21 April 2008

Congkak(2008) Bongak


Beberapa perkara menarik tentang Congkak dahulu:


1. Congkak ada Nanu Baharudin. Aku suka Nanu. Nanu adalah antara pelakon hebat Malaysia yang ramai produser bodoh tak nak guna sebagai pelakon utama. Ya, Nanu pernah memang anugerah pelakon harapan(?) di FFM. Jadi aku suka Congkak sebab ambik Nanu.

2. Di dalam Congkak, ada beberapa perkara fotografi yang dibikin Indera Che Muda memaparkan kematangan. Beberapa tangkapan awal, beberapa tangkapan 'feel' dalam rumah, babak-babak suspens, kesemuanya menaikkan semangat "wooohhh.."

3. Ada beberapa babak yang memang sengaja dimanipulasi Pierre Andre dan Ahmad Idham supaya "shock"nya melampaui Jangan Pandang Belakang, dan memang pun, ia berjaya. Yang biasa adalah sewaktu Nanu sedar 'bunyi' mainan congkak lalu dia menegur seseorang di ruang tamu. Satu lagi sewaktu Erynne Erynna melihat jendela di luar (ingat Amytaville Horror yang lama, bukan baru). Babak SERAM paling kuat berlaku sewaktu Nanu pengsan lalu Riezman turun ke bawah kerana terdengar bunyi pelik di bawah. Lalu Erynne Erynna (lakonan baik budak ni) pun turun kerana 'dipanggil' opah. Kejadian selepas itu adalah 'highlight' kuasa seram dalam Congkak.

4. Dalam filem ni, aku dan adik aku tak habis-habis ketawa bila watak Nur'Arina bernama Ely disahut. Ya, itu nama timangan aku. Dan Nur'Arina sangat menjengkelkan. Dia patut belajar banyak dari Erynne. Tapi, ya, lakonan dia kena rasuk sangat REAL! Orang pernah kena rasuk tak elok tengok filem ni.

Jadi, Congkak berbaloi?


Tak. Congkak lemah. Serius. Tak ada benda baru dalam Congkak selain perkara-perkara di atas. Sedih, sebab Pierre sebenarnya boleh membawa lagi jauh cerita filem ini kerana premis dan plotnya menonjolkan ada sesuatu yang menarik akan berlaku. Aku suka dengan pembukaan dewa kayangan yang meminta akan permainan ini dibuat (tak tahu jika mitos ini betul atau tidak), dan konsekuen mainan ini terhadap manusia. Tetapi perkara ini tidak dihuraikan lagi dan mati di situ sahaja (siapa Mak Mah dalam filem ni?).

Satu lagi, watak perempuan yang dijumpai sedang menunggu anaknya di perhentian bas. Kita faham simbolisme syaitan menyesatkan, tetapi apakah fungsinya terhadap cerita? Kalau Pierre mengaitkan lagi dengan cerita dan kisah rumah itu (barulah gothik) dan bukan memberi kita 'false hope' dengan terlalu banyak manipulasi pembawaan cerita (penonton tertanya-tanya tapi rasa ditipu pada akhir filem), lantas memberi satu pengakhiran yang TERLALU SENANG (dalam Jangan Pandang Belakang, ada beberapa orang yang menolong mengeluarkan hantu dalam Pierre), filem ini terus melingkup dalam satu mumbo jumbo yang tidak masuk akal, kering dan entah apa-apa. Kita yang dahulunya rasa 'keseriusan' menonton filem ini, menunggu untuk sesuatu, rasa dipermain-mainkan di akhir cerita. Ya, filem seram sebenarnya 'main-main', bermain-main dengan emosi takut kita dan terhadap apa yang kita tidak nampak. Itulah manipulasi seram dalam filem-filem seram. Tetapi filem ini hanya cuba membuak perasaan seram itu, melupakan judul dan semangat congkak, lalu membuang logik, jadilah filem sebegini. Gaya ini sama seperti I Still Know What You Did Last Summer, bila produsernya sudah kaya, lalu mahu buat duit lagi, buat sebuah filem yang senang yang penuh dengan kejutan tapi sifar dalam kepandaian.

Memang filem ini cuba 'mengajar' sesuatu. Lebih-lebih lagi tentang keluarga, dan kerapuhan figura bapa dalam menyatukan keluarga. Tetapi tema ini pun tidak dihuraikan dan digunakan dengan betul-betul, membuat filem ini begitu rapuh.

Congkak mungkin boleh mengaut keuntungan buat penonton yang mahu 'cheap thrills', tetapi langsung tidak berjaya menarik keinginan penonton untuk masuk lebih dalam ke dalam kemisteriusannya.

6 comments:

saat omar said...

ye, font Congkak dalam poster tu pun tak menarik..haha

Anonymous said...

Abg baru pi tgk cerita ni dgn mem, alahai tak lebih dari sound sahaja yang menterkejutkan, lelain biasa saja. Ada satu part yg sikit saspen iaitu masa hantu tu cok tercongok atas sink kat dapur ..tapi hehehe kain batik mak mah tu baru aaaa ..akekeke ....
Overall, oklah kot cerita dia ni ... hehe ...

Anonymous said...

saat, yeap betul!

abang anon, yeap, suaranya membingitkan. kadang2 (lupa nak letak) runut bunyinya juga mengada-ngada.

sinaganaga said...

>>>Aku suka dengan pembukaan dewa kayangan yang meminta akan permainan ini dibuat (tak tahu jika mitos ini betul atau tidak), dan konsekuen mainan ini terhadap manusia. Tetapi perkara ini tidak dihuraikan lagi dan mati di situ sahaja (siapa Mak Mah dalam filem ni?).

Perasan tak? Pada ending scene ini - ada satu awek sedang mengintai dari kejauhan. Ermmm, cuma subjek terlalu kecil di dalam frame ini.

Anonymous said...

naga, yeap, sedar. itulah ruminah sidek. takde makna apa2 sebab penulis dan pengarah tak berani 'go further' dari situ atau buka 'rahsia'nya.

Anonymous said...

Saya mendengar pengakuan dari pierre sendiri yang pembukaan dewa kayangan adalah sesuatu yang direkanya. Pierre sendiri pernah berkata 'seorang penulis script adalah seorang penipu yang baik' :)