Aku sedang cari senarai filem yang dicalonkan dalam SAG, BAFTA dan Golden Globes 2012, yang mana menjadi penanda untuk memasuki Academy Awards (walaupun betapa ramai pengkritik tidak bersetuju dengan majlis anugerah ini). Buat masa ini hingga Oscar, aku cuba tonton kesemua yang aku jumpa.
The Help(2011)
Panggillah aku "not edgy" tetapi filem ini, setakat ini apabila menontonnya merupakan pemilihan aku untuk menang filem terbaik pada malam Oscar nanti. Filem ini mengikut penggayaan yang pernah dibikin dengan dasar drama-komedi yang enak berkenaan orang gaji
kulit hitam di Jacksonville pada zaman Martin Luther King Jr. sedang perjuangkan hak kebebasan orang kulit hitam di Amerika Syarikat. Dua kehidupan diambil, lakonan Viola Davis yang mengancam (siapa kata Meryll seorang sahaja boleh menang?) dan yang aku suka, Octavia Spencer sebagai kawannya. Mereka ditemukan dengan Emma Stone (ok, aku tonton filem ini kerana Emma awalnya) yang ingin menulis tentang riwayat hidup mereka. Maka segala konflik dan kesusahan, serta keindahan yang mereka lalui diperturunkan kepada Emma. Mereka yang tidak bersuara akhirnya dapat bersuara. Kisah ini bukan kisah benar, walaupun kemungkinan kisah ornag kulit hitam dan fakta peristiwa yang berlaku adalah benar. Secara keseluruhan, filem ini amat "well cast" dengan sebuah cerita yang anggun berkenaan orang-orang kecil yang tertindas dan kelemahan sosial yang melanda Amerika waktu itu. Roh emosi yang mengaitkan hal ini ialah Emma yang memerlukan "perhubungan cerita" ini atas hal yang amat peribadi buatnya. Dan ini membawa kepada satu perjuangan. Walaupun nampak "pernah buat", ini sebuah sinema melodrama wanita yang penuh air mata yang cukup manis buat aku (kalau dibandingkan dengan Ombak Rindu), ia masih melingkar persoalan keadilan perkauman putih-hitam To Kill A Mocking Bird dengan sentuhan ala Desperate "Maid" Housewives dan bumbu "self teraphy" (khusus babak-babak penceritaan, inilah bumbu terindah filem ini) yang memberi kita satu ketenangan dan kemenangan seperti mana yang pernah Ordinary People (antara filem peribadi terbaik buat aku) pernah lakukan buat aku. Sangat mengkagumkan.
Drive(2011)
Kalau kalian pernah menonton Le Samourai yang dilakonkan oleh ikon seks Alain Delon, inilah 
Drive(2011)

1 comment:
aku suka Drive, dan barangkali baru satu filem oscar-worthy yang aku dah tengok untuk 2011. Mengingatkan aku pada History of Violence. ada gaya-gaya Cronenberg.
Post a Comment