Filem tarian dengan elemen siri realiti mungkin baharu dalam wayang kita, namun sesiapa yang mengikuti tarian hip-hop dan jalanan alaf ini sekurang-kurangnya tahu akan hasil francais Hollywood yang terkenal, Step Up (bagi aku, siri ketiga adalah yang terbaik), yang menginspirasikan kewujudan filem tempatan ini daripada pengarah muda berpotensi tinggi, Khairil M. Bahar menerajui.
Aku perlu berterus-terang bahawa pada era 2010-2011, aku baru mengenali penyiaran 8TV dan menemui rancangan realiti pertandingan tarian jalanan, Showdown, yang amat mengujakan. Aku menyukai penyampainya, Hafiz Hatim, dan juri celoteh hebatnya, Maple Loo dan Joe Flizzow, dan sudah tentu para penari anak mudanya. Pada edisi tahun 2011, walaupun dengan sedar kumpulan Elecoldxhot dan HMC Phlow merupakan kumpulan terkuat dalam edisi tahun itu, aku amat meminati Bounce Stepperz kerana sikap eksperimentalnya, teateristik dan jalinan motif tarian mereka terhadap tradisional (tarian Melayu) dengan hip-hop.
Masuk tahun 2016. Dengan mengejutkan, penceritaan filem Showdown yang sangat ditunggu-tunggu ini mengambil pakai "melanggar arus" dengan memperjuangkan tradisi dalam moden, memasukkan lenggok silat dan tarian Melayu dalam tarian jalanan, sesuatu yang dianggap "bidaah" dan kontroversi dalam program pertandingan televisyen tersebut! Sebuah kumpulan kecil dari Pulau Pinang, Battle Crew (kita akan teringat akan Giller Battle) yang diterajui Reza Hasbi telah berjaya menarik Azad Jasmin untuk membawa mereka ke pertandingan Showdown di Kuala Lumpur. Reza diperkenalkan kepada Izara, tauke studio dan penari kontemporari yang juga sedang menyatukan tarian Melayu dengan Barat kontemporari dengan bantuan ibunya, Maria Farida. Mungkin, dari sini, Reza mengambil peluang untuk memperkenalkan tarian lenggok Melayu dalam susunan jalanan, menghadapi seteru terkuat mereka, Xtreme yang diketuai Jinggo (Iedil Putra), seteru besar Reza sewaktu kecil.
Terus-teranglah, apabila aku menonton filem tarian, sedari era Top Hat Fred Astaire lagi, genre ini mengambil kepentingan satu-satunya elemen: yakni gerak tari: persembahan, kareografi, suntingan dan tangkapan kemas, dan chemistry atau dinamisme antara pelakon/penari dalam satu babak tarian.
Khairil mungkin lebih dikenali sebagai anak muda yang berbahasa Inggeris-urban, memperkenalkan sisi urban dalam wayang kita. Seeloknya, urban tarian jalanan ini kelihatan, seharusnya, molek sahaja dalam tangan arahannya. Namun begitu, hal ini tercalar dalam banyak bahagian, penceritaan, gerakan, pelaksanaan dan peleraian. Mungkinkah kerana aku amat merindui kata pantas dan ligat Maple Loo setelah satu-satunya persembahan tarian (filem ini kita hanya diberikan wajah isteri Que Haidar ala era Akademi Fantasia) para peserta? Dalam enam minit filem, dengan syot kekal dan gerakan kamera yang sangat lesu, kareograrf tarian bersungguh-sungguh Pat Ibrahim dan beberapa penari jalanan sebagai pakar rujuk tidak dapat dihadirkan dengan sepenuhnya. Tidak ada cerita dan mimik yang menyengat. Lesu dan sangat lemau (syot statiknya menghindari penonton daripada ikut berserta dengan tarian di pentas). Malah, suntingan dan sudut syot tertentu tidak memberikan justifikasi alunan dan dramatik tarian kumpulan. Kita dibawa pula dengan pelakon demi pelakon yang hambar, termasuk Iedil Putra. Malah, pada satu babak, Reza (yang emosinya bersepah-sepah) dengan jelas menyatakan, "Kita akan buktikan stret dance mampu untuk ... bal bla bla" Straight dance! Pada satu babak, aku terus mengamuk, apabila Izara, dengan sikap stereotaip filem Melayu 50-annya, berkata kepada Reza, "Betullah apa mama cakap, you memang budak kampung!"
Kita secara serius tidak peduli dengan ceritanya, tidak peduli dengan percubaan improvisi para pelakonnya, tidak peduli dengan cinta Reza-Izara, dengan sejarah Reza-Iedil. Kemasukan seorang budak kecil, Ben Laden, pada pertengahan cerita untuk "menjadi penari" bersama-sama Battle Crew sekurang-kurangnya memberikan harapan besar, kerana mimik dan gerak budak ini sememangnya ada sesuatu, dan mempunyai pesona (cara diperkenalkan), namun kehadirannya hanya sebagai alasan penyimpangan plot dan mesin air mata yang tidak menjadi.
Ada sebuah subplot, antara Izara dengan watak mamat muka mat saleh daripada filem pendek Rewan Ishak bernama "David" (bayangkan patung bogel raja Yahudi itu di Muzium Vatican) yang sangat menjengkelkan. Lihat: babak ini disengajakan untuk memaparkan materialisme dan kiblat ke Barat ibunya Maria yang bercampur-campur bahasa Inggeris Melayunya, yang berlagak seperti Mak Dara dalam Ibu Mertuaku, dengan memberi dialog seperti "Kenapa you tersenyum tu, you teringat David, ya?" Ada sebuah babak, di mana, Izara, David, Maria dan mak David (yang Inggerisnya berterabur) sedang "melangsungkan" kenen-kenen dan perbincangan betapa Amerika itu Indah dan Malaysia itu Punah. Babak itu mengingatkan aku pada soap-soap Pinoy tiap petang di TV3 dengan sikap mamat-minah Pinoy melihat Amerika sebagai syurga yang ada segalanya, dan berbincang dalam Tagalog kemudian Inggeris pelat bercampur-campur, di meja makan. Persis! Dan ini berlaku, betul-betul dalam filem tarian pinjaman budaya pop Barat ini!
Ada sebuah subplot, antara Izara dengan watak mamat muka mat saleh daripada filem pendek Rewan Ishak bernama "David" (bayangkan patung bogel raja Yahudi itu di Muzium Vatican) yang sangat menjengkelkan. Lihat: babak ini disengajakan untuk memaparkan materialisme dan kiblat ke Barat ibunya Maria yang bercampur-campur bahasa Inggeris Melayunya, yang berlagak seperti Mak Dara dalam Ibu Mertuaku, dengan memberi dialog seperti "Kenapa you tersenyum tu, you teringat David, ya?" Ada sebuah babak, di mana, Izara, David, Maria dan mak David (yang Inggerisnya berterabur) sedang "melangsungkan" kenen-kenen dan perbincangan betapa Amerika itu Indah dan Malaysia itu Punah. Babak itu mengingatkan aku pada soap-soap Pinoy tiap petang di TV3 dengan sikap mamat-minah Pinoy melihat Amerika sebagai syurga yang ada segalanya, dan berbincang dalam Tagalog kemudian Inggeris pelat bercampur-campur, di meja makan. Persis! Dan ini berlaku, betul-betul dalam filem tarian pinjaman budaya pop Barat ini!
Jadi, akhirnya, memang, kita menonton filem ini pun kerana tariannya. Memang, percubaan Reza dan Iedil baik (walaupun Iedil tampak sedikit kayu dan Izara tampak palsu dengan lenggok tarinya), cuba setaraf dengan para penari yang aku sedar, merupakan sekumpulan daripada penari yang pernah memasuki program televisyen itu. Mereka sudah mencuba sebaiknya, hanya, terbabas beberapa kali kerana teknik Khairil yang simpang-siur dan tidak tahu apa yang mahu ditekannya (terdapat banyak babak cross cut, dengan runut bunyi berlangsung, yang kononnya ingin menunjukkan betapa tarian itu sebenarnya kehidupan), dengan banyak konflik dan penyeleraian yang lemah. Syot final battle antara Xtreme dengan Battle Crew sekurang-kurangnya mempunyai percubaan dramatik dan cabar mencabar yang menarik, yang akhirnya kita teringatkan dengan Step Up. Namun, begitulah, kita diberikan entah cacamarba apa-apa dari awal sehingga akhir untuk tiba di situ, dengan banyak persoalan yang masih mengganggu (yang paling jelas, entah bagaimana dan mengapa Reza dan Battle Crew memilih motif silat dan tarian tradisional, hal ini berbeza dengan, contohnya, sikap Strictly Ballroom yang jelas menginspirasikan "tarian dari hati" atau Step Up All In yang juga menarik kekuatan tarian Latin).
Tunggu pada kredit akhir, terdapat satu tarian bebas kru Battle Crew di taman permainan (aku agak di Padang Kota Lama) yang jauh lebih menarik daripada keseluruhan cerita dan gerakan filem ini.
No comments:
Post a Comment