13 June 2007

Perca-perca Filem Jun 07

Waris Jari Hantu (2007)

Selepas menonton filem 'melodrama-fantasi' ini, aku berkata kepada Nickxander, "What the f*** was that all about?"

Satu lagi kata seorang pengarah Hollywood mengingatkan aku kepada pemilihan pelakon dalam pembikinan filem ini: "The queers act straight and the straight act as queers, I just love it when we change genders."

Masalahnya, 'percubaan' ini gagal (aku tak boleh bayangkan Zahim al-Bakri menyukai Maya, dan Maya menyukai 'Ari').

Tonton filem ini HANYA jika anda mahu menonton kehebatan lakonan Azean Irdawaty, dan sebuah filem Melayu pertama yang berani membawa kehadapan isu hak asasi kaum mak nyah dan gay. Kalau tidak, jangan dekati filem ini.

Freedom Fighters (2007)
Aku suka filem ini. Aku pinjam daripada Kekure. Sebuah filem yang penuh inspirasi daripada siri filem-filem guru berdedikasi tinggi terbitan MTV (yang dahulu, sebuah filem lakonan Samuel Jackson yang juga bagus). Lakonan Hilary swank sangat menyeronokkan. Ceritanya senang, kerana formulanya sudah dibuat oleh Sidney Potier, tetapi yang penting, filem ini ialah filem 'daripada kisah benar'. Kalaulah pembikin filem kita boleh membikin filem 'cikgu' dari kisah benar sebaik ini. Sebuah filem yang patut ditonton oleh bangsa semenanjung kita yang masih kuat jati perkauman mereka.

Pocong 2 (2007)

Sebuah filem yang sangat mengejutkan, datang daripada pengarah filem Apa Ada Dengan Cinta. Walaupun beberapa tempat filem ini 'ridicolous' (duduk di tengah hutan tak pernah orang tegur?), tetapi 'idea' dan dunia yang dibawanya sudah cukup kuat membuat filem ini sebuah filem seram yang baik dari Indonesia. Ada beberapa 'scare' yang sungguh pandai dan masih memberi kita hiburan. Sila lihat teknik yang digunakan dalam filem ini, sangat efektif (suara latar yang tidak ada langsung sehinggalah filem ini sampai pada 3/4 ceritanya, mainan penggambaran kamera tangan, hantu tanpa CGI). Walaupun idea 'Ju-On' (balasan dendam kepada orang lain yang tidak berdosa) diambil bulat-bulat daripada budaya Jepun, filem ini berjaya mencipta 'apa-kenapa'nya yang tersendiri dan logik terhadap bahasa filem seram filem ini. Sebuah filem seram yang tidak boleh dilupai.

The Last Mimzy (2007)
Sebuah lagi filem yang mesti ditonton. Filem ini benar-benar mengingatkan aku kepada memori aku menonton E.T. Filem ini ada 'charm' yang sebegitu, lebih-lebih lagi dikuatkan dengan dua pelakon kanak-kanak yang handal dan sangat 'heartfelt', kau akan teringat Elliot dalam E.T. dan Dakota Fanning. Lagu daripada Howard Shore juga menarik. Paling mengejutkan aku, filem ini ditulis oleh Bruce Joel Rubin, penulis filem Ghost dan Jacob's Ladder, lalu kita faham elemen-elemen mistik ketimuran-Buddha yang kuat dalam filem ini (alam ini satu kitaran yang musnah dan terbina semula, tidak pernah berhenti), walaupun filem ini sebenarnya sebuah filem fiskyen sains yang sangat baik. Malah, bebeberapa 'mesej' dalam filem ini telah meninggalkan kesan tentang kepentingan wali-wali Allah, di mana kata-kata mereka yang benar itu (di sini, simbolnya kanak-kanak yang tidak kotor lagi dengan menipu) tampak pelik dan tidak masuk akal pada orang lain. Filem ini semacam mengajar tentang keimanan yang mana, ramai manusia sekarang terlalu skeptik dan rasional, sedangkan di dalam filem ini menunjukkan, dalam kerasionalan, perlu ada sedikit keajaiban.

Emil Emilda
Semalam baru aku ada masa untuk menonton siri drama ini di TV3. Semalam juga, siaran 42 sedang menyiarkan She-Devil, dengan lakonan Meryl Streep yang sungguh sofistikated (bayangkan kata-kata mengarut seperti "Bob is a very beautiful name for a man" diluahkan oleh Meryl dengan penuh bersungguh dan memancar, ia tampak kelas). Tetapi dalam masa setengah jam (diselang-seli dengan iklan TV), aku boleh terpaku dengan tayangan episod Emil Emilda semalam, She-Devil tidak aku tonton sepenuhnya. Emil Emilda suatu gaya baharu dalam drama TV kita. Dialog-dialognya 'crispy' semacam filem-filem Hollywood tulisan I. A. L. Diamond dan siri-siri drama Korea. Masalah aku hanyalah pada lagu latarnya dan beberapa pelakon yang melakukan 'overkill' (disengajakan), malah sudah terlalu 'typecast'. Tetapi, rata-rata pelakon utamnya sangat kuat, terutamanya Sharifah dan pelakon baharu itu, Aaron. Paling penting, walaupun filem ini 'menipu' (susah mahu dipercayai, kahwin kontrak wujud dalam budaya kita), ia jujur dalam penipuannya dan mampu membuat kita mempercayai dunianya yang 'cepat'. Paling penting, ia laju dan sentiasa memberi 'apa selepas itu', suatu perkara yang kurang dibikin oleh pembikin drama Melayu kita yang lepas-lepas. Selepas siri drama Dunia Baru, drama-drama sebegini boleh saja melakarkan pembaharuan yang ditunggu-tunggu, memberangsangkan dalam drama kita.

9 comments:

Anonymous said...

Fadz,
Emil Emilda tu ada sentuhan Rash ...

kekure said...

tunggu le pas u tengok elizabeth1..sure tak tidur mlm punya hehehe

Azuan Zameer said...

suka komen kau tentang waris jari hantu. citer tu really ridiculous!, sinematografi cantik tang memula jer, pas tu out, cam tengok filem guna telefon berkamera jer, kesinambungan berterabur, takde hala tuju. loghat minangnyer bercampur antara loghat minang kat sini ngan loghat asal kat indonesia sana...

queer?, ok, i got that!!!... huhuhu

emil emilda? polos tapi bermakna...

Ajami Hashim said...

Salaam fadz..

..sori dah lama senyap coz aku giler kuasa kat blog lagi satu..

ajamihashim.blogspot.com

btw, kali ini aku 1000% setuju dgn komen pendek+padat+sendat+str8act psl WJH.. kau tunggu review aku plak coz aku baru tgk semlm.. jiwa+raga+zahir+batin aku tersiksa nak ngabiskan tgk!..

Ajami Hashim said...

btw.. nx timem nk ikut aku gi emil emilda on location tak?.. bleh kau tanya direk dgn ezat.. mau?

fadz said...

ajami, boleh kot...tapi pengarah bagi ke kacau set? maaf, aku masih teringat Director Ahmad Misbun dlm Seniman Bujang Lapuk.. "Oh, kau mau datang rosak ini gambar ya?"

zubin said...

I must thank Ajami for posting komen thementallydisturb kat cinema malaysia yahoo group, bagus betul komentarnya, apalagi tentang waris-waris saka dalam kalangan orang minang. You must read. Hari tu kau dah miss tgk my performance kat pelancaran pameran pak samad kat galeri petronas, this time u must not miss my first written play kat stor teater pada 22-22 Julai, Selipar Jepun, ada isu mak nyah dari Kota Bharu dan Singapura, mesti datang okay!

Edd Vedder said...

Freedom Fighters? Bukan Freedom Writers ke..?

..Sorry la fadz. Aku kan nitpicker.

*lari*

fadz said...

Hahha, ed, dan aku suka jahanamkan nama judul filem org, mu8ahahahahah