27 June 2007

Filem Terbaik 90-an: The Exorcist III


Aku dalam mood bosan aku. Dalam beberapa minggu ini, dengan demam, permintaan menonton wayang, bicara ilmu, baca puisi, menonton filem dengan Kekure dan adik aku, Shana, aku sedar bahawa hidup aku tidak membawa prestasi tinggi yang sepatutnya, baik dunia atau akhirat. Tetapi mungkin aku perlu bersyukur bahawa aku tetap 'mundane' dalam takdir ketentuan kewujudan aku.

Ok, dengan melalak bukan-bukan, aku sudah menonton beberapa; Antara Dua Darjat (aku teringat tulisan melodrama noir aku dalam Nativiti, dan filem ini sebuah contoh), alone (bad bad bad, campuran A Tale of Two Sisters dan lagu Rosemary's Baby, tapi awek dalam filem ni kau nak main saja puting dia, dan gambar filem ni cantik), Hot Fuzz (Hot Fadz, need i say more?) Shrek 3 (bad bad bad), Notes on A Scandal (ahhh, Judi Dench dan Cate Blancett, f*** me almighty! Gawrrrr..!), Mini siri Battlestar Gallactica (pada sci-fi geeks, cinemax bulan ni sci-fi, ahhh yaaaaaghhh!), Elizabeth 1 (Mesin bintang Hellen Mirren. Ceritanya agak lembap tapi aku nangis gak pada akhir episod 1), Rome 2 (Oh yes, oh yes! Tapi banyak sangat potong!), Diva (no, i didn't attend the premiere, i was sick) dan entah apa-apa lagi yang aku tonton di astro sewaktu aku demam panas.

Jadi aku malas (sori Kekure, my review on Elizabeth 1 won't happen) nak menulis ceritanya. Tetapi, biaqlah aku tulis sesuatu tentang The Exorcist III, filem pertama dalam senarai filem seram dan filem kegemaran aku (ya, inilah filem kegemaran aku no. 1 secara peribadi) sepanjang zaman sebelum Imam Mahdi a.s. keluar.


Kembali Masa Budak-budak


Anak-anak. Zaman-zaman dahulu, anak-anak sekecil aku boleh menonton filem seram di pawagam. Aku dahulu PALING BENCI filem seram. Aku selalu dipaksa oleh kedua-dua abang aku untuk menonton filem seram. Mereka selalu ajuk, "Kalau kau tak nonton filem seram, kau bukan lelaki." Mereka memang gila.

Sewaktu aku berumur 3 tahun, aku dan sekeluarga tinggal di Pensacola, West Florida, AS. Sebuah rumah kecik tetapi punya Cable TV semacam Astro korang sekarang lah. Waktu malam, siaran kabel ini akan menyiarkan filem-filem seram, dan waktu itu, Salem's Lot ditayangkan. Mak aku tak bagi kami anak-anak kecil menonton. Tetapi Abang Cho dan Angah aku curi-curi nonton, lalu petang itu selepas sekolah (dulu, kita masuk nursery, abang aku pulak masuk kindergarten), deme pegi cerita seakan pertama kali menonton sebuah filem lucah.

Perangai menonton filem seram mereka ini terbawa-bawa balik ke Malaysia. Bayangkan waktu sampai pertama kali ke kampung atuk aku, TV sedang menayang Pendekar Bujang Lapok sewaktu 'hantu Jepun' keluar kubur. Aku merengek lagi! Tapi kedua-dua abang aku seronok dengan mata terbeliak di depan kaca TV.

Semacam, memang, filem seram sudah menjadi takdir aku.

Pada masa aku 5-6 tahun, abang-abang aku dah pandai sewa video di kedai video Kajang. Apa lagi, mereka pinjam video filem-filem menatang tu lah. Yang aku, waktu tu, pilihlah filem seperti Krull, Superman 3, Supergirl, Sesamee St, Donald Duck dan E.T., yang mana memang abang-abang aku kutuk 'filem pondan'. Dalam kesemua koleksi video tu, ada satu video yang abang aku pinjam berminggu-minggu: ALIEN. Bayangkan, abang Cho aku pasang 8 kali pada setiap hari dia balik sekolah, dan yang paling menyakitkan, dia paksa semua adik-beradiknya untuk menonton sama (mak ayah tak boleh). Aku jadi trauma waktu tu. Sampai mengigau tak tentu fasal, sampai abang aku bawak balik video tu ke kampung supaya sambung menonton filem tu selepas waktu malam.

Malam tu aku meraung tak nak tidur rumah atuk sebab bunyi dengung angkasa filem tu dah buat aku histeria, lalu aku dibawa tidur ke rumah Mak Bibi aku di belakang rumah atuk. Abang aku sangat marah dengan aku kerana tak 'join the club'. Lalu, setiap kali bapak aku nak ajak menonton filem, abang aku akan paksa bapak aku menonton filem-filem seram.

Aku masih ingat bagaimana aku akan sentiasa pandang ke belakang atau menyorok bawah bangku bila menonton Poltergeist, Gremlins, Evil Dead 2 dan bermacam-macam lagi. Pernah, bapak aku mahu menonton Mekanik, kerana kawan baiknya, Mansor Puteh mengatakan filem itu sebuah filem Melayu yang bagus. Aku pun turut menyokong mahu menonton filem tu. Tapi, abang aku paksa bapak aku menonton Amytaville Horror 2: The Posession. Abang aku menang, lalu kami semua menonton filem tu, sehinggakan dari awal filem itu sehingga akhir, aku hanya memandang ke belakang dinding pawagam yang berprojektor sedang yang lain memandang ke depan.

Pada suatu hari, abang aku telah menonton sebuah filem yang dia rasakan, 'filem seram terbaik yang pernah saya tonton'- John Carpenter's The Thing. Semua adik-beradik aku sudah nonton, hanya aku yang tidak mahu, lalu abang aku paksa nonton sorang, jadi sewaktu aku nonton, dengan berdegup kencang aku menggeletar. Untuk satu minggu, aku jatuh demam.

Mungkin betullah orang kata, oleh kerana kaumemaksa diri kau akan sesuatu yang kau tak suka, ia akan menjadi satu ketagihan. Pada masa aku 8-10 tahun, aku mula berjinak-jinak menonton filem seram, walaupun aku masih penakut. Masa itu, aku menonton sebuah filem ini bersama adik aku, Shana di dalam sebuah pawagam kosong di Federal Chow Kit (arwah atuk aku menghantar kami ke sana)- The Exorcist III. Filem itu satu revelasi. Selepas itu, aku ketagih terus, aku jadi semacam rama-rama keluar kepompong. Aku jadi penggemar utama filem-filem seram.

Waktu itu, aku tak kenal lagi William Friedkin, filem pertama Exorcist atau Linda Blair. Adik aku Shana mengatakan dia sudah menonton filem pertama, maka dia tahu selok-belok filem sekuel yang kami nonton. Malah, adik aku telah meninggalkan aku di dalam dewan Kelas Pertama, lalu duduk nun di depan barisan tempat duduk, sedang aku menggeletar di barisan belakang. Tetapi, untuk pertama kali itulah, filem seram, atau Exorcist III telah membuat tanda keramat terhadap diri aku. Sebuah filem yang membuka segala minda aku tentang apa dia untuk merasa seram dan menyeramkan tanpa terlalu menunjukkan hantunya, dan bagaimana sebuah cerita drama berkuasa kerana watak-wataknya. Filem itu meng'exorcised' keinginan aku. Malah, selepas itu, aku telah menjadi 'the official walking dictionary on horror films' dalam
keluarga aku sehingga sekarang. Dan semuanya bermula selepas menonton filem ini.



The Exorcist III (1990)

Setelah beberapa tahun menonton filem ini, menontonnya hari ini masih belum melenyapkan rasa takut yang berjaya ia paparkan beberapa tahun dahulu. Paling penting, sebelum edatangan Se7en, Silence of the Lamb, Twin Peaks, filem ini yang terdahulu memperkenalkan pembunuh bersiri, 'psychology thriller' dalam pencarian pembunuh dan detektif-CSI-polis dalam sebuah filem seram.

Suatu lagi yang perlu diketahui, filem ini sebenarnya bukan versi filem yang diingini oleh William Peter Blatty, pencipta The Exorcist dan pengarah filem ini. Versi yang sebenarnya mengikut novel yang diadaptasi, Legion, di mana akhirnya, syaitan 'menang'. Perkara ini telah merunsingkan para penerbit filem lalu sebuah adegan 'exorcist' dimasukkan, berserta seorang 'paderi' baru, Father Morning lakonan Nicol Williamson. Adegan ini dikatakan oleh orang ramai, termasuk Blatty sendiri sebagai 'entah apa-apa' dan faktor sebenar filem ini 'jatuh dari rahmatnya'. Tetapi buat aku, walaupun babak ini memang tidak masuk akal malah merosakkan kesinambungan filem ini, aku suka benar dengan babaknya, hanya kerana ia antara babak 'exorcist' yang di'hype'kan sehingga peringkat yang teratas, mengingatkan kita kepada sajak Paradise Lost tentang bentuk neraka dan roh manusia yang diperangkap Iblis. Malah, menontonnya lagi sekali dan lagi sekali, ia taklah seteruk mana pada pengikatan jalan cerita, malah membawa persoalan baharu (walaupun jawapan yang paling tidak logik terhadap struktur filem) bahawa Kuasa Tuhan berjalan dalam bentuk yang paling misteri. Mungkin kalau pengarah menambah lagi beberapa babak di mana Father Morning diberi 'ikatan' kenapa dia perlu mengeluarkan iblis dalam badan Father Karras dan bagaimana dia tahu Father Karras di dalam sel hospital, filem ini mungkin lebih ketat ikatannya (walaupun, sebenarnya, lebih memanjangkan jangka masa filem ini). Walaupun begitu, 'deus ex machine' Father Morning (siap dengan satu adegan di mana 'Tuhan' menembak satu cahaya ke sebuah salib, lalu 'menggerakkan' Father Morning yang sudah 'separuh' nyawa) adalah antara keseronokan menonton The Exorcist III.

Filem ini bermula dengan 'mimpi', satu gaya yang memang aku sangat-sangat suka dan sentiasa cuba guna dalam tulisan-tulisan aku. Dalam filem-filem Blatty (atau novelnya), mimpi itu penting. Adegan mimpi sebuah filem selalu dikaitkan dengan surealisme. Sureal Blatty tidak sama dengan surreal Lynch. Dalam filem-filem Lynch, mimpi itu sendiri satu dunia di mana watak-wataknya berinteraksi dengan latarnya, secara langsung atau tidak. Di dalam filem Blatty, adegan surrealnya adalah tanda atau alamat bagi watak dalam dunia 'real' filem itu.

Kalau ditontoni The Exorcist, adegan mimpi Karras, kita akan memahami, secara psikologi, suara hati peribadi Karras, dan secara rohani, satu 'tanda masa depan' yang akan dilalui oleh Karras.

Begitulah juga dengan adegan awal The Exorcist III (ada dua buah adegan mimpi) di mana, dalam adegan pertama ini, kita sedikit samar-samar, siapa sebenarnya yang mimpikan adegan ini (ia mungkin Father Dyer, atau Karras sendiri yang 'terbangun' daripada kakotaniknya).

Yang penting, adegan ini juga 'mengikat' adegan mengaib alat suci gereja yang ada dalam filem pertama (patung Mary diletakkan batang pelir). Ia juga memaparkan, syaitan, dengan penuh dendam, ingin berseteru dengan musuhnya sekali lagi, Tuhan. Membanting pintu gereja dengan kuat, dan masuk ke dalamnya menunjukkan 'kuasa' yang berjaya syaitan simpan selama ia dipasung di bumi untuk bergaduh dengan Tuhan, sehinggakan ia berani memasuki tempat suci dan berdepan dengan Tuhan (altar, patung salib Jesus Christ). Adegan berkuasa ini tidak berakhir di situ. Kita mula melihat, seakan ada orang berjalan (Father Karras), dan melihat seorang budak yang takut-takut, dan kemudiannya seorang budak yang menghalakan sekuntum ros, lalu kita dengar suara Karras berkata: "I have dreams ... of a rose ... and of falling down a long flight of stairs." Sedang itu berlaku, kita sedar bahawa orang yang bermimpi itu jatuh bergolek di tangga yang terkenal dengan nama Hitchcock Stairs.

Kesemua adegan ini, kita memahami, membuka idea utama filem ini, bagaimana seseorang yang dirahmati boleh 'jatuh' (idea sebenar filem ini), idea membunuh diri (seorang doktor sakit jiwa membunuh diri dalam filem ini, juga ikatan dengan persoalan Karras yang memberi jiwanya dirasuk oleh syaitan itu dalam The Exorcist, di mana sesetengah orang melihatnya sebagai pembunuhan diri yang mulia, sesetengah lagi melihatnya sebagai satu keberanian yang bodoh) dan keinginan syaitan terhadap Tuhan dan manusia.

Sebuah lagi adegan mimpi yang kuat, juga ikatan kuat dengan adegan mimpi The Exorcist (tasbih jatuh- kononnya simbol kematian paderi, di dalam The Exorcist, Father Merrin dan Karras sendiri, di dalam The Exorcist III, Father Dyer dan seorang lagi paderi), dimimpikan oleh Kinderman. Di dalam adegan ini, Kinderman bertemu dengan Dyer di mana Dyer mengatakan "Saya tak bermimpi, Bill". Ini menguatkan lagi idea Blatty bahawa, mimpi bukan sahaja alam pra sedar manusia yang mana, Tuhan mahu menyelitkan tanda dan alamatnya kepada manusia (dan di sini, untuk penonton), tetapi juga alam mistikal yang mana manusia boleh 'menyentuh' mistik dan misteri Tuhan (atau syaitan). Bila kita menonton adegan ini, kita memahami lagi kealiman pengarah filem ini terhadap agama Nasrani, dan sememangnya filem-filemnya, mempunyai tahap kerohanian dan persoalan falsafah tauhid yang tinggi.

Adegan-adegan pembunuhan dalam filem ini juga dibuat dengan sangat 'subdued', sangat 'samar-samar' dan 'tidak berlaku di depan mata', menguatkan idea 'less is more' yang dipegang oleh Jacques Tourneur. Malah kuasa seram dalam filem ini sebenar-benarnya terletak kepada dialog filem ini yang keras, kuat dan kadangkala sangat humor (malah, kebanyakan adegan pembunuhan digrafikkan dengan pertuturan pelakon tentang cara mereka dibunuh- gaya yang diikuti terus oleh beberapa pengarah sekarang).

Satu contoh yang paling baik, adegan koridor hospital di mana jururawat Keating (memakai baju sejuk merah- simbol kebaikan, 'innocence' dan rahmat yang boleh juga dikaitkan dengan perempuan berkot merah dalam Schindler's List atau Little Red Riding Hood. Malah, Keating sebenarnya 'turning point' yang memaparkan, Gemini Killer boleh saja membunuh sesiapa yang dia mahu secara random tetapi terancang) dikejar dengan pemotong bangkai, dan tiba-tiba kita dipaparkan dengan sebuah patung tidak berkepala. Gaya Blatty ini memaparkan efek seram dalam kelas yang tertinggi. Maka kita faham sekarang, apa yang kita tidak nampak, yang hanya berlaku dalam pra sedar kita, lebih menakutkan (imaginasi kita), semacam adegan-adegan ngeri dan laju di dalam mimpi filem ini. Lebih menakutkan lagi bila si penonton boleh, dalam pra sedar mengikatkan pula dengan babak atau 'reference' dari filem yang pertama (kita diberitahu bahawa The Gemini Killer dihukum bunuh pada malam Karras mati di tangga luar rumah Reagen dalam filem pertama).

Ramai orang mengatakan bahawa dialog filem ini 'pretentious' dan tidak akan berlaku dalam dunia yang sebenar. Tetapi itulah keistimewaan sebenar filem ini, malah kebanyakan filem-filem yang ditulis oleh Blatty memang begitu. Pelakon-pelakonnya seakan melatah dengan pelbagai kata-kata falsafah, kata-kata 'wit' dan humor semacam di luar konteks realiti. Idea ini sama dengan The Ninth Configuration, sebuah lagi filem Blatty yang terkenal dan sangat pelik. Tetapi jika anda boleh 'menerima' latah ini, filem ini menjadi, bukan saja sebuah filem yang sedap dikunyah dengan dialog-dialognya yang manis, tetapi ketawa bersama kerana kesurrealan pendialogannya. Kebanyakan kuasa homor ini terletak dengan pergaduhan Kinderman dan Dyer yang sememangnya Blatty inspirasikan dengan zaman akademiknya di Universiti Georgetown (tempat filem ini dibikin, juga tempat Anwar Ibrahim bersyarah). Untuk dialog-dialog berkuasa manusia dengan syaitan (boleh dibandingkan dengan dialog falsafah filem Ingmar Bergeman, The Seventh Seal oleh Ksatria dan Malaikat Maut, malah memang inilah idea sebenar Blatty dalam membikin satu dunia kontra terhadap kemurnian filem Bergman itu) di antara Kinderman dan Patient X (lakonan yang memberangsangkan oleh Brad Dourif, dan anda tidak akan dapat menonton lakonan segila ini lagi dalam masa hadapan), di mana kita diperkenalkan dengan uturan falsafah tentang kejahatan di dalam dunia (sekali lagi, idea filem ini tentang kejatuhan rahmat manusia). Malah, dalam satu adegan yang kuat, Kinderman telah memberi laungan dialog yang paling berkuasa tentang syaitan (mempersenda, atau menyumpah, tetapi sebenarnya satu konfesi) dan kejahatan, membuka pekung keimanannya dalam bentuk yang sangat berlainan.

Maka keimanan atau mempercayai adanya kejahatan dalam dunia ini (jika ia datang dari busung manusia, atau Tuhan, atau syaitan, itu tidak penting, yang penting, kita tahu ia wujud dan menyebabkan kesakitan sebenar dunia) menjadi tanda penting dalam filem ini, memberi ruang untun penonton sendiri bertafakur dan mempercayai kejahatan dalam dunia ini benar dan menakutkan. Dalam satu adegan filem ini, kita dipertunjukkan Kinderman dan Dyer pergi menonton filem It's a Wonderful Life. Kemudiannya, apabila Dyer dibunuh, darahnya mencoret perkataan 'It's a Wonderfull Life'. Kita boleh mengaitkan bahawa filem Capra itu yang mempunyai tanda untuk manusia mempercayai pengharapan dan kebaikan di dalam dunia, kita memahami bahawa di dalam filem ini, kita DIPAKSA untuk memahami kejahatan dan ketiada harapan dalam dunia ini benar. Ia sememangnya warna 'hitam' pada 'putih' filem Frank Capra itu. Yang menarik, kedua-duanya filem yang memaparkan, dengan mempercayai kebaikan/kejahatan dalam dunia, kita percaya Tuhan wujud dan kuasa kebaikan/kejahatan dalam manusia mengubah sejarah dunia.

Ada empat perkara membuat filem ini akan sentiasa diingati; lakonan George C. Scott yang terakhir, muzik Barry Devorzon, suntingannya, dan penggambarannya. George C. Scott sebagai Lt. Kinderman sangat membuka mata orang tentang kedalaman skop yang boleh pelakon ini lanjutkan. Malah Scott memaparkan, dalam 'dry' humornya, beliau boleh menjadi takut, geram dan kasar, juga baik dalam masa-masa tertentu. Malah, bagi aku, Scott menandingi kuasa sebagai Kinderman jika dibandingi dengan pelakon yang melakonkan Kinderman dalam The Exorcist. Melakonkan Kinderman yang 'putus harapan dengan manusiawi tetapi tetap belum hilang humor tentang mereka' memang susah, lebih-lebih lagi pada akhir cerita, si watak itu sedar akan realiti kejahatan yang sebenar dalam dunia ini (syaitan) dan berdepan dengannya. Bagi aku, luahan perasaan Scott terhadap syaitan itu adalah antara babak seram paling berjaya dalam memaparkan kesengsaraan manusia terhadap seram yang mereka tidak boleh ubah. Dan Scott melakukannya dengan humor, marah, histeria dan pathos yang tidak mungkin kita akan lihat lagi selepas ini.

Muzik Deverzon tidak ramai yang tahu keklasikannya. Dalam filem ini, seperti gaya atmosferik Ennio Morricone dalam The Thing dan Goldsmith dalam Alien, telah menaikkan secara dramatik 'suara' takut dalam filem ini, hanya dengan beberapa coir, pianoforte, bunyi pelik dan okestra yang kecil. Babak pertama filem ini menunjukkan kuasa muzik beliau (selepas lagu Turbular Bell itu).

Suntingan filem ini juga antara yang terbaik aku tonton, malah, sentiasa diikuti oleh pengarah filem ngeri (thriller) selepasnya, lebih-lebih lagi Jonathan Demme dalam Silence of the Lambs. Dalam gaya suntingan filem ini, pengarahnya banyak memaparkan 'bukti-bukti' atau simbol-simbol kecil dengan gambar-gambar yang statik. Ini seakan memberi 'warna' kepada drama filem, dan secara pra sedar, memberi 'gambaran' bukan-bukan. Patung tanpa berkepala, darah tiba-tiba mengalir dan babak Kinderman dalam kotak konfesi adalah contoh suntingan yang kemas dan menakutkan dalam filem ini.

Penggambaran filem ini antara yang paling puitis pernah aku tonton, malah antara kegemaran aku (mengambil objek-objek dari jarak dekat dengan memberi sudut yang artistik). Malah, ini yang menyebabkan filem ini klasik apabila penonton sedar bahawa ada beberapa babak disengajakan bersudut dari atas ke bawah atau bawah ke atas (adegan-adegan shot atas ke bawah memaparkan ketidaktentuan dalam jawapan, seakan Tuhan tidak dapat menolong- berkait juga dengan jatuhnya salib ke lantai dalam satu adegan, sedang adegan shot kaki ke atas memaparkan shot penting atau jawapan penting kefahaman watak tentang apa yang sedang mereka hadapi itu sangat benar). Malah beberapa adegan dibuat semacam sangat senang tetapi efektif (adegan Keating dibunuh, adegan dalam sel Patient X).

Aku juga menunggu masa, bila Morgan Creek akan berani menerbitkan filem Legion, filem yang sebenar-benarnya diingini Blatty. Tetapi, buat masa ini, The Exorcist III, bukan sahaja filem seram terbaik peribadi aku, tetapi sebuah filem seram penting dan 'future classic' yang akan diikuti dan ditontoni kerana berjaya mengikat pelbagai teknik seram yang pernah manusia ketahui wujud dalam filem seram disaluti dengan falsafah yang 'matters a lot', berserta satu kombinasi persembahan yang akan sentiasa mengganggu fikiran, rohani dan emosi aku selama-lamanya.

17 comments:

kekure said...

sangat ilmiah..baskin robbins jom?

Azuan Zameer said...

baskin robin?, nak ikut? hahaha

nope, seriously, it seems and would appear that you were fascinated by this movie if and nothing else,

yup, aku pun suka filem ini, bagi aku filem exorcist and sequelnya semua excellent!

Fadz, ada tengok version yang 'restored' or 'director's cut', which was released a few years ago as "The Exorcist: The Version You've Never Seen".

dalam versi ini ada extended 'medical examination' footage, extended ending and the infamous 'spider walk' down the stairs which was cut from the original 'theatrical' version....

and about the priest and stuff, the catholic church was highly involved in the making of that movie! There were a couple of high ranking Priests or so to say, on hand as 'technical consultants' to ensure that the exorcism rituals were as acurate as possible!

citer ALIEN?, aku suka tengok citer 'v', alah, yang pasal sekumpulan makhluk asing berbentuk manusia yang makan tikus hidup2 tu...

errr.. tapi aku suka bila kau cerita tentang kisah hidup kau, seems so classy+classic, huhuhu...

Azuan Zameer said...

baskin robin?, nak ikut? hahaha

nope, seriously, it seems and would appear that you were fascinated by this movie if and nothing else,

yup, aku pun suka filem ini, bagi aku filem exorcist and sequelnya semua excellent!

Fadz, ada tengok version yang 'restored' or 'director's cut', which was released a few years ago as "The Exorcist: The Version You've Never Seen".

dalam versi ini ada extended 'medical examination' footage, extended ending and the infamous 'spider walk' down the stairs which was cut from the original 'theatrical' version....

and about the priest and stuff, the catholic church was highly involved in the making of that movie! There were a couple of high ranking Priests or so to say, on hand as 'technical consultants' to ensure that the exorcism rituals were as acurate as possible!

citer ALIEN?, aku suka tengok citer 'v', alah, yang pasal sekumpulan makhluk asing berbentuk manusia yang makan tikus hidup2 tu...

errr.. tapi aku suka bila kau cerita tentang kisah hidup kau, seems so classy+classic, huhuhu...

fadz said...

mmg kacau daun kan si rash ni...org lain ajak, dia jugak nak sibuk, hihihihi...mmg, aku ada versi tu, beli kat speedy lagi, dan suprise2! dijual sgt murah, rm9.99 dan tidak ada potong, huhuh! Kedua2 versi aku suka, walaupun versi Friedkin dan Studio lebih ampuh dan laju (walaupun seronok tgk labah2 turun tangga, tapi takkan le McNeil bodoh tak terus meloncat cari paderi bunuh anak dia terus lepas tu, dan oh, ending dialog Kinderman dan Dyer, walaupun syok bagi fans, tapi mmg tak kena langsung dgn the whole story, walaupun inilah yg dibawa masuk dlm exorcist 3)

ya aku suka gila exorcist 3, dan kesemua sirinya, termasuk exorcist 2 yg org benci gila..tapi paling aku gemari dah tentu exorcist 3.. kinderman, dourif, priceless! masa aku tgk 1st2 dyer berajuk2 ngan kindermen, pergh, priceless...kaurasa mcm tgk woddy allen gatal nak buat filem seram.

"Don't u know that you are talking to an artist?"

"Ohh, youre soo issuing an invitation to a dance.."

maberik said...

aku tak tonton lg exorcist 3.skang dah teringin.

but *that* clip made me piss and shit in my pants. dammmmnnn!

rewan ishak said...

Sangat impressive fadz. bole bikin film thesis nih. Alone tak best eh? Aku nak tgk jugak.

fadz said...

wat rewan, thesis? nooooo, i dont think so..aku dah kena tegur ngan seorang prof, i need to be more 'academic' if i would want to pursue this school, but who the hell cares, right?

alone..nice pic, nice tities from the girl, i guess dats enuf for me.

maberik, hehe, maybe its not ur cup of tea becoz of the final letdown, but the starting and the middle act, i think ull appreciate it..

kekure said...

Rash,awak boleh ikut kalau awak setuju open table,betol tak fadz?

fadz said...

i second to that, kekure:)

Azuan Zameer said...

open table? hehehehe....

fadz punyer pasal no problem *matiler janji manismu*, ahaksss...

Anonymous said...

THE THING!
owh, i was so damn scared of that one, one of the earliest thriller-horror movies yg sgt melekap kat kepala aku. paling takleh lupa, babak darah dalam petri dish melompat2 kena benda panas.
btw apa ni, nak mem-baskin robbins tak ajak aku!

Edd Vedder said...

dah lama aku tunggu kau tulis pasal fascination kau ttg Exorcist III. To tell u the truth, aku tak paham ketagihan kau. Now I understand.

Aku pun ada abang2 mcm kau.. yg banyak mengajar aku pasal filem, muzik etc. Mungkin bagi kau Exorcist, tapi bagi aku Grease. Pelik maybe, tapi that movie means so much to me. It's part of my growing up. Sama juga macam kau kan.. ?

fadz said...

aha, azuan dah janji, azuan dah janji!!!! Kekure, kita pegang ini Azuan, hehehehehehe! Jangan biar dia lari..!!

ted, jomlah, and yea...macam Kekure cakap, hihihihihih

edd, hahaha, i see... no wonder kaugilakan rock dan mungkin kereta terbang, huhuhu..

Azuan Zameer said...

beshnyerrr.. ramainya nak pi baskin robbin... pas tu kita pi tengok wayang lak, ok tak?, huhuhuhu *larikkk*

kekure said...

since azuan pun dah offer diri nak open table kat baskin robbins,apa kata gi tengok harry potter sekali?tu pun pas fadz abih pantang seminggu...hihihi

Mohd Areef said...

aku search kt google gne kata kunci "100 best horror movies"..
tp aku tergelak ble tgk terselit citer hongkong tajuk "the eye"..
bg aku..citer tu sgt2 laa xseram n buang masa aku tgk...
seram lg citer jgn pndng blakang tu...huhuhu..

tp aku teringin gler nk tgk sume...
tp aku xtaw mne nk cari citer lame2 tu...huhu..
ader idea?
if ko ader,pnjmkn la kt aku..hehe

p/s:ketagihan kite sme..

fadz said...

ariff, filem2 tu rasanya ada dijual di kedai2 video seperti speedys.. tapi aku selalunya check di You Tube atau tgk2 di amazon.com, cuba lah.. hhihi