21 June 2012

Prometheus(2012): Jahatnya Kamu!

Rangkap koir lagu gedik Stacy itu amat sesuai untuk menampilkan pengalaman selepas menonton filem ini buat kali ketiga.

Ya, tiga kali aku tonton filem ni, dan semalam aku tonton dalam versi 3D.

Mesti kau akan tanya, apa bangangnya aku nak tonton sampai tiga kali filem yang bergerak entah ke mana-mana ni. Seperti pepatah Inggeris yang berbunyi, "There are silly movies that demands to be seen again and again. Prometheus is such a movie."

Fasal apa? Fasal pembawakan persoalan yang dibawa dalam filem ini yang kita ulang dan ulang. Lebih banyak kau masuk dalam filem ni, lebih banyak (bukan sahaja bengong) enigma dan istilah baru yang akan keluar. Filem sebeginilah yang amat diangkat oleh pengkritik The New Yorker itu serta Roger Ebert, menafikan plot-plot "ape ke hal Bedah kaubuat macam tu?" dalam filem ni, yeap, mereka pun "meminggirkan" hal itu (yang bagi aku agak sedikit hipokritlah), tapi kau akan cakap, "Who the f*** cares, aight?"

Lagi-lagi dengan sedutan baru (deleted scenes) yang dipaparkan di YouTube yang mengikutinya akan terasa, whoah ada lagi sesuatu dalam sarwajagat bana ni! SPOILER, malah menonton filem ni buat kali ketiga aku "sure enough" bahawa watak Charlize Theron (yang aku suka bangat, OK aku terpana dengan minah ni sejak The Devil's Advocate lagi) tu memang android (Ridley Scott kata dalam satu sidang media, kemungkinan ada DUA robot dalam filem tu) lalu kalau ada sekuel nanti, dia akan "muncul". Ini adalah kerana melihat kepada dialog-dialognya yang cryptic, mengilhamkan bahawa Theron aka Miss Vickers seorang robot yang sengaja diprogramkan untuk memerhati "David" juga menjadi seakan "pertentangan" kepada motivasi dan semangat "cuba sedaya-upaya" David (anak "kesayangan" bos Weyland) malah Vickers tu TAHU bahawa Weyland di atas kapal (dia melonjak diva bila Noomi Rapace melihat barang bedah dalam bilik, yang kita tahu is meant for boss Weyland, bukan Vickers, dia menjawab berkenaan "Weyland" seakan suatu aturcara bila Rapace mempersoalkan kuasanya, serta Vickers bila-bila sahaja boleh pergi ke tempat "ayah"nya dan buka tempat menginapnya, tetapi kenapa tertahan untuk mendepani ayahnya sendiri?) 

Banyak lagi mumbo-jumbo dalam filem ini yang membawa pelbagai persoalan yang tidak terjawab. Sebenarnya, Matrix sudah jauh menyaingi filem ini dari segi membawa pelbagai "falsafah tak terjawab" yang sekurang-kurangnya memberi kita sebuah cerita "yang lengkap" dan sekurang-kurangnya persoalan "plausible" yang terjawab elok, walaupun hanya satu "perumpamaan". Serius, kau tontonlah Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 yang mana bahagian satu banyak memberi persoalan-persoalan tidak terjawab manakala yang kedua menjawab segala persoalan-persoalan tergantung itu. Filem ini, khusus daripada Ridley Scott tidak sepatutnya melakukan kesilapan yang sama.

Apa-apa pun, memang terdapat beberapa imejan dalam filem ini, serta bauran sai-fai yang indah, sekurang-kurangnya. Idea "makhluk asing" sebagai "tuhan manusia", satu tema yang sememangnya kontroversial khusus buat kita dimainkan dalam filem ini, yang amat berkaitan pula dengan teori "Space Jesus", yang sebenarnya, sebenarnya, aku bermohon sangat, dalam pertengahan filem ini tidak "f*** up" tetapi itulah "kerja" penulis skripnya, hanya kerana ingin "menyatukan" francais baru ini dengan Alien (menyampah dengan kru dan pelakonnya kata filem ni takde kena-mengena), sampaikan dengan runut bunyi juga meniru yang rentak lagu pertama dan kedua. Memang, orang akan ingat, babak si bodoh biologis (biol) yang entah bodoh apa nak mengusap "hewan proto" berupa koneknya sendiri sebagai suatu kebodohan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah fiksyen sains (ini belum masuk lagi dengan beberapa lagi hal-hal yang tidak masuk akal secara tertib sains).

Tahniah Ridley kerana berjaya mencipta suatu adikarya lalu kemudian menghancurkannya dengan tangan sendiri.


19 June 2012

Akan Datang: Juvana (2012)

Yeap, siri drama yang memenangi Anugerah Skrin serta mendapat sambutan hangat tahun lepas sudah difilemkan, dan akan ditayang tidak lama lagi:




Juvana merupakan kesinambungan drama TV popular Juvana (pemenang Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011).


Kisah kita mengambil tempat beberapa bulan selepas tamatnya drama Juvana. Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara juvana.


Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa memerhatikannya.


Daim juga bekerja keras di sebuah kilang membuat batu bata untuk menyara hidupnya. Statusnya sebagai bekas pelajar juvana juga menjadikannya tumpuan pekerja lain. Kalau ada salah dan silap yang berlaku, maka dia yang dipersalahkan.


Selain itu, kita juga menyingkap kisah rakan-rakan Daim pula.


Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.


Ah, akhirnya ada sesuatu yang aku tunggu-tunggu di sinema Malaysia!

17 June 2012

Siri Seram: Waris sambungan Kekasihku Seru

Tiada kata-kata yang boleh aku ungkapkan ... untuk seorang peminat besar siri seram ini, huhu. Episod satunya sudah berkumandang (boleh ditonton di tonton.com.my) dan wah, begitu mengancam (kali ini, Mira dan Kabir mengambil masa sedikit, tidak selaju tempo siri pertama, mungkin fasal pasca Nur Kasih yang banyak bermain lanskap luas dan still camera ala Twin Peaks.)



Mengisahkan Rashad dan Marisa  yang hidup tenang selama 10 tahun bersama anak mereka Amar.Namun dia turut bersedih di atas kehilangan anak kembarnya yang meninggal dunia ketika kelahiran.

Satu hari Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.
Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah. Buntu melihat keadaan anak mereka, Rashad dan Marisa membawa Amar berjumpa Mas Suri (ibu kpd Marisa).
Mas Suri bimbang Waris akan kembali ,oleh itu dia menyembunyikan anak kembar Marisa yang dijaga oleh Rokiah. Marisa sangat terkejut dan marah akan ibunya. Dia tidak menyangka ibunya sanggup berbuat demikian. Mas Suri memohon maaf dan dia melakukannya untuk melindungi cucu-cucunya.
Amar menjadi sasaran baru Waris kerana Mas Ayu yang sedang lemah dan nazak. Dia perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Marisa kini menjejaki anak perempuannya Sarah yang dijaga oleh Fariz dan Aida.
Tanpa disedari Sarah yang tinggal bersama Aida dipengaruhi dengan oleh kuasa jahat yang mampu mengugat keluarga barunya
Sempatkah Marisa dan Mas Ayu menjejaki Sarah sebelum Waris?Berjayakah Mas Ayu membebaskan keturunannya dari cengkaman Waris?

07 June 2012

Gerimis Mengundang(2012): Oh Tuhan

Aku menonton filem ini kerana Sinar Harian memberi filem ini 4 bintang. Jelaslah, aku tertipu.

Ulasan ini aku buat PENDEK (tapi aku tersedar telah ditulis panjang) supaya aku tak lah meleter panjang betapa menyakitkan, apa yang telah dilakukan oleh filem ini terhadap tontonan aku. Aku lagi terkesima bahawa penulis skrip filem ini merupakan Azwan Anuar yang aku kenal. Oh ya, siapa tak kenal Azwan, dialah budak gempal yang dipeluk Kak Limah (dah cult huh?!) malah merupakan "comic relief" kredit awal filem, serta beberapa tempat, selaku pak pacak profesional yang "just being there people will laugh".

Kehadiran Azwan dalam filem ini samalah seperti metafora keseluruhan filem ini, penampilan yang menjanjikan sesuatu yang tidak tiba-tiba sampai ke akhir.

Adakah itu maksud sebenar mereka berkenaan "Gerimis Mengundang", lagu nyanyian Zamani SLAM ciptaan Shaari Amri? Serius, lagu itu sebenar-benarnya satu keajaiban dalam persada muzik tempatan, antara lagu-lagu malar hijau kita. Amatlah mendukacitakan apabila lagu setulus dan seindah itu dirungkaikan dalam sebuah plot, cerita dan keadaan filem yang hancur, tidak boleh dipercayai dan mengundang kesesalan.

Oh ya, antara yang "terbaik" dalam filem ini adalah percubaan runut bunyinya yang kedengaran "okestra" dengan pelbagai rendisi kepada lagu Shaari Amri tersebut, yang walaupun tidak kena dengan imejan yang dipaparkan di skrin, amat indah didengari. Hal "ingatan manis" ini sahaja yang aku boleh ingati dari perhubungan "jarak jauh" aku dengan filem ini.

Pertamanya, apa yang Ahmad Idham "wants to prove" apabila menyatukan dua negara (yang pernah dibuat sebelum ini)? Serius, Indonesia jika dibandingkan filem-filem romantiknya, jauh lebih berkesan dan sofistikated (khusus filem-filem romantik moden mereka yang mereka sanggupi genre urban dan chic flick), mungkin ini tidak adil, tetapi jika dibandingkan filem ini dengan Ombak Rindu, Ombak Rindu kelihatan Gone With The Wind terhadap kelecehan filem ini ibarat novel Mills dan Boon yang tidak laku di pasaran. Yeap, inilah contoh sebuah filem kelihatan novel cinta-tragedi yang memakan segala lara dan gundahnya tanpa memahami apa yang hendak ia terangkan. Babak awal lagi kita sudah menyoal, apa ke halnya si wanita (yang mendekati mirip awek Kamal Adli sendiri, Intan Ladyana) lakonan Olivia Jensen tergatal-gatal mengacau Kamal Adli yang dalam 10 minit awal filem ini asyik mengerut menahan berak dan asyik mengeluh dan menjerit apabila melihat Olivia menampilkan wajahnya ke Kamal. Aku tak tipu, wajah aku pun berkerut tak tahan nak berak dalam dua jam yang menyakitkan menunggu "cinta tak sampai" filem ini "sampai" ke penyudahannya.

Ketidakpercayaan "cinta" Kamal-Olivia ini turut DIKALAHKAN oleh tulus sejoli Joey Exist dan Julie Zegler dalam Toyol Nakal. Serius! Tetiba je Kamal yang marah-marah (marah-marah seksual lah katakan) ni berubah nak bercengkerama dengan Olivia dalam satu babak yang langsung lemah dan tiada upaya. Kemudian, bercinta lantas selepas itu, berlakulah pengkhianatan. Banyak hal yang tidak ditampilkan, banyak maksud yang masih tersirat (mengapa Kamal terlalu pesimis terhadap kehidupan? Apakah sikap marahnya selari dengan sifat manja atau kehilangan ibu bapanya?), dan semua ini masih mengiyakan bahawa Kamal dan Olivia benar-benar bercinta?

Ada sebuah lagu Indonesia yang indah, "Manusia Biasa" yang juga tenggelam dengan babak entah apa-apa yang berlaku dalam filem ini, yang turut mengangkat beberapa lokasi pelancongan Sabah dan Jakarta, serius mengambil sikap "tangkap muat" zaman 80-an sebagai "filem pemasaran pelancong".

Kemudian, apa perlunya monolog panjang-panjang si Kamal itu terhadap jalinan panjang filem ini? Di mana maksud dan fungsi sebenarnya? Hanya kerana ia kedengaran "lunak melankolik" ia dimasukkan? Aku rasa, Sembilu jauh lebih matang daripada membuat kesilapan sebegini.

Sebuah contoh filem "cinta" yang tidak harus diikuti oleh para pembikin, malah boleh dijadikan buku rujukan, 100 kesilapan pembikinan filem genre cinta yang anda tidak harus ikut sebagai sutradara. Antara filem gagal Ahmad Idham.

Klasifikasi: U, hanya ada paha putih Olivia Jensen yang mungkin mengancam fitrah akil baligh remaja-remaja persekolahan.

01 June 2012

Hoore Hoore(2012) untuk Agenda!

Ada dua tujuan filem ini ditonton, dan mungkin kerana tujuan itu tidak tercapai, filem ni ada masalah.

Aku menonton filem ni kerana aku mahu melihat, bagaimana pengarah Saw Teong Hin membawa genre muzikal dengan rendesi lagu Allahyarham Sudirman ke dalam filem. Ini suatu percubaan menarik, mengambil lagu-lagu popular dari seseorang (atau satu kumpulan) dan mengisinya dengan penceritaan. Yang aku boleh ingat dibuat baik oleh Hollywood adalah Mamma Mia! (ABBA weh!) dan Across The Universe (The Beatles!). 

Aku peminat Sudirman, dan tentulah aku mahu melihat bagaimana lagu-lagu Sudirman diraikan dalam filem ini. Itu tujuan utama aku. Kedua, aku mahu melihat bagaimana pengisian lagu Sudirman mengisi layar besar filem ini, tujuan utama filem ini.

Tujuan utama filem sebenarnya berkenaan hidup "bersatu" dalam masyarakat yang pelbagai. Secara halus, filem ini juga menampilkan "gerakan" ke arah masyarakat plural demi Wawasan 2020. Kenapa Sudirman digunakan? Kerana kesenangan melayan lagu Sudirman melampaui satu-satu etnik di Malaysia, mana-mana etnik di Malaysia, kalau tak kenal lagu-lagu Sudirman, pergi potong jarilah wei, malu je (ah, ini pendirian patriotik!) duduk Malaysia, ni aku serius. Kau tanyalah Namawee, tentu dia pun kenal Sudirman.

Lalu dipertontonkanlah. Menarik juga, dan kena, dengan rendesi awal "Bercanda di Pasiran Pantai" antara Akim AF dengan Farah Nazirah dalam alam mimpi (fantasi) yang kemudiannya dikejutkan. Ah, ini agenda Saw rupa-rupanya! Lihat: Kita memahami, jauh dalam jiwa dan seksual Farah yang gemuk, menyukai Akim, lantas mereka "bercanda" dalam mimpi, suatu fantasi. Farah bangun, dikejutkan oleh ibunya. Fantasinya terganggu. Realitinya, dia sedar, dia takkan dapat memiliki Akim. Tetapi twist berlaku, Akim dalam diam, turut "menyukai" Farah sehinggakan turut berfantasi berkenaannya dalam beberapa lagu Sudirman. Fantasi mendekati realiti! Strata terakhir, fantasi ini akan diuji, dan kemudiannya membuka pekungnya, lalu fantasi berjaya dicapai dalam realiti.

Ia nampak senang bukan? Ah, kau salah kalau kau ingat, itu sahaja yang Saw dan Shariman Wahid sebagai penulis skrip ingin paparkan. Berlaku persoalan politik, seks dan agama sebenarnya dalam filem ini, semuanya berkaitan dengan pemahaman yang kita tahu berkenaan "ke arah masyarakat plural" dan keterbukaan. Lihat, politik dalam filem ini ditunjangi dengan pemahaman permainan "populariti" yang Farah masuki, ya, berlakulah tarik-tarik ego, kuasa media dan pengaruh terhadap satu-satu kata, persembahan diri dan pilihan. Menariknya secara awal, Saw sudahpun memberi klu dengan satu petanda lambang UMNO merah dengan penulisan ILMU. Ah, ayah Akim merupakan superego filem (sepertimana ibu Farah), pengisian masyarakat yang "menentang" keterbukaan tersebut. The old-flacid UMNO? Mungkin. 

Kemudian seks. Whoaaah, sangat mengejutkan! Walaupun mungkin Jiwa Taiko lebih eksplisit menampilkan grafik seksnya, filem ini cuba memperlihatkan penentangan seks dan isu-isu seks yang sebenarnya buat aku, agak berani, khusus agenda "halus" Saw menampilkan golongan gay untuk "memasuki masyarakat" (ah, ini satu pemasalahan, kerana kita dipertontonkan, golongan ini yang diwakili oleh Afi Faris tidak pernah dicerca malah memasuki dunia lelaki-wanita di sekolah dengan penuh keterbukaan!). Ada dua bahagian yang begitu mengelirukan. Satu merupakan rendesi "Milik Siapakah Gadis Ini?" yang mana semua wanita tengah frust sebab sedar Akim minat Farah, tiba-tiba kita ditampilkan Afi yang turut menyanyi "gadis manakah yang kumiliki?" yang menampilkan enigma besar. Hal ini disambung dengan babak "out" Afi terhadap Akim apabila Afilah rupa-rupanya penulis blog "Maskulin Cinta" yang entah kenapa, apabila Farah mengetahui hal ini, menyatakan dengan yakin kepada Afi: "Walau apa-apapun, kita tetap kawan." Whoaah, WTF! Fag hag confess?!

Agama turut dibawa ke depan, yang mungkin membuatkan Irshad Manji turut syok mungkin bila persoalan "menjual agama" dan martabat dibawa ke hadapan. Ini suatu maksud kompleks yang dibawa dengan sungguh enak dan keremajaan dalam filem ini.

Masalahnya?

Aku menyukai beberapa pelakon dalam filem ini, yang bagi aku menyerlah. Fauziah Nawi memang hebat dalam filem ini, itu aku tak sangkal. Aku amat suka Farah dan beliau amat mengingatkan aku dengan watak heroin dalam Hairspray, walaupun tema revolusi dalam filem itu lebih menyengat. Aku sedih, kerana Saw dan Shariman terlalu bermain dengan emosi-emosi balada untuk perwatakan "terkurung" Farah, tidak memberinya banyak dimensi, walaupun kita boleh "merasakan" kekuatannya, khusus rendesi persembahan terakhirnya di pentas.

Masalah yang paling aku geram merupakan bagaimana Saw memotong pendek babak-babak lagu. Lagu Sudirman amat indah, dan mengejutkan bila lagu-lagunya dikumandangkan dengan begitu cepat, begitu pendek babak-babak muzikalnya untuk memberi sentuhan impak. Serius, kau tontonlah Mamma Mia! dan tengok bagaimana penonton gila muzikal macam aku, ikut serta dalam kegilaan menyanyi bersama dan merasai penceritaan gambar dan suara. Dalam filem ini, semuanya terlalu pendek untuk "dirasai". Ya, aku sudah mennyanyi mengikut rentak, tetapi CUT, terus ada potongan dan babak seterusnya berlaku. Ini mengecewakan.

Ya, sebenarnya filem ini boleh pergi jauh, kereografi tarian contohnya. Aku menyukai apa yang cuba dibuat oleh Saw, yang sekurang-kurangnya memahami "lively" muzikal dalam babak "lepas ujian" dan "balik kampung", tetapi ia masih boleh dipertingkatkan, khusus dalam babak-babak balada. Beberapa babak pun, kerana ketidakfahaman, membawa filem ini "tanpa arah" seperti secara tiba-tiba kawan-kawan baik Farah memulaukannya tanpa menampilkan imej kawannya yang turut meminati Akim. 

Runut bunyi? Ah, ini benar-benar menyelamatkan filem ini kerana runut bunyinya sememangnya antara yang terbaik pernah keluar dalam filem Malaysia. Dan ya, aku amat suka dengan lagu kredit akhir nyanyian Lan. Suatu lagu yang ikonik dan boleh diingati.

klasifikasi: U, ada beberapa isu akil baligh dan seksual yang boleh diperbincangkan buat remaja dan kanak-kanak bawah 18 tahun.