Maafkan aku, untuk hari-hari kesekian kali ini aku dalam diam sedang murung. Mungkin kerana Rabiul awal mula meninggal, mungkin kerana musim, mungkin kerana aku. Lagu Radiohead dengan melodi dan liriknya "I want you to know, I'm not, coming back ..." asyik berputar dalam kepala (ingatkan aku, aku kena cari album mereka kalau ada yang terbaharu). Aku juga sedang sedih kerana adik aku. Aku harap, esok aku boleh tersenyum melihat awan walaupun kelabu, dan tidak merenung tangan aku, menunggunya terbang.
Di dalam tanganku
seekor anak pipit
rebah
melihat awan
bermimpi terbang
Aku melepaskannya
hanya untuk merakam
bulu luruh
ulna fraktur
lurut semut
sedang sang pipit
tetap melihat awan
bermimpi terbang
temu kayangan.
1 comment:
if u like radiohead then IN RAINBOWS a must have for u...im a hardcore fan of the band :)-saad
Post a Comment