30 April 2010

Perca-perca Filem Mei 2010

Pertama sekali, terima kasih ah pada korang semua yang, tetiba "pembaca" aku dah naik 200. Fuh, best tuu...Link

Terima kasih, sebab dengan rendah diri, aku rasa tulisan aku ni taklah sehebat mana, malah, kalau korang banding dengan Nazim Masnawi (sampai sekarang, aku rasa taraf kritis dia amatlah tinggi, tapi dia dah kurang rebiu dah, aku tak tahu afasal), dengan Ajami, dengan Edd, Spiral, BinFilem, Ares Bahar, Amir Muhammad, MamaZack, Vovin, termasuk kembar aku, Bratty, aku rasa aku macam sampah je... Dan lagi satu aku dah pernah jenguk budak ni: TMBF, aku rasa macam aku dah malas nak merebiu sebab budak ni begitulah bagus (malah tulisannya dalam bahasa Inggeris, jadi skop pembacanya lebih meluas, kira dah antarabangsa ah).. Lepas ni aku nak cuba usha kalau dia nak masuk Awani. Hehe..

Tapi iyelah, aku tulis apa aku nak tuliskan (kan Nazim Masnawi kan?) Jadi lantaklah kalau aku nak tulis ko suka, ko tak suka, ko meluat ke, aku nak buat macam mana, iye dak?

Ok, untuk makluman juga, aku dipanggil oleh orang Gua.com.my arituh untuk bagi rebiu Hooperz(2010), kira satu benda yang berani ah, yang aku ingat pernah dibuat oleh RTM dulu zaman 80-an, sebab kita dah lama takde rebiu filem Tempatan, secara kritis...

Baru-baru ni jugak, aku turun Tmn Tun, terjumpa Rec2, White Ribbon dan Close Encounter of the Third Kind: The Ultimate Collection, terus aku sambar, gila sih! Aku tak tahu ah, aku dah asyik nostalgia je benda-benda lama. Adakah itu tandanya umur aku dah singkat?

ok, ini buat kawan-kawan yang add dan sanggup jadi pembaca aku, enjoy, walaupun pendek:

Reds(1981)
Filem sebegini hanya akan datang sekali-sekala sahaja. Malah kini, dengan uncang gula-gula fantasi pasca LOTR, filem sebegini mungkin susah untuk aku lihat mampu dikembalikan atas kerana kuasa pasaran sekarang yang mahukan pop, warna, CGI dan peperangan luas, pasca Gladiator dan kemudiannya LOTR. Buat aku, filem sebeginilah filem-filem besar, filem-filem agung. Epik. Arahan Warren Beatty, dan hanya kerana subjeknya (menyelami dunia dan pembinaan awal Parti Komunis Amerika) ianya sebuah filem yang perlu diberi penghormatan, dengan penangkapan dunia 1920-an, dengan semangat liberalisasi baharu Amerika, dunia seni hedonis Greenwich, Revolusi Rusia yang baru hendak bermula. Sebagai sebuah filem sejarah dan epik, filem ini mengikut sudut dan kemahiran filem-filem epik yang besar yang lain sejajar gaya David Lane dan epik era keemasan Hollywood (Gone With The Wind), dibawa dengan plot yang senang, dengan perwatakan yang betul-betul dipertontonkan dan dikenal jelas watak dan emosinya. Ya, filem ini tidak kompleks, jika kita bandingkan dengan The English Patient, atau Sunshine (pascaDavid Lean), malah kadang-kadang emosinya begitu Hollywood 50-an, tetapi ini memang dimohon oleh pengarahnya. Konteks politik dan sudut pembangunan komunis zaman 1920-an membuatkan filem ini "dalam" tanpa perlu banyak menyatakan, atau menguatkan dogma sosialisnya (ini bukan sebenarya filem politik, seperti filem-filem Oliver Stone pasca Platoon), ia hanya elemen serpihan. Di tengah-tengahnya adalah sebuah romantisme, advencer berkuasa antara John Reed (lakonan Warren Beatty) dan Louise Bryant (lakonan Diane Keaton). Malah, keseluruhan filem ini bertujuan untuk itu, meromantiskan penjalinan hubungan kompleks Reed dan Bryant. Kita boleh lihat hal ini berlaku dalam semangat impresionis ekspresi Reed, apabila Bryant ada di sebelahnya, dan tidak ada di sebelahnya. Babak di Leningard, sewaktu Reed pada pertama kali berucap kepada khalayak proletariat Rusia, kita lihat "spark" yang berlaku antara Bryant dan Reed. Saat itu, kita tahu, Bryant dan Reed tidak boleh diputuskan lagi. Malah, secara jenaka, Beatty menyatakan, kerana Bryant, kerana kehadirannya di sisi Reed, Reed menongkah naik, Reed yang tidak pernah seorang ahli politik, akhirnya mendapat tempat di sebuah tempat asing. Ini menarik apabila babak-babak temu ramah benar terhadap saksi-saksi dan kawan John Reed dan Louise Bryant, mereka mengutuk Louise Bryant(!) Juktaposisi ini disengajakan (perbandingan babak: realiti mengikut latar kelabu dan hitam saksi-saksi ditemuramah, terhadap dunia romantis berwarna-warni lakonan Beatty dan Keaton). Sekali lagi ini disengajakan, bukan sahaja memberi "tempat" atau "suara wanita: Louise Bryant" terhadap skop cerita John Reed dan kepentingannya, tetapi kenyataan jelas Beatty, fantasi ciptaannya ini, walau semana bahayanya pun, ia lebih indah daripada realiti hidup kita. Malah "bahaya-bahaya" yang kita tonton dalam filem ini (walau bagaimana "benar"nya ia dari konteks sejarah) merupakan seakan "duri-duri" dalam perjalanan romantis Bryant. Dan seperti filem, pengakhiran filem ini disengajakan dimatikan dengan "lilin" dan pintu tertutup. Ya, mereka punya suatu kehidupan, dan ianya indah, tapi semua orang mati. Kematian adalah pengakhiran "dipaksa" untuk mana-mana filem. Dan filem ini perlu berakhir (4 jam lamanya) Malah, sudah pelbagai warna yang mewarnai Bryant, dan kita tahu, Braynt boleh dan akan hidup tanpa Reed pada akhirnya (awal babak, kita lihat Bryant dalam galeri seni penuh keputihan, seperti dirinya yang belum dipengaruhi mana-mana dogma), yang menyatakan juga, kemungkinan, pemahaman politik, seperti mana komunis, akan hidup juga walaupun ia "terpesong". Ini romantisme Beatty terhadap hal ini, sekurang-kurangnya untuk pemahaman sosialisme di Amerika.



5 x 2(2004)
Mereka selalu berkata, hanya filem Peranchis sahaja yang boleh memberikan pemaknaan paling sebenar tentang kondisi manusia. Ini dapat dilihat berlaku dalam filem Francois Ozon ini yang amat teliti dalam penstrukturan dan latar cerita, dengan kekuatan lakonan lancar dan realsitik daripada para pelakonnya. Ceritanya berkenaan penjalinan kuat di antara Marion dan Gilles, mengambil "perhubungan" meretak mereka "ke belakang" (seperti Momento), daripada babak mereka bercerai (dan Gilles cuba menyentuh bekas isterinya buat kali terakhir), kemudian mereka beranak, kahwin dan akhirnya, sewaktu mereka bertemu. Pengkajian berkenaan perhubungan, perlainan jantina dan k0mpleksiti lelaki (yang dipaparkan dengan benar, menjajah, menakluk pasangan lawannya) dan wanita (yang tidak mahu dirasakan lemah, walaupun keinginan dan emosinya amat halus untuk difahami) moden didedahkan dengan penuh cahaya, membuatkan aku berfikir jika aku boleh berkahwin. Ya, filem ini agak menggusarkan buat mereka yang ingin berkahwin, memaparkan bagaimana cinta dan hubungan zaman dahulu lebih tetap, kekal dan sejati daripada kompleksiti cinta orang sekarang. Tetapi adakah pernyataan itu benar? (Itu yang aku dapati bila menonton filem ini) Atau ada hal yang lebih mendalam dari itu? Filem ini memberi banyak babak dan syot yang amat indah, ia memberi devestasi emosi, kerana kesedaran kita bahawa pasangan ini "doomed to be apart" sedangkan pertemuan mereka sungguh idealik. Filem ini juga menyatakan, hal komunikasi bukan masalah sebenar keretakan kekeluargaan, hal ini lebih mendalam. Dan tidak mungkin seumur hidup kita dapat memahaminya.



The Crazies(2010)
Seronok, walaupun aku tak berapa suka dengan pengakhirannya. Ianya sama dengan sebuah filem lama kesukaan aku, Impulse, di mana sebuah kampung jadi gila kerana satu pencemaran air. Filem ini, sepertimana filem-filem seram Hollywood (dan yang ini punya kuasa fiksyen sains dan aliran seram sosial, malah filem ini diterbitkan oleh George A. Romero!), kita tiada kuasa untuk peduli dengan watak dan masalah mereka (walaupun kita sudah agak yang mana akan hidup) tetapi babak-babak seram dan kejutan yang kita tunggu. Dan dalam filem ini, banyak yang agak genius dilakukan, malah aku meloncat dari tempat duduk (ya, sergahnya keterlaluan!) Ini ada kena mengena dengan babak masuk "car wash", dan paling jerut perut, babak di koroner yang berkenaan dengan pisau pengerat automatik. Tetap, pandangan sosialnya kuat, walaupun mungkin sudah banyak kali dibuat dan dikitar semula. Keganasannya begitu "di situ" tanpa maaf. Kemungkinan mengambil semangat "buat jangan banyak tanya" dasar askar Amerika sekarang di negara-negara taklukan mereka.



Ice Kacang Puppy Love(2010)
Sebuah filem Ah Niu yang baik (Ah Niu merupakan artis Malaysia yang menempa nama antarabangsa khususnya di Taiwan), walaupun aku rasa seakan banyak "hal" yang tertinggal (kebiasaan utnuk sebuah filem pertama), yang menyamai semangat cinta monyet Mukhsin (yang mana, rasanya lebh mendalam), antara Ah Niu dan Angelica Lee yang agak kiut. Mungkin yang menyebabkan filem ini sedikit "kelam" adalah latar kehidupan yang "berat" yang dilalui oleh Ah Niu dan Angelica Lee, yang dipaparkan terlalu (meluatkan) untuk hidup, tetapi Ah Niu menyatakannya dnegan sejujur dan seluas mungkin (memasukkan kawan-kawan watak Botak, iaitu dirinya), menjadikannya "likeable" dan benar dalam dunianya. Malah, menonton filem ini kita dapat merasakan gaya pembikinan filem melodrama tentang pencarian cinta dan kehidupan yang biasa kita tonton, wujud dalam filem-filem Taiwan dan Hong Kong 80-an dan 90-an. Ah Niu sendiri dipaparkan lurus bendul dan sememangnya begitu pun (idealis dirinya sebagai badut romantis yang tercangkuk terhadap Angelica Lee, walaupun dia tahu dia tak mungkin dapat memilikinya, idea klise mana-mana filem romantik), lalu mengikut jalan cerita dan advencer Angelica Lee yang tom boy dan menginginkan figura ayah dalam hidupnya. Filem ini memaparkan sesungguhnya akam diaspora Cina di Malaysia yang punya jiwa kukuh dalam memahami hidup berdikari dan kesusahan, walaupun bagaimana latarnya mencengkam mereka, mereka dapat menjumpai kehidupan, dan seperti Ah Niu, menjumpai cinta. Hanya mungkin, buat aku, tempo filem ini disengajakan terlalu lewah dan mengambil masa, membuat aku tidak senang duduk, walaupun karikatur komedi yang diselitkan di beberapa tempat tetap mengusik perasaan. Secara umum, falsafah Ah Niu berkenaan kehidupan, dan perjalanan menemuinya amat menyentuh, dan menariknya, diserikan dengan latar tempatan (sebuah babak paling kelakar berlaku bukan dalam bahasa Cina tetapi Melayu!) yang mencuitkan, tetapi ia agak overkill untuk membuakkan emosi, walaupun ia berjaya dalam misinya membuat orang menangis.

Rec2 (2009)
Pada awal filem, kita diperkenalkan (dan kita ketahui, ia bermula sebaik sahaja protagonis terakhir dalam filem pertama ditarik oleh sesuatu) dengan sekumpulan polis SWAT berserta seorang doktor (yang kemudiannya kita ketahui adalah seorang paderi) untuk masuk ke dalam bangunan yang dikuarantin, menjalankan suatu misi. Apabila di dalam (dengan bodohnya, si doktor tidak menerangkan apa jenis manusia yang ada dalam bangunan itu, ini adalah antara kelemahan filem ini apabila apa yang sudah dipertunjukkan membawa kepada hal-hal lubang dari segi logik), seorang daripada rakan SWAT itu, bertukar zombi bila digigit, lalu apabila doktor dan polis bertembung, dalam keadaan kaos, si doktor melakukan "exorcism" lalu lelaki itu terdiam, dimasukkan dalam stor lalu dipasung dengan salib. Dan saat tiba itu, mulut aku ternganga. Apa ke jadah?! "Apa ke jadah" ni berlaku, sekali lagi, di dalam babak penggunaan kamera malam di bilik sewa paling atas bangunan. Babak ini sendiri amat-amat menarik (dan pelik) tetapi membuka satu kekuatan sinema terhadap pemahaman "in record of real horror" filem ini. Seperti yang Spiral nyatakan, menonton Rec2 semacam bermain permainan video yang "benar", dan sememangnya sebegitulah dirasai (kalah Resident Evil). Dan, tiba akhir filem ini, walaupun amat mencengkam "jawapan kejutannya", persoalan RAKAMAN ini mula dipersoalkan (malah, hilang separuh daripada pemahaman real-time yang hendak diketengahkan). Kita sedar, selama menonton yang pertama, kemudian yang kedua, dengan selipan babak "visi malam" di akhir filem ini, ia semacam menyatakan: "this is actually a bag full of sick joke" atau sememangnya sebuah filem yang dibikin oleh si Syaitan sendiri. Aku tidak berapa suka "pembukaan" ini dan bermohon sekuel seterusnya memberi "pemahaman", yang mungkin dibuka oleh dua budak yang masih hidup dalam stor, dan apa akan jadi terhadap protagonis yang "hidup" itu. Filem ini, akhirnya, dengan pembukaan sekuel ini, seakan satu eskperimen terhadap unsur seram dan cara menakutkan penonton, menghancurkan separuh daripada kuasa sosial dan relevan filem pertamanya. Malah, babak budak-budak gatal masuk parit itu merupakan babak paling menjengkelkan, walaupun seurat mengikut klise filem-filem seram zaman berzaman.




A Romantic Papa(1960)
Menyelami filem-filem Korea, kadang-kadang aku mendapati semangat dan pengolahannya sebaik dan kadang-kala lebih baik daripada filem-filem Jepun, Hong Kong, Taiwan atau China, mengikut rumpun Sinonya. Sepertimana kita memahami sesebuah sejarah dan estetika filem sebuah negara, kita masih perlu kembali kepada bapa-bapa filem negara berkenaan (sepertimana kita selalu kembali kepada P. Ramlee). Sing Shang-Ok merupakan antara bapa filem Korea yang besar, malah dikatakan "hidup" pada zaman era keemasan filem Korea Selatan (dan kemudiannya Utara, tetapi hal ini tidak akan disentuh di sini). Filem yang aku tonton ini tidak berapa disukai oleh generasi muda ataupun sebilangan masyarakat Korea Selatan sekarang, memandangkan filem ini tidak ada plot yang berbelit dan menjunam hebat sepertimana hebatnya arus baharu filem Korea Selatan sekarang. Malah babak-babaknya sangat "dipentaskan" (dan ini disengajakan oleh sang pengarah, mengambil intipati adaptasi filem daripada sebuah drama radio). Tetapi, buat penonton antarabangsa, khusus buat aku, filem ini amat menarik dikupas, dihayati dan diselami, mengenal Korea pada awal (filem ini lebih merujuk hal sisi Korea daripada pemecahan Korea Selatan atau Utara) dan penentu kepada pembangunan seterusnya filem-filem Korea. Filem ini secara telusnya merupakan sebuah filem keluarga (aku boleh teringat filem It's A Mad Mad World yang amat dekat dengan keluarga Hong Kong) yang diangkat/ketuai oleh seorang "ayah yang romantis". Romantis di sini merupakan ideal suci, kemungkinan terhadap "Korea baharu" yang menyelam dalam jiwa masyarakatnya pada waktu itu. Aku tidak berapa pasti jika simbol ayah dalam filem ini menyamai presiden Korea Selatan waktu itu, atau gambaran si pengarah terhadap "ayahnya" atau "Korea lama" yang hendak dia suburkan dalam mata masyarakat sezamannya (di dalam filem ini, sang pengarah adalah anak kepada ayah, yang menjadi seorang pengarah muda). Apa yang jelas ialah, ini sebuah filem keluarga yang amat menyayat dan mencuitkan. Dua babak yang begitu kuat yang aku ingati. Pertama, babak apabila anak gadis ayah menjumpai skrip tulisan abangnya si pengarah lalu diberikan kepada ayah. Ayah, secara optimis (kita sedar dalam babak ini, orang industri filem, sepertimana orang Melayu pada zaman itu, dipandang lekeh dan "murah") melihat kesungguhan anaknya sebagai "pengarah" dan tidak terganggu dengannya (walaupun beliau tidak tahu bahawa anaknya sudah berhenti belajar untuk menjadi pengarah sepenuh masa), lalu anaknya si pengarah membaca sinopsis cerita, yang buat "reaksi" zaman itu agak "melanggar moral" (kisah si lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan sulit dengan seorang gadis universiti, lalu menghamili gadis itu). Si pengarah membaca "pandangannya" terhadap kemahuan idealis dua pasangan itu, sedikit narsistik dalam ketidaktentuannya. Ayahnya kemudian "menggambarkan" bagaimana dia "mengubah" cerita itu.. Lalu akhirnya, isterinya, yang membayangkan sebuah legenda Korea, Chunhyang, yang amat terkenal itu. Ada beberapa rujukan di sini, dan terikat dengan sejarah serta pemahaman filem ini sebagai filem (secara seloroh, menyingkap POV pelbagai sepertimana Rashomon tetapi dalam Rashomon, kita diberi pelbagai "suara" dalam mencari hakiki dalam realiti, di sini kita hanya mendengar "suara" hakiki untuk berpuas dengan satu fantasi pilihan). Pertama adalah penerusan Sing selepas ini membikin sebuah adaptasi Chunhyang. Kedua, perbezaan "zaman" yang dinyatakan secara jelas antara ayah dan anak, tetapi yang menarik, secara terbuka, ayah dan anak ini boleh membicarakan perbezaan mereka dengan amat rapat dan seloroh keluarga. Ketiga, pemahaman bahawa semangat anak muda (yang mempengaruhi Shing Shang-Ok) yang sedang diberi tunjuk ajar oleh seorang yang tua (wise), oleh figura ayah yang kuat tetapi mesra. Apabila kita menyelami ketiga-tiga cerita, kita sedar, CERITA si ayah menyelubungi dan memenuhi keberadaan semua babak kekeluargaan yang ada. Ini bukan cerita anak muda lagi (yang diwakili Shinga Shang-Ok), tetapi cerita "orang tua", dan cerita orang tua ini, mendominasi kesemua babak-babak filem, dari awal hingga akhir. Malah, pada awal pembukaan filem, apabila watak-watak diperkenalkan seakan pelakon pentas (seperti mana gaya Tuan Badul yang mana mengikut kontesk yang sama di sini), kita sedar, sebagai sebuah keluarga, semua individu keluarga ini terkait antara satu sama lain, dan mereka semua diikat oleh satu punca utama, si ayah. Watak "pencuri" juga tidak dapat lari "terikat" dengan punca utama ini. Maka kita sedar sekali lagi, bahawa pemahaman ini membawa kepada "pengajaran", punca utama "mempengaruhi" mereka yang mengeliling (walaupun tidak dinampakkan ia didaktif), ini sebuah filem nasionalis kuat, kekuatan "keluarga" bergantung kepada kesatuan keluarga itu terhadap "tunjangnya" dan "kesetiaan" terhadap tunjangnya. Aku merasakan, ini sebuah filem "bangsa" yang sengaja kuat untuk rakyat Korea pada waktu itu (filem ini sememangnya disambut tinggi oleh masyarakat zaman itu). Babak kedua yang aku suka ialah babak akhir, di mana "konflik" yang baharu dimulakan apabila si ayah "hilang kerja kerana ekonomi tidak baik" (di sini, adalah jahil apabila penonton muda menyangka, plot cerita bermula hanya apabila si ayah dibuang kerja, kerana ketidaksesuaian dan gaduh-gaduh kecil anak-beranak dalam filem ini merupakan "konflik" sebenar yang disingkap lalu di"selesaikan" oleh si ayah dengan harmoni, inilah tujuan filem ini, dan bagi aku sebagai penonton luar, hal ini amat menarik). Dalam babak ini, anak-beranak sudah tahu si ayah hilang kerja tetapi si ayah tetap pergi ke luar seakan bekerja (kerana dia tidak mahu dileteri isterinya dan dipandang rendah oleh anak-anaknya). Babak klimaks, parti hari jadi untuk ayah merungkaikan konflik ini. Kita sedari, si ayah "sedar" bahawa anak-anaknya tahu, tetapi sedih pilunya dan gembiranya "disimpan" di sebalik tangis dan tawa anak-anaknya. Ini sebuah babak yang amat kuat, memaparkan kebenaran kesatuan dan kasih-sayang sebuah kelarga yang benar. Hal itu sahaja, merapatkan filem ini sebaris dengan filem keluarga seperti A Wonderful Life Frank Capra yang klasik itu. Ada beberapa kelemahan dalam filem ini juga, yang ini berkaitan dengan tempo. Ya, filem ini agak "perlahan" (tetapi ini benar dalam menangkap hal hari sehari sebuah keluarga) dan boleh dibuat penyuntingan yang lebih laju dan mantap. Tetapi hal "pementasan" itu juga menjadikan filem ini "benar" dalam erti kata menangkap suasana "benar-benar berlaku", walaupun ia seakan dipentaskan, yang kita tahu, merupakan kekuatan neo-realisme yang kita lihat sednag banyak berlaku dalam filem-filem art house cinema sekarang. Filem ini tetap sebuah filem yang elok untuk diselam sebagai "curiosity" terhadap sejarah awal filem Korea dan pengarahnya yang sememangnya berbakat agung.

20 comments:

reza said...

yes, aku suka part carwash gak

Anonymous said...

200 jew kew?

Anonymous said...

200 jew kew?

Ted said...

'Daybreak' (2010) - u mean Daybreakers, rite? damn i love their premise of 'vampirism can be cured'. when u thought that the vampire storyline has been exhausted to the core, bam! ada je idea pembikin filem mat saleh ni!

fadz said...

Reza, yeap!! Suka juga pengakhiran bertemu "big boss" yang tak terlalu mengvideo gamekan filem, walaupun nampaknya itulah motivasi pengarah..

Anon, hehe, yeah.. saya ni kecil dan bukannya org besar, tapi alhamdulillah, banyak blog agama lebih ramai pembaca setia, itu kiranya bagus dan saya lebih setuju.

Ted, dah ubah, hehe terima kasih!

akitiano said...

Daybreakers Rock!!!!

Anonymous said...

aku dh pindah rumah dr blogspot ke tumblr.

kau terlalu merendah diri.. hanya fadz yg boleh lihat lapisan sesebuah filem yg orang lain tak nampak dan tak boleh kupas. Quote aku.

-edd-

Nazim Masnawi said...

Just saw Rec 2 last night. Aku rasa the non-linear plot macam ni is a major misstep. I understand that mungkin filmmakers cuba nak try something new, but like you said, it betrays the original hook and for me, it just doen't work.

Okay, to be fair, aku tak tengok habis. Aku tertidur. Tapi masalah ni berlaku masa tengok part I jugak, dan aku akan tgk balik punya. The violent shaky cam plus subtitles is just too much for me some time.

fadz said...

Nazim, u tu exhausted tu... hehe, well yah, but i dont mind reading subtitles (mine was a bit crazy, tak sama dengan screen action of actors lagi).

Edd, okeh, sori eh..

Nazim Masnawi said...

I don't mind reading subtitles either, but by God, the shaky cam plus nak membaca; letih wooo. It's like trying to read masa kapal terbang kena serang dengan ribut.

Nazim Masnawi said...

And oh, looking forward for your White Ribbon review. Tehehehe.

fadz said...

hhahahaahaha, well ive tried less reading subtitles and just watch the bloody film first..

dah kenal siapa saiful nizam? dah bantai dia, or u r with him (which i feel, u wont)

"kalau hebat sangat cakap fasal filem, buatlah filem" Mohd Saiful Nizam - masih, amat-amat menjengkelkan buat aku...

Nazim Masnawi said...

Dia proclaimed himself to be a director. I'm gonna be generous here dan terima the fact, but aku percaya he's just one of those middle of the road director yang happy dapat kerja sana sini dan happy dapat buat karya yang hit all the quadrants on the demographics sheet.

So paradoxically, walaupun dia terlibat dengan screen storytelling dia actually doesn't care about them. Orang macam ni anggap filem sebagai narcotic je, which I guess is fine - tak semua orang appreciates film as art macam kita-kita ni - but dia seem to be completely threatened yang anyone boleh nak sibuk-sibuk to take the time to berfikir about (or, God forbid, berfikir DURING) a movie.

In other words, fuck him. Kata-kata dia don't give any kind weight at all. Aku tak diskas apa-apa lagi dekat Facebook tu, just throwing out baits supaya dia termakan; he hasn't.

PS: To be fair, all right, aku ada layan dia sikit-sikit dekat Facebook; tapi regarding hal ni, as with the rest of the guys, aku tak setuju langsung. Aku rasa I'm gonna write an entry la pasal fungsi ulasan to get the fact fucking straight.

fadz said...

oh, please do.. coz i still feel the things dat ive read what u wrote about a film, especially the ones u wrote for komikoo, has lend a weight/value in revealing such "interpretation" is valid towards understanding our film. And thats what count. Thx!

Aku tonton Kick-Ass sekali lagi semalam utk. melihat pada kaca mata komik engkau, ya, again, thx!

Nazim Masnawi said...

Yes, the thing with our viewers, even the smart ones, diorang still nampak filem ni as something yang disposable, bukan essential. Just ask Nazri. Aku some time just wish kita ada kuasa untuk buatkan people just believe that movies mattered, that beyond being entertaining movies can be at the center of our culture and could say things about us.

But no, diorang lihat filem sebagai satu macam saluran untuk diorang shut the fucking brain, which is weird mengenangkan benda yang fun pun memerlukan kita engage kita punya mind. Hell, semua benda pun.

fadz said...

hah, ni dah jadi satu perbincangan ni!! Hey, i have a better idea, if you could write a 7-8 page, double line article on "Esensi Filem: Mencari Wacana dalam Filem", dat would be great!!! pls, send it to me, it will be publish in DBudaya, i assure you!

Ill still use ur pen name, Nazim Masnawi, no worries..

Nazim Masnawi said...

Ei, aku tengah cakap dengan kau pasal filem ni, ni apa hal sangkut paut Dewan Budaya pulak?

fadz said...

hisyk, ko ni bersemangat multiple task le sikit..

Anonymous said...

komen org yg x berseni kot:

ice kacang puppy love tuh, filem dia ok2 sajek..dr sudut sinematografi mybe nmpk cntik..ade jalan cter,lakonan ok terutama lakonan angelica,..tp overall sgt membosankan...muzik yang kadangkala menggangu mood,lawak2 yg ntah2 ape,geli geleman tgk lawak yang saje diade2kan..yg penting sebagai kaki wayang..kenape cter ni wat aku nak tertido..x salah berseni, tapi biarlar bertempat..senikan utk masyarakat..klu sekadar utk org seni x payahlar tayang kat mane2 sbb org seni je yang cerewet sane sini...

fadz said...

anon, yah, Ice Kacang slow sikit (tu aku cakap lewah tu), tapi bagi aku "durable" jugaklah, tak lah sampai terlalu lembap, haha, haaa, menarik fasal seni untuk masyarakat tu!