18 April 2008

Filem Pendek KIRI

Kiri sebuah filem pendek arahan DeanSham dan tulisan Tok Rimau. Kiri 'murah', amatur dan ganas, mengambil tempat dalam genre 'balas dendam' yang biasa kita tonton dalam filem Hollywood 70-an tapi bukan filem Melayu. Kill Bill mungkin menolong melahirkan Kiri. Tetapi Kiri adalah kiri dan Kill Bill adalah kanan, tak boleh dibandingkan sangat.
Satu babak yang paling aku suka dalam Kiri:

Sewaktu awek berpelir (Ya, Tok Rimau betul tentang ini, dan ya, kirim salam kat dia, dia memang HOT) menghala pistol kepada pembunuh ayahnya lalu menembak, lalu darah menompok di wajahnya, lalu bila awek tu jalan, si lelaki (anak pembunuh ayah awek) yang menunggang lalu melihat dengan 'asyik' terhadap 'kecantikan' awek itu. dalam pendek: puitis. Ironis: Si lelaki yang 'mencari' awek itu kemudian (semacam drama purbakala lama pula) mencari awek itu untuk menyelesaikan 'hutang darah' yang kita seharusnya tangkap, punya 'ikatan asyik' untuk bertemu awek itu sekali lagi (point dia ialah, dia cari fasal nak jumpa awek tu fasal dia sebenarnya syok kat awek tu!). Perkara ini suatu ikatan-kupasan subtle yang cantik berlaku dalam Kiri. Malangnya, para pemegang watak, kebanyakannya dalam filem ini melakonkan watak-watak yang satu sisi sahaja, tidak benar-benar memahami konteks 'dalam' yang dinukilkan oleh Tok Rimau.

Ada banyak lagi babak-babak yang aku suka. Satu yang paling tampak (dan tidak perlu orang pandai untuk menafsirnya) ialah penggunaan idea-imej Kiri dalam dialog sampai aksi. Ideanya sendiri 'samar' terhadap perjuangan samar awek ayah dan kawan yang membunuhnya, samalah seperti 'samar'nya walaupun terfokus tujuan awek membunuh. Kesamaran ini penting kerana Tok Rimau dan DeanSham cuba merombak pemikiran dan norma masyarakat Malaysia terutamanya Melayu terhadap apa itu kebenaran yang sebenar dalam satu keyakikan/kepercayaan, sampai mempersoal: adakah perjuangan menentang kebiasaan, baik individual atau kumpulan itu salah, kalau salah, buat pihak mana?

Persoalan ini berjaya diangkat dalam Kiri. Secara biasa saja, kita dapat tangkap bagaimana rasional dan semangat jiwa (passion) turun terhadap satu-satu manusia bila satu-satu peristiwa memaksa seseorang 'memilih'. Kalau kita sedar, awek itu sejak 'menangkap' adegan tembak serta kemahuan pembunuh itu membunuhnya telah membuat 'pilihan' secara tersirat. Walaupun ia 'duduk diam' di dalam awek itu, kita sedar ia menunggu untuk meledak. Kita lihat pula bagaimana (secara mengejut, aku tak tahu kalau ada orang sedar) awek itu terjatuh sejadah(?) dan kitab agamanya di tanah. Bila dia sudah besar, waktu itu baharu Subuh, dan ibu awek masuk, sedar awek sudah tidak ada, lalu 'jatuh' terduduk atas lantai. Kita sedar, agama dan suara rasional (ibunya) tidak dapat lagi menahan keinginan 'yang satu' awek itu, secara tersirat suara yang digambarkan di sini bersifat 'kiri' sendiri (manusia menentang halal dan haram ketentuan Allah), dan ini membuat aku angkat topi terhadap Tok Rimau.

Beberapa perkara dalam Kiri yang melemahkan Kiri. Pertama yang paling tampak (aku tidak peduli akan suara kerana kebiasaan suara dalam filem ini biasa buat filem bebas buatan amatur) ialah penggunaan 'layar hitam' yang berkelip terlalu banyak, ia menjejaskan tempo perjalanan antisipasi penonton (walaupun kita seakan mahu rasa ia seakan sebuah 'novel' yang dibelek halamannya, teknik yang sama digunakan dalam filem Sphere, yang juga menciptakan kejenggelan. Gaya ini sangat sesuai dalam beberapa filem, seperti The Thing).

Walaupun begitu, Kiri ialah sebuah filem yang segar, jauh menandingi kebiasaan filem-filem bergerak lembap yang aku kira sudah bosan ditonton oleh masyarakat dalam siaran NTV7 hari Ahad. Walaupun cepat, ada 'seni' dalam Kiri, ada puisi yang berjaya dicetuskan walaupun ianya disampaikan secara amatur. Kiri seharusnya tidak berhenti di sini, ia seharusnya diperluaskan latarnya, gerak ruangnya dan masanya, supaya ia boleh dikongsi sebagai sebuah filem perdana yang benar-benar dapat mengubah segala Impak Maksima dan Castello yang ditayangkan di pawagam sekarang.

ps: Aku takde gambar sebab aku tak pandai tangkap gambar dari video ke web. Aku tuli IT, ya, dan Tok Rimau dan DeaSham tak bagi aku press kit.

14 comments:

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR said...

KIRI ? Sya tak penah tgk cite ni... saya layan Cite GHOST... lakonan Cheryl Samad...u tgk ker ??.. anyway .. U memang ada baca karya saya tu ??? SAM C1G1??? sya bagi 3 episod cite tu... part 1- satu permulaan, part 2- serangan Marian dan part 3 Bank persekutuan... buat masa ini sya tgh siapkan part 2 punya dan disamping tu sya juga tgh siapkan novel fantasi- Lagenda Adamus...
nampaknya saya perlu berjumpa dengan Encik syafizan tu... dan juga u laa.. mana tau u ada tips2 menarik bagaimana menghasilkan satu SF yang terbaik... SAGA Horizon sgt menghiburkan... tahniah Bro...

fadz said...

kalau menghiburkan baguslah.. ulas lah cepat, ehhe, boleh masukkan dalam blog saya:)

terima kasih kerana terhibur dgn SAGA HORIZON.

fadz said...

greeneye, ni filem underground, kalau mahu, kena order dari TOK RIMAU atau DEANSHAM, mereka blogger bintang, tentu terjumpa dlm alam maya serba luas ni..

Anonymous said...

saya pun ada bikin beberapa filem pendek. dah kumpulkan dalam dvd. macam mana nak kirim ke Encik Fadz?

Lily Abdullah said...

Fadz,

Membaca blog anda buat kak Lily punya ketagihan baru - menonton.


OOOO...bertambahlah ketirisan poket kakak ini.

Cuma nonton/baca tapi tidak pandai mengulas. Sekadar mencerna tanpa meluahkan :)

Anonymous said...

satu komen yang melampau utk karya yang payau. Maaf kata2 iklas

fadz said...

anon, erm hantar dulu ke email saya: fadliakiti@gmail.com, kit abincang di sana..

waterlily, marhaban. Kalau boleh kata bagus/tak bagus, itu kiranya dah mengulas, itu kiranya udah cukup lho :)

orgbiasa, aku tak rasa melampau.. Kiri ada semangat, maafle kalau kau tak jumpa, apa filem pendek terbaik tempatan buat engkau?

Anonymous said...

aku dh tgk cerita ni dulu. aku suka konsep dia! walaupun lakonan agak keras, tapi nampak raw.

dh tgk Siri Agak Seram di youtube? menarik juga..

Anonymous said...

Yo dude. Aku taruk ini rebiu Kiri dalam Elarti Dua boleh?

fadz said...

kamarul, opis gua UTUBE kena BAN. Aku nak engok!

Ruhayat, sure bro..! Btw, masih hutang lho ari tuh, tak bayar.. gua dah tukar no, and no u depa kata dah berubah..

Anonymous said...

huhu... yeke. tak silap aku diorang daripada team yg buat cerita 'Kelapa' yg terpilih untuk BMW Shorties dulu tu.

aku rasa lapan kali lagi seram daripada jangan pandang belakang yg agak overrated. (pd pandangan aku la) hehe..

p/s: kalo ko gi cyber cafe ke, ni link dia:
http://www.youtube.com/user/MaxHits

Anonymous said...

utube kena ban? dah cuba youporn?

Tok Rimau said...

1. Fadz, kau mmg terer. Kau tau kelemahan aku dan kekuatan aku. Kau juga boleh baca fikiran aku. Damn, aku kena pakai helmet selepas ini. Macam magneto. Agar pemikiran aku tak dibaca oleh kau.

2. Peminat Fadz, Kalau nak yang KIRI DVD version, sila contact Tok R (tokrimauatgmaidotcom). Kalau kau miskin, kais pagi makan pagi, search kat Youtube (Kiri, Tok Rimau). Nikmatilah versi yang kurang jelas dan kabur2. Kalau kau kau jumpa aku kat stesen LRT, tegur dan minta versi 3GP. Kau boleh tonton Kiri (Awek Berpelir) dalam henpon kau. Ha ha ha.

Anonymous said...

kamarul, thx.. haa, Kelapa tu aku wajib tgk!

Anon, youporn ada ke?

tok rimau, erkkk, well kau pun berani tulis menda2 cam ni, tabik lu!