan idea dengan filem Muallaf. Walaupun David Teo menafikannya, kita harus melihat beberapa perkara.

> > Persoalannya sekarang, adakah segala apa yang ingin dibincangkan di bawah ini secara kebetulan atau David Teo dan orang kuatnya Pierre Andre serta Ahmad Idham memang pernah melakukan plagiat sama ada secara langsung atau tidak langsung atau menciplak idea orang?

> > > Jika kita teliti, sebelum ini juga wujud secara kebetulan mungkin? cerita atau konsep yang sama antara filem Mukhsin dan Tentang Bulan. Malah ketika ura-ura Shamsul Yusof hendak menerbitkan filem Drift, anak buah David Teo iaitu Ahmad Idham dengan pantas telah menerbit dan mengarahkan Impak Maksima. Dari segi idea, sebenarnya Shamsul Yusof telah mengembar-gemburkan idea tersebut terlebih dahulu dan barulah diikuti Ahmad Idham. Namun kepantasan bekerja menyebabkan Evolusi KL Drift seolah-olah mengambil idea Impak Maksima (Kedua-duanya pun bukan original). Malah dikatakan skrip Brainscan21 juga diangkat dan diubahsuai dari sebuah filem animasi hollywood lain.

> > Baru-baru ini juga kita dikejutkan bahawa Pierre Andre muncul dengan filem seram baru Jangan Tegur di mana beliau mengakui bahawa ia merupakan skrip filem seramnya yang kedua selepas Jangan Pandang Belakang. Akhirnya terbukti skrip tersebut juga merupakan skrip orang lain.

> > Malah saya pernah mendengar ini bukan kali pertama Pierre Andre melakukannya. Saya pernah mendapat tahu ada pihak mendakwa idea dan konsep asal skrip jangan pandang belakang juga telah diambil daripada sebuah skrip yang pernah dihantar oleh seorang pelajar kepada Metrowealth. Kecekapan Ahmad Idham, Pierre dan David Teo mengubah skrip tersebut menyebabkan tindakan undang-undang tidak dapat dilakukan oleh penulis skrip terbabit.

> > Sekali lagi, adakah semua ini secara kebetulan? Adakah ini perkembangan yang sihat dalam industri filem? Bagaimana nasib penulis skrip di Malaysia. Segala penat lelah telah dirampas oleh lanun besar industri. Persatuan penulis skrip Malaysia harus mengambilberat hal ini.

> > Minta pandangan kawan-kawan di filem kita berkaitan dengan isu plagiat ini. Terima kasih

> > Alex

Surat 2 oleh http://zainikosnin.blogspot.com:
Hi & Salam

Isu plagiat ini adalah satu isu yang tidak pernah selesai... Orang yang suka memplagiat ini adalah orang yang tidak bijak. Ini kerana mereka tidak dianugerahkan oleh Tuhan otak yang bijak. Oleh kerana kelembapan otak mereka berada di tahap maksimum, ini telah menyebabkan mereka tidak boleh berfikiran kreatif untuk menghasilkan karya yang baik.

Oleh yang demikian, NAFSU mereka menginginkan mereka menjadi seperti orang yang genius macam tuan-tuan semua, ini telah menjadikan mereka bertindak melakukan satu jenayah iaitu MENCURI karya orang lain...

Mereka rasa mereka bijak, tetapi sebijak mana mereka semuanya? Apa yang mereka boleh buat? Berbangga dan bermegah dengan hasil pemikiran orang lain dengan mengaku karya itu mereka punya? Jika itu yang mereka lakukan, sebenarnya mereka itu memang manusia yang TIDAK TAHU MALU...

Pandai di dalam bidang melakukan KEJAHATAN itu bukanlah orang yang bijak... tetapi sebenarnya mereka adalah orang yang tidak tahu menggunakan OTAK. Buat malu saja... Malulah dengan diri sendiri, dengan TUHAN, dengan masyarakat, dengan isteri dan anak-anak... BERDOSANYA mereka ini memberi isteri dan anak-anak mereka dari sumber rezeki yang HARAM...

Di dalam buku Syd Field yang bertajuk Screenplay (kalau tak silap saya) ada cara bagaimana kita boleh melindungi hak penulisan kita. Saya pernah berbincang dengan seorang Peguam berkenaan dengan kaedah tersebut, dan beliau menasihati saya supaya melakukan perkara-perkara tersebut.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut.

Selesai mencetak hasil karya kita, buat satu surat akuan yang menyatakan bahawa karya tersebut adalah karya kita. Buat dua salinan surat. Perlu ingat bahawa surat akuan tersebut haruslah menyediakan ruang di bahagian bawah untuk ditandatangani oleh PESURUHJAYA SUMPAH.

Kemudian bawa karya/skrip dan surat akuan tersebut berjumpa dengan PESURUHJAYA SUMPAH. Minta PESURUHJAYA SUMPAH menandatangani dan cop kedua-dua surat akuan tersebut, dan juga di atas muka depan skrip tersebut. JANGAN LUPA TULIS TARIKH PENGAKUAN DAN PENGESAHAN PESURUHJAYA SUMPAH.

Kemudian masukkan skrip tersebut ke dalam sampul surat bersama dengan SALAH SATU surat akuan tersebut. Satu lagi surat akuan kita simpan. Tulis NAMA & ALAMAT SENDIRI di atas sampul surat tersebut.

Langkah berikutnya adalah pergi ke pejabat pos dan kemudian ambil borang POS LAJU dan pos skrip tersebut kepada diri kita sendiri dengan menggunakan POS LAJU. Simpan resit penghantaran pos itu. Apa yang kita mahukan ialah bukti pengeposan pada resit pos tersebut seperti TARIKH & MASA.

Apabila skrip itu sampai kepada kita melalui pos, JANGAN BUKA SAMPUL tersebut. Simpan ia di dalam keadaan tidak terbuka dan jagalah baik-baik...

Jangan sesekali cuba-cuba buka sampul surat itu. Selepas semua ini selesai, barulah kita berurusan dengan produser dan pengarah atau sesiapa saja.

Inilah langkah-langkah yang saya gunakan untuk melindungi karya saya walau sekecil mana pun karya itu. Jangan bagi orang lain curi fikiran kita... Semoga kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t... Amin... Salam

Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
Surat 3 oleh Zairul Anuar:
Merujuk kepada akhbar Sinar Harian dan persoalan yang dikemukakan. Antara hujah Pierre Andre :
Saya tak nak cakap yang perkara ini kebetulan, tetapi mungkin ‘miracle’. Soal tajuk yang sama itu, saya dah dapatkan penjelasan dari peguam saya yang perkataan ‘Jangan Tegur’ itu adalah milik masyarakat dan sesiapa sahaja berhak menggunakannya. Kalaulah ceritanya sama barulah orang boleh ambil tindakan. Pada saya, cerita ini memang tak sama dan ada kelainannya. Saya dah baca sinopsis skrip yang ditulis Fairuz dalam internet, apa yang saya tahu ceritanya lebih pada hantu dan pocong, tetapi saya pula bermain dengan iblis dan syaitan. Isu plagiat dan mendakwa secara terus terang bahawa seseorang yang terkenal seperti Pierre Andre (P.A) dan Ahmad Idham dan David Teo melakukan plagiat adalah sesuatu yang serius. Keberanian Fairuz untuk terus mempertahankan haknya harus dipuji. Saya akui keberanian saya agak lambat tapi biar ia dikongsi bersama.

Saya telah mengalami nasib yang sama seperti Fairuz, apabila saya mendapati treatment skrip lengkap dengan scene yang pernah saya hantar kepada David Teo mempunyai beberapa persamaan dengan filem Jangan Pandang Belakang. Malah saya telah membincangkan masalah ini dalam filem kita sebelum filem tersebut ditayangkan di pawagam. Sebagai penulis skrip, apabila saya terbaca dalam akhbar rancangan David Teo ingin menerbitkan filem seram dan terbaca sinopsisnya, gerak hati saya dengan kuat menyatakan bahawa ia mempunyai sedikit persamaan dengan treatment yang saya hantar. Sama seperti Fairuz, nama watak utama Darma dan Seri memang digunakan dalam skrip saya. Mungkin satu kebetulan dua nama dalam JBP sama dengan watak dalam skrip saya. Mungkin betul kata PA bahawa ia 'Miracle'. Tapi kalau sudah berlaku kerap kali ia bukan satu miracle lagi. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Bagi menguatkan hati saya, saya terus mencari trailer JPB (ketika itu JBP belum ditayangkan lagi). Sekali lagi, setelah menonton trailer di pawagam, gerak hati saya memberitahu bahawa watak Mak Mah dan PA dalam JPB mempunyai persamaan dengan watak ciptaan saya. Ternyata ia benar. Setelah menonton filem tersebut di pawagam, saya mendapati watak Mak Mah mempunyai persamaan dengan watak ciptaan saya. Jika dalam JPB Mak Mah merupakan nenek yang nyanyuk dan dapat melihat cucunya P.A datang (pulang ke kampung) bersama dengan hantu atau saka. Dalam skrip saya watak Mak Mah sama dengan Usin Gila. Di mana ketika hero (Hisham) pulang ke kampung, Usin Gila menyedari bahawa ada sesuatu yang mendampingi Hisham. Malah Hisham menjadi semakin tidak keruan hari demi hari setelah kematian Datuknya. Dalam JBP, Darma semakin tidak keruan selepas kematian tunangnya. Bagi saya 2 bukti ini sudah cukup untuk menguatkan bahawa sekurang-kurangnya skrip saya telah dibaca dan idea atau konsepnya telahdiambil oleh Metrowealth. (Untuk pengetahuan Darma dalam skrip saya adalah bapa kepada hero (Hisham) Manakala Seri pula ialah heroin kepada hero)Saya juga mendapati terdapat beberapa persamaan scene. Antaranya dalam satu scene selepas menziarahi rumah tunangnya yang telah mati iaitu ketika Darma menghampiri kenderaan, tiba-tiba dia tertinggal kunci kenderaannya dan kembali semula ke rumah. Dalam skrip saya, Hisham yang ingin memasuki kenderaan tiba-tiba teringatkan begnya yang tertinggal di bilik. Ketika mendapatkan begnya di bilik tiba-tiba ada sesuatu yang menganggunya. Dan beberapa scene lagi yang saya rasa telah diubahsuai daripada scene-scene saya. Dalam skrip saya Hisham telah kembali ke kampung selepas kematian Datuknya dalam JBP Hero (darma) juga kembali ke kampung setelah kematian tunangnya.

Saya telah berjumpa dengan rakan peguam saya, beliau menyatakan sukar di ambil tindakan kerana tiada bukti saya pernah menghantar skrip saya kepada David Teo. Saya menghantar skrip tersebut atas dasar kepercayaan bahawa orang yang mempunyai nama besar tidak akan melakukan perbuatan seumpama itu.Satu lagi perubahan-perubahan yang dilakukan dalam JBP mungkin menyukarkan usaha tersebut. paling ketara skrip saya berlatarbelakangkan zaman 50-an, JBP moden. Malah saya percaya jika saya membawa kes ini ke mahkamah, ia akan berpanjangan dan mungkin saya akan disaman semula sedangkan saya tidak ada bukti pernah menghantar skrip tersebut. Satu lagi saya saya juga tidak mencari rezeki dengan penulisan skrip. Cuma saya kesal bagaimana agaknya jika berlaku kepada penulis lain seprti Fairuz.

Kesimpulannya untuk menyenangkan hati sendiri, saya menyatakan pada diri saya ia hanyalah kebetulan dan memang ia satu miracle! dan Pierre Andre memang seorang yang mempunyai kebolehan atau miracle tersebut!

Zairul Anuar

Surat 4 oleh Ajami Hashim:

mmm.. panasss!!!
fyi, saya tgh usahakan 'scriptwriter group' kpd siapa nak join di blog>> http://bicaraskrip.blogspot.com/ <http://bicaraskrip.blogspot.com/>itu saya ambik inisiatif sendiri..

jadi, siapa nak join especially mana2student atau individu yg baru nak mula, kita boleh tolong-menolongbesarkan 'networking'..

pasal isu plagiat, ciplak, ceduk, copy-paste etc tu pd pendapat saya'sukar' utk diselesaikan kalau TAK CUKUP bukti.. so, dpd kitatuduh-menuduh, baik kita pandang ke depan apa yg boleh kita buat utkelakkan dpd terjadi kat batang hidung sendiri..ni cadangan paling senang & murah

>> buat POS BERDAFTAR kpd ALAMAT dirisendiri setiap kali spec-script korang siap dan JANGAN DIBUKA sampaibila2 kecuali ada kes.. lepas tu barulah nak hantar treatment/sinopsisetc kpd mana2 produksi.. cuma!!!.. pesanan saya, sila dekati produksi ygbetul2 korang KENAL siapa mereka?.. siapa yg terima?.. apa jawatandia?.. produser eksekutif ke?.. kerani pejabat ke?.. minta name-card..kalau ada camera-phone lagi bagus snap curik2 ajer pic muka dia! (tu utkdah tahap extreme [:D] )..

sejujurnya, yg paling penting (selain skrip yg bagus giler) ialahNETWORKING!!!.. percayalah cakap aku!p/s: jangan lupa bahawasanya kat mana2 negara pun ada terma 'inspiredby..' lu pikir laa sundri! [:D]

SELAMAT MENULIS SEMUA!!!

Surat 5 oleh Meor Shariman:

salam,

Plagiat. satu isu yang cukup panas. Sebagai penulis skrip Tentang Bulan, apa yang boleh saya katakan ialah projek tersebut tak ada kena mengena dengan Mukhsin kerana ia mempunyai hjalan cerita dan latar belakang yang amat berbeza. Tetapi konsep Tentang Bulan lebih kurang sama dengan filem seperti Children of Heaven atau My Girl.

Secara terangan, apa yang boleh saya katakan ialah TIDAK ADA konsep filem yang original waktu ini. Hampir kesemua filem yang dibuat oleh Hollywood, Bollywood, Korea dan juga di Malaysia menggunakan konsep yang pernah digunapakai. Cuma, jalan cerita dan persembahannya berbeza.

Contoh paling baru ialah filem Made of Honor yang mempunyai konsep sama seperti My Best Friend's Wedding. Kung Fu Panda, sebuah animasi tetapi konsepnya hampir sama dengan filem Karate Kid satu ketika dulu.

Filem Congkak, menggunakan konsep haunted house sebagaimana filem Rahsia, Amytiville Horror dll. Impak maksima/KL drfit, menggunakan konsep serupa seperti 2 fast 2 furious yang meminjam konsep animasi jepun.

Apabila konsep yang sama digunapakai, tidak mustahil akan mempunyai persamaan dalam beberapa babak kerana penulis skrin tentunya secara tidak langsung mahu penonton 'teringat' atau bermain teka teki, tentang sesuatu babak.

Sebagai contoh, filem Apa Kata Hati, ada beberapa shot KLCC yang serupa dgn shot Empire State building dalam Sleepless in Seattle, babak makanan tercampak ada similarity dgn babak Pretty Woman manakala scene nyanyi ramai-ramai mengingatkan kita kepada scene My Best Friend's Wedding.

Pada saya, tidak salah untuk 'meminjam' scene2 tersebut asalkan ia dipersembahkan dengan idea yang berbeza.

Saya amat teruja bila membaca sebuah buku tentang P. Ramlee di mana minda saya terbuka apabila diberitahu, banyak filem2 P.Ramlee meminjam konsep filem2 popular Hollywood dan Bollywood zaman tersebut. Babak2 dalam filem2 P.Ramlee juga ada yang dipinjam dari filem2 luar zaman beliau.

Nasihat saya kepada penulis skrip baru, jika anda menghantar sinopsis atau proposal, sila simpan 'beberapa elemen' penting cerita anda. Hantar proposal secara general saja. Ini kerana, jikapun idea anda diciplak, tetapi yang bakal membezakan keberkesanan dan kekuatan skrip anda adalah 'elemen penting' yang anda simpan itu.

wasalam

meor shariman.

23 June 2008

Pensil(2008)- Sedih Ya Amat

Ya, aku nak buat tapi aku terlalu sibuk nak menulis, tapi dah ada orang herdik aku, aku kena tulis jugalah..

Apa-apapun, sesiapa yang tidak buat apa-apa silalah ke KLPac sabtu ni (28 Jun) kerana ada beberapa filem bebas Malaysia ditayangkan di sana. Aku mungkin tak sempat jika aku perlu jenguk anak buah aku yang masih ditahan oleh keluarga bekas suami adik aku yang zalim. Jadi kalian yang tengok, sila beritahu aku dan buat aku dengki kemaruk, terutamanya Indie Rock Darling, Kurus dan Ciplak (yang lain akud ah tengok, tapi masih berbaloi besar kau tau).

lihat: http://www.urbanscapes.com.my/prog_05.html

Pensil(2008) - Ada empat orang je dalam pawagam dan semua Melayu. Poodah lah penonton India Malaysia yang langsung tak reti nak tolong sedara sendiri. Aku tabik spring sebab M. Subash, pengarah, penulis skrip dan pelakon filem ni berjaya membawa nostalgia filem sakit hati yang biasanya tidak berjaya diangkat oleh Rashid Sibir. Ya, filem-filem melodrama 'noir' yang pernah dibawa oleh Jins Shamsuddin dan Jamil Sulong pada akhir 70-an dan menjadi 'trend' zaman itu (sebenarnya mengambil pakai gaya cerita bangsawan-masyarakat yang dititip menjadi beberapa filem pada era Ampas) telah diberi nafas baru (kadang-kala senafas filem separa realisme Kami lakonan Sudirman itu), mungkin boleh dipanggil neo-weepies (Ayat-ayat Cinta terlingkung di dalamnya). Masalahnya, aku sebenarnya tak suka filem sedih-sedih macam ni (ya, aku mengaku aku menangis teruk tengok filem ni, celaka punya Subash) sebab memang aku cepat menangis. Dan ini yang diperah dan diperah oleh Subash (kelainan Pensil dengan Cheeman Chalai ialah Pensil mengambil gaya manipulasi "weepy" ke dalam ceritanya sedang Cheeman Chalai lebih 'realisme' dan lebih senang dengan aku) yang mana, kadang-kala kita terasa manipulasi tangisan ini terlalu (sememangnya gaya biasa dalam filem sebegini, lihat Love Story, uwek!), lebih-lebih pada akhir cerita ini (walaupun buat aku, klimaks filem ini adalah antara klimaks yang terjaga dan betul).

Satu perkara yang aku suka ialah penggunaan lagu synthesizer yang tidak memekakkan telinga, walaupun ia mempunyai elemen "hah, bahagian ni kau kena menangis". Paling memeranjatkan jika kita melihat filem ini dari kaca mata pascakolonial dan pengidentitian Malaysiana, ada subjektif subversif yang ingin dihantar oleh Subash secara tidak sedar, juga sebenarnya subjektivitinya masih terbuka buat analisa. Kita lihat bagaimana satu sosok India yang di kelilingi Melayu sekali gus 'mengkritik' terhadap tekanan yang dihadapi minoriti (Hindraf) terhadap hegemoni Melayu, tetapi ini dibias baik dengan subjek-subjek yang dibawa Subash, memberitahu "masalah Melayu ialah masalah universal" yang kita cakup di akhir cerita, malah aku terkejut, Subash amat menyintai keMelayuan dan menjadi 'defender' terhadap budaya dan identitinya. Malah, paling mengejutkan, Subash berjaya membawa 'idea' cinta halus yang menyatakan "cinta sebenar tidak akan dilihat oleh manusia yang buta hati"- satu topik biasa dalam sufisme. Kalau kita lihat secara sosiologi, kita mungkin agak 'terasa' dengan sikap Subash memberi 'jalan tiada esok' buat Badrul (lakonan Subash sendiri yang agak mengujakan dan kadang-kala disengajakan manipulasi kesedihannya) di akhir cerita (membuka satu pekung pesimistik terhadap 'perangai busuk' orang Melayu, satu deklamasi perkauman lanjut), tetapi jika kita lihat secara holistik, idea sebenar Subash terletak kepada penerimaan kita terhadap Badrul (di sini terletak penerimaan orang Melayu terhadap bangsa lain untuk di'Malaysia'kan, satu idea plural yang universal, iaitu 'sesaudara semanusia' yang mungkin di salah ertikan oleh rakyat Malaysia yang berjiwa perkauman), keadaan seadanya Badrul dan keinginan Badrul- secara sufi, Badrul itu sebenar-benarnya seorang 'wali', tertakluk kepada mereka yang mengelilinginya untuk menerimanya (Badrul hanya dibawa Tuhan, mengikut ketentuanNya, lalu Badrul pergi sepertimana Dia mahu ia pergi). Menolak Badrul di dalam filem ini semacam menolak rezeki - menolak cinta Tuhan, menolak Tuhan. Itu sebenarnya idea Badrul menghendaki 'pensil' lebih daripada wang di dalam dunia ini (yang pada awalnya aku ingatkan ada konteks seksual, haha).

Ada dua bahagian yang khusus menarik. Satunya ialah pada awalnya, kita lihat Badrul mandi dan memakai baju. Kamera mengikut setiap (atas bawah) gerakan Badrul, semacam 'melakar' Badrul dengan pensil. Kemudian baharu ceritanya dimulakan. Aku suka bahagian pada awal-awal ini kerana Subash benar-benar melakarkan Badrul sebagai manusia yang tabah dan 'keluar' dari kemelaratan yang dihadapinya (tidak peduli akan kecacatannya). Malah yang 'rosak' adalah manusia yang melihatnya 'janggal'. Dan di sinilah bermula 'cerita Badrul'.

Bahagian kedua ialah sewaktu Ruminah Sidek (lakonan yang sangat berkesan, kurang betul kalau FFM tidak memenangkannya untuk tahun ini dengan lakonannya dalam filem ini) mengajar Badrul menulis jawi dengan mengeja "Pensil". Di sinilah kita dapat tangkap (ya, aku menangis pada bahagaian ni sebab sebak sangat, antara babak paling efektif dalam filem ni) rahsia 'hati' dan cinta Badrul terletak dalam rahsia 'pensil' (kaitkan dengan babak terakhir bila Badrul meraung serta babak Badrul mengorek 'harta'nya). Ia bukan saja simbolisme ilmu (dengan pensil adanya ilmu) tetapi simbolisme saat itu saja Badrul 'dekat dengan Tuhan' (Badrul berzikir dengan melakarkan kecantikan dan keindahan ciptaan Tuhan, seperti mana cantiknya larat khat itu membentuk ejaan pensil), betapa pentingnya pensil itu terhadap Badrul sebenarnya.

Pensil sebuah filem yang kecil, kadang-kala impak menangisnya terlalu (lebih-lebih lagi pada bahagaian akhirnya), tetapi ceritanya antara yang terbaik dan sempurna dibuat tahun ini, juga mempunyai cerita 'jiwa' yang tidak selalu kita dapat tonton dalam filem Melayu. Mereka yang teringat akan Tiada Esok Bagimu seeloknya menonton filem ini.

18 June 2008

Dasavatharam(2008) Idea Besar Garapan Sederhana


Sebelum aku mula mengupas filem ni, baik aku taruh beberapa perkara yang aku tak suka dengan hasil kerja Kamal Hassan dalam filem ni:

- Efek khas CGI dalam filem ini gagal dengan besar. Kalau ditayangkan di negara barat, orang hanya akan ketawakan bagaimana 'murah'nya konsep besar yang tak tercapai dibuat dalam filem ini. Di sinilah Kamal dan para produksi harus sedar akan kekuatan prop dan efek khas zaman 80-an yang lebih tampak 'real'nya daripada terlalu berharap kepada CGI. CGI lemah hanya akan menyebabkan filem itu nampak seperti kartun, seperti filem ini.

- Solekan prostetik yang dikenakan buat Kamal Hassan itu buat aku tidak perlu. Daripada ia berjaya meyakinkan kita Kamal Hassan boleh melakonkan 10 watak berlainan dalam sebuah cerita (mengambil idea 10 avatar lahir semula dewa Visnu) telah membuat kita terpinga-pinga dengan solekan prostetik yang amat buruk (malah solekan Erra Fazira dalam Hingga Hujung Nyawa lebih hidup), menjadikan filem ini semacam sebuah perhimpunan topeng Haloween dalam sebuah filem 'Kollywood'. Contoh terburuk ialah watak Guru Jepun di dalam filem ni yang sememangnya suatu watak yang sangat membingitkan kerana wujud dalam cerita hanya kerana ia perlu bertempik "Tsunami!" Kita seakan terasa ditipu bahawa Kamal Hassanlah yang bercakap Jepun/Inggeris. Seakan suara yang keluar itu boleh saja di'dub' daripada suara orang lain kerana prostetik itu sangat 'menipu' mata kita.

- Satu perkara aku sokong Nazim Masnawi. Kamal Hassan tidak perlulah mengikuti jejak langkah Rajnikanth untuk tempelan hero tetapi kembalilah kepada watak manusia yang lebih manusia seperti yang aku tonton dalam Hey Ram, Indian dan Virumandi. Gaya aksi slapstiknya terlalu. Bolehkah seseorang melompat dari tingkat tiga dan tak patah kaki? Inilah baru orang kutuk 'filem k*****'. Aku boleh percaya jika ia keluar dari Hollywood, tetapi filem ini tidak meyakinkan aku 'kuasa dewa' yang Kamal Hassan ada, malah kadang-kadang gayanya terlalu ditekankan, dan suntingannya terlalu laju, kita rasa tertipu. Ini mungkin masalah filem Tamil, tapi jika ia dibuat-buat dengan terpaksa, ia mencurigakan penonton yang tidak mencari eskapisme dalam wayang.

- Memang 'penciptaan' 10 watak ini satu ambisi yang tinggi dan sendirinya memerlukan konsep pembuahan 'dewa', maka epik ngeri ini memerlukan 'kebesaran melampau' watak Kamal Hassan ini yang kononnya 'separa dewa', tetapi dengan mengikat beberapa watak yang boleh saja dilakonkan oleh orang lain (dengan lebih baik lagi) seperti nenek, guru Jepun, pemuda Islam, George Bush(! - paling memualkan, melakarkan Presiden Bush lebih bijak daripada realiti sebenar, lebih baik diambil saja pelakon lain melakonkan) dan pembunuh bekas CIA, filem ini akan lebih bermakna. Dengan mengambil 10 watak ini, pendabik dada Hassan bahawa dia 'universal hero' seakan-akan satu penakrifan yang sangat angkuh "semua aku nak bolot".


Baik, sekarang kupasannya:

Ada sesuatu yang sangat menarik dengan filem ini. Pertama, inilah kali pertama aku menonton filem Kollywood yang berani membawa persoalan kewujudan Tuhan! Ya, aku tahu ada beberapa filem Hindi yang pernah melakukannya, tetapi filem ini membawa persoalan berat ini dalam bentuk yang sangat 'simplistik' serta komerisial. Kedua, kalau mahu membuat filem agama, yang terbaik selalunya datang daripada seorang pemikir ateis liberal, seperti Kamal Hassan (ya, dikatakan Kamal Hassan seorang ateis dan sosialis). Pertama kali aku menonton sebuah filem yang berani mempersoal kewujudan Tuhan (mengambil implikasi ateis) kepada kepercayaan bahawa adanya sentuhan Tuhan terhadap sebab-akibat dan qada' qadar manusia (implikasi teisis). Dan paling mengejutkan, filem ini tidaklah bersandarkan kepada kebenaran agama Hindu sahaja. Filem ini membuka satu cerita 'universal' yang boleh diterima oleh mana-mana agama (serta mana-mana orang bukan agama) bahawa dalam kontreversi persoalan Chaos Theory serta Butterfly Effect, semestinya wujud suatu 'Tuhan' yang menyusun atur hal sebab akibat seluruh manusia itu. Bila anda seorang Hindu, anda akan melihat filem ini dari kaca mata penganut Visnu dan Siva (dalam pertalian saling berantakan anutan-anutan dalam Hindu ini juga dikupas dengan cantik, memaparkan kepincangan fanatisme bukan datang daripada kepelbagaian dewa tetapi kefanatikan pengamalnya), bila seorang Buddha, seorang Jepun (watak Guru Seni Pertahankan diri itu), Kristian (antara watak terkuat dalam filem ini, seorang pariah yang menjadi aktivis alam sekitar beragama Kristian), seorang Islam (kaca mata pemuda Islam campuran Afgan yang dituduh teroris) dan ateis (watak saintis). Ya, inilah filem pluralisme (dan hanya berjaya dibuat di India kerana mereka memahami kepelbagaian dalam kepercayaan agama) yang terlepas daripada kaca mata KDN dan LPFN, siap dapat rating U lagi. Tetapi persoalan (percaya atau tidak percaya) dalam kewujudan Tuhan dan kaitannya dengan pemahaman manusia dalam menggunakan ilmu sains dalam memahami realiti benar manusia menjadikan filem ini mempunyai ambisi sarwajagat yang sangat tinggi.

Ini adalah kerana, idea campuran redemption dalam Krisitian, lahir semula dan karma dalam Hindu-Buddha, Qada' Qadar dalam Islam, saling kaitan yang menggerakkan dunia dalam Chaos Theory, semuanya diikat, dengan mengejutkan, logik dan tersusun. Idea setiap satunya peristiwa mempunyai tujuan tertentu kenapa ia berlaku berjaya disaluti dalam pelbagai anutan, membuatkan idea itu sendiri satu kepercayan sarwajagat manusia yang dimiliki manusia sebenarnya sejak zaman berzaman.

Dan semua idea besar ini digerakkan dengan sebuah plot laju tentang seorang saintis yang mengejar virus yang diciptanya sendiri daripada sampai ke tangan orang yang salah!

Ada beberapa bahagian dalam filem ini membuakkan humanis yang menyentuh, yang kuat dalam mana-mana filem tulisan Kamal Hassan, tetapi dalam filem ini, ia lebih dekat terhadap mata dunia kerana kaitannya dengan Tsunami (ya, kerelevan tsunami dengan humanisme, suatu idea yang sangat besar!), tentang alam sekitar yang dicuri oleh manusia tamak serta kuasa manusia yang memusnahkan diri mereka sendiri. Semua ini diikat dalam sebuah filem lagak ngeri yang kadang-kala terlalu luar dugaan, kita maafkan kerana konsep 'lebih besar dari dunia' yang dibawakan oleh tema filem ini.

Kekuatan lakonan Kamal Hassan boleh dilihat dalam dua perkara: skrip filem ini yang sememangnya kuat, dengan jejak wit yang kalah mana-mana filem Inggeris yang pandai berbahasa (ya, orang India adalah manusia berbahasa yang mempunyai budaya retorik/penfalsafah/debat yang tinggi, seperti mana orang Yunani pada zaman dahulunya, orang India meneruskan tradisi ini. Oleh sebab itu, kebanyakan mereka adalah pakar bahasa, sasterawan, ahli politik [pandai puter belit?] serta peguam prolifik), walaupun aku tidak faham sepatah Tamil/Telegu, dialog bersari katanya sudah cukup buat kita terkekeh, lebih-lebih lagi watak ketua polis, Balaram Naidu yang etnosentrik Telegu. Lihat sahaja babak aktivis alam sekitar, Vincent Poovaragaan berdebat tentang 'perkosaan alam/manusia oleh manusia', idea retorik yang dimajukan boleh sahaja melenyapkan mulut mana-mana manusia puter belit dengan kebenaran dan hujah-hujahnya.

Kerja kameranya pun berani. Babak awal filem ini sudah menandakannya. Shot selari panning dari udara yang bergerak dari luar bumi sampai ke stadium (suatu idea P. Ramlee dalam Semerah Padi) lalu sampai ke Abad ke-12 adalah satu 'high mark' tinggi dalam kerja teknik filem-filem Kollywood. Kuasa epikal dan besar ini di'turunkan' sedikit auranya apabila beberapa efek khas termasuk efek tsunami di akhir cerita tampak 'kecil' walaupun agak sederhana pelaksanaannya. Tetapi begitulah rahsia sinema, kalau mahu mulakan sesuatu, mulakan dengan dentuman Bang! Beberapa shot seperti di bangunan kosong, dengan aksi-aksi ngeri sudah cukup berani meninggalkan konvensional filem aksi, walaupun ia sedikit janggal dan tidak sesistematis atau kemas seperti filem-filem aksi Hong Kong.

Kamal Hassan sudah melakukan sesuatu dalam filem ini. Ini bukan filem terbaiknya, malah kalau dikira tentang lakonan, aku percaya, ada beberapa filemnya yang 'senyap' dan lebih humanis lebih mengujakan daripada melihat ketangkasannya bermain dengan bahasa dalam filem ini. Tetapi idea besar filem ini yang diikat dengan perasaan kepercayaan kepada kebaikan kemanusiaan adalah satu pengiktirafan bahawa Kamal Hassan masih percaya terhadap harapan kemanusiaan walaupun kita dalam era keganasan dan kesangsian leluasa.

17 June 2008

Velekum, Dasavatharam In Theaters Near You


Filem ni sedang menggelegak, ya, dikatakan antara filem terbaik dan terbesar India tahun ini. Aku sudah lama menyukai filem-filem Kamal Hassan (masa aku sekolah menengah, ada minah ni minat kat aku sebab dia cakap muka aku cam Kamal Hassan, punyalah bengkerk aku, tapi selepas tu, aku mula cari filem-filem Kamal Hassan), dan kali ini, Kamal Hassan akan berlakon 10 buah watak dalam sebuah filem berdurasi 166minit! Di BTS Jumaat lepas, penuh kerusi pawagam ni kerana kawan-kawan Tamil kita pergi serbu pawagam (filem Pensil, hasil berjiwa besar anak buah mereka tak dipandang langsung, ironik betul, sapa kata golongan Melayu saja yang tak patriotik), sampai sol-out semua tiket. Beberapa kawan India aku yang nak pegi tengok malam tu ternganga (ingatkan sampai awal) bila dapat tahu tiket dah habis waktu petang lagi. Gila ke tak gila tu? Dan malam ni, aku akan pegi menonton, huhu, bestnya!

pautan: http://en.wikipedia.org/wiki/Kamal_Haasan

16 June 2008

Minyak! Minyak! Minyak!



Kepada kau orang yang memandu kereta, ya aku bersimpati pade engkorang (tak, sebenarnya padan muka, bawak lagi kereta laju-laju penuhkan jalan). Mari kita sama-sama merusuh ke rumah banglo separa mahligai para menteri/ahli DUN/politikus-bisnesman/pelobi kerajaan dan bakar rumah mereka dengan gesolin jika mereka tak tahu nak berjimat. Ya, semua orang tengah naik minyak sekarang. Rakyat marhaen menderita, orang kaya Melayu-Cina-India-Entah tersengih-sengih tengok korang dari bawah di atas tingkap kondominium mereka sambil minum shempeng dan peluk bini/awek/balak dia yang baru saja lepas menghabis duit di Dubai. Isi dunia sedang berdosa dan kita sesama manusia sedang mengimbau zaman-zaman semasa duit yang kurang di poket masih boleh membuat kita tersenyum.


Di sini aku akan tampilkan 10 felem minyak! (ini aku punya, kau rasa kau lagi bagus, kau buatlah) yang penting dalam zaman harga minyak melambung tinggi, agar perasaan nostalgia, ghairah, berahi, hina, benci, muak, sakit hati, seram dan nak muntah kita tentang minyak dapat kita dokumentasikan supaya anak cucu kita sedar kita memang makhluk yang suka menghisap dan menghisap isi dunia. Di sini juga aku tampilkan perasaan ambiguiti dan semangat ekspresionis minyak terhadap kita. Kita dan minyak memang tidak boleh dipisahkan. Kita dahagan minyak. Minyak dahagan kita terdegredasi. Kita sebenarnya satu, bermula dari dalam tanah. Dan tanahlah kita akan berakhir.

10 - Dune(1984)
Walaupun filem ini bukan fasal minyak, filem ini mempunyai banyak metafora tentang minyak dan politik keminyakan. Rempah-malange tu minyak dalam dunia Dune, dijaga oleh segolongan manusia elitis (Eropah-Amerika?), dipermainkan dalam alam niaga oleh para Guild (yahudi?), lalu akan dimiliki kembali oleh manusia yang sememangnya golongan yang 'benar' yang menjaga tanah minyak (hibrid Eropah-Arab?). Minyak juga boleh disedut lalu mencipta satu dadah yang membuka 'rahsia alam' buat manusianya. Patutlah orang yang candu dadah seperti anak orang kaya dok Ara Damansara yang fail di Help University mesti satu hari cuba menghisap dadah gaya menghisap ekzos kereta Wira sendiri. Barulah high betul dan boleh bina altar sembah besar-besar. Ya, perkara ini benar-benar terjadi. Minyak melalaikan syahwat dan membuka daya imaginasi kita menemui dimensi-dimensi yang lain. Kita ialah Mu'adib zaman bila sedar rempah melange (minyak) ialah kita sendiri. David Lynch dan Idral dah buat. Kamu bila lagi?

9 - Sumpah Orang Minyak(1956)
Minyak juga seksual. Deskripsi fizikal manusia, iaitu dalam fragmentasi orang disaluti minyak dalam warna mono hitam putih tidak pernah seseksi ini. Sumpah. Sila perhatikan betul-betul filem klasik P. Ramlee ini tentang vouyerisme dalam dunia Melayu. Dengan dadanya yang penuh berkilat hitam, dan mata putih, tangan berkental-kental, paha membengkak, separa cawat yang menampakkan kejantanannya, perempuan (juga lelaki?) mana yang bila menontonnya tak terasa terusik dan tersipu-sipu malu sedang adrenalin naik kerana fotografi Abu Bakar Ali yang intim-erotis (sentiasa masuk keluar dan laju perlahan, seperti melakukan adegan ranjang) serta runut bunyi menggetar minda? Filem yang menjadi simpanan peribadi setiap tauke stesen minyak di Malaysia. Dan anda turut menikmati erotismanya setiap kali anda angkat nozel itu lalu masukkan ke dalam lubang minyak kereta anda.

8 - Segmen filem "The Raft" daripada Creepshow 2(1987)
My personal favourite tentang minyak yang dibayangkan sebagai hantu laknat. Ada sebuah babak yang menyimpulkan segalanya: Pagi selepas 2 daripada kawan-kawan sekumpulan remaja terbunuh dek sesuatu dalam air paya. Si pemuda dalam keadaan mamai, terlihat si gadis di sebelahnya yang memakai bikini, tangannya mula meraba. Lagu rock getar berkumandang (pada pertengahan zaman 80-an, kebanyakan filem lucah Amerika berlatarkan lagu rock. Rock dan dadah adalah budaya dewa-dewi zaman itu tau Idral), bikini dibuka. Buah dada yang ranum putih dimakan dengan lahap oleh si pemuda. Pemuda naik tegang. Kita juga (kalau tak, korang gay). Si gadis 'mengiyakan' aktiviti pemuda dengan suara helainya. Si pemuda naik nafsunya lalu bergerak untuk mencium si gadis. Bila sampai pada muka si gadis, separa mata dan dahinya sudah dimamah oleh selaput minyak yang menghisapnya. Lalu si gadis menjerit dan menjerit. Adegan cucuk pompuan dalam jamban dalam Psycho pun kalah!

7 - Wages of Fear(1953)
Tidak pernah dalam mana-mana filem pun, dipersembahkan bagaimana manusia, bertekad dan bertungkus lumus dengan darah dan sepenuh nyawa mereka untuk menyelamatkan MINYAK seperti yang tertera di dalam filem ini. Semangat, kesungguhan, titik peluh, semuanya sangat berharga, sangat penting untuk sesuap duit (buat kebebasan) anak-anak penjenayah di dalam filem ini, untuk menjaga komoditi sang kaya supaya tidak rugi. Satu cerita moral yang seharusnya ditonton oleh kita semua. Penuh dengan darah, peluh dan adrenalin. Sampai kuasa minyak, sebesar dan seagung mana pun kalah dengan kekuatan manusia ini. Tetapi (secara sindiran) semuanya sia-sia di akhir cerita hanya kerana ketelanjuran manusia juga. Antara filem terbaik tentang minyak.

6 - Giant(1956)
Aku meletakkan filem ini lebih tinggi sikit daripada filem Peranchis di atas kerana filem inilah yang memperkenalkan JR kepada kita (ya, legenda taikon Dallas itu, walaupun ia tidak berkaitan). Di sini ia dimainkan oleh James Dean sebagai Jett Rink, filem terakhirnya. Antara babak yang mengasyikkan ialah sewaktu James Dean meriak keriangan bila air minyak jatuh ke wajahnya, lalu dia dengan lumuran minyak yang tampak bodoh tapi angkuh berlumba ke tanah si tauke lembu (Rock Hudson sebelum dia dapat HIV+) memaparkan kecantikan wajahnya yang disirami minyak (Orang Minyak hampir kalah dari segi erotisme di sini), mendabik bahawa dia kini ialah tuhan. Memang ramalannya betul apabila kita ditayangkan pula berderet-deret menara pam minyak yang mengelilingi tanah tauke lembu itu. Sebuah filem epikal yang melandaskan kuasa dan pengkhianatan wang dan cinta sebaik cerita-cerita dalam Bible, disaluti tentang kedatangan era baru dengan simbolisme minyak (minyak ialah simbol kedatangan modenisasi abad ke-20). Pak Arab tauke minyak tentu suka filem ni. Well, if there is still oil to be suck out from the ground lah.

5 - Jurassic Park(1993)
Filem ini menampilkan satu idea 'mat jenin' yang fantastik. Apa kata kita buahkan kembali dinasour hidup dalam dunia ini, lalu kita pupuskan mereka semua secara holokos, kemudian kita bina satu sistem yang memproses mereka menjadi minyak asli. Wal-la! Terciptalah regenerasi minyak sedunia!

4 - There Will Be Blood(2007)
Filem ini lebih baik daripada Giant kerana ia mengangkat beberapa isu yang disebut dalam Giant lalu dibawa ke lapisan-lapisan baru. Kuasa agama dan politik sangat memikat dalam filem ni (yang semuanya secara sinikal dijaga oleh kuasa minyak). Buat anda yang kemaruk minyak, melihat babak demi babak bagaimana Daniel Day-Lewis mencedok dan mengepam minyak keluar dari lubang yang gelap sudah cukup memaparkan keagungan, kecantikan dan keerotikan hasil alam ini keluar dari perut bumi yang dirakus-rakus sangat oleh kita. Serius, kesemua babak-babaknya cantik, malah tercantik yang pernah dibikin tentang minyak keluar dari perut bumi. Pembakaran pam minyak pun dibuat dengan sangat alegorik dan impresionis sekali, kita boleh ternganga kerana tahap dewa babaknya.

3 - Duel(1971)
Semua fuelem di atas kebanyakannya tentang minyak per se, kini kita ambil komponen minyak dan kehidupan seharian manusia, dengan ini filem itu lebih manusiawi dan dekat dengan kita (lalu kita faham makna minyak pada kita). Filem berlumba-lumba sudah tentu menjadi filem paling relevan tentang fungsi minyak (adakah para pelumba litar F1 sekarang patut berhenti membuang duit syarikat minyak dengan kerja tanpa faedah mereka?), aku boleh letak beberapa yang baik, dan tentu korang akan letak beberapa, tetapi ibu kepada segala filem lumba-lumba ini perlu diletakkan di bahu Duel kerana filem ini benar dalam menyiarkan nyawa minyak buat pemandu dalam garapan seprimal mungkin. Babak akhir sewaktu minyak hero mahu habis menjawab segala getir sakit kita tentang pemanduan dan keinginan untuk hidup dalam dunia serba menyeksa dan memakan ini.

2 - Maximum Overdrive(1986)
Jika Spielberg berjaya buat kita termangu sebentar tentang nyawa dan minyak dalam dunia moden, Stephen King dalam filem sulungnya (yang paling bodoh dalam kebanyakan senarai para pengkritik) ini berjaya menghantar sebuah idea ekstrem yang mencampur tema Lord of the Flies versi lori dahaga minyak. Bayangkan si manusia terpaksa masukkan diesel ke dalam lori yang hidup sendiri kerana dipaksa oleh lori itu. Sekarang bayangkan semua kereta kita yang dahagakan minyak memaksa kita memasukkan minyak petrol ke dalam tangki mereka dan kalau tak, korang akan dikejar dan dilanggar dek kereta sendiri. Aku menunggu masanya sang marhaen yang memandu van macam nak mampus tiba-tiba dikejar oleh vannya sendiri kerana dahagakan darah tuannya. Untuk efek fantasi dalam diri anda yang mahu membakar semua stesen minyak dalam dunia ini, filem ini boleh menunjukkan caranya. Antara shot tercantik tentang stesen minyak terbakar.

1 - Mad Max 2(1981)
Walaupun aku suka Mad Max 1 dan 3, filem ini menjadi kegemaran alfa aku. Lantas menjadi filem post apocalypse terbaik buat aku. Juga menjadi filem terbaik tentang minyak - proses merampas minyak (sebagai bahan paling berharga dalam dunia waktu itu, dan kini?) secara paling haiwan yang pernah kau tengok boleh berlaku di antara manusia. Ya, mereka menjerit, mencakar, memaki, melanggar, menembak, memarang, meletup, semata-mata kerana rebutkan minyak (dan akhirnya nyawa). Dunia sudah kiamat kawan, dan kau baru nak terbangun? Untuk mengimpakkan alegori anti-minyak filem ini, hero (Mel Gibson) di akhir filem berjalan keseorangan di balik gurun yang datar, bernyawa, hidup, bergerak tekun ke masa hadapan.

Selain 10 senarai mengetop di atas, di bawah ini tertera juga beberapa filem tentang minyak yang relevan buat aku disenaraikan tetapi tidak masuk carta 10:

- Farenheit 9/11(2004): Saddam Hussein, George Bush dan Iraq. Minyak-minyak-minyak! Sama impaknya dengan Three Kings.
- An Inconvenient Truth(2006): Dunia sedang berakhir, dan kita sedang berperang kerana minyak.
- The Last Winter(2006): Sekumpulan korporat minyak menjumpai hantu bawah tanah. Filem psikologi seram. Filem eskapis buat mereka yang bengangkan Esso, Shell dan sealirannya.
- Amityville Horror(1979): Filem ni kalah dalam memaparkan hantu laknat minyak (dikalahkan oleh Creepshow 2 dan Orang Minyak) kerana walaupun menakutkan bila kita tengok hero disaluti minyak dan jadi 'hantu', tiba-tiba dia tak jadi membunuh lalu keluar dari rumah cepat-cepat. Apa-apa pun efek rumah minyak yang meletup bawah tanah cool untuk zaman itu.
- Children of Men(2006): Filem ni takde kena mengena dengan minyak, tetapi ramai watak macam disaluti abu dan minyak. Minyak itu aksesori cantik buat kulit. Filem kiamat mesti tonton.
- Minority Report(2002): Aku rasa zaman ini saja aku akan memandu.
- Five Easy Pieces(1970): Sebuah babak yang cantik tanpa perlu banyak kuasa teknik. Jack Nicolson terduduk letih merenung 'masa depan' sedang tukul-tukul besi sedang mencucuk bumi menyedut minyak. Antara gambaran kebenaran keterasingan manusia moden dalam dunia serba mengasingkan dan mesin.
- Armageddon(1998): Senang, Bruce Wills, Ben Affleck dan pelombong minyak lain seksi. Tapi mereka kalah dengan Orang Minyak.
- Conquerors of The Sea(1959): Antara dokumentari tercantik yang pernah dibikin dalam merakamkan cari gali minyak di tengah lautan luas. Ego lelaki akan naik bila menonton filem ini.
- Fire at the Oil Gusher in Bibi-Heybat(1898): Filem pertama tentang minyak, err, tentang kemalangan sewaktu mengepam minyak. Ngeri kau!
- Dan terakhir, walaupun langsung tidak masuk tema, filem ini ialah antara filem kemanusiaan paling berkuasa pernah aku tonton, malah aku percaya mendiang Lorenzo yang arwah itu ialah seorang wali, tontonilah Lorenzo's Oil(1992) untuk melihat kuasa harapan manusia menandingi segala keperitan untuk secebis harapan Tuhan. Sedikit berita tentang Lorenzo:

Subject of film 'Lorenzo's Oil' dies at 30May. 30, 2008 11:27 PM ET (AP)
The man whose parents' battle to save him from a nerve disease was depicted in the movie "Lorenzo's Oil" died Friday at his home in Virginia, having lived more than 20 years longer than doctors had predicted.
Lorenzo Odone, who doctors had predicted would die in childhood, died one day after his 30th birthday, said his father, Augusto Odone.
Lorenzo Odone had come down with aspiration pneumonia recently after getting food stuck in his lungs, his father said. He began bleeding heavily, and before an ambulance reached their home his son was dead, Odone said.
"He could not see or communicate, but he was still with us," Odone said Friday. "He did not suffer. ... That's the important thing."
Odone was found at age 6 to have adrenoleukodystrophy, or ALD. His doctors told his parents the disease _ caused by a genetic mutation that causes the neurological system to break down _ would lead to death in two years.
The disease leads to the accumulation of substances called very long chain fatty acids in cells, which damages the material that coats nerve fibers in the brain.
Susan Sarandon and Nick Nolte starred as Michaela and Augusto Odone in 1992's "Lorenzo's Oil," which recounted their efforts to formulate the oil they said helped their son fight the neurological disease, despite lacking scientific backgrounds.
Sarandon earned an Academy Award nomination for her performance.
A study published in 2005, based on research with 84 boys, showed that a treatment made from olive and rapeseed oils _ patented by Augusto Odone _ can prevent onset of the disease's symptoms for most boys who receive an ALD diagnosis.
Odone plans to take his son's ashes to New York to mix them with those of his wife, who died in 2000. Then, Odone said, he will sell his home in Fairfax, Va., and move back to his native Italy.
Odone also plans to write a book memorializing his son, "to tell the story of Lorenzo as a way to make him live on."

ps: Aku tengah gila cup cakes. Untuk cup cakes yang sangat lazat, aku dah cuba ada di Bakin' Boys di KLCC dengan harga rm4 seketul. Sedap habis! Mengingatkan aku pada rasa kek masa aku kecik kat Amerika. Ya, Wondermilk pun kalah (oh, tapi sanwic2 Wondermilk sedap).

11 June 2008

Sepi(2008) Sesuatu Yang Indah

Sepi ialah filem ketiga Kabir, skrip oleh ARA dan Mira Mustapha, para penulis dan pembikin filem yang membawakan kita Cinta. Walaupun Kabir mengatakan Sepi sebagai sesuatu yang lain dengan Cinta, semangat dan kebiasaan yang Kabir bawakan dalam Cinta secara formulaik ada dalam Sepi. Ini bukan bermakna ia sesuatu yang buruk, Sepi ialah sebuah filem yang baik sebaik Cinta.

Antara kebiasaan Kabir ialah mengadun lagu-lagu komersial dalam runut bunyi latar filem, bercampur-campur, yang mana menjadi bingit kepada sesiapa yang mendengarnya pada awalnya (malah, pada awal filem ini memang membingitkan). Tetapi buat peminat filem Kabir, mereka sudah 'lali' dengan kebiasaan Kabir ini lalu 'get used' dengan alunan lagu ini pada pertengahan filem. Kebiasaan kedua Kabir ialah memaparkan satu shot melankolia dengan adunan bunyi mendayu (kita perlu menangis, itu permintaan teknikalnya), selalunya berlaku pada pertengahan cerita di mana kita sudah 'sangat kenal' akan watak-wataknya, lalu diberi satu keputusan 'melencong', kebiasaan dalam filem-filem romantik sebegini.

Tetapi apa yang mengujakan aku ialah bagaimana Kabir boleh membawa sedikit jauh tema cinta dan pertalian kali ini. Cerita-cerita Kabir kali ini lebih 'gelap' dan lebih membuak persoalan-persoalan yang lebih matang. Semahu-mahunya, tiga cerita yang diikat menjadi satu dalam Sepi (digerakkan dengan peniruan gaya Gangster Bade Hj. Azmi atau Amerros Perros Innaritu), hanya 'bersatu' dalam bentuk sebuah babak 'initial', satu pelanggaran di tengah jalan (kita faham, antara permainan mengubah nasib atau remenisasi takdir akan berlaku di sini oleh sebab pelanggaran itu), diwakili oleh Adam (Afdlin Shauki), Sufi (Tony Yusof) dan Imaan (Baizura kahar).

Dengan kekuatan emosi hindustannya (hindustan di sini bermakna, memaparkan ekspresi emosi itu dengan seadanya, dan kalau boleh dilipat gandakan dengan gerakan, suara dan cahaya untuk memaparkan 'mood', dan kadang-kala 'mood' yang dicipta ini artificial terhadap latar realiti cerita), Kabir cuba mengangkat sebuah cerita yang mempersoal dan melihat kembali ketentuan, takdir serta pemilihan peluang kedua dalam ketentuan dan takdir. Kali ini, Kabir benar-benar menyeksa para pemain wataknya untuk sesak dalam dunia kebiasaan yang penuh pancaroba terhadap nurani (sudah tentu berkait dengan cinta dan pertalian) dan diri. Sebuah watak yang kelakar dan cool seperti Afdlin pun boleh diseksa secukup-cukupnya. Tetapi, seperti tiga watak yang dipersoalkan diri dan nafsu mereka, Kabir sebenarnya memberi implikasi bahawa, walaupun adanya ketentuan qada' yang diberi Tuhan, ada qadarnya yang boleh diubah oleh sesetengah manusia jika ia mahu menukarnya (sebuah dialog kuasi agama berlaku di tengah cerita apabila Sufi melafazkan: perubahan tidak terjadi jika seseorang itu tidak mahu mengubah diri sendiri), kadang-kala keputusan penukaran itu perlu diusahakan sendiri (seperti buat watak Adam dan Sufi) dan kadang-kala memerlukan seorang (seperti Sufi dan Imaan). Idea ini adalah suatu idea 'sufi' yang sangat halus, memaparkan, dalam dunia ini, setiap manusia mempunyai ujian dan perjalanan yang berbeza-beza dengan orang lain dalam memahami Tuhannya, dan kesemua jalan-jalan itu benar buat manusia yang menjalaninya.

Antara ketiga-tiga segmen dalam filem ini, segmen Adam ialah segmen paling menghiburkan malah paling sempurna. Ini ditolong dengan kekuatan lakonan Afdlin Shauki, Vaneeda Imran serta Nasha Aziz (ya, Nasha Aziz sangat mengejutkan) serta para pelakon pembantu yang lain, tetapi terutamanya Afdlin yang membawa lakonan kelakar-kecewanya yang sangat tetap dengan masa (timely) dan kesinambungannya. Malah, chemistry Afdlin dengan Vaneeda adalah suatu perjalinan yang 'miracle'. Dalam babak-babak bergaduh dalam dapur, kita dapat jumpa sexual chemistry (by of course, Islam Hadhari style) kedua-dua wataknya (Afdlin dan Vaneeda, sila lihat gerak-geri Afdlin yang 'mahukan' Vaneeda) yang jarang-jarang kita jumpa dalam filem Melayu. Malah, Afdlin melakarkan sebuah watak yang sebulatnya lelaki, kuat, kelakar, tetapi boleh retak. Malah budaya peranakan (Adam datang keluarga campuran Cina) yang diangkat sesuai dengan pragmatisme dan keterbukaan watak Afdlin.

Segmen Sufi lakonan Tony Yusof dengan Eja ialah segmen terlemah dalam filem ini disebabkan kurangnya kekuatan Tony Yusof (aku tidak percaya Tony betul-betul menyukai Eja, terjumpa 'fakeness' dalam jatuh cinta Tony) dalam melamar Eja. Tetapi segmen ini perlu kerana 'roh' peluang kedua serta keputusan yang dibuat oleh Sufi seakan-akan melampaui harapan Adam dan Imaan secara spiritual. Sarwajagat dunia Sepi seakan-akan berkata, Jika Sufi tidak melakukan 'keputusannya' (malah, oleh sebab pemanduan kereta Sufi, Adam dan Imaan memikir akan peluang kedua), watak-watak lain dalam dunia ini TIDAK AKAN memilih apa yang mereka pilih (bukan daripada segi realiti masa filem, tetapi daripada segi susunan cerita dalam filem, kita sedar akan ini apabila filem ini seakan mencadangkan di akhir cerita bahawa oleh sebab pengorbanan Sufi, secara spiritual Adam dan Imaan mencapai kebahagiaan dalam peluang kedua mereka di 'dunia'). Malah permintaan Sufi yang 'melampau' terhadap Eja sebenarnya adalah kekuatan 'pemecahan' daripada seksa ketentuan takdir itu. Sebenarnya, antara ketiga-tiga segmen, Sufi yang paling romantis, melangkau kekuatan impian seorang manusia pun dengan keputusan-keputusan yang dibuat olehnya. Di sini terletak roh 'pemilihan untuk berubah' terhadap Adam dan Imaan. Segmen ini juga dipersoalkan kerana dipaparkan Eja tinggal di dalam sebuah rumah yang cantik, sedangkan suaminya hanya bekerja pemandu lori dan bagaimana Sufi mendapat tahu tentang suami Eja (walaupun tidak perlu diberitahu, kita anggap Eja sudah memberitahu Sufi). Lakonan si budak kecil sebagai anak Tony mengingatkan aku kepada Elliot dalam E.T., sangat cute.

Segmen Imaan ialah segmen paling mengejutkan serta banyak mainan 'subtle' (malah, pertarungan spiritual/delusi Imaan menyebabkan Sufi memasuki qada' cerita ini) yang berjaya dibayangkan oleh Kabir. Ini ditolong oleh lakonan bersahaja tetapi kuat oleh Baizura Kahar serta lakonan sederhana Syed Hussain. Memang Syed Hussain tidak begitu menonjol, tetapi ada kejujuran dan kekuatan dalam beberapa babak yang berjaya dibawa olehnya. Malah keputusan yang dibawa olehnya pada 'jawapan' akhir cerita memaparkan ketulusan Syed yang sebenar (sanggup mengejar Imaan walaupun dia seorang buaya), dan ini dipaparkan dengan begitu pesona sekali oleh dua bintang baru ini.

Sepi ialah suatu filem yang indah, suatu filem yang boleh mengisi emosi dan semangat kita yang memerlukan sesuatu dalam hidup (secara subtle, Sepi ingin kita cari Tuhan dalam dunia yang terlalu menyeksakan ini dengan melakukan muhasabah diri). Sepi mungkin tidak akan menang filem terbaik (jika tidak ada lagi yang baik) buat FFM kali ini oleh sebab penurutan tema cinta yang diangkat Kabir, tetapi Sepi ialah contoh sebuah filem yang senang diintip dan dirasa tetapi mempunyai pelbagai lapisan yang indah di bawah aksi dan suara wataknya. Antara filem komersial terbaik Malaysia tahun ini.

pautan: http://sepithemovie.com/

10 June 2008

Once(2007) Permata Lagu Hati


Bagi anda yang pernah duduk bermain piano, gitar atau violin atau apa-apa, atau bernyanyi di sebelah yang tersayang bila memetik atau menghentak kunci piano, anda akan dapat sesuatu dari Once.

Ada sebuah babak lagu "Falling Slowly" di mana Irglova bermain piano dan Hansard bermain gitar lalu mereka bernyanyi. Memang, babak sebegitu sudah banyak yang berlaku dalam mana-mana klip MTV, atau mana-mana video khas seorang bintang membuat rekod, tetapi babak itu, paling persis menangkap segala pertemuan mata, kesatuan suara dan muzik serta perhubungan yang kita tahu akan berlaku antara Glen Hansard dan Marketa Irglova. Seperti mana sewaktu aku kecil, menyanyi di tepi piano sedang adik perempuan aku mengetuk kunci piano, lalu mata kita ketemu dan suara teradun, menggema suasana, hal itu sangat membuak satu penyatuan, dan penyatuan itu berlaku dengan sangat intimasi, sangat peribadi dalam Once.

Once ialah sebuah filem peribadi buat aku. Filemnya soothing, ia tidaklah mementingkan sangat ceritanya (walaupun pembikinan dan pengolahan ceritanya sendiri bagus, terjaga dan bertempat), tetapi ia mementingkan bagaimana aku mengikatkan diri aku kepada dua watak 'tersesat di tengah kota untuk cinta dan pengiktirafan', isi hati mereka (dan ketetapan keputusan mereka) serta bagaimana manusia diikat dengan alam yang di kelilinginya. Once ialah filem yang membuak perasaan dengan menenangkan halwa telinga. Once juga menangkan mata dengan alunan kebiasaan dengan kamera murah tetapi membuak suara benar tentang kota Dublin dengan sejuk musim luruhnya, di mana pada satu bahagian, halwa mata kita akan terusik tenang bila Hansard dan Irglova memandang kejauhan lampar laut Irish di atas bukit yang hijau. Dan di situ, baharu Irglova boleh mengucap sejujur-jujurnya apa yang dia rasa akan Hansard.

Memang, penceritaan filem ini senang kalau dilihat dari sudut penstrukturan. Filem ini hanya terpecah kepada dua bahagaian, bagaimana sekumpulan pemuzik bersatu dan masuk rekod studio lalu merekod lagu (pembuahan harapan anak muda Irish), dan keduanya kisah perhubungan yang baru mahu intim antara dua watak utamanya. Kalau pengkaji filem teliti, mereka hanya akan mencari sebab-akibat yang boleh dikaitkan dengan dua buah struktur tema yang sudah dipilih ini lalu sudah tahu 'konsekuensi'nya (hanya ada dua jalan sahaja). Tetapi itu tidak penting. Yang penting di dalam filem ini ialah bagaimana lagu yang ditatakan di dalam filem membuak 'cerita'nya tersendiri terhadap imej dan terhadap penerimaan penonton (apa jenis perasaan dan keintiman yang ia berjaya cetus buat penerima) - ini adalah satu daripada tujuan estetika dalam filem muzikal, lalu di dalam filem ini, ada banyak 'cetusan-cetusan' ini yang berjaya disampaikan, malah boleh dikatakan, filem sebesar muzikal Dreamgirls pun nampak lewah dengan kebiasaan babak-babak muzik dalam Once.

Setiap nafas dan lirik mata manusia dalam Once ini penting, kerana ia membuak kemanusiaan sebenar dan pembawa cerita sebenar. Dalam diam-diam bahasa pergerakan badan, ia sebenarnya lebih kuat daripada lagu-lagu yang diutarakan (walaupun aku tidak menyangkal kekuatan lagu Hansard, malah menyebabkan aku masih tercari-cari runut bunyinya sehingga sekarang), kerana lagu-lagu itu adalah pembuakan suara hati kepada harapan/desakan/keceriaan/rintihan, sedang yang realiti ialah suara mata dan gerak badan serta hela nafas yang tidak selalu diungkapkan. John Carney berjaya menangkap gerak-geri ini dengan seteliti mungkin, mengharuskan satu perjalinan kebenaran sifat manusia yang utuh.

Seperti yang berlaku pada babak 'gelap' sewaktu ketidaktentuan kita akan Irglova dan Hansard, walaupun 'kita tahu' makna Irglova yang diam dan hanya boleh menangis di bahu Hansard, intimasi yang diam yang berjaya dipaparkan lebih kuat daripada segala lagu dan bunyi yang berlaku dalam seluruh 85 minit filem ini. Kalau kita teliti, di sinilah sahaja babak 'sunyi' yang disengajakan selepas luah lagu dan kata-kata yang keluar daripada watak-wataknya, sebelum dan selepas. Di sini, pembuakan 'lagu' dari isi hati kita benar-benar membuat perjalinan dengan filem ini, waktu di sini, suara hati kita bernyanyi untuk sesuatu yang berlaku. Pembuakan hati kita bukan lagi kerana apa yang akan terjadi terhadap dua watak itu tetapi apa akan terjadi dengan kita dan hidup kita. Di sini, tempat sunyi filem ini ialah titik cerekawala Once. Di sini aku menangis tiba-tiba.

Once sebuah filem yang sangat peribadi buat aku, dan antara filem yang terlepas pandang oleh aku selama setahun lepas. Filem ini banyak membuak perasaan dan sentimentalsiti yang sudah lama aku tidak dapat fikirkan aku ada. Aku percaya selepas Once, orang-orang murung seperti aku memang ditakdirkan untuk zuhud dan seorang, kerana harapan aku (dan seni aku) adalah buat aku dan aku seorang walaupun ia boleh dikongsi, tetapi ia hanya menyentuh orang di luar sana, sekala-sekali.

07 June 2008

HILANG HANDPHONE

Saya baru saja hilang HP.



Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk masa pendek ini untuk tidak memiliki telefon bimbit. Macam orang lama. Jadi sesiapa yang mahu menghubungi saya terpaksa menelefon saya balik di pejabat atau di rumah atau e-mel saya sahaja. Jadi sesiapa tak tahu, well, maaf lah.

03 June 2008

Apa Kata Hati (2008) Ada Cerita Baik


Filem perdana kedua Saw Teong Hin. Memang filem romantik-komedi Saw kali ini, atau lebih dekat kepada sebuah 'chic-flick' ini ada dan kena kepada penjurusan filem-filem segenre ini. Malah, hasil idea Meor Shariman ini bolehlah dibanggakan kerana mempunyai struktur awal-pertengahan-pengakhir yang konsisten, bulat dan mengikut tradisi mana-mana penceritaan filem romantik komedi. Idea wanita urban, dicampur dengan kepelbagaian dan kemakmuran tradisi lwn. moden, serta apa-apa masalah dan isu yang berkenaan wanita Melayu/Malaysia moden disampaikan dengan baik oleh peneraju filem, mewakili (kononnya) segolongan besar masyarakat urban Melayu di bandar (yang terletak pada watak Raja Farah, Dynaz, Awie(!) dan Kartina Aziz).

Ada beberapa perkara subjektif yang 'berani' dan liberal yang dibawa, membuka mata dan sangat memberangsangkan (sekurang-kurangnya buat sebuah filem Melayu). Ini terletak kepada perwatakan Awie yang berkeinginan wanita, Raja Farah yang feminis telus dan jujur terhadap dunia di sekelilingnya (kadang kala disengajakan naif), Dynaz yang melakukan segala-galanya tanpa sempadan tetapi masih 'mempunyai hati', dan akhirnya Kartina Aziz, seorang andartu kekampungan yang berbaur dengan arus kemodenan, mencipta satu suara kampung-urban yang baharu dan terwujud cantik.

Empat watak ini pula diadun baik dengan perjalanan cerita yang 'mencari kata hati' iaitu cinta, satu harapan yang memang menjadi cita-cita klise wanita Melayu/Malaysia dari zaman dahulu hingga sekarang.

Semangat dan percubaan baharu ini yang menyebabkan Apa Kati Hati segar. Lebih-lebih lagi, penghasilan perwatakan yang bulat dan punya psikologi yang terjaga, walaupun kadang-kadang watak-wataknya (termasuk watak sampingan) bergaya sketsa (terdapat sekurang-kurangnya lima watak sampingan tambahan yang mempunyai tindakan-pengaruh tersendiri terhadap empat watak teraju tadi), ini boleh dimaafkan kerana keadaan chic-flic filem ini yang membenarkannya.

Ceritanya senang, campuran What Women Want yang pernah dilakonkan oleh Mel Gibson serta filem Freaky Friday (dalam 'sentuhan magis', adanya kelebihan, adanya sumpahan) di mana Ely lakonan Raja Farah yang tulus, naif dan berhati baik diberi kuasa oleh 'bomoh sakai' lakonan Ac Mizal untuk mendengar kata hati lelaki. Lalu kelebihan, efek humor dan bencana melanda Raja Farah. Di sini, kita melihat bagaimana Raja Farah bertindak pada awalnya terhadap 'kata hati lelaki', lebih memahami sikap lelaki, dan akhirnya memilih jalannya mengikut semangant individual kewanitaan yang dia pegang dan percaya.

Tiada sebarang kejutan yang terlalu, semuanya disusun baik oleh Meor Shariman dan Saw Teong Hin. Malah, beberapa subplot yang kita kira tidak perlu pun dikawal dengan susunan baik agar penceritaannya memberi 'makna' kepada watak Raja Farah. Pun begitu, aku sedikit mempunyai masalah dengan subplot ibu bapa Raja Farah (Harun Salim Bachik dan Ogy, ya Ogy!) yang mana terdapat beberapa persoalan besar yang mungkin boleh dibaiki.

Ketulusan seks dan ghairah wanita yang dibanding oleh watak Dynaz serta Raja Farah merupakan kekuatan sebenar filem ini. Dynaz dan Raja Farah semacam Yin dan Yang, mereka sangat berlainan. Watak Raja Farah jenis percaya terhadap seks selepas kahwin, walaupun kita tidak diberitahu akan ini, sedang Dynaz tidak, dan Dynaz melakukan yang mana boleh terhadap lelaki, maka sebab itu, dia kononnya lebih pakar memahami lelaki luar dan 'dalam', sedangkan Raja Farah mempunyai hati tulus dalam mempercayai ketaatan teman lelakinya (lakonan Farid Kamil yang sedikit miscast). Apa yang menarik, walaupun ketidakupaya mereka berdua mempunyai kesamaan (Dynaz tidak percaya dengan teman lelaki Raja Farah) mereka tidak menggunakan isu ini sebagai konflik, seperti mana yang biasa akan dibuat dalam filem-filem Melayu. Ini boleh dilihat dalam sahutan 'bitchy' antara dua watak ini setiap kali Dynaz atau Raja Farah balik dari dating.

Ada sesuatu dalam runut bunyi Apa Kata Hati, ada beberapa bahagian latar moodnya berjaya mengangkat adegan filem ini, kadang-kala pula ia sedikit kekok (buat aku secara peribadi), mungkin kerana 'suara baharu' yang digemblengkan dalam pembikinan runut bunyi filem ini. Ini terletak dalam beberapa lagu kumpulan Rock filem ini. Lagu "Apa Kata Hati" Jaclyn Victor terkecuali. Masalah ini sebenarnya terletak di atas bahu pengadun bunyi yang buat aku gagal menyelaraskan lagu dan suara dalam filem ini dengan baik. Kadang-kadang kita terasa filemnya terlalu 'diam' dengan dialog, kadang-kadang terlalu muak dengan bunyi-bunyi slapstik. Bunyi-bunyi awal slapstik yang wujud pada awal filem sangat menggoyah pemerhatian, lebih-lebih lagi kerana idea filem ini menyangkal kebiasaan slapstik Razak Mohaideen. Filem ini wujud kerana wit dialognya serta aksi wajah dan bahasa badan pelakonnya, maka efek-efek bunyi terlalu itu tidak perlu.

Masalah kedua yang paling tampak ialah penjagaan 'fluidity' yang mengejutkan, tidak ada masalahnya langsung dalam Puteri Gunung Ledang tetapi membuak banyak dalam filem Saw kali ini. Penggambarannya malas (seakan tidak ada bajet dan dibuat dengan sungguh murah) dan suntingannya tidak ada daya. Kadang-kadang satu adegan itu mengambil masa yang sangat panjang untuk habis, dan penyambungan antara satu shot dengan shot tidak seimbang dna langsung rasa terpotong-potong tanpa konti. Kita boleh lihat kelemahan ini dalam babak nyanyian "Sekadar di Pinggiran" yang sebenarnya mempunyai potensi pembuakan idea harapan fantasi-realiti-muzikal yang mencuitkan, tetapi tidak disampaikan dengan baik. Ini termasuk dengan babak luahan hati Farid Kamil yang telah menyebabkan Raja Farah marah. Ia dibuat dengan sangat lemah, idea 'salah faham' itu tidak sampai kepada penonton.

Raja Farah memeranjatkan aku. Aku maafkan dia kerana kerosakannya dalam Salon, dan kemudian dia hebat dalam Anak Halal. Di dalam filem ini menunjukkan, Raja Farah ialah seorang pelakon wanita yang perlu diperhatikan. Dynaz juga baik, malah antara yang terbaik dalam filem ini. Dynaz mengada-ngada tetapi mengada-ngadanya perlu. Awie buruk, dia tidak boleh langsung berlakon sebagai mat lembut, lakonannya sangat satu sisi. Tiada dimensi langsung. Harun dan Ogy OK walaupun Ogy agak keterlaluan dalam beberapa babak. Yang lain semuanya sederhana.

Apa Kata Hati ada sesuatu. Ia memang tidak sempurna, malah masalah ia memberi tarikan kepada penonton untuk menunggu sehingga ke akhir cerita itu ada, hanya terdapat banyak kecacatan yang menyebabkan aku sedikit terasa hambar. Pun begitu, para pelakonnya cuba sedaya upaya untuk menaikkan keinginan kita menontonnya sehingga habis.

Pra-Tonton: Sepi

Daripada pengarah filem CINTA...



GSC, One Utama, 10 Jun 2008 ...
Yeeeeaay, ada awek misteri mahu menumpang sekaki :)